PP KJ KK JUM
22 3 19 44
No. Kad Pengenalan: ____________________
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
PENGAWAL KESELAMATAN KP11
SUBJEK UTAMA (KUMPULAN D) KERTAS I
Tarikh : 22 September 2020 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)
Tempat : Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan & Kampus Kesihatan _________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA CALON
Kertas soalan ini mengandungi LIMA PULUH (50) soalan berbentuk objektif. Jawab SEMUA soalan. Setiap soalan bernilai dua (2) markah. Bulatkan jawapan anda pada kertas soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan.
Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.
Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat termasuk muka hadapan.
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN
Jawab SEMUA soalan.
1. Siapakah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) sekarang?
A. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah B. Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan
C. Profesor Dr. Aldrin Abdullah
D. Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed
2. Siapakah Pendaftar Universiti Sains Malaysia sekarang?
A. Dr. Musa Ali B. Puan Rugayah Ali C. Puan Fa’izah Md Zain D. Dr. Khairul Anuar Che Azmi
3. Antara berikut, yang manakah merupakan Pengarah Kampus Kejuruteraan?
A. Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria
B. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim C. Profesor Dr. Md Roslan Hashim
D. Dr. Khairul Anuar Che Azmi
4. Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai ______________.
A. Universiti Minden
B. Universiti Sains Pulau Pinang C. Universiti Pulau Pinang D. Universiti Sains Minden
5. Antara berikut, yang manakah merupakan pusat pengajian dalam kelompok Sains Tulen?
I. Pusat Pengajian Sains Kajihayat II. Pusat Pengajian Sains Kimia III. Pusat Pengajian Sains Matematik IV. Pusat Pengajian Sains Fizik
A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan IV sahaja D. Semua di atas
6. Berikut adalah Pusat Penyelidikan yang terdapat di USM KECUALI A. Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) B. Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS)
C. Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE)
D. Pusat Penyelidikan Racun dan Ubat-ubatan
7. Anak bulan pada lambang USM membawa maksud
A. Kebesaran agama Islam sebagai agama rasmi negara B. Sifat-sifat kekuatan
C. Elemen ilmu yang dikaitkan dengan Universiti Sains Malaysia D. Kebesaran dan kekuasaan keluarga diraja
8. Antara berikut yang manakah BUKAN merupakan sebuah pusat pengajian di Kampus Kesihatan?
I. Pusat Pengajian Sains Pergigian II. Pusat Pengajian Teknologi Industri III. Pusat Pengajian Sains Farmasi IV. Pusat Pengajian Sains Kesihatan
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, III dan IV sahaja
9. Berikut adalah Teras APEX KECUALI A. Kelestarian
B. Kemanusiaan C. Pengorbanan D. Qalbu
10. Pusat Sukan Dan Rekreasi adalah terletak di bawah tanggungjawab : A. Pendaftar
B. Timbalan Naib Canselor (Kelestarian Dan Pembangunan Institusi) C. Pejabat Perundangan Universiti
D. Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa)
11. Komponen sesuatu Deskripsi Tugas (JD) adalah terdiri daripada : I. Tanggungjawab Utama
II. Kompetensi
III. Kelayakan akademik
IV. Pengalaman bertugas yang diperlukan
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
12. Apakah tajuk lagu rasmi Universiti Sains Malaysia?
A. Ilmu Dan Menara B. Menuju Puncak C. Menara Ilmu D. Saya Sayang USM
13. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah merupakan sebuah : A. Hospital Besar
B. Hospital Pengajar Universiti (HPU) C. Hospital swasta
D. Klinik
14. Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS), USM terletak di : A. Muka Head, Telok Bahang, Pulau Pinang
B. Batu Uban, Pulau Pinang C. Batu Feringghi, Pulau Pinang D. Tanjung Bungah, Pulau Pinang
15. Berikut adalah Waktu Bekerja Fleksibel di USM KECUALI:
A. 8.10 pagi hingga 5.10 petang B. 7.30 pagi hingga 4.30 petang C. 9.00 pagi hingga 6.00 petang D. 9.30 pagi hingga 6.30 petang
16. Berapakah jumlah kadar denda bagi kereta yang dikunci roda kerana kesalahan parkir di tempat yang tidak dibenarkan?
A. RM 25 B. RM 35 C. RM 50 D. RM 100
17. Siapakah Ketua Jabatan di pusat pengajian?
A. Pengarah
B. Penolong Pendaftar C. Pengerusi Rancangan D. Dekan
18. Anak kepada seseorang staf Universiti di bawah umur 18 tahun boleh menerima rawatan di tempat berikut KECUALI
A. Panel klinik USM B. Pusat Sejahtera USM
C. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) D. Pusat Rawatan Darussyifa’
19. Pentadbiran utama aspek pembangunan dan kebajikan pelajar Universiti adalah terletak di bawah :
A. Dekan
B. Naib Canselor
C. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Dan Alumni) D. Penolong Pendaftar
20. Stadium Olahraga USM terletak di :
A. Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT) B. Kampus Kejuruteraan
C. Kampus Induk D. Kampus Kesihatan
21. Berdasarkan Perbekalan Cuti Universiti, kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin terhad sehingga _________ sepanjang tempoh perkhidmatan.
