• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

20 1 7 28

No. Kad Pengenalan: ___________________

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

PEMBANTU LAUT A19 / JURUFOTOGRAFI B19 /

PEMBANTU VETERINAR G19 / PEMBANTU KESELAMATAN KP19 / PEMBANTU PENERBITAN N19 / PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19 / PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19 / PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19 /

PEMBANTU PUSTAKAWAN S19 / PEMBANTU AKAUNTAN W19

SUBJEK UTAMA (KUMPULAN C) KERTAS I

Tarikh : 30 April 2019 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)

Tempat : Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan & Kampus Kesihatan

______________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian seperti berikut:

Bahagian A : DUA PULUH (20) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab SEMUA soalan. Bahagian A bernilai 40 markah.

Bahagian B: ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab EMPAT (4) soalan.

Bahagian B bernilai 60 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat termasuk muka hadapan.

(2)

BAHAGIAN A

Jawab SEMUA soalan

1.

Seseorang staf layak diberi cuti kerantina jika

A. Apabila staf tercedera semasa menjalankan tugasnya.

B. Apabila staf jatuh sakit semasa bercuti separuh gaji atau tanpa gaji di Malaysia ataupun luar negara dan tidak berkelayakan mendapat cuti sakit. C. Apabila staf telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam

tiap-tiap tahun bagi masa tiga (3) tahun berturut-turut.

D. Apabila staf dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara telah ditahan di mana-mana stesen kerantina oleh pihak Berkuasa Kesihatan Pelabuhan atau kapal terbang akibat berlaku wabak penyakit merebak.

2. “En. A seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) telah dimasukkan ke hospital kerajaan kerana cedera parah akibat kemalangan jalan raya”.

Sebagai seorang kakitangan awam, En. A layak menikmati kemudahan perubatan percuma serta-merta seperti berikut KECUALI

A. Rawatan B. Bekalan ubat C. Alat ortopedik D. Menduduki wad

3. Bilakah perlembagaan baru Universiti Sains Malaysia telah diwartakan? A. 1 Julai 2011

B. 3 September 2008 C. 1 Januari 2011 D. 11 Ogos 2011

4. Maksud bagi elaun menanggung kerja ialah

A. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diluluskan pemangkuan kerja. B. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang melaksanakan tugas yang

diarahkan oleh Ketua Jabatan.

C. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diarah melaksanakan tugas pegawai lain melebihi masa yang ditetapkan.

D. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diarahkan melaksanakan tugas jawatan lain di samping menjalankan tugasnya sendiri.

(3)

5. Mengikut Statut IV dan V, tiap-tiap Pusat Pengajian dan Pusat hendaklah mempunyai satu lembaga yang terdiri daripada:

i) Dekan Pusat Pengajian/Pengarah Pusat sebagai Pengerusi; ii) Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah;

iii) Profesor-profesor Pusat Pengajian/Felo Pusat; dan

iv) Guru-guru/Kakitangan penuhmasa Pusat Pengajian/Pusat yang dilantik oleh Naib Canselor.

Siapakah Setiausaha kepada Lembaga tersebut? A. Pegawai Sains

B. Penolong Pendaftar C. Penolong Bendahari D. Pegawai Sistem Maklumat

6. Cuti yang dikategorikan sebagai cuti atas sebab perubatan ialah A. Cuti sakit

B. Cuti pampasan C. Cuti separuh gaji D. Cuti tanpa rekod

7. Panjar wang runcit bermakna A. Panjar untuk membayar gaji.

B. Peruntukan wang tunai untuk memudahkan perbelanjaan berkala.

C. Peruntukan wang tunai kepada pegawai perakaunan Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk membuat pembayaran kecil.

D. Pendahuluan khas untuk membayar perbelanjaan semasa menjalankan tugas.

(4)

8. Apakah maksud panel doktor dalam peraturan yang terkandung dalam peraturan kemudahan perubatan?

A. Pegawai perubatan swasta yang diluluskan oleh Kerajaan untuk mengeluarkan sijil sakit.

B. Pegawai perubatan kerajaan yang mempunyai kuasa menentukan tahap kesihatan seseorang pegawai.

C. Sekumpulan pakar perubatan yang ditubuhkan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas pegawai yang kerap sakit.

D. Pakar perubatan swasta yang dilantik sebagai perunding bagi membuat pemeriksaan seseorang pegawai yang mengalami penyakit tertentu.

9. Takrif kerja malam bermaksud giliran bertugas tambahan yang dibuat antara jam A. 8.00 malam hingga 4.00 pagi

B. 10.00 malam hingga 6.00 pagi C. 6.00 petang hingga 8.00 malam D. 6.00 petang hingga 10.00 malam

10. Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah.

Definisi tersebut mengenai “pelajar” dipetik dari: A. Akta 605

B. Perlembagaan USM C. Kaedah Tatatertib Pelajar 1999

(5)

11. Apakah maksud keputusan ‘provisional’?

A. Keputusan yang diketahui 7 hari selepas tarikh peperiksaan.

B. Keputusan yang diumumkan selepas Majlis Pemeriksaan Pusat Pengajian bersidang.

C. Keputusan peperiksaan yang diumumkan selepas Majlis Pemeriksaan peringkat universiti bersidang.

D. Keputusan peperiksaan yang diedarkan kepada pelajar pada minggu ke-2 atau ke-3 semester berikutnya.

12. Kaedah pelupusan secara lelong boleh dilaksanakan ke atas aset berikut: A. Mempunyai nilai pasaran

B. Tiada permintaan untuk pembelian C. Tiada pilihan cara pelupusan yang lain

D Barang yang hendak dilupuskan adalah dalam kuantiti yang sedikit

13. Siapakah Pendaftar Universiti Sains Malaysia yang pertama? A. Yang Berbahagia Datuk N.A Ogle

B. Tuan Haji Mohamad Abdul Rahman

C. Yang Berbahagia Puan Hajah Fauziah Sharom D. Yang Berbahagia Datuk Hajah Siti Mazenah Saad

14 Berikut adalah pusat perkhidmatan yang terdapat di dalam Universiti Sains Malaysia

KECUALI

A. Pusat Islam B. Dewan Budaya C. Pusat Racun Negara

D. Pusat Teknologi Pengajaran Multimedia

15. “Mendapatkan sesuatu bekalan/perkhidmatan/kerja dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh perbendaharaan atau yang telah diluluskan oleh Universiti”.

Kenyataan di atas adalah definisi bagi A. Inventori

B. Aset alih C. Perolehan D. Harta modal

(6)

16. Analisis Sebab dan Akibat juga dikenali sebagai A. Analisis Pareto

B. Analisis tulang ikan

C. Analisis percambahan fikiran

D. Analisis mengenalpasti masalah

17. Antara kebaikan Fail Meja ialah A. Mengurangkan birokrasi

B. Mengelakkan pertukaran staf yang terlibat C. Memanjangkan masa latihan bagi staf baru

D. Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja

18. Seseorang staf yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan berikut :

A. Surcaj B. Tatatertib

C. Diberhentikan tugas D. Digantung perkhidmatan

19. Berikut adalah kemasukan ke program pengajian di USM melalui saluran alternatif

KECUALI

A. Saluran Kedua B. Doktor Falsafah

C. Pelajar luar negara/antarabangsa D. Program Pendidikan Sepanjang Hayat

20. Apakah Kod bagi pelajar yang mendaftar kursus Audit? A. A

B. Y C. X D. D

(7)

BAHAGIAN B

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja

1. Merujuk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Pindaan 2012, senaraikan LIMA (5) bidang kuasa sesebuah Universiti.

(15 markah)

2. Pegawai Pengurusan & Profesional (Pentadbiran) dan Pegawai Pelaksana boleh dipertimbangkan untuk memohon empat (4) kategori Cuti Belajar iaitu;

i) Cuti Belajar Bergaji Penuh Berbiasiswa ii) Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa iii) Cuti Separuh Gaji Tanpa Biasiswa

iv) Cuti Belajar Tanpa Gaji

Jelaskan sekurang-kurangnya LIMA (5) syarat umum permohonan Cuti Belajar. (15 markah)

3. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2001, berkuat kuasa pada 29 Disember 2001, siapakah yang layak menerima kemudahan rawatan perubatan?

(15 markah)

4. Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Senaraikan LIMA (5) justifikasi kenapa sesuatu aset itu boleh dilupuskan?

(15 markah)

5. USM menawarkan pelbagai program pengajian secara penuh masa kepada calon-calon yang berminat dan berkelayakan. Apakah jenis saluran pengambilan pelajar penuh masa di USM?

(8)

6. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 3 Tahun 1993 adalah panduan mengenai Piagam Pelanggan. Nyatakan manfaatnya kepada pelanggan dan sesebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang mempunyai piagam.

(15 markah)

Referensi

Dokumen terkait

Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau

Akta Badan- Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan tatatertib,

Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas apabila disabitkan oleh makamah atas kesalahan jenayah

Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus

b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf

Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan

A. Berikut disenaraikan proses kerja pemilihan dan penyemakan majalah baharu di Bahagian Bahan Bersiri. Sila pilih proses kerja yang bersesuaian dengan kerja pemilihan dan penyemakan

“Menjadi sebuah Perpustakaan akademik yang mempunyai sumber bernilai dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk menyokong Universiti Sains Malaysia sebagai