• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

19 - - 19

No. Kad Pengenalan: ____________________

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 KERTAS I

Tarikh : 14 April 2015 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam) Tempat : Kampus Induk

_____________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi 2 bahagian seperti berikut:

Bahagian A : DUA PULUH (20) soalan berbentuk objektif disediakan.

Jawab semua soalan. Setiap soalan bernilai 2 markah.

Bulatkan jawapan anda pada kertas soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan. Bahagian A menyumbang 40 markah.

Bahagian B : ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab empat (4) soalan sahaja. Bahagian B menyumbang 60 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

BAHAGIAN A

1. Berikut adalah kenyataan yang benar tentang sejarah penubuhan USM KECUALI:

A. USM ditubuhkan pada tahun 1969

B. Merupakan universiti ketiga tertua di Malaysia

C. Bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains D. Pada 1971, USM pada ketika itu dikenali sebagai Universiti Pulau

Pinang

2. Pada 3 September 2008, USM telah dipilih untuk melaksanakan Program APEX. Berikut adalah kenyataan yang benar tentang ciri-ciri program APEX di USM KECUALI:

A. USM mempunyai Pelan Transformasi untuk merancang dan menentukan masa hadapannya supaya dapat bersaing dan berada di tangga terbaik dunia.

B. Kebersediaan untuk berubah

C. Diberikan autonomi sepenuhnya di dalam aspek kewangan, institusi governan, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal penyelidikan.

D. USM menggunakan pendekatan pembangunan secara luar biasa untuk memacu pertumbuhan yang cepat

3. Terdapat banyak dokumen yang perlu dirujuk untuk Pendaftaran Aset.

Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR tentang pendaftaran aset:

A. Perlu sediakan nota serahan dan dokumen pesanan rasmi university

B. Kad Jaminan dan Manual Pengguna C. Invois dan Nota Serahan

D. Nombor siri peralatan/aset

(3)

4. Pilih kategori aktiviti yang TIDAK BENAR tentang Cuti Tanpa Rekod (CTR) yang telah diperuntukkan oleh USM di bawah perbekalan cuti:

A. Kegiatan Kebudayaan, Kursus Latihan Semangat/ Latihan Kepimpinan Belia dan Menghadiri aktviti pertubuhan/Persatuan B. Menjaga anak di hospital

C. Menghadiri acara olahraga dan sukan D. Menghadiri kursus syarikat kerjasama

5. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan akta yang digunapakai di USM bagi semua staf yang sedang berkhidmat.

Berikut adalah hukuman yang boleh dikenakan KECUALI:

A. Turun Gaji B. Turun Pangkat

C. Tangguh Pergerakan Gaji D. Lucut jawatan

6. Kemudahan cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat adalah tertakluk kepada garis panduan seperti berikut KECUALI;

A. Kemudahan ini diberikan kepada kematian suami atau isteri, anak- anak serta Ibu dan bapa kandung staf

B. Cuti ini hendaklah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga meninggal dunia selepas waktu pejabat

C. Tempoh cuti ini tidak termasuk hari rehat dan hari kelepasan am D. Kemudahan ini boleh diberi cuti tanpa rekod sebanyak tiga hari (3)

sahaja

(4)

7. Dr. Ahmad telah berkhidmat dengan Pusat Pengajian Sains Perubatan telah disahkan dalam jawatan pada 2014 dan beliau telah berkhidmat selama 5 tahun. Beliau bercadang untuk memohon cuti sabatikal. Berikut adalah antara syarat dan tatacara yang perlu beliau ketahui tentang cuti sabatikal di USM KECUALI:

A. Bagi cuti sabatikal tidak lebih daripada 5 bulan beliau perlu berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun.

B. Bagi cuti sabatikal tidak lebih daripada 10 bulan, beliau perlu berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

C. Staf layak dipertimbangkan elaun- elaun berkaitan dengan pasangan pegawai dan anak-anak jika bercuti sabatikal di luar Negara

D. Staf layak dipertimbangkan elaun pakaian panas bagi cuti sabatikal di luar Negara

8. Pilih kenyataan yang benar tentang tatacara yang terkandung di dalam Perbekalan Cuti USM:

i. Semua staf kontrak layak mendapat cuti rehat sebanyak 30 hari ii. Kadar cuti separuh gaji atas sebab kesihatan sanak saudara yang

boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap tahun perkhidmatan

iii. Cuti yang boleh diberikan kerana perkhidmatan yang melayakkan ialah cuti rehat, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji

iv. Cuti Khas Perubatan boleh diberi tidak melebihi 14 hari dalam setahun

A. ii dan iii B. ii, iii dan iv C. i, ii dan iv

D. Semua di atas adalah benar

(5)

9. Kemudahan Cuti Menjaga Anak adalah salah satu kemudahan yang disediakan bagi pegawai wanita. Semua kenyataan berikut adalah benar mengenai Cuti Menjaga Anak KECUALI:

A. Cuti Menjaga Anak merupakan cuti tanpa gaji dan tidak boleh melebihi 4 tahun

B. Bertujuan untuk menjaga anak sebaik sahaja habis tempoh cuti bersalin

C. Boleh diambil sama ada secara sekaligus atau sebahagian daripada kelayakan

D. Jika pegawai telah menggunakan semua kelayakan cuti ini secara sekaligus maka beliau tidak layak mendapat kemudahan cuti yang sama bagi kelahiran anak seterusnya

10. USM menyediakan kemudahan perubatan kepada staf USM dan ahli keluarga. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai kemudahan perubatan bagi staf USM:

A. Anak yang berumur 18-21 tahun layak menerima kemudahan klinik panel USM jika ada pengesahan bahawa mereka masih menuntut di IPTA/IPTS

B. Anak tiri dan anak angkat layak mendapat kemudahan tertakluk dengan mengemukakan dokumen berkaitan

C. Ibu bapa staf layak mendapat kemudahan perubatan di Pusat Sejahtera, USM

D. Staf tidak boleh menerima rawatan dari klinik panel lain dari klinik panel pilihan staf selain klinik 24 jam

(6)

11. Rancangan Latihan Kakitangan Akademik ( RLKA) merupakan satu skim bagi melahirkan bakal-bakal pensyarah di USM. Sehubungan dengan itu, berikut adalah syarat-syarat bagi membuat permohonan RLKA KECUALI:

A. Berumur tidak melebihi 40 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D B. Pengawai yang sedang berkhidmat dengan badan kerajaan lain

boleh memohon

C. Perlu menamakan penjamin jika berjaya ditawarkan biasiswa

D. Calon yang berada di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda boleh membuat permohonan untuk skim RLKA bagi pengajian peringkat Sarjana

12. Berikut adalah justifikasi pelupusan aset KECUALI:

A. Usang dan tidak ekonomi dibaiki B. Luput tempoh penggunaan C. Tiada alat ganti di pasaran D. Perlu mengatasi masalah ruang

13. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 telah menjelaskan tentang Majlis Perwakilan Pelajar. Semua kenyataan berikut adalah benar tentang peraturan yang terkandung di dalam akta ini mengenai MPP KECUALI:

A. Ahli MPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih selama dua tahun

B. Keputusan pemilihan MPP hendaklah diambil mengikut undi terbanyak dengan tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli yang hadir dan mengundi

C. Pelajar yang gagal di dalam peperiksaan tidak layak dicalonan sebagai calon MPP

D. Pelajar yang menunggu keputusan prosiding tatatertib tidak layak menjadi calon MPP

(7)

14. Tatacara perolehan yang digunapakai oleh USM bagi pembelian terus sehingga RM20,000 adalah seperti berikut KECUALI:

A. PTJ perlu membuat kajian pasaran bagi mendapatkan nilai faedah terbaik

B. Mendapatkan sekurang-kurangnya 5 sebutharga daripada pembekal dengan membuat perbandingan harga dan spesifikasi C. Mengeluarkan borang pesanan (PO) kepada pembekal yang

berjaya

D. Perlu memastikan inbois dihantar ke Seksyen Pengurusan Bayaran dan Akaun Pelajar setelah perolehan disempurnakan.

15. Semua kenyataan berikut adalah menerangkan tentang tatacara dan syarat Cuti Dengan Kebenaran (CDK) bagi pelajar KECUALI:

A. Maksimum CDK yang boleh dipohon ialah 3 semester sepanjang pengajian

B. Pelajar yang mempunyai masalah peribadi boleh memohon CDK C. Pelajar perlu mendapatkan perakuan Dekan Pusat Pengajian

semasa permohonan dibuat

D. Kegagalan mendaftar kursus selepas CDK boleh menyebabkan pihak Universiti mengeluarkan nama pelajar daripada Senarai Pelajar Berdaftar Universiti

16. Seksyen Pengambilan Pelajar USM telah melaksanakan beberapa saluran untuk kemasukan pelajar ke USM bagi program Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa). Menerusi saluran perdana calon- calon yang manakah tidak layak untuk memohon?

A. Lepasan Diploma/Setaraf- IB, AUSMAT, A- Level dan lain-lain B. Lepasan STPM

C. Lepasan Matrikulasi/Asasi

D. Lepasan Sijil dari Kolej-kolej Komuniti

(8)

17. Di bawah Saluran Alternatif, pihak USM memberikan peluang pendidikan sepanjang hayat kepada individu yang ingin terus menimba ilmu bagi merealisasikan impian dan cita-cita untuk menggenggam segulung ijazah.

Berikut adalah kategori individu yang ditawarkan peluang ini KECUALI:

A. Warga Budaya B. Warga Sukan C. Warga Kesenian D. Warga Emas

18. Rancangan Pendidikan Tinggi Akademik (RPTKA) memberikan peluang kepada staf akademik untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Berikut adalah syarat-syarat skim RPTKA KECUALI:

A. Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D B. Disahkan dalam jawatan

C. Mendapatkan kelulusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa)

D. Perlu mendapat tempat pengajian dari universiti yang dipersetujui oleh Universiti

19. Berikut adalah syarat-syarat utama bagi pengijazahan di USM bagi Ijazah Sarjana Muda KECUALI:

A. Memenuhi syarat maksimum bermastautin

B. Memperolehi PNGK 2.00 ke atas bagi semua Kursus Teras

C. Mencapai minimum gred C atau nilai gred 2.00 untuk kursus- kursus Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik serta teras keusahawanan D. Memenuhi semua keperluan kredit bagi program pengajian yang

diikuti (Teras, Elektif, Minor dan Keperluan Universiti)

(9)

20. Penghalangan pelajar daripada menduduki peperiksaan boleh dilaksanakan jika pelajar gagal untuk mematuhi beberapa peraturan peperiksaan. Berikut adalah peraturan yang dimaksudkan KECUALI:

A. Pelajar-pelajar tidak memenuhi sekurang-kurangnya 70%

keperluan kursus

B. Budi bicara Pemeriksa Kursus untuk memberikan sebab dan alasan untuk menghalang seseorang pelajar daripada menduduki peperiksaan

C. Keputusan Peperiksaan bagi pelajar yang dihalang ialah Gred ‘F”’

bagi komponen kerja kursus dan komponen peperiksaan D. Pelajar akan memperlehi Gred “X” bagi penilaian akhir (FA)

(10)

BAHAGIAN B

1. Perbekalan Cuti USM menggariskan pelbagai jenis kemudahan cuti yang diperuntukkan untuk staf. Berdasarkan pernyataan di atas:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan “Perkhidmatan Yang Melayakkan”?

b) Huraikan jenis-jenis cuti yang termasuk di dalam kategori

“Perkhidmatan Yang Melayakkan:”

(20 markah)

2. Akta Badan- Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan tatatertib, dan pengenaan surcaj ke atas, pegawai- pegawai badan berkanun yang diperbadankan oleh undang-undang persekutuan, dan bagi perkara- perkara yang berkaitan dengannya.

a) Huraikan TIGA (3) hukuman tatatertib yang boleh dikenakan ke atas pegawai badan berkanun.

b) Terangkan apa yang anda faham mengenai “surcaj”?

(20 markah)

3. USM merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf sebagai universiti APEX pada tahun 2008. Kejayaan pengiktirafan adalah berdasarkan kepada kesediaan USM untuk memacu universiti dan pendidikan tinggi ke peringkat yang lebih global.

a) Nyatakan dan huraikan dengan ringkas LIMA (5) Teras APEX b) Sebagai seorang staf pelaksana, terangkan bagaimana anda boleh

berperanan untuk memberikan sumbangan kepada matlamat program APEX.

(20 markah)

(11)

4. Perbekalan Cuti Universiti menggariskan kelayakan cuti seseorang staf contohnya Cuti Tanpa Gaji.

a) Huraikan dengan ringkas tafsiran Cuti Tanpa Gaji.

b) Jelaskan DUA (2) jenis Cuti Tanpa Gaji yang terdapat dalam Perbekalan Cuti Universiti.

(20 markah)

5. Proses perolehan perlulah dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus yang baik (good governance practices). Berdasarkan kenyataan ini, jawab soalan-soalan seperti berikut:

a) Terangkan secara ringkas objektif pengurusan perolehan universiti (5 markah)

b) Huraikan LIMA (5) prinsip perolehan universiti

(15 markah)

6. Pelantikan staf merupakan satu proses yang berlaku sepanjang tahun di USM.

a) Terangkan secara ringkas proses pelantikan staf di USM

(10 markah)

b) Huraikan persamaan dan perbezaan di antara lantikan tetap dan sementera.

(15 markah)

oooo 0 oooo

Referensi

Dokumen terkait

iv) Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) v) Kaedah-kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar) 1999. vi) Skim Perkhidmatan Perubatan Warga USM

b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf

Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan

A. Berikut disenaraikan proses kerja pemilihan dan penyemakan majalah baharu di Bahagian Bahan Bersiri. Sila pilih proses kerja yang bersesuaian dengan kerja pemilihan dan penyemakan

Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau

2.2.4.1 Di bawah Subperaturan 9(4), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, pegawai yang bercadang memperolehi

Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas apabila disabitkan oleh makamah atas kesalahan jenayah

Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus