• Tidak ada hasil yang ditemukan

Agama dan masyarakat doc 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Agama dan masyarakat doc 1"

Copied!
74
0
0

Teks penuh

(1)

Kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam perlembagaan Negara. Kebebasan ini

telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi

kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan

telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni

dalam menangani masalah yang dihadapi.

Sejauhmanakah kebebasan beragama mempengaruhi konsep “Wasathiyah” dalam

kalangan pelbagai kaum dan umat beragama di negara ini. Bincangkan

Hantar : 31.12.15

Abdul Aziz Bari, “Di Malaysia tidak ada Kebebasan Akhbar!”,

Eksklusif

,Bil. 42, 31 Januari 2000, hal. 17.

7.

A b d u l A z i z B a r i , “ M u r t a d d a l a m k o n t e k s K e b e b a s a n B e r a g a m a

d i Malaysia”, (1998) 3 JUUM 54.8.Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam

(INTAN) 1991.

9.

Syahrin Harahap (1997),

Islam Dinamis: Menegakkan Nilai-nilai Ajaranal-Qur’an Dalam Kehidupan Modern di

Indonesia

(2)

11.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2004), “Budaya Kenal-Mengenaldalam

Pembinaan Ummah Sejagat” dalam Mohd Fauzi Hamat

et al.

(eds.),

Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa

.

Kuala Lumpur: JabatanAkidah dan Pemikiran Islam, APIUM, h. 259.

13.

sempit yang bersifat perkauman. Walaupun masyarakat Malaysia sudah b e r a d a

p a d a t a h a p t e r s e b u t , p r o s e s i n t e g r a s i i n i t i d a k m e n a m p a k k a n transformasi

berterusan menuju ke tahap yang seterusnya iaitu “

the stage of coalescence

”. Ini kerana memerlukan penyatuan masyarakat dari pelbagai kaum atau etnik sebagai

asas bagi penyempurnaan sebuah masyarakat baruyang sekaligus akan menyebabkan kaum

pendatang kehilangan sebahagianbesar daripada identiti asalnya.

31

PENUTUP

K e a d a a n y a n g d i a l a m i k i n i a m a t l a h m e m b i m b a n g k a n . I n i

k e r a n a pengabaian terhadap budaya toleransi beragama ini mampu mendatangkanbencana

kepada negara. Justeru, sewajarnya kita perlu bersama- sama menangani persoalan

toleransi beragama sebagaimana yang diasaskan olehajaran Islam yang

rahmah

.S e h u b u n g a n d e n g a n i t u , p e n d e k a t a n s e c a r a d e f e n s i f

d e n g a n m e n g a n g g a p i s u a g a m a m e r u p a k a n s u a t u y a n g s a n g a t s e n s i t i f

u n t u k diperbincangkan perlu ditinggalkan. Sebaliknya pendekatan secara

(3)

Kejahilan tentang perkara ini akan menimbulkan kekeliruan dansalah faham

yang mampu mendorong pembinaan “tembok” tersendiri,

31

Untuk kupasan lanjut sila lihat Mazrui, Ali (1971), “Pluralism and National Integration”,

dalamKuper, Leo & Smith, M.G. (eds.),

Pluralism in Africa.

Berkeley: University of California Press, h. 334;Mohd Anuar Ramli (2003),

op.cit.

masyarakat. Antara metode terbaik yang bolehdilakukan kini adalah dengan memperbanyak

dan mempelbagaikan bentukinteraksi agama di kalangan masyarakat. Di

samping memperbanyakkan program-program dialog dan perbincangan di kalangan

tokoh-tokoh agama,ia seharusnya diperluaskan di peringkat sekolah dan IPT agar sikap

prejudisdan salah faham di kalangan setiap penganut agama terhadap

penganutagama yang lain dapat dibendung dan dikawal pada peringkat awal

lagi. Pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi

seharusnyabertanggungjawab memperkasa dan menyeragamkan subjek/disiplin agama-agama

di Malaysia di seluruh institusi pendidikan. Selain daripada itu juga, k e r a j a a n p e r l u

b e r u s a h a m e m p e r k u k u h k a n k e f a h a m a n s e l u r u h w a r g a Malaysia terutamanya

di kawasan-kawasan pedalaman untuk menghormatipernyataan yang terkandung di

dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysiasebagai jati diri bangsa Malaysia.

Untuk itu, media elektronik dan media massa perlu berperanan sebagai wadah informasi

berkesan dalam menyalurdan menanamkan kefahaman tentang perkara ini kepada

seluruh lapisan masyarakat terutamanya generasi muda.Secara keseluruhannya ternyata

Islam adalah asas yang menunjangiseluruh kehidupan manusia meliputi agama,

budaya mahupun tamadun

25

(4)

dalam menghadapai sebarang bentuk cabaran. Dalam era globalisasi ini kitaharus bersikap

secara kritis dan selektif untuk menentukan elemen-elemen yang sesuai dan positif

dengan budaya tempatan kita. Ini kerana kebudayaanIslam adalah kebudayaan yang

akomodatif, memiliki keterbukaan yang cukup luas untuk menampung dan

sekaligus mengintegrasikan unsur-unsurpositif dari budaya asing. Secara langsung ia

menjamin suasana yang rukundamai dan harmoni dapat dirasai oleh seluruh

masyarakat beraneka agamadan bangsa di Malaysia.

KONSEP TOLERANSI

Dalam Surah al-Anbiya’ 21:107 memberikan gambaran yang jelas bahawa Islam

membawa suatu ajaran yang bersifat universal (

Rahmatan lil‘Alamin

). Namun demikian, sifat universal yang dimaksudkan tertakluk padakesesuaian dan

kewajarannya yang boleh diterima dan dipraktikkan oleh seluruh manusia

18

. Dengan kata lain, tidak kesemua inti pati ajaran Islam ituadalah bersifat universal kerana ibadah

khasnya, ia melambangkan nilai-nilai“

absolute

” yang terkandung di dalam agama Islam itu sendiri

Mukaddimah :

Perpaduan adalah isu berpanjangan yang perlu dihadapi negara. Malaysia terkenal sebagai

sebuah negara demokrasi yang memberi kebebasan kepada orang ramai menjalankan kegiatan

dan menubuhkan organisasi tertentu sama ada dalam bidang politik, dakwah, kebajikan dan

lain-lain. Malah, dalam kalangan masyarakat wujud pelbagai pertubuhan yang berusaha untuk

mendapat publisiti dan pengaruh. Situasi ini boleh mengundang perpecahan masyarakat terutama

umat Islam dalam berbagai bidang kehidupan, menimbulkan keretakan sosial dengan pelbagai

kritikan, tuduhan perang mulut antara satu dengan yang lain, fitnah dan tohmahan. Sifat

mazmumah telah digunakan sepenuhnya. Ini semua adalah gejala berbahaya yang boleh

membawa tragedi lebih besar iaitu permusuhan dan perpecahan ummah, sekiranya dibiarkan,

tidak ditangani dan dibendung. Sesungguhnya perpecahan dan permusuhan sesama Islam adalah

terang-terang bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh umatnya bersatu padu dan

berpegang teguh dengan agama Allah SWT yang sebenar. Allah SWT berfirman yang

(5)

hak mereka sebagai rakyat Madinah. Dokumen ini adalah bukti konkrit memperlihatkan

bagaimana orang Islam dan bukan Islam dapat hidup bersama dan setiap orang menikmati hak

masing-masing. Oleh itu nilai wasatiyyah tidak menghalang kerukunan hidup bersama orang

Islam dan bukan Islam. Islam dengan jelas mengiktiraf hakikat kewujudan masyarakat majmuk

sesebuah negara. Malah konsep kongsi kuasa seperti diamalkan di Malaysia tidak bercanggah

dengan nilai wasatiyyah Islam. Justeru, ia memberi impak yang cukup besar dalam kerukunan

hidup di negara ini sejak mula Malaysia mengecapi kemerdekaan sehingga hari ini. Jelas sekali

betapa pentingnya perpaduan menurut pandangan Islam. Bagi menjamin kelangsungan dalam

pembangunan negara, ia memerlukan kerjasama, tolong-menolong dan persefahaman semua

lapisan masyarakat di negara. Justeru, inilah kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib

Razak mempelopori pendekatan wasatiyyah yang membawa satu asas kukuh kepada

keharmonian, menyayangi dan saling menghormati. Pendekatan ini berintipatikan

kesederhanaan, keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan sebagai amalan hidup sama ada

daripada peringkat rakyat mahupun kerajaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82789

Kesimpulan :

Mutakhir ini juga, keharmonian dalam kalangan penganut agama yang berbeza di Malaysia

sedikit tercalar. Ini berlaku kerana ada pihak mahu mempolitikkan agama sama ada dalam

kalangan penganut Islam atau bukan Islam. Dalam sebuah negara berbilang kaum, polemik

mengenai agama harus diurus dengan berhemah dan cermat kerana perbincangan berkaitan

agama mampu membakar perasaan semua pihak. Menyuarakan pendapat dalam negara yang

mengamalkan demokrasi adalah dibenarkan. Namun begitu, isu panas sewajibnya semua pihak

berhati-hati dan mengambil pendekatan bijaksana (hikmah) demi kestabilan nasional. Malah,

itulah yang dituntut oleh semua agama.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82789

PENGERTIAN “WASATIYYAH”

Dari segi bahasa perkataan

“wasatiyyah”

adalah

masdar

atau

“kata terbitan” dari perkataan

“al-wasat”

. Dari perkataan

“al-wasat”

terbit pula perkataan

“al-Awsat” ism tafdil

yang

bermaksud sangat adil dan tidak melampau.

Perkataan lain dalam bahasa Arab yang sama dengannya ialah

“I’tidal”

bererti “tidak melampau” (rigid, ketat) dan tidak cuai

(longgar).

Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najid Tun Haji Abdul Razak semasa berucap

di Majlis Perjumpaan Bersama Ulama’ dan Umara’ pada 5 Februari

2010 yang lalu telah menyarankan umat Islam di Malaysia supaya

menghayati dan mengamalkan pendekatan

“Wasatiyyah”.

(6)

“Pendekatan “Wasatiyyah” menekankan kepada ajaran

Islam secara sederhana, berimbang dan syumul dalam

semua kegiatan hidup individu dan

(7)

masyarakat dengan memberi penekanan kepada

meningkatkan kualiti hidup ummah dari segi ilmu

pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan

kewangan, pengetahuan dan perpaduan”.

(8)

Persekutuan menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan

dengan aman dan damai di mana-mana bahagian dalam

Persekutuan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kedudukan

Islam sebagai Agama Persekutuan tanpa mengenepikan peranan

agama-agama yang lain; kedudukan Bahasa Melayu sebagai

Bahasa Kebangsaan tanpa melupakan peranan bahasa-bahasa

lain; dan kedudukan istimewa kaum Melayu dan Bumiputra Sabah

dan Sarawak tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum yang

lain. Ini adalah bukti kukuh tentang prinsip Wasatiyyah diamalkan

di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia sebagai sebuah Negara berbilang kaum dengan 60

peratus warganegaranya menganut agama Islam. Minoriti besar

rakyat Malaysia sejumlah 40 peratus yang lain pula menganut

pelbagai agama seperti Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain lagi.

Selain

(9)

itu warga Malaysia juga berbeza dari segi bahasa, budaya dan

taraf sosio-ekonomi.

Meskipun di Malaysia wujud kepelbagaian yang kompleks,

kedudukan Islam amat baik kerana telah dimaktubkan secara

rasmi di dalam undang-undang tertinggi Negara iaitu

Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh atau

Perlembagaan Negeri. Ia telah dimantapkan lagi dengan

penubuhan institusi-institusi bagi mentadbir dan melaksanakan

undang-undang Syariah seperti penubuhan

Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia

dan

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

.

Selain itu beberapa institusi lain juga telah ditubuhkan bagi

memajukan kepentingan sosial dan ekonomi umat Islam seperti

penubuhan

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji

di peringkat

Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat di Peringkat

Negeri-negeri. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa Islam di Malaysia

bukan setakat ritual sahaja namun telah diamalkan sebagai cara

hidup yang

syumul

.

(10)

Sekalipun Islam telah diberikan kedudukan perundangan dan

pentadbiran yang

“preeminent”

atau yang tertinggi,

agama-agama lain tetap diberi jaminan oleh Perlembagaan serta bebas

diamalkan secara aman dan damai.

Di dalam mengurus perhubungan etnik dan agama di Malaysia,

Kerajaan semenjak merdeka lagi telah memilih untuk

mengamalkan dasar

integrasi

berbanding

asimilasi

. Perbezaan

antara kedua-dua dasar ini amat besar. Integrasi bermakna

kepelbagaian dihormati, dikekalkan seterusnya diraikan. Ia

selaras dengan prinsip ajaran Islam yang menegaskan bahawa

tidak ada paksaan di dalam beragama dan kepelbagaian adalah

asas untuk kenal-mengenal sebagai satu kerahmatan. Berbeza

dengan dasar

integrasi

, dasar

asimilasi

menggabungkan

perbezaan bagi tujuan mencipta indentiti yang sama. Malaysia

menolak dasar ini bagi membina Negara kerana tidak bersesuaian

dengan realiti yang ada di Malaysia.

(11)

Sebenarnya pendekatan

Wasatiyyah

bukanlah sesuatu yang

baru diperkenalkan di Malaysia. Ia sebenarnya telahpun

diamalkan semenjak berdekad-dekad lalu setelah Malaysia

mencapai kemerdekaan. Malaysia sebagai sebuah Negara Islam

demokratik telah muncul menjadi sebuah Negara perindustrian

moden berpendapatan sederhana tinggi. Kita dapat menolak

tanggapan barat selama ini tentang kononnya sesebuah Negara

Islam itu lazimnya tidak demokratik, bersifat autokratik, walaupun

kaya dengan sumber asli namun gagal menguruskannya dengan

baik.

Sesungguhnya kesederhanaan berimbang yang kita utarakan

bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran pihak luar atau pihak

Barat. Sebaliknya Wasatiyyah dalam pengertian kita adalah

Wasatiyyah yang dididik oleh Rasulullah (s.a.w) melalui sirahnya,

antaranya semangat Piagam Madinah serta kesederhanaan

berimbang para Sahabat,

tabi’in

, ulama silam dan

ulama-ulama

muta’akhirin

yang

muktabar

.

(12)

Setelah YAB Dato’ Sri Mohd Najib memperkenalkan pendekatan

Wasatiyyah

untuk menjadi prinsip pedoman

“guiding

principle”

kepada Gagasan 1Malaysia:

“Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

Inilah falsafah dan formula yang

akan merealisasikan aspirasi Negara dalam mencapai

Wawasan

2020.

Berpandukan kepada Islam adalah agama rahmat kepada seluruh

alam, YAB Dato’ Sri Mohd Najib semasa berucap dalam

perbahasan umum sesi ke-65 Perhimpunan Agong Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Isnin 27 September 2010,

beliau antara menegaskan:

“Cubaan untuk memburuk-burukkan Islam menyinggung

satu setengah billion penganutnya. Ia memburukkan lagi

jurang antara dunia Islam dan Barat. Isu sebenar bukan

antara Muslim dan bukan Muslim tetapi di antara

kesederhanaan dan

(13)

pelampau semua agama sama ada Islam, Kristian dan

Yahudi….”.

Seterusnya beliau menjelaskan:

“Kita mesti memilih kesederhanaan dan menolak fahaman

pelampau. Kita perlu memilih rundingan dan bukannya

konfrantasi. Kita perlu memilih untuk bekerjasama dan

bukan bertelagah antara satu sama lain…. ”.

Dalam ucapan tersebut akhirnya beliau mencadangkan

Pergerakan Global Kumpulan Sederhana

(Global Movement of

the Moderates)

daripada semua agama, untuk bekerjasama

bagi memerangi dan menyisih kumpulan ekstrem yang

mengancam dunia dengan ketaksuban mereka dan pendapat

yang berat sebelah.

(14)

Ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib memperlihatkan iltizam

Malaysia untuk melihat keamanan global kembali semula,

sekaligus menghapuskan golongan pelampau. Yang lebih menarik

lagi dalam ucapan tersebut, beliau melahirkan keyakinan untuk

mengutarakan idea ini bagi menyelamatkan dunia dari

kehancuran. Pertembungan antara dunia Islam dan Barat

bukanlah isu pokok yang menyebabkan dunia dalam keadaan

buru-hara dan kacau-bilau, sebaliknya ia berpunca dari wujudnya

pelampau dan oportunis yang suka menangguk di air keruh.

Idea kesederhanaan yang diutarakan oleh Dato’ Sri Mohd Najib

perlu disokong oleh masyarakat antarabangsa untuk

menjadikannya halatuju baru dunia bagi merangka strategi ke

arah mewujudkan keadilan, kesamarataan peluang dan keamanan

sejagat.

(15)

PENUTUP

Meninggikan syiar Islam adalah perjuangan mulia yang perlu

dikekalkan dalam Negara kita. Umat Islam hendaklah menjadi

peneraju, juara dan pejuang agama kita yang suci. Pendekatan

Wasatiyyah adalah dipilih oleh Kerajaan kerana ianya satu

pendekatan yang sederhana dan berimbang, tidak melampau dan

tidak pula cuai dan longgar.

Pendekatan ini adalah satu pendekatan pembangunan manusia,

masyarakat dan Negara berdasarkan ajaran Islam yang

syumul

iaitu merangkumi tuntutan jasmani (fizikal), rohani (spiritual) dan

aqli

(minda). Ini bererti, Islam adalah merupakan satu cara hidup

yang lengkap dan sempurna

(a complete way of life)

merangkumi keseluruhan kehidupan manusia. Islam adalah

akidah, syariah, akhlak dan juga mengandungi aspek

pembangunan dan ketamadunan. Pada masa yang

(16)

sama, hak kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan

agama mereka tetap dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Umat Islam kini tidak cukup dengan hanya bernostalgia dengan

kecemerlangan zaman lampau sahaja, malah mereka hendaklah

menjadi umat contoh dan terbilang

(khaira ummah)

dalam

mencipta sejarah dan membina tamadun. Untuk membina

personaliti terbilang sebagaimana zaman kegemilangannya,

penguasaan kedua-dua ilmu wahyu dan ilmu

aqli

hendaklah

disemarak dan dimantapkan.

Sudah tentu banyak lagi yang perlu kita lakukan bagi mendaki

puncak kejayaan supaya kita mencapai ketahap kehebatan

Cendekiawan Islam silam. Namun apa yang penting, kita perlu

melangkah dan terus melangkah supaya hari ini lebih baik dari

hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini, sebagaimana

Allah (s.w.t). berfirman dalam surah al-

(17)

Taubah, ayat 105:

Yang bermaksud:

“Dan katakanlah “Bekerjalah kamu, maka Allah akan

melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan

orang-orang Mukmin…”

!

Abdullah-BM.indd 51 2/28/2013 3:32:52 PM Abdullah-BM.indd 52 2/28/2013 3:32:52 PM

1.0

PENGENALAN

2.0

KEBEBASAN BERAGAMA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

HARMONI,KERJASAMA, BERINTERAKSI

3.0

KONSEP WASATHIYAH

4.0

KESAN KEBEBASAN BERAGAMA DALAM KALANGAN PELBAGAI KAUM

DAN UMAT DI NEGARA INI

Takrif Wasathiyyah

Wasathiyah dari sudut istilah mempunyai pelbagai maksud. Menurut Muhammad al-Munawi,

“Washat iaitu persamaan yang nisbah sudut-sudut kepadanya semua adalah sama, ia adalah

khiyar asy-Syai’ (sesuatu yang terpilih). Apabila tergelincir daripada pertengahan, terjadilah

kezaliman (ketidaksamaan) yang terjerumus dalam kesesatan daripada tujuan”

Manakala Dr.Ahmad Umar Hashim pula mengatakan, “Yang dimaksudkan dengan wasathiyyah

iaitu keseimbangan dan kesaksamaan antara dua pihak, yang mana satu pihak tidak mendominasi

yang lain, tidak terlalu rigid dan tidak terlalu longgar, tidak melampau dan tidak mengabaikan,

tetapi mengikut kepada yang paling utama, paling tepat, paling baik dan paling sempurna.

Apakah itu Wasathiyyah secara ringkas ?

Berdasarkan kedua-dua pendapat tokoh di atas, wasathiyyah boleh disimpulkan sebagai,

“Al-I’tidal (Kesederhanaan) , al-khairiyyah (kebaikan), al-inshaf (keadilan) dan ar-Rif’ah

(ketinggian) dengan sebab sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang tidak terlalu rigid (ifrath) dan

tidak terlalu longgar (tafrith).

Apabila istilah wasathiyyah disandarkan kepada umat Islam, maka ia membawa maksud : Umat

Islam yang mencapai sifat-sifat mahmudah yang terbit daripada kedudukan syariat Allah dalam

kesederhanaan, kebaikan, keinsafan dan ketinggian yang menjadikannnya penghulu segala umat.

Justeru, wasathiyyah bukanlah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Hal ini tidaklah pelik

kerana permasalahan ini telahpun berlaku semenjak zaman Rasulullah saw :

(18)

Berkata Imam Bukhari: Sa`id bin Abi Maryam bercerita kepada kami: Muhammad bin Ja`far

memberitahu kami: Humayd bin Abi Humayd Tawil (yang tinggi) memberitahu kami bahawa

beliau mendengar Anas bin Malik radiyallahu `anhu berkata:

“Tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanyakan tentang ibadah Nabi saw.

Apa mereka diberitahu mereka bagaikan menganggapnya sedikit. Lantaran itu mereka berkata:

“Di manakah kita berbanding Nabi saw sedangkan telah diampunkan untuk baginda dosa-dosa

terdahulu dan terkemudiannya”. Berkata salah seorang mereka: “Adapun saya pasti akan

mengerjakan solat sepenuh waktu malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya

akan berpuasa setahun penuh tanpa berbuka”. Berkata lagi seorang lagi: “Saya pula akan

mengasingkan diri daripada wanita-wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya”. Baginda

saw lalu datang menemui mereka lantas bertanya: “Kamukah yang berkata demikian-demikian?

Adapun saya demi Allah merupakan orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah

di kalangan kamu tetapi saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur dan saya mengahwini

wanita-wanita. Oleh itu sesiapa yang bencikan sunnahku maka dia bukan di kalanganku.”

Paradiqm Shift

Justeru, wasathiyyah bukan bermaksud seseorang itu berada pada tingkatan sederhana dalam

ibadah, amalan atau akhlaknya, atau sederhana dalam ilmu atau pekerjaan sehingga tidak

menjadi seorang yang terkehadapan atau cemerlang dalam kehidupannya. Tetapi wasathiyyah itu

adalah yang benar, yang paling terbaik, paling utama, paling sempurna dan paling adil.

Maka maksud wasathiyyah dalam firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 143 :

Maksudnya : Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),

Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak

menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang

salah) dan Rasul (Nabi Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran

perbuatan kamu.

Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan umat ini adalah umat yang bercirikan manhaj

kesederhanaan dalam semua aspek, samada akidah, ibadah, muamalah kewangan dan pergaulan,

pemikiran, sudut pandang, politik, serta soal wang sara diri dan makan serta minum.

Akhir kata renungi kata-kata Mufti Ismail Menk mengenai Wasathiyyah

“Wasathiyyah itu boleh diumpamakan seperti cahaya mentari, lemah pada waktu pagi, lemah

juga pada waktu petang. Tetapi , sangat kuat pada waktu tengah-hari iaitu waktu pertengahan”.

(19)

Nurul Huda Yacob

1

[1]

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang.

Tel: 04-6533422 Faks: 04-6532124

Email: guidedlighted@gmail.com

Abstrak

Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Tun Abdul Razak telah cuba dikaitkan dengan konsep al-Wasatiyyah. Al-Wasatiyyah di sini merujuk kepada kesederhanaan, pertengahan, keseimbangan atau pendekatan jalan tengah. Ia bertujuan untuk mengimbangi sesuatu perkara sama ada daripada aspek pemikiran atau tingkahlaku supaya tidak melampau atau ekstrem. Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah menjadikan Al-Wasatiyyah sebagai pendukung Gagasan 1Malaysia yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Persoalannya, bagaimanakah konsep al-Wasatiyyah ini dapat mendukung Gagasan 1Malaysia? Apakah elemen-elemen al-Wasatiyyah yang terdapat dalam Gagasan 1Malaysia itu? Kertas kerja ini akan cuba menjawab dua persoalan ini dengan menganalisis tiga perkara utama. Pertama, meninjau konsep al-Wasatiyyah dari perspektif Islam. Kedua, meneliti Gagasan 1Malaysia. Ketiga, menganalisis elemen-elemen al-Wasatiyyah yang terdapat dalam Gagasan 1Malaysia. Isu-isu ini dirungkai berasaskan tinjauan karya terhadap kedua-dua konsep dan gagasan ini. Kertas kerja ini akan merumuskan hubung kait antara elemen-elemen yang membentuk konsep al-Wasatiyyah dengan Gagasan 1Malaysia.

Kata Kunci: Konsep al-Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia

PENGENALAN

(20)

Gagasan 1Malaysia yang bermotokan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ adalah

satu falsafah yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara Malaysia di bawah pimpinan

Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru, tetapi

merupakan kesinambungan daripada dua konsep yang telah diperkenalkan oleh dua Perdana

Menteri terdahulu, iaitu Mahathir Mohamad (1981-2003)

2

[2] dan Abdullah Ahmad Badawi

(2003-2009)

3

[3] (Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 2009).

Bagi mencapai hasrat dan visi kedua-dua konsep tersebut, soal kesatuan dan perpaduan rakyat

pelbagai kaum dan etnik di negara ini sangat ditekankan. Mohd Najib Tun Abdul Razak

menyatakan usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah pun

dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi. Usaha ini kemudiannya telah

disambung oleh pemimpin-pemimpin negara yang seterusnya (Bahagian Penerbitan Dasar

Negara, 2009).

Untuk menyambung usaha yang telah dilakukan oleh para pemimpin yang terdahulu itu, maka

Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia. Ia bertujuan

memperkukuhkan pendekatan-pendekatan yang sedia ada dan mengukuhkan lagi perpaduan

kaum di negara ini. Hal ini bagi menjamin kestabilan ke arah mencapai kemajuan dan

pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam perkataan lain, Gagasan

1Malaysia adalah sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu

Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap

(21)

lapisan masyarakat. Acuannya adalah dengan memperkukuhkan hubungan antara rakyat pelbagai

kaum di negara ini.

Bagi mencapai hasrat ini, Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah meletakkan

al-Wasatiyyah

4

[4]

sebagai pendukung kepada gagasan 1Malaysia. Persoalannya, bagaimanakah konsep

Wasatiyyah ini dijadikan sebagai pendukung Gagasan 1Malaysia? Apakah elemen-elemen

al-Wasatiyyah yang terdapat dalam Gagasan 1Malaysia itu? Untuk menjawab kedua-dua persoalan

ini, maka kertas kerja ini membincangkan konsep al-Wasatiyyah yang menjadi acuan dalam

membentuk, menstabilkan dan seterusnya mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia berdasarkan

prinsip-prinsip dalam Gagasan 1Malaysia. Semua perbincangan dilakukan dengan meninjau

karya-karya yang ada hubung kait dengan kedua-dua konsep dan gagasan ini.

Secara keseluruhannya, perbincangan dalam kertas kerja ini terbahagi kepada empat bahagian

utama. Bahagian pertama meninjau konsep al-Wasatiyyah dari perspektif Islam. Bahagian kedua

pula menyentuh tentang Gagasan 1Malaysia dan hubung kaitnya dengan konsep al-Wasatiyyah.

Bahagian ketiga memuatkan analisis tentang elemen-elemen al-Wasatiyyah yang terdapat dalam

Gagasan 1Malaysia. Akhir sekali merupakan bahagian penutup dan rumusan daripada

keseluruhan perbincangan dalam kertas kerja ini.

KONSEP

AL-WASATIYYAH

(22)

Al-Wasatiyyah adalah istilah Arab iaitu daripada kata dasar wasat. Sebenarnya istilah ini diambil

dan dikembangkan daripada ungkapan ummatan wasatan yang disebut dalam al-Qur’an

(al-Baqarah, 2:143)

5

[5] dan ia mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah jalan tengah

(Abdulmalik Abdulkarim Amrullah, 1982:333), keadilan, pertengahan (Sayyid Qutb,

2000:295-297; Syekh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, 2004:474; Ghazali Basri, 2008:156) sederhana

(Salahuddin Abdullah Omar Khalid, 2009:108), kedudukan terbaik, paling mulia, paling

sempurna (Abu al-Fida Ismail Ibn Kathir, 2003:422-42; Ahmad Omar Hashem, 2006:1), dan

alternatif (Ghazali Basri, 2008:156).

Maksud istilah al-Wasatiyyah yang dikemukakan oleh penulis-penulis di atas telah diperincikan

pula oleh beberapa penulis lain. Misalnya M. Quraish Shihab (1996:328) yang menyatakan

al-Wasatiyyah itu

bermaksud segala yang baik sesuai dengan objeknya, yakni sesuatu yang baik

berada pada posisi di antara dua ekstrem. Posisi ekstrem tersebut kemudiannya dijelaskan oleh

Muhammad Haniff Hassan (2003) sebagai berada di antara ekstrem yang melampau dengan sifat

kekerasan dan ekstrem yang melampau dengan sifat memudahkan.

Selain M. Quraish Shihab (1996), Mohamed Baianonie (2004) pula menyatakan al-Wasatiyyah

atau atawasoot bermaksud umat Islam perlu mencuba yang terbaik untuk menjadi sederhana

dalam setiap perbuatannya. Maksud sederhana ini telah diperincikan pula oleh Nik Salida

Suhaila Nik Salleh (2010) sebagai satu keadaan yang tidak lebih dan tidak kurang, keadaan

biasa dan tenang. Menurutnya lagi, kesederhanaan juga bermaksud meletakkan sesuatu pada

tempatnya ataupun memberikan sesuatu yang berhak kepada pemiliknya. Ia juga sama

(23)

maksudnya dengan adil. Senada dengan Nik Salida Suhaila Nik Salleh (2010) ini ialah Mohd

Asri Zainul Abidin (2007) dan Khadijah Mohd Khambali@Hambali dan Nor Adina Abdul Kadir

(2010). Mereka berpandangan bahawa al-Wasatiyyah adalah sifat adil dengan meletakkan

sesuatu itu betul pada tempat dan hirakinya, seimbang dan pertengahan di antara dua ekstrem

yang berbeza.

Dalam perkataan lain, al-Wasatiyyah bermaksud tidak bersikap al-Ghuluww dan al-Tatarruf

(melampau dan keterlaluan) dalam menganut kepercayaan. Demikian juga akhlak dan amalan,

segala-galanya berkeadaan sederhana dan seimbang (Abdullah Basmeih, 2001:55). Dalam hal

ini, seseorang itu tidak boleh terlalu mengejar dunia semata-mata sehingga mengabaikan akhirat

atau terlalu mengejar akhirat sehingga melupakan dunia (Ridhuan Tee Abdullah, 2010).

Begitulah juga tidak boleh mengejar kekayaan semata-mata sehingga melupakan

individu-individu lain yang kurang berkemampuan.

Berdasarkan penjelasan makna etimologi di atas, jelaslah bahawa umat Islam disifatkan sebagai

umat yang adil dan sederhana pada tempatnya. Menurut Syed Qutb (2000:295), umat Islam

adalah umat yang adil dalam segala erti keadilan sama ada keadilan dengan erti kebaikan dan

kelebihan atau keadilan dengan erti kesederhanaan atau dengan ertinya yang fizikal iaitu duduk

di tengah-tengah. Umat Islam berada pada posisi yang tengah. Oleh itu umat Islam tidak hanyut

oleh materialisme. Posisi umat Islam di tengah ini menjadikan umat Islam mampu

menyeimbangkan antara aspek rohani dan jasmani, material dan spiritual termasuk segala sikap

(24)

Umat Islam menjadi lemah apabila berkembangnya sikap fanatik dan taksub terhadap

pendekatan tertentu sehingga mencapai tahap ekstrem (ifrat, ghuluww) atau meluasnya fahaman

liberal (tafrit, tasahul) yang melonggarkan kefahaman dan amalan agama. Kedua-dua

kecenderungan ini terpesong daripada kefahaman Islam yang adil dan sederhana (

‘adl wa

al-wasat) (Mahamad Kamil bin Abdul Majid, 2004). Oleh itu, setiap perkara di dunia ini perlukan

keseimbangan. Apabila tidak wujud elemen keseimbangan, maka pelbagai masalah akan timbul

(Imam Munawwir, 1986:177).

AL-WASATIYYAH

SAMA DENGAN

AL-TAWAZUN

?

Selain istilah al-Wasatiyyah, terdapat satu lagi istilah yang bermakna keseimbangan, iaitu istilah

al-Tawazun. Berhubung perkara ini, pemikir-pemikir Islam mempunyai pandangan yang sedikit

berbeza. Pandangan-pandangan mereka ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk. Bentuk

pertama mengatakan ia adalah sama sahaja, manakala bentuk kedua pula mengatakan ia tidak

sama.

Bagi bentuk pertama, Haron Din (1992:111-123), Yusof al-Qaradhawi (2000:271), Mohd Asri

Zainul Abidin (2007) dan Mashitoh Ibrahim (2011) menyatakan al-Wasatiyyah dan al-Tawazun

mempunyai maksud yang sama. Kedua-dua istilah ini disamakan kerana kedua-duanya terdapat

elemen keseimbangan.

Bentuk yang kedua pula, Ghazali Basri (2008:155-156) menyatakan ia

berbeza kerana al-Wasatiyyah lebih bersifat cara atau pendekatan sebagai alternatif, sedangkan

(25)

suasana yang berbeza dalam keadaan yang harmonis, selaras dengan dengan fitrah manusia dan

peraturan Allah s.w.t (sunnatullah). Misalnya, agama Islam mengimbangi antara tuntutan

keperluan di dunia dan akhirat. Manakala al-Wasatiyyah pula adalah satu pendekatan alternatif

kepada dua keadaan yang ekstrem. Misalnya, kapitalisme mahukan kekayaan menjadi hak

mutlak individu (pemodal), manakala bagi sosialisme pula, kekayaan menjadi hak milik

bersama. Perkara ini jelas berbeza dengan konsep al-Wasatiyyah dalam Islam di mana Islam

mengajarkan bahawa harta kekayaan itu adalah hak milik mutlak Allah s.w.t. Manusia

diamanahkan untuk menggunakannnya sekadar yang perlu sahaja. Maka dengan itulah Islam

mensyariatkan ibadah zakat, sedekah, wakaf dan seumpamanya.

Secara keseluruhannya, hujah Ghazali Basri (2008) ini mempamerkan terdapat perbezaan antara

al-Wasatiyyah dan al-Tawazun. Al-Wasatiyyah digunakan untuk hal-hal kehidupan yang tidak

ditentukan oleh syariat, seperti pengagihan kekayaan dan kekuasaan politik, manakala

al-Tawazun pula digunakan dalam hal-hal yang ada hubung kait dengan syariat, seperti

menyeimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat.

Justeru, konsep al-Wasatiyyah yang dikemukakan oleh Ghazali Basri (2008) inilah yang akan

digunakan dalam kertas kerja ini. Perkara ini bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia yang

digunakan untuk mentadbir hal ehwal masyarakat di Malaysia. Secara lebih khusus lagi, ia

bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,

agama dan budaya.

(26)

Konsep al-Wasatiyyah jelas dilihat dalam semua aspek. Menurut al-Qaradawiy (2000:272-279),

konsep al-Wasatiyyah terbahagi kepada empat bentuk. Pertama, al-Wasatiyyah dalam aspek

ibadah. Kedua, al-Wasatiyyah dalam aspek akhlak. Ketiga, al-Wasatiyyah dalam aspek

perundangan. Keempat, al-Wasatiyyah dalam aspek sosial (hubungan antara individu dan

masyarakat

6

[6]).

Dari keempat-empat bentuk al-Wasatiyyah ini, bentuk yang ketiga dan keempat akan diguna

pakai dalam kertas kerja ini. Tujuan digunakan bentuk al-Wasatiyyah yang ketiga adalah kerana

Gagasan 1Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan

7

[7]. Perlembagaan

Persekutuan ini adalah undang-undang utama negara. Pemilihan bentuk al-Wasatiyyah yang

keempat pula kerana perbincangannya tentang kesederhanaan hubungan antara individu dan

masyarakat itu selari dengan tujuan gagasan 1Malaysia, iaitu untuk membina kesepaduan yang

harmoni dalam masyarakat. Apabila perpaduan antara masyarakat berbilang kaum ini

dihubungkan dengan konsep al-Wasatiyyah dan pada masa yang sama masyarakat juga

memahami konsep al-Wasatiyyah ini, maka ia akan mudah dicapai dan bertambah kukuh.

Menurut Bahagian Penerbitan Dasar Negara (2009:8), apabila perpaduan yang dicapai itu telah

kukuh, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Perkara ini telah jelas ditegaskan dalam al-Qur’an (lihat Ali ‘Imran, 3:103)

8

[8] bahawa

perpaduan itu adalah satu anugerah besar daripada Allah s.w.t., manakala perpecahan dan

(27)

permusuhan itu adalah amat dilarang oleh Allah s.w.t. Pengajaran dari ayat ini yang boleh

dikaitkan dengan gagasan 1Malaysia ialah semua rakyat hendaklah berpegang teguh kepada

prinsip hidup secara berjemaah dan mendukung agenda perpaduan dan pembangunan negara.

Apabila kehidupan bersatu padu dapat dibentuk, maka permusuhan dan perpecahan dapat

dielakkan. Jika ada masalah pun, ia diselesaikan dengan cara perundingan dan bukannya

pergaduhan.

DEFINISI GAGASAN 1MALAYSIA

Oleh kerana Gagasan 1Malaysia lahir daripada idea atau pemikiran Perdana Menteri, Mohd

Najib Tun Abdul Razak, maka definisinya juga terlebih dahulu dirujuk kepada penjelasan beliau

seperti berikut:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil

tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Ini bukan

bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan

dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan

Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar

daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama” (Bahagian

Penerbitan Dasar Negara, 2009:8).

Daripada penjelasan Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai Gagasan 1Malaysia ini, maka

dapatlah dirumuskan bahawa Gagasan 1Malaysia adalah satu gagasan penyatuan kaum. Di

dalamnya terkandung tiga teras utama iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip

keadilan sosial. Prinsip gagasan 1Malaysia menghormati dan menghargai prinsip-prinsip

Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia. Ini bermaksud

(28)

Melayu dan agama Islam tidak akan dipersoalkan, manakala kaum lain bebas untuk

mengamalkan agama dan budaya masing-masing. 1Malaysia juga bermaksud kerajaan akan

mendahulukan rakyat dan merentasi seluruh lapisan masyarakat serta kumpulan etnik di setiap

pelusuk tanah air (Shamsudin Moner, 2010).

MATLAMAT GAGASAN 1MALAYSIA

Gagasan 1Malaysia bermatlamat mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian

yang selama ini menjadi kekuatan negara dan rakyatnya. Prinsip yang menjadi teras Gagasan

1Malaysia ialah kenegaraan yang berakar umbi daripada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun

Negara (Zainul Rijal Abu Bakar, 2010). Daripada penjelasan Zainul Rijal Abu Bakar (2010) ini

dapatlah dirumuskan bahawa Gagasan 1Malaysia bukanlah kesatuan agama dan bukan juga

kesatuan bangsa atau kesatuan budaya. Ia hanya mengiktiraf keunikan Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum, budaya dan agama ini atas nama perpaduan demi mencapai

pembangunan. Dalam al-Qur’an telah dinyatakan bahawa perpaduan adalah anugerah terbesar

daripada Allah s.w.t, manakala perpecahan dan permusuhan adalah suatu yang dicela oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

(29)

PRINSIP- PRINSIP GAGASAN 1MALAYSIA

Elemen yang menjadi teras utama dalam Gagasan 1Malaysia adalah tiga prinsipnya. Prinsip

pertama ialah prinsip penerimaan, kedua ialah prinsip kenegaraan manakala yang ketiga ialah

prinsip keadilan sosial. Segala nilai serta prinsip dalam Gagasan 1Malaysia adalah berdasarkan

Perlembagaan Persekutuan. Prinsip-prinsip tersebut dihuraikan secara terperinci seperti berikut:

Pertama: Prinsip Penerimaan

Prinsip ini bermaksud walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan, budaya dan

agama yang berbeza, tetapi rakyat Malaysia menerima satu sama lain sebagai rakan setia

(Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 2009). Perbezaan faktor kaum, agama dan budaya tidak

sepatutnya menjadi batu penghalang dalam usaha melahirkan masyarakat yang harmoni dengan

menyuburkan sikap saling hormat menghormati, memahami dan bertoleransi (Zainul Rijal Abu

Bakar, 2010)

Kedua: Prinsip Kenegaraan

Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak

dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan

yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok, Tun V.T Sambathan berjuang untuk

mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Tun

Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru bertujuan untuk

menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Selain itu, Tun Hussien Onn juga berusaha

(30)

dengan Tun Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memperkenalkan

Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan yang bertujuan

untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini (Bahagian

Penerbitan Dasar Negara, 2009).

Ketiga: Prinsip Keadilan Sosial

Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik

mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Gagasan 1Malaysia,

setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat

mereka kepada kaum-kaum lain. Namun begitu, Gagasan 1Malaysia bukanlah platform bagi

mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan melampaui batas (Bahagian

Penerbitan Dasar Negara, 2009).

HUBUNG KAIT GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN KONSEP

AL-WASATIYYAH

Mohd Najib Tun Abdul Razak cuba menghubungkan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya

itu dengan konsep al-Wasatiyyah

9

[9]

. Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam ucapan beliau

seperti berikut:

“Gandingan konsep Gagasan 1Malaysia dan konsep al-Wasatiyyah dalam Islam yang

mementingkan kesederhanaan dan keseimbangan perlu terus dipromosikan bagi membentuk

ummah yang berpaksikan kekuatan iman tanpa mengabaikan prinsip toleransi dan keadilan

sosial rakyat berbilang bangsa serta agama di negara ini bagi memastikan sokongan padu

(31)

rakyat terhadap agenda transformasi sosioekonomi yang sedang dilaksanakan terus mendapat

dokongan masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti negara ini.” (JAKIM, 2010).

Tujuan dihubungkan antara dua perkara ini adalah untuk meningkatkan persefahaman dan

perpaduan antara kaum berdasarkan konsep al-Wasatiyyah. Secara tidak langsung, ia juga

bertujuan mengelak daripada lahirnya golongan radikal dan ekstremis dari pelbagai agama, sama

ada agama Kristian, Hindu, Buddha, dan Islam sendiri (Ismail Ibrahim, 2009). Menurut Mohd

Najib Tun Abdul Razak (2010:46), konsep al-Wasatiyyah akan merealisasikan ajaran Islam yang

lebih komprehensif dan syumul serta berimbang antara pelbagai tuntutan. Ini untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara Islam contoh yang maju dan berimbang dalam segenap bidang.

Pandangan Mohd Najib Tun Abdul Razak (2010) ini selari dengan pandangan Ghazali Basri

(2008) yang menyatakan al-Wasatiyyah merupakan pendekatan Islam terhadap pelbagai pelbagai

masalah pemikiran yang pada kebiasaannya berada dalam dua kontinum yang berbeza iaitu

terlalu ekstrem atau liberal. Ia berperanan mengimbangi dan menyediakan pilihan kepada dua

keadaan yang ekstrem dengan berpandukan kepada memenuhi objektif hukum-hukum Islam

(Maqasid al-Syar’iyyah). Pandangan Ghazali Basri (2008) ini juga selari dengan pandangan

Yusof al-Qaradhawi (2003:293 & 2000:2). Menurut beliau, sebaik-baik sikap ialah sikap

sederhana, seimbang, berada di antara sikap berlebih-lebihan dan meremehkan, atau di antara

sikap melampaui batas (al-Thughyan) dan melalaikan (al-Ikhsar). Maksudnya, al-Wasatiyyah itu

ialah keadilan dan kesederhanaan yang berada antara dua aspek yang bertentangan tanpa

(32)

Gandingan konsep al-Wasatiyyah yang dikatakan mendukung Gagasan 1Malaysia masih baru

dan belum dikaji orang secara lebih serius. Jadi, kertas kerja ini cuba merungkaikan perkara ini

dengan menganalisis elemen-elemen al-Wasatiyyah dalam Gagasan 1Malaysia.

ANALISIS ELEMEN-ELEMEN

AL-WASATIYYAH

DALAM GAGASAN 1MALAYSIA

Berdasarkan penelitian terhadap prinsip utama yang terdapat dalam Gagasan 1Malaysia, didapati

sememangnya terdapat elemen-elemen al-Wasatiyyah yang mendukung Gagasan 1Malaysia ini.

Elemen-elemen al-Wasatiyyah tersebut dijelaskan di bawah.

Pertama:

Al-Wasatiyyah

Dalam Prinsip Penerimaan

Prinsip ini bermaksud semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bebas untuk

mengamalkan agama dan cara hidup masing-masing. Menurut Mashitoh Ibrahim (2011), konsep

al-Wasatiyyah boleh dilaksanakan dalam seluruh aspek kehidupan dan salah satunya adalah

dalam kehidupan beragama. Agama merupakan satu perkara yang bersifat ekslusif. Oleh itu,

perkara ini perlu dititikberatkan supaya tidak menimbulkan konflik dalam masyarakat. Di

Malaysia, walaupun masyarakat berbeza agama dan cara hidup, namun mereka saling

menghormati dan menerima perbezaan tersebut. Prinsip kebebasan dalam mengamalkan ajaran

agama inilah yang dikatakan al-Wasatiyyah. Walaupun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia

bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara, namun penganut agama lain tidak dihalang

(33)

Berhubung perkara ini, Gagasan 1Malaysia dilihat selari dengan sejarah pembentukan negara

dan ketamadunan Islam di Madinah oleh Rasullullah s.a.w. Piagam Madinah yang dipersetujui

oleh Rasullullah s.a.w dengan masyarakat bukan Islam menyerlahkan semangat toleransi dalam

mengamalkan ajaran agama masing-masing (Mashitoh Ibrahim, 2011). Melalui Piagam Madinah

ini masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup harmoni dan saling

menghormati walaupun berlainan agama. Rasullullah s.a.w memberi kebebasan kepada kaum

minoriti dan memberi kebebasan beragama untuk kaum bukan Islam. Hal ini selaras dengan

firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang

benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu, sesiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman

kepada Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat

yang tidak akan putus. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui”. (al-Baqarah, 2:256).

Ayat di atas jelas sekali membuktikan bahawa tidak ada unsur paksaan dalam agama Islam. Umat

manusia tidak dipaksa untuk menganutinya, tetapi mereka diajak untuk berfikir. Jika mereka

berfikir secara sihat, maka sudah pasti akan sampai kepada Islam. Tetapi jika wujud paksaan,

akan timbul pencerobohan fikiran dan sudah tentu akan menimbulkan masalah (Zulkifli

Mohamad al-Bakri, 2008). Menurut Yusof al-Qaradhawi (2009:194), pihak pemerintah berhak

mengadakan peraturan dan undang-undang yang dapat melindungi dan menjaga kelangsungan

kewujudannya. Oleh yang demikian, sistem ini akan tetap menjadi sistem yang hidup dan terus

berkembang.

Perkara ini dilihat selari dengan Gagasan 1Malaysia. Buktinya, dalam Perkara 3(1)

(34)

Kedudukan agama Islam lebih tinggi berbanding agama lain. Walaupun agama lain tidak disebut

di dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan ia boleh dianuti dan diamalkan dalam aman dan

harmoni. Tetapi kebebasan beragama tidaklah bersifat mutlak. Dalam Fasal (4) Perkara 11

memberi kuasa kepada Parlimen dan badan-badan Perundangan Negeri menggubal

undang-undang pegawalan agama bukan Islam kepada orang Islam (Mohamed Azam Mohamad Adil et.

al, 2010).

Berdasarkan perbincangan di atas, dalam Islam tiada toleransi dalam hal keimanan dan

peribadatan. Keagungan dan kemuliaan agama Islam sebagai agama tauhid tetap dipertahankan

sepertimana ketika zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. Ketika itu kaum musyirikin telah

meminta Rasulullah s.a.w supaya saling sembah-menyembah tuhan masing-masing. Berdasarkan

panduan daripada Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w tidak bertolak ansur dalam isu yang amat

fundamental ini. Baginda s.a.w telah menegaskan kepada mereka seperti firman Allah s.w.t yang

bermaksud:

“Aku tidak akan sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku

sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. dan kamu tidak

pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan

untukkulah, agamaku” (al-Kafirun, 109:2-6).

Ayat ini menjelaskan tentang kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama

mereka. Namun, penganut agama lain tidak boleh mempersendakan agama Islam termasuk

agama lain sesuka hati. Di Malaysia, walaupun terdapat pertentangan pendapat dalam amalan

(35)

dan dipersoalkan. Umat Islam dan penganut agama lain telah bersetuju untuk tidak

mempersoalkan kesucian agama masing-masing (Ismail Ibrahim, 2010).

Al-Wasatiyyah dalam Islam juga menekankan sikap saling hormat menghormati walaupun

berbeza agama. Akhlak Rasulullah s.a.w. terhadap penganut agama lain yang sepatutnya

dijadikan contoh dan teladan dalam aspek kepelbagaian agama ini. Misalnya, hadis yang

diriwayatkan daripada Jabir Abdullah r.a. katanya yang bermaksud:

“Satu jenazah telah lalu di hadapan kami (para sahabat), maka Rasulullah s.a.w. berdiri. Lalu

kami pun turut berdiri. Kami berkata kepada Rasullullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, itu adalah

jenazah yahudi”. Sabda Rasulullah s.a.w, “apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah”.

(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Daripada hadis di atas, jelaslah bahawa Islam amat menggalakkan umatnya supaya saling hormat

menghormati dan bersikap lebih berperikemanusiaan walaupun berbeza agama.

Kedua:

Al-Wasatiyyah

Dalam Prinsip Kenegaraan

Untuk mengukuhkan perpaduan, identiti yang melambangkan bangsa Malaysia haruslah menjadi

keutamaan. Dalam konteks ini, Bahasa Malaysia adalah bahasa yang melambangkan bangsa

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Walaupun bahasa Malaysia menjadi bahasa

kebangsaan, tidak bermaksud bahasa-bahasa lain tidak boleh digunakan dan dipinggirkan.

Malah, rakyat digalakkan untuk menguasai bahasa asing. Hal ini terbukti apabila sekolah jenis

kebangsaan masih dikekalkan walaupun satu sekolah yang berkonsepkan perpaduan iaitu sekolah

wawasan

10

[10] diwujudkan (Jabatan Penerangan Malaysia).

(36)

Perpaduan serta jurang perbezaan dapat dijaga dengan mengikuti konsep al-Wasatiyyah yang

menggambarkan keseimbangan iaitu tidak bersikap keterlaluan dan tidak pula berkurangan.

Sikap melampau akan menyebabkan kehancuran. Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang

bermaksud :

“Binasalah orang yang melampau, binasalah orang yang melampau, binasalah orang yang

melampau” (Hadis Riwayat Muslim)

Sikap melampau juga mendorong timbulnya sikap memberatkan masalah-masalah kecil dan

tidak ada keterbukaan kepada perbezaan pendapat. Tetapi sikap berlapang dada adalah termasuk

faktor keakraban dan perpaduan (Abdul Monir Yaacob & Suzalie Mohamad, 2002:136-137).

Secara jelas, perlaksanaan konsep al-Wasatiyyah dalam Gagasan 1Malaysia dalam konteks

bahasa ini ialah tidak dewakan identiti bangsa lain. Ia bermaksud tidak

mendewa-dewakan satu bahasa sahaja. Sebaliknya, Bahasa Malaysia merupakan identiti bangsa Malaysia

yang menjadi lambang dan tunjang negara harus dihargai. Rakyat akan sukar untuk menerima

identiti ini jika ia dipolitikkan.

Ketiga:

Al-Wasatiyyah

Dalam Prinsip Keadilan Sosial

Menurut Mohd Ayop Abdul Razid (2010) istilah adil itu sendiri berasal dari perkataan Arab

al-‘Adalah yang mempunyai maksud yang sama dengan ‘qist’ dan ‘wasat’ yang bermaksud

‘tengah’ atau ‘pertengahan’. Dalam Islam, hak sosial dan kemaslahatan umum sangat dijaga

selain daripada hak individu. Keadilan sosial merupakan aspek penting untuk menzahirkan

kebaikan atau sikap al-Wasatiyyah ini dalam masyarakat. Prinsip kesederhanaan menjadi roh dan

(37)

berbilang kaum. Al-Wasatiyyah dalam prinsip keadilan sosial ini dapat dilihat dalam dua aspek

utama. Pertama, al-Wasatiyyah dalam pengagihan kuasa politik dan kedua, al-Wasatiyyah dalam

pengagihan kekayaan. Kedua-dua aspek ini akan dijelaskan seperti di bawah.

a.

Pengagihan Kuasa Politik

Sebagai sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, pengagihan kuasa politik

juga perlulah mewakili kaum-kaum yang ada. Ia bagi mengelakkan timbulnya perasaan

ketidakpuasan hati terhadap pemerintah seterusnya boleh mencetuskan keadaan huru-hara. Setiap

kaum di Malaysia telah diberi ruang untuk menubuhkan parti politik mereka masing-masing.

Misalnya, UMNO yang mewakili orang Melayu, MCA yang mewakili orang Cina dan MIC yang

mewakili kaum India serta parti-parti komponen lain. Kebijaksanaan dalam mengagihkan kuasa

politik ini jelas berdasarkan konsep al-Wasatiyyah.

Sejarah telah membuktikan bahawa di beberapa wilayah Islam, masyarakat bukan Islam juga

terlibat dalam urusan pentadbiran. Misalnya di Andalusia, terdapat wilayah-wilayah tertentu

telah diperintah oleh kaum Yahudi. Masyarakat Kristian dan Yahudi ketika itu telah menerima

wilayah-wilayah ini sebagai wilayah Islam tanpa sebarang tekanan dan paksaan (Suzalie

Mohamad, 2009).

Dalam konteks Malaysia, walaupun kaum Melayu-Islam merupakan kaum majoriti, namun

kaum-kaum lain seperti Cina dan India juga terlibat dalam barisan kepimpinan. Jelas di sini

(38)

yang mengikut konsep al-Wasatiyyah ini dapat mengelakkan berlakunya tuntutan yang

melampau sesuatu kaum untuk mendapatkan lebih kuasa.

b.

Pengagihan Kekayaan

Segala apa yang ada di dunia dan di langit adalah hak milik mutlak Allah s.w.t. Ini sebagaimana

yang dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan dibumi, dan kepada Allah-lah

dikembalikan segala urusan” (Ali ‘Imran, 3:109).

Ayat di atas menjelaskan bahawa harta kekayaan itu bukanlah hak milik mutlak seseorang

individu atau sesuatu kaum, malah ia adalah milik Allah s.w.t. Manusia hanya diamanahkan

sebagai pengguna mengikut kadar keperluan kehidupan mereka sahaja.

Jika disoroti sejarah pemerintahan Islam pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, masyarakat bukan

Islam diberikan layanan yang baik dan tidak dipinggirkan daripada menikmati kekayaan negara.

Berlaku satu peristiwa apabila Khalifah ‘Umar al-Khattab r.a bertemu seorang tua keturunan

Yahudi sedang meminta sedekah. Beliau sangat bersimpati dengan keadaan Yahudi itu dan

bertanya akan hal yang menyebabkan demikian. Yahudi itu menjelaskan keadaannya yang uzur

menyebabkannya tidak berkemampuan untuk bekerja. Setelah mendengar jawapan itu, Khalifah

‘Umar al-Khattab r.a. terus membawa Yahudi itu ke rumahnya dan kemudian menghantarnya ke

Baitulmal. Di sana ‘Umar al-Khattab r.a. memerintahkan supaya diberi bantuan kepada warga tua

Yahudi tersebut. ‘Umar al-Khattab r.a. berkata yang bermaksud:

(39)

Sikap al-Wasatiyyah juga mendorong seseorang supaya berlaku adil pada musuhnya. Allah s.w.t

juga telah menegaskan perkara ini di dalam al-Qur’an (lihat al-Ma’idah, 5:8)

11

[11] supaya

berlaku adil sesama manusia tanpa mengira kaum. Sikap adil ini akan meningkatkan ketakwaan

manusia kepada Allah s.w.t.

Dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran, setiap aspek pembangunan yang dirangka perlu

diukur agar ia menjaga kemaslahan umum. Di Malaysia, pernah berlaku rusuhan 13 Mei 1969

akibat daripada kewujudan jurang ekonomi antara kaum yang menyebabkan timbulnya

ketidakpuasan hati rakyat. Untuk menyelesaikan masalah itu, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru

(DEB)

12

[12] pada tahun 1970-1990 adalah contoh terbaik dalam menyelesaikan jurang ekonomi

antara kaum di Malaysia. Sebenarnya inilah yang dikatakan al-Wasatiyyah yang dilakukan oleh

Perdana Menteri terdahulu untuk mengelakkan berlakunya perpecahan kaum. Orang

Melayu-Islam pada ketika itu yang jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi telah dibela tanpa

mendiskriminasikan kaum-kaum lain (Mohd Ayop Abdul Razid, 2010).

Pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyiddin, masyarakat bukan Islam tidak dikenakan

zakat, tetapi dikenakan cukai yang dinamakan al-Jizyah. Tujuannya adalah untuk menjamin

keselamatan dan perlindungan kepada mereka daripada ancaman luar. Untuk melahirkan

kesepakatan dan merapatkan hubungan sesama masyarakat, konsep al-Wasatiyyah sangat penting

dan sikap melampau patut diketepikan (Bahagian Penterjemahan dan Editorial Pustaka Salam

Sdn. Bhd, 2004). Menurut Mashitoh Ibrahim (2011), semangat melampau berteraskan

perkauman dan ideologi menjadi pemangkin kepada ketidakstabilan sosio-politik sesebuah

negara.

(40)

Oleh itu, soal pengagihan kekayaan juga merupakan faktor penting untuk mewujudkan

kestabilan sosial dalam kalangan masyarakat. Ia perlu diberi perhatian yang serius dan diagihkan

secara saksama supaya ia menjadi seimbang. Jelas di sini bahawa konsep al-Wasatiyyah telah

berjaya mengharmonikan hubungan antara kaum di Malaysia. Golongan yang lemah dan miskin

dibela tanpa mengira bangsa atau agama. Secara tidak langsung perpecahan dan rasa

ketidakpuasan hati dapat dielakkan.

Perkara 3 menyatakan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan bahawa “Parlimen

boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia

hal ehwal agama Islam.” Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan orang Melayu

sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Mahkamah sivil umumnya menyerahkan bidang kuasa

kepada mahkamah Syariah dalam kes-kes yang berkaitan dengan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah

Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar daripada agama Islam. Perlembagaan mengenalpasti

raja-raja sebagai “Ketua Agama Islam” di

negeri mereka masing-masingdan Yang Di Pertuan Agong bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja.

Pendaftar Pertubuhan, di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menentukan sama ada

sesebuah pertubuhan agama itu boleh didaftarkan untuk layak menerima bantuan kewangan dan faedah-faedah

lain daripada kerajaan. Pihak Pendaftar tidak mempunyai dasar yang konsisten untuk

mengenalpasti pelbagai pertubuhan agama ataupun kriteria yang digunakan untuk membuat

penentuan tersebut. Kumpulan-kumpulan tersebut telah mendaftarkan

pertubuhan mereka bawah Akta Syarikat seperti Jehovah’s Witnesses dan Church of

Jesus Christ of Latter-day Saints (Mormon). Di samping itu, terdapat juga peruntukan dalam

Perkara 11 yang menyebut bahawa seseorang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai sekiranya

pendapatan yang diperolehi daripada cukai tersebut akan digunakan semua atau sebahagian

daripadanya untuk maksud agama yang lain daripada agamanya. Segala hak ini tidak terganggu atau

tersekat walaupun agama Islam adalah agama rasmi, melainkan tentang pengembangan agama kepada

orang-orang Islam sahaja. Di sini badan perundangan bagi setiap negeri di Tanah Melayu berhak

membuat undang-undang untuk menyekat pengembangan agama kepada orang-orang Islam.Bagi

tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-enakmen untuk mengawal dan

(41)

membangkitkan perasaan seorang Islam untuk menukar agama, menyebabkan seorang kanak-kanak

Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama Islam, mendekati seorang Islam untuk tujuan

bersyarah atau menunjukkan beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam, menghantar

apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada seorang Islam dan

mengedarkan apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada orang Islam di

tempat awam.

Kerajaan mengharamkan 56 ajaran yang dianggap sebagai “sesat” di dalam

Islam kerana membahayakan keselamatan negara dan boleh memecahbelahkan masyarakat Islam.

Kumpulan yang diharamkan termasuk Ahmadiyyah, Ismailiah,

Syiah, dan Baha’i. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia membuat garis panduan

persekutuan tentang apa yang dikatakan

kelakuan atau kepercayaan yang “sesat.”

Pihak berkuasa negeri lazimnya menurut garis panduan ini dalam memutuskan hal-hal yang

berkaitan dengan perkara tersebut. Dengan kebenaran mahkamah Syariah,

kerajaan boleh menangkap dan menahan anggota kumpulan “sesat” bagi “pemulihan” ke “jalan

sebenar Islam.” Kumpulan Qadiani, satu cabang gerakan

Ahmadiyah yang sudah bergerak aktif sejak empat tahun dan telah isytiharkan sesat kerana

mempunyai doktrin Islam yang berbeza dengan tafsiran rasmi dengan kumpulan tersebut percaya pengikutnya

hendaklah mengerjakan Haji di India. Kerajaan mengharamkan dan merampas bahan-bahan agama yang

didapati menyeleweng atau menghina. Kerajaan turut mengharamkan 57 buah buku bertemakan agama,

termasuk Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism (Wanita Islam dan Cabaran

Ektremisme Islam) karya Norani Othman, pengasas bersama Sisters In Islam (SIS) yang

merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang memperjuangkan hak asasi wanita. Pihak

berkuasa kastam merampas enam judul buku kanak-kanak Kristian yang mengandungi perkataan

yang dianggap eksklusif untuk agama Islam. Penggunaan perkataan

“Allah” (Tuhan), “Baitullah” (Rumah Tuhan), dan “Solat” (sembahyang) dihadkan

penggunaannya bagi orang Islam oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di bawah

Kementerian Dalam Negeri yang mendakwa perkataan-perkataan ini di bawah bidang kuasa masyarakat

Islam. Perkara ini dilihat amat relevan kerana ianya memberi kebebasan kepada masyarakat terutama

masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang terdiri daripada tiga bangsa utama iaitu Melayu,Cina

dan India untuk mengamalkan agama masing-masing.Dengan adanya perundangan ini,maka setiap individu

dapat melaksanakan tuntutan agama masing-masing tanpa halangan dan ini akan mewujudkan negara yang

aman dan harmoni.Perkara ini juga menunjukkan bahawa hak asasi seseorang itu amat penting dan

dititikberatkan dalam Perlembagaan Malaysia.

MEMAHAMAI NILAI-NILAI PELBAGAI AGAMA ASAS KEJAYAAN GAGASAN 1MALAYSIA

Referensi

Dokumen terkait

)rgan a!domen yang daat mengalami herniasi antara lain gaster& oment#m& #s#s hal#s& kolon& lien dan hear$ *#ga daat terjadi hernia inkarserata ma##n

Berdasarkan uraian di atas maka pada penelitian ini dilakukan uji kinerja dari sensor formalin berbasis potensiometri yang telah dibuat pada sampel buatan dan sampel

- Bagaimana “Conflict Interest” dipelihara antara personil yang melakukan monitoring/evaluasi dengan anggota (Bisa saja anggota melanggar standar IFCC, tapi tetap dimasukkan

Kuesioner ini disusun oleh penulis berdasarkan variabel yang terdapat dalam penelitian, yaitu memberikan keterangan dari data mengenai personal selling

keduanya merupakan ahli fihq mazhab Hanafi yakni mendefinisikan wakaf adalah menahan tindakan hukum orang yang berwakaf terhadap hartanya yang telah diwakafkan dengan

Namun sadarilah bahwa Anda sebagai orang tua adalah profesi yang paling diperhatikan oleh anak- anak, mereka sangat mengidolakan anda sebagai pahlawan mereka, jadi sebaiknya

Setiap bentuk kekua- saan (baik politik, sosial, maupun ekonomi) yang tertutup akan menciptakan hukum-hukumnya sendiri demi melayani kepentingan penguasa yang

Penelitian ini akan menguraikan hasil penelitian terkait efektifitas Diabetes Manajemen Self Education (DSME) terhadap pengendalian kadar glukosa darah pada pasien