PP KJ KK JUM 7 - 7 14
No. Kad Pengenalan: ____________________
PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) PEMBANTU KESELAMATAN KP19
KERTAS I - UMUM
Tarikh : 30 April 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam)
Tempat : Kampus Induk dan Kampus Kesihatan
______________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA CALON
Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian seperti berikut:
Bahagian A : EMPAT PULUH (40) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab SEMUA soalan. Bahagian A bernilai 40 markah.
Bahagian B : ENAM (6) soalan berbentuk esei. Jawab EMPAT (4) soalan, iaitu Bahagian I dan Bahagian II adalah WAJIB jawab manakala DUA (2) soalan lagi adalah dari mana-mana bahagian. Bahagian B bernilai 60 markah.
Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.
Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat termasuk muka hadapan.
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN
BAHAGIAN A
Jawab SEMUA soalan.
1. Selain Pusat Pengajian Ilmu Fizik dan Ilmu Hisab, __________________ merupakan antara pusat pengajian terawal ditubuhkan di Universiti Sains Malaysia (USM).
A. Pusat Pengajian Sains Perubatan
B. Pusat Pengajian Ilmu Kebudayaan dan Kemanusiaan C. Pusat Pengajian Sains Kajihayat
D. Pusat Pengajian Sains Gunaan
2. Konvokesyen pertama Universiti Sains Malaysia diadakan pada tahun:- A. 1972
B. 1973 C. 1974 D. 1975
3. Semasa ketiadaan Naib Canselor, mesyuarat Senat akan dipengurusikan oleh:- A. Pendaftar
B. Timbalan Naib Canselor C. Penasihat Undang-undang D. Pro Canselor
4. Program pengajian yang ditawarkan oleh USM-KLE ialah A. Doktor Kesihatan Awam
B. Doktor Perubatan C. Doktor Pergigian D. Doktor Falsafah
5. Pro-Canselor USM pada masa ini terdiri daripada tokoh-tokoh berikut : i) Y. Bhg. Tan Sri Razali Ismail
ii) Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Dr. Jegathesan Manikavasagam iii) Y. Bhg. Tan Sri Datuk Mustafa Mansor
iv) Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan
A. i dan ii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. Semua di atas
6. Berdasarkan Perlembagaan Universiti Sains Malaysia, yang manakah merupakan Penaung Universiti?
A. Yang di-Pertuan Agung B. Canselor
C. Menteri Pengajian Tinggi D. Naib Canselor
7. Pada tahun 2020, Universiti Sains Malaysia akan meraikan ulang tahun yang ke ___
A. 49 tahun B. 50 tahun C. 51 tahun D. 52 tahun
8. Berapakah bilangan pusat pengajian yang ada bagi Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan?
A. 16 B. 24 C. 25 D. 26
9. Keahlian Senat Universiti hendaklah terdiri daripada:
A. Semua Timbalan Naib Canselor B. Semua Profesor Madya sepenuh masa C. Pengarah Pembangunan
D. Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik
10. Berikut adalah Rukun Nilai USM KECUALI A. Kebenaran
B. Kebijaksanaan C. Ketersediaan D. Qalbu
11. Ahli ex-officio dalam mesyuarat Senat terdiri daripada:- i) Pendaftar
ii) Ketua Pustakawan iii) Penasihat Undang-undang iv) Bendahari
A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii, iii dan iv D. Semua di atas
12. Berikut adalah antara usaha Universiti dalam mengekalkan bakat staf akademik selepas bersara.
i) Melantik semula Profesor dan staf akademik yang kompeten yang telah bersara sebagai staf USM
ii) Semua Profesor dan staf akademik yang dilantik adalah tertakluk kepada 7 trek laluan kerjaya
iii) Dibayar secara pukal dan tiada kenaikan honorarium tahunan
Berdasarkan pernyataan di atas, pelantikan ini merujuk kepada lantikan melalui:- A. Flexible Scheme For Retired Scholars
B. Flexible Scheme For Retired Staffs C. Pelantikan Kontrak Berjadual D. Skim Lantikan Sambilan
13. Berikut adalah syarat-syarat mengikuti belajar secara sambilan KECUALI A. Telah disahkan dalam jawatan
B. Mendapat perakuan Ketua Jabatan
C. Pembiayaan yuran pengajian ditanggung oleh Universiti D. Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara
14. Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang staf mendapat bayaran lebih masa adalah kerja-kerja yang:-
A. Dilakukan di luar ibu pejabat yang melebihi daripada waktu bekerja B. Perlu dibuat pada waktu malam
C. Dikehendaki dibuat oleh staf melebihi daripada waktu tugas biasanya D. Dilakukan sebelum jam 8.00 pagi
15. Kamarul ingin membuat permohonan cuti tanpa gaji kerana urusan peribadi yang mustahak. Di antara berikut adalah syarat yang membolehkan permohonan beliau dipertimbangkan, KECUALI
A. Telah menggunakan kesemua Cuti Tanpa Rekod B. Had maksima tidak melebihi 90 hari cuti tanpa gaji
C. Semua kelayakan cuti bergaji penuh hendaklah dihabiskan
D. Kamarul perlu mempunyai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 bulan
16. Seseorang pegawai layak dipertimbangkan untuk disahkan dalam jawatan apabila telah:-
A. Berkhidmat lebih daripada enam (6) bulan B. Hadir Program Transformasi Minda
C. Menduduki dan lulus peperiksaan perkhidmatan
D. Hadir Program Transformasi Minda dan lulus semua peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan
17. Tarikh pergerakan gaji bagi pegawai yang dilantik pada 1 Ogos 2017 adalah:- A. 1 Oktober 2017
B. 1 April 2018 C. 1 Julai 2018 D. 1 Oktober 2018
18. Pilih kategori aktiviti yang TIDAK BENAR tentang Cuti Tanpa Rekod (CTR) yang telah diperuntukkan oleh USM di bawah perbekalan cuti.
A. Kemudahan isteri bersalin
B. Menghadiri acara olahraga dan sukan C. Menjaga anak di hospital
D. Menduduki peperiksaan
19. Syarat permohonan persaraan pilihan:
A. Telah berumur 40 tahun pada tarikh permohonan termasuk staf lelaki dan wanita
B. Telah berumur 45 tahun pada tarikh permohonan termasuk staf lelaki dan wanita
C. Telah genap 15 tahun perkhidmatan yang diambilkira D. Telah genap 20 tahun perkhidmatan yang diambilkira
20. Tempoh cuti sabatikal bagi seorang pensyarah yang telah genap lima (5) tahun perkhidmatan dan berumur kurang daripada 53 tahun ialah:
A. 5 bulan B. 7 bulan C. 9 bulan D. 12 bulan
21. Apakah kelayakan yang membolehkan seseorang staf menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?
A. Staf yang dilantik secara tetap sahaja.
B. Genap 1 tahun perkhidmatan bagi tahun semasa C. Belum pernah menerima APC
D. Mendapat markah Laporan Penilaian Prestasi 75 peratus dan ke atas
22. Berikut adalah syarat-syarat pengesahan dalam jawatan yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan (JPA) KECUALI
A. Lulus Program Transformasi Minda/kursus induksi
B. Lulus peperiksaan perkhidmatan (Kertas 1 dan 2) tertakluk kepada skim C. LPP (1 tahun:85 ke atas, 2 tahun:70 ke atas, 3 tahun: 50 ke atas) D. Diperaku Ketua Jabatan
23. Apakah kesan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda ke atas perkhidmatan seseorang staf?
A. Tidak layak mendapat sebarang pergerakan gaji semasa dalam tempoh percubaan berkenaan
B. Kelayakan cuti rehat dikurangkan C. Diturunkan ke gred yang lebih rendah
D. Tidak layak menggunakan kemudahan perubatan
24. Staf yang berprestasi sederhana iaitu purata markah 70% ke atas boleh dipertimbangkan pengesahan jawatan dalam tempoh ______ tahun perkhidmatan.
A. Tidak dipertimbangkan B. 2
C. 3
D. 2 dan berdenda
25. Naib Canselor boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh selama ______ termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada staf yang beragama Islam untuk menunaikan fardhu haji di Mekah.
A. 30 hari B. 35 hari C. 40 hari D. 45 hari
26. Ketua Jabatan/Pejabat hendaklah mentadbir kerja-kerja lebih masa supaya jumlah tuntutan Bayaran Lebih Masa dalam sebulan bagi seseorang staf itu tidak melebihi _______________ bulanannya.
A. 1/3 daripada gaji pokok B. 1/2 daripada gaji pokok C. 2/3 daripada gaji pokok D. 3/3 daripada gaji pokok
27. Tempoh ikatan untuk berkhidmat dengan Universiti bagi seseorang felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) selepas menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah dengan jayanya ialah:
A. 3 tahun B. 5 tahun C. 7 tahun
D. 1 hingga 3 tahun
28. Berapakah kadar denda Bagi Kes Pendaftaran Kursus Lewat Dan Kes Penambahan Kursus Lewat (Kes Tanpa Alasan Kukuh/Munasabah)?
A. RM 30
B. RM 50
C. RM 70
D. RM 90
29. Aset alih terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ____________ dan ____________ . A. Harta modal, inventori
B. Harta perolehan, aset C. Aset tidak alih, aset alih D. Inventori, aset
30. Apakah jenis kod bagi kursus jenis ‘Audit’?
A. T B. E C. Z D. Y
31. Pelajar dibenarkan untuk menggugurkan kursus yang telah didaftar pada setiap semester sebelum
A. Minggu ke-6 B. Minggu ke-7 C. Minggu ke-8 D. Minggu ke-9
32. Apakah peranan dan tanggungjawab Pegawai Aset?
i) Bertanggungjawab menyediakan dokumen pendaftaran aset dan menghantar ke Unit Aset dan Insurans (Aset) untuk tujuan pendaftaran aset.
ii) Menyediakan dan menghantar ke Unit Aset dan Insurans (Aset) senarai daftar harta modal dan daftar aset bernilai rendah @ Inventori secara tahunan.
iii) Menyediakan dan memaklumkan kepada Unit Aset dan Insurans (Aset) jika berlaku pergerakan aset dan aset bernilai rendah @ Inventori seperti peminjaman, pemindahan lokasi dan sebagainya.
iv) Menyediakan senarai aset mengikut lokasi aset (KEW.PA-7) itu ditempatkan.
A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, ii dan iv D. Semua di atas
33. Berikut adalah justifikasi pelupusan aset KECUALI A. Usang dan tidak ekonomi dibaiki
B. Luput tempoh penggunaan C. Tiada alat ganti di pasaran D. Perlu mengatasi masalah ruang
34. “Aktiviti untuk mendapatkan, membeli atau memperolehi bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi menjalankan operasi Universiti dengan cara yang menguntungkan Universiti sama ada melalui sebutharga, tender atau kaedah lain yang dibenarkan”
Kenyataan di atas adalah definisi bagi : A. Perolehan
B. Aset alih C. Inventori D. Harta modal
35. Sesuatu perbelanjaan yang luar biasa tidak dapat dielakkan dan merupakan perbelanjaan tidak berulang adalah komponen ________.
A. Dasar Sedia Ada B. Dasar One Off C. Dasar Baru D. Dasar Mengejut
36. Wang runcit tidak boleh digunakan bagi tujuan bayaran _______.
A. Honorarium B. Jamuan C. Alat tulis D. Tol
37. Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan kewajipannya kepada USM demi kepentingan peribadinya. Contoh-contoh pelanggaran tatakelakuan adalah:
i) Menguruskan perniagaan/ pelaburan sendiri/ isteri/ anak/ saudara-mara dalam waktu pejabat/ tugas rasmi.
ii) Menggunakan staf USM/ alat/ barang-barang jabatan untuk hal-hal persendiriannya seperti menyiapkan tugasan,membersihkan tanah, kawasan rumah, mengangkat perabot rumah dan lain-lain
iii) Bercuti rehat dalam tempoh panjang
iv) Membuat bayaran tanpa disertakan dengan baucar, bil, resit akuan terima dan inbois
A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, ii dan iv D. Semua di atas
38. Dasar Pembangunan Siswa mengenalpasti lima (5) komponen utama antaranya ialah:-
i) Akademik
ii) Sokongan Akademik iii) Luaran dan Komuniti iv) Siswa
A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, ii dan iv D. Semua di atas
39. “Merancang pelan tindakan program pembangunan keusahawanan pelajar setiap tahun mengikut KPI yang diselaraskan di dalam Jawatankuasa Pengarah-Pengarah Pusat Keusahawanan IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi”. Peranan ini merujuk kepada ______________.
A. Unit Pembangunan Pelajar B. Pusat Keusahawanan Universiti C. Pusat Perhubungan Alumni D. Unit Latihan dan Kepimpinan
40. Berapakah jumlah maksimum pinjaman sementara kepada pelajar baharu sepenuh masa yang berdaftar?
A. RM300 B. RM500 C. RM700 D. RM1000
BAHAGIAN B
Bahagian I
1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan Pegawai Universiti?
b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.
(15 markah)
Bahagian II
2. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf sebagai universiti APEX pada tahun 2008. Kejayaan pengiktirafan adalah berdasarkan kepada kesediaan USM untuk memacu universiti dan pendidikan tinggi ke peringkat yang lebih global.
a) Nyatakan dan huraikan dengan ringkas LIMA (5) Teras APEX.
b) Sebagai seorang staf pelaksana, terangkan bagaimana anda boleh berperanan untuk memberikan sumbangan kepada matlamat program APEX.
(15 markah)
Bahagian III
3. Encik Raimi Sahak adalah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.
Beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Utara Malaysia. Beliau dikehendaki menghadiri kursus intensif selama dua (2) minggu di sana. Nyatakan syarat yang membolehkan beliau menghadiri kursus intensif berkenaan.
(15markah)
Bahagian IV
4. Sebagai warga USM, anda perlu mengenali dan mengetahui pengurusan tertinggi universiti dan bahagian yang diterajui.
Nyatakan nama Timbalan Naib Canselor dan fungsi serta peranan bahagian berikut:- a) Bahagian Akademik dan Antarabangsa
b) Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni c) Bahagian Penyelidikan dan Inovasi
(15 markah)
Bahagian V
5. Jelaskan mengenai peranan dan tanggungjawab staf yang dilantik berikut untuk pengawasan peperiksaan:
a) Ketua Pengawas b) Pengawas
c) Pembantu Peperiksaan
(15 markah)
Bahagian VI
6. Huraikan bantuan di bawah Tabung Kebajikan Pelajar Universiti Sains Malaysia.
(15 markah)