• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PP KJ KK JUM

1 - 2 3

No. Kad Pengenalan: ____________________

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UTAMA (KUMPULAN C)

KERTAS I

Tarikh : 25 Februari 2016 (Khamis) Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam) Tempat : Kampus Induk & Kampus Kesihatan

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi 2 bahagian seperti berikut:

Bahagian A : TIGA PULUH (30) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab semua soalan. Setiap soalan bernilai 2 markah. Bulatkan jawapan anda pada kertas soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan. Bahagian A menyumbang 60 markah.

Bahagian B : TUJUH (7) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja. Bahagian B menyumbang 40 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 muka surat termasuk muka hadapan.

(2)

BAHAGIAN A

1. Beliau mula menjadi Naib Canselor Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1982 sehingga 1995. Beliau yang dimaksudkan adalah

A. Tan Sri Dato’ Musa Mohamad

B. Tan Sri Datuk Profesor Hamzah Sendut C. Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak D. Dato’ Profesor Ishak Tambi Kechik

2. Siapakah yang mereka bentuk Cokmar Universiti Sains Malaysia

A. Encik Ibrahim bin Ismail B. Encik Ismail bin Ibrahim C. Encik Harun bin Yusof D. Encik Yusof bin Harun

3. Integriti merupakan satu nilai penting yang perlu ada pada setiap Pegawai Awam. Di antara berikut yg manakah nilai-nilai yang dikaitkan dengan integriti?

I Amanah II Jujur III Boleh dipercayai

IV Memelihara kepentingan awam

A. I, dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

4. Sekiranya berlaku kehilangan fail di pejabat, apakah tindakan yang perlu diambil bagi menyimpan surat yang baru diterima?

A. Membuat fail baru B. Membuka fail khas C. Membuka sampul kecil

(3)

5. Corak kerja lebih masa juga meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemprosesan, penyeliaan dan pengawasan tertakluk kepada syarat tertentu . Syarat yang tidak termasuk dalam corak kerja yang dibenarkan kerja lebih masa yang membolehkan bayaran kerja lebih masa dibuat adalah

A. Kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa terhad

B. Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya oleh sebab penanguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan

C. Kerja yang dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada bidang tugas biasanya

D. Kerja yang telah lama tertangguh tetapi secara tiba-tiba diminta disiapkan segera atas permintaan kecemasan

6. Piagam pelanggan ialah

I. Jaminan penyampaian perkhidmatan jabatan II. Komitmen bertulis jabatan kepada pelanggan III. Jenis perkhidmatan kepada pelanggan IV. Dipamerkan kepada pelanggan

A. I dan III B. I, II dan III C. I, II dan IV D. II, III dan IV

7. Perkara berikut terkandung di dalam Manual Prosedur Kerja (MPK) KECUALI

A. Objektif jabatan B. Latar belakang jabatan C. Aktiviti tugas semua pegawai D. Aktiviti dan fungsi utama jabatan

(4)

8. Maksud bagi elaun menanggung kerja ialah

A. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diluluskan pemangkuan kerja B. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diarahkan melaksanakan tugas

jawatan lain di samping menjalankan tugasnya sendiri

C. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan

D. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diarah melaksanakan tugas pegawai lain melebihi masa yang ditetapkan

9. Kemudahan perubatan dipanjangkan kepada ibu bapa yang sah bagi pegawai yang memilih opsyen SSM/SSB dan pegawai masih di dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun ianya tidak meliputi semua jenis rawatan. Rawatan yang tidak dibenarkan ialah

I. Rawatan perubatan di luar negeri

II. Rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit

III. Pembekalan alat-alat ortopedik dan anggota palsu

IV. Rawatan crowning, gigi palsu dan rawatan otodontics bagi tujuan corrective measures

A. I dan II B. I,II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

10. Seseorang penjawat awam akan di anggap menyelenggara taraf hidup yang melebihi emolumen rasmi jika berada di dalam keadaan-keadaan berikut KECUALI

A. Memiliki harta yang tidak seimbang dengan pendapatan rasminya B. Memiliki sumber-sumber kewangan yang melebihi pendapatan rasminya C. Menyenggara hidupnya tidak setimpal dengan pendapatan rasminya

D. Memiliki sumber-sumber pendapatan yang diwarisi yang melebihi pendapatan rasminya

(5)

