• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAK"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

TAJUK : APLIKASI MUTABAAH AMAL

NAMA : NAJIRAH HULWANI BINTI HASSAN

NO MATRIK : AI120150

(2)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan secara terperinci kepada para pengguna mengenai Mutabaah Amal dan aplikasi Mutabaah amal sendiri. merupakan aplikasi yang digunakan untuk merekod, menyemak dan mendorong pertambahan amal harian dalam kehidupan muslimin dan muslimat. Aplikasi ini menyediakan ruang buat para pengguna untuk merekod amalan seharian bagi menilai catatan amalan seharian. Pengguna juga boleh memilih untuk membuat semakan prestasi amal mengikut hari, minggu atau bulan.

Aplikasi ini dibangunkan menggunakan platform android mudah alih bagi kemudahan para pengguna untuk merekod catatan amal harian tanpa mengira batasan dari segi alatan, masa, wang dan tenaga. Di samping itu, terdapat beberapa justifikasi lain mengenai pemilihan platform Android dalam membangunkan aplikasi ini.

Bab ini juga akan menerangkan hasil perbandingan antara aplikasi Mutabaah Amal dengan tiga aplikasi sedia ada yang terdapa di pasaran Android. Aplikasi tersebut adalah Muslim Life Checklist, Mutabaah Ramadhan dan Tiny Checklist.

(3)

2.2 Mutabaah Amal

Kata mutaabaah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Oleh yang demikian, kata mutabaah bererti pengikutan dan pengawasan. Mutaabaah membawa maksud mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan.

Mutabaah amal merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam diri kita untuk meningkatkan kefahaman dalam Islam, dan mendekatkan lagi diri pada Pencipta. Meskipun seseorang individu Muslim itu mempunyai pelbagai tugas seperti belajar atau bekerja , namun, Muslimin dan muslimat perlulah bijak menyusun masa sebaiknya supaya mutabaah amal dapat berjalan dengan baik.

Allah SWT pernah berfirman dalam surah Al-Hasyr : 18, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal- amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”.

Dari hadits yang diriwayatkan oleh Muslim (1/421-422 dan 2/382) dan Al Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad (hal 157) , Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, “Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?”

Abu Bakar ra menjawab, “Saya.”

Rasulullah SAW bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati.” Abu Bakar ra menjawab, “Saya.”

Rasulullah SAW bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Abu Bakar ra menjawab, “Saya.”

Rasulullah SAW bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?” Abu Bakar ra menjawab, “Saya.”

(4)

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa para sahabat sangat menjaga mutabaah amal mereka. Meski sibuk dalam memikirkan masalah-masalah peperangan dan kemasalahatan umat ketika itu, mereka masih tidak lupa untuk menjaga hubungan mereka dengan Allah.

Antara senarai mutabaah amal yang dicadangkan adalah seperti ) solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat fajr, solat subuh berjemaah, solat zohor berjemaah, solat asar berjemaah, solat maghrib berjemaah, solat isyak berjemaah ,bacaan ma'thurat, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib, solat sunat witir, tilawah quran, tadabur al-quran, hafazan al-al-quran, bacaan ilmiah, selawat dan istighfar dan bacaan al-mulk.

Mutabaah amal pada mulanya terdiri dalam bentuk helaian kertas bertulis yang dibukukan. Kebanyakan pengguna akan mencatat dan merekod amalan seharian pada malam hari setelah menyelesaikan semua tugas dan amalan seharian.

Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti melalui penggunaan helaian kertas bagi kerja merekod mutabaah amal. Antaranya adalah potensi kehilangan helaian kertas mutabaah amal. Hal ini demikian kerana helaian kertas perlu ditambah setiap bulan atas faktor kekurangan ruang.

Selain itu, pengguna juga berhadapan dengan risiko kehilangan rekod sekiranya helaian kertas tersebut koyak atau dikotori dengan bahan-bahan asing. Hal ini mampu menyukarkan pengguna untuk membuat semakan prestasi bagi rujukan masa hadapan.

Dari dimensi yang berbeza, para pengguna memerlukan beberapa sumber dari segi kewangan, tenaga, dan masa untuk melakukan kerja-kerja merekod amalan seharrian menggunakan kertas. Sumber kewangan penting bagi membeli peralatan sepeti kertas dan pen. Sumber tenaga dan masa pula adalah dari segi tenaga yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja merekod amalan seharian.

2.3 Platform Android

(5)

Aplikasi mutabaah amal memilih untuk menggunakan system android sbagai platform memandangkan sistem ini adalah percuma di mana semua individu boleh mengubah dan membina sistem android mereka sendiri. Selain itu, sistem operasi android juga dikenali sebagai sistem yang mudah di kendalikan, ringkas dan tidak kompleks. Disebabkan itu, kebanyakan pengeluar telefon pintar dan tablet PC lebih memilih untuk menggunakan sistem android untuk produk mereka. Selain sebab di atas, kebanyakan pengguna telefon pintar lebih cenderung kepada sistem operasi android adalah kerana sistem operasi android adalah sangat mesra pengguna berbanding sistem operasi yang lain kerana ia mudah untuk digunakan.

Platform Android turut digunakan bagi memudahkan para pengguna untuk memuat turun aplikasi Mutabaah Amal memandangkan sistem operasi Android mempunyai sistem internet yang mudah dan tidak mempunyai algoritma yang kompleks menyebabkan telefon pintar yang menggunakan sistem android mempunyai kelajuan internet yang lebih laju.Para pengguna juga boleh menambahbaik sistem android tanpa perlu mendapatkan telefon pintar baru dari masa ke semasa,

Di samping itu, sistem Android boleh menyimpan data dalam kuantiti yang lebih besar berikutan sistem memorinya yang lebih mudah dan besar berbanding sistem operasi yang lain.

2.4 Perbandingan aplikasi sedia ada

(6)

2.4.1. Aplikasi 1 : Muslim Life Checklist

Rajah 2.1 : Aplikasi Muslim Life Checklist

Aplikasi Muslim Life Checklist menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Aplikasi ini turut menyediakan semakan amal ibadat seperti zikir, solat fardhu dan solat sunat sahaja.

Di samping itu, aplikasi ini memaparkan lima waktu solat fardhu dari pelbagai negeri dan negara. Rujukan tempat adalah berdasarkan rujukan koordinat . Melalui rujukan koordinat juga, aplikasi ini mampu menyediakan kemudahan petunjuk arah kiblat.

(7)

2.4.2 Aplikasi 2 : Mutabaah Ramadhan

Rajah 2.2 : Aplikasi Mutabaah Ramadhan

Aplikasi Mutabaah Ramadhan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar. Para pengguna boleh memilih antara dua bahasa yang disenaraikan.

Namun demikian, aplikasi ini hanya memfokuskan pada amal ibadah pada bulan Ramadhan sahaja berikutan Solat Sunat Tarawih turut disenaraikan sebagai amal ibadah. harian.

(8)

Dari perspektif yang berlainan, aplikasi ini memberi kelebihan buat para

pengguna kerana aplikasi ini mampu memaparkan prestasi amal dalam bentuk peratusan dan graf.

2.4.3Aplikasi 3 :Tiny Checklist

Rajah 2.3 : Tiny Checklist

(9)

Aplikasi ini juga tidak menyediakan semakan prestasi amal untuk rujukan para pengguna. Hal ini menyebabkan para pengguna menghadapi kesukaran untuk menyemak prestasi amal ibadat seharian.

Penggunaan warna dan saiz teks juga kurang bersesuaian berikutan pihak pembangun telah memilih penggunaan warna gelap bagi penulisan teks yang tertentu.

Ciri-ciri / Aplikasi Muslim Life Checklist

Mutabaah Ramadhan

Tiny Checklist Mutabaah Amal Konsep paparan

muka

-Penggunaan saiz dan warna tulisan yang

-Penggunaan saiz dan warna tulisan yang bersesuaian berikutan saiz dan warna tulisan

yang terang

dipadankan

dengan latar belakang yang berwarna gelap,

-Penggunaan saiz dan warna tulisan yang saiz dan warna tulisan yang

Mesra pengguna Kurang mesra pengguna kerana tidak

menyediakan persetujuan pengguna untuk keluar dari aplikasi setelah

Mesra pengguna kerana aplikasi ini akan mendapatkan persetujuan

pengguna untuk

keluar dari

aplikasi setelah menyentuh butang pengguna untuk keluar dari aplikasi setelah

Mesra pengguna kerana aplikasi

ini akan

(10)

menyentuh butang keluar.

keluar. menyentuh

butang keluar.

dari aplikasi setelah

menyentuh butang keluar. Video dan audio Tiada video dan

audio

Pengaktifan muzik

dan tahap

Tidak mempunyai pengaktifan muzik Semakan prestasi

melalui hari, minggu dan bulan

Semakan

prestasi amal melalui bulan

dan tahun

sahaja.

Semakan prestasi melalui, hari, minggu dan bulan.

Tiada semakan prestasi amal.

Notifikasi azan solat

Ada Tiada Tiada Tiada

Penambahan nota Tiada Tiada Ada Ada

Jadual 2.4 : Perbandingan aplikasi Mutbaah Amal dan aplikasi sedia ada :

2.5 Kesimpulan

(11)

beberapa keistimewaan berbanding aplikasi sedia ada antaranya pengaktifan muzik dan tahap pencahayaan, serta semakan prestasi melalui hari, minggu dan bulan.

Referensi

Dokumen terkait

Pendekatan ini relatif mudah dan sangat mungkin untuk dilakukan, karena konstruksi dari akun-akun dalam laporan keuangan perusahaan (neraca, laba rugi). Metode VAIC TM

Berdasarkan hasil tabel 1.6 dapat dilihat dari 30 responden ibu bersalin tentang gejala kehamilan lewat waktu (serotinus) memiliki pengetahuan baik tidak ada (0%)

Berdasarkan hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa pemeraman ransum dengan sari daun pepaya pada ayam broiler tidak mempengaruhi kadar kolesterol darah dan kadar

supaya tidak membuat pengunjung bingung dan dapat menikmati karya seni yang ada

Data yang digunakan dalam penelitian ml diperoleh melalui metode kuesioner yaitu teknik pengumpulan data yang dilakukan dengan cara memberi kuesioner atau

Hasil sidik ragam menunjukkan bahwa perlakuan posisi tanam, komposisi media, serta interaksi antara posisi tanam dan komposisi media berpengaruh sangat nyata terhadap

Adanya warna merah muda menunjukkan terbentuknya ion hidroksida di ruang katoda dan diukur pH nya dengan pH meter (untuk penentuan batas konsetrasi minimum larutan KI), sedangkan

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa masing-masing variabel independen yaitu : Independensi, Kompetensi, Perencanan Audit, Resiko Audit, Gaya Kepemimpinan dan