HALAL: ANTARA TUNTUTAN AGAMA
DAN STRATEGI EKONOMI
1Oleh:
Zawanah Binti Muhammad
Haji Munir Bin Haji Md. Salleh
Abdul Muhaimin Bin Mahmood
1. PENDAHULUAN
1.1 Kertas ini akan membincangkan tentang tajuk “Halal: Antara Tuntutan Agama dan Strategi Ekonomi‟‟. Di dalam kertas kerja ini, saya ingin mengajak para peserta memahami konsep halal dari kacamata agama. Seterusnya memahami peranan JAKIM dalam membangunkan pengurusan pensijilan halal di Malaysia serta usaha menjadikan halal sebagai salah satu sistem ekonomi yang berdaya saing dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
2.0 DEFINISI HALAL
2.1 Perkataan halal berasal dari kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak. Dalam Munjid, ia didefinisikan sebagai sesuatu yang dibolehkan oleh Allah SWT2. Manakala menurut Kamus Dewan, halal bermaksud hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dalam Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan3. Ia merupakan perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan haram. Perkataan halal
1 Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Dato‟ Haji Wan Muhammad Bin Dato‟ Syeikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam seminar “Pentadbiran Hal-Ehwal
Islami Di Malaysia : Cabaran Semasa Dan Perancangan Masa Depan” Pada 6-7 Ogos 2008”, di Istitut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.
2 Al-Munjid fi al Lughah al-Arabiyah al-Muc
asirah, Bayrut, hlm. 309.
juga ditakrifkan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975.4 Begitu juga dalam Garis Panduan Makanan, Minuman Dan Barang Gunaan Orang Islam.
2.2 Dari sudut Istilah syarak, halal didefinisikan sebagai sesuatu yang harus, yang diizinkannya di sisi syarak5. Dr. Yusuf al-Qardawi pula mendefinisikan halal sebagai sesuatu yang diharuskan, yang terungkai padanya ikatan larangan, dan diizinkan oleh syarak untuk melakukannya6. Berpandukan definisi tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa halal adalah merujuk kepada sesuatu yang diharuskan oleh Allah SWT untuk manusia memakan, mengguna, bermuamalah dan sebagainya. Sesuatu perkara dianggap halal dalam Islam selama mana tiada nas atau dalil yang menunjukkan bahawa ia adalah haram. Sehubungan itu, skop halal dalam Islam bukan sahaja tertumpu kepada makanan dan barang gunaan, bahkan, meliputi sistem ekonomi, kewangan dan seluruh aspek kehidupan manusia.
2.3 Perbahasan halal merupakan satu perbahasan yang amat luas. Sebagai contoh, jika dilihat dari aspek pemakanan sahaja, sesuatu makanan yang diproses boleh dikelaskan sebagai halal sekiranya ia dihasilkan dengan menggunakan bahan mentah, komponen dan aditif yang halal serta pemprosesannya berasaskan panduan yang ditetapkan syarak. Dengan kata lain, aspek halal dalam pemakanan adalah merangkumi penyediaan,
4 Akta Perihal Dagangan 1972 (Perintah Perihal Dagangan ) (Penggunaan Perbahasaan “Halal”
1975 ). Tafsiran menjelaskan tanda pada makanan seperti “Makanan Orang Islam” atau “Ditanggung Halal “ atau “ Halal” atau sebagainya bolehlah diertikan seperti berikut:
i) Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang dilarang oleh syarak atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
ii) Tidak mengandungi benda-benda najis
iii) Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan alatan yang tidak bebas dari najis iv) Semasa penyediaan, memproses atau menyimpan tidak bersentuhan atau berdekatan dengan
perkara yang tidak memenuhi kehendak syarak.
5 Wizārah al
-'awqāf wa al-shucūn al-Islamīyyah, al-Mausūcah al-fiqhiyyah, Thabacah Zat
al-Salasil, al-Kuwait, 1410H./ 1990, jld. 18, hlm. 74.
6 Al-Qardawi, Yusuf, al-Hala
pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan. Keseluruhannya hendaklah tidak terkeluar daripada ketentuan syarak.
3. HALAL DALAM PERSPEKTIF ISLAM
3.1 Islam merupakan agama yang syumul. Syariatnya mencakupi seluruh aspek yang diperlukan oleh manusia, meliputi akidah, ibadah, muamalat, munakahat, jenayah dan akhlak. Ringkasnya, Islam menetaskan hukum, peraturan dan undang-undang terhadap semua perkara yang menyentuh perbuatan manusia. Matlamat pensyariatan hukum-hakam dalam Islam adalah untuk menjaga kemaslahatan7 manusia bagi kehidupan di dunia atau akhirat atau kedua-duanya8. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Allah SWT telah menjelaskan sepenuhnya kepada manusia, apa yang baik dan buruk, halal ataupun haram untuk kebaikan manusia di dunia dan akhirat.
3.2 Pada asasnya, sesuatu benda atau sesuatu perbuatan itu tidak terlepas dari lima perkara iaitu halal, haram, sunat, makruh dan harus. Bagi perkara yang halal secara mutlak, kita disuruh oleh Allah SWT untuk memakan atau menggunakannya; manakala yang haram kita disuruh untuk menjauhinya. Adapun bagi perkara yang syubhah, kita
7 Menurut istilah ulama Usul, Maslahah didefinisikan sebagai manfaat yang dimaksudkan oleh
al-Shāric
yang Maha Bijaksana untuk hamba-hambanya daripada memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Lihat, al-Būtī, Muhammad Sacid Ramadān, Dawābīt al-maslahah fī al-sharīcat al-Islāmiayah, Mu'assasah al-Risālah, Bayrūt, Ed. Ke-4, 1402 H./ 1982, hlm. 23.
diperingatkan agar meninggalkannya bagi mengelakkan kita terjebak ke dalam perkara yang haram9.
3.3 Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT10. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menyeru dan memerintahkan umat Islam agar mengambil berat dalam mencari yang halal dan meninggalkan yang haram. Antara ayat-ayat al-Quran dan hadis yang meyentuh perihal tersebut ialah;
9
Sabda Rasulullah SAW;
Maksudnya;
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyir r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara -perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul darah, yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati. 9Abu Husin, Muslim Bin Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab akhzu halal wa tark al-syubuhat, Dar al-Jil, Bayrut, t.th, no. hadis; 4178, Jld. 5, hlm. 50.
3.3.1 Firman Allah SWT;
Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
3.3.2 Firman Allah SWT lagi; bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata -mata. kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
11Al-Quran, surah al-Baqarah, 2: 172.
12Al-Quran, surah al-Nahl, 16: 114.
13
3.3.5 Firman Allah SWT lagi;
Dan Allah s.w.t telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Maksudnya;
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang
dihalalkan bagi mereka?”, bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi
kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan ke atas para rasul yang diutuskan. Firman Allah; (wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan). Firman Allah; (wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu). Kemudia n Rasulullah SAW menyebutkan perihal seorang lelaki yang telah merantau jauh, kusut masai dan berdebu, sambil menadahkan kedua tangannya ke langit (memohon doa): “Ya Tuhan ku, Ya Tuhan ku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram ( dan sarapannya
17Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab Qabul Sadakah min al-kasb al-tayyib watarbiyatiha, Dar al-Jil, Bayrut, t.th, no. hadis; 2393, Jld. 3, hlm. 83. Al-Turmuzi, Muhammad Bin Isa, Sunnan al-Turmuzi,Bab Surah al-Baqarah, Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Dar
Ihya‟ al-Thurath al-Arabi, Bayrut, no. hadis; 2989, jld. 5, hlm. 220. Al-Zuhaily, Wahbah, Tafsir al-Munir,
haram). Bagaimana (dengan demikian itu) doanya boleh dimakbulkan ( oleh Allah SWT).
3.3.9 Rasulullah SAW bersabda;
Maksudnya:
Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”.
Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).
3.4 Keseluruhan nas al-Quran dan hadis di atas menunjukkan penghujahan yang amat kuat bahawa Islam sangat mengambil berat tentang halal dan haram, kerana semua yang halal itu akan mendatangkan manfaat, sedangkan perkara haram akan mendatangkan mafsadah ke atas manusia19, baik di dunia mahupun akhirat.
4. PRINSIP ISLAM DI DALAM URUSAN HALAL DAN HARAM
4.1 Bagi menjelaskan lagi halal dalam perspektif Islam, dijelaskan di sini beberapa prinsip yang menjadi asas bagi permasalahan halal sebagaimana disebutkan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi20 :
18Al-Thabarani, Muc
jam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din cAli bin Abi Bakr, Majmac
al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab halal wa bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520
19 Sila rujuk, al-Qardawi, Yusuf, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, 1415H./ 1994, hlm. 31.
20 Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya al-Hala
l wa al-haram fi al-Islam telah menyebutkan sebelas prinsip yang menjadi tunjang halal dan haram dalam Islam. Primsip-prinsip tersebut ialah;
1. Asal bagi sesuatu perkara adalah mubah
2. Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah
3. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah sama seperti syirik 4. Mengharamkan yang halal boleh mengakibatkan timbulnya perkara keji dan memudaratkan. 5. Perkara yang halal tidak memerlukan lagi perkara yang haram
6. Perkara-perkara yang membawa kepada haram adalah haram 7. Berhelah dalam perkara yang haram adalah haram
Pertama: Asal bagi setiap sesuatu adalah mubah.
4.2 Jumhur ulama bersepakat bahawa asal bagi sesuatu perkara adalah harus, melainkan ada dalil atau nas syarak yang menunjukkan ia adalah haram. Kaedah asal setiap sesuatu itu adalah harus, tidak terhad kepada benda sahaja, bahkan ia meliputi perbuatan dan tingkah laku yang tidak tergolong dalam urusan ibadah.
4.3 Semua perkara yang dikategorikan sebagai „adat dan muamalat‟ adalah tidak diharamkan dan diberikan keluasan bagi manusia untuk menentukan bagaimana cara dan bentuk yang bersesuai dengan situasi kehidupan mereka, melainkan yang telah diharamkan atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Berlainan pula dalam urusan ibadah, di mana asalnya adalah haram melainkan apa yang ditentukan bentuk dan caranya oleh Allah SWT. Hal ini ada disebutkan oleh Rasulullah SAW:
21
Maksudnya;
Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa yang mengada-adakan satu perkara baru dalam urusan kami yang bukan darinya, maka ia
tertolak.”
9. Menghindarkan diri daripada perkara syubhat kerana khuatir terjebak ke dalam perkara haram 10. Sesuatu yang haram, adalah haram untuk semua orang
11. Keadaan darurat membenarkan perkara yang dilarang (haram). Sila rujuk, al-Qardawi, Yusuf, 1415H./ 1994, hlm.22-39.
21 Abu al-Husin, Muslim Bin al-Hajjaj Bin Muslim, Sahih Muslim, Bab naqdi al-ahkam al-batilah war ad muhdathat umur, no. hadis; 4589, jld. 5, hlm. 132. Lihat juga, Bukhari, Muhammad Ismail, al-Jamic al-sahih al-mukhtasar, Bab iza istalahu ala sulh jur fa sulh mardud, tahqiq, Dr. Mustafa Dib al-Bhura, Dar Ibn Kathir, Bayrut, 1407H./ 1987, no. hadis; 2550, jld.4, hlm. 220.
Kedua: Kuasa menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak
Allah SWT
4.4 Di dalam Islam, kuasa menghalal dan mengharamkan sesuatu adalah hak Allah SWT semata-mata. Islam membataskan kuasa ini demi untuk menjaga kesucian agama. Sehubungan itu, apa yang dihalalkan oleh syariat adalah halal, dan apa yang diharamkan oleh syariat adalah haram meskipun ia sangat baik menurut nafsu. Manakala bagi sesuatu perkara tidak dinyatakan status halal dan haram oleh Allah SWT, maka ia adalah halal sekiranya perkara itu dapat membawa manfaat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Dalam hal ini Salman Al-Farisi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w ada bersabda;
Maksudnya;
Halal ialah apa yang telah dihalalkan oleh Allah di dalam kitabNya, dan yang haram itu ialah apa yang telah diharamkan oleh Allah di dalam kitabNya dan sesuatu yang didiamkan itu adalah dimaafkan untuk kamu.
4.5 Sehubungan itu, hanya Allah SWT sahajalah yang mempunyai hak mutlak untuk menetapkan halal dan haram di dalam kitabNya, atau melalui perantaraan rasulNya. Manakala para fuqaha hanya berperanan sebagai perantara untuk menjelaskan hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sama ada yang telah dihalalkan atau yang diharamkan.
22 Al-Turmuzi, Muhammad bin Isa, al-Jamic
al-sohih sunan al-Turmuzi, Bab ma ja‟a fi labs
Ketiga: Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama
seperti syirik.
4.6 Sebagaimana disebutkan, hak untuk menentukan halal dan haram dalam Islam adalah hak Allah SWT sepenuhnya. Justeru, sebarang usaha untuk mencampuri urusan Allah SWT dengan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram (hukumnya) adalah sama seperti syirik, kerana perbuatan mereka itu seumpama mencabar kekuasaan Allah SWT.
4.7 Lantaran itu, Allah SWT mencela secara nyata orang yang mengharam dan menghalalkan sesuatu dengan sewenangnya, kerana perbuatan mereka itu sudah melampaui batas. Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl;
terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
Keempat: Mengharamkan yang halal boleh mengakibatkan timbulnya perkara
keji dan memudaratkan.
4.8 Sebagaimana dijelaskan, matlamat dari pensyariatan hukum di dalam Islam pada keseluruhannya adalah untuk mendapatkan perkara yang membawa kebaikan (maslahat) dan menolak perkara yang membawa keburukan (mafsadah) terhadap manusia. Keseluruhan perintah Allah SWT dari al-Quran ataupun sunnah sama ada berbentuk
23
suruhan atau tegahan kesemuanya adalah untuk kemaslahatan hambanya di dunia dan akhirat 24. Justeru itu, Shekh cIzz al-Din bin Abd al-Salam (578-660H) di dalam kitabnya qawacid al-ahkam fi masalih al-'anam telah mengembalikan permasalahan fiqh keseluruhannya kepada asas mengambil iktibar terhadap maslahat dan menolak mafsadah25. Imam al-Suyuti di dalam kitabnya Ashbah wa al-nazair fi qawacid wa furuc fiqh al-syafci juga menegaskan bahawa, keseluruhan hukum-hakam yang disyariatkan adalah merujuk kepada maslahat, kerana menolak mafsadah itu adalah merupakan sebahagian daripada maslahat"26.
4.9 Semua yang dihalalkan dalam Islam adalah merupakan perkara yang dapat mendatangkan manfaat terhadap manusia. Oleh itu, sekiranya ditimbulkan persoalan apakah perkara yang halal dalam Islam, maka jawapannya adalah ia merujuk kepada perkara yang baik-baik (al-tayyibat). Maksudnya, ia adalah perkara-perkara yang dianggap baik oleh jiwa yang normal dan dapat digunapakai oleh semua manusia yang tidak timbul hasil dari pengaruh adat dan tradisi. Firman Allah SWT;
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? bagi menjawabnya, katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik”.
25al-Dusi, Hassan Salim, Manhaj fiqh al-muwazanat fi al-sharc al-Islami, dlm Majalah al-syaric ah wa al-dirasat al-Islamiah, 46: 373-431, Majlis al-Nashr al-cIlmi1426H./2005, hlm. 377.
26 al-Suyūtī, cAbd al-Rahmān, Ashbah wa a l-nazair fi qawac
id wa furuc fiqh al-syafci, Tahqīq Muhammad bin Muhammad Tāmir & Hāfiz cAshūr Hāfiz, Dār al-Salām, al-Qāherah, 1424 H./ 2004, jld. 1, hlm. 64.
4.10 Justeru itu dalam surah al-Maidah, Allah SWT mengingatkan orang yang beriman agar tidak sekali-kali mengharamkan ke atas diri mereka apa yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT;
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah Dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman29.
28Al-Quran, surah al-Ma‟idah, 5: 87-88.
