PP KJ KK JUM
2 - 3 5
No. Kad Pengenalan: ___________________
PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 KERTAS I
Tarikh : 30 April 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2
½
jam)Tempat : Kampus Induk & Kampus Kesihatan
______________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA CALON
Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian seperti berikut:
Bahagian A : EMPAT PULUH (40) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab SEMUA soalan. Bahagian A bernilai 40 markah.
Bahagian B: ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab EMPAT (4) soalan.
Bahagian B bernilai 60 markah. Bahagian I dan Bahagian II adalah WAJIB jawab dan DUA (2) soalan lagi dari mana-mana bahagian.
Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.
Kertas soalan ini mengandungi 14 muka surat termasuk muka hadapan.
BAHAGIAN A
Jawab SEMUA soalan
1. Antara berikut yang manakah merupakan ahli Lembaga Gabenor Universiti USM?
I. YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman II. Encik Johan Mahmood Marican
III. Profesor Dr. Raha Mohd Amir IV. Encik Noor Azam Mohd Noor
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
2. Dr. Rohayati Mohd Isa merupakan Bendahari yang ke ___ sejak USM ditubuhkan. A. 3
B. 4 C. 5 D. 6
3. Siapakah pengarah Pejabat Inovasi pada masa kini? A. Profesor Dr. Lee Keat Teong
B. Profesor Dr. Hanafi Ismail
C. Profesor Madya Dr. Zainovia Lockman D. Profesor Madya Dr. Yeoh Fei Yee
4. Apakah yang dimaksudkan dengan pelantikan FSRS di USM? A. Flexible Scholars for Research Studies
B. Flexible Scheme for Retired Scholars
C. Flexible Scheme for Retired Scientists
D. Fender and Spill Response Services
5. Sejak bilakah pelantikan FSRS mula digunapakai oleh USM? A. 2015
B. 2016 C. 2017
6. Mulai September 2018, USM telah menambahbaik kemudahan rawatan pergigian kepada staf. Berapakah kadar rawatan pergigian yang diperuntukkan kepada seseorang staf dalam tempoh satu tahun?
A. RM 100 B. RM 150
C. RM 200
D. RM 250
7. Antara penyakit berikut, yang manakah yang melayakkan seseorang staf diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod untuk Cuti Kuarantin?
I. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut II. Campak
III. Difteria IV. Malaria
A. I dan II sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
8. Ahmad merupakan Pembantu Awam H11 di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau telah meletak jawatan kerana mendapat tawaran kerja sebagai Penolong Jurutera di Universiti Malaya (UM). Beliau perlu melapor diri di UM pada 15 Februari 2019 (Isnin). Sekiranya anda adalah pegawai yang menguruskan pelantikan Ahmad di UM, sila nyatakan tarikh kuat kuasa tamat perkhidmatan beliau di USM.
A. 12 Februari 2019 (Jumaat) B. 13 Februari 2019 (Sabtu) C. 14 Februari 2019 (Ahad) D. 15 Februari 2019 (Isnin)
9. Cik Haslinda merupakan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 di Pusat Pengajian Sains Fizik. Beliau telah diluluskan Elaun Tanggung Kerja Puan Hashimah yang merupakan Setiausaha Pejabat N29 di PTJ berkenaan kerana Puan Hashimah sedang cuti bersalin selama tiga bulan. Berikut adalah maklumat gaji Puan Hashimah:
Gaji minimum N29 = RM 1,493.00 Gaji maksimum N29 = RM 5,672.00 Gaji sekarang N29 = RM2,590.00
Kenaikan Gaji Tahunan N29 = RM 145.00
Berdasarkan maklumat gaji berikut, berapakah jumlah Elaun Tanggung Kerja yang akan diterima oleh Cik Haslinda?
A. RM 647.50 sebulan B. RM 518.00 sebulan C. RM 373.25 sebulan D. RM 777.00 sebulan
10. Encik Mohsin, seorang Pemandu Kenderaan H11 telah ditamatkan perkhidmatannya kerana tidak lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan. Sekiranya selepas itu beliau memohon jawatan di dalam perkhidmatan Kerajaan, beliau
A. boleh dilantik semula ke perkhidmatan Kerajaan. B. boleh dilantik semula hanya ke dalam jawatan asalnya.
C. boleh dilantik semula ke perkhidmatan Kerajaan dengan syarat mendapat kebenaran khas daripada Suruhanjaya yang berkenaan.
D. boleh dilantik semula ke jawatan Kerajaan hanya untuk jawatan sementara atau secara kontrak.
11. Encik Kassim merupakan seorang Pekerja Sambilan Harian di Jabatan Keselamatan, USM. Beliau telah mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri. Beliau boleh berbuat demikian dengan syarat A. memberi 3 hari notis
B. memberi 7 hari notis C. memberi 30 hari notis
12. Seorang Pegawai Awam yang ditamatkan perkhidmatan dalam perkhidmatan Kerajaan atas sebab berikut boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan Awam.
A. Sumpah Palsu
B. Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran C. Prestasi kerja tidak memuaskan D. Tidak lulus peperiksaan
13. Dr. Ismadi ingin membuat permohonan Cuti Tanpa Gaji kerana urusan peribadi yang mustahak. Di antara berikut adalah syarat yang membolehkan permohonan beliau dipertimbangkan, KECUALI
A. Had maksima tidak melebihi 90 hari cuti tanpa gaji
B. Kesemua kelayakan cuti bergaji penuh hendaklah dihabiskan
C. Beliau perlu mempunyai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 bulan D. Telah menggunakan kesemua Cuti Tanpa Rekod
14. Seorang staf yang pertama kali dilantik ke USM akan mencarum kepada KWSP. Berapakah kadar caruman staf dan majikan?
A. 9%:10% B. 10%:12% C. 11%:12% D. 11%:13%
15. Puan Raihan terpaksa pulang segera ke kampung untuk menjaga ibunya kerana ibunya yang sakit dan semakin uzur. Beliau telah menggunakan kesemua kelayakan Cuti Rehat semasa. Beliau boleh memohon ________________.
A. Cuti rehat tahun hadapan B. Cuti Kecemasan C. Cuti Separuh gaji D. Cuti Tanpa Gaji
16. Apakah yang dimaksudkan dengan rujukan silang?
A. Penerima merujuk kembali rujukan surat penghantar. B. Penghantar merujuk kembali surat penerima.
C. Penerima mencari jawapan persoalan silang. D. Penghantar mendapat jawapan persoalan silang.
17. Anda sedang mengambil tindakan ke atas sebuah fail sulit. Sehingga tamat waktu pejabat, anda masih lagi belum selesai mengambil tindakan ke atas fail tersebut. Sebagai langkah keselamatan, anda hendaklah
A. mengembalikannya ke Bahagian Pendaftaran Fail. B. menyimpannya di dalam laci yang berkunci.
C. menyimpannya di dalam kabinet di bilik Ketua Jabatan.
D. menyerahkan kepada Pegawai Keselamatan Pejabat untuk disimpan selamat.
18. ‘Kegiatan memperoleh perkara terperingkat secara tersembunyi bertujuan memudaratkan keselamatan dan kepentingan negara’
Penyataan berikut tepat mengenai A. Subversif
B. Espionaj C. Sabotaj D. Pemasaran
19. Perlembagaan Universiti Sains Malaysia telah mula berkuatkuasa pada _________. A. 1 Februari 2009
B. 1 Ogos 2009 C. 15 Jun 2007 D. 15 Ogos 2007
20. Pembayaran Elaun Lebih Masa hanya boleh dipertimbangkan sekiranya kerja yang dimaksudkan memenuhi syarat berikut:
I. Kerja-kerja kecemasan.
II. Kerja mustahak yang tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya oleh sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan.
III. Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada bidang tugas biasanya.
IV. Kerja-kerja yang perlu diteruskan di dalam jangkaan masa yang terhad.
A. I, II dan III sahaja B. II, III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
21. Semasa kes tatatertib dibicarakan, terdapat beberapa kelemahan utama yang sering dipertikaikan oleh ahli panel. Antara berikut yang manakah kelemahan yang sering menjadi isu?
I. Maklumat kes tidak lengkap
II. Pelanggaran kesalahan telah lama berlaku III. Bahan bukti tidak disertakan
IV. Tiada rekod tindakan seperti teguran/bimbingan oleh PTJ sebelum perakuan seperti kaunseling, amaran dan surat tunjuk sebab.
A. I, II dan III sahaja B. II, III dan IV sahaja C. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
22. Antara berikut yang manakah BENAR sekiranya staf dikenakan hukuman tatatertib turun gaji?
I. Tidak melebihi 5 pergerakan gaji II. Antara 12 bulan hingga 36 bulan
III. Berubah kepada tarikh berikutnya selepas habis tempoh hukuman (Tarikh Pergerakan Gaji)
IV. Staf tidak berhak menerima pergerakan gaji (dalam tempoh hukuman)
A. I, II dan III sahaja B. II, III dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
23. Antara berikut yang manakah BUKAN bentuk hukuman tatatertib? A. Tahan gaji
B. Denda C. Turun pangkat
24. Pada tahun 2019, USM telah meluluskan kadar baharu kepada seseorang staf untuk mendapatkan rawatan, rundingan, ubat, suntikan, nebulizer dan pembedahan kecil di klinik panel yang berdaftar. Berapakah kadar baharu tersebut?
A. RM 40 B. RM 45 C. RM 50 D. RM 55
25. Seseorang pensyarah dibenarkan untuk menangguhkan sabatikal atas sebab kepentingan perkhidmatan dengan syarat berikut:
I. Mestilah tidak melebihi 24 bulan II. Mestilah tidak melebihi 12 bulan
III. Diperakukan oleh Dekan/Ketua Jabatan IV. Diperakukan oleh Naib Canselor
A. I dan III sahaja B. I dan IV sahaja C. II dan III sahaja D. II dan IV sahaja
26. Antara berikut, yang manakah TIDAK LAYAK menerima Bayaran Bantuan Sara Hidup?
I. pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri II. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi III. pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah IV. pegawai kontrak dan guru sandaran
A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. II dan IV sahaja
27. Kenyataan berikut adalah benar mengenai tujuan kewujudan elaun KECUALI A. menampung kos sara hidup
B. melayakkan seseorang staf menerima bayaran tanggung kerja C. melayakkan bayaran tambahan semasa menghadiri kursus D. mengelakkan potongan caruman KWSP
28. “Satu perintah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pegawai daripada menjalankan tugas apabila pegawai itu disabitkan kesalahan jenayah atau dikenakan perintah tahanan/sekatan”
Kenyataan di atas adalah merujuk kepada:- A. Penahanan kerja
B. Penggantungan kerja C. Penghalangan kerja D. Buang kerja
29. Semua yang di bawah merupakan bayaran perubatan yang tidak dibiayai oleh Universiti KECUALI
A. Gigi palsu B. Ubat sampingan C. Tampalan
D. Pemeriksaan kesihatan keseluruhan
30. Seseorang penjawat awam akan layak menikmati ganjaran perkhidmatan apabila telah bersara secara paksa. Pilih formula kiraan ganjaran perkhidmatan yang
BETUL.
A. 1/600 × jumlah genapnya bulan perkhidmatan × gaji akhir yang boleh dimasukkira
B. 1/365 × jumlah genapnya bulan perkhidmatan × gaji akhir yang boleh dimasukkira
C. 7.5 % × jumlah genapnya bulan perkhidmatan × gaji akhir yang boleh dimasukkira
D. 7.5 % × jumlah genapnya tahun perkhidmatan × gaji akhir yang boleh dimasukkira
31. Antara berikut, yang manakah merupakan syarat pengijazahan yang digunapakai oleh USM?
I. Memperoleh PNGK 2.00 ke atas untuk komponen elektif.
II. Memperoleh PNGK 2.00 ke atas untuk keseluruhan rancangan pengajian. III. Mencapai minimum gred C atau nilai gred 2.00 untuk kursus Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik serta Teras Keusahawanan.
IV. Mencapai minimum gred C atau nilai gred 2.00 untuk kursus teras yang disyaratkan mengikut program pengajian (jika ada).
A. I, dan III sahaja B. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV
32. Di antara saluran pengambilan pelajar adalah melalui saluran yang dinamakan sebagai alternatif. Antara berikut yang manakah TIDAK BENAR mengenai saluran tersebut?
A. Luar Negara / Antarabangsa B. Saluran Kedua
C. Isi Rumah 60% Terendah D. Diploma Kejururawatan
33. Setiap permohonan pelajar akan dinilai berdasarkan syarat dan kriteria kemasukan tertentu yang ditetapkan oleh Senat Universiti. Dasar pengambilan pelajar USM merangkumi TIGA (3) aspek utama. Antara berikut yang manakah TIDAK BENAR mengenai TIGA (3) aspek utama tersebut?
A. Keunikan
B. Merit C. Potensi
34. ‘Graduation-in-Council’ atau GIC adalah :
A. Polisi penyerahan skrol ijazah dan transkrip akademik kepada bakal graduan selepas kelulusan pengijazahan oleh Senat tanpa menghadiri Upacara Konvokesyen.
B. Pencapaian terbaik yang diambil kira untuk pengiraan PNG/PNGK bagi seseorang pelajar.
C. Pelajar yang bergraduasi berdasarkan pengecualian semester yang melebihi dua semester.
D. Graduasi pelajar yang dibenarkan pertukaran program ke Program Doktor Perubatan, Doktor Pergigian dan Sains Farmasi.
35. Puan Fatin dilantik sebagai Pembantu Awam H11 berstatus tetap di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset pada tahun 2015. Semasa lantikan, beliau berumur 21 tahun. Pada tahun berapakah beliau boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Awam H16 berdasarkan kaedah Time Based Berasaskan Kecemerlangan kali kedua yang digunapakai oleh USM?
A. 2039 B. 2041 C. 2043
D. 2045
36. USM telah memperkenalkan nilai "HEBAT" untuk memperkasa jati diri mahasiswa sebagai modal insan yang akan mewarisi kepimpinan negara masa hadapan. Pada tahun berapakah nilai ini diperkenalkan?
A. 2015 B. 2016
C. 2017 D. 2018
37. Berlaku adil, mempertahankan yang benar dan menolak yang bathil merupakan
Rukun Nilai USM mengenai ___________.
A. Kebijaksanaan
B. Qalbu C. Kebenaran
38. Segitiga jingga dalam logotaip USM melambangkan ______________. A. kekukuhan USM berdasarkan tiga nilai teras Universiti.
B. rasa keseimbangan dan keharmonian dalam pencarian ilmu.
C. ciri “di luar kotak pemikiran biasa” yang selari dengan aspirasi inovatif USM. D. kampus yang sejahtera serta cara pemikiran warganya yang sihat dan tajam.
39. Pusat Keusahawanan Universiti terletak di bawah pengurusan _____________. A. Pusat Pembangunan Perniagaan Universiti
B. Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni C. Jabatan Bendahari
D. Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat
40. Antara berikut yang manakah BENAR mengenai Skim Rancangan Latihan Akademik (RLKA)?
I. Warganegara Malaysia.
II. Berumur tidak melebihi 55 tahun bagi pengajian Ph.D dan tidak melebihi 50 tahun bagi pengajian pada peringkat Sarjana.
III. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang cemerlang iaitu CGPA 3.6 ke atas dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya atau Ijazah Sarjana yang baik.
IV. Calon yang belum tamat pengajian sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana tidak layak memohon. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan.
A. I sahaja B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja D. I dan IV sahaja
BAHAGIAN B
Bahagian I
1. Anda dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab merancang dan mengambil langkah yang sesuai untuk mencegah kebakaran. Huraikan secara terperinci LIMA
(5) aspek yang perlu diberi perhatian mengenai pencegahan kebakaran.
Bahagian II
2. Semua jabatan Kerajaan, terutamanya yang berurusan terus dengan pelanggan hendaklah mengadakan perkhidmatan kaunter. Kaunter yang disediakan hendaklah sesuai, mesra pelanggan dan menepati peraturan yang ditetapkan.
Jelaskan maksud pengurusan kaunter dan huraikan secara terperinci TUJUH (7) cara meningkatkan perkhidmatan kaunter di sesebuah jabatan.
(15 markah)
3. Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik.
(15 markah)
4. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau sedang mengambil tindakan terhadap sepucuk surat “Sulit”. Semasa beliau meninggalkan biliknya kerana berbincang dengan pegawai atasannya, beliau mendapati surat “Sulit” tersebut telah hilang. Beliau telah mencari di merata tempat namun masih tidak dapat dikesan. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Puan Saliza mengenai kehilangan surat tersebut.
(15 markah)
5. a) Berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam, terangkan maksud menyeluruh mengenai myPortfolio dan jelaskan EMPAT (4) ciri-ciri utama yang terkandung di dalam myPortfolio.
(10 markah)
b) Nyatakan LIMA (5) tujuan Proses Kerja diwujudkan.
(5 markah)
6. a) Berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 7 Tahun 1991: Panduan mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK), nyatakan
LIMA (5) prinsip-prinsip asas dalam KMK.
b) Untuk menggalakkan penyertaan pekerja dalam KMK dan seterusnya mengekalkan KMK yang sedia ada, pihak pengurusan harus memberi pengiktirafan kepada kumpulan-kumpulan yang telah berjaya membawa penambahbaikan ataupun memperkenalkan inovasi.
Senaraikan LIMA (5) jenis pengiktirafan yang boleh diberi kepada kumpulan yang telah berjaya membawa penambahbaikan ataupun memperkenalkan inovasi.
(5 markah)