Pendekatan Andragogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran Orang Dewasa: Satu Pengalaman
Oleh
Dr Zulkifli bin Haji Zakaria
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam [email protected]
Abstrak
Istilah Andragogi adalah dihubungkan dengan pendidikan orang dewasa. Dalam konteks negara Brunei Darussalam Pendidikan kelas Dewasa Ugama lebih fokus kepada pembelajaran a-Quran dan juga fardhu ain. Kertas kerja ini membincangkan tentang satu pengalaman penulis dalam mengajar orang dewasa sejak lebih 20 tahun sehingga sekarang. Kelas Dewasa Ugama di Negara Brunei Darussalam, telah wujud sejak datangnya Islam di Negara Brunei Darussalam pada kira-kira abad ke 13 masehi dan boleh dikatakan sebagai pelajaran yang terawal diterima oleh orang-orang Islam. Pelajaran al-Quran adalah mata pelajaran yang paling disukai pelajar dewasa kerana pelajaran ini adalah merupakan kemahiran yang perlu dikuasai pelajar yang merupakan amalan kehidupan iaitu boleh membaca al-Quran dengan baik. Pendekatan dalam pengajaran al-Quran dalam kalangan orang dewasa adalah lebih kepada membimbing, latihan dan menghalusi bacaan dan tajwid dalam bacaan al-Quran. Pendekatan ini juga berbeza memandangkan perbezaan umur, peringkat dan tahap kemampuan, kepandaian dan kemahiran mereka dalam pembacaan al-Quran. Dapatan menunjukkan bahawa 100% pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan kaedah talaqqi bi al-mushafahah, iqra, tasmik, tikrar dan secara bimbingan individu dalam membaca al-Quran mendapat sambutan yang sangat baik, mengalakkan dan memuaskan hati dalam kalangan orang dewasa. Pembelajaran juga lebih menarik melalui pengajaran guru yang memahamkan dengan penggunaan alat bantu mengajar seperti kitab al-Quran, papan tulis, media LCD projektor bersama komputer, bahan edaran dan buku teks.
PENDAHULUAN
Tujuan pendidikan diwujudkan kepada masyarakat manusia adalah untuk membentuk kualiti pelanggan yang diingini berdasarkan falsafah institusi pendidikan itu sendiri. Lazimnya falsafah institusi pendidikan adalah untuk membawa murid-muridnya kearah yang lebih baik dan lebih berkualiti. Ini bermakna bahawa pendidikan itu adalah amat penting bagi membentuk dan melahirkan manusia yang baik, mempunyai sakhsiah yang berkualti dan berketrampilan menjadi seorang yang berilmu dan berkemahiran dalam berbagai bidang tertentu untuk membangun bangsa dan negaranya. Masyarakat yang tiada berpendidikan adalah golongan yang jauh daripada tamadun dan peradabpan sehingga membawa satu masyarakat yang mundur dan tidak ada kemajuan. Walau bagaimanapun kemajuan yang hendak dicapai itu bukan melihat kepada dunia semata-semata tetapi lebih jauh daripadanya ialah kemajuan dan kebahagiaan di akhirat iaitu satu tempat yang kekal abadi bagi kehidupan manusia dikemudian hari nanti. Inilah matlamat dan pendidikan Islam yang melihat kepada pendidikan itu adalah pendidikan yang cukup sempurna bagi melahirkan manusia yang berakhlak mulia, berilmu dan mempunyai kekuatan iman dan taqwa yang akhirnya patuh dan tetap tunduk kepada Allah pencipta sekalian alam. Sebab itu belajar adalah merupakan proses pendidikan seumur hidup kepada diri individu selagi ianya mempunyai minat, kamampuan dan bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu dan belajar walaupun dalam peringkat umur yang sudah menjangkau umur lanjut. Tiada had umur untuk seseorang itu belajar dan menuntut ilmu selagi ia mempunyai fikiran yang waras dan kesihatan yang memberikan kemampuannya untuk belajar selain minat yang mendalam.
