• Tidak ada hasil yang ditemukan

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1 - - 1

No. Kad Pengenalan: ____________________

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 KERTAS I

Tarikh : 23 Februari 2016 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam)

Tempat : Kampus Induk

ARAHAN KEPADA CALON

Kertas ini mengandungi 2 bahagian seperti berikut:

Bahagian A : DUA PULUH (20) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab semua soalan. Setiap soalan bernilai 2 markah. Bulatkan jawapan anda pada kertas soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan. Bahagian A menyumbang 40 markah.

Bahagian B : ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab empat (4) soalan sahaja. Bahagian B menyumbang 60 markah.

Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.

Kertas soalan ini mengandungi 7 muka surat termasuk muka hadapan.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN

(2)

BAHAGIAN A

1. Komponen utama Belanjawan Mengurus terdiri daripada:

A. Hasil & Perbelanjaan

B. Anggaran Hasil & Anggaran Perbelanjaan C. Peruntukan & Perbelanjaan Tahunan D. Perbelanjaan & Lebihan Peruntukan

2. Kenyataan berikut adalah PALING TEPAT mengenai perolehan secara sebutharga di peringkat PTJ:

A. Perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM10,000 hingga RM20,000 B. Perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM20,000 hingga RM200,000 C. Perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM20,000 hingga RM50,000 D. Perolehan atau bekalan perkhidmatan tidak melebihi RM20,000

3. Nyatakan jumlah had perolehan asset yang dipermodalkan dalam akaun Universiti A. Item melebihi RM 1,000 seunit

B. Item melebihi RM 3,000 seunit C. Item melebihi RM 5,000 seunit D. Item melebihi RM 10,000 seunit

4. Jawatankuasa yang bertanggungjawab memperaku dan meluluskan pelupusan peralatan Komputer Universiti ialah:

A. Jawatankuasa Pelupusan Aset B. Jawatankuasa Pelupusan Barang

C. Jawatankuasa Pelupusan Aset & Barang D. Jawatankuasa Pelupusan Peralatan Komputer

5. Aset Universiti berikut boleh dikelaskan sebagai asset tak ketara:

A. Kenderaan B. Perabot C. Komputer D. Harta Intelek

(3)

6. Penyelenggaraan aset Kerajaan/Universiti bertujuan KECUALI:

A. Memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan

B. Memelihara dan memanjangkan jangka hayat C. Mengurangkan kerosakan

D. Merancang pembelian aset

7. Langkah pertama yang perlu dilaksanakan oleh seseorang staf apabila berlakunya sesuatu kehilangan aset Universiti ialah:

A. Melaporkan kehilangan kepada ketua jabatan B. Menyediakan laporan awal

C. Menyediakan laporan akhir

D. Menggantikan aset yang telah hilang

8. Kenyataan berikut adalah PALING TEPAT mengenai kaedah pembelian terus:

A. Perolehan barang atau perkhidmatan melebihi RM 20,000.00 B. Perolehan barang atau perkhidmatan melebihi RM 50,000.00 C. Perolehan barang atau perkhidmatan sehingga RM 19,999.00 D. Perolehan barang atau perkhidmatan sehingga RM 20,000.00

9. Istilah VIREMAN merujuk kepada:

A. Permohonan membeli aset baru B. Permohonan peruntukan tambahan

C. Permohonan memindahkan peruntukan daripada satu vot ke satu vot/siri vot yang lain

D. Penyediaan belanjawan tahunan

10. Elaun harian layak dituntut apabila seseorang pegawai melaksanakan tugasnya di luar ibu pejabat

A. Melebihi 8 jam B. Kurang 8 jam C. Melebihi 24 jam

D. Melebihi 8 jam tetapi kurang 24 jam

(4)

11. Peraturan perolehan semasa Universiti Sains Malaysia menetapkan bahawa semua perolehan bernilai melebihi RM 20,000 sehingga RM 50,000 hendaklah diuruskan secara:

A. Perolehan terus

B. Perolehan secara sebutharga kepada sekurang-kurangnya 3 penyebutharga C. Perolehan secara sebutharga kepada sekurang-kurangnya 5 penyebutharga D. Perolehan secara tender terbuka

12. Pelupusan kenderaan bernilai RM 250,000 mestilah dipertimbang dan diluluskan oleh:

A. Jawatankuasa Sebutharga

B. Jawatankuasa Pelupusan Peralatan Komputer C. Jawatankuasa Pelupusan Aset dan Barang D. Jawatankuasa Tetap Kewangan

13. Penyata Penyesuaian Bank yang disediakan secara bulanan merujuk kepada:

A. Penyesuaian baki tunai di lejer am berbanding baki tunai di dalam penyata bank

B. Penyesuaian baki tunai di lejer am berbanding baki tunai di buku panjar runcit C. Penyesuaian baki tunai di lejer am berbanding buku kutipan harian

D. Penyesuaian baki tunai di lejer am berbanding buku resit

14. Item Penghutang Perniagaan ditunjukkan di dalam akaun Universiti sebagai:

A. Aset Jangka Panjang di dalam Penyata Pendapatan B. Aset semasa di dalam Penyata Pendapatan

C. Aset semasa di dalam Lembaran Imbangan D. Aset Tetap di dalam Lembaran Imbangan

15. Item Pemiutang Perniagaan ditunjukkan di dalam akaun Universiti sebagai:

A. Tanggungan Jangka Panjang di dalam Penyata Pendapatan B. Tanggungan semasa di dalam Penyata Pendapatan

C. Tanggungan Jangka Panjang di dalam Lembaran Imbangan D. Tanggungan semasa di dalam Lembaran Imbangan

(5)

16. Di bawah belanjawan mengurus Universiti, penawaran program baru oleh Pusat Pengajian diklasifikasikan sebagai:

A. Dasar sedia ada B. Dasar ’One Off‘

C. Dasar Baru

D. Dasar Rancangan Malaysia

17. Insuran ’Medical Malpractice‘ bertujuan melindungi

A. Semua staf Universiti dari dakwaan pihak ketiga akibat kecuaian yang berlaku

B. Staf dan pelajar perubatan dan pergigian Universiti dari dakwaan pihak ketiga akibat kecuaian yang berlaku

C. Staf perubatan Universiti sahaja dari dakwaan pihak ketiga akibat kecuaian yang berlaku

D. Staf pergigian Universiti sahaja dari dakwaan pihak ketiga akibat kecuaian yang berlaku

18. Universiti menawarkan Skim Pinjaman Kenderaan berikut:

A. Skim Pinjaman Kenderaan Konvensional sahaja

B. Skim Pinjaman Kenderaan Konvensional dan secara prinsip Al-Bai‘ Bithaman Ajil

C. Skim Pinjaman Kenderaan secara prinsip Al-Bai‘ Bithaman ’Ajil sahaja D. Skim Pinjaman Kenderaan secara prinsip Al-Mudharabah sahaja

19. Pinjaman kenderaan kepada Pegawai yang masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak hendaklah dijamin oleh:

A. Seorang pegawai dari kumpulan pengurusan dan profesional atau kumpulan sokongan yang setaraf atau lebih tinggi yang telah disahkan dalam jawatannya

B. Seorang pegawai dari kumpulan pengurusan dan profesional

C. Dua orang pegawai dari kumpulan pengurusan dan profesional atau kumpulan sokongan yang setaraf atau lebih tinggi yang telah disahkan dalam jawatannya

D. Tidak perlu penjamin

(6)

20. Universiti menawarkan Skim Pinjaman Komputer berikut:

A. Skim Pinjaman Komputer Universiti Sains Malaysia sahaja B. Skim Pinjaman Komputer Sistem Saraan Baru sahaja

C. Skim Pinjaman Komputer oleh Koperasi Universiti Sains Malaysia

D. Skim Pinjaman Komputer Universiti Sains Malaysia dan Skim Pinjaman Komputer Sistem Saraan Baru

BAHAGIAN B

1. Salah satu aplikasi yang terdapat di dalam eFAS (Electronic Financial and Accounting System) Universiti ialah aplikasi eVote.

a) Sila jelaskan kegunaan buku vot kepada sesuatu PTJ.

b) Sila jelaskan EMPAT (4) perbezaan utama di antara buku vot manual dan buku vot elektronik.

(15 markah)

2. Pusat Tanggungjawab A telah membuat pesanan bekalan bernilai RM155,500.00 daripada Syarikat Bekalan ABC.

i. Senarai dan jelaskan dokumen sokongan yang diperlukan sebelum tindakan pembayaran boleh dibuat kepada syarikat pembekal.

ii. Sila jelaskan EMPAT (4) jenis kesilapan/ketidakpatuhan yang mungkin ditemui semasa memproses sesuatu pembayaran kepada pembekal.

(15 markah)

(7)

3. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 membenarkan seseorang pegawai menuntut beberapa jenis elaun yang bersabit dengan tugasan rasmi di luar kawasan ibu pejabat. Sila terangkan apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang pegawai yang bertugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat di dalam negeri untuk menuntut elaun-elaun berikut:

a) Elaun Makan b) Elaun Harian c) Elaun Lojing d) Tambang Gantian

(15 markah)

4. Bincangkan secara ringkas DUA (2) jenis elaun dan DUA (2) jenis imbuhan tetap yang dibayar bersama emolumen kepada seseorang penjawat awam pada setiap bulan.

(15 markah)

5. Berdasarkan tatacara pengurusan aset alih Universiti, jelaskan secara ringkas perkara berikut:

a) Borang Kew-PA 2 b) Borang Kew-PA 3

c) Pegawai Aset

d) Pegawai Pemeriksa

(15 markah)

6. Sila huraikan secara ringkas kaedah-kaedah perolehan berikut:

a) Perolehan secara sebutharga b) Perolehan secara tender terbuka c) Perolehan melalui panjar wang runcit d) Perolehan secara pembelian terus

(15 markah)

oooo 0 oooo

Referensi

Dokumen terkait

b) Sila jelaskan fungsi dan peranan mana-mana EMPAT (4) Pegawai Universiti.. Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah universiti Penyelidikan sebelum diiktiraf

Semasa seseorang staf yang masih dalam perkhidmatan meninggal dunia, pihak Universiti akan memberi Bantuan Pengurusan Jenazah sebanyak ________ untuk urusan

Terangkan maksud Sistem Fail dan huraikan TUJUH (7) ciri-ciri Sistem Fail yang baik. Puan Saliza seorang Pegawai Psikologi telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau

Akta Badan- Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan tatatertib,

Satu perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk menghalang seseorang pekerja daripada menjalankan tugas apabila disabitkan oleh makamah atas kesalahan jenayah

Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus

3.9 Membuat laporan pelaksanaan tugas kepada atasan sebagai dasar pengambilan kebijakan dan bahan pertanggungjawaban pelaksana tugas Tahapan:.. 1) Mengumpulkan data

diarahkan oleh Ketua Jabatan. Elaun yang dibayar kepada pegawai yang diarah melaksanakan tugas pegawai lain melebihi masa yang ditetapkan. Elaun yang dibayar kepada pegawai