1
TAHNIAH
SELAMAT DATANG
Ke
Politeknik Ungku Omar
Politeknik Premier
Kepada semua pelajar baharu SESI 1 2021
Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana
sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda di sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.
Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum, seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi agama,
bangsa dan negara tercinta.
2
PIAGAM PELANGGAN
1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.
2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10 hari bekerja.
4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.
VISI
Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri.
MISI
Menghasilkan graduan yang holistik, kompeten dalam teknologi dan berdaya keusahawanan.
SLOGAN
dreamBIG@PUO
3
LIRIK LAGU
POLITEKNIK UNGKU OMAR Politeknik Ungku Omar
Megah Terbina di Lembah Kinta di Ipoh Bandaraya
Perak Darul Ridzuan
Menjunjung Wawasan Pertiwi Mendidik Ilmu Teknologi
Membantu Membangun Industri Negara Berdikari
Menyahut Segala Cabaran Bina Negara Perusahan Walaupun Seribu Halangan Maju Terus ke Hadapan
Politeknik Ungku Omar
Mendukung Cita-Cita Bangsa Prinsip Rukun Negara
Menjadi Panduan Kita
Tunjukkan Kepada Dunia
Kita Juga Ada Upaya
Menjadi Bangsa Berjaya
Hidup Bebas dan Merdeka
4
LIRIK LAGU
POLITEKNIK MALAYSIA
Politeknik Adalah Warisan Kita Membekal Tenaga Bidang Teknikal Bersama Membina Kemajuan Negara Malaysia Ku Tercinta
Akhlak Mulia Asas Jaya Itulah Amalan Hidup Kita
Di Mana Sahaja Politeknik Berada Harapan Tetap Sama
Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu Mencipta Lembaran Sejarah
Harapan Impian kan Menjadi Nyata Cekal Takwa Usaha Penentu Arah
Maju Politeknik Ayuh Maju
Semangatmu Merestui Perjuanganku
Teknologi Teras Pembangunan Negara
Politeknik Malaysia
5
MS ISO 9001: 2015
Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2015
Pelanggan Politeknik
Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.
Dasar Kualiti
Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang
menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.
Objektif Kualiti
Kecemerlangan Pelajar
1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 91% pada tahun konvokesyen
Kecemerlangan Staf
1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/
persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 5 hari setahun.
2. Memastikan sekurang-kurangnya 6% PPPT mengikuti program pembangunan bakat dalam tahun semasa
Kecemerlangan Proses
1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.
6
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu kerana berjaya menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar ini.
Terima kasih kerana memilih Politeknik Ungku Omar sebagai institusi pilihan saudara/saudari. Sesungguhnya saudara/saudari merupakan golongan bertuah yang terpilih untuk memasuki politeknik yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Kecemerlangan yang diperoleh dalam peperiksaan SPM/setaraf yang lalu adalah hasil usaha gigih para pelajar selama ini. Justeru, diharapkan para pelajar akan terus berjaya untuk mengukir sejarah hidup yang lebih gemilang sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.
Politeknik Ungku Omar memandang serius hal berkaitan Covid -19, justeru pelajar baharu perlulah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh politeknik Ungku Omar. Penjarakan sosial dan kebersihan diri perlulah diutamakan. Peralihan ke arah budaya hidup, kelaziman dan norma baharu ini adalah sesuatu yang positif demi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pelajar.
Politeknik Ungku Omar kini berada dalam era transformasi. Proses tranformasi ini melibatkan semua pihak dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara kita. Transformasi ini boleh dicapai melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan di politeknik. Ini bermakna bahawa semua warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan pendidikan dan latihan ini.
Transformasi politeknik bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi demi kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Transformasi ini juga diharapkan dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai nilai-nilai kebolehpasaran yang tinggi disamping keupayaan keusahawanan yang cemerlang. Seandainya, graduan-graduan mempunyai nilai-nilai tersebut, sudah pasti politeknik ini akan menjadi institusi pilihan kepada para lepasan SPM/setaraf di Negara ini. Selain itu, pihak politeknik juga berhasrat untuk menjadi peneraju dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional serantau.
Disamping kemahiran hard skill , kemahiran soft skill juga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kebolehpasaran dan keupayaan keusahawanan graduan. Oleh itu, kemahiran teknikal yang tinggi di samping penguasaan teori yang mantap dapat membantu graduan mengisi kekosongan jawatan sama ada di sektor awam atau swasta.
Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi juga mampu direalisasikan dengan menghasilkan graduan- graduan daripada politeknik yang mempunyai kemahiran tersebut.
