• Tidak ada hasil yang ditemukan

Takaful keluarga. Apakah takaful keluarga?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Takaful keluarga. Apakah takaful keluarga?"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Takaful keluarga Pengenalan

Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful keluarga. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan

memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful.

Apakah takaful keluarga?

Takaful keluarga memberikan anda perlindungan serta memperoleh simpanan jangka panjang. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan. Anda akan menikmati pulangan pelaburan daripada caruman simpanan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Jika anda menyertai takaful keluarga, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan seperti insurans nyawa. Amaun maksimum bagi pelepasan takaful keluarga biasa ialah RM5,000 setahun setelah ditolak caruman yang dibayar kepada skim faedah saraan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bagi pelan perubatan dan pelajaran, pelepasan cukai ialah RM3,000 setahun.

Konsep takaful dan takaful keluarga

Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan. Caruman anda dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal. Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.

Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Jenis perlindungan

Takaful keluarga boleh dibahagikan seperti berikut: • Keluarga biasa

-Takaful keluarga individu (perseorangan) – Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’. Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.

(2)

-Takaful keluarga berkumpulan (majikan, kelab, persatuan dan kesatuan) – Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

• Anuiti

Pelan yang memberi pendapatan tetap selepas anda bersara. • Berkaitan pelaburan

Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumi kematian dan hilang upaya kekal.

Takaful keluarga 'rider' merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. 'Rider' memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dan kesihatan.

Manfaat di bawah takaful keluarga

Sekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:

Daripada AP anda

Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.

Daripada AKP anda

Jumlah perlindungan risiko atau tabarru’.

Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat-manfaat berikut:

Daripada AP anda

Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya. Daripada AKP anda

Lebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada. Terma dan syarat utama

Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful keluarga. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda atau pengendali takaful. Oleh kerana sijil merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa tuntutan dibuat.

(3)

Caruman – Ini ialah ansuran caruman takaful anda yang dibayar kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar caruman secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan ataupun tahunan.

Tempoh tangguh – Anda akan dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda. Tempoh matang – Anda boleh memilih sebarang tempoh matang yang sesuai untuk keperluan anda. Julat tempoh ini ialah dari 10 tahun hingga 40 tahun.

Ciri-ciri penting takaful keluarga

Sebahagian daripada ciri-ciri penting takaful keluarga ialah:

• Terbuka kepada semua individu berumur antara 18 hingga 55 tahun. • Anda mempunyai pilihan tempoh matang.

• Tidak ada pelucuthakan jika berlaku pembatalan

• Kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian daripada caruman. • Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful.

• Menyediakan simpanan dan pelaburan jangka panjang. Pengecualian

Takaful keluarga pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:

Percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja sama ada semasa anda siuman atau tidak.

• Jika anda melanggar undang-undang. • Jika anda memprovokasi serangan.

• Jika anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. • Jika anda menghidap AIDS atau HIV.

• Sebab-sebab lain yang dilarang oleh undang-undang Syariah. Beritahu penama (wasi) anda

Beritahu penama anda tentang takaful keluarga yang anda sertai, sebarang perubahan yang telah dibuat dan tempat di mana anda menyimpan dokumen-dokumen tersebut.

Simpan dokumen-dokumen tersebut di tempat yang selamat. Letakkan maklumat-maklumat asas seperti nama pengendali takaful, jenis pelan, nombor sijil dan nama-nama penama di tempat yang berasingan.

Pastikan anda memaklumkan alamat penama anda dan pertukaran, jika ada, kepada pengendali takaful anda.

Bagaimanakah saya membuat tuntutan?

Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantung kepada terma dan syarat di dalam sijil anda. Semasa membuat tuntutan:

(4)

Maklumkan kepada pengendali takaful anda dengan segera. Untuk tuntutan matang, sediakan salinan sijil takaful keluarga.

Untuk tuntutan kematian, penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut: • Salinan sijil kematian yang disahkan;

• Salinan kad pengenalan simati; • Sijil takaful asal;

• Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan simati; dan • Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.

Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia

Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan pengendali takaful atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendali takaful berkenaan

.

• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dicapai, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda mungkin ingin merujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.

• Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada FMB, ianya hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful. FMB mengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiri atau pengendali takaful pihak ketiga.

• FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduan yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikan pertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah.

• Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk takaful dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah.

• Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:- o RM200,000 bagi pelan takaful motor dan kebakaran o RM100,000 bagi pelan takaful yang lain

o RM5,000 bagi kerosakan harta pihak ketiga

• Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan itu kepada BNM.

Maklumat terperinci tentang cara-cara membuat aduan boleh didapati di dalam buku kecil bertajuk 'Asas-asas Insurans dan Takaful'.

Perkara yang perlu dan jangan dilakukan Apabila memohon untuk menyertai takaful

(5)

Referensi

Dokumen terkait

3.1 Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau.. 3.2 Jaminan Syarikat Kewangan yang

● Persatuan Bank-bank di Malaysia (The Association of Banks in Malaysia atau ABM), Persatuan Syarikat-syarikat Kewangan Malaysia (Association of Finance Companies of Malaysia, AFCM)

Melalui konsep ‘1Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu

3A.1 Penggunaan Kad adalah tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, AMLA dan semua peraturan dan arahan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia. Bank boleh

Kami mengambil bahagian dalam inisiatif Bank Negara Malaysia, Program Pengkayaan Bakat Sektor Kewangan (FSTEP) sejak dari tahun 2008 dan kebanyakannya mengambil pelajar

Setelah pihak Jabatan Warisan Negara berpuas hati mengenai kedudukan bangunan Balai Adat mempunyai kaitan dengan nilai sejarah dan budaya negara, pihak jabatan telah

Pengaruh Motivasi, Persepsi, Pembelajaran, Sikap dan Keyakinan Nasabah Secara Bersama-sama Simultan terhadap Keputusan Pembelian Produk Asuransi Takaful Keluarga Cabang Bengkulu

AT 1984 Penubuhan Majlis Penasihat Syariah BNM Sepertimana Akta Bank Negara Malaysia 2013 seksyen 72 APKI 2013 Seksyen 51 ABNM 2009 - Tugas dan Peranan Majlis Penasihat Syariah BNM