• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PP KJ KK JUM 38 1 6 45

No. Kad Pengenalan: ___________________

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 KERTAS I

Tarikh : 27 November 2018 (Selasa) Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)

Tempat : Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan & Kampus Kesihatan

______________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian seperti berikut:

Bahagian A : DUA PULUH (20) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab SEMUA soalan. Bahagian A bernilai 40 markah.

Bahagian B: ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab EMPAT (4) soalan.

Bahagian B bernilai 60 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

BAHAGIAN A

Jawab SEMUA soalan

1. Terdapat beberapa langkah pencegahan seperti di bawah perlu diambil bagi mengurangkan risiko kehilangan aset Universiti KECUALI

A. Memastikan semua bilik mesyuarat, bilik pegawai dan pintu masuk utama ke semua aras sentiasa berkunci selepas waktu pejabat.

B. Memastikan peraturan pentadbiran kunci dipatuhi.

C. Memastikan aset Universiti disimpan di tempat yang mudah untuk dilihat.

D. Mengadakan audit terhadap kunci, keselamatan stor dan tempat menyimpan alatan.

2. Bilakah tarikh Akta Universiti dikuatkuasakan?

A. 4 Oktober 1971 B. 7 Ogos 1967 C. 4 Oktober 1969 D. 7 Ogos 1969

3. Kenyataan berikut adalah layak untuk seseorang staf menerima kemudahan klinik panel USM KECUALI

A. Ibu/bapa staf

B. Anak berusia 21 dan masih belajar

C. Anak tiri

D. Anak angkat

4. Tafsiran Ibu Pejabat merujuk kepada tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya berikut adalah betul KECUALI

A. 25 km jika boleh dihubungi oleh jalanraya.

B. 18 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor.

C. 16 km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor.

D. 8 km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai.

(3)

5. Berikut adalah jenis-jenis Belanjawan Universiti KECUALI A. Belanjawan Mengurus

B. Belanjawan Pembangunan C. Belanjawan Kumpulan Wang Lain D. Belanjawan Wang Terkumpul

6. Elaun makan layak dituntut oleh seseorang pegawai jika dalam keadaan berikut:

A. Seseorang pegawai yang menjalankan tugas melebihi tiga (3) bulan terus- menerus

B. Jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur

C. Seseorang pegawai yang mendapat rawatan wad semasa di dalam hospital D. Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih

7. Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari adalah bertujuan ________________________.

i) menegaskan pentingnya mengimbangi perbelanjaan dengan mengagihkan peruntukan mengikut keperluan.

ii) memastikan supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukan yang telah diluluskan.

iii) mengingatkan bahawa perbelanjaan yang dilakukan mestilah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan, tiada penambahan peruntukan, pengawalan perbelanjaan dan pengurangan pembaziran.

iv) menegaskan semula bahawa langkah-langkah berjimat cermat dan pengurangan perbelanjaan perlu dipatuhi sepenuhnya.

A. i, ii & iii B. ii & iii C. ii, iii & iv D. semua di atas

(4)

8. Dasar pengambilan pelajar USM merangkumi TIGA (3) aspek iaitu i) Merit

ii) Potensi iii) Diversiti iv) Kompetensi

A. ii & iii B. i, ii & iii C. ii, iii & iv D. i, ii & iv

9. Perancangan Strategik USM APEX 2020 jangka pertengahan dalam tempoh lima tahun (2015-2020) memberi fokus kepada empat tonggak utama iaitu

A. Bakat, Akademik, Penyelidikan dan Pembangunan Institusi B. Bakat, Komuniti, Penyelidikan dan Keusahawanan

C. Bakat, Akademik, Penyelidikan dan Nilai D. Bakat, Penyelidikan, Kelestarian dan Institusi

10. Salah satu daripada Pusat Pengajian yang paling awal ditubuhkan ialah A. Pusat Pengajian Sains Kajihayat

B. Pusat Pengajian Sains Farmasi C. Pusat Pengajian Sains Matematik D. Pusat Pengajian Teknologi Industri

11. Kenyataan berikut adalah benar mengenai MyTalent KECUALI A. Analisis penilaian kendiri

B. Sistem pengurusan latihan C. Penilaian prestasi D. Maklumbalas 360 darjah

12. Di antara berikut merupakan Kategori Perolehan Universiti.

i) Pembelian Terus

ii) Sebutharga PTJ

iii) Sebutharga Universiti iv) Dasar One-off

(5)

A. i & ii B. i, ii & iii C. ii, iii & iv D. Semua di atas

13. Pelupusan Aset bermaksud

A. satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

B. satu proses menyatukan aset dari pemilikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

C. satu proses mendapatkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

D. satu proses melindungi aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan.

14. Kemudahan cuti urusan kematian keluarga terdekat hendaklah dilaksanakan seperti berikut KECUALI

A. Kemudahan ini boleh diberi cuti tanpa rekod sebanyak tiga (3) hari kepada staf untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat.