Politeknik Ungku Omar berharap agar saudara/saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal ini dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama tiga tahun akan datang. Hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah contoh kepada masyarakat. Peranan politeknik bukan sahaja menjadi tempat untuk menuntut ilmu tetapi di sinilah para pelajar perlu membangunkan keterampilan dan personaliti diri yang akhirnya dapat melahirkan modal insan yang hebat. Semoga dengan kehadiran pelajar-pelajar baharu akan dapat memastikan hasrat PUO tercapai seperti mana yang digarap dalam moto PUO iaitu
“Kekuatan dan Keamanan Melalui Teknologi“. Akhir sekali, kepada semua pelajar, saya mendoakan semoga anda semua mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan bereputasi tinggi demi kemajuan agama, bangsa dan negara.
KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI.
Ts Haji Mohd Fisal bin Haroon Pengarah
Politeknik Ungku Omar Politeknik Premier
7
PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR
Pengarah
Ts Haji Mohd Fisal Bin Haroon
Timbalan Pengarah (Akademik) Ts Dr Izwah Binti Ismail
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Ts. Dr. Supaat Bin Hj. Zakaria Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan Kejuruteraan Awam Mohd Azmi Bin Zulkifli
Kejuruteraan Elektrik Cik Hajah Juhaida Binti Zakaria Kejuruteraan Mekanikal Dr Adzuieen Binti Nordin Kejuruteraan Perkapalan Hairi Haizri Bin Che Amat
Perdagangan Noor Afida Binti Omar Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Hamimah binti Salleh
Matematik, Sains Dan Komputer Ahmad Rakimi bin Mohamad Pengajian Am Haniza Norlin Binti Md Yusof Jabatan Hal Ehwal Pelajar Shamsuri Binti Mior Khalid Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan Mohd Asri Bin Zahid @ Mamat Corporate Industrial Services and
Employment Centre (CISEC)
Dr. Riam Chau Mai
Centre Of Quality Assurance & Risk Management ( CQARM)
Yong Rashidah Binti Mat Tuseum @ Selamat
Centre Of Tecnology (COT) Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali UPI Dr. Azhar bin Abdullah
Hal Ehwal Pelajar (P&D) Khamsiah binti Ishak Hal Ehwal Pelajar (K&D) Siti Aishah Binti Ali
Asrama Arshidah Binti Bt. Mat Johor Penilaian Dan Peperiksaan Encik Saiful Azmin Bin Abdul Wahid Perhubungan & Latihan Industri Noor Akmal Binti Mohammed Khalid
Pengurusan Kualiti Mohd Khairul Nizam Bin Abdullah Sani Pegawai Psikologi Amir Bin Azli
Pegawai Perhubungan Awam Nur Azrina Binti Zainal Ariff Latihan Dan Pendidikan Lanjutan Lily Yuzie Binti Md. Yusof
Keusahawanan Rokiah binti Ahmad Sudan Pembangunan Mohamad Fareez bin Jamaludin Pembangunan Instruksional dan
Multimedia
Mohd Amirul Helmi Bin Ismail
Teknologi Maklumat Nur Azliza Binti Ali RMK Amirrudin bin Samsudin Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan Hasnita binti Mat Isa
Perpustakaan Nur Hafiza Binti Jusoh
8
CARTA ORGANISASI
PENGARAH
TS HAJI MOHD FISAL BIN HAROON
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK TS DR IZWAH BINTI ISMAIL
TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK
TS DR SUPAAT BIN HAJI ZAKARIA
KETUA JAB. KEJ. AWAM MOHD AZMI BIN ZULKIFLI
KETUA JAB. KEJ. ELEKTRIK HJH. JUHAIDA BT. ZAKARIA
KETUA JAB. KEJ. MEKANIKAL DR. ADZUIEEN BT. NORDIN
KETUA JAB. KEJ. PERKAPALAN HAIRI HAIZRI B. CHE AMAT
KETUA JAB. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI HAMIMAH BINTI SALLEH
KETUA JAB. MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER AHMAD RAKIMI NIN MOHAMAD
KETUA JAB. PENGAJIAN AM HANIZA NORLIN BT MD YUSOF
KETUA JAB. PERDAGANGAN NOOR AFIDA BINTI OMAR
KETUA JAB. HAL EHWAL PELAJAR SHAMSURI BT MIOR KHALID
KETUA JAB. SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN MOHD ASRI BIN ZAHID @ MAMAT
9
MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL
i. MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik Ungku Omar.
ii. MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal Pelajar.
iii. MSK memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PUO bagi memudahkan pelajar menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik.
iv. MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga politeknik.
v. MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
10
PERATURAN MINGGU SUAIKENAL
Sepanjang menjalani Minggu Suaikenal:
1. Minggu Suai Kenal akan diadakan secara atas talian dan dipantau oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Jabatan dan Majlis Perwakilan Pelajar.
