PP KJ KK JUM
1 2 - 3
No. Kad Pengenalan: ____________________
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
JURUTEKNIK J17 KERTAS II
(ELEKTRONIK/KOMPUTER)
Tarikh : 17 April 2013 (Rabu) Masa : 9.00 pagi – 12.00 tgh (3 jam)
Tempat :
Kampus Induk & Kampus Kejuruteraan
______________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA CALON
Kertas ini mengandungi DUA (2) Bahagian seperti berikut:
Bahagian A : EMPAT PULUH (40) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab SEMUA soalan. Setiap soalan membawa satu (1) markah. Bahagian A menyumbang 40 markah. Bulatkan jawapan anda di dalam kertas soalan dan kembalikan kepada Pengawas apabila tamat peperiksaan.
Bahagian B : LIMA (5) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab TIGA (3) soalan sahaja. Setiap soalan membawa dua puluh (20) markah. Bahagian B menyumbang 60 markah.
Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.
Kertas soalan ini mengandungi 14 muka surat termasuk muka hadapan.
BAHAGIAN A
1. Kebolehan suatu alat memberi bacaan yang konsisten bagi setiap kali
pengukuran dibuat disebut sebagai
A. Kejituan
B. Kepersisan
C. Kepekaan
D. Ralat
2. Pernyataan yang manakah berikut adalah BENAR?
A. Pita pengukur lebih peka daripada pembaris meter
B. Jam randek lebih peka daripada jam elektronik
C. Termometer berdinding nipis lebih peka daripada yang berdinding tebal
D. Ammeter lebih peka daripada sebuah galvanometer
3. Fungsi skru pelaras dalam sebuah ammeter adalah
A. mengetatkan penunjuk
B. membetulkan ralat sifar
C. mengelakan ralat paralaks
D. mengawal saiz arus yang besar
4. Arus yang mengalir dalam suatu konduktor logam ialah di antara 0.01 A hingga
0.05 A. Ammeter yang manakah berikut adalah paling sesuai digunakan?
A. Ammeter berjulat 0-1A
B. Ammeter berjulat 0-5A
C. Ammeter berjulat 0-10 mA
5. Berapakah bacaan yang ditunjukkan oleh ammeter dalam Rajah 1?
A. 2.4 A
B. 2.80 A
C. 0.48 A
D. 0.43A
6. Pernyataan yang manakah berikut adalah BENAR mengenai medan elektrik
A. Medan elektrik adalah kawasan di mana jasad neutral akan ditindakkan
oleh daya elektrik
B. garis-garis medan elektrik boleh bersilang antara satu sama lain
C. Medan elektrik mempunyai magnitud dan arah
D. Garis-garis medan elektrik bermula dari cas negatif dan tamat pada cas positif
7. Beza keupayaan merentasi dua titik dalam suatu kondukor logam adalah 1 Volt
jika…
A. arus 1 A mengalir melalui konduktor selama 1 saat
B. kuasa 1 W dijanakan apabila 1 C cas mengalir
C. tenaga 1 J dijanakan apabila 1 C cas mengalir
D. tenaga 1 J dijanakan jika 1 A arus mengalir
8. Rintangan suatu konduktor logam bertambah apabila
A. Suhunya dikurangkan
B. Panjangnya dikurangkan
C. Ketebalannya dikurangkan
D. Nilai keberintangan bahan dikurangkan
9. Spesifikasi berkaitan arus, voltan dan kuasa sesuatu peralatan elektronik adalah
penting untuk…
A. Untuk menentukan harga peralatan tersebut
B. Untuk menentukan kualiti peralatan tersebut
C. Untuk menentukan keselamatan peralatan tersebut
D. Untuk menentukan ketahanan peralatan tersebut
10. Setiap litar mempunyai ciri-ciri asas berikut KECUALI…
A. Satu sumber kuasa
B. Satu laluan elektron
C. Satu peranti arus
D. Satu peranti kawalan
11. Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kemuatan KECUALI
A. Luas permukaan plat
B. Panjang dielektrik
C. Jarak antara plat
D. Pemalar dielektrik
12. Kemuatan diukur dalam…
A. Ohm
B. Herz
C. Coulomb
13. Berikut, yang manakah kegunaan meter pelbagai?
i. mengukur voltan ii. menyukat arus iii. menguji rintangan iv. menguji frekuansi
A. i dan ii B. i, iii dan iv C. iii dan iv D. i, ii dan iii
14. Antara alat uji yang berikut, manakah yang SALAH dari segi penggunaannya?
A. Meter pelbagai: mengukur voltan, arus, rintangan dan keterusan arus
B. Meter megaohm: menguji penebat talian
C. Logic probe: menguji keluaran pada pin IC
D. Oscilloskop: menguji transistor
15. Pernyataan yang manakah berikut adalah BENAR mengenai sebuah Osiloskop
Sinar Katod?
