• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

10 3 1 14

No. Kad Pengenalan: ____________________ ____

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

SUBJEK UTAMA KUMPULAN C

Tarikh : 18 April 2013 (Khamis) Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam)

Tempat :

Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan &

Kampus Kesihatan

______________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi 2 bahagian.

Bahagian A: 30 soalan objektif disediakan. Jawab semua soalan. Bulatkan

jawapan anda pada kertas soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan. Setiap soalan bernilai 2 markah. Bahagian A

menyumbang 60 markah.

Bahagian B: 7 soalan berbentuk esei. Jawab empat (4) soalan sahaja. Setiap

soalan membawa sepuluh (10) markah. Bahagian B menyumbang 40 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

BAHAGIAN A

1. USM ditubuhkan hasil persetujuan yang tercapai daripada resolusi yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di Pulau Pinang. Batu asas tapak kolej universiti ini adalah di :-

A. Minden B. Batu Uban C. Sungai Ara D. Bukit Gelugur

2. Lembaga Gabenor Universiti terdiri daripada berikut KECUALI :- A. Canselor

B. Pendaftar

C. Alumni Universiti

D. Wakil dari badan profesional

3. Pegawai Aduan juga dikenali sebagai A. Penasihat Undang- Undang B. Ombudsmen

C. Pegawai Perhubungan Awam

D. Whistle Blower

4. Program Warga Sejahtera diwujudkan untuk: A. Menjalankan aktiviti Sejahtera Walk

B. Mengadakan kempen Bebas Tembakau dan White Coffin C. Memberi ceramah kesedaran kesihatan kepada warga USM D. Membantu warga USM meningkatkan kecemerlangan diri

(3)

5. Naib Canselor boleh meluluskan cuti sakit tidak melebihi ____ hari pada satu-satu masa atau ___ hari dalam satu-satu-satu-satu tahun.

A. 90, 90 B. 45, 45 C. 30, 45 D. 45, 90

6. Apabila seorang pegawai dikehendaki bekerja lebih masa daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, maka ia boleh diberi bayaran lebih masa. Pegawai yang tidak layak mendapat bayaran lebih masa adalah;-

A. Semua anggota dalam kumpulan sokongan B. Juruteknik

C. Anggota perkhidmatan Polis, Penjara, Bomba dan Tentera D. Pegawai tinggal atas panggilan (on call)

7. Surcaj adalah “…jumlah wang yang tidak melebihi wang yang tidak dikutip, pembayaran, kekurangan atau kerugian atau nilai harta benda yang telah musnah , mengikut mana yang berkenaan, dan berhubung dengan kegagalan untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod dengan teratur atau gagal membuat pembayaran atau kelewatan membuat pembayaran….”. dimanakah yang berikut boleh dikenakan surcaj maksima?

A. Tidak memasukkan wang/cek USM ke bank dalam tempoh yang ditetapkan.

B. Gagal menjalankan tugas penyeliaan wang/harta USM. C. Gagal menyediakan laporan Kewangan USM.

(4)

8. Peraturan Skim Perubatan USM digunakan kepada semua kakitangan tetap, sementara, pinjaman dan kontrak yang tertakluk kepada surat perlantikan, layak mendapat faedah Skim Perkhidmatan Perubatan (Untuk Kakitangan) Universiti Sains Malaysia. Siapakah yang tidak layak mendapat kemudahan perubatan USM?

A. Suami/isteri/isteri-isteri B. Ibu bapa bagi staf bujang

C. Pelajar Program Pengajian Jarak Jauh D. Pelajar Siswazah

9. Notis sebutharga hendaklah mengandungi butir-butir seperti :- i. No. Sebutharga

ii. Nama Sebutharga

iii. Nama pegawai untuk dihubungi

iv. Tarikh tutup pada jam 12:00 tengahari (hari bekerja) A. i, ii,iii

B. i,iii,iv C. i, ii, iv D. ii,iii,iv

10. Ciri – ciri aset yang boleh dilupuskan secara hadiah adalah;

A. Aset tidak boleh digunakan lagi dalam bentuk dan fungsi asal. B. Aset ekonomi dibaiki tetapi tidak diperlukan oleh Jabatan.

C. Aset yang mempunyai nilai yang tinggi tetapi tidak diperlukan oleh pegawai.

D. Aset tidak ekonomi dibaiki tetapi boleh digunakan sebagai bahan latihan atau pameran.

(5)

11. Apabila terdapat apa-apa kehilangan aset Kerajaan/Universiti, laporan perlu dibuat oleh pegawai serta-merta kepada Ketua Jabatan, Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab kepada aset tersebut perlu melapor kepada polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui. Ketua PTJ juga perlu menyediakan laporan kepada Naib Canselor dan satu salinan kepada ___________________ bagi memaklumkan tentang kehilangan aset tersebut. A. Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti

B. Lembaga Gabenor Universiti

C. Jawatatankuasa Kehilangan dan Hapuskira D. Bendahari

12. Untuk hubungan yang lebih baik dengan orang ramai, Jabatan perlu mengadakan kemudahan-kemudahan berikut KECUALI :-

A. Menyediakan kemudahan tandas dan surau yang berdekatan B. Menyediakan kaunter tempat bertanya

C. Menyediakan pegawai di kaunter D. Menyediakan tempat menulis

12. Sijil Perkhidmatan dan Surat Takzim diberikan kepada seseorang pegawai bagi; A. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

B. Pegawai yang akan bersara atau meninggalkan perkhidmatan dengan rekod baik

C. Pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan D. Pegawai yang berpindah ke Jabatan baru

(6)

13. Dokumen Sulit adalah;

A. Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang di peringkat rahsia besar,rahsia dan sulit tetapi berkehendakkan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan.

B. Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak merbahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan negara dan menyebabkan kesusahan kepada pentadbiran.

C. Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan kepada kepentingan dan martabat sesebuah kuasa asing.

D. Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan besar kepada negara.

14. Kegiatan untuk memperolehi perkara terperingkat dengan cara tersembunyi atau salah disisi undang-undang untuk memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia juga dikenali sebagai;

A. Subversif B. Sabotaj C. Espionaj D. Godam

15. Berikut adalah kawalan kunci keselamatan yang salah KECUALI; A. Membuat sistem kunci induk

B. Anak kunci dilabelkan dan ditandakan C. Membuat anak kunci pendua tambahan

(7)

16. Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam yang berikut adalah benar KECUALI :

A. Kreativiti B. Efisien

C. Pemikiran aras tinggi D. Potensi pelaksanaan

17. Bilangan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi setiap PTJ tidak boleh melebih ______ peratus daripada jumlah kakitangan yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan dilakukan;

A. 8 B. 7 C. 6 B. 5

18. Salah satu prinsip MS ISO 9000:2000 adalah tumpuan kepada : A. Pelanggan

B. Pengurus C. Pekerja D. Pelajar

19. Kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunya pelanggaran keselamatan. Kelemahan-kelemahan itu termasuk:

i. Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon mengenai perkara terperingkat.

ii. Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan. iii. Ketagihan minuman keras yang berlebihan.

iv. Keinginan mendedahkan sesuatu perkara terperingkat. A. I ,II dan III

B. I , III dan IV C. II, III dan IV D. I, II , III dan IV

(8)

20. Berikut adalah jenis-jenis pas keselamatan KECUALI : A. Pas keselamatan pelawat

B. Pas Keselamatan Sementara C. Pas Keselamatan VIP

D. Pas Keselamatan Tetap

21. _________ dibina berasaskan fungsi dan bidang tugas sesuatu jabatan; A. Fail Meja

B. Manual Proses Kerja

C. Manual Pekeliling Pekerjaan D. Fail rujukan

22. Kenyataan berikut adalah benar mengenai fail KECUALI;

A. Fail-fail yang dibuka hendaklah diberi tajuk ringkas yang dapat membayangkan isi kandungannya.

B. Fail-fail terperingkat SULIT hendaklah mempunyai pendaftaran yang berasingan dari fail-fail terbuka.

C. Tiap-tiap fail yang telah dibuka akan dimasukkan kertas minit yang dijadikan sebahagian daripada kandungan fail.

D. Apabila had muatan di dalam sesebuah fail itu dicapai, satu kulit fail baru yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama hendaklah dibuka dan ditanda sebagai JILID 1.

23. Antara kebaikan Fail Meja adalah :

A. Memanjangkan masa latihan bagi pekerja baru B. Mengelakkan pertukaran pekerja yang terlibat C. Mengurangkan birokrasi

(9)

24. Salah satu kaedah yg selalu digunakan oleh ahli Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) bagi mengenalpasti sesuatu masalah ialah analisis Sebab-Akibat. Analisis ini juga dikenali sebagai

A. Analisis Tulang Ikan B. Analisis Kebarangkalian C. Analisis Proses KMK D. Analisis Paretro

25. Kulit-kulit fail terperingkat diberi warna-warna tertentu. Kulit fail terperingkat “Rahsia Besar” bewarna;

A. Merah dengan berpalang merah jambu di sebelah luar kulit hadapan dan belakang.

B. Hijau dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang.

C. Merah jambu dengan berpalang hijau muda di sebelah luar kulit hadapan dan belakang.

C. Kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang.

26. Setiap muka pertama surat rasmi hendaklah menggunakan kertas rasmi jabatan yang sudah tercetak. Tujuan penggunaan kertas rasmi tersebut adalah seperti berikut, KECUALI;

A. Menyenangkan orang ramai/ jabatan lain mengalamatkan surat balasan. B. Memudahkan ianya dikesan apabila hilang di dalam mana-mana fail. C. Memudahkan orang ramai/jabatan lain mengetahui lokasi sebenar

jabatan itu.

D. Memberi surat itu kuasa dan pandangan yang sepatutnya.

27. ________ adalah pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam. A. Ketua Pengarah MAMPU

B. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam C. Ketua Setiausaha Negara

(10)

28. Sekiranya berlaku kehilangan fail di pejabat, apakah tindakan yang perlu diambil bagi menyimpan surat yang baru diterima?

A. Membuat fail baru B. Membuka fail khas

C. Memasukkan ke dalam fail lain sementara waktu D. Membuka sampul kecil

29. Persaraan Atas Sebab Kesihatan boleh diluluskan kepada seseorang staf atas sebab:

A. Tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh badan yang mungkin menjadi kekal.

B. Tidak berupaya menjalankan tugas disebabkan oleh kelemahan akal. C. Tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya disebabkan oleh

kelemahan tubuh badan.

D. Tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh badan.

30. Upacara konvokesyen yang telah diadakan pada 13 April 2013 yang lalu adalah konvokesyen yang ke;

A. 45 B. 44 C. 43 D. 47

(11)

BAHAGIAN B

1. Senaraikan kesemua Timbalan Naib Canselor di Universiti Sains Malaysia berserta bidang tugas mereka mengikut port folio.

(10 markah)

2. Jelaskan secara ringkas maksud bagi perkara berikut:

a) Klinik Panel b) Doktor swasta c) Doktor universiti d) Hospital kerajaan e) Lembaga perubatan (10 markah)

3. Kemudahan komunikasi adalah penting sebagai mekanisme perhubungan untuk memudahkan urusan pentadbiran kerajaan. Kini terdapat pelbagai jenis alat komunikasi yang boleh digunakan oleh jabatan kerajaan. Senaraikan alat komunikasi tersebut berserta contoh dan huraian.

(10 markah)

4. Jelaskan situasi yang boleh menyebabkan seseorang penjawat awam itu dikenakan tindakan surcaj.

(10 markah)

5. Nyatakan langkah kawalan penggunaan inventori dan peralatan pejabat untuk mencegah pembaziran, kehilangan, kerosakan dan penyalahgunaan.

(12)

6. Asas keselamatan dokumen adalah perlu mengetahui, menyimpan dan mengambil. Nyatakan peraturan bagi mempertingkatkan dokumen dengan peringkat keselamatan yang betul.

(10 markah)

7. Manual Prosedur Kerja adalah dokumen rujukan rasmi yang perlu ada dalam sesebuah jabatan/Pejabat. Dokumen ini adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti jabatan keseluruhannya. Apakah perkara utama yang perlu ada dalam Manual Prosedur Kerja?

(10 markah)

Referensi

Dokumen terkait

b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf

Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan

A. Berikut disenaraikan proses kerja pemilihan dan penyemakan majalah baharu di Bahagian Bahan Bersiri. Sila pilih proses kerja yang bersesuaian dengan kerja pemilihan dan penyemakan

“Menjadi sebuah Perpustakaan akademik yang mempunyai sumber bernilai dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk menyokong Universiti Sains Malaysia sebagai

Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau

Akta Badan- Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan tatatertib,

Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas apabila disabitkan oleh makamah atas kesalahan jenayah

Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus