• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Cabaran Alam Sekitar dan Respons

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu Cabaran Alam Sekitar dan Respons "

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

Isu, Cabaran Alam Sekitar dan Respons Perniagaan di Malaysia

Abad 21: ke Arah Pembangunan Lestari

Environmental Issues, Challenges and Business Responses in Malaysia in the 21

st

Century: Towards a Sustainable Development

Mohd Rafi Yaacob, PhD (rafi@umk.edu.my) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

Universiti Malaysia Kelantan

ABSTRAK

Memang tidak dapat dinafikan isu alam sekitar menjadi salah satu topik yang semakin diberi tumpuan di negara ini. Seriusnya masalah alam sekitar di Malaysia bergantung kepada sejauh mana seseorang atau organisasi mementingkan alam sekitar. Di satu pihak terutamanya ahli akademik, environmentalis dan badan pertubuhan bukan kerajaan mesra alam (ENGOs) beranggapan Malaysia mengalami krisis alam sekitar. Manakala di satu pihak lain terutamanya pihak kerajaan dan organisasi perniagaan beranggapan sebaliknya. Walau bagaimanapun, ke dua-dua pihak ini bersependapat bahawa alam sekitar di Malaysia mengalami tekanan akibat pemodenan dan pembangunan. Memandangkan aktiviti-aktiviti perniagaan adalah agen pembangunan dan pemodenan memberi impak kepada alam sekitar, maka mereka sepatutnya mengurangkan tekanan terhadap alam sekitar dalam setiap aktiviti untuk memastikan pembangunan lestari negara dicapai. Di Malaysia secara amnya boleh dikatakan hubungan perniagaan dan alam sekitar tidak diberi perhatian yang sepenuhnya. Dengan kata lain, ukuran akhir prestasi syarikat ialah keuntungan jangka pendek berbentuk wang ringgit, bukannya kepada masyarakat dan alam sekitar. Oleh sebab itu, matlamat kertas kerja ini: (i) melihat jenis perniagaan dan status pematuhan undang-undang alam sekitar. (ii) mencadangkan respons atau strategi yang perlu diambil oleh organisasi perniagaan di Malaysia untuk menangani permasalah ini. (iii) mengupas cabaran alam sekitar perniagaan di masa hadapan. Dalam hubungan perniagaan dan alam sekitar, di sini penyelidik meneropong jauh ke hadapan iaitu suatu sudut di mana perniagaan boleh mengubahsuai struktur dan operasinya untuk membolehkannya memenuhi kehendak pemegang saham dan pemegang taruh serta memenuhi cabaran alam sekitar yang semakin penting. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai ranjau dan duri yang perlu ditempohi untuk memastikan alam sekitar diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam perniagaan. Di sini jelas keperluan kepada perubahan nilai sistem kepercayaan melalui promosi ekosistem, sikap yang lebih realistik, peraturan yang lebih ketat dan metod atau teknik penilaian dan analisis yang lebih mantap. Walau bagaimanapun, ini secara mendalamnya bergantung kepada pengambilan isu-isu alam sekitar oleh perniagaan secara serius untuk meningkatkan gelagat perniagaan kepada alam sekitar.

Kata kunci: Perniagaan, alam sekitar, respons.

ABSTRACT

(2)

future scenario, focusing on how businesses can adjust their structures and operations to comply with both shareholders and stakeholders and to accommodate future needs to environmental proctection. It is clear that the tantalizing needs for changes in belief system through promotion of ecosystem, realistic attitude, tougher regulation and efficient method or assessment techniques. However, this largely depends on how serious environmental issues are taken by businesses in order to increase business environmental behavior.

Keywords: Businesses, environment, response

PENGENALAN

Perniagaan banyak member manfaat kepada manusia. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menyumbang dari segi produk tetapi juga perkhidmatan yang diberikan memudahkan kerja seharian manusia. Pada masa yang sama ia turut memberi sumber pendapatan kepada pengusaha, gaji kepada pekerja, menjana ekonomi setempat dan juga negara dari segi pendapatan dalam negara kasar (KDNK). Membangun atau tidak sesuatu masyarakat dan negara banyak ditentukan oleh aktiviti perniagaan yang dijanakan. Di samping itu peluang pekerjaan yang diwujudkan apabila perniagaan dijalankan mengurangkan masalah pengganguran. Tetapi dalam keghairahan organisasi perniagaan menjalankan aktiviti mereka, wujud kesan yang negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran air dan udara, hakisan dan pemendapan, penyahutanan dan lain-lain lagi yang mana akhirnya member impak buruk kepada sesuatu masyarakat dan dunia keseluruhannya jika aktiviti-aktiviti ini tidak menghiraukan isu alam sekitar. Sebagai contoh letupan dan kebakaran yang berlaku di pelantar minyak minyak laut dalam di Teluk Mexico akibat kecuaian kontraktor syarikat minyak gergasi British Petroleum (BP) menyebabkan kematian 11 orang pekerja dan tumpahan minyak sebanyak 780 juta liter -19 kali ganda lebih besar daripada tumpahan Exxon Valdez pada akhir tahun 1980an (The Star, 22 April 2011). Tumpahan minyak merebak sampai ke Delta Mississipi dan mengakibatkan kemusnahan ekosistem hidupan marin dan pendapatan nelayan yang bergantung kepadanya turut terancam. BP yang mengalami kerugian besar dari segi kewangan dan juga menjejaskan nama baik syarikat akibat tragedi buruk tersebut menyaman kontraktor pelantar minyak Transocean sebanyak US$40 (RM120.3) billion kerana kecuaian yang menyebabkan malapetaka tersebut (The Star, 22 April 2011).

