PP KJ KK JUM 16 4 14 34
No. Kad Pengenalan: ____________________
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SUBJEK UTAMA (KUMPULAN D)
KERTAS I
Tarikh : 27 November 2018 (Selasa) Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)
Tempat : Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan & Kampus Kesihatan
ARAHAN KEPADA CALON
Kertas soalan ini mengandungi LIMA PULUH (50) soalan berbentuk objektif. Jawab
SEMUA soalan. Setiap soalan bernilai 2 markah. Bulatkan jawapan anda pada kertas
soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan.
Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.
Kertas soalan ini mengandungi 13 muka surat termasuk muka hadapan.
BAHAGIAN A
1. Nama asal Universiti Sains Malaysia adalah
A. Kolej Pulau Pinang B. Kolej Universiti Pulau Pinang C. Universiti Pulau Pinang D. Institut Pulau Pinang
2. Lengkapkan rangkap Menara Ilmu ini “ Biar usaha kami
Hasrat nyala “ A. berseri, bersemi B. bererti, berseri C. bersemi, berseri D. berseri, bererti
3. USM juga merupakan Universiti Awam pertama menawarkan A. Program Aeroangkasa
B. Program Pengajian Luar Kampus C. Program Luar Pesisir
D. Program Usahasama Akademik
4. Berikut merupakan penerima Anugerah Ijazah Kehormat USM KECUALI A. Tan Sri Razali Ismail
B. Tun Dr. Mahathir Mohamad C. Dato’ Jins Samsudin
D. Dato’ Yusuf Haslam
5. USM turut mempunyai pejabat pesisir di A. Kedah
B. Perak C. India D. Hong Kong
6. adalah seseorang yang dilantik di bawah kontrak perkhidmatan Universiti bagi melaksanakan fungsi penyelidikan.
A. Pegawai penyelidik B. Felo Pasca Kedoktoran
C. Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan D. Felo Pengajar
7. Huruf S dalam logo taip USM membawa maksud i. Sejahtera ii. Sains iii. Sastera iv. Sihat A. Kesemua di atas B. ii dan iii C. iii dan iv D. i,ii dan iii
8. Untuk menjadi ahli Koperasi USM, ahli perlu membayar yuran keahlian sebanyak A. RM 200.00
B. RM 100.00 C. RM 50.00
D. Mengikut kemampuan
9. Bagi maksud penamatan perkhidmatan di bawah Dasar Pemisah, surat tunjuk sebab akan dihantar oleh dan staf perlu mengemukakan penjelasan dalam tempoh _____ hari (termasuk permohonan hadir representasi).
A. Pendaftar, 14 B. Ombudsmen, 14
C. Penasihat Undang-undang, 30 D. Pendaftar, 30
10. Semua Staf Tetap, Sementara dan Kontrak serta tanggungan mereka yang layak, boleh menerima kemudahan perubatan mengikut peraturan Skim Perkhidmatan Perubatan Staf USM. Tanggungan di sini termasuklah
i. anak tiri
ii. anak angkat yang diambil secara sah
iii. anak yang masih belajar sepenuh masa dan berumur 22 tahun iv. ibu bapa
A. Kesemua di atas B. i, ii dan iv
C. iii dan iv D. i,ii dan iii
11. Staf adalah layak mendapatkan rawatan perubatan di pusat perubatan berikut
KECUALI
A. Pusat Sejahtera (Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan) B. Hospital Swasta dengan kebenaran Ketua Jabatan
C. Hospital Kerajaan D. Klinik panel
12. Arahan Perbendaharaan 59 (AP 59) merupakan satu tindakan bagi sesuatu perolehan yang telah dilakukan tanpa mematuhi peraturan kewangan yang telah ditetapkan. Ini boleh menyebabkan staf dikenakan tindakan
A. ditukarkan jabatan B. surcaj
C. diturunkan pangkat D. tiada kenaikan gaji tahunan
13. Bagi memastikan sesebuah jabatan berfungsi dengan baik, Ketua Jabatan haruslah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
i. Mengenalpasti calon penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ii. Menyediakan carta organisasi
iii. Latihan yang bersesuaian kepada staf iv. Pembahagian kerja yang saksama dan adil
A. ii,iii,iv B. i, ii dan iv C. i, ii dan iii
D. Kesemua di atas
14. Apabila Ukuran bagi rekod yang tidak aktif ialah rekod yang telah tamat tindakan atau tidak dirujuk dalam masa tahun
A. tiga B. tujuh C. lima D. sepuluh
15. Sebagai tambahan kepada latihan dalam Jabatan, staf akan menerima faedah sekiranya mereka mendapat pengalaman menerusi
A. pusingan kerja antara staf B. perkhidmatan silang C. sangkutan di jabatan lain D. pendedahan luar negara
16. Semua perenggan dalam surat perlu diberi nombor berturut KECUALI di A. perenggan akhir
B. tiada pengecualian C. perenggan kedua D. perenggan pertama
17. Semua surat yang keluar dari sesebuah jabatan hendaklah direkodkan dalam A. kertas-kertas minit fail
B. sistem surat menyurat C. buku log
D. direktori pejabat
18. Siapakah yang bertanggungjawab memberikan tajuk fail? A. Pembantu Pegawai Tadbir
B. Pegawai
C. Setiausaha Pejabat D. Ketua Jabatan
19. Apabila had muatan dalam sesebuah fail dicapai, maka satu kulit fail baru yang
mempunyai tajuk dan nombor yang sama hendaklah dibuka dan ditanda sebagai A. Siri II
B. Volume II C. Jilid II
D. bergantung kepada budibicara Ketua Jabatan
20. Fail yang mengandungi kandungan atau ketebalannya hendaklah ditutup dan fail baru dibuka
A. 50, 2 cm B. 50, 4 cm C. 100, 2 cm D. 100, 4 cm
21. Tahun buka fail mustahak dicatat pada A. Doket Rekod Nombor
B. Buku log C. Kulit belakang fail D. Muka depan fail
22. Fail berwarna putih adalah untuk fail A. Terhad
B. Sulit C. Terbuka D. Rahsia
23. Fail Belanjawan Negara yang akan dibentangkan setiap tahun perlu menggunakan fail berwarna
A. Hijau
B. Merah Jambu berpalang merah C. Putih
24. Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlulah mengadakan pemeriksaan bekalan alat tulis dalam simpanan pada setiap __ bulan oleh pegawai yang bertanggungjawab. A. 9 B. 6 C. 3 D. 1
25. Ketua Jabatan hendaklah melantik Pegawai Rekod Jabatan. Pegawai ini tidak harus dilantik daripada kumpulan yang lebih rendah daripada
A. Pegawai Tadbir
B. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) C. Kumpulan Kerja dan Separa Iktisas D. Felo Kunjungan
26. hendaklah menjalankan pemeriksaan dan kajian tahunan bagi rekod yang telah ditutup 5 tahun dahulu.
A. Pegawai Rekod Jabatan B. Pegawai Tadbir C. Setiausaha Pejabat D. Ketua Jabatan
27. Semua telegram yang menggunakan perkataan KERAJAAN tidak akan dikenakan bayaran tetapi sekiranya sesebuah telegram biasa dikehendaki dikirim dengan segera, bayarannya adalah
A. dua kali ganda kadar biasa B. kadar biasa
C. tertakluk kepada patah perkataan D. tertakluk kepada lokasi penerima
28. Tempoh Cuti bagi pegawai yang genap perkhidmatan 3 tahun (tanpa terputus perkhidmatan) adalah selama 5 bulan dan bagi pegawai yang genap perkhidmatan 5 tahun adalah 9 bulan.
A. Sabatikal B. Penyelidikan C. Sangkutan Industri D. Pasca Doktoral
29. Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama ______ hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am kepada pegawai yang beragama Islam untuk menunaikan fardu haji di Mekah.
A. 45 B. 40 C. 50 D. 35
30. Gantian Cuti rehat adalah yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
A. ganjaran B. award wang tunai C. gratuiti
D. hadiah saguhati
31. Takrif Kerja Siang bagi menentukan jenis-jenis kerja yang boleh dibayar bayaran lebih masa meliputi
A. giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam
B. giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 petang hingga 12 tengah malam
C. giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 5 petang hingga 10 malam
D. giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 5 pagi hingga 10 malam
32. Bagi seseorang pegawai selain daripada pemandu, masa perjalanan di luar masa kerja boleh dikira sebagai Kerja Lebih Masa jika tempoh waktu bertugas di luar kawasan pejabat itu adalah kurang daripada tempoh
A. 15 jam B. 12 jam C. 10 jam D. 24 jam
33. Setiap staf yang dilantik ke Perkhidmatan Awam dikehendaki melalui tempoh percubaan antara __ hingga _ tahun.
A. 1, 5 B. 2,3
C. 1,4 (berdenda) D. 1, 3
34. Satu daripada kawalan yang berkesan dalam kawalan alatulis ialah setiap staf diberikan bekalan alat tulis yang cukup bagi kegunaannya bagi satu jangka yang A. panjang
B. bergantung kepada keperluan staf C. pendek
D. bergantung kepada jenis alat tulis
35. Untuk melicinkan pentadbiran simpanan alat tulis, peraturan-peraturan dalam Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan hendaklah dipatuhi.
A. alat tulis B. pejabat C. kewangan D. stor
36. ialah sebuah dokumen rujukan bagi peringkat jabatan/pejabat, mengandungi fungsi dan objektif rasmi pejabat, prosedur-prosedur yang jelas serta pegawai dan staf yang bertanggungjawab bagi melaksanakan tiap-tiap aktiviti yang dipertanggungjawabkan.
A. Fail Meja
B. Piagam Pelanggan C. Manual Prosedur Kerja D. Sasaran Kerja Tahunan
37. _______ ialah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di meja pegawai.
A. Fail Meja
B. Piagam Pelanggan C. Manual Prosedur Kerja D. Sasaran Kerja Tahunan
38. Standard perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan seboleh-bolehnya hendaklah tinggi nilainya sehingga melebihi ekspektasi pelanggan sejajar dengan pendekatan
A. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan B. Transformasi Perkhidmatan Awam
C. Menjana Negara Sejahtera D. delighting the customer
39. Piagam Pelanggan perlulah disemak dalam tempoh 12 bulan. A. sekali
B. dua kali C. tiga kali D. empat kali
40. Panggilan telefon dijawab dalam tempoh selepas deringan pertama A. 30 saat
B. 20 saat C. 10 saat D. 15 saat
41. Pelbagai saluran perkhidmatan perlu disediakan untuk memudahkan pelanggan berurusan dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Antaranya:
i. Surat-Menyurat
ii. E-mel/Laman Web/Portal iii. Kios
iv. Urusan Bersemuka
A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii,iii,dan iv D. Kesemua di atas
42. Perkhidmatan helpdesk merupakan perkhidmatan bantuan pelanggan yang
ditawarkan secara bersepadu melalui pelbagai saluran di Unit Tetap Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh helpdesk meliputi layanan
A. bantuan kewangan
B. kemudahan pengangkutan kepada pelanggan yang memerlukan selepas urusan kaunter
C. aduan pelanggan D. bantuan guaman
43. Matlamat Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
A. kualiti kerja B. semangat bekerja C. bilangan persatuan staf
D. staf pelapis untuk kenaikan pangkat
44. Struktur KMK perlulah mempunyai
A. Fasilitator, Ketua Kumpulan dan Ahli
B. Jawatankuasa Pemandu, Fasilitator, Ketua Kumpulan dan Ahli C. Jawatankuasa Pemandu, Fasilitator dan Ahli
D. Jawatankuasa Pemandu, Ketua Kumpulan dan Ahli
45. Pihak Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam yang berkualiti akan mampu
melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap. Oleh itu, diwujudkan.
A. Gagasan 1Malaysia
B. Pusat Transformasi Bandar (UTC) C. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) D. Transformasi Perkhidmatan Awam
46. Latihan dalam bidang adalah keperluan asas bagi kejayaan TQM. Ini adalah kerana pelaksanaan TQM memerlukan sokongan dan penyertaan kakitangan yang mahir dan berpengetahuan.
A. pengurusan B. kualiti C. pentadbiran D. polisi
47. Pegawai perkhidmatan awam yang ingin melaksanakan kerja luar perlulah memastikan
i. pekerjaan luar itu tidak dilakukan dalam waktu bekerja
ii. pekerjaan luar itu tidak akan menjejaskan kebergunaan pegawai iii. tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam
iv. pendapatan yang diperolehi daripada kerja luar tersebut diserahkan 1% kepada akaun jabatan
A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii,iii,dan iv D. Kesemua di atas
48. Berdasarkan Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002, pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang ingin melakukan pekerjaan luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada ____________ masing- masing.
A. Penasihat Undang-undang B. Ketua Jabatan
C. Penyelia D. Ombudsmen
49. Panduan asas pentadbiran sesebuah pejabat/jabatan yang meliputi pentadbiran am, perkara perkhidmatan, alat kelengkapan pejabat, rekod awam dan kemudahan perhubungan dikenali sebagai
A. Perintah Am
B. Pekeliling Perkhidmatan C. Arahan perkhidmatan D. Tatacara Pengurusan
50. Berat cokmar Universiti adalah A. 8 kilogram
B. 10 kilogram C. 12 kilogram D. 14.5 kilogram