• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK

1. 0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bolasepak Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-31 Tahun 2005 yang dikelolakan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

2. 0 TARIKH DAN TEMPAT PERLAWANAN

Tarikh : 11 hingga 14 Ogos 2005

Tempat : Padang A dan B,

Pusat Latihan MAYBANK, Bangi 3. 0 PERATURAN PERLAWANAN

Semua permainan dalam pertandingan ini adalah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Kementerian Kewangan dan undang-undang permainan seperti yang telah ditetapkan oleh Federation Internationale de Football Association (FIFA).

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

4.2 Kejohanan ini terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan jabatan / agensi di bawah Kementerian Kewangan tidak kurang daripada tiga bulan sebelum tarikh perlawanan diadakan.

4.3 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih daripada 18 orang pemain. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding pada sepanjang pertandingan ini. Sekiranya terdapat di antara pemain-pemain mana-mana pasukan bukan pegawai/kakitangan jabatan/agensi tersebut, maka pasukan berkenaan akan tersingkir dengan sendirinya daripada menyertai pertandingan ini.

4.4 Bagi setiap pasukan yang bertanding, sekurang-kurangnya satu Pegawai mesti berada dan bermain di atas padang pada setiap perlawanan yang diadakan. 4.5 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 6 Julai 2005.

Pertukaran terakhir pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan 30 minit sebelum permainan pertama bermula.

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Semua pertandingan pada pusingan awal akan dijalankan secara liga peringkat kumpulan di mana johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan bertanding secara silang-balik (criss-cross) dalam peringkat separuh akhir. Bagi perlawanan separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan keempat dan perlawanan akhir, pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

(3)

5.2 Apabila lebih daripada satu pasukan dalam sesuatu kumpulan mendapat jumlah mata yang sama dalam pusingan awal, pemenang akan ditentukan mengikut susunan berikut:

(a) Perbezaan terbanyak di antara jumlah jaringan dan jumlah kena jaring (bolos)

(b) Jumlah jaringan terbanyak

(c) Jumlah jaringan kena jaring terendah (bolos) (d) Pasukan yang menang dalam pertemuan terdahulu (e) Lima sepakan penalti bagi setiap pasukan

(f) Sepakan penalti yang serta-merta

(g) Jika keadaan yang tidak mengizinkan dan sepakan penalti tidak dapat dibuat, maka keputusan akan dibuat dengan lambungan duit syiling. 6.0 JERSI

6.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua set jersi yang berlainan warna dan bernombor.

6.2 Nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor-nombor yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran serta mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Jersi bernombor 8 dan 12 hanya dibenarkan untuk dipakai oleh pemain-pemain Pegawai.

6.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-mula tercatat di dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi kepada warna yang berlainan.

7. 0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti yang berikut:

Menang – 3 mata

Seri – 1 mata

Kalah – 0 mata

7.2 Masa perlawanan pada pusingan awal ialah 35 minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat selama lima minit (35 x 5 x 35). Pada peringkat separuh akhir dan seterusnya, masa perlawanan ialah 40 minit setiap separuh masa dengan masa rehat 10 minit (40 x 10 x 40).

7.3 Untuk peringkat separuh akhir dan seterusnya, sekiranya perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri, masa tambahan akan dijalankan selama 15 minit setiap separuh masa. Jika tamat masa tambahan dan keputusan masih lagi seri, maka lima sepakan penalti setiap pasukan akan diadakan. Jika keputusan tidak berubah selepas lima sepakan penalti, sepakan penalti “Sudden Death” akan diadakan

(4)

7.4 Pemain yang menerima dua kad kuning dalam pertandingan ini secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.

7.5 Pemain yang menerima dua kad kuning dan diikuti dengan kad merah dalam satu perlawanan secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya. 7.6 Pemain yang menerima kad merah dalam satu perlawanan, iaitu yang dikenakan

perintah buang padang, secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya. Di samping itu, penyertaan pemain tersebut seterusnya dalam pertandingan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

8.0 WAKTU PERLAWANAN

8.1 Semua perlawanan bermula pada waktu yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan. Pasukan yang tidak turun bermain selepas tempoh menunggu tamat akan dikira kalah, kecuali untuk kes-kes tertentu yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

9.0 KEKURANGAN PEMAIN

9.1 Jika sesebuah pasukan menurunkan kurang daripada sembilan orang pemain apabila separuh masa pertama dimulakan atau ketika perlawanan, pasukan tersebut dianggap telah memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jumlah jaringan sebenar, mengikut mana yang terbanyak.

9.2 Sekiranya kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya sembilan orang pemain, pengadil akan melaporkan kepada Jawatankuasa Pertandingan yang mana akan mengambil tindakan yang difikirkan patut. Pemain yang telah meninggalkan padang pada separuh masa pertama, sama ada melalui kecederaan atau dibuang padang akan diambil kira.

10.0 PERTUKARAN PEMAIN-PEMAIN

10.1 Sebelum perlawanan dimulakan, Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain-pemain yang berdaftar kepada pengadil pertandingan dalam borang yang disediakan.

10.2 Sebanyak empat pertukaran pemain boleh dibuat oleh mana-mana pasukan pada bila-bila masa sewaktu perlawanan berlangsung. Pemain-pemain yang telah dikeluarkan tidak boleh masuk semula bermain dalam perlawanan tersebut. 10.3 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian, mestilah memberitahu penjaga

garisan atau pengadil simpanan terlebih dahulu dengan menggunakan borang pertukaran yang disediakan.

