• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penderaan Kanak kanak dan Keganasan Ruma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penderaan Kanak kanak dan Keganasan Ruma"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PENSYARAH

DR.JAL ZABDI BIN MOHD YUSOF

SUBJEK

PERUNDANGAN DAN ADVOKASI PERKHIDMATAN MANUSIA-APEA2102

TAJUK TUGASAN

LAPORAN MANDATORI DALAM KES PENDERAAN KANAK-KANAK DAN KEGANASAN RUMAH TANGA

NAMA PELAJAR

MUHAMAT HAMZAH BIN EKSAN-AEP120007

(2)

1.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) menyatakan bahawa hampir 3,900 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan tahun 2012 dan sekurang-kurangnya 1,023 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan sepanjang Januari hingga Mac tahun 2013 cukup membimbangkan(Harian Metro,2012).Bagi kes melibatkan kematian, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang dipetik daripada Utusan Malaysia(2014), seramai 18 kanak-kanak menjadi mangsa kes bunuh pada 2009, diikuti 2010, 21 orang; 2011 (31); 2012 (26); 2013 (24) dan tahun 2014 sudah dua kes direkodkan termasuk satu di Paka, Dungun, baru-baru ini.Beliau menambah lagi, siasatan lanjut daripada pihaknya menunjukkan bahawa kes yang berhubung kait dengan penderaan ini pada kebiasaanya melibatkan individu yang mempunyai hubungan dengan kanak-kanak tersebut seperti ibu,bapa, saudara mara,pengasuh dan juga orang terdekat dengan mangsa.Walau bagaimana pun, menurut Shamsiah Abd Rahman(2001) statistic masalah penderaan dan pengabaian kanak-kanak ini hanya 10% sahaja daripada kes yang benar-benar berlaku. Terdapat banyak kes-kes yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa atas pelbagai faktor.

(3)

mungkin dan mengelakkan kanak-kanak dianiaya oleh ahli keluarga mereka khususnya penganiayaan melalui penderaan.

(4)

yang munasabah untuk mempercayai bahawa seorang kanak-kanak itu telah didera ataupun mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi mangsa.Jelas beliau lagi, andainya pihak yang dipertanggungjawabkan gagal melaporkan kejadian dera atau pengabaian kepada pihak berkuasa, mereka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

2.0 KEWAJIBAN MELAPORKAN KES PENDERAAN KANAK-KANAK:PERSPEKTIF GLOBAL

Sebelum meninjau lebih lanjut berkenaan dengan kewajiban melaporkan kes undang-undang di Malaysia, kita perlu melihat dari perspektif global berkenaan dengan peruntukan undang-undang yang mewajibkan orang ramai melaporkan kes penderaan kepada pihak berkuasa. Pence dan Wilson(1994) dalam Jal Zabdi(2009) menjelaskan bahawa di Amerika Syarikat, pelaksanaan undang-undang berkenaan dengan kewajiban melaporkan kes penderaan kanak-kanak telah dilaksanakan dikesemua 50 buah negerinya sekitar tahun 1968. Denmark dan Canada pula menggariskan peruntukkan undang-undang melaporkan kejadian dera melalui akta yang dinamakan sebagai Social Welfare Act 1992 dan Individual State legislation yang mana akta ini mewajibkan masyarakat umum melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan dengan kes dera. Beberapa negara lain seperti Sweden pula ada menetapkan peguatkuasaan laporan penderaan melalui Social Servive Act 1980 namun hanya pengamal perubatan sahaja yang diwajibkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan berbekalkan laporan perubatan terhadap mangsa.

(5)

melaporkan kejadian dera ini merupakan suatu mekanisme yang sudah bersifat global dimana banyak negara telah melaksanakan undang-undang berkaitan dengan laporan awal kes dera ini.

3.0 KAEDAH TERBAIK MENGGALAKKAN ORANG RAMAI MELAPORKAN KEJADIAN DERA

3.1 PERUNTUKAN UNTUK PEGAWAI ATAU PENGAMAL PERUBATAN YANG BERDAFTAR

(6)

juga pegawai pentabiran hospital.Hal ini bagi mengatasi masalah yang berlaku di kawasan pendalaman atau bandar-bandar kecil seperti yang telah dinyatakan. Dengan adanya penggubalan ini, maka kesemua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjalankan pemeriksaan dan rawatan boleh membuat laporan penderaan.

Walaubagaimanapun, Jal Zabdi(2002) sekali lagi menimbulkan persoalan dalam konteks Kod kelakuan Professional. Dalam kod ini, pengamal perubatan berdaftar tidak dibenarkan untuk mendedahkan laporan perubatan pesakit mereka untuk tujuan apa pun.Hal ini telah menyebabkan wujudnya dilema dalam kalangan doctor. Namun demikian, dalam Seksyen 116(2) Akta Kanak-kanak 2001 telah jelas memperuntukan berkenaan dengan larangan pemberian maklumat berkenaan dengan kes penderaan dalam beberapa situasi:

i. Pelanggaran etiket atau etika professional ;

ii. Bercanggah dengan standard tingkah laku prodessional yang diterima Menurut Jal Zabdi(2002) peruntukan tersebut merupakan suatu yang positif kerana ahli perubatan yang sememangnya terikat dengan etika kerahsiaan mereka sendiri tidak perlu bimbang jika mereka mendedahkan maklumat pesakit mereka.Oleh hal demikian, diharapkan agar pihak pengamal perubatan yang berdaftar akan membuat laporan sekiranya mereka secara munasabah berpendapat bahawa kanak-kanak di bawah rawatan mereka telah didera. Biarpun tanggungjawab memaklumkan ini menyebabkan wujudnya risiko

3.2 AHLI-AHLI KELUARGA KANAK-KANAK

(7)

pada kebiasaanya tinggal bersama kanak-kanak dan secara rasionalnya mereka juga pasti tahu punca mengapa kanak-kanak itu dipukul(Jal Zabdi,2002). Seksyen 2 Akta Kanak-kanak 2001 mendefinisikan “anggota keluarga” sebagai ibu bapa atau penjaga atau

seorang anggota keluarga luas, yang merupakan seorang anggota rumah.Selain itu, bahagian ini juga ada mendefinisikan “anggota rumah” sebagai seorang yang pada lazimnya tinggal

serumah dengan seorang kanak-kanak. Akhir sekali, seksyen 2 juga mendefinisikan konsep “keluarga luas” yang membawa maksud orang-orang yang mempunyai hubungan

persaudaraan melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan. Seksyen 28(1) memperuntukkan bahawa :

Jika mana-mana anggota keluarga seorang kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya,tercabai,terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia hendaklah dengan serta -merta memberitahu Pelindung.

Dalam hal ini, andainya pihak keluarga gagal melaporkan kejadian itu, ahli keluarga boleh dikenakan bon dengan syarat-syarat tertentu dan andainya gagal menyempurnakan bon tersebut, barulah denda tidak melebihi RM5000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

3.3 PENGASUH KANAK-KANAK

(8)

kejadian dera kepada pihak pelindung. Jal Zabdi(2002) menyatakan terdapat tiga kategori pengasuh secara umumnya di Malaysia dan ketiga-tiga kategori itu mempunyai tanggungjawab undang-undang:-

i. Pengasuh tradisional: Ibu bapa menghantar anak ke rumah jiran atau pihak lain bagi tujuan dijaga dan pengasuh akan diberikan bayaran tertentu.

ii. Pengasuh yang diambil kerja: pengasuh ini akan tinggal di rumah untuk menjaga kanak-kanak yang terbabit

iii. Pengasuh institusi: Ibu bapa kanak-kanak menghantar kanak-kanak terbabit ke pusat asuhan untuk dijaga.

Berdasarkan penerangan yang diberikan, maka jelas bahawa Akta kanak-kanak telah mewajibkan golongan pengamal perubatan, ahli keluarga dan pengasuh untuk melaporkan kejadian dera kepada pihak pelindung. Namun demikian, kategori ini perlu lebih diperluas untuk memastikan lebih ramai masyarakat awam membuka mulut dalam kes penderaan.Untuk itu, guru perlu dijadikan pihak yang mempunyai tanggungjawab undang-undang dalam melaporkan kes penderaan ini

3.4 GURU SEKOLAH SEBAGAI PIHAK YANG WAJIB MELAPORKAN KES PENDERAAN.

(9)

sedang didera akan mengalami konflik personality yang krtitikal seperti mengalami kebimbangan melampau, perasaan takut dan pemalu serta rendah diri. Hal ini pasti boleh dikesan oleh guru dan andainya guru mendapati ia mempunyai alasan munasabah,maka kes itu boleh dilaporkan kepada pihak pelindung. Selain itu, hujah kedua berkenaan dengan mewajibkan guru melaporkan kes penderaan ini disandarkan pada sistem pendidikan rendah yang diwajibkan(Jal Zabdi,2009). Umum mengetahui bahawa pendidikan rendah di Malaysia sememangnya telah diwajibkan yakni melalui Seksyen 29A Akta Pendidikan(Pindaan)2002. Berdasarkan statistic terkini iaitu hingga Februari 2014, jumlah pelajar sekolah dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah ialah kira-kira 5 juta orang dan dalam aspek ini guru merupakan individu yang paling sesuai diberikan tanggungjawab untuk melaporkan kejadian dera kepada pihak pelindung. Selain itu, jumlah guru yang ramai juga membolehkan peluasan laporan penderaan ini lebih mudah. Berdasarkan statistik kementerian Pendidikan yang terkini(Hingga Februari 2014), jumlah guru bagi kesemua peringkat pendidikan ialah sekitar 420 ribu dan taburan mereka yang merangkumi seluruh kawasan di Malaysia membuktikan guru sangat sesuai untuk dijadikan pihak yang wajib melaporkan ke pihak pelindung( Jal Zabdi, 2009). Tambah beliau lagi, di Malaysia, guru masih lagi sebagai orang yang dihormati dan dipercayai. Kebiasaanya, kanak-kanak yang menjadi mangsa dera menjadi seorang yang pasif dan mereka “menyimpan” apa yang berlaku dan tidak akan mendedahkan kepada mana-mana

(10)

Secara ringkasnya, berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, jelaslah bahawa bagi meluaskan penglibatan masyarakat dalam melaporkan kejadian dera, pihak guru antara golongan yang dipertanggungjawabkan melalui undang-undang bagi mengatasi masalah ini.

3.5 JIRAN TETANGGA DALAM MELAPORKAN KES DERA

Menurut Jal Zabdi(2002), pihak yang telah diwajibkan untuk melaporkan kes penderaan pada kebiasaannya akan melaporkan kes dera setelah ia berlaku dan berkemungkinan telah sampai ke tahap kritikal. Oleh sebab itu, wujud cadangan untuk menjadikan jiran juga sebagai pihak yang diwajibkan melaporkan kejadian dera dan hal ini secara tidak langsung mampu menjadikan penglibatan masyarakat umum dalam “membuka mulut” apabila mereka tahu wujudnya kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Masyarakat Malaysia sememangnya terikat dengan norma dan budaya ketimuran yang masih menebal.Masyarakat sering kali berpendapat bahawa mengambil tahu atau mencampuri urusan rumah tangga orang atau dalam istilah perumpamaannya “menjaga tepi kain

orang” merupakan satu perkara yang perlu dielakkan. Namun begitu, dalam kes penderaan

(11)

4.0 KERAHSIAAN IDENTITI PEMBERI MAKLUMAT

Isu yang kerap timbul dalam hal penyaluran maklumat kes penderaan ini ialah kerahsiaan identity pemberi maklumat. Dalam hal ini, seksyen 116(1) telah memperuntukkan perlindungan identiti pemberi maklumat:

Mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan perlindungan tidak menanggung apa-apa liability kerana fitnah atau selainnya berkenaan dengan pemberian maklumat itu.

Walau bagaimanapun, pihak berkenaan perlulah membuktikan bahawa maklumat yang diberikan haruslah suci hati(Jal Zabdi,2002). Selain itu, sekyen 116 juga ada menyediakan beberapa peruntukkan tambahan yang bagi memastikan perlindungan identity pemberi maklumat benar-benar dilindungi. Menerusi beberapa subseksyen:

(3) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4) dan (6), seseorang saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah tidak boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk mendedahkan nama dan alamat seseorang informer atau isi maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan informer itu diketahui.

Dalam subseksyen 4 pula, ia memperuntukkan bahawa jika keterangan yang hendak dikemukakan di mahkamah dalam bentuk dokumen yang mana di dalamnya terdapat catatan tentang nama atau maklumat tersebut hendaklah ditutup atau dilindungi setakat mana yang perlu bagi melindungi identity informer.Bagi subsekyen 5 pula,ia menjelaskan peruntukkan perlindungan informer bagi pihak-pihak yang dikenakan tugas untuk memaklumkan.

(12)

Jika semasa perbicaraan bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, Mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu mempercayai bahawa informer itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa -apa prosiding lain Mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa identiti informer itu diketahui, maka sah bagi Mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal, jika bertulis, dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai informer itu.

Ringkasnya, dalam konteks kerahsiaan pemberi maklumat,informer sememangya sudah dilindungi dengan peruntukkan undang-undang seperti yang di atas dan tidak timbul isu informer diancam oleh mana-mana pihak kerana laporannya. Berkenaan dengan laporan palsu pula, akta ini juga ada peruntukkan tertentu yang boleh mengetepikan Jadi perkara ini perlulah disebarluaskan bagi memastikan semua lapisan masyarakat tahu akan kewujudan peruntukkan ini. Hal ini mungkin mampu meyebabkan orang ramai berani tampil kehadapan untuk melaporkan kejadian dera dan pengabaian yang berlaku di sekeliling mereka.

(13)

masyarakat benar-benar membuka mulut dalam kes penderaan dan pengabaian, pihak kerajaan perlulah mengua-uarkan talian hotline yang dinamakan Talian Nur 15999 yang berfungsi sebagai tempat untuk melaporkan kejadian penderaan ataupun pengabaian kanak-kanak.Jika perkara ini boleh disebarkan secara meluas, maka masyarakat umum berkemungkinan akan cuba melaporkan kejadian dera yang berlaku di sekitar mereka.

Kesimpulannya, dalam proses meningkatkan penglibatan masyarakat dalam melaporkan

kejadian dera ini, semua pihak perlu memainkan peranannya secara maksima tanpa wujudnya sebarang prejudis atau diskriminasi. Hal ini kerana kanak-kanak ialah insan yang lemah dan tak berdaya, jadi, sekiranya mereka dianiaya, mereka tidak mampu melakukan apa-apa tanpa bantuan daripada orang sekeliling mereka. Dengan adanya penglibatan masyarakat umum, maka secara tidak langsung masalah penderaan dan pengabaian ini dapat dikurangkan dan masa depan kanak-kanak mungkin akan lebi terjamin. Kaedah menambahKan kategori individu yang bertanggungjawab dalam undang-undang dari yang sedia ada dilihat sebagai altenatif terbaik bagi menggalakkan orang ramai “membuka mulut” apabila mengetahui perlakuan kes dera dan menyebarluaskan

(14)

6.0 LAPORAN MANDATORI DALAM KONTEKS KES KEGANASAN RUMAH TANGGA

Selain penderaan kanak-kanak, perkara yang kerap berlegar dalam ruang lingkup masyarakat kita ialah kes keganasan rumah tangga. Konsep operasionalnya sama dengan penderaan kanak-kanak namun ianya melibatkan kelompok yang telah berumah tangga dan jumlahnya kian meningkat saban hari serta ada kes yang hingga membawa kematian.Wujud cadangan untuk mewajibkan pihak terdekat melaporkan kes keganasan rumah tanggan seperti mana yang telah diperuntukkan dalam Akta Kanak-kanak 2001.Namun yang menjadi persoalan, adakah ianya sesuai diimplemenkan dalam konteks rumah tangga.