11. Semua yang berikut adalah benar mengenai fungsi Unit Perumahan dan Penginapan Universiti (UPPU) KECUALI

A. Menguruskan hal ehwal penginapan semasa cuti

B. Menguruskan hal ehwal kafeteria dan premis perniagaan

C. Menguruskan hal-hal perolehan (perkakas dan peralatan) perumahan dan Desasiswa

D. Menyediakan bantuan sokongan tambahan untuk pelajar antarabangsa yang memerlukan bantuan seperti kehilangan bagasi, hal-hal perbankan dan keperluan persekolahan anak-anak

12. Setiap muka pertama surat rasmi hendaklah menggunakan kertas rasmi jabatan yang sudah tercetak. Tujuan penggunaan kertas rasmi tersebut adalah seperti berikut KECUALI

A. Menyenangkan orang ramai/jabatan lain mengalamatkan surat balasan B. Memudahkan ianya dikesan apabila hilang di dalam mana-mana fail

C. Memudahkan orang ramai/jabatan lain mengetahui lokasi sebenar jabatan itu D. Memberi surat itu kuasa dan pandangan yang sepatutnya

13. Cuti yang diklasifikasikan sebagai cuti atas sebab perubatan adalah

A. Cuti pampasan B. Cuti separuh gaji C. Cuti bersalin D. Cuti tanpa rekod

14. Berapakah kadar cuti Khas Perubatan yang boleh diambil oleh seseorang staf dalam satu-satu tahun

A. 14 hari B. 120 hari C. 90 hari

(6)

15. Carta aliran kerja di dalam Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) ialah

A. Gambar rajah secara grafik atau gambar rajah ke atas tindakan yang terlibat di dalam sesuatu aktiviti

B. Rangkaian kerja-kerja yang terlibat di dalam sesuatu aktiviti

C. Carta organisasi yang menunjukkan pembahagian kerja kakitangan berkenaan

D. Proses kerja dan peraturan yang terlibat di dalam sesuatu aktiviti

16. Panjar wang runcit bermakna

A. Panjar untuk membayar gaji

B. Wang kepada pegawai perakaunan untuk membuat pembayaran kecil C. Peruntukan wang tunai untuk memudahkan perbelanjaan berkala

D. Pendahuluan khas untuk membayar perbelanjaan semasa menjalankan tugas

17. Kulit-kulit fail terperingkat diberi warna-warna tertentu . Kulit fail terperingkat “Rahsia Besar” berwarna

A. Merah dengan berpalang merah jambu di sebelah luar kulit hadapan dan belakang

B. Hijau dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang C. Kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang D. Merah jambu dengan berpalang hijau muda di sebelah luar kulit hadapan dan

(7)

18. Apakah maksud panel doktor dalam peraturan yang terkandung dalam peraturan kemudahan perubatan

A. Pegawai perubatan kerajaan yang mempunyai kuasa menentukan tahap kesihatan seseorang pegawai

B. Pegawai perubatan swasta yang diluluskan oleh kerajaan untuk mengeluarkan sijil sakit

C. Sekumpulan pakar perubatan yang ditubuhkan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas pegawai yang kerap sakit

D. Pakar perubatan swasta yang dilantik sebagai perunding bagi membuat pemeriksaan seseorang pegawai yang mengalami penyakit tertentu

19. Kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunya pelanggaran keselamatan. Kelemahan-kelemahan itu termasuk:

I. Tidak cermat ketika bercakap melalui telefon mengenai perkara terperingkat II. Kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan

III. Ketagihan minuman keras yang berlebihan

IV. Keinginan mendedahkan sesuatu perkara terperingkat

A. I ,II dan III sahaja B. I , III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II , III dan IV sahaja

20. Bilakah perlembagaan baru Universiti Sains Malaysia telah diwartakan?

A. 3 September 2008 B. 1 Januari 2011 C. 1 Julai 2011 D. 11 Ogos 2011

(8)

21. Profesor Dato’ Omar Osman adalah Naib Canselor USM yang ke?

A. 4 B. 5 C. 6 D. 7

22. Kenyataan berikut adalah benar mengenai fail KECUALI

A. Fail-fail yang dibuka hendaklah diberi tajuk ringkas yang dapat membayangkan isi kandungannya

B. Fail-fail terperingkat SULIT hendaklah mempunyai pendaftaran yang berasingan dari fail-fail terbuka

C. Tiap-tiap fail yang telah dibuka akan dimasukkan kertas minit yang dijadikan sebahagian daripada kandungan fail

D. Apabila had muatan di dalam sesebuah fail itu dicapai, satu kulit fail baru yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama hendaklah dibuka dan ditanda sebagai JILID 1