29Dr. Yusuf al-Qardawi menyebutkan, ayat ini telah diturunkan kerana terdapat di kalangan kaum muslimin di Madinah, beberapa orang yang bersikap keras dan berlebihan. Mereka mengharamkan diri mereka perkara-perkara yang baik. Sehubungan itu, Allah Taala menurunkan ayat-ayat muhkamah agar mereka dapat berdiri di atas batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah, dan mengembalikan mereka ke jalan Islam yang lurus Al-Qardawi, Yusuf, hlm. 30. Syekh Muhammad cAli al-Sayis dalam dalam kitabnya Tafsir ayat al-ahkam juga telah menyebutkan sebab diturunkan ayat ini sebagaimana berikut;
. Maksudnya;
Kelima: Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram
4.11 Syariat Islam sangat menghargai niat yang baik, kerana niat yang baik akan dapat membangkitkan perbuatan mulia. Sabda Rasulullah s.a.w;
30
Maksudnya;
Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dinilai berdasarkan apa yang diniatkannya.”
4.12 Sehubungan itu, maka setiap amalan yang harus, apabila dikerjakan oleh seorang mukmin dengan niat yang baik, kesemuanya akan menjadi ibadah kepada Allah SWT Manakala perkara yang diharamkan, ia akan tetap dihukum sebagai haram, sekalipun orang yang melakukannya berniat baik atau bertujuan mulia. Islam tidak akan sesekali memperakui perbuatan yang haram sebagai wasilah untuk mencapai matlamat yang terpuji. Oleh itu syariat Islam menolak semua sekali prinsip: [Matlamat menghalalkan cara] atau prinsip: [Untuk menuju kebenaran, tidak mengapa jika bergelumang dengan banyak kebatilan]. Malah Islam mengatakan, untuk menuju matlamat yang benar mestilah melalui cara yang benar juga.
Keenam: Sesuatu yang haram, adalah haram untuk semua orang.
4.13 Perkara yang diharamkan di dalam Islam adalah bersifat menyeluruh dan mengikat semua orang. Oleh itu, apa yang dihalalkan oleh Allah SWT, maka ia adalah dari demikian itu melainkan kebaikan. Justeru, Rasulullah SAW bersabda kepada mereka; ((Sesungguhnya aku tidak memerintahkan dengan demikian itu, sesungguhnya untuk diri kamu ada hak yang perlu ditunaikan, maka hendaklah kamu berpusaa dan berbuka, bagun pada malam hari dan juga tidur. Sesungguhnya aku bangun dan juga tidur pada malam hari, aku berpuasa dan juga berbuka, aku memakan daging dan juga lemak, dan aku juga mendatangi isteri. Oleh itu, barang siapa yang tidak inginkankan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku)). Al-Sayis, Muhammad cAli, Tafsir ayat al-ahkam, Dar Ibn Kathir, Bayrut, 1422H./ 2002, jld. 2, hlm. 607.
30 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, al-Jamic
al-sohih al-mukhtasar, Bab kaifa kana bad‟ al -wahyu ila Rasulullah SAW, no. hadis; 1, jld. 1, hlm. 3.
halal untuk semua, dan apa yang diharamkan, maka ia haram untuk semua. Sebagai contoh, hukuman bagi kesalahan mencuri adalah haram dan perlu dijatuhkan hukuman potong tangan terhadap pelakunya. Maka hukum ini akan tetap dijalankan tidak kira apa keturunan dan darjat kedudukannya. Inilah apa yang digambarkan oleh Rasulullah SAW:
…
Maksudnya;
"...Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti akan kupotong tangannya".
4.15 Kesimpulannya, prinsip-prinsip yang telah diketengahkan tersebut, cukup memadai untuk memberikan gambaran yang amat jelas berkenaan ruang lingkup aktiviti dan amalan yang berkaitan dengan halal haram dalam Islam. Penekanan syarak terhadap prinsip halal haram menggambarkan betapa pentingnya pematuhan terhadap hukum dan ketentuan Allah. Demikian kerana Allah SWT Maha Mengetahui akan segala rahsia dan hikmah yang terselindung di sebalik halal dan haram bagi sesuatu perkara, sama ada melibatkan perhubungan sesama manusia atau manusia sesama makhluk Allah yang lain.
5. PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISU HALAL
5.1 Pengertian halal yang luas ini memberi gambaran tentang betapa pentingnya konsep halal ini diterapkan dalam kehidupan. Ini adalah kerana pematuhan kepada standard halal yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, memberi kesan yang besar kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang patuh kepada suruhan dan larangan Allah sudah pasti akan menjadi individu yang amanah kepada tugasnya. Mereka yang amanah sudah pasti menghasilkan kerja yang bermutu dan berkualiti. Masyarakat yang
31 Muslim, Sahih
berkualiti sudah pasti menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti. Naluri manusia sememangnya berhajat kepada sesuatu yang berkualiti.
5.2 Persepsi masyarakat terhadap konsep halal juga telah berubah daripada hanya merangkumi soal halal haram untuk keperluan diri (kegunaan diri) kepada soal halal haram melibatkan keperluan masyarakat yang merancakupi seluruh aspek kehidupan. Dewasa ini, isu halal telah menjadi keutamaan syarikat dan industri dalam mengeluarkan sesuatu produk, demi untuk memastikan pruduk yang dikeluarkan dapat diterima oleh masyarakat. Lantaran itu, halal telah menjadi satu fenomena perniagaan di mana ia dapat mempengaruhi sesuatu produk perniagaan mendapat pasaran yang meluas khususnya di kalangan pengguna Islam.
5.3 Sehubungan itu, banyak syarikat dan industri perniagaan berusaha untuk medapatkan persijilan halal bagi pruduk pengeluaran mereka. Sebagai contoh Syarikat Nestle Malaysia32, telah mewujudkan Jawatankuasa Halal sejak tahun 1980an yang terdiri daripada para eksekutif kanan Muslim daripada pelbagai bidang dan bertanggungjawab bagi semua hal berhubung Pematuhan Halal. Syarikat ini telah membuat pengesahan bahawa mereka hanya mengeluar, mengimport dan mengedar barangan yang telah disahkan “Halal” oleh badan-badan pensijilan yang diiktiraf. Syarikat ini mengimport barangan halal dari 66 kilang Nestle di seluruh dunia yang disahkan halal dan mengeksport produknya ke lebih 40 buah negara seluruh dunia dengan jualan eksport melebihi RM470 juta. Nestle (Malaysia) Berhad juga disenaraikan sebagai sekuriti mematuhi Syariah di papan utama Bursa Malaysia.
5.4 Skop industri halal di Malaysia bukan sahaja tertumpu pada produk makanan dan barang gunaan, bahkan telah meliputi sistem ekonomi iaitu kewangan dan perbankan Islam. Bank Negara Malaysia memainkan peranan penting dalam memartabatkan sistem kewangan Islam ke peringkat antarabangsa serta menjadikan Malaysia sebagai hub
keuwangan Islam Antarabangsa (MIFC). Sebagai ahli jawatankuasa dalam jawatankuasa eksekutif MIFC, JAKIM pempunyai peranan yang tersendiri dalam industri kewangan dan perekonomian Islam, khususnya dalam menjalankan penyelidikan dan penetapan hukum (fatwa) melalui Mensyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK). Semenjak tahun 1974-2007, MJFK telah memutuskan hukum bagi isu-isu muamalat (kewangan, perekonomian) sebanyak 90 fatwa di antaranya hukum berkenaan insuran, takaful, al-rahn, hukum sistem jualan langsung (MLM), Amanah Saham Nasional (ASN) dan pelaburan dalam Swiss Cass.
6. POTENSI PASARAN GLOBAL PRODUK HALAL
6.1 Pada tahun 2007, bilangan penduduk dunia dianggarkan mencecah 6.7 billion orang. Daripada jumlah itu, hampir 25 peratus daripadanya adalah beragama Islam. Populasi mereka bertaburan di seluruh dunia dengan majoritinya berada di Asia melebihi satu bilion orang.33 Menurut satu kajian, dianggarkan sehingga tahun 2010 jumlah penduduk Islam meningkat kepada tiga billion orang, manakala menjelang tahun 2025, bilangannya meningkat kepada 30 peratus keseluruhan jumlah penduduk dunia.
6.2 Pasaran produk halal tidak terhad kepada orang-orang Islan dan negara Islam sahaja. Negara-negara seperti Australia, New Zealand dan Afrika Selatan walaupun mempunyai penduduk Islam yang rendah tetapi tetap mempunyai potensi dalam memberi sumbangan kepada perdagangan halal dunia. Permintaan terhadap pasaran halal ini dijangka meningkat dengan ketara, kesan dari peningkatan jumlah penduduk Islam seluruh dunia dan trend umat Islam kini yang semakin sedar tentang pengambilan makanan dan produk halal hasil daripada peningkatan tahap pendidikan umat Islam. Di samping itu, masyarakat bukan Islam juga mula menyedari bahawa halal merupakan simbol atau penanda aras bagi kualiti dan mutu sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat.
33
6.3 Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memetik sumber Biro Pasaran Antarabangsa Kanada, menyatakan jumlah penduduk Islam pada masa ini ialah 1.8 bilion. Sekiranya setiap seorang membelanjakan US$0.85 (RM 3.23) sehari, pasaran produk halal dianggarkan akan mencecah US$ 560 bilion atau RM 2.12 trilion setahun. Di Malaysia sahaja dengan anggaran jumlah penduduk Islam sebanyak 60 peratus dan sekiranya perbelanjaan setiap individu dianggarkan sebanyak RM 1.00 sehari, maka pasaran produk halal tempatan dianggarkan bernilai sebanyak RM 5 bilion setahun34.
7. PERKEMBANGAN TERKINI
7.1 Dewasa ini, industri halal sedang berkembang pesat. Justeru, ramai pihak sedang berlumba-lumba untuk menceburi bidang ini. Ia berikutan kecederungan masyarakat mengguna atau membeli pruduk halal semakin meningkat. Situasi ini memberi dorongan dan desakan kepada syarikat untuk mengeluar makanan atau produk halal. Berdasarkan statistik e-halal, sejumlah 2582 syarikat telah mendapat pengesahan halal JAKIM sepanjang tahun 2003 – Jun 2008. Daripada jumlah tersebut, 555 adalah mewakili syarikat bumiputera, manakala 2027 lagi adalah mewakili syarikat bukan bumiputera.
7.2 Semenjak sijil halal diperkenalkan, jumlah syarikat yang memohon persijilan halal meningkat dari tahun ke setahun dengan ketara, sebagai contoh, pada tahun 2003 hanya 189 permohonan diterima, tetapi pada tahun 2004 telah meningkat kepada 681 permohonan. Pada tahun 2005 pula bilangan permohon baru meningkat kepada 708 permohonan dan kemudian melonjak kepada 2083 permohonan pada tahun 2006. Manakala untuk tahun 2007 dan sehingga Jun 2008, bahagian JAKIM telah menerima 2853 permohonan baru. Jumlah keseluruhan permohonan dari 2003 – Jun 2008 tersebut adalah sebanyak 6514 permohonan. Daripada 6514 permohonan tersebut, 1682 adalah
mewakili syarikat bumiputera dan 4832 pula adalah permohonan dari syarikat bukan bumiputera. Keseluruhan permohonan tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan status halal kepada 5845 produk, 596 premis makanan dan 78 rumah sembelihan35.
7.2 Industri halal di Malaysia kini melibatkan penggemblengan usaha dan kerjasama pelbagai pihak seperti kerajaan, badan-badan berkanun dan Badan Bukan Kerajaan. Menurut Pelan Induk Perindustrian Ketiga 2006-2010, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, industri halal merangkumi makanan, produk bukan makanan termasuk farmaseutikal, produk kesihatan, peralatan perubatan, kosmetik dan produk dandanan diri, dan perkhidmatan termasuk aktiviti seperti logistik, pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran, media cetak dan eletronik, serta perjalanan dan pelancongan.
7.3 Berikutan pesatnya industri halal, peranan JAKIM sebagai pusat rujukan perkembangan hukum semakin bertambah. JAKIM telah menyediakan ruangan soal jawab agama melalui portal JAKIM dan ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelayar portal JAKIM untuk mendapatkan penjelasan hukum dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Pada tahun 2007 JAKIM telah menerima 6298 soalan dan pada tahun 2008 sehingga bulan Jun JAKIM telah menerima 4871 soalan. Selain daripada saluran portal JAKIM, pengguna dan masyarakat Islam boleh mengemukakan persoalan melalui aduan-aduan awam.
7.4 Sehubungan itu, JAKIM akan memperhebatkan lagi usaha mendidik masyarakat bukan sahaja menjadi pengguna yang peka terhadap produk halal malah mengajak mereka terlibat sebagai pengusaha atau pengeluar produk halal dan seterusnya menjadi usahawan yang berjaya. Penyebaran maklumat dan penerangan melalui saluran-saluran
informasi yang ada seperti media internet, media eletronik, media cetak dan forum-forum tertentu seperti talk show akan diteruskan.
8. BIDANG MUAMALAT
8.1 JAKIM sebagai agensi yang bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia, turut bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri serta agensi pusat dalam urusan berkaitan muamalat dan kewangan Islam. Ini adalah selaras dengan peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadual Kesembilan Senarai Negeri memperuntukkan bahawa urusan hal ehwal Islam berkaitan dengan orang Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri manakala Senarai Persekutuan memperuntukkan urusan-urusan yang termasuk di bawah bidang kuasa persekutuan seperti perbankan dan sebagainya.
8.2 Bermula dari Dasar Penerapan Nilai Islam dalam sektor perkhidmatan awam yang diperkenalkan pada tahun 1985, JAKIM telah menyediakan garispanduan pelaksanaan dasar ini kepada seluruh agensi kerajaan. Sistem pengurusan kewangan dan perbankan turut sama menerima kesan dari dasar ini. Hasilnya beberapa produk Islam dalam sektor ekonomi telah berjaya diperkenalkan seperti sistem perbankan Islam, sistem gadaian Islam, takaful, sistem pinjaman perumahan dan kenderaan berkonsepkan al-Bai‟
bi Thaman „Ajil dan sebagainya.
Finance House (Malaysia) Berhad, EONCAP Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad dan Alliance Islamic Malaysia Bank Berhad.
8.4 Selain itu, bank-bank perdagangan dan pelaburan juga turut menyediakan skim perbankan Islam di negara ini. Kini terdapat 6 Bank perdagangan (Commercial banks) yang telah menawarkan skim kewangan Islam di Malaysia iaitu; Citibank Berhad, HSBC Bank Malaysia Berhad, OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Public Bank Berhad, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dan Royal Bank of Scotland Berhad. Manakala bank pelaburan (invesment Banks) pula, sehingga kini terdapat 7 buah bank yang menawarkan skim perbankan Islam iaitu; Amlnvesment Bank Berhad, Alliance Investment Bank Berhad, Aseambankers Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Kaf Investment Bank Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad dan OSK Inverstment Bank Berhad36.
8.5 Perkembangan pesat skim perbankan Islam di negara ini, telah membolehkan aset perbankan Islam mencecah RM135 bilion dan takaful kepada RM7.2 bilion dan ia merupakan antara jumlah aset yang terbesar di dunia. Jumlah aset ini adalah merupakan hasil pertambahan dua kali ganda dengan kadar 18% dan 32% dalam tempoh lima tahun. Bagi pasaran SUKUK37 Islam pula, nilai asetnya juga telah meningkat sehingga mencecah RM170 bilion dan menjadikannya antara pasaran bon yang terbesar di dunia38.
8.6 Pada tahun 2004, YAB Dato‟ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Meteri Malaysia telah memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari dan JAKIM diberi mandat untuk melaksanakan Islam Hadhari di peringkat sektor awam. Pelaksanaan Islam Hadhari juga memberi impak dalam sektor perekonomian, di mana pada 5 julai 2006 jemaah
36 Http:www.mifc.com/060103_list_ib.htm. 7/29/2008.
37
SUKUK: A document or certificate, documenting the undivided pro-rated ownership of underlying assets. The sak (singular of sukuk) is freely traded at par, premium or discount.
meteri telah meluluskan usul untuk mejadikan Malaysia sebagai Pusat Keuwangan Islam Antarabangsa (MIFC). Selaras dengan itu pihak kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif MIFC dan JAKIM telah dilantik mengaggotai jawatankuasa tersebut.
8.7 Perkhidmatan keuwangan Islam menekankan isu-isu syariah dilaksanakan dalam sistem perbankan dan keuwangan. Dari segi praktikel, pihak industri khususnya bank negara mempunyai majlis penasiat syariah tersendiri bagi merbincang dan memutuskan hukum berkaitan produk-produk. Majlis Penasihat Syariah (Shariah Advisory Council) Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Mei 1997 adalah pihak yang berautoriti dalam penentuan hukum syarak bagi tujuan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan kewangan Islam, perniagaan pembangunan kewangan Islam atau apa-apa perniagaan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ahli-ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kewangan berdasarkan peruntukan Seksyen 16B Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]. Bank Negara Malaysia mempertanggungjawabkan MPS bagi mengawal segala aktiviti yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Manakala Suruhanjaya Sekuriti adalah agensi yang bertanggungjawab mengawal selia aktiviti terbitan modal, bursa saham, dan bursa komoditi. Bagi tujuan pengawalan aktiviti-aktiviti tersebut secara Islam, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti telah diberi mandat untuk memikul tanggungjawab tersebut.39
8.8 Walau bagaimanapun, pihak industri juga perlu merujuk kepada JAKIM bagi isu-isu yang memerlukan fatwa. Dalam konteks ini, JAKIM perlu membuat penyelidikan dan menyediakan kertas-kertas penyelidikan untuk dibincangkan dan diputuskan dalam Mensyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK). JAKIM juga menyediakan „forum‟ bagi membincang dan menyelaras pandangan-pandangan oleh Panel Penasihat Syariah (MPS) semua institusi keuwangan melalui muzakarah MPS.
8.7 Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meluluskan senarai terkini sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh syariah. Senarai sekuriti patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia berkuat kuasa mulai 30 Mei 2008 telah mencecah sebanyak 843. Senarai sekuriti patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti akan dikemas kini dan diumumkan kepada orang ramai oleh Suruhanjaya Sekuriti. Maklumat ini boleh diperolehi secara percuma dengan melayari laman web Industri kewangan Islam mengalami situasi yang sungguh memberangsangkan di samping krisis yang membimbangkan dalam industri perbankan konvensional. Semakin hari semakin berkembang, malah semakin ghairah melancarkan produk-produk kewangan Islam seperti bon Islam (SUKUK) dan pelbagai lagi instrumen kewangan. Ini adalah kerana sistem kewangan Islam lebih selamat dan dipercayai di kalangan pelabur, khususnya ketika berhadapan dengan ketidakpastian dalam suasana ekonomi tidak menentu.
8.8 Pembangunan sistem keuwangan Islam di Mayasia dilengkapi dengan rangka kerja perundangan yang lengkap, pengawalan dan penyediaan yang menyeluruh, produk yang inovatif dan sumber manusia yang berterusan telah mendorong institusi-institusi terkemuka menubuhkan operasi pengurusan dana Islam di Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam siaran akhbarnya baru-baru ini telah memaklumkan bahawa mereka telah meluluskan tiga institusi kewangan terkemuka untuk menubuhkan syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) di Malaysia. Tiga institusi itu ialah Kuwait Finance House, DBS Asset Management dan CIMB-Principal Islamic Asset Management. Penubuhan tiga IFMC baru itu adalah ekoran daripada langkah untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa seperti yang diumumkan dalam Bajet 2008.40
40
9. PERANAN JAKIM
9.1 JAKIM telah memainkan peranannya dalam pembangunan halal bermula pada tahun 1974. JAKIM telah memberikan pengesahan halal kepada beberapa produk makanan utama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar makanan tempatan. Usaha tersebut dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam. Sehingga Jun 2008 JAKIM merupakan badang induk pengurusan pensijilan halal di negara ini. Perkembangan pesat industri makanan halal dunia menuntut agar JAKIM meningkatkan kualiti pengurusan persijilan halal supaya ia dapat memenihi kehendak pelanggang. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan sijil halal JAKIM berkualiti dan mampu bersaing serta diiktiraf di peringkat dunia.
9.2 Antara usaha yang telah dijalankan ialah penyelarasan prosedur pengesahan halal di seluruh negara. Aktiviti ini melibatkan semua prosedur berkaitan dengan pengesahan halal meliputi aspek pemeriksaan, bentuk logo halal, borang permohonan sijil halal dan kadar caj.
9.4 Sesi penerangan melalui seminar, kursus bagi memberi kefahaman kepada indusri berkaitan mengenai halal mencakupi prosedur dan standard giat dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan pensijilan halal Malaysia. Selain itu, JAKIM juga mengambil inisiatif memberi kefahaman kepada pengguna seiring dengan usaha meningkatkan kualiti sijil halal melalui siaran televisyen dan radio di mana beberapa slot telah diisi. Penerbitan Buletin Halal JAKIM, pameran-pameran dan minggu kesedaran Halal yang dianjurkan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Malaysia turut membantu dalam proses penyebaran maklumat kepada masyarakat pengguna.
9.5 Bagi memastikan halal terus menjana ekonomi Negara, JAKIM akan terus memainkan peranan dalam pendidikan halal kepada masyarakat, memperbanyakkan kajian dan penyelidikan terutama dalam bidang ekonomi dan sistem kewangan Islam sesuai dengan agenda kerajaan yang menjadikan Malaysia sebagai hub kewangan Islam dunia.
9.6 JAKIM memberi keutamaan dalam penyelidikan dan kajian isu-isu semasa berkaitan dengan bidang syariah seperti kekeluargaan, sosial, siasah syariyyah, muamalat, ekonomi, perubatan, falak dan lain-lain. Kertas-kertas kajian yang dihasilkan oleh bahagian penyelidikan akan dibawa ke dalam musyuarat Panel kajian Syariah (PKS)41 untuk dibentangkan sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan.
9.7 Setakat bulan Julai 2008, Panel Kajian Syariah (PKS) telah membincangkan isu-isu semasa syariah seperti; hukum penggunaan barangan gunaan yang mempunyai lambang menyerupai logo salib, kajian hukum insurans am, kajian semula hukum melabur dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Berhad (ASB) dan
41 Panel Kajian Syariah ini dianggotai oleh kalangan ulama, ahli akademik dan pakar dalam bidang berkaitan. Pada masa ini, panel ini dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato‟ Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri ulau Pinang. Bidang Kuasa panel ini adalah;-
a. Mengkaji isu-isu baru berkaitan hukum yang memerlukan jawapan segera kepada pihak yang berkaitan.
b. Melakukan kajian awal bagi sesuatu isu untuk dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
seumpamanya, penggunaan kaedah perubatan stem cell xenotransplantation, penggunaan vaksin biothrax dan rotateq yang menggunakan unsur babi dalam proses penghasilannya, hukum mencerap hilal dari satelit, hukum menternak dan menjual lintah dan cacing untuk tujuan perubatan dan kosmetik, hukum peraduan SMS Celcom “100 hari 100 kereta” dan kajian pelaksanaan pembiayaan pinjaman pendidikan (PTPTN).
10. CABARAN SEMASA
10.1 Selaras dengan Visi JAKIM yang berperanan sebagai sebuah agensi pusat yang unggul dalam mengurus pembangunan hal ehwal Islam ke arah melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia, JAKIM akan terus berusaha dari semasa ke semasa melakukan penambahbaikan yang perlu bagi mencapai visi yang ditetapkan, serta menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan teknologi malumat. Bagi menangani isu-isu penyelewengan dan penyebaran maklumat Islam yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar JAKIM mempergatkan aktiviti dan kawalan medea di samping kajia-kajian berkaitan akidan dan syariah.
10.2 JAKIM akan terus melaksanakan segala aktiviti yang telah dirancangkan di samping menilai kelemahan yang ada. Kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang ekonomi akan diteruskan. Penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan agama yang membincangkan soal sistem ekonomi Islam untuk saluran radio dan televisyen akan diperhebatkan. Strategi pembangunan minda umat Islam serta pembangunan modal Insan akan dirangka dan dimasukkan dalam perancangan Pusat Latihan Islam Malaysia (ILIM). Begitu juga dengan program-program dakwah ke arah pembangunan ekonomi ummah dan penghayatan usahawan Islam dalam masyarakat.
Malaysia akan menjadi golongan berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, bermoral dan berdaya saing untuk membawa negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
11. RUMUSAN
Dari perbincangan di atas dapat dirumuskan beberapa perkara berkaitan dengan halal: antara tuntutan agama dan strategi ekonomi;
11.1 Syariat Islam merupakan syariat yang lengkap dan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia. Dari perspektif Islam, pensharicatan sesuatu hukum, sama ada halal atau haram adalah untuk menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan manusia di dunia dan juga akhirat melalui melaksanakan perkara yang membawa manfaat dan menolak perkara yang membawa kepada kemudaratan.
11.2 Halal adalah merujuk kepada sesuatu yang diharuskan oleh Allah SWT untuk manusia memakan, mengguna, bermuamalah dan sebagainya. Skop halal dalam Islam bukan sahaja tertumpu kepada makanan dan barang gunaan, bahkan, meliputi sistem ekonomi, kewangan dan seluruh aspek kehidupan manusia.
11.3 Tuntutan mengguna dan meninggalkan yang haram dalam semua aktiviti kehidupan adalah disabitkan melalui al-quran dan sunnah.
yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram. Sesuatu yang haram, adalah haram untuk semua orang dan keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang (haram).
11.5 Dewasa ini, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mencari yang halal samada produk makanan, barang gunaan atau produk-produk kewangan semakin tinggi, terutama di kalangan orang Islam. Manakala di kalangan masyarakat Non Muslim, mereka telah mula melihat produk halal sebagai suatu yang mempunyai kualiti dan prospek ekonomi.. Justeru itu, syarikat dan industri yang mengeluarkan produk halal semakin meningkat dari masa ke semasa.
11.6 JAKIM sebagai agensi kerajaan yang bertanggung jawab dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia terlibat secara langsung dalam menetapkan status halal dan pematuhan syariah. JAKIM juga telah membuat penyelarasan dalam persijilan halal. Bagi memastikan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan, JAKIM menjalin hubungan yang baik dengan Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri juga pihak industri yang mengeluar dan memasarkan produk halal.
11.7 Malaysia diiktiraf antara Negara termaju dalam pembangunan perkhidmatan keuwangan Islam. Pengiktirafan ini berasaskan kepada usaha-usaha di peringkat domestic dan antara bangsa membangunka system pembangunan Islam yang komprehensef merangkumi sektor perbangkan Islam, industri takaful, pasaran modal Islam dan pasaran wang secara Islam.
11.8 Di zaman kepsatan industri keuwangan Islam, JAKIM perlu mempergiatkan lagi penyelidikan berkaitan aspek tersebut supaya pembangunan hokum seiring pembangunan industri. Mensyuarat Jawatan Kuasa Fatwa perlu di laksanakan sekerap mungkin bagi memutuskan hukum-hukum yang dibincangkan.