(15)

Dari segi model pelaksanaanya, negara kita telah melaksanakan konsep “mandatory reporting” ini dalam Akta Kanak-Kanak 2001 dan ia tidak menjadi masalah yang begitu

rumit. Pihak berwajib boleh meletakkan kategori-kategori seperti dalam seksyen 27,28 dan 29 seperti dalam akta kanak-kanak 2001. Dalam konteks keganasan rumah tangga,pihak pengamal perubatan perlu dipertanggungjawabkan dalam hal melaporkan kes keganasan rumah tangga. Kajian Coulter dan Chez(1997) mendapati bahawa 83% responden menyatakan bahawa pengamal perubatan perlu menjadi orang pertama yang melaporkan keganasan rumah tangga setelah melakukan pemeriksaan.Hal ini kerana pengamal perubatan ada bukti teknikal yang kukuh dalam laporan perubatan mereka dan secara tidak langsung ia mampu menjadi bahan bukti dalam perbicaraan.

Bagi golongan ahli keluarga dan jiran tetangga, wujud argumentasi dalam kalangan pengkaji terdahulu mengenai tanggungjawab melaporkan ini. Hal ini kerana Hyman dan J.D(1997) dan Hill(2001) menyatakan bahawa mangsa keganasan rumah tangga kebiasaanya merupakan orang yang telah dewasa dan mampu menilai secara kritikal suatu keputusan dalam hidupnya. Tambah beliau lagi, dari sudut psikologikal, mangsa keganasan rumah tangga akan lebih tertekan apabila wujud pihak yang melaporkan kejadian yang berlaku ke atasnya tanpa pengetahuannya. Keganasan rumah tangga ianya berbeza dari kes penderaan kanak-kanak yang mana mangsa penderaan ialah golongan yang masih tidak mampu berfikir secara kritikal dalam membuat keputusan dan mereka kurang arif tentang perilaku jenayah (Hyman dan J.D,1997).

(16)

daripada golongan jiran tetangga dan ahli keluarga sukar untuk mengklasifikasi bentuk keganasan rumah tangga dan laporan mereka kebanyakkannya tidak tepat. Kesannya, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mendapatkan maklumat sebenar dan apabila laporan sedemikian dilakukan, kebanyakkan mangsa akan menyembunyikan diri daripada ditemubual pihak berkuasa. Laporan ini juga mendedahkan bahawa kebanyakan jiran tetangga dan ahli keluarga melakukan laporan secara bertindih dengan deskripsi maklumat yang berbeza sama ada melalui panggilan telefon dan laporan terus ke balai polis.

Dari perspektif peribadi informer, laporan ini menjelaskan bahawa kebanyakan informer atau saksi yang ditembubual menyatakan bahawa mereka sebolehnya enggan melaporkan kejadian keganasan rumah tangga ini kerana mereka takut bahawa pelaku akan dipenjarakan jika didapati bersalah dan menjejaskan struktur kekeluargaan mereka.

(17)

dalam keluarga jiran mereka dan mengancam akan melaporkannya kepada pihak berkuasa sekiranya perbuatan itu masih berlanjutan.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, dalam konteks Malaysia, andainya pihak berwajib mahu melaksanakan laporan mandatory dalam kes keganasan rumah tangga, maka perkara pertama sekali yang perlu diperincikan ialah klasifikasi bentuk keganasan rumah tangga agar tidak berlaku percanggahan maklumat atau maklumat kurang tepat dan menyenaraikan pihak mana yang perlu diberi tanggungjawab untuk melakukan laporan kes keganasan rumah tangga. Selain itu, semasa tahap awal pelaksanaan laporan mandatori ini di Australia(2009-2012), pihak kerajaan di sana menyediakan dana yang banyak untuk memperkukuhkan pelaksanaan laporan mandatory yang merangkumi aspek latihan khas untuk pegawai tertentu yang terlibat dalam kes keganasan rumah tangga, kempen-kempen, peyemakan semula kandungan undang-undang berkaitan.Jadi, untuk melaksanakannya di Malaysia, kita perlu menyediakan dana yang banyak bagi memastikan kelancaraan pendekatan laporan mandatory ini.

Kesimpulannya, setelah mengambil kira laporan pelaksanaan di Australia dan kajian-kajian

(18)

pentadbiran. Dengan adanya pelaksanaan laporan mandatory ini, Malaysia sudah maju setapak lagi dalam proses membanteras gejala keganasan rumah tangga.

7.0 RUJUKAN

1. Akta Kanak-kanak 2001(AKta 611) dan Peraturan-peraturan (International Law Book Services).

2. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994(Akta 521) (International Law Book Service).

3. National Survey on Community Attitudes to Violence Against Women 2009. (2009). Australia: The Victorian Health Promotion Foundation.

4. Evaluation of the Impact of Reporting of Domestic and Family Violence (2012). In N. T. D. o. C. a. Families (Ed.). Australia: KPMG International. 5. "Kes kanak-kanak didera membimbangkan’. (2012). Harian Metro.

6. Maklumat Asas Pendidikan:Portal Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan. (2014). from http://emisportal.moe.gov.my/

7. Coulter M.L, Chez R.A. (1997). Domestic Violence Victim Support Mandatory Reporting: For Others. Journal of Family Violence, 12(3), 349-356.

8. Hill, M. (2001). Mandatory Reporting of Domestic Violence. Current Surgery, 58(4). 9. Hyman.A, J.D. (1997). Mandatory Reporting of Domestic Violence by Health Care

Providers:A Policy Paper. San Francissco,CA: The Family Violence Prevention Fund. 10.Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2002). Akta Kanak-kanak 2001:Tanggungjawab untuk

Memaklumkan. In N. T. Siti Zaharah Jamaluddin, Jal Zabdi Mohd Yusoff, (Ed.), Siri undang-undang Mimi Kamariah : Akta Kanak-Kanak 2001 Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

11.Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2003). Penderaan Seksual di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Journal of Social Administration, 2, 45-61.

12.Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2009). Guru Sebagai Pelapor Statutori dalam kes Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak di Malaysia. Journal of Social Administration, 6, 19-32. 13.Kempe, C.H. (1962). The Battered Child Syndrome. Child Abuse and Neglect, 14(4),

471-480.

14.Mariani Mansor, Asnarulkhadi Abu Samah. (2009). Kanak-kanak Mangsa Penderaan Fizikal. Journal of Social Administration, 9, 33-46.

15.Pence, D.M, Charles A.Wilson,. (1994). Reporting and Investigating Child Sexual Abuse. The Future of Children, 4(2), 70-83.

16.Safrizal Azmi. (2014). Trend bunuh kanak-kanak serius, Utusan Malaysia.

(19)

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan Penelitian : Untuk mengetahui sensitivitas, spesifisitas, nilai prediksi positif, nilai prediksi negatif, keakuratan Indeks Resiko Keganasan dalam membedakan tumor

akan melaporkan kepada pihak yang berwajib/berwenang apabila mengetahui ada indikasi KKN dalam seleksi (review) proposal program pendanaanRlSpRO;.. akan melaksanakan

Lingkungan kelas mempunyai nilai tertentu bagi anak didik, dalam konteks desain interior ruang secara psikologis dapat memotivasi dan merangsang anak untuk bermain sambil belajar

Dalam melaksanakan tugasan ini saya telah menyediakan dua buah balang kaca yang sama besar berisi air yang sama banyak pada peringkat pertama.. Kanak-kanak ini

Pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana permainan serius menangani keperluan pendidikan sahsiah dalam konteks kehidupan nyata kanak-kanak prasekolah

Sumber MAD Dalam Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Hasil analisis merentasi kes telah menghasilkan lima tema utama yang menjadi sumber kepada MAD

Berdasar rumusan masalah tersebut, penelitian ini bertujuan untuk mengetahui fakta cerita wayang gombal lakon Cantrik Janaloka dalam konteks ketokohan Arjuna, untuk mengetahui fakta

Ia merupakan satu kelayakan yang dituntut kepada setiap manusia yang berkelayakan untuk menerima atau melaksanakan tanggungjawab tersebut sama ada dalam aspek muamalah, iktiqad,