A. 2 tahun B. 3 tahun C. 4 tahun D. 5 tahun
22. Seseorang staf lelaki boleh diberi cuti tanpa rekod sebanyak ____ hari sebagai kemudahan cuti isteri bersalin.
A. 7 B. 10 C. 14 D. 20
23. Encik Shanmugam dilantik sebagai Pengawal Keselamatan KP11 pada 2 Januari 2020.
Berapakah kadar kelayakan cuti rehat beliau bagi tahun 2020?
A. 20 hari B. 25 hari
C. 30 hari
D. 35 hari
24. Berapakah kadar kelayakan maksimum Cuti Tanpa Gaji atas sebab peribadi mustahak di sepanjang tempoh perkhidmatan?
A. 30 hari B. 120 hari C. 300 hari D. 360 hari
25. “Sekiranya mana-mana anak staf telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, staf boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.”
Merujuk kepada kenyataan di atas, status anak adalah termasuk :- I. Anak kandung
II. Anak tiri tanggungan III. Anak angkat
IV. Anak pelihara
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
26. Universiti Sains Malaysia adalah merupakan sebuah agensi : A. Badan Berkanun
B. Persekutuan
C. Kerajaan Negeri Pulau Pinang D. Swasta
27. Seseorang staf wanita yang berkahwin layak menggunakan kemudahan Cuti Bersalin sebanyak _____ di sepanjang perkhidmatan.
A. 90 hari B. 180 hari C. 300 hari D. 360 hari
28. Berikut adalah peringkat pengajian yang ditawarkan di USM KECUALI A. Sijil
B. Diploma
C. Ijazah Sarjana Muda D. Doktor Falsafah
29. Berikut adalah merupakan program pengajian yang ditawarkan di USM KECUALI A. Doktor Perubatan
B. Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) C. Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) D. Diploma Kejururawatan
30. Kenyataan berikut adalah benar mengenai tujuan kewujudan elaun KECUALI A. Menampung kos sara hidup
B. Keadaan kerja tidak boleh diambilkira bagi penyata gaji C. Bayaran balik perbelanjaan dilakukan
D. Mengelakkan potongan caruman KWSP
31. Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (COLA) yang dibayar kepada staf kumpulan Pelaksana yang bertugas di Kampus Kesihatan, Kelantan adalah sebanyak :
A. RM 150 B. RM 200 C. RM 250 D. RM 300
32. Penanggungan kerja bermaksud pelaksaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai disamping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.
Berdasarkan kenyataan di atas, berapakah tempoh masa maksimum penanggungan kerja?
A. 3 bulan B. 4 bulan C. 5 bulan D. 6 bulan
33. Pihak kerajaan telah mengumumkan kenaikan Bayaran Bantuan Sara Hidup sebanyak RM 50 sebulan kepada staf yang layak menerima bayaran tersebut. Bilakah tarikh kuat kuasa kenaikan bayaran tersebut?
A. 1 Januari 2019 B. 1 Oktober 2019 C. 1 Januari 2020 D. 1 Februari 2020
34. Semua yang di bawah merupakan bayaran perubatan yang tidak dibiayai oleh Universiti KECUALI
A. Gigi palsu B. Ubat sampingan C. Tampalan
D. Pemeriksaan kesihatan keseluruhan
35. Pada tahun 2019, USM telah meluluskan kadar baharu kepada seseorang staf untuk mendapatkan rawatan, rundingan, ubat, suntikan, nebulizer dan pembedahan kecil di klinik panel yang berdaftar. Berapakah kadar baharu tersebut?
A. RM 10 B. RM 20.50 C. RM 50 D. Tiada had
36. Cik Suzie Ang dilantik sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 pada 15 Mac 2019.
Pilih syarat-syarat yang perlu dipatuhi sekiranya beliau ingin disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh 2 tahun.
