• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR BAKA DAN FAKTOR PERSEKITARAN MEMB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR BAKA DAN FAKTOR PERSEKITARAN MEMB"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

2.0 Hujah dan Justifikasi Berkaitan Dengan Faktor Baka dan Faktor Persekitaran Membantu Dalam Membentuk Personaliti Kanak-kanak.

Sebelum memberikan hujah dan justifikasi berkenaan dengan faktor-faktor dalam membantu pembentukan personaliti kanak-kanak, adalah lebih baik jika kita ketahui dahulu apakah itu personaliti. Azlina (2005) mengertikan personaliti sebagai satu perkataan yang kita selalu gunakan apabila menggambarkan diri seseorang malah diri kita sendiri juga. Personaliti adalah perkataan yang mana berasal daripada bahasa Latin yang dikenali sebagai pesona. Pesona merujuk kepada topeng yang digunakan oleh pelakon yang sedang berlakon di atas pentas drama.

Kelazimannya, personaliti didefinisikan mengikut kesukaan masyarakat kerana sesetengah masyarakat beranggapan bahawa seseorang yang berpersonaliti baik adalah orang yang amat mengagumkan dan mempunyai kebolehan dalam berinteraksi dan bergaul dengan baik. Terdapat juga manusia yang menganggap seseorang yang sopan santun dan bercakap lemah lembut mempunyai personaliti yang baik. Hal yang demikian kerana menurut Rozumah (1987) bertingkah laku perlulah seperti mana yang diterima oleh masyarakat di sekeliling. Namun begitu, definisi personaliti berdasarkan kepada kepentingan sosial adalah tidak tepat.

Hal yang demikian kerana ia membawa kesan negatif yang mana tidak munasabah bagi sesetengah individu yang jelas memiliki ciri-ciri semula jadi yang unik tetapi tidak dianggap mempunyai personaliti dan sebab yang kedua adalah ia mengehadkan jumlah dan jenis tingkah laku yang boleh dianggap sebagai aspek personaliti. Ryckman (2000 daripada Azlina, 2005) mengatakan bahawa para pengkaji personaliti bersepakat dalam menyelesaikan masalah berkenaan dengan cara mendefinisikan personaliti dengan mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan teratur di mana ia dimiliki oleh seseorang individu secara unik yang mana ia boleh mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah lakunya dalam pelbagai keadaan yakni dalam satu situasi.

(2)

Tambahan lagi, Allport (daripada Ee, 1995) menyatakan bahawa personaliti adalah suatu organisasi dinamik sistem psikofizikal dalam diri seseorang individu yang mana individu tersebut boleh menentukan tingkah laku dan fikirannya secara khusus. Dinamik dalam ayat di atas membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam tingkah laku seseorang dan organisasi pula merujuk kepada kerajinan, kesabaran dan sebagainya yang mana saling mempunyai perkaitan antara satu dengan yang lain. Manakala sistem psikofizikal pula merujuk kepada sikap, tabiat, nilai, kepercayaan dan lain-lain lagi dalam membentuk psikologi yang mempunyai perkaitan dengan asas fizikal seperti yang terdapat di urat saraf dalam tubuh badan kita.

Di samping itu, Eysenck (daripada Ee, 1995) menyatakan bahawa personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak seimbang dan dapat menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitaran di sekelilingnya. Dalam pada itu, tahukah anda bahawa terdapat dimensi dalam personaliti. Menurut Mohamad (1994), terdapat berbagai-bagai dimensi dalam personaliti. Antaranya ialah kebimbangan, kegopohan-kesabaran, introversi-ekstraversi, ritma sirkada dan depresi. Ritma sirkada adalah sesuatu perjalanan edaran fungsi fisiologi seperti edaran sistem pengeluaran haid bagi wanita dalam sesuatu hari berlaku menurut ritma harian yang mana dikenali sebagai ritma sirkada.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza-beza antara satu sama lain walaupun berada dalam lingkungan persekitaran yang sama. Hal ini merupakan salah satu perkara yang menjadikan manusia itu unik. Secara umumnya, ciri-ciri personaliti setiap individu adalah tetap dalam suatu masa tertentu kerana perwatakan tersebut dapat diperhatikan dan dikesan dengan jelas pada situasi-situasi tertentu. Dalam pada itu, faktor genetik ataupun lebih dikenali sebagai faktor baka dan faktor persekitaran telah memainkan peranan dalam mempengaruhi pembentukan personaliti kanak-kanak. Terdapat beberapa hujah dan justifikasi cara-cara faktor tersebut boleh membantu dalam pembentukan personaliti kanak-kanak

(3)

Menurut Dave (2010), endomorfik adalah jenis tubuh badan yang berbentuk gemuk dan bulat. Kelazimannya mereka yang memiliki bentuk badan seperti ini akan sentiasa merasa gusar berkenaan dengan diri mereka. Terdapat juga individu di kalangan ini yang mengalami masalah obesiti yang mana keadaan fizikal individu tersebut berisi yang menyukarkan pergerakan dan menghalang kelincahan diri. Mereka yang memiliki tubuh seperti ini tidak tegap dan berada dalam keadaan yang tidak stabil dan juga sering kelihatan dalam keadaan lembik dan lemah. Tambahan lagi, jika mereka tidak gemuk sekalipun, rangka badan agak lebar dan besar serta rendah. Bagi aspek personaliti, individu jenis ini dikatakan sebagai seorang yang periang, suka bergaul, kuat makan dan ekstrovert.

Individu yang berada dalam kumpulan ini kelihatan lebih besar dengan lebihan lemak terutamanya di sekitar pinggang, peha dan punggung. Selain itu, rangka badan mereka juga besar dengan pergelangan tangan dan kaki lebih besar dari kebiasaannya. Individu endomorfik selalu bersikap tawar hati dan mudah kecewa serta putus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Jumlah kalori dalam badan juga tinggi disebabkan oleh kalori yang terkumpul kerana kurang bersenam. Cabaran paling besar dalam hidup mereka ialah menghilangkan berat badan mereka kerana diet mereka yang tidak dapat dikawal.

Bentuk badan mesomorfik pula adalah individu yang terdiri dalam kalangan masyarakat yang sering berkecimpung dalam bidang sukan atau individu ini lebih dikenali sebagai atlet. Hal yang demikian kerana mereka memiliki kelebihan dan keistimewaan yang membolehkan mereka mencapai kejayaan dalam bidang kesukanan. Kategori bentuk badan seperti ini ialah mereka mempunyai keistimewaan dari segi fizikal. Individu dalam kategori ini memiliki otot yang sasa, kulit keras dan kasar, mempunyai bentuk badan yang tegap dan lurus serta kelihatan lebih matang daripada umur sebenar. Dalam pada itu, individu dalam kelompok ini juga mudah untuk mengurangkan dan menambahkan berat badan mereka dalam satu tempoh masa yang singkat.

(4)

Seterusnya ialah ektomorfik. Ektomorfik adalah individu yang memiliki badan kurus, tinggi dan pergerakannya berkemungkinan agak perlahan dan lemah-lembut. Individu ini tinggi tetapi mempunyai rangka yang kecil. Mereka sering kali dikaitkan dengan gaya lembik dan kelihatan kurus. Penampilan diri mereka seakan kurang “mature” yakni tidak matang dan juga tidak mempunyai keyakinan yang tinggi serta emosi individu dalam kategori ini mudah tidak stabil dan sering berada dalam situasi kelam kabut dalam setiap tindakan yang diambil. Mereka juga mudah diselubungi oleh kemurungan dan kurang tahan terhadap tekanan yang dihadapi. Individu seperti ini juga kurang aktif dan pesimistik dalam setiap tindakan.

Individu yang mempunyai badan ektomorfik mempunyai ciri-ciri seperti tangan dan kaki yang kurus, lemak yang sedikit, bahu, punggung dan dada serta abdomen yang berbentuk sederhana. Ciri-ciri seperti ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang berbentuk badan ektomorfik mampu menyertai acara sukan seperti larian jarak jauh, lompat tinggi dan aktiviti berbasikal. Mereka mempunyai lipid yang kurang dan otot mereka juga tidak begitu besar. Hal ini menyebabkan berat badan mereka ringan. Dari segi personaliti pula, golongan ini secara umumnya agak pendiam, tidak suka bergaul, beremosi dan pemalu serta cerdik.

Selain daripada bentuk badan, fizikal juga turut mempengaruhi personaliti seseorang dalam faktor genetik. Keadaan fizikal khususnya lebih memberikan fokus kepada sesuatu penyakit seperti kencing manis, leleh atau “asthma”, kanser dan sebagainya. Kebanyakan penyakit seperti ini disebabkan oleh faktor genetik yang boleh mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang individu. Misalnya, seorang remaja kerap kali jatuh sakit dan sering kali tidak dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan akan menyebabkan perkembangan sosialnya terbantut. Hal ini seterusnya akan mempengaruhi perkembangan personalitinya seperti akan muncul sifat pemalu dan pendiam dalam diri remaja itu.

(5)

Akhir sekali, emosi merupakan elemen yang mempengaruhi pembentukan perkembangan personaliti seseorang kanak-kanak itu. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan mengakibatkan ciri-ciri personaliti seperti agresif dan pemarah mereka menonjol. Manakala seseorang yang mewarisi emosi yang lebih stabil akan dapat mengawal perasaan negatif seperti kecewa dan marah serta sedih dengan lebih baik dan mudah. Individu seperti ini akan mudah didekati oleh orang ramai dan lebih popular. Kemahiran sosial kanak-kanak akan mudah untuk berlaku dan saling berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain jika mewarisi emosi yang stabil daripada kedua ibu bapanya.

Tambahan lagi, persekitaran juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi personaliti seseorang itu. Lew et, al (2014) mengatakan bahawa keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman seorang kanak-kanak itu merupakan elemen-elemen yang perlu dilihat dari aspek faktor persekitaran bagi membantu pembentukan perkembangan personaliti kanak-kanak tersebut. Elemen yang perlu diberikan penekanan yang lebih dalam membentuk personaliti kanak-kanak ialah keadaan keluarga.

Dalam elemen ini terdapat tiga bahagian lagi yang dipecahkan iaitu keluarga, pemakanan dan sosioekonomi keluarga kanak-kanak itu. Pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang secara umumnya bermula daripada keluarga. Hal ini menunjukkan bahawa ia bermula daripada keadaan dan suasana di dalam rumah berkenaan sama ada berada dalam keadaan yang baik iaitu memiliki suasana yang mesra dan harmonis ataupun sebaliknya. Bagi memperkembangkan personaliti kanak-kanak tersebut secara positif, hubungan ibu bapa dengan anak-anak perlu baik dan dapat menjamin bahawa suasana di rumah akan berada dalam keadaan yang tenteram dan damai.

(6)

Taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan dalam pembentukan personaliti kanak-kanak. Kedudukan atau tahap kewangan sesebuah keluarga akan dapat menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk memudahkan anak-anak belajar dan bersosial. Dengan adanya kemudahan seperti komputer, piano, gitar, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya, ia akan dapat membantu kanak-kanak mengetahui dan mempelajari pelbagai perkara kerana berlakunya pendedahan secara besar-besaran. Kanak-kanak yang memiliki keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik serta boleh bermain pelbagai permainan dan alat muzik pasti akan memiliki keyakinan yang tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

Dalam pada itu, kebudayaan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk personaliti seseorang kanak-kanak. Hal yang demikian kerana kebudayaan yang diamalkan mempunyai norma dan nilai kehidupan yang berbeza-beza. Penekanan yang dijalankan dalam sesebuah kebudayaan akan mempengaruhi pembentukan personaliti kanak-kanak tersebut. Misalnya dalam kebudayaan Melayu, nilai-nilai seperti hormat-menghormati, sopan-santun, bertanggungjawab, amanah dan lain-lain lagi amat ditekankan. Jika kanak-kanak itu hidup dalam kebudayaan seperti itu, sudah tentu kanak-kanak tersebut akan menjadi seorang individu yang penuh dengan nilai-nilai murni yang baik dan wujudnya personaliti yang seimbang.

Di samping itu, satu per empat masa kanak-kanak dihabiskan di sekolah. Oleh hal yang demikian, sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk personaliti kanak-kanak. Kepimpinan dan suasana yang diamalkan dan dijalankan di sekolah amat mempengaruhi kanak-kanak. Semua perkara ini bergantung kepada corak pentadbiran yang dibawa dan dijalankan oleh guru besar ataupun pengetua sekolah berkenaan kerana mereka merupakan ketua pentadbir sekolah tersebut. Jika sekolah tersebut menitikberatkan corak pentadbiran yang cekap seperti disiplin murid-murid diketatkan, maka personaliti pelajar juga akan menjadi seorang yang terbiasa dengan mematuhi arahan.