Menyedari sebahagian punca masalah alam sekitar seperti disebut di atas berpunca daripada perniagaan, maka merekalah yang bertanggungjawab untuk menanganinya. Perniagaan perlulah memastikan aktiviti mereka serasi dengan ekosistem atau mesra alam. Tetapi, adalah mustahil untuk mengharapkan perniagaan menukar sikap dan operasi mereka berkaitan dengan alam sekitar tanpa dibantu dan disokong oleh imbuhan polisi kerajaan dan juga tekanan undang-undang terhadap aktiviti tidak mesra alam. Sebaliknya, tidak mungkin pihak kerajaan akan melancarkan perubahan ini tanpa sokongan dari pihak peniaga. Oleh kerana perniagaan adalah enjin pembangunan negara pihak kerajaan amat berhati-hati sebelum mengambil sesuatu tindakan yang boleh merugikan pihak perniagaan. Dalam hal ini kerjasama diantara organisasi kerajaan dan organisasi perniagaan amatlah penting untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan juga masyarakat.

Di negara barat terutamanya Netherlands, United Kingdom dan Germany didapati impak negatif perniagaan ke atas alam sekitar telah dapat dikurangkan secara signifikan disebabkan pemodernan dari segi teknologi yang digunapakai, undang-undang yang berintensifkan pasaran (market based-instruments), penguatkuasaan undang-undang alam sekitar yang ketat serta tekanan institusi seperti organisasi bukan kerajaan mesra alam (ENGOs), media dan juga masyarakat yang perihatin terhadap alam sekitar. Fenomena ini dijelaskan melalui teori sosial yang dikenali sebagai Permodenan Ekologikal (Ecological Modernization). Teori ini menjelaskan kepentingan kepada keperluan transformasi struktur perniagaan, polisi awam dan juga institusi berkaitan alam sekitar yang menjadi asas transformasi ideologi kedua-dua polisi awan dan komuniti perniagaan (Weale, 1992, Mol,1996,1999). Walaupun teori ini mampu menjelaskan peningkatan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di negara-negara Eropah Barat yang disebut di atas, kajian-kajian di negara membangun mendapati teori tidak masih lagi belum menjelaskan bagaimana pemodenan dan pembangunan selari dengan ekologi.

(3)

di negara kita. Pada masa sekarang ada lagi perniagaan di Malaysia yang tidak begitu memperdulikan isu alam sekitar akibat aktiviti mereka kerana isu tersebut dianggap sebagai externalities yang tidak dimasukkan dalam kos operasi.

Ini sudah dijangkakan kerana tidak semua industri memberi impak yang sama ke atas alam sekitar, sesetengahnya (industri yang cenderung memberi impak negatif alam sekitar seperti perlombongan, perladangan besar dan pembinaan) perlulah mempunyai polisi alam sekitar kerana ia secara langsung memberi impak negatif ke atas alam sekitar. Industri ini diketahui lebih peka kepada alam sekitar, kerana peraturan kerajaan yang sebegitu terhadap mereka. Pihak berkuasa alam sekitar iaitu Jabatan Alam Sekitar sentiasa mengawasi mereka. Sebaliknya organisasi yang secara tidak langsung dengan alam sekitar seperti bank, institusi kewangan dan perkhidmatan didapati kurang memberi penekanan dalam aspek alam sekitar kerana skop perniagaan mereka adalah perkhidmatan. Walau bagaimanapun mereka sebenarnya turut terlibat kerana merekalah yang membiayai aktiviti pembangunan melalui pinjaman yang diberikan ke atas syarikat-syarikat yang mengendalikan pembangunan. Berbeza dengan Malaysia, institusi kewangan di negara-negara maju mempunyai polisi alam sekitar mereka sendiri dan mengenakan polisi tersebut kepada pelanggan mereka sebelum pinjaman diberikan. Ini secara langsung memaksa organisasi perniagaan mempunyai polisi alam sekitar.

Industri kelapa sawit adalah salah satu contoh industri di Malaysia yang mendapat kritikan yang hebat terutamanya daripada pertubuhan bukan kerajaan mesra alam (ENGOs) antarabangsa kerana kaitannya dengan penyahutanan, pengelodakan, pencemaran, dan juga kepupusan flora dan fauna. Ancaman industri kelapa sawit terhadap kehidupan orang utan menjadi senjata barat untuk menjatuhkan reputasi industri tersebut. Jika industri kelapa sawit lebih mesra alam, tohmahan ini boleh ditangani. Dalam pada itu industri kelapa sawit Malaysia yang mesra alam boleh menjadi senjata ampuh industri untuk bersaing di arena antara bangsa melalui green credential yang menawarkan harga premium minyak sawit (Mohd Rafi, 2009).