I. Lulus Program Transformasi Minda II. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan
III. Mendapat markah purata Laporan Penilaian Prestasi sekurang-kurangnya 70%
pada tahun 2019 dan 2020 IV. Diperakukan Ketua Jabatan
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. Semua di atas
37. Seseorang penjawat awam akan layak menikmati ganjaran perkhidmatan apabila telah bersara secara paksa. Pilih formula kiraan ganjaran perkhidmatan yang BETUL.
A. 1/600 × jumlah genapnya bulan perkhidmatan × gaji akhir yang boleh dimasukkira
B. 1/365 × jumlah genapnya bulan perkhidmatan × gaji akhir yang boleh dimasukkira
C. 7.5 % × jumlah genapnya bulan perkhidmatan × gaji akhir yang boleh dimasukkira
D. 7.5 % × jumlah genapnya tahun perkhidmatan × gaji akhir yang boleh dimasukkira
38. Definisi Kenaikan Pangkat ialah
A. Kenaikan Pangkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang lebih tinggi di dalam satu skim yang sama.
B. Kenaikan Pangkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang lebih rendah di dalam satu skim yang sama.
C. Kenaikan Pangkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang lebih tinggi dalam satu skim yang berbeza.
D. Kenaikan Pangkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang lebih rendah dalam satu skim yang berbeza.
39. Encik Haris merupakan seorang Pembantu Operasi N11 yang baru disahkan dalam perkhidmatan telah mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri. Beliau boleh berbuat demikian dengan syarat
A. Memberitahu Ketua Jabatan mengenai hasratnya itu B. Memberi 3 bulan notis atau bayar sebulan gaji C. Memberi 1 bulan notis atau bayar sebulan gaji D. Memberi notis 24 jam
40. Di antara berikut, manakah yang BENAR tentang Award Wang Tunai (AWT)?
A. Had maksima bayaran AWT adalah sebanyak 150 hari
B. Had maksima pengumpulan untuk staf kumpulan Pelaksana ialah sebanyak 20 hari setahun
C. Boleh diambil tanpa kelulusan Ketua Jabatan D. Layak dibayar kepada staf yang meletak jawatan
41. Cik Aleeya telah gagal disahkan dalam perkhidmatan kerana masih belum lulus peperiksaan yang disyaratkan. Permohonan beliau untuk dilanjutkan tempoh percubaannya telah tidak disokong oleh Ketua Jabatannya. Oleh itu, beliau boleh
A. Dibenarkan berkhidmat secara sambilan sahaja B. Dilantik untuk mengisi jawatan sementara sahaja C. Ditamatkan perkhidmatannya
D. Ditahan pergerakan gaji tahunan beliau
42. Encik Ahmad dilantik sebagai Pembantu Laut A19 bertaraf tetap pada 15 November 2019. Tarikh pergerakan gaji tahunan beliau setiap tahun ialah pada
A. 1 Oktober B. 1 November C. 1 Disember D. 1 Januari
43. Antara butir-butir yang perlu ditulis dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan ialah seperti berikut, KECUALI
A. Keputusan Peperiksaan Jabatan B. Kursus-kursus yang dihadiri
C. Tarikh kelulusan Pemberian Taraf Berpencen D. Pinjaman Perumahan
44. Berapakah jumlah pusat pengajian di Kampus Kejuruteraan?
A. 3 buah B. 4 buah C. 5 buah D. 6 buah
45. Tempoh untuk memohon Cuti Rehat hendaklah sekurang-kurangnya A. 3 hari bekerja
B. 5 hari bekerja C. 8 hari bekerja D. 10 hari bekerja
46. Antara berikut, yang manakah kelayakan kemudahan perubatan seseorang staf?
I. Ubat
II. Ujian am darah III. X-ray
IV. Rawatan pesakit luar di Hospital Besar
A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan IV sahaja D. Semua di atas
47. Melalui caruman Tabung Kebajikan Staf, waris kepada staf yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan layak menerima Bantuan Pengurusan Jenazah Tabung Kebajikan Staf sebanyak ___________.
A. RM 5,000 B. RM 10,000 C. RM 15,000 D. RM 20,000
48. Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan pengebumian jenazah.
A. RM 3,000 B. RM 3,500 C. RM 4,000 D. RM 4,500
49. Antara berikut yang manakah akan diterima oleh seorang pesara yang bersara wajib?
I. Bayaran Pencen Bulanan II. Bayaran Award Wang Tunai III. Bayaran Ganjaran
IV. Kad pesara
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. Semua di atas
50. Berikut adalah merupakan jawatan-jawatan utama Universiti KECUALI A. Pengarah Dewan Budaya
B. Pendaftar C. Bendahari
D. Ketua Pustakawan