7 - 7 14
No. Kad Pengenalan: ____________________
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 KERTAS I
Tarikh : 1 November 2016 (Selasa) Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam) Tempat : Kampus Induk & Kampus Kesihatan
ARAHAN KEPADA CALON Kertas ini mengandungi 2 bahagian seperti berikut:
Bahagian A : DUA PULUH (20) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab semua soalan. Setiap soalan bernilai 2 markah. Bulatkan jawapan anda pada kertas soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan. Bahagian A menyumbang 40 markah.
Bahagian B : ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab empat (4) soalan sahaja. Bahagian B menyumbang 60 markah.
Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.
Kertas soalan ini mengandungi 9 muka surat termasuk muka hadapan.
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN
BAHAGIAN A
1. Dalam Perlembagaan Universiti menyatakan bahawa __________ merupakan penaung Universiti dan berhak dari semasa ke semasa menerima laporan daripada ___________ berkenaan pencapaian visi dan misi Universiti.
A. Canselor, Naib Canselor
B. Yang di-Pertuan Agong, Canselor
C. Canselor, Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti D. Yang di-Pertuan Agong, Naib Canselor
2. Meterai perbadanan Universiti adalah meterai yang diluluskan oleh Canselor atas syor Lembaga. Meterai ini disimpan dalam jagaan
A. Setiausaha Lembaga Gabenor Universiti B. Senat
C. Naib Canselor
D. Pendaftar selaku Setiausaha Senat
3. Seseorang staf akademik dibenarkan mengikuti cuti penyelidikan dalam satu-satu tahun tidak melebihi _____ hari atau _____ bulan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan
A. 30, 1 B. 60, 2 C. 90, 3 D. 45, 1 ½
4. Jawatankuasa Pemilih bagi kenaikan pangkat jawatan pensyarah kanan dan Profesor Madya akan dipengerusikan oleh
A. Wakil Lembaga Gabenor Universiti yang dilantik B. Naib Canselor
C. Pendaftar
D. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa)
5. Staf yang berprestasi memuaskan iaitu purata markah 50% ke atas boleh dipertimbangkan pengesahan jawatan dalam tempoh ____ tahun perkhidmatan.
A. Tidak dipertimbangkan B. 2
C. 3
D. 2 dan berdenda
mereka dalam bidang. Pendaftaran kursus tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pemeriksa kursus dan Dekan Pusat Pengajian yang menawarkan kursus berkenaan. Kursus yang didaftarkan sebagai audit dikenali dengan kod jenis
A. A B. Y C. R D. C
7. Berikut merupakan kriteria pengesahan dalam jawatan :-
i. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun ii. Diperaku oleh Ketua Jabatan
iii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/Program Transformasi Minda iv. Memenuhi keperluan CPD
A. i, ii dan iv B. i, iii dan iv C. iii dan iv D. i, ii dan iii
8. Pengecualian Unit adalah satu keistimewaan kepada pelajar-pelajar lepasan Diploma yang diiktiraf. Ia juga diberikan kepada pelajar dari IPTA/IPTS yang diiktiraf samada dari dalam atau luar negara yang memohon melanjutkan pengajian di USM di peringkat pengajian yang sama. Tadbir urus pengecualian unit ini dilaksanakan oleh
A. Pusat Pengajian
B. Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Akademik C. Unit Usahasama Akademik Universiti
D. Seksyen Senat
9. Bagi tatacara sebutharga bekalan dan perkhidmatan, keutamaan hendaklah diberi kepada barang buatan tempatan walaupun perbezaan kos keseluruhan atas barang buatan tempatan adalah lebih tinggi berbanding dengan buatan asing.
A. 10%
B. 5%
C. 15%
D. 20%
10. Perolehan runcit yang melibatkan jumlah perbelanjaan tahunan tidak melebihi RM50,000 boleh dibuat dengan mempelawa _______ daripada sekurang-kurangnya ________ pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
A. tender, lima (5) B. sebut harga, tiga (3) C. tender, lima (5) D. sebut harga, lima (5)
11. Majlis Peperiksaan Universiti juga boleh menamatkan pengajian seseorang pelajar atas sebab-sebab tertentu seperti berikut yang menyebabkan pelajar tersebut tidak lagi sesuai untuk meneruskan pengajiannya di Universiti ini
i. Tidak mendaftar kursus
ii. Tidak hadir peperiksaan tanpa alasan
iii. Tidak melengkapkan komponen peperiksaan (kerja kursus) iv. Dihalang daripada menduduki peperiksaan
A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. Kesemua di atas
12. Urusetia Pelupusan Aset Universiti adalah A. Pejabat Aset dan Operasi Universiti
B. Unit Pengurusan Harta, Jabatan Bendahari C. Jabatan Pembangunan
D. Unit Audit Dalam
13. Bagi tujuan mengemaskini perubahan maklumat, pelajar boleh memaklumkan kepada pihak Seksyen Data dan Rekod Pelajar (SDRP) melalui
A. emel
B. khidmat pesanan ringkas
C. perkhidmatan media sosial Facebook SDRP D. surat rasmi Dekan Pusat Pengajian kepada SDRP
i. Staf dalam kumpulan sokongan
ii. Pegawai yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iii. Juruteknik
iv. Anggota bomba, polis dan tentera
A. Kesemua di atas B. i, ii dan iv
C. i, ii dan iii D. i dan ii sahaja
15. Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah- kaedah Akta Universiti dan Kolej Universiti, Naib Canselor hendaklah menghantar satu laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada
i. Menteri
ii. Dekan Pusat Pengajian iii. Ibu bapa atau penjaga pelajar iv. Penaja pengajian seperti PTPTN
A. i, iii dan iv B. i, ii dan iii C. i, ii dan iv D. Tiada di atas
16. Jawatankuasa Penyiasatan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada ____ pegawai badan berkanun atau Kementerian. Anggota-anggota Jawatankuasa Penyiasatan juga hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang disiasat itu
A. 4 B. 3 C. 2 D. 1
17. Skim Rancangan Lantikan Kakitangan Akademik (RLKA) adalah bertujuan untuk menaja felo RLKA yang berpotensi dan berkelayakan ke peringkat Ijazah Lanjutan iaitu Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) dan kepakaran di institusi pengajian tinggi di luar dan dalam negara dalam apa jua bidang pengajian.
Bagi pengajian di United Kingdom, calon hendaklah diterima masuk ke Universiti yang mendapat sekurang-kurangnya rating _____ dalam bidang berkenaan berdasarkan Research Assesment Exercise (RAE) yang terkini.
A. 5 B. 6 C. 7 D. 8
18. Universiti Sains Malaysia mewujudkan Tabung Dermasiswa Pendidikan kepada anak staf yang mencarum ke Tabung Kebajikan Staf USM. Dermasiswa ini diberikan bagi membantu staf dalam proses pendaftaran anak ke institusi pengajian tinggi. Jumlah dermasiswa bagi anak staf yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah adalah sebanyak
A. RM600.00 B. RM500.00 C. RM400.00 D. RM300.00
19. Staf USM boleh memohon menerima rawatan perubatan di luar negeri dilaksanakan mengikut tatacara berikut KECUALI
A. Mendapat rawatan di hospital Kerajaan/HUSM; dan
B. Rawatan khas diperlukan dan tidak diperolehi di dalam negeri; dan C. Pengesahan Lembaga Gabenor Universiti mengenai (ii) di atas; dan
D. Perakuan Ketua Pengarah Kesihatan/Pengarah HUSM bahawa rawatan sedemikian tidak disediakan oleh Kerajaan
ke atas perkhidmatan dari segi pemilih bagi maksud pelantikan atau kenaikan pangkat seperti berikut :-
i. Hilang kekananan bagi tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan tersebut
ii. Tidak layak mendapat Pergerakan Gaji Tahunan semasa pelanjutan tempoh percubaan dengan denda
iii. Tarikh Pergerakan Gaji berubah mengikut tarikh kuatkuasa pengesahan dalam perkhidmatan
iv. Tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat selepas kuatkuasa pengesahan bagi tempoh 5 tahun
A. Kesemua di atas B. i, iii dan iv C. i, ii dan iv D. i, ii dan iii
BAHAGIAN B
1. Anda merupakan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan hal-hal akademik di Pusat Pengajian.
Anda telah ditugaskan di kaunter pertanyaan dan diminta menerangkan tentang pemindahan kredit. Terangkan kepada pelajar tentang :-
a) Tafsiran pemindahan kredit b) Tujuan pemindahan kredit
c) Pelajar yang dibenarkan membuat pemindahan kredit d) Prosedur permohonan
e) Urusetia pemindahan kredit Universiti
(15 markah)
2. Anda telah menghadiri taklimat pengendalian peperiksaan bagi program Pengajian Siswazah dan Dekan memohon anda berkongsi maklumat tersebut dengan rakan setugas di Jabatan anda. Terangkan dengan ringkas berkenaan :-
a) Notis Penyerahan Tesis
b) Penyerahan Sepuluh Salinan Draf Tesis c) Penyerahan Tesis Akhir
(15 markah)
3. Prinsip umum kenaikan pangkat staf akademik adalah melibatkan lima (5) kategori utama seperti berikut. Terangkan :-
a) Penyelidikan dan Penerbitan b) Pengajaran dan Penyeliaan
c) Sanjungan dan Kepimpinan Akademik
d) Perundingan
e) Khidmat Universiti dan Masyarakat
(15 markah)
4. Seorang pelajar telah didapati menipu/meniru ketika peperiksaan akhir dijalankan.
Nyatakan :-
a) Tindakan yang boleh diambil kepada pelajar berkenaan
b) Hukuman yang boleh dijatuhkan sekiranya pelajar didapati bersalah c) Senarai orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib
d) Proses rayuan
(15 markah)
a) Cuti Tibi, Kusta dan Barah
b) Cuti Pampasan
c) Cuti mengikuti kursus insentif di bawah Program Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ)
(15 markah)
6. Selepas perpindahan pejabat anda ke bangunan baru, anda dapati bahawa satu mesin pencetak telah hilang. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Jabatan anda apabila berlaku kehilangan tersebut?
(15 markah)