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Rafi (2010a) mendapati terdapat 3 tahap respons 39 syarikat kelapa sawit Malaysia di bawah Bursa Saham Kuala Lumpur berhubungan dengan alam sekitar - proaktif, pertengahan dan minimalis. Syarikat yang proaktif biasanya dicerminkan oleh ciri pengurusan diperingkat korporat, dan seterusnya diamalkan diperingkat taktikal dan juga peringkat terendah iaitu operasi yang melibat aktiviti harian yang mesra alam. Syarikat kelapa sawit yang proaktif diwakili oleh syarikat yang besar, mempunyai operasi di peringkat antarabangsa, memasukkan isu alam sekitar dalam misi perniagaan mereka, mendapat pensijilan ISO 14000 dan kebanyakan mereka adalah ahli RSPO. Mereka pada masa yang sama mengamalkan aktiviti diperingkat taktikal termasuklah melantik seseorang yang bertanggungjawab dalam hal alam sekitar, melapurkan isu alam sekitar di laporan tahunan syarikat, mengamalkan aktiviti kitar semula dan juga membangunkan kaedah pelupusan sisa efluen sawit yang lebih cekap. Tetapi golongan ini kecil bilangnya. Pada masa yang sama, syarikat yang dikatakan pertengahan (intermediator) pula mengamalkan strategi alam sekitar diperingakt pertengahan dan di peringakt operasi. Tiada penggunaan instrument alam sekitar yang canggih dan alam sekitar tidak menjadi agenda korporat syarikat mereka. Sebaliknya syarikat yang dikatakan minimalist ini memastikan mereka mengikut undang-undang sahaja dan tidak lebih daripada itu. Jika ada apa-apa yang dilakukan mesra alam itu hanyalah bermotifkan keuntungan atau faktor ekonomi dan bukan kerana alam sekitar semata-mata. Syarikat ini biasanya beroperasi di dalam negara sahaja dan mempunyai saiz ladang yang kecil berbandinga dengan kumpulan proaktif dan pertengahan. Majoriti syarikat kelapa sawit Malaysia berada pada tahap ini. Industri kelapa sawit adalah salah satu contoh bagaimana perniagaan memberi respons kepada isu alam sekitar. Selain itu aktiviti lain seperti pembalakan hutan hujan tropika dan industri perlombongan tidak sunyi dari kritikan pihak-pihak yang serius dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negara kita.

(4)

penilaian dan analisis yang lebih mantap. Pemodernan ekologikal dalam organisasi perniagaan memainkan peranan yang penting. Ini secara mendalamnya bergantung kepada sejauh mana seriusnya pengambilan isu-isu alam sekitar oleh perniagaan untuk meningkatkan respon perniagaan kepada alam sekitar yang lebih mesra alam.

ISU-ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA – JENIS PERNIAGAAN DAN KADAR PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

Di Malaysia premis-premis yang bukan ditetapkan yang melepaskan effluen adalah tertakluk kepada kawalan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan Dan Effluen-Effluen Perindustrian) 1979. Pada tahun 2007 (lihat Rajah 1), Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan 6,856 pemeriksaan penguatkuasaan terhadap sejumlah 6,272 premis industri dan premis-premis yang bukan ditetapkan yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan Dan Effluen-Effluen Perindustrian) 1979. Pencapaian pematuhan keseluruhan oleh premis yang bukan ditetapkan adalah 71%. Sebanyak 29% premis lain yang diperiksa didapati menghadapi berbagai kesukaran pematuhan seperti tidak mematuhi piawaian pelepasan effluen (Peraturan 8) dan tidak mempunyai Kebenaran Bertulis bagi pembinaan loji pengolahan effluen (Peraturan 4).

Sebanyak 85 kes premis yang tidak patuh ini adalah tertakluk kepada tindakan undang-undang dan telah dituduh di mahkamah. Sejumlah RM 571,400.00 denda telah dikenakan. Tindakan-tindakan lain yang diambil adalah pengeluaran 1,038 surat arahan dan 317 notis arahan kepada industri supaya mereka mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan Dan Effluen-Effluen Perindustrian) 1979.

Didapati pada tahun 2007, status pematuhan industri dan premis-premis yang bukan ditetapkan mengikut jenis industri menunjukkan sebahagian besar premis perniagaan tidak dapat mencapai pematuhan penuh iaitu 100 peratus (Rajah 1). Hanya kilang padi mencapai pematuhan sebanyak 100%, manakala industri-industri galian bukan logam, berasaskan kayu, jentera, perhotelan, Indah Water Korsortium dan loji pengolahan persendirian, kuari, kulit, penapisan minyak (makan) dan penapisan petroleum mencapai pematuhan di antara 81% hingga 93% pematuhan.

Pengilangan logam hanya 79% pematuhan. Manakala industri seperti makanan dan minuman, plastic, elektrik dan elektronik, bengkel, loji rawatan air, simen dan kertas pula kadar pematuhan diantara 60%-70%. Pematuhan yang lebih rendah diantara 50%-59% adalah industri tekstil, kimia, ubatan, lain-lain, percetakan dan penyudahan logam & sadur elektrik dan kenderaan. Apa yang lebih malang lagi ada industri yang tidak sampai 50 peratus pematuhan kepada Pematuhan Akta Alam Sekeliling 1979. Ini melibatkan industri makanan ternakan dan fabrikasi logam.

Selain daripada premis yang disebut di atas di Malaysia, premis yang ditetapkan melepaskan efluen adalah kursus kepada kilang kelapa sawit dan kilang getah. Jadual I menunjukkan status pematuhan kilang kelapa sawit dan getah asli terhadap peraturan kualiti alam sekeliling (kumbahan dan effluent) dari tahun 2002 sehingga 2007.

Dari segi pematuhan didapati ke dua-dua industri kelapa sawit dan getah menunjuk turun naiknya kadar pematuhan kedua-dua jenis industri ini melalui masa. Kadar pematuhan tertinggi kelapa sawit direkodkan pada tahun 2004 iaitu 81 peratus. Sebaliknya kadar terendah direkodkan pada tahun 2002 sebanyak 41 peratus. Lain-lain tahun, pematuhan adalah diantara ke dua ekstrim ini. Manakala dari segi pematuhan getah asli didapati rekod tertinggi dicatatkan pada tahun 2004 iaitu 87 peratus, status pematuhan terendah pula dicatatkan pada tahun 2002 iaitu 71 peratus. Apa yang menghairankan di sini didapati pematuhan kedua-dua industri tidak meningkat melalui masa. Sepatutnya industri di atas meningkatkan pematuhan peraturan effluent dari masa ke semasa kerana mereka boleh menggunakan pengalaman mereka.

Parameter-parameter yang sukar dipatuhi ialah keperluan oksigen biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD), pepejal terampai (SS), dan minyak dan gris (O&G). Secara spesifiknya, industri elektrik dan elektronik gagal mematuhi standard bagi parameter COD, BOD, SS dan O&G dan industri makanan dan minuman sukar mematuhi parameter COD, BOD, SS dan O&G.

(5)

pengeluaran bersih serta ‘self-regulation’. Pihak industri juga dinasihatkan untuk mewujudkan sistem pengurusan alam sekitar yang baik dan mendapatkan pensijilan ISO 14000.

RESPONS MESRA ALAM PERNIAGAAN

Salah satu cara yang difikirkan baik dan berkesan untuk membina amalan mesra alam dalam perniagaan di Malaysia bukanlah daripada kosong atau scratch, sebaliknya mereka terlebih dahulu perlu belajar daripada orang lain. Dalam hal ini mereka perlu mempelajari dan mendapat pengalaman dari syarikat besar terutamanya syarikat multi-nasional (MNCs) yang ada di Malaysia. Syarikat MNCs biasanya mempunyai polisi alam sekitar yang lebih mantap berdasarkan syarikat induk mereka di negara-negara yang maju seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan juga di Eropah. Banyak yang boleh dipelajari termasuklah amalan kitar semula (recycle) yang dilakukan, penggunaan teknologi yang mengurangkan penggunaan tenaga (efficient energy usage). Selain itu memang tidak dapat dinafikan terdapat juga contoh-contoh yang boleh diperlajari oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antarabangsa yang mantap dari segi polisi dan praktis alam sekitar mereka.

Penyelidik berpendapat empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh organisasi perniagaan di Malaysia untuk memastikan aktiviti perniagaan yang dijalankan mesra alam:

(i) Menghalang kemusnahan kepada alam sekitar

(ii) Mengambil kira kos alam sekitar akibat produk dan/atau perkhidmatan/servis (iii) Menggunakan sumber dengan cekap dan amalan kitar semula

(iv) Menwar-warkan/melaporkan pencapaian alam sekitar syarikat

Di bawah menyingkap perkara di atas dengan lebih terperinci.

Menghalang kemusnahan berterusan kepada alam sekitar

Umumnya semua negara setuju terhadap keperluan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Tetapi hal ini akan menjadi lebih rumit apabila ia melibatkan pembangunan. Kebanyakkan negara membangun termasuklah Malaysia tidak bersetuju dengan formula yang diutarakan oleh negara maju bahawa negara-negara membangun perlu mengurangkan pertumbuhan ekonomi yang dijana oleh aktiviti perniagaan untuk mengurangkan impak ke atas alam sekitar dalam menangani permasalahan alam sekitar sejagat. Sesetengah negara membangun menganggap ia sebagai helah atau dalih ataupun sekatan negara-negara maju untuk menghalang negara membangun mencapai tahap pembangunan dan modernisasi seperti apa yang dinikmati oleh negara maju pada masa ini. Preskripsi ini ibarat ubat yang pahit yang perlu ditelam oleh negara-negara membangun.

Negara-negara maju mengakui mereka telah membuat banyak banyak kesilapan semasa mereka mengalami proses pemodenanan. Proses perindustrian yang begitu pesat dinegara tersebut tidak memberi keutamaan terhadap alam sekitar . Permulaan awal perindustrian di England sehingga tahun 70an memperlihatkan pencemaran alam sekitar di negara tersebut. Tetapi, pada lewat 80an mereka telah menyedari hal itu dan sekarang mereka mengambil isu alam sekitar secara bersungguh-sungguh dan menguna pakai pendekatan yang holistik. Ini dilihat dari kebersungguh-sungguhan mereka dalam menangani isu alam sekitar. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Endangered Species Act akibat spesis burung tertentu yang ditakuti mengalami kepupusan, mengakibatkan aktiviti ekonomi seperti pembalakan di kawasan sukar untuk dilaksanakan (Mel White, 2006). Akibat undang-undang yang ketat, disokong oleh penguatkuasaan dan taraf pendidikan yang tinggi di kalangan masyarakat mereka menjadi golongan pendesak yang berkuasa. Justeru, negara-negara maju mencapai banyak kemajuan dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Sewaktu masa dahulu sungai di negara-negara Jerman, Belanda, Norway dan United Kingdom tercemar, tetapi sekarang menjadi lebih bersih. Jika dulu industri mereka banyak menggunakan bahan mentah dan juga tenaga elektrik tetapi sekarang digunakan secara efektif and efisien. Guna semula (reuse), kitar semula (recycle), and mengurang penggunaan bahan (reduce) telah diamalkan secara meluas di negara-negara tersebut.

Negara-negara maju menyedari kesilapan mereka dan berharap negara-negara membangun tidak mengulangi kesilapan yang sama/tidak mengikut jejak langkah mereka. Mereka mencadangkan negara membangun perlu memikirkan eleman alam sekitar dalam pembangunan. Jika perniagaan di Malaysia melihat isu ini secara positif, banyak manfaat yang boleh dicapai. Diantaranya penggunaan bahan sumber api, penggunaan air, bahan mentah yang lebih cekap.

(6)

syarikat yang menyebabkan amalan alam sekitar mereka jauh lebih mantap. Perkara yang sama juga diperhatikan kepada PKS yang berasal dari negara-negara maju. Ini berbeza dengan industri tempatan yang rata-rata tidak begitu jelas sikap dan amalan mereka terhadapa alam sekitar. Jika perniagaan di negara kita, bersaiz besar, mahupun sederhana dan kecil mengambil hal alam sekitar secara serius dan bukannya melepas batuk ditangga, Malaysia akan mencapai pembangunan lestari yang seimbang dari segi pembangunan dan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar seperti yang diharap-harapkan pada tahun 2020 nanti.

