PROGRAM PB JOURNEY WEALTH BUILDERS TERMA DAN SYARAT
Program PB Journey Wealth Builders (“Program”) ini dilancarkan oleh Public Bank Berhad No. Pendaftaran Syarikat 196501000672 [6463-H] (“PBB”). Terma dan syarat di bawah akan mengawal Program ini.
1. Tempoh Program
1.1 Program ini akan berlangsung dari 1 April 2021 hingga 31 Julai 2021 [termasuk kedua-dua tarikh, atau tarikh lain yang ditentukan oleh PBB (“Tempoh Program”)].
2. Kelayakan
2.1 Program ini terbuka kepada semua pelanggan individu PBB termasuk bukan pemastautin, berumur antara 18 tahun dengan 35 tahun (termasuk umur 18 dan 35 tahun) yang memenuhi semua kelayakan yang berikut:-
a) mengekalkan sekurang-kurangnya satu (1) *Akaun Simpanan yang Layak yang hanya dipegang atas nama pelanggan individu; dan
b) mengekalkan akaun PB e-Deposit Tetap (“PB eFD”) yang dipegang atas nama pelanggan individu; dan
c) telah mendaftar untuk Perbankan Dalam Talian PBe (“PBe”) dan/atau Perbankan Mudah Alih PB engage MY (“PB engage”)
(“Peserta yang Layak”).
* Rujuk Fasal 3.1 bagi senarai Akaun Simpanan yang Layak.
2.2 Mereka yang berikut TIDAK layak untuk menyertai Program ini:-
a) kakitangan tetap dan/atau kontrak PBB, Public Islamic Bank Berhad dan/atau Public Investment Bank Berhad;
b) pelanggan bukan individu iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian, entiti korporat, persatuan, kelab, sekolah dan pertubuhan;
c) orang yang tidak waras;
d) orang yang telah diisytiharkan bankrap atau mempunyai prosiding
e) orang yang akaunnya yang dipegang dengan PBB culas atau tidak disenggara dengan memuaskan seperti yang ditetapkan oleh PBB.
2.3 Peserta yang Layak tidak perlu mendaftar untuk menyertai Program ini.
3. Mekanisme Program
3.1 Produk yang Layak* di bawah Program ini adalah seperti yang berikut:-
Bil. Produk yang Layak*
1. Akaun Simpanan yang Layak a) Akaun Simpanan PLUS
b) Akaun Simpanan PB MySalary c) Akaun Simpanan Basic
2. Akaun PB e-Deposit Tetap (“PB eFD”)
* Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
3.2 Apa-apa akaun simpanan yang tidak disenaraikan di atas tidak boleh dianggap sebagai Akaun Simpanan yang Layak bagi tujuan Program ini walaupun akaun itu telah ditukarkan kepada apa-apa jenis Akaun Simpanan yang Layak seperti yang dinyatakan dalam Fasal 3.1 dalam Tempoh Program.
Ilustrasi
Pelanggan A mempunyai Akaun Simpanan WISE (“WISE”) dengan PBB sebelum Tempoh Program ini. Semasa Tempoh Program, WISE Pelanggan A telah ditukarkan kepada Akaun Simpanan PLUS. Akaun Simpanan PLUS Pelanggan A ini tidak dianggap sebagai Akaun Simpanan yang Layak bagi tujuan Program ini.
4. Ganjaran Tunai
4.1 Dalam Tempoh Program, Peserta yang Layak berhak untuk mendapat Ganjaran Tunai RM18 (“Ganjaran Tunai”) apabila melaksanakan kriteria yang berikut:-
Kategori Kriteria
Bilangan Pemenang setiap Bulan
Kalendar Kategori 1
Baki Tambahan dalam Akaun Simpanan yang
Layak (“Baki Tambahan”)
Kekalkan *Baki Purata Harian (“DAB”) Tambahan sekurang- kurangnya RM1,000 dalam Akaun Simpanan yang Layak pada bulan kalendar berkenaan
* Rujuk Fasal 4.3 mengenai DAB Tambahan
Lima Ratus (500) dengan DAB Tambahan
tertinggi
Kategori 2 DuitNow / Pembayaran Bil / JomPAY melalui
PBe / PB engage (“Urus niaga”)
Laksanakan minimum tiga (3) urus niaga dalam apa-apa amaun melalui PBe / PB engage di bawah Akaun Simpanan yang Layak pada bulan kalendar berkenaan
Tiga (3) urus niaga yang dilaksanakan melalui PBe / PB engage boleh merupakan kombinasi DuitNow, Pembayaran Bil dan JomPAY
Lima Ratus (500) yang Pertama
4.2 Setiap Peserta yang Layak layak untuk mendapat SATU (1) Ganjaran Tunai bagi setiap Kategori di bawah Fasal 4.1 sepanjang Tempoh Program.
4.3 Di bawah Fasal 4.1, pengiraan DAB Tambahan dalam Akaun Simpanan yang Layak adalah seperti yang berikut:
Butiran Akaun Baharu Akaun Sedia Ada
Garis Asas Garis Asas adalah sifar. Baki akhir hari pada 31 Mac 2021.
Baki Purata Harian (“DAB”)
Baki akhir hari harian teragregat dari tarikh akaun dibuka hingga akhir bulan dibahagikan dengan jumlah bilangan hari sebenar dari tarikh pembukaan akaun hingga akhir bulan
Baki akhir hari harian teragregat pada bulan berkenaan dibahagikan dengan jumlah bilangan hari sebenar pada bulan berkenaan
DAB
Tambahan DAB tolak Garis Asas
Untuk mengelakkan keraguan, akaun dianggap sebagai akaun baharu apabila dibuka semasa Tempoh Program.
Ilustrasi pengiraan di atas adalah seperti yang berikut:
Ilustrasi 1: Akaun Baharu dibuka pada 16 April 2021
Tarikh Baki Akhir Hari Harian
16 hingga 20 April 2021 RM5,000.00 21 hingga 30 April 2021 RM15,000.00
Garis Asas RM0
Baki Akhir Hari Harian Teragregat
(RM5,000.00 x 5 hari) + (RM15,000.00 x 10 hari) = RM175,000.00
Jumlah bilangan hari
Ilustrasi 2: Akaun Sedia Ada
Tarikh Baki Akhir Hari Harian 1 hingga 20 April 2021 RM5,000.00
21 hingga 30 April 2021 RM15,000.00
Garis Asas RM2,000.00
(Baki akhir hari pada 31 Mac 2021) Baki Akhir Hari Harian
Teragregat
(RM5,000.00 x 20 hari) + (RM15,000.00 x 10 hari) = RM250,000.00
Jumlah bilangan hari
sebenar 30 hari
DAB RM250,000.00 / 30 hari = RM8,333.33
DAB Tambahan RM8,333.33 – RM2,000.00 = RM6,333.33 4.4 Ganjaran Tunai berjumlah RM72,000 diperuntukkan bagi program ini.
Sejumlah RM9,000 diperuntukkan bagi setiap bulan kalendar bagi setiap Kategori.
4.5 Sekiranya Ganjaran Tunai yang diperuntukkan bagi apa-apa Kategori telah digunakan sepenuhnya dalam mana-mana bulan kalendar, Peserta yang Layak tidak lagi layak untuk memenangi apa-apa Ganjaran Tunai walaupun Peserta yang Layak memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam Fasal 4.1 di atas.
4.6 PBB tidak bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Peserta yang Layak apabila Ganjaran Tunai yang diperuntukkan bagi apa-apa Kategori telah dituntut sepenuhnya dalam mana-mana bulan kalendar.
4.7 Ganjaran Tunai akan dikreditkan dalam Akaun Simpanan yang Layak bagi Peserta yang Layak dalam tempoh dua belas (12) minggu selepas Tempoh Program berakhir.
5. Peraduan
5.1 Peserta yang Layak akan mendapat penyertaan peraduan apabila memenuhi kriteria yang berikut semasa Tempoh Program:-
Kategori Kriteria Saluran /
Platform Penyertaan
Simpanan
*Pelanggan Baharu-kepada- Bank yang membuka Akaun Simpanan yang Layak baharu
* Rujuk Fasal 5.2 mengenai pelanggan Baharu-kepada- Bank
Mana- mana Cawangan
PBB
50 penyertaan
Pelanggan sedia ada membuka Akaun Simpanan yang Layak baharu
20 penyertaan
DuitNow
Setiap urus niaga DuitNow untuk apa-apa amaun yang dilaksanakan dengan Akaun Simpanan yang Layak
PBe 5
penyertaan PB
engage
10 penyertaan
Pembayaran Bil
Setiap urus niaga Pembayaran Bil untuk apa-apa amaun yang dilaksanakan dengan Akaun Simpanan yang Layak
PBe 5
penyertaan PB
engage
10 penyertaan
PB eFD
Buka PB eFD baharu
(Hanya diterima pakai untuk pelanggan yang tidak mempunyai PB eFD sebelum Tempoh Program)
PBe
20 penyertaan
Setiap peletakan PB eFD melalui pendebitan mana-mana Akaun Semasa / Akaun Simpanan
5 penyertaan
5.3 Hadiah Peraduan adalah seperti yang berikut:
Hadiah Peraduan Hadiah Tunai
(RM) Bilangan Pemenang
Hadiah Utama 500 1
Hadiah Kedua 300 1
Hadiah Ketiga 200 1
Hadiah Sagu Hati 88 168
5.4 Setiap Peserta yang Layak layak untuk mendapat SATU (1) Hadiah Peraduan di bawah Fasal 5.3 sepanjang Tempoh Program.
5.5 Pada akhir Tempoh Program, Peserta yang Layak yang mempunyai agregat penyertaan peraduan tertinggi layak untuk mendapat Hadiah Utama, diikuti Peserta yang Layak yang mempunyai agregat penyertaan peraduan kedua tertinggi layak untuk mendapat Hadiah Kedua dan Peserta yang Layak mempunyai agregat penyertaan peraduan yang ketiga tertinggi layak untuk mendapat Hadiah Ketiga.
5.6 Seratus enam puluh lapan (168) Peserta yang Layak yang telah disenarai pendek pada akhir Tempoh Program layak untuk mendapat Hadiah Sagu Hati. Senarai pendek akan dilakukan dengan cara yang berikut:-
a) setiap penyertaan peraduan yang didapati oleh Peserta yang Layak akan diberi nombor siri secara rawak;
b) pada akhir Tempoh Program, pilihan nombor siri secara rawak akan dilakukan oleh sistem;
c) seratus enam puluh lapan (168) Peserta yang Layak yang tidak layak untuk mendapat Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga yang nombor sirinya telah dipilih oleh sistem secara rawak layak untuk mendapatkan Hadiah Sagu Hati.
5.7 Hadiah Peraduan akan dikreditkan dalam Akaun Simpanan yang Layak bagi Peserta yang Layak dalam tempoh dua belas (12) minggu selepas berakhirnya Tempoh Program.
6. Lain-lain
6.1 Ganjaran Tunai dan Hadiah Peraduan di bawah Program ini tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana pihak ketiga, tidak boleh dirundingi dan tidak boleh ditukarkan untuk pendahuluan tunai, kredit atau barang, sepenuhnya atau sebahagiannya.
6.2 Peserta yang Layak tidak layak untuk mendapat Ganjaran Tunai dan/atau Hadiah Peraduan di bawah Program ini sekiranya Akaun Simpanan yang Layak dan/atau PB eFD telah ditutup, ditukar, digantung, dibatalkan atau ditamatkan sebelum Ganjaran Tunai dan/atau Hadiah Peraduan kepada Peserta yang Layak dipenuhi.
6.3 PBB berhak untuk mengambil balik apa-apa hadiah sekiranya terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mengawal Akaun Simpanan yang Layak dan PB eFD, terma dan syarat yang mengawal PBe dan PB engage dan apa- apa terma dan syarat yang mengawal perkhidmatan yang digunakan oleh Peserta yang Layak bagi tujuan program ini tidak dipatuhi.
6.4 Program ini TIDAK sah dengan apa-apa promosi produk dan kempen lain yang ditawarkan serentak oleh PBB.
7. Terma dan Syarat Am
7.1 Dengan mengambil bahagian dalam Program ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mengawal Akaun Simpanan yang Layak dan PB eFD, terma dan syarat yang mengawal PBe dan PB engage dan apa-apa terma dan syarat yang lain yang mengawal perkhidmatan yang digunakan oleh Peserta yang Layak bagi tujuan Program ini (termasuk apa-apa pindaan, perubahan dan/atau semakan semula terma dan syarat berkenaan). Sekiranya terdapat percanggahan antara terma dan syarat ini dengan terma dan syarat yang mengawal Akaun Simpanan yang Layak dan PB eFD, terma dan syarat yang mengawal PBe dan PB engage dan apa-apa terma dan syarat yang lain yang mengawal perkhidmatan yang digunakan oleh Peserta yang Layak bagi tujuan Program ini, terma dan syarat ini akan diterima pakai bagi tujuan Program ini.
7.3 Peserta yang Layak mengaku dan bersetuju bahawa rekod urus niaga yang disenggara oleh PBB dan keputusan PBB berkaitan dengan apa-apa perkara mengenai Program ini adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas mereka. PBB tidak akan melayani apa-apa rayuan atau surat-menyurat daripada mana-mana Peserta yang Layak dan/atau pihak ketiga mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan Program ini.
7.4 Peserta yang Layak bersetuju dan memberi keizinan mereka kepada PBB untuk memproses, mengumpul, mengunakan dan menyimpan semua maklumat mereka bagi tujuan Program ini.
7.5 Peserta yang Layak bersetuju dan memberi keizinan mereka kepada PBB untuk menerbitkan, memapar nama/nombor pengenalan, gambar atau maklumat beliau di laman web PBB atau mana-mana media massa lain bagi tujuan pengiklanan dan penerbitan.
7.6 PBB tidak bertanggungjawab atau menerima tanggungjawab bagi apa-apa bentuk dan apa sekali pun yang timbul atau dialami oleh Peserta yang Layak dan/atau pihak ketiga yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada Program ini, Ganjaran Tunai dan Hadiah Peraduan kecuali disebabkan oleh kecuaian atau salah laku yang disengajakan oleh PBB berkaitan dengan Program ini, Ganjaran Tunai dan Hadiah Peraduan.
7.7 PBB tidak akan dipertanggungjawabkan bagi apa-apa salah tafsiran atau salah gambaran fakta oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkaitan dengan Program ini, Ganjaran Tunai dan Hadiah Peraduan yang ditawarkan dan/atau disiarkan dalam media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan.
7.8 Sejauh mana dibenarkan oleh undang-undang, PBB secara nyata mengecualikan dan menolak apa-apa representasi, waranti atau pengesahan, secara nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa pengehadan bagi yang disiarkan dalam mana-mana media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa jaminan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Program ini, Ganjaran Tunai dan Hadiah Peraduan.
7.9 Sejauh mana dibenarkan oleh undang-undang, PBB tidak bertanggungjawab atas kegagalan atau kelewatan penghantaran apa-apa urus niaga yang dibuat melalui PBe atau PB engage atau yang dikesan dalam sistem PBB, yang boleh mengakibatkan Peserta yang Layak dikeluarkan daripada proses pemilihan semasa Tempoh Program.
7.10 Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara terma dan syarat ini dengan apa- apa pengiklanan, kempen, promosi, publisiti dan bahan lain berkenaan dengan atau berkaitan dengan Program ini, terma dan syarat ini akan diterima pakai.
7.11 PBB berhak untuk membuat penambahan, potongan atau mengubah terma dan syarat ini, dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada Peserta yang Layak melalui laman web PBB, mempamerkan notis di cawangan PBB, penyata yang disisipkan dalam penyata akaun atau kaedah lain yang ditentukan oleh PBB dari semasa ke semasa.
7.12 PBB berhak untuk membatalkan, menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Program ini sebelum Program ini tamat, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis terlebih dahulu. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pembatalan, penarikan balik, penggantungan, lanjutan atau pembatalan tidak akan melayakkan Peserta yang Layak untuk apa-apa tuntutan atau ganti rugi terhadap PBB bagi mana-mana atau semua kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang Layak.
7.13 Terma dan syarat ini akan dikawal dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia dan Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah di Malaysia.
7.14 Peserta yang Layak boleh membaca Notis Kerahsiaan PBB yang menyatakan bagaimana PBB menggunakan maklumat mereka melalui www.pbebank.com atau mana-mana cawangan PBB.
************************************************************
Ruang Selebihnya pada Muka Surat ini Sengaja Dibiarkan Kosong
************************************************************