1 - - 1
No. Kad Pengenalan: ___________________
PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
PENOLONG PEGAWAI SAINS C29 KERTAS II
(PUSAT PENGAJIAN SAINS FARMASI)
Tarikh : 3 Mei 2018 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam)
Tempat : Kampus Induk
______________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA CALON
Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian seperti berikut:
Bahagian A : DUA (2) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab SEMUA soalan.
Bahagian B: EMPAT (4) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab DUA (2) soalan sahaja.
Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.
Kertas soalan ini mengandungi 5 muka surat termasuk muka hadapan.
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN
Bahagian A
Jawab SEMUA soalan
1. a) Sila terangkan istilah-istilah seperti berikut:
i) Aset
ii) Aset alih
iii) Aset tidak alih
iv) Harta modal
v) Inventori
(10 markah)
b) Sila terangkan secara ringkas tatacara pengurusan aset.
(6 markah)
c) Sila terangkan tatacara proses perolehan dalam pembelian keperluan makmal dan penerimaan barang di peringkat Pusat Tanggungjawab anda.
(9 markah)
2. a) Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan Alat Lindung Diri (ALD) dan berikan empat (4) contoh-contoh ALD yang digunakan di makmal.
(5 markah)
b) Sila terangkan prosedur-prosedur pengurusan sisa kimia bermula dari proses pengumpulan hingga penstoran sementara sebelum proses pelupusan di Pusat Tanggungjawab anda.
(8 markah)
c) Terangkan fungsi sebuah kebuk wasap di dalam makmal dan berikan dua (2) langkah-langkah keselamatan penggunaan kebuk wasap am dan dua (2) langkah-langkah bagi kebuk wasap jenis perklorik asid?
(6 markah)
d) Sekiranya anda berada pada situasi berikut, sila terangkan prosedur pengosongan bangunan dan tindakan menyelamat umum seperti yang dinyatakan dibawah:
i) Tindakan penghuni sekiranya ternampak kebakaran/kecemasan di bangunan-bangunan.
(6 markah)
Bahagian B
Jawab DUA (2) soalan sahaja
3. a) Sila hitungkan pengiraan berikut;
i) Hitungkan isipadu larutan Na2CO3 2M yang diperlu untuk menyediakan 100 mL larutan Na2CO3 0.5M?
(2 markah)
ii) Hitungkan bilangan mol dan bilangan gram KMnO4 (MW=158.0 g/mol) dalam 2.00 liter 0.4M larutan.
(4 markah)
iii) Hitungkan kemolaran larutan KOH yang dihasilkan setelah menambah 250 mL air ke dalam 500 mL 0.4M KOH.
(2 markah)
iv) Hitungkan kepekatan HNO3 dari larutan stok (label: MW=63.01;
Density=1.53gmL¯¹; Kepekatan=95%(w/w)
(4 markah)
b) Sediakan 500mL larutan piawai Kuprum (II) Sulfat, CuSO4 (MW=159.6g/mol) dengan kemolaran 0.1M (Tunjukan perhitungan dan langkah-langkah pencairan yang anda jalankan)
(13 markah)
4. a) Sila terangkan peraturan bekerja dalam makmal/bengkel selepas waktu pejabat.
(5 markah)
b) Sila terangkan keperluan rekabentuk bagi jenis Makmal Pengajaran/Penyelidikan.
(15 markah)
c) Sila terangkan prosedur tindakan kecemasan bagi klasifikasi berikut;
i) Tumpahan Merkuri
(5 markah)
5. a) Apakah tujuan penjagaan dan penyelenggaraan alatan makmal?
(7 markah)
b) Sila terangkan apakah tujuan melakukan kalibrasi alatan.
(6 markah)
c) Sila terangkan secara ringkas kegunaan alatan berikut:
i) Kromatografi Gas (GC)
ii) Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (HPLC)
iii) Spektrofotometer ultralembayung-cahaya Nampak (UV/VIS) iv) Spektrofotometer Fourier Transform Infra Red (FT-IR) v) Spektrometri Serapan Atom (AAS)
vi) Autoclave
(12 markah)
6. a) Apakah visi dan misi pusat pengajian anda (Pusat Pengajian Sains Farmasi)?
(4 markah)
b) Apakah definisi bagi stor?
(2 markah)
c) Stor kerajaan dibahagikan kepada tiga (3) kategori iaitu stor pusat, stor utama dan stor unit. Sila terangkan maksud ketiga-tiga stor tersebut.
(9 markah)
d) Apakah objektif utama inventori dalam menjalankan pengurusan makmal?
(10 markah)