2. Pelajar diminta untuk menyertai pautan (join link) aplikasi mudah alih Telegram untuk maklumat lanjut berkenaan Program Minggu Suaikenal. Pautan : https://t.me/joinchat/tkIYmZupfvExZWI1
3. Pelajar perlu mempunyai data internet yang mencukupi semasa mengikuti Minggu Suaikenal.
4. Pelajar perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan ( Rujuk Jadual MSK)
5. Pelajar perlu menjawab soalan selepas selesai taklimat secara atas talian bagi melengkapkan sesi suai kenal.
6. Pelajar mestilah berpakaian kemas dan menutup aurat semasa Minggu Suai Kenal diadakan.
7. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai tudung dan berpakaian sopan.
8. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek seperti ternyata dalam peraturan pelajar.
9. Semua pelajar baharu diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab iaitu Urusetia Minggu Suaikenal.
10. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Minggu Suaikenal 11. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu
suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak Urusetia Minggu Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai Hal Ehwal Pelajar.
11
AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK
SESI 1 2021
PENAUNG
Ts Haji Mohd Fisal Bin Haroon Pengarah ,Politeknik Ungku Omar PENASIHAT
Ts. Dr. Supaat Bin Hj. Zakaria
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PENGERUSI
Cik Shamsuri Binti Mior Khalid Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar NAIB PENGERUSI
Pn. Siti Aishah Bt. Ali SETIAUSAHA I
En.Mohd Hamizan Bin Radzi SETIAUSHA II
En. Mohd Fadil Bin Abdullah
JAWATANKUASA:
1. Pegawai Hal Ehwal Pelajar Jabatan
JKM, JKP, JKA, JP, JKE, JTMK, JMSK,JPA
12
PERATURAN LALULINTAS
Panduan penggunaan kenderaan dan peraturan lalu lintas
A) Kenderaan Rasmi Politeknik
1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan mendapat kelulusan daripada Pengarah.
2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.
B) Kenderaan Persendirian
1. Pelajar semester 1 dan 2 yang menginap di kolej kediaman tidak dibenarkan membawa kenderaan.
2. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.
3. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak politeknik.
4. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik.
5. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kampus.
6. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
7. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut :-
a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.
b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik.
c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau diubahsuai.
d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.
e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal adalah digalakkan
f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.
g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.
8. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.
9. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau peralatan kenderaan.
13
TINDAKAN TATATERTIB
Kesalahan sahsiah diri
Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran)
kaedah 26 A.
Kesalahan Lalu Lintas
Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara pentadbiran.
Atau,
Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.
Perlanggaran Peraturan Am
Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh dikenakan tindakan berikut:
1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik.
2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).
“Hukuman Tatatertib”
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali”
i) amaran;
ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00);
iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan;
iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan;
v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi;
vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan;
vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.
14
TENTATIF PROGRAM MSK SESI 1 2021
TARIKH HARI MASA JABATAN/ AKTIVITI
20 September 2021 ISNIN 8.00 Pagi - 5.00 Petang 1. 8.30 pagi - Taklimat Minggu Suai Kenal (MSK) 2. 9.30 pagi - Taklimat Kebajikan Dan Disiplin 3. 11.00 pagi – Taklimat Pengambilan Dan Data 4. 12.00 tgh - Pinjaman Dan Biasiswa
5. 2.00 ptg – Taklimat Penasihatan Akademik
21 September 2021 SELASA 8.00 Pagi - 1.00 Tengahari 1. 8.30 pagi - Taklimat Sukan, Kebudayaan Dan Kesenian
2. 9.30 pagi -Taklimat Perpustakaan
3. 11.00 pagi -Taklimat Pengurusan Psikologi
4. 12.00 tgh – Taklimat Keselamatan dan Kesihatan
22 September 2021 RABU 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari 1. 8.30 pagi - Taklimat Kualiti 2. 9.30 pagi -Taklimat Peperiksaan
3. 11.00 pagi- Penutup Minggu Suai Kenal/Bacaan Ikrar
15 NO.PENDAFTARAN:_______________________
HEP 6
AKU JANJI PELAJAR
Saya, _____________________________________________________________________________________, No. Kad Pengenalan _________________________________, dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi semua undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar POLITEKNIK UNGKU OMAR, yang dibuat dari masa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar institusi ini. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain:-
(a) Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ianya ditubuhkan di bawah mana- mana undang-undang, sama ada ianya dalam Institusi atau di luar Institusi, dan sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Menteri Pengajian Tinggi;
(b) Akan mematuhi subsyeksyen 10(3) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyokong, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti poltik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram;
(c) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib am sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 termasuk-
(i) Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan-larangan am, yang antara lain termasuklah-
(A) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan dan nama baik Institusi, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi;
(B) Tidak akan merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada ketenteraman atau keselamatan awam, kesopanan atau tatatertib; dan
(C) Tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis;
sama ada di dalam atau di luar kampus.