Dalam hal ini, kerjasama yang rapat diantara syarikat MNCs, syarikat besar tempatan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLCs), PKS mahupun pihak kerajaan, majlis tempatan amatlah penting. Kerjasama ini boleh dilihat melalui situasi menang-menang (win-win situation) di mana ke dua-dua pihak mendapat manfaat. Contohnya dari segi aktiviti yang menghalang kerosakan alam sekitar melalui amalan mengurangkan penggunaan bahan mentah, bahan yang tidak renewable, dan juga mengelak menggunakan bahan yang toksik. Sebaliknya, perniagaan perlu menggunakan alat-alat yang efisien, menggunakan EIA (Penilaian dampak alam sekitar), audit alam sekitar, dan juga analisa kitaran (LCA). LCA buat masa ini telah diguna pakai sebagai amalan biasa di syarikat-syarikat besar. Sebenarnya, banyak faedah yang boleh didapati daripada penggunaan LCA, dari segi kebolehannya untuk menolong memberi gambaran yang menyeluruh kesan operasi perniagaan dan juga penting untuk tujuan promosi. Walau bagaimana pun penggunaan kaedah ini masalah lagi diperingkat permulaan di Malaysia, Teknik ini membantu kerana ia menunjukkan mencegah lebih baik dari mengubati. Tetapi perlulah diingat penggunaan kaedah ini akan mengambil jangka masa tertentu oleh sesebuah perniagaan. Oleh kerana kemajuan sains and teknologi terutamanya penggunaan ICT dan model LCA seseorang itu bukan sahaja mengesan dan membuat ramalan tetapi mengetahui punca dan anggaran kesan kerosakan alam sekitar. Jika mekanisma ini telah dikenalpasti ia boleh diguna pakai untuk mengurangkan kemusnahan alam sekitar. Sebagai contoh, mengira kesan cloroflorokarbon yang berpunca dari penggunaan aerosol dan juga penggunaan peti sejuk.

Jadi langkah yang proaktif yang boleh diambil oleh perniagaan ialah untuk mengelak diri dari terlibat dengan sebarang aktiviti yang mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Jika tidak dapat dielak ia perlu melihat LCA sesuatu produk dan mencari jalan untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar berdasar analisis kitaran hayat produk

Mengambil kira kos alam sekitar akibat produk dan/atau perkhidmatan/servis

Keutamaan yang ke dua ialah menghalang kemusnahan yang berterusan kepada alam sekitar, membaik pulih dan membaiki kemusnahan pada masa lepas. Keperluan asas di sini adalah untuk memastikan kos kemusnahan alam sekitar dimasukkan dalam kos pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan. Buat masa ini harga sesuatu barangan tidak mengambil kira kos sebenar iaitu sumber yang tidak boleh diganti (irreplaceable assets) di mana generasi akan datang mempunyai saham atau hak ke atasnya. Dengan kata lain kita tidak mewarisi dunia ini dari nenek moyang kita, tetapi kita meminjam dari anak cucu kita yang belum dilahirkan di dunia ini. Kos menghasilkan sesuatu produk bukan sahaja melibat kos bahan mentah, buruh, mesin dan penggunaan tenaga tetapi kos terhadap alam sekitar. Pelepasan asap, pencemaran sungai, penggunaan bahan non renewable yang tidak boleh diganti perlu diletakkan harga.

Perniagaan tidak boleh meninggalkan legasi kemusnahan alam sekitar kepada generasi akan datang, sebaliknya ia perlulah dibaik pulih dan ia memerlukan kos yang tertentu. Tetapi kos ini boleh dipertimbangkan jika semua pihak termasuk perniagaan serius untuk menangani perkara ini. Sebahagian kos ini boleh dicapai melalui pembiayaan organisasi perniagaan dan sebahagian lagi oleh pihak kerajaan. Contohnya seperti aktiviti tebus guna tanah, menanam semula pokok bakau ditepi sungai ataupun pantai dan muara. Walaupun kemusnahan alam sekitar biasanya dikaitkan dengan aktiviti perniagaan, pihak kerajaan perlulah bertanggungjawab kerana mereka sebenarnya memberi lesen dan membenarkan aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di masa lepas. Dari tahap individu, sesebuah organisasi, pemuliharaan dan membaiki pulih alam sekitar yang terganggu kepada keadaan semula jadi ialah melalui pelaburan ke atas kilang dan juga peralatan mahupun operasi dan sistem pengurusan yang lebih efisien dan efektif. Organisasi perniagaan yang besar, sederhana mahupun kecil turut terlibat dan mengembleng tenaga ke arah pembangunan lestari.

Menggunakan sumber dengan cekap dan amalan kitar semula

(7)

semula atau kitar semula dan penggunaan tenaga yang mesra alam seperti tenaga suria. Didapati sebahagian besar kesinambungan aktiviti yang tidak mesra alam adalah disebabkan oleh ketidakhadiran polisi mesra alam sesuatu organisasi perniagaan ataupun kehadirannya hanyalah sebagai rhetorik, tidak dipraktikan secara serius. Pihak atasan yang tidak mengambil serius akan hal ini menyebabkan isu ini dikesampingkan. Ini ditambah pula dengan kelemahan undang-undang dan juga kelemahan regim penguatkuasaan yang gagal membuat perniagaan mengambil kira sepenuhnya dalam asas sesuatu perniagaan yang berkaitan dengan kos alam sekitar yang berkaitan dengan operasi. Jika ini kos alam sekitar diambil kira ia dapat diterjemahkan dari segi harga yang lebih realistik yang diguna untuk menilai bahan-bahan yang digunakan.

Kegagalan mengambil kira bahan yang tidak boleh dikitar semula dan juga dilihat ketidak upayaan organisasi perniagaan untuk melindungi habitat, spesis dan juga landskap dengan berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa ataupun sedikit sahaja yang dilakukan. Sebaliknya, mereka sanggup membuat pelaburan yang tinggi untuk meningkatkan keuntungan ekonomi walaupun melibatkan penggunaan bahan yang tidak renewable.

Aktiviti mengguna semula, membaiki, mengkitar semula dan mengubah suai (4Rs -Reuse, repair, recycling dan reconditioning) akan dicapai jika organisasi perniagaan mempunyai falsafah alam sekitar. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan melalui visi dan misi syarikat yang berkait dengan alam sekitar. Dengan adanya polisi, pemilihan lokasi atau tapak sesebuah premis perniagaan akan membayangkan kawasan yang tidak memberi impak yang negatif kepada alam sekitar seperti kawasan paya bakau, kawasan tadahan, dan juga juga hutan hujan tropika dan juga di kawasan bukit. Premis perniagaan perlulah mempunyai sistem kumbahan/buangan yang cekap/baik, kedudukannya tidak terlampau dekat dengan kawasan perumahan. Kewujudan kemudahan kitar semula juga patut dipertimbangkan.

Keutamaan ke empat berkaitan dengan pengambilan dan pengintegrasian yang sepenuhnya keperihatinan alam sekitar dalam perniagaan. Apabila isu polisi ini dimasukkan dalam strategi korporat di sesebuah syarikat ia akan diguna pakai sebagai pertimbangan dan asas rujukan dalam semua aspek dalam polisi syarikat. Peraturan yang ketat, peer group pressure–tekanan kumpulan serakanan, tekanan rangkaian jaringan perniagaan, dan peningkatan kesedaran perniagaan mesra alam adalah perniagaan yang baik menyebabkan pertimbangan alam sekitar menjadi teras perniagaan. Kemasukan elemen-elemen alam sekitar dalam laporan tahunan menunjukkan iltizam yang diberikan oleh perniagaan terhadap isu alam sekitar. Walaupun Malaysia belum lagi mewajibkan laporan alam sekitar dalam laporan tahunan tetapi ia menunjukkan peningkatan syarikat secara sukarela melaporkannya dalam laporan tahunan.

Walaupun sekarang ada syarikat besar di Malaysia samada MNCs mahupun GLCs menunjukkan peningkatan prestasi alam sekitar, masalahnya syarikat keci dan sederhana (SMEs). Walaupun SMEs dari segi individunya memberi sedikit impak kepada alam sekitar, tetapi secara kumulatif impak mereka amatlah besar sekali (Mohd Rafi, 2010b). Memang diketahui umum SMEs di Malaysia dan dinegara-negara lain mengalami kekangan modal, kepakaran dan juga keyakinan (Mohd Hakimin & Mohd Rafi, 2010). Ini menjadi komponen asas untuk memulakan proses perancangan strategic untuk meningkatkan prestasi alam sekitar mereka. Sebahagian besar syarikat tidak mempunyai proses perancangan stategik secara formal. Untuk memantapkan lagi amalan ini PKS perlulah bekerja sama antara satu sama lain. Di sini dilihat signifikannya dewan pertubuhan perniagaan dan juga persatuan-persatuan perniagaan. Ini adalah langkah yang proaktif, mana-mana syarikat yang mempunyai prestasi yang baik berkongsi dengan ahli-ahli lain. Ini memastikan kewujudan jaringan perniagaan yang mementing alam sekitar, tidak mementingkan keuntungan kewangan perniagaan semata-mata.

Menwar-warkan/melaporkan pencapaian alam sekitar perniagaan

Peningkatan publisiti pencapaian prestasi alam sekitar sesesuatu syarikat adalah salah satu langkah penting yanga perlu diambil untuk melonjak naik pengisian alam sekitar sesuatu perniagaan. Publisiti sebegini penting untuk meningkatkan keyakinanan sesuatu perniagaan, menunjukkan keupayaan teknikal dan juga petunjuk kepada penjimatan kos. Contohnya ialah apabila sesebuah perniagaan memaklumkan pencapaian mereka memperolehi ISO 14000 di dada akhbar samada berbahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Laman sesawang perniagaan juga boleh digunakan untuk menyebar amalan mesra alam yang dilaksanakan kepada masyarakat.

(8)

terhadap GLCs dianggap mementang kerajaan walaupun ia sebagai teguran atau check and balance. Tidak hairanlah laporan alam sekitar perniagaan di akhbar di Malaysia tidak menjadi satu bidang yang diminati oleh wartawan. Kebanyakan wartawan kanan diberi tugasan meliputi perkembangan politik semasa. Pendek kata berita berbentuk penyiasatan atau investigative reporting dikatakan bidang yang kurang mendapat tempat di Malaysia.

MENGHADAPI CABARAN HARI INI DAN MASA HADAPAN

Jika perniagaan mengambil isu alam sekitar dengan lebih serius pada masa hadapan, maka kes di mana sesebuah perniagaan berada di persimpangan untuk memilih sama ada meningkatkan kecekapan perniagaan atau peningkatan kualiti alam sekitar tidak akan berlaku. Mereka faham ke dua-duanya matlamat tersebut bolehlah di capai pada waktu yang sama. Perniagaan dan pemuliharaan alam sekitar nampaknya tidak saling menyinkiri (mutually exclusive), malah berhubungan di antara satu sama lain melalui ikatan yang dikatakan simbiosis. Pencapaian matlamat perniagaan akan menyebabkan peningkatan matlamat alam sekitar. Ini akan merangkumi seluruh perniagaan samada kecil, sederhana mahupun besar. Memang tidak dapat dinafikan pada masa hadapan pencapain rekod alam sekitar perniagaan menjadi kayu ukur penting petunjuk kejayaan sesuatu perniagaan. Ukuran ekonomi seperti keuntungan wang ringgit bukannya satu-satu ukuran yang muktamad. Apalah gunanya perniagaan mengaut keuntungan berbilion ringgit jika ia merosakkan alam sekitar yang tidak ternilai dan tidak dapat dibeli oleh wang ringgit. Spesis haiwan dan tumbuhan yang pupus tidak dapat diganti dengan wang ringgit, jika ia hilang, ia hilang selamanya. Apa yang lebih malang lagi sesetengah spesis yang pupus mengalami kepupusan sebelum ia ditemui dan dibuat kajian secara saintifik.