(7)

kanak-kanak akan terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Hal yang demikian kerana rakan sebaya ini mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri sama ada positif ataupun negatif.

Selanjutnya, media massa. Pada zaman era teknologi, media massa menjadi medium perhubungan yang terpenting dalam kehidupan seharian. Disebabkan itulah media massa menjadi medium yang mana dapat membentuk personaliti kanak-kanak. Bagi membentuk personaliti kanak-kanak, media massa perlu menyediakan suatu pendedahan yang sihat kepada mereka agar perkembangan personaliti mereka yang sihat dan positif terjamin. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak perlu didedahkan dengan tayangan yang berunsurkan kerohanian, ilmiah, dan ketamadunan bagi membentuk mereka menjadi seorang yang berpersonaliti positif.

Dalam pada itu juga, pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang individu. Misalnya, kanak-kanak yang telah diberikan hukuman kerana melakukan kesalahan seperti membuang air kecil di katil akan takut dan sentiasa bimbang untuk melakukannya sekali lagi. Sebagai contoh lagi, kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan sewaktu di prasekolah akan berasa rendah diri dan kurang keyakinan apabila rakan-rakan yang lain mengetahui dia tidak dapat mengenal dan menulis angka dan angka yang senang pada tahun Satu. Perkara ini akan memberikan impak negatif yang sangat tinggi kepada personaliti kanak-kanak tersebut. Oleh itu, dinasihati agar setiap ibu bapa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara seperti itu berlaku.

Terakhir adalah masyarakat. Masyarakat yang mempunyai keinginan yakni aspirasi, harapan dan nilai yang tersendiri boleh mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang itu. Sebagai contoh, masyarakat yang terbiasa dengan penekanan berkaitan dengan kepentingan duit iaitu kekayaan dan harta benda akan menyebabkan kanak-kanak yang hidup dalam masyarakat itu membesar untuk menjadi seorang individu yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda tanpa memikirkan nasib orang lain. Nilai-nilai positif dikebelakangkan dan akan wujudnya kanak-kanak yang berpersonaliti seperti sanggup untuk menipu, merompak dan sebagainya demi untuk menjadi kaya. Sebaliknya, jika norma yang dibina sihat, maka akan lahirlah kanak-kanak yang berpersonaliti sihat bertanggungjawab, rajin, amanah dan sedia membantu orang lain.

(8)

Referensi

Dokumen terkait

Total hasil tangkapan nimfa capung yang diperoleh dari empat lokasi penelitian adalah 585 individu yang terdiri dari 2 famili (Libellulidae dan Aeshnidae), yang terdiri

Limbah pada butir 2 yang berada pada hutan bekas tebangan dan lokasinya dekat ke industri pengolahan (pulp and paper), telah dapat dimanfaatkan dengan baik, namun tetap

Dari pembahasan hasil penelitian yang dilakukan maka dapat ditarik simpu- lan bahwa (1) hubungan kekerabatan raja- raja kerajaan-kerajaan di Kota Kendari ter-

Pada hasil hipotesis penelitian ini menunjukkan hasil bahwa hubungan personal yang bagian dari salah satu dari dimensi motivasi karyawan memiliki pengaruh terhadap

Tidak adanya hubungan antara FDI dengan pertumbuhan ekonomi di 5 negara ASEAN (Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam) disebabkan uji Granger Causality

Kesimpulannya, persepsi pelajar terhadap perlaksanaan SCL meliputi aspek kaedah dan pendekatan pengajaran berasaskan SCL yang digunakan oleh pengajar dan hasil pembelajaran

Antibiotik dan bahan kimia itu sendiri dapat memberikan sifat resisten terhadap bakteri dan dapat membahayakan lingkungan.Salah satu alternatif yang dilakuan ialah dengan

Tujuan penelitian ini adalah menganalisis (1) perbedaan pemahaman konsep antara kelompok siswa yang belajar dengan model pembelajaran perubahan konseptual dan model