• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kedudukan Undang Undang Islam Sebelum Pe

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kedudukan Undang Undang Islam Sebelum Pe"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Kedudukan Undang-Undang Islam Sebelum Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu

Kedatangan Islam & Kesan kepada Undang-Undang di Tanah Melayu

Syed Naquib Al-Attas berpendapat bahawa undang-undang Islam mula digunakan oleh penduduk Tanah Melayu seawal waktu tibanya Islam di Tanah Melayu. Menurut beliau Prasasti (Batu Bersurat) Terengganu yang bertarikh 14 Rejab 702H (bersamaan dengan 22hb Februari 1303M) menjadi bukti bagi dakwaan tersebut kerana di dalamnya undang-undang berkaitan jenayah, urusniaga, dan pentadbiran ada diperuntukkan (Abdullah @ Alwi Hj Hassan 1997) .

Abdul Kadir Muhammad menyatakan bahawa Batu Bersurat Terengganu adalah karya perundangan pertama yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu-Islam (Rahimin Affandi Abd Rahim et al. 2010). Hakikatnya, Batu Bersurat Terengganu adalah suatu dokumentasi sejarah yang penting dalam menggambarkan bahawa penduduk Melayu menerima Islam sebagai agama mereka dan Islam menjadi sumber intelektualiti mereka dalam menggubal undang-undang yang mengatur urusan kehidupan mereka. Penggunaan tulisan jawi pada Batu Bersurat Terengganu menjadi bukti kepada kenyataan tersebut (Rahimin Affandi Abd Rahim et al. 2010).

Kesultanan Melayu Melaka & Undang-Undang Berasaskan Islam

Era kesultanan Melayu Melaka menjadi zaman yang signifikan dalam melihat bagaimana undang-undang Islam diangkat kedudukannnya menjadi undang-undang kerajaan. Era ini (1400M – 1700M) digambarkan oleh Syed Naquib Al-Attas sebagai zaman pengislaman masyarakat Melayu secara zahir dan batin (Rahimin Affandi Abd Rahim et al. 2010).

Kesultanan Melayu Melaka yang menerima Islam sebagai agama rasmi telah mengambil undang-undang Islam dan ditulis menjadi sebuah dokumentasi undang-undang yang

(2)

zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Sultan terakhir Kerajaan Melaka (M. Alwee Yusoff 2014).

Dalam Hukum Kanun Melaka, pembahagian yang digunakan dalam menyusun peruntukan undang-undang jenayah adalah sama seperti pembahagian yang terdapat dalam hukum Islam. Peruntukan tentang jenayah dibahagikan kepada hudud, qiyas, diyat, dan takzir di mana setiap satunya mengandungi peruntukan hukuman yang selari dengan hukum Islam (Paizah Hj Ismail 2007). Selain itu terdapat juga undang-undang berkenaan perkahwinan, jual beli (bai’), dan syahadat yang menurut hukum Islam (Liaw Yock Fang 2007).

Untuk hal ehwal perdagangan yang pesat berlaku di perairan kesultanan Melayu Melaka, terdapat Undang-Undang Laut Melaka yang turut dihubungkan kepada Sultan Mahmud Syah. Pedagang-pedagang Bugis dan Makassar menggunakan undang-undang ini (M. Alwee Yusoff 2014).

Boleh disimpulkan bahawa undang-undang yang digunakan di zaman kesultanan Melayu Melaka adalah undang-undang yang berteraskan Islam dan hukum Islam digunakan untuk penggubalannya dalam pelbagai ruang undang-undang. Islam sebagai teras di samping hukum akal dan adat tetap diambilkira. Ini turut diakui sendiri oleh beberapa sarjana Barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin (Hj Hairuddin Megat Latif 2009).

Undang-Undang Islam dalam Kesultanan/Kerajaan Tempatan Lain

Selain Undang-Undang Melaka, sejarah juga telah mencatatkan bahawa terdapat undang-undang dalam kerajaan selain Melaka seperti Pahang, Johor, Perak dan lain-lain negeri yang turut mengambil Islam sebagai teras pembentukan hukum kanunnya, walau pada zaman yang berbeza-beza (Abdullah @ Alwi Hj Hassan 1997).

(3)

Di Johor terdapat ‘Majalah Ahkam Johor’, atau Kod undang-undang Sivil Islam Kerajaam Johor (1331 Hijrah/1913 Masehi). Kod ini diterjemahkan dari Majallah Ahkam

Al-Adliyah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Othmaniyyah Turki pada kurun ke 19. Majalah ini mula dipakai sebagai kod undang-undang sivil Islam di Johor semenjak tahun 1893 (Hj Hairuddin Megat Latif 2009).

Johor juga dikatakan mempunyai Kanun Johor 1789 yang berasaskan Risalat Hukum Kanun Melaka dengan beberapa peruntukan tambahan dan pembetulan yang mempunyai ciri-ciri undang-undang awam, undang-undang tradisi Melayu (adat) dan Islam yang tersendiri (Hj Hairuddin Megat Latif 2009).

Manakala di Perak pula terdapat undang-undang yang digelar sebagai ‘Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Negeri Perak’ yang jeas menjadikan Islam sebagai asasnya. Ia dikatakan di bawa pada abad ke-17 Masihi oleh seorang Arab bernama Sayyid Hussain yang menjadi Menteri di Perak diikuti oleh keturunannya. Menurut Abdullah @ Alwi Hj Hassan, “Undang-undang ini ialah sebuah buku rujukan lengkap untuk digunakan oleh seorang pemerintah Islam bagi menjalankan pentadbiran secara cekap menurut sistem pentadbiran undang-undang Islam” (Hj Hairuddin Megat Latif 2009).

Kedudukan Undang-Undang Islam di Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda

Sebelum penjajahan Inggeris, Tanah Melayu dijajah oleh kuasa Portugis dan Belanda. Portugis menjajah Tanah Melayu dari tahun 1511M hingga 1641M manakala Belanda menjajah Tanah Melayu daripada tahun 1641M hingga 1795M dan dari 1818M hingga 1824M (Abdullah @ Alwi Hj Hassan 1997).

Meskipun Portugis dan Belanda menjajah Tanah Melayu, mereka membiarkan penduduk Tanah Melayu mengamalkan undang-undang dan adat mereka sendiri. Tidak berlaku

sebarang pertembungan antara sistem undang-undang penjajah dengan sistem undang-undang Melayu yang berteraskan Islam (Abdullah @ Alwi Hj Hassan 1997).

(4)

penjajahan Inggeris pada tahun 1786. Undang-Undang Islam, termasuk juga hal-hal jenayah yang dulunya dilaksanakan sebagai Undang-Undang Negara telah terpinggir secara beransur-ansur. Langkah Inggeris memperkenalkan Piagam Keadilan Pertama pada tahun 1807 sebagai permulaan, sampailah kepada tahun 1956 apabila Ordinan Undang-Undang Sivil 1956 diperkenalkan, adalah pengaruh penjajahan Inggeris dalam membataskan Islam sebagai sumber perundangan kepada Tanah Melayu (Paizah Hj Ismail 2007).

Kesimpulan

Berdasarkan keterangan-keterangan yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa semenjak agama Islam tiba ke Tanah Melayu, Islam memiliki kedudukan yang penting dan utama khasnya dalam penggubalan undang-undang di Tanah Melayu. Hukum-hakam Islam yang menyeluruh merangkumi hukum yang melibatkan individu, keluarga, masyarakat, bahkan negara telah diambil sebagai kerangka kepada undang-undang orang Melayu-Islam. Undang-undang ini boleh dikatakan efektif kerana kesultanan Melayu ketika itu berjaya membina suasana negara yang teratur, walaupun tiada rekod jelas yang menceritakan bagaimana undang-undang tersebut dikuatkuasakan. Kedatangan penjajah seperti Portugis dan Belanda tidak mengubah situasi tersebut. Inggeris yang datang menjajah akhirnya telah melakukan strategi yang bersifat beransur-ansur untuk membataskan peranan Islam dalam undang-undang yang digunapakai di Tanah Melayu.

Rujukan

Abd Rahim, R. A., Hj Ismail, P., Abd Majid, M. K. & Md Dahlal, N. H. 2010. Batu Bersurat Terengganu: Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam. Journal of Fiqh, (7), 107–148.

Hassan, A. @ A. 1997. Permasalahan Intelektual Dalam Pembinaan Hukum Islam Semasa Di Malaysia. Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan, hlm.1–19. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

(5)

Ismail, P. H. 2007. Kedudukan Mazhab Syafi’i Dalam Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia. Jurnal Fiqh, (4), 237–250.

Liaw Yock Fang. 2007. Naskah Undang-Undang Melaka: Suatu Tinjauan. Sari, 25, 85–94.

Referensi

Dokumen terkait

Make sure that the products or services that you will be offering are desired, do not just decide to open up a store with out doing any market research is like playing craps,

If poker is your game it is a little different, most games depend on luck and all you really need to know if the basics, but poker is totally different because you are playing

memiliki kualifikasi sesuai dengan kompetensi yang ditetapkan (%) 94 Persentase guru SMA/SMK/MA layak mengajar (%) 100 2.9 Meningkatnya revitalisasi organisasi

[r]

Satu set parameter tekanan rendah digunakan untuk menggambarkan kurva tekanan uap sampai ke titik didih normal dan set kedua parameter yang digunakan untuk rentang dari titik

Hal ini dapat dilihat pada Gambar 5 yaitu perlakuan penyamakan menggunakan laru- tan ekstrak Tingi yang diikuti penambahan alum 4% (TA4) kadar tanin terikat paling tinggi yaitu

Penelitian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Kertha Wisata Denpasar atas dasar pertimbangan kelayakan dan keterjangkauan. Produk yang dihasilkan

Sebagaimana telah diuraikan sebelumnya, hasil penghitungan uji T, diketahui nilai t hitung untuk variabel etika kerja Islam adalah lebih kecil dibandingkan