16 (ii) Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah, latihan amali, pakaian dan
penampilan diri, menduduki peperiksaan, sekatan mengenai penggunaan teks kuliah;
(iii) Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasikan perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan plakad-plakad;
(iv) Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen- dokumen;
(v) Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa-apa pekerjaan;
(vi) Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan
(vii) Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad pelajar;
(d) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama atau sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976; dan (e) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang
dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976.
Saya sesungguhnya faham sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang- undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan daripada Institusi.
*
Tarikh: 22 September 2021 Tandatangan Pelajar
Nama Pelajar : No. Pendaftaran :
Program :
**
Tandatangan Saksi Pelajar (Ketua Jabatan/ Pegawai JHEP) Nama Saksi :
Jawatan Saksi :
*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 22 September 2021)
**(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)
17 NO.PENDAFTARAN:__________________________
HEP 7
IKRAR PELAJAR
Kami faham bahawa/ Politeknik Ungku Omar/ mempunyai peraturan-peraturan tertentu/ untuk menjamin/ sistem pembelajaran dapat berjalan/ dengan baik dan sempurna.
Oleh itu/ saya berikrar akan mematuhi/ semua peraturan yang ditetapkan/ oleh Politeknik Ungku Omar/ dari semasa ke semasa. Saya tidak melibatkan diri/ dalam apa jua aktiviti/ yang tidak diingini/ yang tiada kaitan dengan pelajaran/ dan yang boleh mencemarkan/ imej Politeknik Ungku Omar/ sepanjang menjadi pelajar/ di Politeknik ini.
Jika saya didapati/ melakukan kesalahan di atas/ semasa saya/ masih menjadi pelajar di sini/ maka saya/ dengan rela hati/ sedia menerima sebarang hukuman yang diputuskan/ oleh pihak berwajib/ Politeknik Ungku Omar/ termasuk diberhentikan dari menjadi pelajar. Dan ibu bapa/ atau penjaga saya/ tidak akan membuat/
sebarang bantahan dan rayuan/ ke atas hukuman yang diambil/ oleh pihak Politeknik Ungku Omar/ terhadap saya.
Ikrar ini saya lafazkan/ dengan penuh kesedaran/ di hadapan Pengarah/ dan Ketua Jabatan saya/ pada hari Rabu Dua puluh Dua September Dua Ribu Dua Puluh satu / secara atas talian.
*
____________________________________________
Tandatangan Pelajar
Nama Pelajar : ___________________________________________________________
No. Pendaftaran : ___________________________________________________________
No. Kad Pengenalan : ___________________________________________________________
Program : ___________________________________________________________
*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 22 September 2021)
**(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)
18 HEP 8
POLITEKNIK UNGKU OMAR
POLITEKNIK PREMIER
BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN PROGRAM MINGGU SUAIKENAL SESI 1 2021
ARAHAN: Bagi kenyataan 1 hingga 8, sila bulatkan mengikut skala 1 hingga 4.
Jantina : L / P
Ulasan Peserta
Kesediaan dan berkeyakinan untuk berkongsi ilmu yang diperoleh. YA / TIDAK, jika TIDAK sila nyatakan sebab.
1 1 2 3 4 5
2 1 2 3 4 5
3 1 2 3 4 5
4 1 2 3 4 5
5
a. Taklimat Minggu Suai Kenal (MSK) 1 2 3 4 5
b. Taklimat keselamatan dan kesihatan 1 2 3 4 5
c. Taklimat MS ISO 9001:2008. 1 2 3 4 5
d. Taklimat Sukan, Ko-kurikulum & Kebudayaan. 1 2 3 4 5
e. Taklimat Perpustakaan. 1 2 3 4 5
f. Taklimat Peperiksaan. 1 2 3 4 5
g. Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Pengambilan dan Data. 1 2 3 4 5
h. Taklimat Disiplin/ Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan. 1 2 3 4 5
6 1 2 3 4 5
7 1 2 3 4 5
AJK MSK membantu dan memberi kerjasama yang baik.
Susunan jadual aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian.
MSK dapat memperkenalkan saya kepada pengurusan Politeknik Ungku Omar.
MSK dapat memperkenalkan sistem perjalanan dan pengurusan Hal Ehwal Pelajar.
MSK dapat menjadikan saya lebih berkeyakinan untuk memulakan kehidupan sebagai warga politeknik.
MSK dapat meningkatkan motivasi saya untuk belajar.
Taklimat -taklimat di bawah berkesan :-
1. Amat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Setuju 4. Amat Setuju