Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail 81930 Bandar Penawar,
Johor Darul Takzim. No.Tel: 07-8223027
Faks : 07-8223028 No. Ruj : SSTMI.700-1/1/1/2
Tarikh : 5 Februari 2023
Kepada :
Encik Haimee Bin Mokhtar, Penolong Kanan Pra-Universiti.
JEMPUTAN KE MAJLIS PENUTUP PERTANDINGAN BOLING PRA-UNIVERSITI SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan majlis perasmian penutup tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 8 Februari 2023 Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengahari Tempat : Dewan Boling SSTMI
3. Sehubungan itu, pihak Pra-Universiti Sem 4 serta Jawatankuasa Projek Akhir Sains Sukan 2 dengan berbesar hati dan penuh takzimnya menjemput Tuan/Encik untuk menyampaikan ucapan di Majlis Penutup Pertandingan Boling Pra-universiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail serta menyampaikan hadiah.
4. Turut dilampirkan bersama surat jemputan ini, atur cara bagi majlis tersebut untuk rujukan.
5. Kesudian dan jasa baik Tuan/Encik menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran Tuan/Encik ke majlis tersebut dapat memeriahkan lagi Pertandingan Boling Pra- Universiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
………
(NURUL ATHEKAH
AMMALIAH BINTI ANWAR) SETIAUSAHA,
PROJEK AKHIR SAINS SUKAN s.k. 1. Fail
ATURCARA PERTANDINGAN BOWLING PROJEK AKHIR SAINS SUKAN 2
8.30 pagi : Sarapan Pagi di Dewan Makan SSTMI 9.00 pagi : Pelajar berkumpul di Dewan Boling SSTMI 9.30 pagi Pertandingan berlangsung
12.30 tgahri : Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Boling Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis - Bacaan Doa
- Ucapan alu-aluan oleh En.Haimee Bin Mokhtar, PK Pra-Universiti
- Ucapan dan Perasmian Penutup Pertandingan Boling Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail oleh Encik Asmad Bin Ahmad, Pengetua Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
- Majlis penyampaian hadiah
1.30 petang : Makan tengahari di Dewan Makan SSTMI 2.00 petang : Majlis Bersurai