PEMBELAJARAN ORANG DEWASA
Dalam membicarakan tentang orang dewasa belajar yang dihubungkan dengan pengajaran dan pembelajaran kelas dewasa al Quran, penulis ingin menjelaskan dahulu tentang istilah andragogi dan ianya sering dijumpai dalam proses pembelajaran orang dewasa (adult learning), baik dalam proses pendidikan non formal (pendidikan luar sekolah) mahupun dalam proses pembelajaran pendidikan formal. Pada pendidikan non formal teori dan prinsip andragogi digunakan sebagai landasan proses pembelajaran pada berbagai bentuk, strategi dan tingkatan (level) penyelenggaraan pendidikan non formal. Pada pendidikan formal, andragogi seringkali digunakan pada proses diperingkat level pendidikan menengah atas.
DEFINISI DEWASA
Terdapat beberapa definisi yang dapat menjelaskan istilah orang dewasa. Menurut Kidd (1973), orang dewasa sebagai mereka yang mempunyai minat yang lebih mantap dan persepsi yang berbeza berkenaan dengan masa depan.
Dari aspek pikologi, dewasa itu diberikan beberapa bahagian atau kategori mengikut peringkat usia umur yang boleh dibahagikan tiga kategori iaitu dewasa awal (earky adults) dari usia 16 sampai 20 tahun, dewasa tengah (middle adults) dari usia 20 sehingga 40 tahun dan dewasa akhir (late adults) dari 40 sehingga 60 tahun. Hutchin (1970) dan Rogers (1973) melihat bahawa batas usia sekitar 25 sehingga 40 tahun merupakan usia emas (golden age). Pada dimensi dewasa lebih ditujukan kepada kematangan seorang individu. Walau bagaimanapun dalam konteks Negara Brunei Darussalam kiraan umur warga emas itu ialah usia 60 tahun hingga keatas dan usia ini sering menjadi perhatian masyarakat kerana umur ini biasanya lebih usia matang, peringkat tua dan telah melalui banyak pengalaman-pengalaman hidup. Dalam usia dewasa ini,mereka belajar berdasarkan kepada kurangnya pengetahuan atau tiada pengetahuan langsung dalam satu-satu pengajian ilmu terutama yang berhubung dengan hal ehwal keugamaan seperti pendidikan fardhu ain. Asumsi-asumsi belajar bagi orang dewasa itu adalah bergantung kepada empat (4) ciri:
Citra diri seorang kanak-kanak adalah bahawa dirinya tergantung pada diri orang lain. Pada saat anak itu menjadi dewasa, ia menjadi sedar dan merasa bahawa ia dapat membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Perubahan diri citra ketergantungan pada orang lain menjadi citra mandiri disebut sebagai pencapaian tingkat kematangan psikologis atau tahap masa dewasa. Orang yang mencapai masa dewasa akan berkecil hati apabila diperlakukan sebagai anak-anak. Dalam peringkat dewasa ini, seseorang telah memiliki kemahuan untuk mengarahkan diri sendiri untuk belajar. Dorongan hati untuk belajar terus berterusan dan maju bagi melanjutkan proses belajarnya tanpa batasan. Implikasi dari keadaan tersebut adalah dalam hal hubungan antara guru dan murid pada prsoes andragogi, hubungan ini bersifat timbal balik dan saling membantu. Berbeza dengan proses pedagogi dimana hubungan ini ianya ditentukan oleh guru dan bersifat mengarahkan.
ii. Pengalaman.
digunakan sebagai sumber belajar. Berbeza dengan pendekatan pedagogi, dimana pengalaman dialihkan dari pihak guru ke pihak murid. Sebahagian besar proses belajar dalam pendekatan pedagogi dilaksanakan dengan cara komunikasi satu hala seperti ceramah, penguasaan kemampuan membaca dan sebagainya.
iii. Kesediaan belajar
Dalam pendekatan andragogi, pelajar dewasa yang memutuskan apa yang akan dipelajarinya berdasarkan keperluan mereka sendiri. Guru hanya berfungsi sebagai fasilitator yang tugas utamanya adalah mengidentifikasi keperluan belajar orang dewasa serta membentuk kelompok-kelompok belajar sesuai dengan minat mereka. Berbeza dengan pendekatan pedagogi dimana gurulah yang memutuskan isi pembelajaran dan bertanggungjawab terhadap proses pemilihannya serta waktu yang boleh diajarkan.
iv. Waktu dan arah belajar
Dalam pendekatan andragogi, belajar dipandang sebagai suatu proses pemecahan masalah masa kini. Pencapaiannya adalah penemuan suatu situasi yang lebih baik, suatu tujuan yang sengaja diciptakan, suatu pengalaman korektif atau suatu kemungkinan pengembangan berdasarkan kenyataan yang ada saat ini. Berbeza dengan pendekatan pedagogi yang belajar itu merupakan proses pengumpulan informasi yang sedang dipelajari yang akan digunakan pada waktu yang akan datang (masa depan).
