• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR CIMBxSOMPO Snap & Win Contest

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR CIMBxSOMPO Snap & Win Contest"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

1. Pertandingan

1.1. “CIMBxSOMPO Snap & Win Contest” (“Pertandingan”) yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) “CIMB Bank”).

1.2. Bagi tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan dan pernyataan berikut mempunyai maksud yang dikhususkan kepadanya, kecuali konteks menghendaki sebaliknya:-

Kumpulan CIMB” bermaksud semua syarikat dan syarikat sekutu yang berkaitan dengan

CIMB Group Holdings Berhad, sama ada ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, yang sedia ada sekarang atau di masa hadapan dan rujukan terhadap ‘Kumpulan CIMB’ di dalam Terma dan Syarat ini adalah merangkumi semua atau mana-mana entiti dalam CIMB Group. “Orang yang Layak Diinsuranskan” bermaksud Orang Diinsuranskan yang dinyatakan di

dalam jadual polisi produk-produk Insurans Am yang dikeluarkan dalam Tempoh Pertandingan yang memenuhi Kriteria kelayakan seperti yang ditetapkan di dalam Seksyen 3, tidak termasuk pasangan dan anak-anak mereka.

1.3. Perkataaan yang menggambarkan individu, jika mana yang berkenaan, entiti atau entiti yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Perkataan yang membawa maksud satu harus juga merangkumi maksud majmuk dan sebaliknya.

2. Tempoh Pertandingan

2.1. Pertandingan akan bermula dari 6 September 2017 hingga 7 September 2017 termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Pertandingan”).

3. Kelayakan untuk Pertandingan

3.1. Bagi melayakkan diri untuk menyertai Pertandingan, kriteria yang berikut mesti ditepati:- 3.1.1 Orang yang Layak Diinsuranskan mesti memohon untuk mana-mana satu (1) produk

Insurans Am dibawah (“Produk Insurance Am”) di mana-mana cawangan CIMB atau Pusat Perkhidmatan Perbankan Automotif CIMB yang Mengambil Bahagian dengan melengkapkan dan mengemukakan borang cadangan Produk Insurans Am yang ditandatangani ("Keperluan Pendaftaran"): -

1. Insurans Motor 2. CIMB Auto Relief Plus 3. Home Shield Plus 4. Snatch Guard Plus 5. Snatch Care Plus 6. Snatch Shield Plus Nota:

Cawangan-cawangan CIMB yang Mengambil Bahagian:

No. Branch Name State

1

Jalan Satok, Kuching Sarawak

2

Sibu Sarawak

3

Api-Api Centre, Kota Kinabalu Sabah

4

Bundusan Square Sabah

5

Keningau Sabah

(2)

2 Mengambil Bahagian:

No.

Auto Finance Centre (AFC)

State

1

CIMB - AFC Alor Setar

Kedah

2

CIMB - AFC Butterworth

Penang

3

CIMB - AFC Pulau Pinang

Penang

4

CIMB - AFC K.Bharu

Kelantan

5

CIMB - AFC Kuala Trengganu

Terengganu

6

CIMB - AFC Ipoh

Perak

7

CIMB - AFC Kuantan

Pahang

8

CIMB - AFC Kajang

Selangor

9

CIMB - AFC Puchong

Selangor

10

CIMB - AFC Serdang

Selangor

11

CIMB - AFC Selayang

Selangor

12

CIMB - AFC Klang

Selangor

13

CIMB - AFC Petaling Jaya

Selangor

14

CIMB - AFC Shah Alam

Selangor

15

CIMB - AFC Cheras

Wilayah Persekutuan

16

CIMB - AFC Kuala Lumpur

Wilayah Persekutuan

17

CIMB - AFC Seremban

Negeri Sembilan

18

CIMB - AFC Melaka

Melaka

19

CIMB - AFC B.Pahat

Johor

20

CIMB - AFC Johore Bharu 1

Johor

21

CIMB - AFC Johore Bharu 2

Johor

22

CIMB - AFC Muar

Johor

23

CIMB - AFC Kota Kinabalu

Sabah

24

CIMB - AFC Kuching

Sarawak

25

CIMB - AFC Miri

Sarawak

3.1.2

3.1.3

3.1.4

3.1.5

Produk Insurans Am yang didaftar oleh Orang yang Layak Diinsuranskan mesti diluluskan oleh Berjaya Sompo Insurance Berhad (62605-U) yang merunderaitkan Produk Insurans Am ("Keperluan Kelulusan ").

Orang yang Layak Diinsuranskan yang mendaftar Produk Insurans Am harus memuat naik satu (1) foto dengan prop yang disediakan di Cawangan CIMB atau Pusat Perkhidmatan Perbankan Automotif CIMB yang Mengambil Bahagian dengan hashtag #CIMBxSOMPO, #achievemoreworryless dan #generalinsurance melalui Instagram Orang yang Layak Diinsuranskan dalam Tempoh Pertandingan; Orang yang Layak Diinsuranskan haruslah menetapkan akaun Instagram mereka ke mod awam (“Kelayakan Foto”).

Orang yang Layak Diinsuranskan mestilah sama ada Warganegara Malaysia, pemastautin tetap, pemegang pas perkerjaan / pemegang permit kerja, berumur di antara 18 tahun hingga 80 tahun.

Orang yang Layak Diinsuranskan mestilah bukan pekerja tetap atau sementara Kumpulan CIMB.

(3)

3

4. Mekanik Pertandingan

4.1. Orang yang Layak Diinsuranskan yang memenuhi semua Kriteria Kelayakan seperti dalam terma dan syarat Klausa 3.1 akan mendapat satu kemasukan dalam Pertandingan untuk berpeluang memenangi Hadiah Pertandingan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 4.2 ("Kemasukan yang Layak"). Untuk mengelak keraguan, tidak kira berapa foto yang dimuat naik oleh Orang yang Layak Diinsuranskan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 3.1.2 di atas, Orang yang Layak Diinsuranskan hanya akan memperolehi satu (1) Kemasukan yang Layak untuk Kriteria Kelayakan yang dipenenuhi.

4.2. Hadiah Pertandingan adalah seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah.

Hadiah Pertandingan Kuantiti Kriteria

RM288 Parkson baucer

3 Tertakluk kepada pemenuhan Kriteria Kelayakan, Orang yang Layak Diinsuranskan hanya memperolehi satu (1) Kemasukan yang Layak untuk berpeluang memenangi Hadiah Pertandingan.

4.3. Prosedur bagi pemilihan pemenang Hadiah Pertandingan adalah seperti berikut:-

4.3.1 Kesemua foto yang dimuat naikkan oleh Orang yang Layak Diinsuranskan seperti mana cara yang dinyatakan dalam Klausa 3.1.2 di atas akan disenarai pendek oleh CIMB Bank berdasarkan kreativiti, dan keasliannya pada budi bicara tunggal dan mutlak CIMB Bank.

4.3.2 Orang yang Layak Diinsuranskan masing-masing hanya layak memenangi satu (1) Hadiah Pertandingan sahaja dalam Pertandingan ini.

4.3.3 Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek dalam Pertandingan ini akan menerima mesej melalui Instagram dari CIMB Bank dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar selepas berakhirnya Pertandingan untuk meminta nama, alamat surat-menyurat penuh dan nombor telefon bimbit mereka untuk dihubungi secara rasmi oleh CIMB Bank untuk tujuan memilih pemenang Pertandingan mengikut terma-terma dan syarat-syarat ini dan/atau penghantaran Hadiah Pertandingan.

4.3.4

4.3.5

Sekiranya Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek tidak bertindak balas kepada CIMB Bank untuk memberikan lebih banyak maklumat seperti dalam Klausa 4.3.3 dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar dari tarikh mesej, Hadiah Pertandingan akan ditarik balik oleh CIMB Bank dan Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek seterusnya akan dihubungi oleh wakil-wakil CIMB Bank melalui Instagram untuk meminta maklumat tersebut seperti dalam Klausa 4.3.3. Proses ini akan diulang sehingga tiga (3) pemenang Pertandingan telah berjaya dikenalpastikan.

Tertakluk kepada Syarat Kelulusan seperti dalam Klausa 3.1.2 dari terma dan syarat ini, Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek kemudiannya akan dihubungi melalui telefon oleh wakil-wakil CIMB Bank dengan merujuk kepada nombor telefon mudah alih Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek yang disediakan sebagai tindak balas kepada CIMB Bank melalui mesej Instagram seperti yang dinyatakan dalam Klausa 4.3.3. Pemenang Pertandingan kemudiannya akan berhubung dengan pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh CIMB Bank di mana CIMB Bank berpendapat sesuai yang

(4)

4 4.3.6

4.3.7

Tiga Orang yang Layak Diinsuranskan pertama yang disenarai pendek yang dapat menjawab dua (2) soalan dengan betul akan diisytiharkan sebagai pemenang Pertandingan dan akan memenangi Hadiah Pertandingan.

Sekiranya Orang yang Layak Diinsuranskan pertama yang disenarai pendek tidak dapat menjawab kedua-dua (2) soalan atau jawapan yang diberi adalah tidak betul, Orang yang Layak Diinsuranskan kedua yang disenarai pendek akan dipilih daripada kumpulan Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek yang akan dihubungi oleh wakil-wakil CIMB Bank dan diminta untuk menjawab dua (2) soalan dengan betul. Proses ini akan berulang sehingga tiga (3) pemenang Pertandingan telah dikenalpasti.

4.3.8 Sekiranya Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi melalui telefon dalam percubaan pertama akibat sebab-sebab termasuk, tetapi tidak dihadkan kepada keadaan-keadaan berikut:-

1. Tiada jawapan;

2. Tidak berminat untuk menyertai;

3. Menamatkan panggilan semasa perbualan; 4. Nombor tidak lagi diguna pakai;

5. Tiada sambungan; 6. Disamsung ke peti suara.

Dua (2) percubaan lagi akan dibuat dalam masa dua (2) jam yang seterusnya dari percubaan pertama untuk menghubungi Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek. Sekiranya percubaan ketiga juga tidak berjaya untuk apa jua sebab, CIMB Bank mempunyai hak untuk membatalkan Orang yang Layak Diinsuranskan pertama yang disenarai pendek dan teruskan untuk menghubungi Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek seterusnya untuk mengenalpasti pemenang Pertandingan. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekiranya Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek tidak dapat dihubungi untuk apa jua sebab.

4.3.9 Untuk mengelakkan sebarang keraguan, CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa caj telekomunikasi, data perayauan atau caj telefon yang kena dibayar oleh Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

4.3.10 CIMB Bank mempunyai hak dan budi bicara tunggal dan mutlak untuk menentukan tarikh dan masa untuk menghubungi Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek.

4.3.11 Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek yang berhubung dengan Kelayakan Foto seperti terma dan syarat Klausa 4.3.1 dan semua sesi soal dan jawap akan dinilai dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB Bank dan keputusan yang dibuat oleh panel hakim adalah muktamad. 4.3.12 Ia adalah tanggungjawab Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai

pendek untuk memastikan nombor telefon adalah terkini dan dikemas kini di dalam rekod. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek terhadap sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian turutan) yang ditanggung di dalam keadaan nombor telefon Orang yang Layak Diinsuranskan yang disenarai pendek di dalam rekod adalah tidak terkini atau tidak betul.

(5)

5

5. Penebusan Hadiah Pertandingan

5.1. Hadiah Pertandingan akan dikurier ke alamat pemenang Pertandingan yang disediakan mengikut cara sebagaimana Klausa 4.3.3. dalam tempoh dua (2) bulan selepas berjaya dihubungi oleh CIMB Bank dan telah menjawab dua (2) soalan dengan betul sepertimana yang dinyatakan di bawah Klausa 4.3.5 dan dengan Syarat Produk Insurans Am yang ditandatangani oleh Orang Yang Layak Diinsuranskan tidak dibatalkan atas apa jua sebab. 5.2. Hadiah Pertandingan di bawah Pertandingan ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit

atau lain-lain jenis, sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya, dan ia adalah tidak boleh dikembalikan, digantikan dan dipindah milik untuk wang tunai atau kredit di dalam apa jua keadaan.

5.3.

5.4.

Walau apa pun yang terkandung di sini, CIMB Bank berhak untuk menggantikan Hadiah Pertandingan dengan hadiah yang lain dengan kos yang sama pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis terlebih dahulu yang tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar kepada pemenang Pertandingan atas apa jua sebab.

Yang mana berkenaan, Hadiah Pertandingan adalah tertakluk kepada terma dan syarat pembekal, penyedia, saudagar, pengedar dan / atau ejen Hadiah Pertandingan yang berkaitan, yang mana terma dan syarat adalah berasingan dari terma dan syarat CIMB yang mentadbir pertandingan ini.

5.5. Bank tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menerima sebarang bentuk liabiliti yang timbul atau yang dialami oleh pemenang Pertandingan (termasuk kecuaian) berhubung dengan kematian, kecederaan, apa-apa kerugian, kerosakan atau kemalangan yang timbul akibat daripada penggunaan Hadiah Pertandingan oleh pemenang Pertandingan kecuali ia adalah disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja oleh CIMB Bank.

5.6. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, CIMB Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang bentuk representasi, waranti atau pengendorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan berkenaan dengan Hadiah Pertandingan, kecuali ia adalah disebabkan oleh kecuaian atau keingkaran sengaja oleh CIMB Bank. Semua risiko, kerugian, kerosakan dan/atau kecederaan berkaitan dengan penggunaan Hadiah Pertandingan akan ditanggung oleh Orang yang Layak Diinsuranskan.

5.7. CIMB Bank tidak akan melayan sebarang aduan yang berkaitan dengan Hadiah Pertandingan. Hadiah Pertandingan tidak disahkan oleh CIMB Bank dan tidak dalam mana-mana keadaan termasuk sebarang Hadiah Pertandingan di dalam Pertandingan ini dianggap sebagai pengendorsan atau cadangan Hadiah Pertandingan oleh CIMB Bank. Sekiranya Orang yang Layak Diinsuranskan tidak berpuas hati dengan sebarang Hadiah Pertandingan ditawarkan oleh CIMB Bank, Orang yang Layak Diinsuranskan tersebut boleh terus mendapatkan bantuan daripada saudagar/pembekal yang berkenaan.

6. Terma dan Syarat Am

6.1.

6.2.

CIMB Bank hanya sebagai pengedar produk Insurans Am yang diurus oleh Berjaya Sompo Insurance Berhad (62605-U) dan CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawapkan dalam apa jua cara berkenaan dengan sebarang perkara tuntutan yang timbul daripada produk Insurans Am. Terma dan syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan lain atau representasi yang terkandung di dalam mana-mana bahan promosi yang berkaitan dengan Pertandingan ini.

(6)

6 untuk produk Insurans Am tersebut. Orang yang Layak Diinsuranskan dikehendaki menandatangani semua dokumen standard yang relevan dan mematuhi semua terma dan syarat berkenaan dengan Produk Insurans Am-nya di bawah Pertandingan ini, yang berasingan dari terma dan syarat di sini

6.3.

6.4.

Dengan menyertai Pertandingan ini, Orang yang Layak Diinsuranskan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma dan Syarat ini dan bersetuju sebarang dan semua keputusan yang dibuat oleh CIMB Bank berhubung dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan Pertandingan adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikai dengan syarat keputusan yang dibuat adalah saksama dan berpatutan. CIMB Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk membatalkan kelayakan dan / atau menolak mana-mana Orang yang Layak Diinsuranskan yang menentukan atau semunasabahnya disyaki untuk mengganggu proses atau pengendalian Kempen ini, atau bertindak sebagai melanggar terma dan syarat yang terkandung di sini.

Orang yang Layak Diinsuranskan bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk mendedahkan butir-butirnya (termasuk tetapi tidak terhad kepada foto, nama, nombor telefon dan alamat menyurat) kepada pengedar / ejen yang kemudian akan menghubungi Orang yang Layak Diinsuranskan mengenai penghantaran atau penebusan Hadiah Pertandingan dan untuk tujuan promosi sebagaimana yang dianggap sesuai oleh CIMB Bank. Pemenang Pertandingan bertanggungjawab untuk membuat pengaturan yang diperlukan dengan CIMB Bank dan / atau / pengedar / ejen untuk mengumpulkan atau menebus Hadiah Pertandingan mereka. CIMB Bank tidak akan menanggung apa-apa penginapan dan / atau pengangkutan dan / atau kos lain yang boleh ditanggung atau dimenangi oleh Pemenang Pertandingan semasa menebus atau menggunakan Hadiah Pertandingan.

6.5. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang ditanggung oleh Orang yang Layak Diinsuranskan atau mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, teladan, punitif atau kerosakan khas mana-mana pihak), walau apa jua yang timbul berhubung dengan penyertaan atau tiada penyertaan di dalam Pertandingan.

