12 - 4 16
No. Kad Pengenalan: ___________________
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
PEMBANTU LAUT A19 / ARTIS BUDAYA B19 / JURUFOTOGRAFI B19 / PEMBANTU VETERINAR G19 / PEMBANTU KESELAMATAN KP19 / PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19 / PENYELIA ASRAMA N19 / PEMBANTU PENYELIDIK SOSIAL N19 /
PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19
KERTAS I – SUBJEK UTAMA (KUMPULAN C)
Tarikh : 2 Mei 2018 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)
Tempat : Kampus Induk & Kampus Kesihatan
______________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA CALON
Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian seperti berikut:
Bahagian A : DUA PULUH (20) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab SEMUA soalan. Bahagian A bernilai 40 markah.
Bahagian B: ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab EMPAT (4) soalan.
Bahagian B bernilai 60 markah.
Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.
Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat termasuk muka hadapan.
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN
BAHAGIAN A
Jawab SEMUA soalan
1. Kawasan ini telah dianugerahkan oleh D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah seluas 198 hektar. Kawasan ini seterusnya telah dibangunkan menjadi:
A. Kampus Kesihatan, Kubang Kerian B. Institut Perubatan Pergigian Termaju C. Kampus Kejuruteraan, Sri Iskandar, Tronoh
D. Kampus Kejuruteraan, Sri Empangan, Parit Buntar
2. Mengikut Peraturan 21 Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605, adalah menjadi tanggungjawab ____________ untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya untuk mengambil tindakan yang bersesuaian bagi apa-apa pelanggaran peruntukan Peraturan-peraturan ini.
A. Pendaftar
B. Naib Canselor C. Ketua Jabatan
D. Penasihat Undang-undang
3. Ciri-ciri objektif kualiti yang baik dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) ialah A. Ringkas, padat, realistik dan mempunyai tempoh masa tertentu
B. Mempunyai wawasan, membangun, dinamis dan penjadualan yang teratur C. Boleh diukur, realistik, mempunyai tempoh masa tertentu dan boleh dicapai D. Spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh
tertentu
4. Siapakah yang berikut BUKAN ahli Senat USM?
A. Timbalan Pendaftar Kanan B. Dekan-dekan Pusat Pengajian C. Pengarah Kampus Kejuruteraan D. Dekan Institut Pengajian Siswazah
5. Apakah yang dimaksudkan dengan slogan “mesra pelanggan”?
A. Bertegas dengan pelanggan B. Berbaik-baik dengan pelanggan C. Memenuhi permintaan pelanggan
D. Melayan pelanggan dengan penuh berhemah
6. Pada 7 Ogos 1967 ditapak Universiti yang telah dikenal pasti di Sungai Ara, telah diadakan satu upacara perletakan batu asas Kolej Universiti Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Tuanku Abdul Rahman. Pada tahun bilakah Universiti mula dipindahkan di Kampus Minden?
A. 1969 B. 1971 C. 1972 D. 1970
7. Seseorang yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan berikut:
A. Surcaj
B. Tatatertib
C. Diberhentikan tugas D. Digantung perkhidmatan
8. Bilakah perlembagaan baru Universiti Sains Malaysia telah diwartakan?
A. 1 Julai 2011 B. 1 Januari 2011 C. 11 Ogos 2011 D. 3 September 2008
9. Prinsip lantikan:
* Profesor dan staf akademik yang kompeten dan telah bersara
* Lantikan selama satu (1) tahun
* Pilihan trek
* Honorarium dibayar secara pukal
* Status profesor dan ahli akademik yang dilantik adalah sama seperti staf akademik USM yang lain
Berikut adalah prinsip lantikan bagi jawatan:
A. Post-Doctoral
B. Fellow Pengajar C. Pensyarah kontrak
D. Flexible Scheme for Retired Scholars (FSRS)
10. Hapus kira aset kerajaan bertujuan untuk KECUALI:
A. Menyelaras rekod aset
B. Memaklumkan kepada pembekal apa yang diperlukan oleh pengguna
C. Membolehkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan ke atas kecuaian pegawai
D. Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap kepentingan keselamatan asset kerajaan
11. Fungsi utama bahagian ini adalah untuk mengawal pelbagai bentuk data akademik dan data peribadi pelajar di dalam pengkalan data.
Berdasarkan kenyataan yang diberikan, apakah bahagian yang memainkan peranan tersebut?
A. Seksyen Senat
B. Seksyen Data dan Rekod Pelajar C. Seksyen Sistem Maklumat Pelajar D. Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
12. Semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah warganegara Malaysia. Walaubagaimanapun, LGU boleh atas alas an kepentingan Universiti membenarkan pelantikan seseorang yang bukan Warganegara.
Berikut adalah jawatan yang boleh dilantik selain daripada Warganegara Malaysia KECUALI:
A. Fellow RLKA
B. Post-Doctoral C. Pensyarah Kontrak
D. Pensyarah Kunjungan
13. Salah satu kaedah yang selalu digunakan oleh ahli Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) bagi mengenalpasti sesuatu masalah ialah analisis Sebab-Akibat. Analisis ini juga dikenali sebagai:
A. Analisis Paretro B. Analisis Tulang Ikan C. Analisis Proses KMK
D. Analisis Kebarangkalian
14. Inventori ialah barang-barang ________ yang bernilai kurang daripada __________
setiap satu pada masa perolehannya.
A. Luak dan RM400 B. Luak dan RM500 C. Tak luak dan RM500 D. Tak luak dan RM400
15. Denda yang dikenakan kepada pelajar yang lewat mendaftar kursus selepas tempoh rasmi adalah:
A. RM25 B. RM50 C. RM75 D. RM100
16. Penilaian yang dijalankan ke atas sesuatu output untuk menentukan sama ada output berkenaan telah menepati standard kualiti yang ditetapkan adalah merujuk kepada sistem
A. Proses Q
B. Semakan Q
C. Penilaian Q
D. Pemeriksaan Q
17. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017, kemudahan Cuti Umrah adalah salah satu daripada:
A. Cuti Tahunan
B. Cuti Tanpa Gaji
C. Cuti Penyelidikan D. Cuti Tanpa Rekod
18. Mengikut definisi, “Pelajar” adalah seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah.
Definisi tersebut mengenai “pelajar” dipetik dari:
A. Akta 605
B. Perlembagaan USM C. Kaedah Tatatertib Pelajar 1999
D. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
19. Definasi berikut adalah mengenai:
* Sekumpulan pekerja 6-10 orang bermesyuarat secara tetap
* Mengenalpasti masalah kerja/projek penambahbaikan
* Memilih masalah/projek penambahbaikan
* Kemuka cadangan penyelesaian/strategi penambahbaikan
* Pertimbangan dan keputusan
* Laksana dan menilai keputusan
A. Fail Meja (FM)
B. Manual Prosedur Kerja (MPK)
C. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) D. Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
20. Berikut adalah kemasukan ke program pengajian USM melalui saluran alternative KECUALI:
A. Saluran Kedua
B. Doktor Falsafah
C. Pelajar Luar Negara/Antarabangsa D. Program Pendidikan Sepanjang Hayat
BAHAGIAN B
Jawab EMPAT (4) soalan sahaja
1. Universiti Sains Malaysia merupakan Universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka.
Berdasarkan Misi USM di atas, apakah yang anda faham tentang:
i. Universiti perintis
ii. Intensif penyelidikan rentas bidang
iii. Mentranformasi kesejahteraan sosioekonomi
(15 markah)
2. Mengikut Perlembagaan Universiti Sains Malaysia dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, jelaskan perkara berikut:
i. Pegawai
ii. Pelajar
iii. Statut
(15 markah)
3. Mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Pindaan-pindaan, Senat adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Statut, Kaedah-kaedah dan Peraturan-peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan, dan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain.
(15 markah)
4. Haziq telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan diberi cuti sakit selama 90 hari pada tahun 2017.
Jelaskan mengenai cuti sakit yang melebihi 90 hari pada satu-satu masa atau 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga Disember).
(15 markah)
5. Huraikan dua (2) kriteria seseorang pegawai yang disifatkan berada dalam keberhutangan kewangan yang serius.
(15 markah)
6. Di bawah peraturan Skim Perkhidmatan Perubatan (Untuk Staf) USM terdapat bayaran perubatan yang tidak akan dibiayai oleh Universiti. Apakah tiga (3) jenis pembayaran perubatan yang tidak akan dibiayai itu?
(15 markah)