Komponen Fungsi
A. Grid kawalan Mengawal kecerahan tompok
B. Plat-X Memesongkan alur elektron secara menegak
C. Anod memfokus Memecutkan alur elektron
D. Filamen Memanaskan anod
16. Berikut adalah kegunaan-kegunaan Osiloskop Sinar Katod KECUALI
A. Sebagai Ammeter
B. Sebagai Voltmeter
C. Sebagai pempamer gelombang
17. Dalam sebuah Osiloskop Sinar Katod, bekalan voltan tinggi dikenakan merentasi antara anod dan katod adalah untuk
A. mengawal bilangan elektron yang menghentam skrin
B. memecutkan alur elektron dengan halaju tinggi
C. memfokuskan alur elektron ke atas skrin
D. mengawal suhu filamen
18. Pernyataan yang manakah adalah benar mengenai semikonduktor KECUALI
A. pembawa casnya lohong
B. tidak mematuhi Hukum Ohm
C. mempunyai kekonduksian antara konduktor dan penebat
D. Silikon dan Germanium merupakan dua contoh bahan semikonduktor
tulen.
19. Antara komponen-komponen elektronik berikut diperbuat daripada bahan semi
konduktor KECUALI
A. Diod
B. Kapasitor
C. Transistor
D. Litar bersepadu
20. Apakah perbezaan antara hablur germanium jenis-p dengan hablur
germanium biasa?
A. Hablur germanium jenis-p didopkan dengan unsur mempunyai 5 elektron
valens manakala hablur germanium biasa tidak didopkan.
B. Hablur germanium jenis-p mempunyai bilangan lohong yang lebih
daripada bilangan lohong dalam hablur germanium biasa
C. Hablur germanium jenis-p bertambah rintangan dengan suhu manakala
hablur germanium biasa berkurang dengan suhu
D. Hablur germanium jenis-p bercas negatif manakala hablur germanium
21. Antara berikut yang manakah benar mengenai semikonduktor jenis-p?
A. Semikonduktor jenis-p terbentuk daripad semikonduktor tulen yang
didopkan dengan bendasing yang mempunyai tiga elektron valens
B. Bilangan lohong dan elektron bebas dalam semikonduktor jenis-p adalah
sama
C. Kekonduksian semikondukor jenis-p berkurang apabila suhu bertambah
D. Pembawa cas majoriti semikonduktor jenis-p adalah elektron bebas
22. Fungsi diod adalah sebagai
A. Rektifier
B. Amplifier
C. Perata
D. Penguat voltan
23. Sebuah transformer berfungsi berdasarkan prinsip
A. Kesan magnet suatu arus
B. Kesan haba suatu arus
C. Aruhan elektromagnet
D. Medan lastik
24. Pilih pernyataan yang BETUL
A. Kerintangan: simbol Rho, unit Ohm meter
B. Caj elektrik: simbol I, unit Coulomb
C. Bezaupaya: simbol E, unit Volt
25. Rajah 2 di atas menunjukkan satu litar elektrik yang mengandungi sebuah
transformer, suis S, sel kering dan mentol. Pernyataan yang manakah TIDAK BENAR?
A. Mentol akan menyala sekejap apabila suis S dihidupkan
B. Mentol akan terus menyala apabila suis S terus dihidupkan
C. Mentol akan berkelip-kelip jika suis S dihidup dan dimatikan secara
berterusan
D. Mentol akan menyala sekejap pada ketika suis S dimatikan setelah ia
dihidupkan
RAJAH 3
26. Berdasarkan Rajah 3 di atas, tentukan voltan output.
A. 6 Va.u.
B. 12 Va.u.
C. 120 Va.u.
D. 240 Va.u.
27. Ketika menggunakan multimeter, mengapa kita perlu meletakkan suis pemilih julat yang lebih tinggi sedikit daripada nilai voltan yang hendak diukur?
A. Fius tidak terbakar
B. Jarum penunjuk tidak bengkok
C. Ketepatan bacaan
D. Meter tidak rosak
28. Antara faktor utama yang menyebabkan kejutan elektrik adalah
i. Kerosakan kabel dan peralatan elektrik
ii. Persekitaran yang basah
iii. Tidak mengikuti peraturan keselamatan
iv. Kecuaian
A. i sahaja
B. i, ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. semua
29. Antara langkah berikut yang manakah dapat meningkatkan kecekapan tenaga?
A. Pastikan bilik yang dipasang penyaman udara terdedah pada cahaya
matahari
B. Menggunakan lampu berfilamen lebih banyak daripada lampu pendarflour
C. Gunakan cerek elektrik yang mempunyai suis automatik
30. Apakah jenis alat pemadam api yang sesuai bagi memadam kebakaran peralatan komputer?
i. Jenis katrij air
ii. Jenis busa (buih)
iii. Jenis karbon dioksida
iv. Jenis serbuk debu kering
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv
31. Antara alat-alat berikut yang manakah TIDAK menggunakan kesan haba arus
elektrik?
A. Cerek elektrik
B. Mentol elektrik
C. Loceng elektrik
D. Pembakar roti elektrik
32. Rajah 4 menunjukkan bahagian dalam suatu palang tiga pin yang disambung
kepada sebuah pemanas elektrik. Pada bahagian manakah arus akan mengalir dari pemanas ke punca bekalan kuasa?
A. P B. Q C. R D. S
RAJAH 4
33. Sebuah penggurudi elektrik berlabel 240V,600W. Fius yang sesuai digunakan adalah A. 10 A B. 5 A C. 3 A D. 1A
34. Fius digunakan dalam litar elektrik untuk
A. menambah kuasa elektrik
B. menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
C. mengekalkan beza keupayaan bekalan kuasa
D. memutuskan litar apabila litar pintas berlaku
35. Yang manakah diantara pasangan berikut menunjukkan perbezaan diantara fius
dan elemen pemanas dalam sebuah cerek elektrik?
Fius Elemen pemanas
A Takat lebur rendah Takat lebur tinggi
B Muatan haba tentu Rendah Muatan haba tentu tinggi
C Ketumpatan tinggi Ketumpatan rendah
D Konduktor yang lemah Konduktor yang baik
36. Motor elektrik ialah alat untuk menukarkan
A. tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik B. tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal C. arus ulangalik kepada arus terus
37. Penghubung (connector) yang piawai untuk pasangan berpintal tanpa balutan ialah penghubung jenis
A. BNC B. RJ45 C. SJ54 D. PVC
38. Saluran komunikasi yang dapat menghantar data paling cepat ialah
A. Kabel sepaksi
B. Satelit
C. Kabel pasangan berpiuh
D. Kabel Optik Gentian
39. Satu set peraturan piawai yang mesti diikut semasa sesuatu peranti ingin
berkomunikasi dengan peranti lain dalam rangkaian.
A. Protokol
B. Kod Etika Internet
C. FTP
D. TCP/IP
40. WiFi adalah
A. Kabel untuk digunakan bagi rangkaian kombinasi B. Piawai untuk rangkaian setempat tanpa wayar C. Terma untuk penyelesaian masalah jaringan D. Nama persatuan bagi organisasi jaringan
BAHAGIAN B
1. Kabel merupakan media yang amat penting dalam pemasangan peralatan
elektrik dan elektronik. Kabel mempunyai tiga bahagian utama iaitu pengalir, penebat dan perlindungan mekanik.
a) Huraikan apa itu pengalir dan penebat. Tunjukkan dengan gambarajah
binaan kabel.
b) Berikan DUA (2) contoh pengalir yang baik serta kegunaannya.
c) Berikan EMPAT (4) faktor yang mempengaruhi rintangan pengalir.
Huraikan setiap satu darinya.
(20 markah)
2. a) Terangkan kegunaan umum sebuah Multimeter.
b) Bagaimanakah cara untuk membaca kod warna perintang? Jelaskan
beserta gambarajah.
c) Berikan nilai perintang bagi kod di bawah:
i. Coklat, Hijau, Kuning, Emas
ii. Merah, Hitam, Biru, Perak
d) Nyatakan kod warna bagi perintang di bawah:
i. 0.47kΩ + 20%
ii. 3.3kΩ + 10%
(20 markah)
3. Berikan definasi bagi istilah dibawah ini:
i. Kejituan
ii. Kepekaan
iii. Ketepatan
b) Apakah yang dimaksudkan dengan Ralat. Huraikan.
c) Berikan dua jenis Ralat yang anda tahu. Huraikan .
4. Huraikan setiap satu dari istilah-istilah berikut:
a) Perkakasan komputer dan berikan DUA (2) contoh.
b) Perisian komputer dan berikan DUA (2) contoh.
c) Virus Komputer dan berikan DUA (2) contoh.
d) WiFi Router
e) Kabel Sepaksi/Coaxial
(20 markah)
5. a) Apakah yang difahami oleh seorang juruteknik tentang penyenggaraan?
b) Berikan LIMA (5) langkah dalam melakukan penyenggaraan peralatan.
c) Mengapakah pengujian dan pemeriksaan peralatan perlu dijalankan?
(Tuan/Puan boleh memberi penjelasan mengikut bidang pekerjaan masing-masing).
Rajah 7
(20 markah)