• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEKALAHAN PEPERANGAN DALAM ISLAM PERBINC

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEKALAHAN PEPERANGAN DALAM ISLAM PERBINC"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KEKALAHAN PEPERANGAN DALAM ISLAM : PERBINCANGAN

TENTANG FAKTOR MANUSIA DALAM PERANG UHUD.

Atiqah binti Ibrahim Akidah dan Pemikiran Islam

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk merungkai faktor kekalahan yang menyumbang kepada penderitaan Rasulullah dan kaum Muslimin dalam peperangan Uhud. Peperangan yang

dicetuskan oleh pihak kaum Musyrikin adalah kerana ketidak-puasan hati mereka serta dendam terhadap Rasulullah dan kaum Muslimin yang mereka anggap telah memusnahkan

sebahagian ekonomi, politik serta menggugat kemurnian agama mereka yang telah dianuti oleh nenek moyang sejak sekian lama. Adat peperangan mesti wujud satu kumpulan yang akan memperolehi kemenangan dengan membawa pulang harta ghanimah dan satu kumpulan

lagi medapat kegagalan serta pulang dengan membawa seribu penyesalan, kekecewaan serta penderitaan. Kajian ini dibuat,untuk mengkaji faktor kekalahan dalam perang Uhud serta mengenal pasti kesan dari kekalahan tersebut yang telah membawa kepada satu pengajaran

yang cukup bernilai buat umat islam.

Kata kunci: kekalahan peperangan,faktor manusia,perang Uhud

PENDAHULUAN

Untuk menyebarkan syiar Allah dan mengembangkan agama Islam,ia memerlukan satu pengorbanan yang cukup besar . Peperangan merupakan salah satu medan dalam mengembangkan ajaran Islam apabila tawaran perdamaian tidak dipersetujui. Pengorbanan harta dan jiwa dalam menegakkan kalimah Allah adalah sangat mulia dan tinggi nilainya disisi Allah. Dalam surah as-Saff, Allah berfirman :

: ىلاعت الله لاق

ِإ ْمُكهل ٌرْيَخ ْمُكِلَذ ْمُكِسُفنَأ َو ْمُكِلا َوْمَأِب ِ هالله ِليِبَس يِف َنوُدِهاَجُت َو ِهِلوُسَر َو ِ هللَّاِب َنوُنِم ْؤُت

َنوُمَلْعَت ْمُتنُك ن

Dalam ayat ini, Allah menerangkan tentang perniagaan yang menyelamatkan kita dari azab yang pedih,iaitu kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Sebagaimana yang telah kita ketahui,

(2)

dalam kehidupan seharian. Perang Uhud juga telah diceritakan secara terperinci oleh Ibn Kathir di

dalam kitabnya ini seperti peristiwa Hamzah b. ‘Abdal-Muttalib (r.a.) yang mati syahid.1

Perang Uhud2 berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah/26 Mac 625 Masihi antara pasukan Quraisy Makkah yang dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin dibawah pimpinan Nabi Muhamad s.a.w. Pasukan Musyrikin Makkah berjumlah tiga ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan daripada beberapa kabilah Arab, antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan Muslimin pada mulanya berjumlah seribu orang tetapi pada saat-saat akhir, Abdullah bin Ubaiy dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Oleh itu, jumlah sebenar pasukan Muslimin yang terlibat pada ketika itu adalah seramai tujuh ratus orang sahaja.

Dalam pertempuran dikaki gunung Uhud itu,saya mendapati banyak kitab-kitab yang

menceritakan bilangan para syuhada’ yang gugur ketika itu iaitu seramai 71 orang manakala dipihak

lawan hanya 23 orang sahaja yang terbunuh3.Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Muthalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka dibahagian muka dan gigi beliau turut patah dan para sahabat juga mengalami penderitaan yang sama.

LATAR BELAKANG TERJADINYA PERANG UHUD

Kekalahan di Badar ialah satu keaiban bagi Quraisy dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa pembelaan. Mengikut logik akal saya,orang yang paling menyesali akibat daripada peperangan Badar adalah kaum Musyrikin dan kaum Yahudi. Walaubagaimana pun, mereka dilarang sama sekali meratapi anggota keluarga mereka yang gugur. Mereka juga melarang daripada tergesa-gesa menebus tawanan – tawanan. Tujuannya adalah supaya kaum Muslimin tidak mengetahui tahap kesedihan mereka. Sejak kaum muslimin meraih kemenangan dalam perang Badar,dua kumpulan tersebut menyimpan dendam terhadap kaum Muslimin.4

1

Ezad Azraai Jamsari,Salmy Edawati Yaacob,Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari. (2013 ) Rentetan Peperangan Dalam Kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah Karya Ibn Kathir Al-Dimashqi. Jurnal Al-Tamaddun Bil. 8(2) 63-80

2Uhud adalah nama sebuah gunung yang terletak di sebelah utara Kota Madinah dan jauhnya tiga mil dari

Madinah.Sehubungan dengan terjadinya peperangan antara kaum muslimin dan musyrikin itu terjadi di kaki gunung tadi, terkenallah dalam riwayat sebutan Perang Uhud. Menurut keterangan Dr.Husain Haikal dalam Hayatu Muhammad , jaraknya lima mil dari Madinah.

3

Perlu dijelaskan bahawa menurut Ibnu Ishaq , para korban tentera Islam dalam Perang Uhud itu adalah 65 orang, tetapi menurut Ibnu Hisyam adalah 70 orang, yang terdiri atas 4 orang Muhajirin dan 66 orang Ansar. Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas bahawa para syuhada Perang Uhud itu ada 70 orang dan at-Tirmizi meriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab bahawa para syuhada Perang Uhud itu 70 orang yang terdiri atas 6 orang Muhajirin dan 64 orang Ansar.

4

(3)

PERSIAPAN KETENTERAAN MENGHADAPI MUSUH

Penduduk Makkah sudah bersiap sedia untuk berperang. Mereka mengumpulkan 3000 anggota yang saya dan juga anda ketahui ia terdiri daripada orang-orang Quraisy dan para sekutu. Mereka juga memperlawa kaum wanita sehingga 15 orang turut serta dan berperanan menaikkan semangat berani mati anggota pasukan serta semangat mempertahankan kehormatan kaum wanita mereka.Saya juga di jelaskan oleh buku yang berkaitan tentang perang Uhud dari segi jumlah kelengkapan perang pasukan Quraisy iaitu berupa 3000 ekor unta,200 ekor kuda dan 700 baju besi. Kepimpinan umum diserahkan kepada Abu Sufyan bin Harb yang kita ketahui, lantang dalam menyuarakan kebenciannya terhadap Rasulullah. Pasukan berkuda mereka pula dipimpin oleh Khalid bin Walid dengan bantuan Ikrimah bin Abu Jahal. Bendera diserahkan kepada Bani Abdud Dar.5

Allah Ta’ala menurunkan firman-Nya yang berbunyi :

َت َّمُث اَهَنوُقِفنُيَسَف ِ هالله ِليِبَس نَع ْاوُّدُصَيِل ْمُهَلاَوْمَأ َنوُقِفنُي ْاوُرَفَك َنيِذَّلا َّنِإ : ىلاعت الله لاق

َنوُبََُْْي َّمُث ًَرْسََ ْمِهْيَََع ُنوُكُ

َمَّنَهَج ىَلِإ ْاوُرَفَك َنيِذَّلاَو

َنوُرَشْحُي

6

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.

Mereka membuat persiapan untuk melancarkan perang besar-besaran terhadap orang Islam dengan tujuan menebus semula maruah mereka yang tercalar. Orang Kafir yang amat ghairah untuk ke medan perang adalah Ikrimah bin Abi Jahal,Safwan bin Umaiyah, Abu sufyan bin Harb, dan

Abdullah bin Abi Rabi’a. Mereka berazam untuk menghancurkan pakatan Islam selama-lamanya.

Beberapa perwakilan dikirim menemui kesemua suku kaum Arab untuk membentuk pakatan bersama menentang kebangkitan Islam. Saya difahamkan juga,kaum Musyrikin mengupah penyair-penyair untuk menarik perhatian puak-puak itu menentang orang-orang Islam.

Wanita-wanita Quraisy juga tidak ketinggalan dalam menyertai peperangan ini. Mereka dipimpin oleh Hindun binti Uthbah,isteri kepada Abu Sufyan. Dalam usaha membangkitkan semangat pasukan,mereka berjalan keliling barisan tentera musyrik sambil memukul rebana serta mengumandangkan bait-bait syair ,antaranya “jika kamu terus mara , kami peluk kamu dan kami sediakan hamparan empuk. Jika kamu mundur, kami akan berpisah. Perpisahan yang tidak mengenal

ramah”.

Beberapa hari sebelum peperangan,kita telah dapati,orang Quraisy berusaha menyemai bibit pepecahan dan persengketaan antara orang Islam. Antaranya Abu Sufyan mengirim mesej kepada puak Al-Ansar, yang berbunyi “ biarlah kami sahaja yang melawan sepupu-sepupu kami dan jangan anda masuk campur. Kalau anda berkecuali,kami tidak akan menentang anda kerana anda bukanlah

sasaran kami.” Namun percubaan itu mengalami kegagalan. Tiada sebarang cubaan khianat dari

5 Syaikh Shafiyur-Rahman al-Mubarakfury , Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Selangor;Crescent News (KL) Sdn.Bhd,2006).Hlm 373

6

(4)

mereka.7Walaupun mereka mempunyai kelengkapan senjata dan anggota tentera yang ramai , namun mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah sendiri tidak menurunkan keterangan tentang itu. Tempat kembali mereka ialah neraka; dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang zalim.”8

Ibnu Ishaq berkata, “Para sahabat yang menginginkan pertemuan dengan orang-orang Quraisy

tetap berada di tempat Rasulullah S.A.W hingga baginda masuk rumah kemudian mengenakan baju besi. Hari itu adalah hari jumaat dan itu terjadi ketika baginda selesai solat. Pada hari itu, salah seorang daripada kaum Ansar, Malik bin Amr yang merupakan salah seorang dari Bani Najjar meninggal dunia. Kemudian Rasulullah S.A.W memandikannya. Setelah itu, beliau menemui para

sahabat dan mereka semua menyesal. Mereka berkata, “Kita telah memaksa Rasulullah S.A.W untuk keluar dan itu tidak cepat kami lakukan.” Ketika Rasulullah S.A.W bertemu para sahabat, mereka

berkata, “Wahai Rasulullah, kami telah memaksamu keluar dan itu tidak segera kami lakukan. Jika

engkau mahu, silakanlah duduk kembali (tidak usah keluar dari Madinah), mudah-mudahan Allah

memberi selawat kepadamu.” Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika seorang Nabi telah mengenakan

baju besi, ia tidak segera menanggalkannya, namun ia wajib berperang.” Kemudian Rasulullah S.A.W berangkat dengan seribu sahabat-sahabatnya.” Ibnu Hisyam berkata, “Rasulullah S.AW

menunjuk Ibnu Ummi Maktum untuk menjadi imam sementara bagi kaum muslimin di Madinah.”

Allah telah berfirman,

ٌميََِع ٌعيِمَس ُ هاللهَو ِلاَتِقَِْل َدِعاَقَم َنيِنِمْؤُمْلا ُئِّوَبُت َكَِْهَأ ْنِم َتْوَدَغ ْذِإَو : ىلاعت الله لاق

"Dan (ingatlah), ketika kamu berangkat pada pagi hari dari (rumah) keluargamu akan menempatkan para mu'min pada beberapa tempat untuk berperang. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.9"

Rasulullah membahagikan pasukan kepada tiga kumpulan iaitu :

1- Kumpulan Muhajirin . Benderanya dipegang oleh Musy’ab bin Umair al-Abdari.

2- Kumpulan Aus dari kaum Ansar. Benderanya dipegang oleh Usaid bin Hudlair.

3- Kumpulan Khazraj dari kaum Ansar. Benderanya dipegang oleh al-Habbab bin Mundzir.

Tentera Islam terdiri daripada 1000 perwira,100 daripada mereka berbaju besi dan 50 lagi adalah tentera berkuda.Keberangkatan tentera diumumkan dan bergerak ke arah dua orang Sa’d, lengkap berbaju besi,yang berlari-lari di hadapan barisan.10

Al-Quran Al-Karim,Resam Uthmani (Al-Quran tajwid dan terjemahan) , surah al-Imran Juzuk 4 ayat 151 ms 69

9

Al-Quran Al-Karim,Resam Uthmani (Al-Quran tajwid dan terjemahan) , surah al-Imran Juzuk 4 ayat 121 ms 65

10

(5)

Rasulullah tidak meminta pertolongan orang-orang Kafir.Rasulullah melakukan hal itu ketika berangkat dari Madinah ke Uhud. Ia mendapati sekelompok Yahudi, sekutu Abdullah bin Ubay yang

ingin turut serta membantu Rasulullah. Namun, Rasulullah menolaknya dengan mengatakan “Jangan

minta pertolongan orang-orang musyrik dalam melawan orang musyrik sebelum mereka masuk

Islam.”11

Pasukan Madinah bermalam di Asy-Syaikhan, yang terletak di antara Uhud dan Madinah. Menjelang terbit fajar, baginda dan pasukan meneruskan perjalanan hingga tiba di asy-Syauth yang lokasinya hampir dengan tempat perkhemahan musuh. Disini , Abdullah bin Ubay melakukan satu pengkhianatan dengan menarik diri dari menyertai peperangan tersebut dan sepertiga tentera (300 tentera) pulang ke Madinah mengikuti Abdullah bin Ubay. Abdullah bin Ubay juga hampir-hampir dapat mempengaruhi Bani Harithah dari Kabilah Aus dan Bani Salmah dari Khazraj kerana sudah ketakutan, namun tidak berjaya kerana Allah menolong kedua-duanya dengan menenangkannya.12 Ini dicerita oleh Allah dalam Al-Quran:

ْؤُمْلا ِلَّكَوَتَيََْف ِ هالله ىَََعَو اَمُهُّيِلَو ُ هاللهَو َلاَشْفَت نَأ ْمُكُنِم ِناَتَفِئآَّط تَّمَه ْذِإ : ىلاعت الله لاق

َنوُنِم

"Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaklah orang-orang yang beriman itu bertawakkal " 13 Selepas pemberontakkan dan pengunduran puak Munafik, bilangan anggota askar Islam berkurang menjadi seramai 700 orang sahaja.

Setelah sampai di bukit Uhud,baginda mengatur pasukan tenteranya. Seramai 50 anggota dipilih

sebagai pasukan pemanah yang dipimpin oleh Abdullah bin Jubair bin Nu’man al-Anshari al-Ausi

al-Badari. Baginda memerintahkan pasukan ini berada di atas bukit yang terletak ditepi selatan lembah Qanat yang kemudiannya dikenali sebagai Bukit Rumat. Bukit ini terletak kira-kira 150 meter kearah tenggara dari pasukan kaum Muslimin. Adapun tujuan pasukan ini jelas sekali sebagaimana telah dinyatakan oleh Rasulullah “seranglah musuh yang menyerang kita dengan panah pasukan berkuda. Jangan sampai kita disergap dari belakang! Tetaplah kamu berada ditempatmu, sama ada ketika kita menang mahupun ketika kita mengalami kekalahan, agar musuh tidak

menyerang kita dari arah kamu”. Seterusnya baginda bersabda lagi, “ jika kamu melihat kami

dibinasa oleh musuh,janganlah kamu meninggalkan tempat sehingga aku mengirimkan utusan kepada kamu”.14

Mengikut logik pemikiran saya,dengan menempatkan pasukan memanah diatas bukit itu,bermakna sudah menutup salah satu ruang yang memungkinkan pihak lawan melakukan serangan. Manakala pasukan lain pula, disayap kanan ditampatkan al-Mundzir bin Amr. Di sayap kiri ditempatkan pula az-Zubair bin Awwam dan diperkuatkan lagi oleh al-Miqdad bin al-Aswad. Az-Zubair diberi tugas melumpuhkan pasukan berkuda yang dipimpin oleh Khalid bin Walid. Dibarisan hadapan , ditempatkan panglima-panglima perang kaum Muslimin yang terkenal dengan keberaniannya. Strategi yang diatur oleh Rasulullah ini memperlihatkan kepada kita kepiawaian kepimpinan Nabi s.a.w dalam bidang ketenteraan. Baginda memilih kedudukan yang terbaik di

11

Laela Pujiwati Nurhana, Perang Uhud , dicapai pada 13 November 2014 , laman web :

http://mypostsblog.wordpress.com/2013/07/28/perang-uhud/

12

Syaikh Shafiyur-Rahman al-Mubarakfury , Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Selangor;Crescent News (KL) Sdn.Bhd,2006)..Hlm 379

13

Al-Quran Al-Karim,Resam Uthmani (Al-Quran tajwid dan terjemahan) , surah al-Imran Juzuk 4 ayat 121 ms 66

14

(6)

medan itu, padahal baginda datang setelah pihak musuh sudah pun melalui kawasan tersebut. Baginda menjadikan bukit yang tinggi itu sebagai benteng belakang dan bahagian kanan. Ketika peperangan sedang berkecamuk, kita dapati baginda membentengkan bahagian kiri dan belakang dengan menutup satu-satunya ruang yang terdapat berdekatan pasukan Islam. Baginda juga memilih tempat yang tinggi untuk perkhemahannya. Tempat tinggi yang sedemikian sekaligus menjadi benteng pertahanan sehingga tidak perlu melarikan diri jika mengalami kekalahan, sebaliknya dapat menangkis serangan musuh agar tidak jatuh ke dalam gengaman dan menjadi tawanan mereka.

Dengan demikian, baginda menimpakan kerugian besar kepada musuh jika mereka mahu menduduki dan menyerang perkhemahan baginda. Baginda seakan mendesak musuh menempati kawasan di bahagian bawah. Dengan itu mereka akan sukar untuk meraih kemenangan , juga sukar untuk melarikan diri. Demikianlah usaha baginda dalam menggerakkan pasukan yang berlangsung pada hari ketujuh bulan Syawal tahun ketiga Hijrah itu. Ramai yang memuji strategi Rasulullah. Nabi Muhammad juga berpesan agar mereka jangan menyerang musuh terlebih dahulu, tetapi membiarkan musuh mara dan serangan hanya boleh dilakukan selepas mendapat perintah daripadanya.

PEPERANGAN ANTARA DUA PASUKAN

Pertempuran antara dua pasukan pun tercetus.Pertempuran lebih sengit berlaku di sekitar bendera kaum Musyrikin. Bani Abbdud Dar silih berganti membawa bendera .15 Disudut medan yang lain,

kedengaran semboyan yang dikumandangkan oleh kaum Muslimin, “amit(bunuh)…

amit(bunuh)…”. Adapun tentera kaum Musyrikin mengucapkan syiar, : Hai Uzza..! Hai Hubal..! 16

Demikianlah selanjutnya, syiar mereka masing-masing selalu diucapkan dengan suara yang sekeras-kerasnya dan syiar-syiar itu dipergunakan juga sebagai ‘kod’ oleh tentera dari kedua-dua belah pihak.17

Hamzah bin Abdul Muthalib berperang bagai seekor singa yang sedang mengamuk. Dia membunuh satria-satria musyrik. Namun Hamzah bin Abdul Muthalib akhirnya terbunuh namun bukan kerana pertarungannya dengan musuh dihadapannya akan tetapi beliau terbunuh secara curi oleh Wahsyi bin Harb yang diupah oleh Hindun.18

15

Selepas pemimpin mereka, Talhah bin Abi Talhah terbunuh, bendera tersebut dibawa pula oleh Abu Syaibah Usman bin Talhah. Selepas Abu Syaibah Usman bin Talhah terbunuh, dipegang pula oleh Abu Sa’ad Abi Talhah. Selepas dia terbunuh, diganti pula dengan Musafi’ bin Talhah bin Abi Talhah. Selepas dia terbunuh, diambil pula bendera itu oleh al-Jallas bin Talhah bin Abi Talhah dan dia juga terbunuh. Demikian lima orang dari satu keluarga iaitu keluarga Abi Talhah bin Abdillah bin Usman bin Abdid Dar. Kemudian bendera itu dibawa oleh Artha’ah bin Syurahbil. Selepas terbunuh, bendera itu dibawa oleh Syuraih bin Qarizh. Selepas dia juga terbunuh, bendera itu dipegang pula oleh Abu Zaid Amr. Selepas Abu Zaid Amr terbunuh, diambil pula oleh anaknya Syurahbil bin Hasyim al-Abdari dan dia juga terbunuh.Kemudian bendera ini dijulang pula oleh Shawab iaitu hamba dari Habsyah. Selepas hamba tersebut terbunuh,bendera itu pun jatuh menyembah bumi sehingga tiada sesiapa yang sanggup menyentuhnya.

16

Uzza dan Hubal adalah dua berhala besar bagi kaum musyrikin bangsa Arab pada masa itu.

17

K.H Moenawar Chalil Kelengkapan taerikh nabi Muhammad SAW, jilid 3 (Jakarta ; Gema Insani Press,2001Hlm 118

18

(7)

Pasukan yang dipilih oleh Rasulullah mengambil kedudukan di Bukit Rumat adalah pasukan yang mahir dalam mengendalikan suasana peperangan. Pasukan berkuda pihak Musyrik pimpinan Khalid bin Walid sudah tiga kali melakukan serangan ke atas pasukan sayap kiri tentera Islam itu, namun gagal lantaran dihujani anak panah pasukan Islam itu. Dalam peperangan ini, Allah telah memberi pertolongan kepada kaum Muslimin serta menepati janji-NYA. Sehingga kaum Muslimin pada babak pertama dapat mengucar-kacirkan barisan kaum Musyrikin Quraisy. Kaum Musyrikin Quraisy mendapat pukulan bertubi-tubi daripada kaum Muslimin sehingga barisan wanita musyrik berlari meninggalkan medan perang dalam ketakutan.19

Kaum Muslimin terus mengejar dan memukul mereka sehingga tidak ada seorang pun yang berani berlawan, bahkan ada yang berlindung dibelakang isteri-isteri mereka. Kemudian keadaan berbalik di mana kaum Musyrikin menguasai keadaan, ketika para pasukan pemanah menyimpang dari perintah Rasulullah s.a.w. dan terjadilah perselisihan di antara mereka. Maka kaum Muslimin mengalami penderitaan pada akhir peperangan ini, sebagai balasan yang setimpal terhadap perselisihan dan penyimpangan mereka dari perintah Rasul.20

FAKTOR KEKALAHAN UMAT ISLAM DALAM PEPERANGAN UHUD

BERPUNCA DARI KELALAIAN PASUKAN PEMANAH

Ketamakkan punca kekalahan. Ketika pasukan pemanah ini melihat kekalahan di pihak Musyrikin dan melarikan diri,mereka yakin bahawa mereka telah mencapai kemenangan.21 Mereka melihat kaum Muslimin yang lain sedang memungut harta rampasan yang ditinggalkan oleh pihak musuh,

timbul pula rasa cinta terhadap dunia sehingga mereka berkata sesama sendiri, “ Ghanimah,

Ghanimah! Rakan-rakan kita sudah menang,apa lagi yang ditunggu?” Pemimpin mereka Abdullah Bin Zubair mengingatkan tentang perintah Rasulullah. Namun sebahagian besar anggota pasukan memanah seramai 40 orang,tetap turun mendatangi majoriti pasukan mereka yang berada dibawah agar dapat sama-sama mengutip harta rampasan.

Pelanggaran arahan punca kegagalan untuk para tentera islam. Ini dipaparkan penembak melanggar perintah Nabi dan terperangkap dalam kesilapan yang dahsyat dan membawa kepada kepedihan yang tersangat berat dan kerugian yang dialami oleh umat Islam lalu menyedari pentingnya ketaatan kepada arahan ketua.22

Salah tanggapan terhadap Pihak lawan. Saya secara peribadi beranggapan bahawa kaum Muslimin silap dalam menafsir tindakan pihak lawan. Mereka mengira bahawa kaum Musyrikin yang melarikan diri tidak akan kembali lagi ke medan pertempuran. Disebabkan itu, barisan pertahanan belakang kaum Muslimin menjadi kosong, melainkan tinggal hanya Abdullah bin Zubair bersama Sembilan lagi anggota yang tetap bertahan di atas bukit tersebut. Ibnu Ishaq berkata,

“pertahanan kaum Muslimin pun terdedah lalu mereka diserang musuh-musuh mereka. Hari itu ujian

19

Sirah Ibnu Hisyam,jilid 2, halaman 77

20

Sayyid Quthb Tafsir fi zhilalil qur’an : Dibawah naungan al Quran.Jilid 2.( Jakarta ; Gema Insani Press,2001).Hlm 168

21

Abu Bakar Omar. Muhammad bin Abdullah:Perjalanan Hidup Seorang Nabi,( Selangor;Pustaka Ilmuan,2011)Hlm 195

(8)

dan hari pembersihan dimana Allah memuliakan kaum Muslimin dengan memberi kesempatan mati syahid kepada mereka.23

Ketangkasan idea pemimpin berkuda kaum Musyrikin dalam merebut peluang kemenangan. saya akui ketangkasan Khalid bin Walid dalam menyambar peluang yang ada dengan mudah tanpa memerlukan masa yang agak lama untuk bertindak.Khalid bin Walid dengan pintar merebut peluang tersebut lalu menyerang dari belakang tentera Islam dan mengepung mereka. Abdullah dan orangnya tertewas dengan mudah hasil serangan dari belakang itu, manakala pasukan berkuda Khalid bin Walid bersorakkan kemenangan dan menandakan perkembangan terbaru dalam ketenteraan. Tentera Kafir sekali lagi membuat serangan balas dan seorang wanita kafir , ‘Umra binti

‘Alqama Al-Harithiyah ,meluru mengambil semula panji mereka yang jatuh dan mengibarkannya

semula. Semangat juang kembali semula, orang-orang Kafir berkumpul disekeliling panji itu dan melaung-laung antara satu sama lain sehingga mengepung tentera Islam sekaligus berdiri teguh bertarung semula.

Pada waktu yang sangat genting tersebut, kita dapati Tentera Islam terperangkap diantara dua kemungkinan. Rasulullah s.a.w di antara sebilangan kecil pejuang,seramai sembilan orang berada di belakang barisan askar memerhati pertarungan berani perjuang-perjuang baginda. Mereka terperangkap secara mengejut oleh Khalid dan askarnya,dan ini menyebabkan baginda terpaksa memilih di antara dua pilihan :

1. Lari menyelamatkan diri baginda dengan meninggalkan tenteranya menemui ajal.

2. Mengambil risiko tinggi melibatkan jiwa,dengan mengumpulkan semula barisan Islam,dan merempuh ke bukit-bukau Uhud untuk menyelamatkan tentera yang terkep

.

Tanpa berlengah, dengan kebijaksanaan dan keberanian tiada tolok bandingnya , saya dan juga para pembaca yakin bahwa Rasulullah membuat pilihan yang tepat dengan memilih jalan kedua.

Dengan suara yang lantang baginda menyeru para sahabat “wahai hamba Allah!” baginda tahu

laungan suaranya dapat didengari oleh tentera Kafir sebelum didengari tentera Islam. Baginda mengambil risiko tinggi dalam situasi yang paling genting ini. Para Musyrik mengenali suara baginda dan mendahului tentera Islam untuk sampai ke posisi baginda. Mereka menyerang baginda dengan sepenuh kekuatan yang ada pada mereka sebelum para sahabat meluru datang membantu.

KESAN DARIPADA KELALAIAN PASUKAN PEMANAH

Selepas kematian Ibn Sakan,hanya dua orang sahaja yang melindungi Rasulullah pada ketika itu

iaitu Talhah bin ‘Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqas. Peluang itu tidak dilepaskan oleh musuh

Islam, dan mereka cuba hendak membunuh Rasulullah dengan tangan mereka. ‘Utbah bin Abi

Waqas membalingnya dengan batu dan salah satunya mengenai muka Rasulullah. Gigi hadapan sebelah kanan bawah turut tercedera. Bibir bawah juga luka. Serangan Abdullah bin Syihab pula

menyebabkan dahi baginda terkoyak. Abdullah bin Qami’a membelasah bahu baginda dengan

pedangnya dan kesan pukulan itu menyebabkan Rasulullah menderita selama sebulan sekalipun ia tidak kuat tetapi cukup untuk mengoyakkan baju besinya. Selain pada bahu, dia juga menghentam

23

(9)

dengan kuat pada pipi baginda dan menyebabkan dua relang sekeliling helmet itu tembus lantas

keadaan sedemikian genting,pasti mereka meluru dengan segera dan tidak akan membiarkan Rasulullah mengalami kecederaan. Malangnya mereka tiba di situ setelah Rasulullah menerima seksaan dan enam orang Al Ansar terbunuh sementara yang ketujuh sedang terkial-kial berlawan sekalipun badannya dipenuhi tikaman tetapi tetap bertarung habis-habisan demi melindungi Nabi.

Bilangan tentera Kafir semakin meningkat dan secara automatik kita yakin bahawa serangan mereka juga semakin hebat. Tekanan mereka yang bertambah sehingga menyebabkan Rasulullah

s.a.w terjatuh ke dalam sebuah lubang yang direka oleh Abu ‘Amir Al-Fasiq untuk dijadikan

perangkap. Lutut baginda tercalar dan Ali membantunya dengan menggenggam tangannya ke atas,

sementara Talha bin U’baidullah meletakkannya ke atas riba sehingga baginda dapat berdiri semula.

Berkata Nafi’ bin Jubair, “ aku mendengar seorang Al-Mujahirun berkata, “aku menyaksikan perang

uhud dan nampak bagaimana anak panah ditujukan kepada Nabi s.a.w dari segenap arah, tetapi tiada

satu pun yang mengenainya.”

Peristiswa ini sangat bertepatan dengan ayat 152,surah al-Imran :

: ىلاعت الله لاق

yang bermaksud, “Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan

pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman.

Mush’ab bin Umair bertempur bermati-matian membela Nabi s.a.w dari serangan Ibnu Qami’ah

dan kawan-kawannya. Bendera Muslimin dipegang oleh Mush’ab . Tangan kanannya terputus dilibas padang musuh,lalu mengambil bendera dengan tangan kirinya dan tetap juga menghadapi orang-orang Kafir sehingga tangan kirinya pula terputus. Kemudian , beliau menelungkup di atas bendera untuk menyepitnya dengan dada dan lehernya dan ketika ini dilibas musuh lalu gugur.

Beliau dibunuh oleh Ibnu Qami’ah yang mana pada masa itu menyangka Rasulullah s.a.w kerana

wajah itu mirip baginda. Setelah membunuh Mush’ab ,Ibnu Qami’ah berlalu menuju kaum

Musyrikin sambal berteriak, “Muhammad telah terbunuh”.

(10)

meringankan tahap serangan kaum Musyrikin kerana menyangka telah benar-benar berjaya mencapai tujuan yakni membunuh Rasululllah.

Dalam suasana yang tidak pasti tentang keadaan Nabi s.a.w bahkan setengahnya yakin sudah dapat membunuhnya,lalu mereka pun bersiap-siap untuk pulang ke Makkah. Sebahagian mereka , begitu juga isteri-isteri mereka sibuk mencincang mayat-mayat kaum Muslimin. Mereka memotong telinga ,hidung dan kemaluan. Ada juga yang membelah perut para shuhada tersebut. Hindun binti Utbah memotong hati Hamzah,lalu menguyahkannya dan memuntahkannya dengan maksud melampiaskan dendam kesumat atas kematian ayahnya pada perang Badar.. Dia menjadikan telinga dan hidung yang dipotong sebagai gelang kaki. Betapa bencinya dia pada Hamzah sehingga sanggup melakukan perkara tersebut.

Mengenai Perang Uhud ini terdapat beberapa ayat yang berisi nasihat untuk menghiburkan kesedihan kaum Muslimin atas kekalahannya dan mengingatkan akan sebab-sebab terjadinya kekalahan itu. Dalam surat Ali Imran ayat 139 sampai ayat 142 :

: ىلاعت الله لاق

Dikatakan “Dan janganlah kamu lemah semangat dan janganlah bersedih hati, dan kamulah orang-orang yang lebih tinggi derajatnya, jika kamu benar-benar beriman. Jika kamu (pada perang uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapatkan luka yang serupa.

Demikianlah, masa kami pergantikan antara manusia, agar mereka mendapat pelajaran dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang kafir dan supaya sebagian kamu gugur sebagai syahid. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar Allah membersihkan orang-orang beriman (dari dosa-dosanya) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira kamu akan masuk surga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 139-142)

HIKMAH DAN TUJUAN MULIA PERANG UHUD

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menghendaki dan menetapkan demikian supaya menjadi sebab

kekalahan mereka untuk mengambil pelajaran dari hikmah yang banyak disebalik berlakunya peperangan tersebut.Peperangan ini mengkhabarkan kepada kaum Muslimin tentang akibat perlanggaran perintah yang dilakukan oleh pasukan pemanah. Menyedari tentang bahayanya pengaruh kebendaan dalam diri pejuang Islam yang boleh menyebabkan kita bakal ditimpa dengan kekalahan dan kehinaan maka umat Islam mesti berusaha menghindari penyakit merbahaya ini daripada terus subur apatah lagi menjadi budaya hidup. Selagi masih ramai pemimpin dan rakyat yang beragama Islam yang mengamalkan budaya rasuah atau mudah dijual beli dengan wang maka perjuangan dalam menegakkan Islam masih jauh lagi untuk dicapai.

(11)

juga bukan niat mereka memperjuangkan agama Islam semata-mata. Akhirnya sukar untuk membezakan yang mana benar-benar beriman dan yang mana mendustakan kebenaran.

Hikmah yang lain ialah Allah menyediakan kepada hamba-hamba-NYA yang beriman,tempat-tempat di negeri mulia-NYA yang tidak dicapai oleh amalan-amalan biasa mereka melainkan Allah mentakdirkan ujian-ujian untuk menghantarkan ke tempat-tempat berkenaan(Syurga).

KESIMPULAN

Kekalahan dalam Perang Uhud juga telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat Islam yang tipis imannya.Perang Uhud telah memberikan pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati serta mengikuti taktik yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam kita menghadapi kehidupan yang penuh dengan pancaroba, semestinya banyak dugaan keduniaan yang menarik perhatian kita sebagai seorang manusia.. Dugaan dunia yang kita hadapi adalah terdiri daripada tamakkan harta, pangkat, dan juga wanita. Tatkala diri dipenuhi dengan hawa nafsu, sudah pastinya diri akan jauh daripada petunjuk Allah. Oleh sebab itu, kita perlu berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan memohon agar dijauhkan daripada sifat hubb Al-dunya (cintakan dunia) yang mana ia merupakan salah satu sifat mazmumah. Bukanlah di sini beerti, perkara keduniaan diketepikan secara mutlak. Namun keseimbangan hal dunia dengan hal akhirat (dengan sifat wasathiah) amat diperlukan bagi seseorang muslim pada masa kini di dalam menghadapi kehidupan harian. Hal ini

diperkuatkan dengan hadis Rasulullah S.A.W diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A iaitu: “ Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar

berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan

perjalanan ”

(12)

Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah.Uhud adalah 3 batu dari Madinah dan 247 km dari Mekah.24 Jauhnya kira-kira enam kilometer dari Masji Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud kerana keadaannya yang tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung itu tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.

24

(13)

BIBBLIOGRAFI

Abdul Latib Talib, Perang Uhud ,Sejarah Duka Tentera Islam, (Batu cave,Selangor;PTS Litera Utama Sdn. Bhd,2011)

Syaikh Shafiyur-Rahman al-Mubarakfury , Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, Selangor;Crescent News (KL) Sdn.Bhd,2006).

Safi-ur-Rahman al-Mubarakpuri. Cahaya Abadi Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w , Universiti Islam Madina Al-Munawwarah (1399H/1979M)

Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam Al-Muafiri Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, jilid 2, (Jakarta Timur;Darul Falah,1415H/1994).

Abu Bakar Omar. Muhammad bin Abdullah:Perjalanan Hidup Seorang Nabi,( Selangor;Pustaka Ilmuan,2011)

K.H Moenawar Chalil (2001).Jilid 3.Kelengkapan tarikh Nabi Muhammad S.A.W . Jakarta : Gema Insani Press.

Sayyid Quthb Tafsir fi zhilalil qur’an : Dibawah naungan al Quran.Jilid 2.( Jakarta ; Gema Insani Press,2001)

روتكدلا ( .ثادَأ ليَحتو عئاقو ضرحي ةيوبنلا ًريسلا ىبلاصلا دمحم يَع 2008

نانبل توريب ةفرعملا رد .)

Seyyid Saeed Akhtar Rizvi , Islam ( Bilal Muslim Mission of Tanzania :Dar es Salam,1967 )

Ezad Azraai Jamsari,Salmy Edawati Yaacob,Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari. (2013 ) Rentetan Peperangan Dalam Kitab Al-Bidayah Wa Al-Nihayah Karya Ibn Kathir Al-Dimashqi. Jurnal Al-Tamaddun Bil. 8(2) 63-80

(14)

RUJUKAN

(15)

(16)

Referensi

Dokumen terkait

Pada umumnya memasuki periode akhir masa kanak -kanak, anak berminat dalam keanggotaan kelompok, ia sangat terpukau dengan anggapan bahwa ia harus menyesuaikan

Yaitu suatu gerakan yang menunjukkan arah perkembangan secara umum (kecenderungan menaik/menurun) data deret waktu dalam jangka panjang, yang biasanya lebih dari

Sesuai dengan kegiatan di atas dengan bantuan program EVIEWS maka dapat dibahas sebagai berikut:.. 1) Keterbatasan penulis dalam membuat Tugas Akhir adalah data yang

3) Peserta didik mengidentifikasi bagian-bagian iklan dan ungkapan atau kata yang digunakan dengan menggunakan tabel analisis. 4) Peserta didik secara individu mengerjakan latihan,

Maka dari itu penulis tertarik untuk membuat sebuah penelitian pengenai Dampak Pemberian Remisi terhadap Pengulangan Tindak Pidana dalam Perspektif Tujuan Pemidanaan (Studi di

Unsur K diserap tanaman dalam bentuk ion K+ dan dapat dijumpai di dalam tanah dalam jumlah yang bervariasi, namun jumlahnya dalam keadaan tersedia bagi

Nugget kenci merupakan produk olahan sayur kenci sehingga produk ini mempunyai kandungan gizi yang cukup tinggi. Promosi nugget kenci sebagai usaha untuk menarik minat para

Diterimanya hipotesis hol dan ditolaknya hipotesis 1d, maka dapat dikatakan bahwa tidak ada pengaruh yang signifikan antara variabel kepuasan kerja (job satisfaction),