• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

19 - 1 20

No. Kad Pengenalan: ____________________

PEPERIKSAAN KHAS

KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)

PEMBANTU KESELAMATAN KP17/

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

KERTAS I

Tarikh : 23 Februari 2016 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi – 11.30 tgh (2 jam 30 minit)

Tempat : Kampus Induk & Kampus Kesihatan

______________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi DUA (2) Bahagian seperti berikut :

Bahagian A : 40 soalan objektif. Jawab semua soalan. Setiap soalan bernilai satu (1 markah).

Bahagian B : ENAM (6) soalan esei disediakan. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja. Setiap soalan membawa lima belas (15 markah). Bahagian B menyumbang (60 markah).

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

BAHAGIAN A

1. Pada awal penubuhannya, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai:- A. Universiti Sains Malaysia

B. Universiti Pulau Pinang C. Universiti Sains Penang D. Universiti Sains Malaya

2. Konvokesyen pertama Universiti Sains Malaysia diadakan pada:- A. 10 Jun 1972

B. 10 April 1972 C. 10 Ogos 1972 D. 10 September 1972

3. Cokmar menandakan kebesaran kuasa ____________ sebagai Ketua Universiti A. Pendaftar

B. Naib Canselor C. Canselor D. Pro Canselor

4. Universiti Sains Malaysia telah diberi penganugerahan status berikut pada tahun 2008 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

A. Program Pemacuan Kecemerlangan (APEX) B. Universiti Penyelidikan (RU)

C. Penarafan 5 Bintang D. Trusted Brand Award

5. Simbol khas yang menggambarkan sifat kekuatan pada lambang Universiti A. Perisai

B. Anak bulan C. Dua (2) ekor harimau D. Buku

(3)

6. Semasa ketiadaan Naib Canselor, mesyuarat Senat akan dipengurusikan oleh:- A. Pendaftar

B. Timbalan Naib Canselor

C. Penasihat Undang-undang D. Pro Canselor

7. Ahli ex-officio dalam mesyuarat Senat terdiri daripada:- i. Dekan

ii. Ketua Pustakawan iii. Pendaftar

iv. Bendahari

A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii, iii dan iv D. Kesemua di atas

8. Jawatankuasa yang dibentuk untuk mengatur dan mengawal kewangan Universiti A. Jawatankuasa Kewangan

B. Jawatankuasa Peruntukan C. Jawatankuasa Tetap Kewangan D. Jawatankuasa Perolehan

9. Akta untuk membuat peruntukan bagi menubuh, menyelenggara dan mentadbir Universiti dan Kolej Universiti

A. AUKU Pindaan 2012

B. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 C. AUKU 1971

D. Akta APEX 2007

(4)

10. AUKU 1971 Pindaan 2012 menggariskan bahawa seseorang pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib dalam salah satu keadaan berikut:-

A. Menyatakan pendirian mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan akademik

B. Menyertai pertubuhan yang sah di sisi undang-undang C. Memungut wang

D. Membuat pinjaman bank

11. Badan akademik bagi Universiti yang berhak dalam mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan, peperiksaan dan pengurniaan ijazah

A. Senat

B. Lembaga Pengarah

C. Jawatankuasa Pengurusan Universiti D. Jawatankuasa Pengurusan Akademik

12. Ketua Universiti sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan USM ialah:- A. Yang Dipertuan Agong

B. Canselor C. Naib Canselor

D. Pengarah Lembaga Gabenor Universiti

13. Keahlian Dewan Perundingan Pelajar hendaklah terdiri daripada yang berikut:- i. Majlis Perwakilan Pelajar yang dipilih

ii. Wakil Badan Pelajar yang dipilih iii. Ahli Alumni

iv. Pelajar berdaftar dengan Universiti v. Wakil media

A. i dan ii B. i dan iii C. i, ii dan iii D. i dan iv

(5)

14. Kadar ansuran bulanan daripada gaji atau pencen orang yang disurcaj ialah:- A. tidak melebihi ¼ daripada jumlah gaji atau pencen bulanan

B. ¼ daripada jumlah gaji atau pencen bulanan C. ½ daripada jumlah gaji atau pencen bulanan D. bergantung kepada jumlah gaji atau pencen

15. Berdasarkan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 Akta 605, seseorang pekerja boleh melakukan pekerjaan luar atas kebenaran Ketua Jabatan dan dengan syarat ianya

A. dapat menjana pendapatan secara tidak langsung kepada Jabatan B. dapat meningkatkan imej jabatan

C. tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa melaksanakan tugas rasmi D. tidak menggunakan ruang pejabat

16. Kebenaran untuk bertanding atau memegang jawatan dalam sesuatu parti politik dengan kelulusan bertulis diberikan kepada pegawai daripada

A. Kumpulan Pelaksana

B. Kumpulan Pengurusan dan Profesional C. Kumpulan Akademik

D. Kumpulan Pengurusan Tertinggi

17. Jenis hukuman tatatertib yang boleh dikenakan ke atas seseorang pegawai i. Amaran

ii. Turun gaji iii. Lucut hak gaji iv. Buang kerja

A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, iii dan iv D. Kesemua di atas

(6)

18. Seseorang pegawai layak dipertimbangkan untuk disahkan dalam jawatan apabila telah

A. berkhidmat lebih daripada enam (6) bulan B. hadir kursus induksi

C. menduduki dan lulus peperiksaan perkhidmatan

D. hadir kursus induksi dan lulus semua peperiksaan yang ditetapkan

19. Tarikh pergerakan gaji bagi pegawai yang dilantik pada 1 Ogos 2015 adalah:- A. 1 Oktober 2015

B. 1 April 2016 C. 1 Julai 2016 D. 1 Oktober 2016

20. Jumlah cuti rehat yang dibenarkan dikumpul bagi tahun semasa untuk tujuan Award Wang Tunai terhad kepada

A. Maksimum 15 hari atau tidak melebihi ½ daripada kelayakan Cuti Rehat pada tahun semasa tersebut

B. Maksimum 10 hari atau tidak melebihi ½ daripada kelayakan Cuti Rehat pada tahun semasa tersebut

C. Minimum 15 hari

D. Bergantung kepada baki cuti yang tidak dihabiskan pada tahun semasa tersebut

21. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod telah diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang menderma organ. Kadar cuti tersebut adalah:-

A. tidak melebihi 14 hari B. tidak melebihi 30 hari C. tidak melebihi 42 hari D. tidak melebihi 45 hari

(7)

22. Tempoh ikatan untuk berkhidmat dengan Universiti bagi seseorang felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) selepas menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah dengan jayanya.

A. 3 tahun B. 5 tahun C. 7 tahun D. 1 hingga 3 tahun

23. Kemudahan bayaran pampasan kepada staf tetap, kontrak dan sementara yang ditimpa kemalangan atau kecederaan serius semasa menjalanjkan tugas rasmi dikenali sebagai

A. Skim Kemalangan dan Keselamatan B. Skim Gratuiti

C. Skim Ex-Gratia D. Skim Kebajikan Staf

24. Kadar denda ke atas pelajar yang lewat mendaftar kursus A. RM25

B. RM30 C. RM50 D. RM70

25. Pelajar dibenarkan untuk menggugurkan kursus yang telah didaftar pada setiap semester sebelum

A. Minggu ke-6 B. Minggu ke-7 C. Minggu ke-8 D. Minggu ke-9

26. Pelajar yang memperolehi gred 1.99 dan ke bawah pada satu-satu semester atau Sidang Akademik diberikan taraf berikut:

A. Taraf Aktif

B. Taraf Percubaan/Tertahan C. Taraf Gagal tanpa penamatan D. Taraf Gagal dan ditamatkan

(8)

27. Saluran kemasukan untuk program Ijazah Pertama USM yang dipaparkan di laman web Permohonan Dalam Talian ialah seperti berikut KECUALI

A. Saluran Perdana B. Saluran Alternatif

C. Program Pengajian Jarak Jauh D. Program Pengajian Siswazah

28. Aset alih didefinisikan sebagai

A. Aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain termasuk yang dibekalkan/dipasang bersekali dengan bangunan

B. Aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain tidak termasuk yang dibekalkan/dipasang bersekali dengan bangunan

C. Aset yang ditempatkan secara sementara di sesuatu tempat D. Aset yang tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual

29. Dokumen yang diperlukan untuk urusan pendaftaran aset yang dibeli i. Pesanan Rasmi Kerajaan/Universiti

ii. Nota Serahan iii. Surat Ikatan Perjanjian iv. Invois

A. i, ii, iii dan iv B. i, ii, dan iii C. i, ii dan iv D. ii, iii dan iv

30. Pendahuluan diri diberikan kepada penyelidik untuk sesuatu perjalanan tugas rasmi.

Pendahuluan diri tersebut merangkumi:- A. wang tunai berjumlah RM500

B. elaun makan dan penginapan mengikut kelayakan staf atau kelulusan pihak pengurusan

C. tiket penerbangan dan tempahan penginapan mengikut kelayakan staf atau kelulusan pihak pengurusan

D. elaun sara hidup mengikut kelayakan staf atau kelulusan pihak pengurusan

(9)

31. Salah satu prinsip dalam pengurusan kewangan ialah akauntabiliti yang bermaksud A. mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang dikhususkan

B. memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalannya

C. menjalankan tugas sebagaimana yang diperintahkan tanpa sebarang pertikaian

D. mematuhi prosedur dan kawalan-kawalan tertentu bagi mencapai objektif belanjawan

32. Arahan Perbendaharaan 59 (AP59) diwujudkan untuk

A. memberi garis panduan dan menjelaskan tatacara pengurusan pembayaran yang dilakukan tanpa mematuhi peraturan kewangan yang dikuatkuasakan B. memberi garis panduan dan menjelaskan tatacara pengurusan pembayaran

yang dilakukan dengan mematuhi peraturan kewangan yang dikuatkuasakan C. memberi garis panduan dan menjelaskan tatacara pengurusan pembayaran D. memberi garis panduan dan menjelaskan tatacara pengurusan untuk

perolehan aset

33. Elaun kerja lebih masa hanya boleh dituntut untuk

A. kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya kerana akan menggangu kelancaran proses kerja

B. kerja mustahak tetapi tanpa desakan untuk disiapkan dalam waktu yang singkat

C. kerja yang dilakukan di luar waktu rasmi atas pilihan pekerja

D. kerja yang ditangguhkan sehingga habis waktu pejabat tetapi perlu disiapkan dengan segera

34. Tuntutan elaun lebih masa 8 jam ke atas secara berterusan akan ditolak ____ jam sebagai waktu rehat

A. 2 jam B. 1 jam 30 minit C. 1 jam 45 minit D. 1 jam

(10)

35. Definisi tanggungan yang layak menerima kemudahan di bawah Skim Perubatan Kakitangan

A. Suami/isteri, anak kandung yang belum berkahwin berumur bawah 18 tahun B. Suami/isteri, anak kandung dan anak tiri berumur bawah 18 tahun dan belum

berkahwin

C. Suami/isteri, anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diambil secara sah di bawah umur 18 tahun dan belum berkahwin

D. Suami/isteri, anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diambil secara sah berumur bawah 18 tahun dan belum berkahwin serta ibu bapa kakitangan

36. Bayaran rawatan berikut dibiayai di bawah Skim Perubatan Kakitangan KECUALI A. Bayaran rundingan doktor pakar di klinik panel atau hospital kerajaan B. Suntikan dan ubatan untuk rawatan kes-kes biasa

C. Bayaran alat bantuan pendengaran dan gigi palsu

D. Bayaran yang dikenakan kepada kakitangan keluarga sebagai pesakit dalam semasa menerima rawatan di hospital kerajaan

37. Salah satu komponen peruntukan Universiti ialah untuk perbelanjaan mengurus yang bermaksud

A. Peruntukan yang disediakan untuk membiayai pembangunan fizikal Universiti B. Peruntukan yang disediakan untuk membiayai operasi harian dalam urusan

mengurus dan mentadbir Universiti

C. Peruntukan yang disediakan untuk membiayai projek kemasyarakatan D. Peruntukan yang disediakan untuk membiayai projek bersama industri

38. Tempoh cuti sabatikal bagi seorang pensyarah yang telah genap lima (5) tahun perkhidmatan dan berumur kurang daripada 53 tahun

A. 5 bulan B. 7 bulan C. 9 bulan D. 12 bulan

(11)

39. Kampus USM-KLE Belgaum di India menawarkan program ijazah pertama dalam bidang

A. Pergigian B. Perubatan C. Pengurusan D. Kesihatan

40. Universiti memberi pengiktirafan kepada individu yang memberikan sumbangan dari sudut peningkatan atau penyebaran ilmu pengetahuan atau khidmat cemerlang kepada masyarakat awam dalam bentuk

A. Ijazah Doktor Falsafah B. Ijazah Kehormat

C. Anugerah Profesor Emeritus D. Hadiah Pingat Emas Canselor

Bahagian B

1. Jelaskan dengan ringkas tafsiran berikut sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Universiti Sains Malaysia.

a) Ahli Akademik b) Akta

c) Pegawai d) Pekerja e) Pelajar

(15 markah)

2. Keilmuan, Masa Hadapan, Keunikan, Kelestarian, Kemanusiaan, Pengorbanan, Perubahan dan Kesejahteraan merupakan sembilan (9) teras utama Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) USM.

Huraikan bagaimana LIMA (5) daripada teras-teras tersebut dapat dihayati dan dijadikan pegangan semua warga USM.

(15 markah)

(12)

seseorang pegawai yang didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib.

a) Tangguh pergerakan gaji b) Turun gaji

c) Turun pangkat

(15 markah)

4. Huraikan jenis-jenis Cuti Tanpa Gaji berikut:

a) Cuti Tanpa Gaji Atas Sebab-sebab Peribadi Mustahak

b) Cuti Tanpa Gaji Mengikuti Pasangan Berkursus/Berkhidmat Di Dalam/Luar Negara

c) Cuti Tanpa Gaji – Menjaga Anak

(15 markah)

5. Semua perolehan oleh PTJ hendaklah mematuhi tatacara perolehan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bendahari. Huraikan perkara berikut:

a) Definisi perolehan b) Jenis-jenis perolehan :

i) Bekalan ii) Kerja

iii) Perkhidmatan

ATAU

Huraikan perkara berikut yang berkaitan dengan proses Pengurusan Aset Alih Universiti:

a) Langkah-langkah bagi mengurangkan risiko kehilangan aset alih Universiti b) Proses kerja kehilangan aset alih Universiti

(15 markah)

(13)

6. Dasar pengambilan pelajar ke USM merangkumi tiga (3) aspek iaitu merit, potensi dan diversiti. Huraikan aspek-aspek tersebut.

(15 markah)

oooo 0 oooo

Referensi

Dokumen terkait

Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau

Akta Badan- Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan tatatertib,

Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas apabila disabitkan oleh makamah atas kesalahan jenayah

Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus

“Perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri daripada masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit tetapi tidak termasuk cuti

b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf

Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan

A. Berikut disenaraikan proses kerja pemilihan dan penyemakan majalah baharu di Bahagian Bahan Bersiri. Sila pilih proses kerja yang bersesuaian dengan kerja pemilihan dan penyemakan