6.6. CIMB Bank berhak membatalkan, menamatkan atau menggantung Pertandingan dengan memberikan notis terlebih dahulu yang tidak kurang daripada empat belas (14) hari kalendar. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan Pertandingan oleh CIMB Bank, Orang yang Layak Diinsuranskan atau mana-mana orang lain tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau menuntut sebarang pampasan terhadap CIMB Bank atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.

6.7. CIMB Bank berhak untuk mengubah, sama ada dengan menambah, membatalkan, mengubah, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua (“Pindaan”) mana-mana Terma dan Syarat ini dengan memberikan notis terlebih dahulu yang tidak kurang daripada dua puluh satu (21) hari kalendar.

Makluman kepada Orang yang Layak Diinsuranskan tentang Pindaan hendaklah dilaksanakan menurut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu daripada cara komunikasi berikut, iaitu:-

1. Melalui mel biasa ke alamat emel terakhir yang diketahui Orang yang Layak Diinsuranskan; atau

2. Melalui laman web CIMB Bank; atau

(7)

7 Pindaan akan dianggap mengikat pada Orang yang Layak Diinsuranskan pada tarikh surat pemberitahuan Pindaan atau dari tarikh yang dinyatakan di dalam surat pemberitahuan oleh CIMB Bank. Orang yang Layak Diinsuranskan mengakui dan bersetuju untuk mengakses laman web CIMB Bank dalam jarak masa tetap untuk membaca Terma dan Syarat dan untuk memastikan mereka adalah dikemaskini dengan sebarang pemindaan atau perubahan kepada Terma dan Syarat ini.

6.8. Terma dan Syarat ini, sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 6.7, akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi lain yang terkandung di dalam mana-mana bahan promosi yang mengiklankan Pertandingan ini.

6.9. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kealpaan yang bersangkutan dengan Pertandingan ini akibat daripada peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang kejadian di luar kawalan CIMB Bank yang sewajarnya.

6.10. Semua Terma dan Syarat yang ditetapkan ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia.

6.11. Sekiranya berlaku sebarang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma dan Syarat ini dalam Bahasa Malaysia atau versi bahasa lain dan versi Bahasa Inggeris, versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Orang yang Layak Diinsuranskan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mentadbir operasi akaun Insurans Am Orang yang Layak Diinsuranskan, maka versi terma dan syarat ini di dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

6.12. Untuk aduan berkaitan dengan Pertandingan, Orang yang Layak Diinsuranskan boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank dengan alamat, telefon, faksimili dan alamat e-mel di bawah:-

Unit Resolusi Pelanggan

Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce 11, Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur Tel: +603 - 6204 7788 Faks: +603 – 2691 3248 Alamat E-mel: cru@cimb.com

Referensi

Dokumen terkait

Sebarang pembebasan, penyelesaian atau pelepasan sedemikian akan dianggap telah dilakukan tertakluk kepada syarat bahawa ia akan menjadi tidak sah jika apa-apa bayaran

7.1 Dengan mengambil bahagian dalam Program ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mengawal Akaun

Kami tidak akan bertanggungjawab untuk perinteraksian dengan pengguna lain di platform K-GLOBALLINK, K-LINK International secara dalam talian, luar talian atau peribadi sama

Model logit regresi ZIP menjelaskan bahwa probabilitas penderita TBC dalam satu rumah tangga tidak dipengaruhi oleh jumlah anggota rumah tangga dengan jenis pekerjaan utama

Syarikat kami atau pengarah, pemegang saham syarikat kami, pekerja, atau ejen kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau pihak ketiga untuk sebarang kerosakan langsung, tidak

Pada diagnosa ketiga menyusun intervensi untuk mengatasi masalah kurang aktivitas bermain adalah kaji aktivitas yang di sukai klien seperti bermain, bercerita dan belajar

(g) Jika anda memberi kami data peribadi pihak ketiga termasuklah sesiapa yang tidak mempunyai keupayaan di sisi undang-undang untuk memberi izin, anda mengesahkan bahawa anda

11.1 Jika Pedagang gagal memberikan kepada Bank sebarang maklumat yang diminta atau dokumen yang diperlukan secara munasabah oleh Bank dalam tujuh (7) Hari Perniagaan dari