• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

No. Kad Pengenalan: ___________________

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

PEMBANTU LAUT A19 / JURUFOTOGRAFI B19 /

PEMBANTU KESELAMATAN KP19 / PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19 / PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19 / PEMBANTU PUSTAKAWAN S19 /

JURUTEKNIK PERUBATAN U19 / PEMBANTU AKAUNTAN W19

SUBJEK UTAMA (KUMPULAN C) KERTAS I

Tarikh : 22 September 2020 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)

Tempat : Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan & Kampus Kesihatan

______________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian seperti berikut:

BAHAGIAN A : DUA PULUH (20) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab SEMUA soalan. Bahagian A bernilai 40 markah.

BAHAGIAN B: ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab EMPAT (4) soalan.

Bahagian B bernilai 60 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 7 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

BAHAGIAN A

Jawab SEMUA soalan.

1. Siapakah Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti (LGU)?

A. Dr. Hari Narayanan P Ondiveeran B. Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak C. YM Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Arif D. Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

2. Aset yang boleh berubah lokasi seperti alatan pejabat, perabot, alatan sainstifik, kenderaan diklasifikasikan sebagai

A. Aset nyata B. Aset tidak nyata C. Aset mudah alih D. Aset tidak alih

3. Berapakah jumlah unit minimum dan maksimum yang boleh didaftar oleh pelajar jika mereka bertaraf P1?

Unit Minimum Unit Maksimum

A. 9 9

B. 9 10

C. 9 12

D. 9 21

4. “Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya”

Apakah contoh pelanggaran peraturan kerana kepentingan peribadi?

A. Disabitkan kesalahan jenayah B. Kesusahan berat kerana hutang C. Terlibat dalam penyalahgunaan dadah

D. Menguruskan peniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara mara dalam waktu pejabat/tugas rasmi

(3)

A. Kursus Semasa Cuti Panjang B. Kursus Simpanan Cuti Panjang C. Kursus Semasa Cuti Pertengahan D. Kursus Sewaktu Cuti Pertengahan

6. Semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah warganegara Malaysia. Berikut adalah jawatan yang boleh dilantik selain daripada warganegara Malaysia KECUALI

A. Fellow RLKA B. Post-Doctoral C. Pensyarah kontrak D. Pensyarah kunjungan

7. Cuti-cuti yang diklasifikasikan sebagai Cuti Tanpa Rekod termasuklah I. Cuti menghadiri latihan pasukan sukarelawan

II. Kursus bercorak agama/dakwah III. Cuti pampasan

IV. Cuti menunaikan haji

A. I sahaja B. I dan II C. III dan IV D. II, III dan IV

8. Seseorang yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan berikut :-

A. Surcaj B. Tatatertib

C. Diberhentikan tugas D. Digantung perkhidmatan

(4)

9. Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah.

Definisi tersebut mengenai “Pelajar” dipetik dari A. Akta 605

B. Perlembagaan USM

C. Kaedah Tatatertib Pelajar 1999

D. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

10. Kemudahan rawatan berikut adalah tidak dibenarkan kepada ibu bapa yang sah KECUALI

A. Pembekalan semua jenis alat B. Rawatan perubatan diluar negeri

C. Rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit

D. Mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital kerajaan.

11. Roslan telah dilantik sebagai Juruteknik Komputer (FT17) pada 1 Disember 2012.

Pada tahun 2013, pergerakan gaji bulanan beliau adalah pada bulan _____________.

A. Julai B. April C. Januari D. Oktober

12. Definisi Kenaikan Pangkat ialah

A. Kenaikan Pangkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang lebih tinggi di dalam satu skim yang sama.

B. Kenaikan Pangkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang lebih rendah di dalam satu skim yang sama.

C. Kenaikan Pangkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang lebih tinggi dalam satu skim yang berbeza.

D. Kenaikan Pangkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang lebih rendah dalam satu skim yang berbeza.

(5)

berikut KECUALI

A. Kursus-kursus yang dihadiri B. Keputusan Peperiksaan Jabatan C. Tarikh diberi Taraf Pekerja Berpencen D. Pinjaman Perumahan

14. Semua staf akademik lantikan tetap dan telah disahkan dalam jawatan adalah layak untuk mengikuti program Cuti Sabatikal. Yang manakah antara berikut tepat mengenai syarat tidak melebihi had umur bagi permohonan Cuti Sabatikal selama 9 bulan?

A. Umur tidak melebihi 53 tahun B. Umur tidak melebihi 54 tahun C. Umur tidak melebihi 50 tahun D. Umur tidak melebihi 40 tahun

15. Pegawai Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan staf Pelaksana diperuntukkan empat jenis cuti belajar berikut KECUALI

A. Cuti belajar tanpa gaji

B. Cuti belajar bergaji penuh berbiasiswa C. Cuti belajar separuh gaji tanpa biasiswa D. Cuti belajar separuh gaji separuh biasiswa

16. Perolehan bekalan dan perkhidmatan bagi jumlah melebihi RM50 000 hingga RM100 000 adalah perlu

A. Pelawaan sekurang-kurangnya kepada tiga pembekal bertaraf bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan

B. Pelawaan sekurang-kurangnya kepada tiga pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan

C. Pelawaan sekurang-kurangnya kepada lima pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan

D. Pelawaan sekurang-kurangnya kepada lima pembekal bertaraf bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang berkaitan

(6)

17. Encik Kassim seorang Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang baru disahkan dalam perkhidmatan telah mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri. Beliau boleh berbuat demikian dengan syarat

A. Memberi notis 24 jam

B. Memberi 3 bulan notis atau bayar sebulan gaji C. Memberitahu Ketua Jabatan mengenai hasratnya itu D. Memberi 1 bulan notis atau bayar sebulan gaji

18. Berapakah tempoh minimum bermastautin pelajar bagi program pengajian 3.5 tahun?

A. 6 semester B. 7 semester C. 8 semester D. 9 semester

19. Semua jenis persaraan berikut adalah benar KECUALI A. Persaraan wajib

B. Persaraan pilihan

C. Persaraan mengikut pasangan D. Persaraan atas sebab kesihatan

20. Terdapat beberapa kaedah saluran kemasukan bagi calon pelajar yang ingin memasuki pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Antaranya adalah kaedah alternatif. Berikut adalah contoh kaedah kemasukan alternatif KECUALI

A. Kemasukan Khas B. Saluran kedua

C. Pendidikan Sepanjang Hayat D. Program Jarak Jauh

(7)

Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

1. Yang di-Pertuan Agong telah menetapkan 1 Februari 2009 sebagai tarikh peruntukan- peruntukan Perlembagaan Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti di Pulau Pinang 1971. Senaraikan struktur keahlian ahli Lembaga Gabenor Universiti (LGU) ini.

(15 markah)

2. Semua staf kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pentadbiran) dan staf kumpulan Pelaksana yang berkelayakan boleh memohon untuk dipertimbangkan Cuti Belajar bagi tujuan melanjutkan pelajaran pada peringkat Diploma/Ijazah/Sarjana/Kedoktoran (Ph.D) atau Kursus Profesional. Apakah syarat-syarat umum permohonan Cuti Belajar?

(15 markah)

3. Apakah syarat-syarat umum pengesahan dalam jawatan bagi seorang staf bukan akademik? Nyatakan kesan pelanjutan tempoh Percubaan kepada perkhidmatan seseorang staf.

(15 markah)

4. Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Senaraikan LIMA (5) justifikasi kenapa sesuatu aset itu boleh dilupuskan?

(15 markah)

5. Apakah yang anda faham tentang Graduate In Council (GIC)? Apakah terma dan syarat permohonan GIC?

(15 markah)

6. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2015 telah dikeluarkan untuk memperkenalkan Dasar Pemisah (Exit Policy) dan kaedah pelaksanaan kepada pegawai kerajaan yang mempunyai prestasi yang rendah. Apakah yang dimaksudkan dengan “berprestasi rendah” mengikut pekeliling tersebut?

(15 markah)

oooo 0 oooo

Referensi

Dokumen terkait

Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau

Akta Badan- Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan tatatertib,

Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas apabila disabitkan oleh makamah atas kesalahan jenayah

diarahkan oleh Ketua Jabatan. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diarah melaksanakan tugas pegawai lain melebihi masa yang ditetapkan. Elaun yang dibayar kepada pegawai

b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf

Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan

A. Berikut disenaraikan proses kerja pemilihan dan penyemakan majalah baharu di Bahagian Bahan Bersiri. Sila pilih proses kerja yang bersesuaian dengan kerja pemilihan dan penyemakan

“Menjadi sebuah Perpustakaan akademik yang mempunyai sumber bernilai dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk menyokong Universiti Sains Malaysia sebagai