B. Ahli keluarga terdekat bermaksud suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung staf.

C. Cuti ini hendaklah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas

waktu pejabat.

D. Tempoh cuti ini tidak termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.

15. Pengecualian unit ditakrifkan sebagai

A. Sejumlah unit yang diberikan kepada pelajar yang mengikuti kursus di USM yang dikecualikan daripada keperluan pengijazahan.

B. Sejumlah unit yang diperolehi seseorang pelajar USM yang mengikuti kursus di sesebuah IPTA lain.

C. Sejumlah unit yang dibenarkan kepada pelajar untuk mendaftar kursus pada setiap Sidang Akademik.

D. Sejumlah unit yang diambil kira untuk pengijazahan bagi pelajar yang berjaya bertukar rancangan pengajian.

(6)

16. Unit yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikan aspek-aspek pemprosesan data bagi memenuhi keperluan pelbagai pengguna sistem Jabatan Pendaftar/Pentadbiran dan Pusat-pusat Pengajian, khususnya terhadap Sistem maklumat Akademik

A. Unit Perkhidmatan Kemudahan Pusat B. Unit Peperiksaan & Pengijazahan C. Unit Rekod Pelajar

D. Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi

17. Kenyataan berikut bukan bidang kuasa Senat Universiti.

A. Meluluskan Penubuhan Pusat Pengajian, Pusat, Institut, Program Baru dan Ko-Kurikulum

B. Memastikan standard pendidikan

C. Penganugerahan Ijazah Kehormat dan Profesor Emeritus

D. Mengelola, membuat dasar dan mengawasi Universiti dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti

18. Seorang staf USM yang tugaskan untuk menjalankan tugas rasmi (melapor diri) di suatu tempat yang jarak antara tempat tersebut dengan Kampus Induk adalah kurang 25 kilometer. Nyatakan jenis-jenis elaun yang beliau layak tuntut.

A. Elaun Perjalanan Kenderaan B. Elaun Makan

C. Elaun Loging D. Elaun Harian

19. “Penahanan kerja” bermaksud

A. Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib berkenaan untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas

B. Satu perintah yang dibuat oleh JawatankuasaTatatertib untuk memberhentikan seseorang pekerja daripada menjalankan tugas

C. Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas apabila disabitkan oleh makamah atas kesalahan jenayah atau dikenakan perintah tahanan/sekatan D. Satu hukuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib terhadap

seseorang pekerja yang melakukan kesalahan tatatertib

(7)

20. Tindakan berikut boleh diambil terhadap staf dalam tempoh percubaan yang melakukan kesalahan tatatertib.

A. Tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja bagi kesalahan yang serius

B. Tindakan tatatertib hingga ke peringkat lucut hak emolumen C. Tindakan tangguh pergerakan gaji

D. Tindakan turun gaji

BAHAGIAN B

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja

1. Terangkan maksud Aset dan Inventori.

(15 markah)

2. Huraikan dengan ringkas maksud kenyataan-kenyataan berikut.

A) Kualiti Peribadi B) Surcaj

C) Gred Hakiki Jawatan D) Pelantikan Jawatan E) Deskripsi Kerja

(15 markah)

3. Nyatakan jenis-jenis Kumpulan Wang Utama Universiti.

(15 markah)

4. Sekiranya anda mengetahui bahawa rakan sekerja anda tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa alasan, apakah langkah-langkah yang boleh anda cadangkan kepada Ketua Jabatan anda untuk mengambil tindakan sewajarnya.

(15 markah)

(8)

5. Terangkan LIMA (5) langkah yang boleh dilakukan dalam proses untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan majlis/aktiviti yang hendak diadakan.

(15 markah)

6. Terangkan dengan ringkas jenis-jenis cuti dalam perkhidmatan seperti berikut.

A) Cuti Rehat B) Cuti Separuh Gaji C) Cuti Tanpa Gaji

(15 markah)

oooo 0 oooo

Referensi

Dokumen terkait

3.9 Membuat laporan pelaksanaan tugas kepada atasan sebagai dasar pengambilan kebijakan dan bahan pertanggungjawaban pelaksana tugas Tahapan:.. 1) Mengumpulkan data

diarahkan oleh Ketua Jabatan. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diarah melaksanakan tugas pegawai lain melebihi masa yang ditetapkan. Elaun yang dibayar kepada pegawai

Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan

A. Berikut disenaraikan proses kerja pemilihan dan penyemakan majalah baharu di Bahagian Bahan Bersiri. Sila pilih proses kerja yang bersesuaian dengan kerja pemilihan dan penyemakan

Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau

Akta Badan- Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan tatatertib,

Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus

b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf