SEJARAH PEMIKIRAN PANDANG KE TIMUR: KEPENTINGAN JEPUN DALAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MALAYSIA (1906-1980)
Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli dari pertengahan abad ke-19 sehingga 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas 1945. Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru itu permasalahan pokok dalam penulisan ini adalah untuk merungkai kewujudan pemikiran Pandang Ke Timur di Malaysia sebelum ia menjadi dasar utama yang dibentuk oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lima objektif penulisan ini ialah menganalisis kewujudan awal pemikiran Pandang Ke Timur semasa zaman kolonial British, menganalisis kewujudan pemikiran Pandang Ke Timur dalam akhbar dan majalah semasa zaman pendudukan Jepun, menganalisis sejarah konflik antara pemikiran Pro-Barat dan pemikiran Pandang Ke Timur hasil kepentingan pelaburan negara-negara Barat dan Jepun di Tanah Melayu semasa zaman kolonial, menganalisis kesinambungan konflik antara pemikiran Pandang Ke Timur dan pemikiran Pro-Barat semasa Perang Dunia Kedua melalui konsep Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya dan menganalisis sejarah konflik antara pemikiran Pro-Barat dan pemikiran Pandang Ke Timur selepas Perang Dunia Kedua, di sebalik Dasar Pro-Barat negara semasa era Tunku Abdul Rahman dan pengembangan pemikiran Pandang Ke Timur di sebalik Dasar Berkecuali negara semasa era Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.
Boleh beli di link ini: