• Tidak ada hasil yang ditemukan

BORANG HEP 6 BORANG HEP 7 GAMBAR PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BORANG HEP 6 BORANG HEP 7 GAMBAR PELAJAR"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

BORANG HEP 6

BORANG HEP 7

GAMBAR PELAJAR

(2)

KAEDAH MELENGKAPKAN BORANG HEP 6 DAN HEP 7

Borang HEP 6 dan HEP 7 perlu dicetak dan diisi dengan tulisan tangan. Cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

i. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR ii. HEP 7 : IKRAR PELAJAR

Gunakan PEN dakwat biru/hitam sahaja untuk mengisi maklumat dalam borang.

BORANG HEP 6

1. Tuliskan No. Pendaftaran Pelajar di bahagian atas kanan borang. No. Pendaftaran boleh didapati di Slip Pengesahan Pendaftaran.

2. Tuliskan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan.

3. Tanda tangan (ruang bertanda * ) dan isi maklumat Nama Pelajar, No. Pendaftaran dan Program.

4. Tinggalkan kosong pada bahagian saksi pelajar (ruang bertanda **). Butiran Nama Saksi dan Jawatan Saksi TIDAK perlu di isi.

LANGKAH 3

BIARKAN KOSONG LANGKAH 2 LANGKAH 1

CONTOH BORANG HEP 6

(3)

BORANG HEP 7

1. Tuliskan No. Pendaftaran Pelajar di bahagian atas kanan borang. No. Pendaftaran boleh didapati di Slip Pengesahan Pendaftaran.

2. Tanda tangan (ruang bertanda * ) dan isi maklumat Nama Pelajar, No. Pendaftaran, No. Kad Pengenalan dan Program pada ruang yang disediakan.

LANGKAH 2

LANGKAH 1

CONTOH BORANG HEP 7

(4)

NO.PENDAFTARAN:_______________________

HEP 6

AKU JANJI PELAJAR

Saya, ______________________________________________________________, No. Kad Pengenalan___________________________, dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan- peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar POLITEKNIK UNGKU OMAR, yang dibuat dari masa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar institusi ini. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:-

(a) Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Pengajian Tinggi;

(b) Akan mematuhi subsyeksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyokong, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti poltik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram;

(c) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 termasuk-

1) Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am, yang antara lain termasuklah-

1.1) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan dan nama baik Institusi, mana- mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi;

1.2) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau keselamatan awam, kesopanan atau tatatertib; dan

1.3) Tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis; sama ada di dalam atau di luar kampus.

2) Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah;

3) Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasikan perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan plakad- plakad;

4) Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-dokumen;

5) Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa-apa pekerjaan;

6) Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan

7) Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad pelajar;

(d) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama atau sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976; dan

(e) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976.

Saya sesungguhnya faham sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan- peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan daripada Institusi.

*

Tarikh: 17 Ogos 2022

Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar : No. Pendaftaran :

Program :

**

Tandatangan Saksi Pelajar (Ketua Jabatan/ Pegawai JHEP)

Nama Saksi :

Jawatan Saksi :

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 17 Ogos 2022)

**(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP Politeknik Ungku Omar)

(5)

NO.PENDAFTARAN:__________________________

HEP 7

IKRAR PELAJAR

Kami faham bahawa/ Politeknik Ungku Omar/ mempunyai peraturan-peraturan tertentu/ untuk menjamin/

sistem pembelajaran dapat berjalan/ dengan baik dan sempurna.

Oleh itu/ saya berikrar akan mematuhi/ semua peraturan yang ditetapkan/ oleh Politeknik Ungku Omar/

dari semasa ke semasa. Saya tidak melibatkan diri/ dalam apa jua aktiviti/ yang tidak diingini/ yang tiada kaitan dengan pelajaran/ dan yang boleh mencemarkan/ imej Politeknik Ungku Omar/ sepanjang menjadi pelajar/ di Politeknik ini.

Jika saya didapati/ melakukan kesalahan di atas/ semasa saya/ masih menjadi pelajar di sini/ maka saya/

dengan rela hati/ sedia menerima sebarang hukuman yang diputuskan/ oleh pihak berwajib/ Politeknik Ungku Omar/ termasuk diberhentikan dari menjadi pelajar. Dan ibu bapa/ atau penjaga saya/ tidak akan membuat/ sebarang bantahan dan rayuan/ ke atas hukuman yang diambil/ oleh pihak Politeknik Ungku Omar/ terhadap saya.

Ikrar ini saya lafazkan/ dengan penuh kesedaran/ di hadapan Pengarah/ dan Ketua Jabatan saya/ pada hari Khamis Tiga Mac Dua Ribu Dua Puluh Dua / secara dalam talian.

*

_______________________________________

Tandatangan Pelajar

Nama Pelajar : ___________________________________________________________

No. Pendaftaran : ___________________________________________________________

No. Kad Pengenalan : ___________________________________________________________

Program : ___________________________________________________________

*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 17 Ogos 2022)

(6)

GAMBAR PELAJAR Lampiran

NAMA PELAJAR :_____________________________________________________

NO. KAD PENGENALAN :_____________________________________________________

NO. PENDAFTARAN :_____________ ____________________________ _

ARAHAN:

1. Lekatkan gambar terkini berukuran passport pada ruangan yang disediakan.

2. Latar belakang gambar (background) mestilah berwarna biru.

3. Pakaian bagi pelajar LELAKI mestilah baju kemeja putih kosong dan bertali leher hitam tanpa corak (plain).

4. Pakaian bagi pelajar PEREMPUAN mestilah baju kurung atau kemeja putih dan pelajar beragama Islam memakai tudung hitam tanpa corak (plain).

Sila lekatkan gambar yang

terkini berukuran

passport

Referensi

Dokumen terkait

akan mematuhi Subseksyen 15 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]: Untuk tidak menjadi ahli, atau apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti

akan mematuhi Subseksyen 15 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30]: Untuk tidak menjadi ahli, atau apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti

akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976