23. Berikut adalah Nilai Teras APEX KECUALI

A. Kelestarian B. Kesejagatan C. Kemanusiaan D. Kebebasan

24. Salah satu kaedah yg selalu digunakan oleh ahli Kumpulan Meningkat mutu Kerja (KMK) bagi mengenalpasti sesuatu masalah ialah analisis Sebab-Akibat. Analisis ini juga dikenali sebagai

A. Analisis Tulang Ikan

B. Analisis Kebarangkalian C. Analisis Proses KMK

(9)

25. Jenis-jenis kerja lebih masa adalah seperti berikut KECUALI

A. Kerja siang B. Kerja di waktu rehat C. Kerja malam D. Kerja kecemasan

26. Takrif kerja malam bermaksud giliran bertugas tambahan yang dibuat antara jam

A. 8.00 malam hingga 4.00 pagi B. 10.00 malam hingga 6.00 pagi C. 6.00 petang hingga 8.00 malam D. 6.00 petang hingga 10.00 malam

27. “En. A seorang Pembantu Tadbir (P/O) telah dimasukkan ke hospital kerajaan kerana cedera parah akibat kemalangan jalan raya”

Sebagai kakitangan awam En. A layak menikmati kemudahan-kemudahan berikut KECUALI

A. Rawatan percuma B. Alat ortopedik percuma C. Bekalan ubat percuma

D. Menduduki wad secara percuma

28. Seseorang staf layak diberi cuti kerantina jika

A. Staf yang jatuh sakit semasa bercuti separuh gaji atau tanpa gaji di Malaysia ataupun luar negara dan tidak berkelayakan mendapat cuti sakit

B. Seorang staf yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga (3) tahun berturut-turut

C. Staf yang tercedera semasa menjalankan tugasnya

D. Apabila beliau dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara telah ditahan di mana-mana stesen kerantina oleh pihak Berkuasa Kesihatan Pelabuhan atau kapal terbang akibat berlaku wabak penyakit merebak

(10)

29. Salah satu prinsip MS ISO 9000:2000 adalah tumpuan kepada :

A. Pelanggan B. Pengurus C. Pekerja D. Pelajar

30. Apakah peranan urusetia di dalam sesuatu mesyuarat ?

I. menghantar surat jemputan mesyuarat II. membuat tempahan bilik mesyuarat

III. menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat IV. Pembekalan alat-alat pejabat yang sesuai

A. I, II dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

BAHAGIAN B

1. Yang di-Pertuan Agong telah menetapkan 1 Februari 2009 sebagai tarikh peruntukan-peruntukan Perlembagaan Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti di Pulau Pinang 1971. Mengikut Perlembagaan Universiti Sains Malaysia tersebut, siapakah ahli Lembaga Gabenor?

(10 markah)

2. Apakah tatakelakuan yang perlu dipatuhi oleh semua staf Universiti mengikut Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun (Akta 605).

(11)

3. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan (Jabatan Perkhidmatan Awam) Bilangan 1 Tahun 1992, jelaskan tentang Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Berkursus/Berkhidmat di dalam Negara/Luar Negara.

(10 markah)

4. Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Senaraikan LIMA (5) justifikasi kenapa sesuatu aset itu boleh dilupuskan.

(10 markah)

5. Sila nyatakan LIMA (5) kaedah yang boleh dilakukan oleh sesebuah jabatan untuk memelihara rekod dalam jagaan mereka.

(10 markah)

6. Semua mesin penyalin terutama di bahagian yang menguruskan dokumen terperingkat perlulah mematuhi beberapa peraturan. Senaraikan LIMA (5) peraturan bagi menyalin dokumen terperingkat.

(10 markah)

7. Tugas khusus Pegawai Khidmat Pelanggan adalah berinteraksi dengan pelanggan. Oleh itu, perwatakan dan penampilan mereka amat penting bagi memastikan pelanggan yang berurusan di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan merasa selesa. Antara ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh Pegawai Khidmat Pelanggan adalah:

(10 markah)

Referensi

Dokumen terkait

b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf

diarahkan oleh Ketua Jabatan. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diarah melaksanakan tugas pegawai lain melebihi masa yang ditetapkan. Elaun yang dibayar kepada pegawai

Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan

A. Berikut disenaraikan proses kerja pemilihan dan penyemakan majalah baharu di Bahagian Bahan Bersiri. Sila pilih proses kerja yang bersesuaian dengan kerja pemilihan dan penyemakan

Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau

Akta Badan- Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan tatatertib,

Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas apabila disabitkan oleh makamah atas kesalahan jenayah

Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus