• Tidak ada hasil yang ditemukan

AHLIYYAH KANAK-KANAK TIPIKAL DAN OKU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "AHLIYYAH KANAK-KANAK TIPIKAL DAN OKU"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1. Pengenalan

al-Ahliyyah dari segi bahasa ialah kelayakan atau keahlian. Menurut istilah syarak, al-ahliyyah ialah kelayakan individu bagi menyabitkan hak yang disyariatkan ke atasnya atau kewajipan ke atasnya serta sihat dan sah sesuatu tasarruf daripadanya (al-Zuhayli, 1986). Menurut Zaydan (1999), al-ahliyyah bermaksud kelayakan seseorang untuk menerima segala hak dan tanggungjawab yang disyariatkan kepadanya. Yakni, seseorang itu berupaya menanggung hak- hak orang lain, menerima hak-hak atas orang lain dan mampu untuk melaksanakannya. Oleh itu, kemampuan itu mengandungi dua bahagian iaitu ahliyyat al-wujub dan ahliyyat al-ada’

(al-Zuhayli, 1986; Abu Zahrah, 1997). Justeru, kertas ini akan membincangkan pertama, definisi kanak-kanak tipikal dan kanak-kanak OKU. Kedua, tentang jenis-jenis ahliyyah kanak-kanak. Ketiga, halangan-halangan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu hilang kelayakan untuk menerima segala hak dan tanggungjawab yang disyariatkan kepadanya.

International Journal of Social Science Research (IJSSR) eISSN: 2710-6276 | Vol. 4 No. 3 [September 2022]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

AHLIYYAH KANAK-KANAK TIPIKAL DAN OKU

Nurul Ilyana Muhd Adnan1*

1 Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

*Corresponding author: ilyana_adnan@ukm.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 17 July 2022 Revised date : 25 August 2022 Accepted date : 1 September 2022 Published date : 10 September 2022

To cite this document:

Muhd Adnan, N. I. (2022).

AHLIYYAH KANAK-KANAK TIPIKAL DAN OKU. International Journal of Social Science Research, 4(3), 104-111.

Abstract: Al-ahliyyah merupakan kelayakan yang ditaklifkan kepada setiap manusia yang hidup. Ia merupakan satu kelayakan yang dituntut kepada setiap manusia yang berkelayakan untuk menerima atau melaksanakan tanggungjawab tersebut sama ada dalam aspek muamalah, iktiqad, ibadah dan sebagainya.

Kelayakan yang ditaklifkan bergantung kepada peringkat serta tahap perkembangan manusia iaitu dari peringkat janin, peringkat belum mumayyiz, peringkat mumayyiz, peringkat baligh dan peringkat rushd atau dipanggil sebagai tahap kecerdikan akal. Kertas ini akan membincangkan pertama, definisi kanak-kanak tipikal dan kanak-kanak OKU. Kedua, tentang jenis- jenis ahliyyah kanak-kanak. Ketiga, halangan-halangan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu hilang kelayakan untuk menerima segala hak dan tanggungjawab yang disyariatkan kepadanya.

Keywords: al-ahliyyah, kanak-kanak tipikal, kanak- kanak OKU.

(2)

2. Perbincangan

Definisi Kanak-Kanak Tipikal

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak Kanak dan seksyen 2 (1) 21 Akta Kanak- Kanak 2001. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) mendefinisikan kanak-kanak sebagai budak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang biasanya belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun.

Jamil, N. (2010) mengatakan bahawa kanak-kanak adalah seorang yang digelar budak atau anak kecil, iaitu seorang manusia muda yang belum mencapai baligh serta belum tahu untuk membuat keputusan dengan sendirinya.

Islam mendefinisi istilah kanak-kanak kepada seseorang yang belum baligh (Al-Sayuti t.th). Sebelum kanak-kanak mencapai umur baligh, mereka akan melalui peringkat sebelum mumayyiz dan peringkat mumayyiz.

Menurut Awdah (1994), peringkat sebelum mumayyiz bermula dari saat seseorang kanak- kanak itu lahir sehinggalah usianya mencapai tujuh tahun. Sepanjang tempoh ini, kanak-kanak masih belum mampu membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk.

Mereka juga tidak dapat memahami kesan atau akibat bagi sesuatu perbuatan dan belum mempunyai keupayaan untuk memahami (idrak). Pada peringkat umur ini, kanak-kanak disebut sebagai kanak-kanak yang belum mumayyiz.

Peringkat mumayyiz pula akan bermula apabila kanak-kanak telah cukup umur tujuh atau lapan tahun (al-Hisniy 2001). Penetapan umur tujuh tahun sebagai umur mumayyiz adalah berdasarkan Hadith yang diriwayatkan oleh Abdul Malik bin Rabic bin Sabrah dan ayahnya daripada datuknya yang bermaksud:

َع ُءْاَنْبَأ ْمُه َو اَهْيَلَع ْمُه ْوُب ِرْضا َو ،َنْيِنِس ِعْبَس ُءْاَنْبَأ ْمُه َو ِةَلاَّصلاِب ْمُكَدَلا ْوَأ ا ْوُرُم َنْيِنِس ِرْش

“Ajarlah (atau suruhlah) kanak-kanak bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan pukullah dia ketika berumur sepuluh tahun” (Abu Daud: 495).

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah (s.a.w) menyuruh ibu bapa supaya mengajar solat kepada kanak-kanak apabila usia mereka mencapai tujuh tahun. Pengajaran tentang mendirikan solat tidak dapat dilakukan melainkan seseorang itu mempunyai kemampuan berfikir. Secara tidak langsung, hadis ini menerangkan kemampuan berfikir akan wujud apabila seseorang kanak- kanak berusia tujuh tahun. Oleh itu, kanak-kanak yang sudah mencapai tahap pemikiran tamyiz disebut sebagai kanak-kanak mumayyiz (Madkur 1976). Apabila kanak-kanak mencapai umur baligh, mereka dianggap mempunyai kemampuan berfikir dan boleh membuat keputusan yang munasabah mengenai sesuatu perkara terutama yang berkaitan dengan dirinya.

Terdapat dua kaedah untuk menentukan baligh seseorang kanak-kanak. Pertama, baligh secara tabi’i. Kedua, baligh berdasarkan umur. Kanak-kanak perempuan dianggap mencapai umur baligh secara tabi’i apabila didatangi haid (Shafie 1321H). Manakala bagi kanak-kanak lelaki apabila keluar air mani (Shirazi t.th). Manakala penentuan baligh berdasarkan umur ditentukan apabila tanda-tanda fizikal tidak berlaku pada tubuh badan kanak-kanak. Justeru, fuqaha’

meletakkan tahap umur tertentu sebagai umur baligh. Mengikut mazhab Hanafi, Shafi’i, dan

(3)

Qudamah 1969 & Ibn Hummam 1995). Bagi mazhab Maliki pula menghadkan umur tujuh belas tahun sebagai umur baligh (Al-Dusuki t.th).

Berdasarkan definisi dan takrif di atas, jelas bahawa terdapat perbezaan dalam memahami apakah yang dimaksudkan dengan kanak-kanak. Kadang-kadang ia difahami sebagai umur seseorang di bawah tujuh atau lapan tahun, dan kadang-kadang di bawah paras umur lapan belas tahun. Manakala daripada sudut Islam, takrifnya lebih konsisten dengan menghubungkan keadaan aqil baligh dengan definisi kanak-kanak.

Definisi Kanak-kanak OKU

OKU dari sudut bahasa berkait rapat dengan kalimah al-I‘aqah. Al-I‘aqah bermaksud terhalang atau terkurung (Manzur, 1990). Terdapat pelbagai tafsiran mengenai OKU dari segi istilah.

Badan Kebajikan Orang Cacat Arab Saudi mentakrif kecacatan sebagai cacat penglihatan, pendengaran, fizikal dan pergerakan, susah belajar, tidak lancar bertutur dan bercakap, kecelaruan tingkah laku dan suka menyendiri dan apa jua kecacatan yang memerlukan penjagaan yang khusus (Nizam al-Shu’un al-Ijtima‘iyyah, 2000).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pula telah mentakrif OKU sebagai seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu.

Individu OKU juga tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripada segi fizikal, mental, berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya (WHO, 1992).

Dalam konteks Malaysia, definisi OKU telah dijelaskan dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta OKU 2008). Akta ini telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.

Tujuannya untuk memberi pengiktirafan dan perlindungan terhadap hak golongan OKU.

Dalam akta ini, definisi OKU menyamai definisi yang telah diberikan oleh PBB. Menurut seksyen 2 Akta OKU 2008, OKU ialah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat (Akta OKU, 2008).

Selain daripada itu, OKU juga ditakrifkan sebagai seseorang individu yang mengalami keterbatasan mobilisasi merujuk kepada jenis kecacatannya, sama ada fizikal (anggota), mahupun mental (ringan, sederhana, berat), penglihatan, dan pendengaran (M. H. A. Rahman, 2009).

Golongan OKU ini harus dilihat dengan cara yang lebih positif dan betul kerana perbezaan asal OKU ini bukanlah dari segi fizikal tetapi keupayaannya disebabkan oleh kelahiran secara semula jadi ataupun disebabkan kejadian yang tidak diingini terjadi padanya (Utusan Malaysia 2012). A. H. Ahmad (2012) menyatakan terdapat sesetengah pihak yang menggunakan istilah

‘Orang Kelainan Upaya’ bagi mengkategorikan golongan ini. Istilah ini dilihat lebih menyantuni golongan OKU itu sendiri. Penggunaan istilah ‘orang kurang upaya’ adalah kurang sesuai disebabkan ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap golongan tersebut. Perkara ini juga telah disentuh oleh Ab Aziz Mohd Zin et al. (2009) yang menyarankan agar penggunaan ‘kurang upaya’ digantikan dengan istilah yang lebih tepat dan sesuai iaitu

‘Kelainan Upaya’.

(4)

Golongan OKU boleh dikategorikan kepada dua kumpulan kecacatan yang utama iaitu ketidakupayaan kekal dan ketidakupayaan secara sementara. Kategori ketidakupayaan kekal adalah golongan cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan, terencat akal dan warga tua. Manakala individu yang cedera, sakit dan mengandung pula diletakkan di bawah kategori ketidakupayaan sementara (Ismail, A.M., 2015 & Mohd Zin, A. A, 2009).

Golongan OKU ini, khususnya di Malaysia dapat dibahagikan kepada dua kelompok masyarakat iaitu kelompok golongan kanak-kanak istimewa atau kanak-kanak khas dan golongan istimewa dewasa dan warga tua. Kanak-kanak khas atau kanak-kanak istimewa ini boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak normal dalam beberapa aspek. Antaranya adalah menerusi ciri-ciri keupayaan mental, sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial ataupun ciri-ciri fizikal dan sebagainya (Mohamed, J.K.A., 2005). Kanak-kanak yang tidak mencapai akil baligh disebut sebagai al-qasir. Allah SWT menyebut lafaz kanak-kanak menerusi firmanNya yang bermaksud:

Dan apabila kanak-kanak daripada kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. (Surah an-Nur, 24:59)

Definisi al-qasir berdasarkan kitab Mu’jam Lughah al-Fuqaha adalah seseorang yang tidak berupaya untuk melaksanakan tasarruf. Al-qasir termasuklah orang gila, kanak-kanak yang belum cukup umur dan tidak mencapai umur baligh (Qal’aji, M.R. & Qanibi, H. S., 1988).

Menurut Wahbah al-Zuhaily (2012), al-qasir adalah mereka yang tidak sempurna al-ahliyyah sama ada belum mumayyiz daripada segi percakapan, pemikiran dan tindakan, atau telah mencapai mumayyiz akan tetapi tidak sempurna pemikiran. Al-Ahliyyah di sini bererti kesempurnaan seseorang untuk menunaikan hak, menggalas tanggungjawab dan melaksanakan tasarruf ke atas dirinya dan ke atas orang lain (Wahbah al-Zuhaily, 2006).

Berdasarkan definisi ini, golongan kurang upaya (OKU) sama ada dari segi mental ataupun fizikal juga termasuk dalam kategori al-qasir kerana tidak sempurna al-ahliyyah mereka. Hal ini jelas disebut dalam Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang mendefinisikan OKU:

Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat

Namun, menurut Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak adalah seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun. Tasarruf mereka adalah terbatas dan masih berada di bawah tanggungjawab penjaga. Ini menunjukkan definisi al-qasir di atas adalah sedikit berbeza sekiranya dilihat daripada perspektif perundangan. Ini kerana definisi kanak-kanak berdasarkan Akta Kanak- Kanak 2001 tidak menetapkan kanak-kanak itu mencapai umur baligh. Oleh itu, Jawwad (2014) berpandangan bahawa takrifan yang sesuai untuk al-qasir adalah turut merangkumi kanak-kanak bawah umur sama ada mumayyiz atau tidak mumayyiz, mencapai umur baligh atau tidak, orang gila, orang bodoh, OKU mental dan fizikal.

(5)

Jenis-Jenis Ahliyyah Bagi Kanak-Kanak Ahliyyat al-Wujub

Al-Zuhayli (1986) menyatakan Ahliyyat al-wujub ialah kelayakan manusia dibebani hak yang disyariatkan untuknya dan yang diwajibkan kepadanya. Kelayakan ini wujud berdasarkan statusnya sebagai manusia sama ada dewasa, kanak-kanak, mumayyiz atau belum mumayyiz, lelaki atau perempuan. Begitu juga jika manusia itu seorang merdeka atau masih kanak-kanak.

Manusia yang tergolong dalam golongan ini bertanggungjawab melaksanakan tuntutan syarak ke atasnya sehinggalah dia meninggal dunia. Menurut Hanafiyah status ini kekal sehingga hutang dan wasiat tetap perlu ditunaikan walaupun telah meninggal dunia (Abu Zahrah 1997).

Menurut Hasb Allah, A. (1959), ahliyyat al-wujub terdiri daripada dua jenis. Pertama, ahliyyat al-wujub al-naqisah. Kedua, ahliyyat al-wujub al-kamilah. Ahliyyat al-wujub al-naqisah merupakan keupayaan seseorang manusia untuk menerima hak syarak ke atasnya sahaja seperti janin di dalam kandungan ibunya yang memiliki hak pewarisan, wasiat dan wakaf, namun tidak berkewajipan menanggung tuntutan syarak ke atas hak tersebut. Ahliyyat al-wujub al-kamilah pula merupakan kelayakan yang ditetapkan baginya dan diwajibkan ke atasnya untuk menanggung tanggungjawab tersebut (al-Zuhayli 1995).

Hal ini meliputi semua golongan manusia yang baru lahir sehinggalah dia meninggal dunia selama mana dia masih bernafas. Mereka memiliki hak untuk mewarisi, diwarisi dan diwajibkan nafkah dari harta mereka serta tuntutan-tuntutan syarak yang lain sebagai manusia sempurna. Misalnya anak yang baru dilahirkan berhak menerima warisan daripada ibu bapa atau kerabatnya. Menurut sebahagian ulama, anak itu juga wajib menunaikan zakat fitrah atau zakat harta yang mana pelaksanaannya dilakukan oleh ibu bapa atau walinya (Syarifuddin. A., 1997).

Walaupun begitu, ahliyyat al-wujub mempunyai tahap yang sesuai berdasarkan kepada proses kejadian manusia. Bermula dari janin (dalam kandungan), diikuti bayi yang belum mumayyiz, anak-anak yang mumayyiz, seterusnya sebagai orang dewasa. Oleh yang demikian, Ahliyyat al-wujub di peringkat janin, belum sempurna dan akan menjadi sempurna setelah seseorang itu lahir sebagai manusia (Abu Zahrah 1997).

Ahliyyat al-Ada’

Ahliyyat al-ada’ bermaksud kelayakan seseorang melakukan perbuatan yang diterima syarak.

Ia juga merupakan kelayakan melaksanakan atau menunaikan pengurusan syar’iyyah iaitu pengurusan yang memberi kesan kepada hukum hakam syarak sama ada sah batal atau halal haram (Hasb Allah, A. 1959). Menurut al-Zuhayli (1986) pula, ahliyyat al-ada’ adalah kelayakan manusia sebagai pihak yang dituntut melaksanakan kewajipannya. Sebagaimana perkataan dan perbuatannya juga akan dihitungkan serta menimbulkan pengaruh syar’inya. Hal ini bermaksud jika dia melaksanakan sesuatu ibadah maka pelaksanaannya akan dihitungkan dan dapat menggugurkan kewajipan ibadah tersebut. Begitu juga jika dia melakukan kerosakan, maka ia dihukum setimpal mengikut perbuatan yang dilakukannya sama ada hukuman berbentuk fizikal ataupun ganti rugi daripada hartanya. Menurut Zaydan (1999), seseorang insan yang berkelayakan perlu bertanggungjawab di atas setiap perbuatannya.

(6)

Ahliyyat al-ada’ dikategorikan kepada dua bahagian iaitu ahliyyat al-ada’ al-naqisah dan ahliyyat al-ada’ al-kamilah (Zaydan 1999). Ahliyyat al-ada’ al-naqisah bermaksud kelayakan menerima yang sempurna tetapi kelayakan melaksanakan tidak sempurna. Pada peringkat ini, kelayakan melaksanakan sesuatu pengurusan atau tindakan diberikan tetapi tidak kesemuanya boleh dilaksanakan secara bersendirian seperti bermuamalah. Mereka memerlukan orang lain untuk mentadbir dan menguruskan sebahagian urusan mereka. Mereka yang dimaksudkan ialah golongan kanak-kanak mumaiyyiz (Mahmasaniy 1967).

Mengikut jumhur ulama, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun telah dianggap mumayyiz.

Kebiasaannya, kanak-kanak pada usia ini mencapai tahap mumayyiz kerana telah dapat membezakan sesuatu yang baik dan buruk, makanan, najis serta boleh menguruskan dirinya sendiri seperti memakai pakaian. Orang gila juga termasuk dalam kategori ini. Hal ini kerana golongan ini tidak memiliki akal yang sempurna atau akalnya bermasalah dan terganggu.

Justeru, golongan ini tidak boleh diletakkan tanggungjawab ke atasnya (Zaydan 2006).

Ahliyyat al-ada’ al-kamilah pula ialah kelayakan melaksana yang sempurna iaitu kelayakan seseorang untuk menunaikan tanggungjawab syarak ke atas dirinya apabila mencapai akil baligh dan berakal. Golongan ini bebas melakukan tindakan mengikut kemahuan walaupun terdapat risiko yang perlu ditanggung. Menurut Ali Hasbullah (1964), kelayakan ini diberikan pada peringkat baligh dan rushd. Ini menunjukkan rushd merupakan golongan yang sempurna akalnya. Mereka mampu berfikir dengan baik dan dapat membezakan sesuatu tindakan yang baik dan buruk.

Rushd bermaksud golongan yang sudah cukup syarat ahliyyat al-ada’ al-kamilah iaitu telah mencapai tahap baligh dan berakal (Ibn Kathir 2000; al-Zuhayli 1996). Hal ini menunjukkan seseorang itu dapat bertindak mengikut keputusan sendiri dan mampu berfikir dengan waras.

Mereka ialah golongan manusia dewasa yang normal. Orang gila yang telah dewasa atau baligh tidak termasuk dalam kategori ahliyyat al-ada’ al-kamilah tetapi ia termasuk dalam kategori ahliyyat al-ada’ al-naqisah iaitu sama dengan kategori kanak-kanak mumayyiz.

Penerangan di atas jelas menunjukkan bahawa kelayakan kanak-kanak untuk menerima dan melaksanakan tuntutan syarak sama ada dalam perkara muamalah mahupun ibadah dibahagikan mengikut kategori kanak-kanak. Kategori kanak-kanak itu bermula dari peringkat janin dalam kandungan, bayi yang baru dilahirkan, kanak-kanak mumayyiz dan kanak-kanak yang telah dewasa.

Halangan-Halangan Al-Ahliyyah

Dalam Al-Ahliyyah terdapat beberapa halangan (‘Awarid Al-Ahliyyah) yang boleh menghilangkan kelayakan. Kewujudannya akan menghalang seseorang daripada melakukan transaksi dan menguruskan harta dalam beberapa keadaan tertentu (Abu Zahrah 1994).

Halangan tersebut terbahagi kepada dua bahagian:

1. ‘Awarid al-samawiyyah merupakan halangan yang datangnya daripada Allah atau ketentuan syarak (semula jadi) dan bukan disebabkan perbuatan manusia.

Contoh halangan tersebut adalah seperti berikut:

a. Gila: hilang akal atau rosak akal sama ada gila secara berterusan atau gila sementara.

b. ‘Atah (nyanyuk): gangguan akal, hilang keupayaan menilai dan menimbang sesuatu (sukar untuk memahami sesuatu).

(7)

d. Tidur dan pengsan

e. Marad al-maut, sakit yang tiada harapan sembuh dan kesudahannya adalah mati.

f. Mati.

2. ‘Awarid Muktasabah merupakan halangan terhadap ahliyyah yang berlaku akibat tindakan manusia sendiri. Misalnya kejahilan (jahl), tersilap (khata’), kebodohan dalam menguruskan harta (safih), mabuk, sikap bermain-main (hazl) dan paksaan (ikrah).

3. Kesimpulan

Al-ahliyyah merupakan kelayakan yang ditaklifkan kepada setiap manusia yang hidup. Ia merupakan satu kelayakan yang dituntut kepada setiap manusia yang berkelayakan untuk menerima atau melaksanakan tanggungjawab tersebut sama ada dalam aspek muamalah, iktiqad, ibadah dan sebagainya. Kelayakan yang ditaklifkan bergantung kepada peringkat serta tahap perkembangan manusia iaitu dari peringkat janin, peringkat belum mumayyiz, peringkat mumayyiz, peringkat baligh dan peringkat rushd atau dipanggil sebagai tahap kecerdikan akal.

Jenis al-ahliyyah yang telah digariskan mengikut peringkat ialah al-ahliyyah al-wujub dan al- ahliyyah al-ada’. Dua jenis al-ahliyyah ini dibahagikan pula kepada dua iaitu wujub naqisah dan wujub Kamilah. Begitu juga al-ahliyyah al-ada’, sama seperti yang tersebut. Terdapat dua kategori halangan yang menyebabkan seseorang manusia itu terkeluar daripada senarai al- ahliyyah. Halangan tersebut ialah awarid samawiyyah dan awarid muktasabah. Awarid samawiyyah ialah kanak-kanak, gila, dungu, pengsan, tidur, marad al-maut dan mati.

Manakala awarid muktasabah ialah jahil, bodoh, mabuk, murtad dan muflis.

4. Penghargaan

FRGS/1/2019/SS06/UKM/02/4.

Rujukan

Al-Quran Dan Terjemahannya. (2007). Kuala Lumpur: Terbitan Pustaka Darul Iman.

Abu Dawud. (1999). Sunan Abi Dawud. Kitab al- Salah. Bab Mata Yu’mar al-Ghulam bi al- Salah. Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah: Damsyik.

Abu Zahrah, M. (1997). Usul al-Fiqh. Kaherah: Dar al-Fikr.

Abu Zahrah. (1994). Usul Fiqih. Cetak ulang. Jakarta: Terbitan PT Pustaka Firdaus.

Ahmad, A. H. (2012). Mengenal dan Menangani Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1-2.

Awdah, A. Q. (1994). al-Tashric al-Jina’i al-Islami: Muqaranan bi al-Qanun al-Wadci. Jil. 1.

Ed. Ke-13. Mu’assasah al-Risalah: Beirut.

al-Dusuqiy. (t.th). Hashiyah al- Dusuqiy cala al-Sharh al-Kabir. Jil. 3. Maktabah Zahran:

Kaherah.

Hasb Allah, A. (1959). Usul al-Tashri’ al-Islami. Cet. 2. Misr: Dar al-Ma’arif.

Hasb Allah, A. (1964). Usul al-Tasyri’ al-Islami. Cet. k 3. Mesir: Dar al-Ma’arif.

Al-Hisniy. (2001). Kifayah al-Akhyar. Jil. 2. Dar al-Basyair: Damsyiq.

Hussain, R., Ahmad, M.Y. & Noh, N.C. (2020). Tadbir urus harta kanak- kanak menurut perspektif Syarak. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 3(1): 145-156.

Ibn al-Hummam. (1995). Sharh fath al-qadir. Jil. 30. Dar al-Kutub al-'Ilmiyah: Beirut.

Ibn Kathir. (2000). Tafsir Ibn Kathir. Ed. 2. Bayrut: Dar Tayyibah.

(8)

Ibn Manzur. (1993). Lisan Al-Arab. Dar Shadir.

Ibn Qudamah. (1969). Al-Mughni. Jil. 4. Maktabah al-Qahirah: Mesir.

Ismail, A.M., Daud, M.N., & Borhan, A.H. (2015). Penyediaan Kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) di Masjid-Masjid: Kajian Kes di Masjid-Masjid Daerah Batang Padang.

Al-Hikmah 7(1) 2015: 6 2-7.

Jamil, N. (2010). Pengenalan dan Definisi kanak-kanak.

http://kumpulansepuluh.blogspot.com/ 2010/04/pengenalan-dan-definisi-kanak- kanak.html. Di akses pada 20 Feb 2022.

Jawwad. (2014). Al-Wilayah Ala Nafs Al-qasir Fi Al-Fiqh Al-Islami Wa Tathbiqatiha Fi Al- Mahakim Al-Syari'yyah Fi Qita' Fhazzah: Dirasah Fiqhiyyah Muqaranah. Tesis Master.

Kuliah Tarbiah, Jami'ah Al-Azhar, Ghazzah.

Kamus Dewan. (2010). Edisi ke-4. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Madkur, M.S. (1976). Usul al-Fiqh al-Islami. Dar al-Nahdah: Kaherah.

Mohamed, J.K.A. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa, Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Mohd Zin, A.A. (2009). Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Nizam al-Shu’un al-Ijtima‘iyyah. (2000).

Qal'aji, M.R. & Qanibi. H. S. (1988). Mu'jam Lughah Al-Fuqha'. Ed. 2. Dar Al-Nafais.

Rahman, M. H. A. (2009). The Study of Development Programs for the Disabled Community in Malaysia: The Opportunities and Problems in Education and Employment. Disertasi Sarjana Ekonomi Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM).

al-Shafie. (1321H). al-Umm. Jil. 2. al-Dar al-Misriyyah: Mesir.

Subhi, M. (1967). al-Nazariyyah al-‘Ammah lil Mujibat wa al-‘Uqud fi al-Shari’ah al- Islamiyyah. Jil. 2. Bayrut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). (2005). Konvensyen Mengenai Hak Kanak- Kanak. Ampang Press Sdn Bhd: Kuala Lumpur.

al-Suyyutiy. (t.th). al-‘Ashbah wa al-Naza’ir fi qawacid wa furuc fiqh al-Shaficiyyah. Al- Halabi: Kaherah.

Syarifuddin, A. (1997). Usul Fiqh. Jakarta: Logos Wacana Ilmu.

Undang-Undang Malaysia. Akta 611. Akta Kanak-kanak. (2001).

Undang-Undang Malaysia. Akta 685. Akta Orang Kurang Upaya. (2008).

Utusan Malaysia, 12 Mac 2012.

Utusan Malaysia, 14 Mac 2012.

Utusan Malaysia, 15 Mac 2012.

World Health Organization. (1992). The ICD-10 classification of mental and behavioural disorders: clinical descriptions and diagnostic guidelines. World Health Organization.

https://apps.who.int/iris/handle/10665/37958

Zaydan. (1999M/1420H). al-Madkhal li Dirasah al-Shari’ah al- slamiyyah. Cet.16. Bayrut:

Muassasat al-Risalah.

Zaydan. (2006). Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Bayrut: al-Risalah.

Al-Zuhayli. (1986M/1406H). Usul al-Fiqh al-Islami. Bayrut: Dar al-Fikr.

Al-Zuhayli. (1995). al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Cet 2. Bayrut: Dar al-Fikr al-Mu’asir.

Al-Zuhayli. (2006). Al-Wajiz Fi Usul Fiqh Al-Islami. Ed. 2. Vol. 1. Dar Al-Khair.

Al-Zuhayli. (2012). Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu. Ed. 4. Vol. 7. Dar Al-Fikr.

Referensi

Dokumen terkait

Manusia harus mampu memanfaatkan Sumber Daya Alam untuk kepentingan kehidupannya di dunia sebagai mandataris Allah, dan dituntut untuk melaksanakan perintah-Nya dan

1) Merencanakan dan merancang suatu pendekatan audit. Dalam tahap ini, setelah menerima klien dan melaksanakan perencanaan awal, auditor dituntut untuk dapat memahami bisnis

 daerah yang sama sekali tidak dapat dilihat oleh kedua mata.. Aspek Manusia

Lebih rinci, Imam Al-Ghazali mengatakan bahwa akal mempunyai banyak pengertian. Ia dapat berarti potensi yang membedakan manusia dari binatang dan yang menjadikan manusia mampu

Ia mengandung makna menerima dengan lapang dada dan hati yang terbuka terhadap apa saja yang datang dari Allah, baik dalam menerima serta dalam melaksanakan ketentuan-ketentuan

Studi aspek Manajemen dan Sumber Daya Manusia hendaknya dapat memberikan informasi mengenai kelayakan setiap unsut MSDM seperti berapa jumlah karyawan yang

Pada dasarnya, tanggungjawab manusia yang utama terhadap Tuhan ialah melaksanakan ibadah dengan mengabdikan diri secara tulus ikhlas kepada Nyaa. Sesungguhnya ibadah yang

Agama Islam dituntut agar dalam melaksanakan penyuluhan agama Islam lebih mendidik; menguasai karakteristik jamaah dari aspek fisik, moral, spiritual, sosial, kultural,