1. Orang dewasa adalah bebas dan bertindak kearah kendiri.
Orang dewasa perlu bebas untuk bertindak. Fasilitator perlu melibatkn pelajar dalam proses pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator semasa sesi pengajaran, sebagai contoh ialah fasilitator perlu mendapatkan pandangan dan idea pelajar berkenaan dengan topik yang diajar. Sebagai pemudah cara, fasilitator membimbing pelajar berdasarkan pengetahuan yang dimilik oleh pelajar itu sendiri.
2. Orang dewasa mempunyai pengalaman
Orang dewasa berpengalaman dan berpengetahuan dalam hal-hal yang merangkumi aktiviti kerja, tanggungjawab dalam keluarga dan pendidikan masa lampau. Orang dewasa mengaiykan pembelajaran mereka dengan pengalaman yang dimiliki.
3. Orang dewasa mempuunyai matlamat.
4. Orang dewasa adalah berpusatkan objektif.
Orang dewasa tahu tujuan mereka belajar. Pembelajaran itu diaplikasikan dalam kerja dan memberi nilai kepada mereka, Oleh itu, penting bagi fasilitator mengenal pasti objektif pelajar sebelum kursus atau sesuatu pengajaran itu bermula.
5. Orang dewasa adalah praktikal.
Orang dewasa berminat dengan pengetahuan dan kemahiran yang memberi kebaikan dan kepuasan pada dirinya. Oleh itu, fasilitator perlu menyatakan dengan jelas bagaimana pembelajaran itu berguna dalam kerjaya dan kehidupan mereka.
6. Orang dewasa perlu dihormati.
Fasilitator perlu menghargai pengalaman yang dimilki oleh pelajar dewasa. Mereka diberi peluang sama rata untuk menyalurkan pendapat berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki.
Andragogi atau pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran berterusan dalam jangka masa panjang dimana melibatkan orang dewasa yang sudah matang daripada segi pemikiran. Dalam belajar dikalangan dewasa merupakan belajar sepanjang hayat, terutama dalam pengembangan hasrat, minat, keperluan motivasi dan kemampuan lainnya. Secara holistik, Hatton (1997) mengenalkan konsep DAMN seperti di bawah ini
Rajah 1: Diagram The Whole DAMN Circle (Hatton, 1997)
Pola rajah di atas boleh dijelaskan seperti berikut:
Life
Long
Learning
Desire
Ability
1. Keinginan (Desire)
Mengapa manusia belajar? Jawapannya kerana ia melibatkan naluri, keperluan intelektual dan perkara yang mahu dicapai. Keinginan untuk belajar, kecenderungan semulajadi individu dan bergantung pada diri mereka. Manusia secara naturalnya meneruskan pembelajaran kecuali dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Perkara yang diselesaikan adalah mereka yang terdedah kepada perkara yang dapat melemahkan atau menghancurkan keinginan ini. Pengalaman pembelajaran yang positif membangunkan keyakianan diri dan ketekunan untuk belajar.
2. Kemampuan (Ability)
Bagaimana manusia belajar? Ahli psikologi kognitif speret Burner, Ausabel dan Piaget menekankan kesedaran orang yang belajar, belajar bukan sahaja menerima maklumat, tetapi menghasilkan makna daripadanya. Model yang logik berkenaan dengan peralihan dari pemusatan kepada guru kepada pemusatan kepada pelajar mempunyai implikasi penting untuk membuat teori dan strategi.
Untuk berdikari dalam pembelajaran sepanjang hayat, pelajar perlu membangunkan minda yang dapat membawa mereka kepada jawapan dan penyelidikan. Pelajar perlu berfikir secara kritikal dan imaginative.
3. Makna (Means)
Rekaan infrastruktur yang beaik menaggalkkan perkembangan pembelajaran yang pesat masyarakat. Kumpulan komuniti dan professional dalam organisasi mempunyai had dalam menyediakan pembelajaran sepanjang hayat di mana ia lebih banyak kepada asas tidak formal. Barai para pelajar, mereka melihat ia sebagai minat untuk melibatkan diri dalam usaha menyediakan kemudahan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengekalkan kulaiti yang tinggi di tempat kerja.
4. Keperluan (Need)
Sudah menjadi keperluan penting untuk melakukan usaha sama dalam mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat ini. Dengan perkembangan maklumat yang semakin pesat, adalah amat perlu bagi individu mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka untuk menyambung pembelajaran dalam hidup. The organization for Economics Cooperation and Development (OECD) menekankan keprluan dalam usaha menyediakan pembelajaran berterusan professional bagi kelayakan personel yang tinggi.
PEMBELAJARAN DEWASA
pendidikan dewasa, melihat pembangunan ini sebagai tanda penggerak dalam mengubah masyarakat kearah yang lebih bermakna, menurutnya ‘pembelajaran sepanjang hayat adalah ideal sejarah ketamadunan tetapi pendidikan dewasa adalah gerakan sosial yang tersusun dalam kehidupan baru masyarakat Amerika”.
Beliau mengatakan, pendidikan seumur hidup adalah warisan dalam sejarah budaya nenek moyang, tetapi pendidikan dewasa adalah pergerakan sosial yang baru dan terancang dalam kehidupan Amerika.
Dalam membicarakan pembelajaran dewasa ini, beberapa definisi telah diberikan antaranya ialah Ely (1936) dalam karyanya Journal of Adult Education sebagai bidang pendidikan yang merangkumi matlamat masyarakat, sejarah, program pendidikan yang spesifik, penyelesaian masalah, isi kandungan pendidikan dan pemudah cara.
Manakala Bryson (1936) di dalam buku teks pertama berkenaan dengan pendidikan dewasa, Beliau mengatakan bahawa pendidikan dewasa boleh didefinisikan sebagai:
“……Semua aktiviti dalam linkungan tujuan pendidikan yang melibatkan manusia dalam urusan kehidupan hariannya”.
Bryston menambah bahawa pendidikan dewasa adalah pembelajaran menerusi inistiatif sendiri pelajar itu bagi mendalami suatu ilmu di samping mencapai penigkatan kendiri, peningkatan kendiri adalah dorongan daripada motivasi dalaman pelajar itu untuk belajar.
Definisi yang diberikan ini ada kebenarannya kerana pembelajaran orang dewasa sebelum ini juga telah disentuh tentang adanya hubungan pembelajaran dengan urusan manusia itu dalam kehidupan seharian, Dalam konteks pendidikan ugama dengan melihat kepada masyarakat Islam misalnya orang-orang dewasa merasa cukup puas jika mereka hadir belajar membaca al-Quran dengan cara bimbingan atau berguru bahkan cara belajar ini adalah cara sebenarnya dalam memahirkan membaca al-Quran dengan lebih baik kerana guru dapat membetulkan bacaan pelajarnya yang salah dalam membaca al-Quran. Cara belajar seperti ini adalah lebih bermakna walaupun ianya memakan masa yang lama. Untuk mahir kenalah berulang-ulang dan latihan yang banyak dalam membaca supaya lancar dan mengenali hukum-hukum tajwid. Dalam pegajaran al-Quran metod ini adalah metod yang paling berkesan iaitu talaqi bi al-mushafahah iaitu guru membaca dan pelajar atau murid-murid mendengar dan mengikuti bacaan guru.
Peringkat umur pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran ialah: 1. Umur 25 hingga 40 tahun
2. Umur 41 hingga 50 tahun 3. Umur 51 hingga 59 tahun
4. Umur 60 tahun ke atas (Warga Emas)
bermakna bahawa menuntut Ilmu itu adalah satu kewajipan dengan tidak mengira usia, yang penting ada kemahuan, minat untuk belajar dan ingin pandai dan berjaya. Bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam yang berbunyi:
ملسم لك ىلع ةضيرف ملعلا بلط
Maksudnya: Menuntut ilmu itu wajib keatas orang-orang Islam lelaki dan perempuan (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
METODOLOGI PENGAJARAN AL-QURAN
Metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran ialah menggunakan kaedah-kaedah berikut:
i. Iqra (membaca)
ii. Talaqqi bi al-mushafahah iii. Tasmik
iv. Tikrar v. Latihan
Dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran, Guru membaca dan murid-murid mengikuti beramai-beramai dan kemudian guru menyuruh murid-murid menyambung ayat yang di baca secara perseorangan bergilir-gilir dan ini dalam peringkat mereka yang sudah boleh membaca pada tahap yang baik dan sederhana. Guru akan membetulkan bacaan pelajar-pelajar yang salah dan silap seperti hukum-hukum tajwid dan fasahah.
KEBERKESANAN PENDEKATAN ANDRAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN
Hasil temubual dan pengalaman penulis, kaedah pengajaran yang dugunakan adalah amat sesuai dan disukai pelajar dewasa. Dapatan kajian dalam Jadual 1:
Jadual 1: Tahap Kepuasan dan Keberkesanan Pembelajaran al-Quran Dalam Kalangan Orang Dewasa
Kaedah Tahap Kepuasan Tahap Keberkesanan
Talaki bi al-Mushafahah Tinggi Tinggi
Iqra Tinggi Tinggi
Tasmik Tinggi Tinggi
Tikrar Tinggi Tinggi
Latihan Tinggi Tinggi
Ceramah dan Penerangan Tinggi Tinggi
pembelajaran al-Quran. Kaedah ini adalah sesuai dan ditingkatkan lagi fahaman mereka melalui media yang di gunakan guru, penerangan yang jelas dan contoh yang menepati dalam tajwid bacaan al-Quran.
MEDIA PENGAJARAN
Media pengajaran sinonim dengan alat bantu mengajar (ABM). Penggunaan media adalah bergantung kepada guru dan cara pendekatannya. Beberapa alat bantu yang digunakan oleh guru ialah:
Penggunaan media elektronik seperti komputer dan projector LCD digunakan juga pada masa tertentu iaitu ketika mengajar pengajaran ilmu tajwid al-Quran digunakan pada setiap hujung atau awal bulan dalam masa setiap bulan. Penggunaan media ini adalah amat baik, menarik dan berkesan dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan adalah terhad masanya sekuarang-kurangnya sekali dalam sebulan.
TAHAP KEBOLEHAN MEMBACA AL QURAN
Dalam mengukur tahap pembacaan pelajar dibidang membaca al-Quran ianya boleh dikategorikan kepada beberapa tahap dan bahagaian:
1. Membaca al-Quran secara beramai-ramai mengikut juz’ yang ditentukan Guru secara berterusan
2. Membaca al-Quran mengikut juzu’ persendirian pelajar 2. Membaca al-Quran menggunakan buku Iqra’
Jadual: 2 Tahap Kebolehan Membaca al-Quran
Tahap Kebolehan Bimbingan
Membaca al-Quran secara beramai-ramai mengikut juz’ yang ditentukan secara berterusan (bersambung satu ayat kepada ayat yang lain satu muka surat sehingga khatam dalam bentuk bertadrus/Tadarus)
Baik Membaca secara perseorangan dengan dibuat pembetulan pada bacaan yang salah
Membaca al-Quran mengikut juzu’ persendirian pelajar ( satu muka surat)
Membaca al-Quran menggunakan buku
Iqra’ (2 – 3 muka surat) memuaskan dankurang baru belajar
Membaca secara bimbingan guru berseorangan
PENCAPAIAN PELAJAR
Berdasarkan kepada kajian, terdapat beberapa pencapaian pelajar keals dewasa ugama ini yang boleh dibanggakan dengan mengikut tahap pencapaian:
Jadual 3: Pencapaian Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajran al-Quran
BIL PENCAPAIAN BAIK SEDERHANA KURANG
MEMUASKAN
1 Membaca alquran 60% 30% 10%
2 Tajwid 20% 20% 60%
3 Minat Belajar 100%
-BELAJAR DAN TERUS -BELAJAR
Minat belajar dikalangan orang dewasa dan orang tua adalah sangat dibanggakan kerana inilah peluang mereka untuk belajar selagi ada kesempatan diberikan kesihatan tubuh badan dan masalah umur tidak menjadi halangan yang penting ada kemahuan dan niat untuk belajar. Selain itu, sebahagian daripada mereka juga merasakan kerugian dimana peringkat umur mereka ini dahulunya tidak pernah bersekolah atau mendalami bidang ugama dan membaca al-Quran. Selagi umur dan peluang ada, mereka gunakan untuk megulangkaji dan membaca al-Quran dan dengan cara ini mereka sedikit sebanyak dapat ilmu dan mengetahui perkara-perkara ugama dan cara pembacaan al-Quran yang baik dan betul mengikut hukum tajwid dan fasahahnya. Namun demikian, dalam peringkat dewasa ini, tidaklah mudah untuk meluruskan atau memperbaiki bacaan mereka sepenuhnya kerana dalam peringkat sudah maghrib (Istilah Orang melayu) atau peringkat tua dimana lidah sudah keras dan sukar menyebutnya dengan betul, maka bacaan mereka adalah mengikut kemampuan mereka setelah diajar dan dibetulkan. Allah berfirman dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 286:
Maksudnya:. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Dalam sebuah hadis Rasulullah Salallallahu ‘alaihi Wassallam bersabda yang maksudnya:
(satu pahala kerana kegemarnnya membaca al-Quran dan satu pahala lagi kerana susahnya membaca).
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Inilah mukjizat al-Quran dan kelebihan membacanya dengan tidak jemu. Peringkat dewasa dikalangan umur melebihi 50 tahun ke atas adalah diajar dan dididik mengikut cara dan kaedah yang tidak sama dengan peringkat kanak-kanak dan belia. Guru hendaklah bijak berkomunikasi dan berinteraksi serta bijak menggambil hati pelajar-pelajar dan bijak pula membetulkan dan menegur segala kesilapan dan kesalahan dalam masa pembelajaran.
KESIMPULAN
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin (1991). Kurikulum Perspektif dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur, Pustaka Antara
Abdul Hamid bin Mohd Daud (2004). Perkembangan Persekolahan Agama Di Negara BruneiDarussalam Dari Tahun 1956 -1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam.
Ann Gravells and Susan Simpson (2012). Second Edition, Equality and Diversity in The Lifelong Learning Sector, SAGE Publicators Los Angeles/London/New Delhi/Singapore/Washington DC.
Anisah Basleman, M.S, Syamsu Mappa (2011). Teori Belajar Orang Dewasa, PT. Remaja Ros Dakarya.
Botkin,J.W. dkk (1984) No Limits To Learning: Bridging The Gaps, Oxford Pergamon Press
Brookfield, S (1984),Adult Learners Adult Education and the Community, Columbia University, New York. Teaches College Press.
Cenderamata Kenangan Istiadat Pembukaan Rasmi Bangunan Baru Jabatan Hal Ehwal Ugama Daerah Belait pada hari Isnin 3 Sya’ban 1387 bersamaan 6 November 1967
Dokumentasi Maklumat Kelas Dewasa Ugama Daerah Belait 1429H/2006M, Jabatan Pengajian Islam Daerah Belait
Croply, A.J (1980), Toward a System of Lifelong Learning Education, Oxford:Pegamon Press.
Edgar Faure, Felipa Herrera, Abdul Razzak Kaddoura et.al (1993). Pendidikan Seumur Hidup, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ismail Masyhuri al-Hafiz, Fadhilat Membaca dan Menghafal al-Quran Serta Panduan Menghafalnya. Kuala Lumpur, Syarikat Nurulhas.
Ir.H.Suprjanto (2009), Pendidikan Orang Dewasa Dari Teori Hingga Aplikasi, Jakarta Bumi Aksara.
Kamarul Azmi Jasmi @ Ab.Halim Tamuri (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Mok Soon Sang (2009). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Abd Rahman, Dato Seri Setia Dr Haji (2007). Islam di Brunei Darussalam Zaman British (1774-1984). Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Pendidikan Ugama di Negara Brunei Darussalam (1996) Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam
Mazanah Muhamad & G.L Corter (2000). Prinsip Pembelajaran Orang Dewasa, Utusan Piblications & Distributor, Sdn. Bhd
Mohd.Azhar Abdul Hamid, Paimah Atoma, Muhamed Fauzi Othman et.al (2004) Andragogi Mengajar Orang Dewasa Belajar, PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd, Malaysia
Sarlito Wirawan Sarwono (2010).Teori-Teori Psikologi Sosial, Jakarta PT Raja Grafindo Persada.
Sumber Maklumat Guru Kelas Dewasa Ugama:
a. Hajah Taibah binti Haji Kudi@Bungsu b. Dk Hajah Zaliha binti Pg Omar Ali
c. Hajah Siti Lenny Marlina binti Hj Md Yusuf d. Hajah Hamsiah binti Haji Mohd Husain