Pada skala makro perubahan yang melibatkan struktur sesebuah negara menjadi asas untuk melihat kemajuan dalam prestasi alam sekitar perniagaan. Perubahan dan tekanan ini akan menyebabkan pengurus sesuatu organisasi perniagaan menjadi lebih perihatin. Contohnya di negara Jerman, adalah menjadi tanggungjawab perniagaan kepada produk yang mereka hasilkan walaupun setelah ia digunakan oleh pengguna. Pembuat kereta bertanggunjawab untuk mengitar semula kereta mereka yang tidak lagi digunakan oleh pengguna. Oleh itu syarikat kereta di negara tersebut mencari jalan untuk mengitarkan komponen kereta mereka.

Di sini peranan pendidikan alam sekitar penting kepada pengurus dan juga pekerja sesebuah organisasi. Jika pengurus sahaja didedahkan dengan pengetahuan alam sekitar agak sukar untuk mencapai organisasi mesra alam kerana ia perlulah melibatkan ke semua pihak. Buat masa ini pihak pengurusan dan juga pendidik di Malaysia dan negara membangun lain agak perlahan dan masih lagi sangsi dalam tindak respons mereka untuk menjadi organisasi mesra alam. Mereka berpendapat kos alam untuk menjadi mersra alam adalah tinggi. Mereka tidak melihat kos sebenar aktiviti mereka (jika dikira dari segi impak alam sekitar). Kepincangan ini perlulah ditangani segera sebelum ia menjadi parah ibarat kanser yang merebak yang tidak dapat lagi dikawal dan perlulah dibuang ataupun dipotong.

Buat masa ini negara-negara maju seperti German bukan sahaja terkenal dengan perniagaan mereka yang mesra alam tetapi pada masa yang sama menikmati keuntungan apabila perniagaan mereka menjadi perunding kepada negara-negara luar untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka berkaitan dengan amalan mesra alam.

Justeru, amatlah penting kepada bakal pengurus yang mengikuti program pasca siswazah seperti MBA dan kursus professional lain-lain program pengurusan memasukkan bahan pengajaran yang membolehkan pengurus mengenalpasti cabaran alam sekitar yang didapati mereka dan seterusnya melengkapkan mereka dengan kemahiran teknikal dan sistem pengurusan yang diperlukan untuk mengharungi cabaran dengan lebih yakin. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam kontek sesuatu keadaan sesebuah organisasi perniagaan akan disampaikan kepada orang lain melalui latihan dalam sesebuah organisasi.

(9)

perancangan perniagaan dan memerlukan iltizam dalam mengejar matlamat pembangunan lestari negara.

Jelas, tidak kira apa pun saiz perniagaan masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama dan perlu mengenalpasti langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan tekanan ke atas alam sekitar. Perniagaan perlukan menghormati atau cuba memenuhi permintaan semua pemegang taruh termasuklah generasi yang akan datang. Sebenarnya kita, bukan sahaja mewarisi dunia yang kita ada pada hari ini dari nenek moyang kita tetapi kita sebenarnya meminjam planet bumi ini dari generasi yang akan datang. Apakah akibatnya jika kita memulangkan apa yang kitar nikmati sekarang. Justeru, perniagaan perlulah mengurangkan ecological footprint mereka. Tidak ada gunanya sesebuah syarikat perniagaan yang mengaut keuntungan berbilion ringgit dan terkenal di seluruh dunia tetapi terlibat dalam aktiviti yang tidak mesra alam seperti menggunakan sumber yang terhad dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Analisa kitaran hayat (Life cycle analysis) boleh membantu kita untuk mengenal kesan-kesan aktiviti perniagaan kepada alam sekitar dari peringkat awal penggunaan bahan mentah hinggalah ke peringkat pelupusan bahan tersebut apabila ia tidak lagi digunakan.

Pendek kata, samada sesuatu perniagaan itu akan mengakibat kesan negatif atau tidak bergantung kepada sesuatu organisasi itu sendiri. Ini banyak dicorak oleh usahawan atau pemilik saham sesebuah syarikat. Tekanan dari pemegang taruh samada kerajaan, masyarakat, media, pesaing tidak mampu untuk menggerakkan syarikat tersebut menjadi lebih mesra alam. Jika ia dilakukan pun ia semata-mata reaktif, sekadar memenuhi tuntutan undang-undang.

Persoalannya jika kesedaran tidak berpahat kemas dihati apa yang dilakukan hanyalah diperingkat yang paling minima, tidak lebih dari itu. Perlulah diingat di sini apa yang apa pada undang amatlah terbatas. Banyak lagi aktiviti tidak mesra alam tidak termaktub dalam undang-undang. Contohnya, sesebuah syarikat boleh mengusahakan sesuatu kawasan untuk pertanian kelapa sawit, tetapi apakah ia memikirkan kesan negatif ke atas flora dan fauna? Lebih-lebih lagi jika terdapat spesis yang terancam di kawasan itu.

Cabaran yang dihadapi oleh syarikat perniagaan ialah persoalan apakah yang patut mereka lakukan untuk menangani masalah ini? Bagaimana ia akan diselesaikan dan siapakan yang perlu dirujuk jika menghadapi masalah? Siapakah yang boleh memberi pengetahuan dan sokongan?

Peniaga-peniaga kita perlulah melihat lebih jauh pendekatan boleh diambil dari negara maju yang mempunyai tahap pemuliharaan alam sekitar yang tinggi teknologi and pengurusan alam sekitar ini boleh ditiru dan diubah suai untuk memastikan ianya sesuai dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat di Malaysia. Didapati syarikat yang proaktif mempunyai ciri-ciri berikut:

Pihak pengurusan tertinggi perihatin dengan alam sekitar, masalah alam sekitar dibincangkan diperingkat tertinggi/korporat, syarikat mempunyai juara alam sekitar, syarikat mengguna pakai kaedah holistik dan pada masa yang sama bersedia untuk menyelesai masalah bersama-sama. Walaupun ia nampaknya mudah, melaksanakannya amatlah rumit dan memerlukan kesabaran. Tetapi jika diabaikan ia mengakibatkan kesan yang buruk kepada peniagaan. Jika masa sekarang kita boleh berdalih kerana kepentingan ekonomi, alam sekitar dikesampingkan tetapi mencapai status negara maju, alasan yang digunakan menjadi lapuk. Sebenarnya tidak ada jalan keluar, perancangan perlulah memasukkan alam sekitar sebagai tanggungjawab dan ia perlulah dimasukkan dalam pertimbangan apabila membuat sesuatu keputusan.

KESIMPULAN

Perniagaan dan pemuliharaan alam sekitar berjalanan seiringan diantara satu sama lain. Perniagaan bergantung kepada alam sekitar untuk hidup dan negara bergantung kepada pembangunan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat. Hanya alam sekitar yang seimbang memastikan kesejahteraan kehidupan dicapai. Perniagaan bukan sahaja perlu mempromosikan kesedaran kepentingan alam sekitar tetapi pada masa yang sama melakukan praktis sebegitu untuk menjaga bumi ini – hari ini, esok dan hari-hari mendatang.

RUJUKAN

(10)

Jabatan Alam Sekitar. (2007). Laporan Tahunan.

Mohd Hakimin Yusoff & Mohd Rafi Yaacob. (2010). The Government Business Support Services in Malaysia: The Evolution and Challenges in the New Economic Model (2010), International Journal of Business and Management. 5(9). 59-71.

Mohd Rafi Yaacob. (2009). Strategi Malaysia bersaing di Peringkat Global?. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke IV. 2009. Perniagaan mesra alam. hlm. 453-465. Dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2-4 Jun 2009, Kuantan, Pahang.

Mohd Rafi Yaacob. (2010a). Environmental Management in Malaysian Palm Oil Industry:

Stakeholders’ Pressure, Strategies and Competitive Advantages. 2010. Lap Lambert Academic

Publishing.

Mohd Rafi Yaacob. (2010b). Small enterprises environmental management practices in Terengganu, Malaysia (2010). Gyan Management, Vol.4(1), pp. 2-14.

Mol, A. P. J. (1996). Ecological Modernisation and Institutional Reflexivity: Ecological Reform in the Late Modern Age. Environmental Politics. 5(2): 302-323.

Mol, A. P. J. (1999). Ecological Modernisation and the Environmental Transition of Europe: Between National Variations and Common Denominators. Journal of Environmental Policy and Planning. 1(2): 167-181.

The Star, Friday 22 April 2011. BP Oil Disaster One Year After.

Weale, A. (1992). The new politics of pollution. Manchester: Manchester University Press. White, M. (2006). The Ivory-billed Woodpecker. National Geographic. 142-157.

Rajah 1: Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian, 1979; Status Pematuhan Industri, 2007. Sumber Rajah 4.6 Muka Surat 64 LAPORAN TAHUNAN

(11)

Jadual 1: Bilangan kes Tindakan Undang-Undang dan Pematuhan Kualiti Alam Sekeliling Kilang Kelapa Sawit Mentah, Getah Asli

Tahun Premis yang ditetapkan Kelapa Sawit Mentah Getah Asli 2002 281 (*41%) 50 (71%)

2003 324(54%) 42(73%)

2004 281(81%) 95(87%)

2005 429(65%) 105(77%)

2006 805 (75%) 118(81%)

2007 986(72%) 108(76%)

Sumber: Laporan tahunan JAS, pelbagai tahun.

Referensi

Dokumen terkait

KONFLIK ADALAH SUATU KEADAAN DALAM LINGKUP WILAYAH TERTENTU YANG TERCIPTA AKIBAT TERJADINYA PERISTIWA PERTENTANGAN (SECARA FISIK/NON FISIK) YANG TIDAK TERKENDALI ANTARA DUA

Kepala Unit Kerja/Kepala Satuan Kerja (Satker) bertanggung jawab dalam

Dalam rangka memperoleh kompetensi tersebut para mahasiswa UNNES wajib mengikuti proses pembelajaran lapangan melalui kegiatan Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) meliputi

Forex bisa membuat Anda menghasilkan uang yang banyak dalam waktu yang singkat dengan.. resiko yang

[r]

[r]

Hasil penelitian yang didapatkan diharapkan dapat memberikan informasi mengenai varietas yang sesuai untuk dikembangkan lebih lanjut di dataran menengah dan penggunaan

Pin yang digunakan pada arduino dalam merancang meter air digital sesuai pada Gambar 2 yaitu pin digital 2 untuk serial data dari water flow sensor SEN-HZ21WA, pin