11.0 PENGADILAN

Pengadil-pengadil yang bertauliah akan mengadili semua perlawanan. Jurulatih dan pengurus yang melatih sesuatu pasukan tidak dibenarkan mengadili perlawanan tersebut.

(5)

Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh pengadil kepada Jawatankuasa Pertandingan selepas tamat perlawanan.

12.0 PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

12.1 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan sehingga masa yang ditentukan akan dikira kalah dalam perlawanan tersebut. Pasukan lawannya akan diberi kemenangan dengan jumlah jaringan 3-0 atau jumlah jaringan sebenar, mengikut mana yang terbanyak.

12.2 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan akan tersingkir terus daripada pertandingan ini dan akan didenda RM100.00.

13.0 MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH / KEMENANGAN PERCUMA

Pasukan yang memberi kemenangan percuma (walk-over) kepada pasukan lawan akan dikenakan denda RM100.00 dan pasukan lawan akan diberi kemenangan dengan jumlah jaringan 3-0. Pasukan yang memberi kemenangan percuma ini akan tersingkir terus daripada pertandingan.

14.0 PERGADUHAN

Pengadil perlawanan berhak menghentikan perlawanan jika didapati kedua-dua pasukan terlibat dalam pergaduhan.

15.0 PENANGGUHAN

15.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana yang dijadualkan. Penangguhan perlawanan hanya boleh dibuat sekiranya berlaku keadaan yang tidak mengizinkan seperti masalah cuaca serta perkara-perkara luar jangkaan. 15.2 Keputusan penangguhan perlawanan adalah di atas budi bicara Pengadil dan

Jawatankuasa Pertandingan. 16.0 KIRAAN MATA

Kiraan mata adalah berdasarkan perenggan 7.1 di atas. Dalam kes-kes tertentu di mana ada pasukan yang menarik diri atau tersingkir daripada pertandingan, segala mata yang diperoleh dan kiraan jaringan gol pasukan yang terbabit tidak akan diambil kira.

17.0 PERKARA-PERKARA LAIN DI LUAR DUGAAN

17.1 Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat dalam peraturan-peraturan ini, ianya akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

17.2 Jika terdapat penjaga garisan yang dilantik tidak menghadirkan diri, seorang penjaga garisan daripada tiap-tiap pasukan yang bermain akan diminta menjadi penjaga garisan pada setiap separuh masa.

(6)

KUMPULAN A Jabatan/Agensi

1 Kastam Diraja Malaysia 2 Suruhanjaya Sekuriti 3 Bank Simpanan Nasional 4 Lembaga Hasil Dalam Negeri

KUMPULAN B Jabatan/Agensi

1 Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta 2 Bank Negara Malaysia

3 Perbendaharaan Malaysia

4 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

TARIKH PERLAWANAN KUMPULAN MASA GELANGGANG KEPUTUSAN

11.08.2005 (KHAMIS) KDRM JPPH BSN PERB SC BNM LHDN KWSP SC BNM KDRM JPPH Johan A Johan B lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn SC BNM LHDN KWSP BSN PERB KDRM JPPH LHDN KWSP BSN PERB N Johan B N Johan A A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B A B A A 12.08.2005 (JUMAAT) 13.08.2005 (SABTU) 14.08.2005 (AHAD)

PERINGKAT SEPARUH AKHIR TEMPAT KE 3 & 4

PERINGKAT AKHIR AKHIR

JADUAL PERLAWANAN BOLASEPAK

Tarikh : 11 hingga 14 Ogos 2005

Tempat : Padang A & B, Pusat Latihan MAYBANK, Bangi

8.30 pg 8.30 pg 10.30 pg 10.30 pg 4.30 ptg 4.30 ptg 8.30 pg 8.30 pg 4.30 ptg 4.30 ptg 8.30 pg 8.30 pg 4.30 ptg 4.30 ptg 8.30 pg 4.30 ptg

Referensi

Dokumen terkait

Aset keuangan dan liabilitas keuangan saling hapus dan nilai bersihnya disajikan dalam laporan posisi keuangan konsolidasian jika, dan hanya jika, Grup saat ini

Sedangkan hasil estimasi di Negara Filipina menunjukkan bahwa dalam jangka pendek tidak ada pengaruh volatilitas nilai tukar terhadap volume perdagangan internasional,

Tipe pendingin trafo adalah secara alami dan paksaan, yaitu menggunakan riben (sirip), radiator dan bantuan motor untuk mengembus udara. Banyaknya riben atau

Pada masyarakat Jawa, sistem patriarki merupakan halangan bagi kaum perempuan untuk mendapat status dan peran yang setara dengan laki-laki.. Kuat konsepsi tersebut dalam

Analisis dokumen merupakan metode pengum- pulan data yang dilakukan dengan menganalisis isi dokumen yang berhubungan dengan masalah yang diteliti (Widoyoko, 2013:49-50) dalam

Penampakan singkapan batugamping di Lintasan Gua Pawon pada bagian bawah runtunan stratigrafi yang kebanyakan telah terpengaruh oleh kekar dan penggerusan batuan (a), lokasi Gua

Dari penjelasan diatas, terlihatlah bahwa PR (public relation) menjadi komponen nyata dalam usaha komunikasi pemasaran sehingga segala aktifitas PR (public

Berdasarkan uraian yang telah dijelaskan di atas, dapat disimpulkan bahwa dari 3 orang hakim Pengadilan Agama Palangka Raya yang menjadi subjek dalam penelitian ini,