• Tidak ada hasil yang ditemukan

Agama Islam Perlembagaaan Persekutuan da

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Agama Islam Perlembagaaan Persekutuan da"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1 Agama Islam, Perlembagaaan Persekutuan dan Negara Malaysia:

Suatu Analisis Dalam Mempertahankan Kedudukan Agama Islam dan Umat Islam di Malaysia

Oleh: Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin

( Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan1) Sesuatu yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia secara umum adalah tentang sejarah Islam yang sekian lama bertapak di Tanah Melayu ini, seterusnya dibinanya sebuah tamadun Islam di Nusantara melalui raja-raja Melayu-Islam dan rakyatnya. Sejarah ini adalah suatu hakikat yang sangat besar pengaruhnya dalam membina masa hadapan sehingga memberi pengaruh terhadap kerangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah dirangka, yang merupakan kesinambungan daripada sejarah tamadun Islam di Tanah Melayu.

Justeru, kita sebagai Muslim-Melayu di Malaysia seharusnya bersyukur kerana tanah air kita dibina dan dibangunkan di atas sebuah tapak sejarah keislaman yang kukuh sehingga binaan kenegaraannya dipengaruhi oleh unsur keislaman tersebut. Persoalan sama ada Malaysia adalah negara Islam ataupun bukan tidak timbul kerana secara asasnya, berdasarkan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan beberapa peruntukan yang lain di dalamnya, maka, negara Malaysia dibentuk dengan asas-asas kenegaraan Islam.

Negara Malaysia “Beragama” Islam

Ini adalah suatu realiti yang perlu dikenal pasti oleh ramai orang. Kita sedia maklum kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang tertinggi di Malaysia, namun acuannya mempunyai unsur-unsur keislaman. Memang tidak disebutkan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi di Malaysia, tetapi agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia juga sebenarnya sudah merangkumi hal yang demikian atau sekurang-kurangnya memperuntukkan usaha ke arah yang demikian.

Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati

1

(2)

2 olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.2

Islam sebagai agama bagi persekutuan tidak sama makna dengan kalimah “Islam

sebagai sekadar agama rasmi”. Islam sebagai agama Persekutuan secara jelas

memberi peranan agama Islam secara menyeluruh kepada Persekutuan berbanding ianya sekadar agama rasmi bagi Persekutuan yang lebih dilihat sebagai satu simbolik kepada kerangka kenegaraan. Apa lagi, gambaran bahawa Malaysia ini sebuah negara Sekular, maka ianya lebih bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Oleh sebab itulah, seorang pakar undang-undang iaitu Dr. Aziz Bari pernah berkata:

“Pada hakikatnya kita boleh mengatakan bahawa negara ini telah disyahadahkan

dengan kalimah Islam sebagaimana tertulis dalam Perkara 3(1) iaitu Islam adalah agama Persekutuan Malaysia sekaligus telah membatalkan ciri-ciri sekularnya. Dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengisi kerangka itu dengan apa yang dituntut oleh Islam. Mungkin dalam beberapa perkara syariat, negara kita mengabaikan Islam tetapi itu tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menuduh negara ini murtad dengan menjadi negara sekular”.3

Haji Zaid Kamaruddin (bekas Presiden JIM) juga dalam mengulas hal ini pernah berkata:

“Jika kita lihat dalam Perlembagaan negara, tiada satu perkataan pun yang menggunakan perkataan sekular sedangkan para penggubal dahulu boleh sahaja meletakkannya sebagaimana yang berlaku pada negara Turki, Perancis dan India.

2 Perlembagaan Persekutuan, Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang bagi Persekutuan, Perkara 3:

Agama Bagi Persekutuan (1-5)

(3)

3 Saya tidak rasa ia adalah satu perkara yang tidak disengajakan atau terlepas pandang . Ia memang dirancang, dipersetujui serta disepakati sebegitu rupa dalam membentuk Perlembagaan negara. Malaysia memang tidak direka atau dirancang untuk menjadi negara sekular.

“Justeru, status paling tepat yang boleh diberi kepada Malaysia jika ia seorang manusia

ialah, dia seorang Muslim. Ia (muslim) pula terbahagi kepada muslim yang taat atau tidak. Tiada sesiapa berhak mengatakan seseorang Muslim itu bukan Muslim jika dia berbuat sesuatu yang melanggar syariat Islam. Itulah gambaran paling tepat yang boleh

saya umpamakan untuk memberi status kepada Malaysia.”4

Ini menunjukkan kerangka keislaman itu sudah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. Cuma yang tinggal adalah pelaksanaan dan pengisian yang sesuai dengan semangat di sebalik kerangka keislaman tersebut. Maka, suasana politik kepartian secara khusus tidak seharusnya mencetuskan ketegangan terutamanya dalam masyarakat Islam di Malaysia mengenai kedudukan Islam di Malaysia mahupun mengenai kedudukan Malaysia dalam neraca Fiqh al-Daulah (kefahaman mengenai kenegaraan). Apa yang tinggal adalah usaha-usaha untuk menyempurnakan pelaksanaan undang-undang agama Islam secara menyeluruh dalam pentadbiran di Malaysia.

Peruntukan bagi Menjaga Orang-orang Islam daripada Dakyah Agama-agama Lain

Di samping agama Islam sebagai agama Persekutuan, agama Islam juga perlu dipertahankan dalam kalangan masyarakat Islam terutamanya daripada anasir-anasir luar seperti dakyah ajaran agama lain ke dalam masyarakat Islam dan sebagainya. Ia dijelaskan sendiri dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu:-

Perkara 11(4): Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh

mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama

di kalangan orang yang menganuti agama Islam.5

Di bawah peruntukan ini, undang-undang persekutuan dan negeri boleh digubal dalam rangka untuk mengawal sebarang usaha mengembangkan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama yang bertentangan dengan ajaran Islam dalam kalangan orang-orang Islam. Peruntukan ini sedikit sebanyak memberi penjagaan secara bertulis kepada umat Islam di Malaysia agar agama Islam mereka terjaga. Ini juga menolak konsep Pluralisme Agama dan Liberalisme Agama yang cuba dipopularkan dalam masyarakat Islam sejak akhir-akhir ini.

4 ibid

(4)

4 Bahkan, kebebasan beragama dan memilih agama hanyalah tertakluk kepada orang-orang yang bukan beragama Islam, tidak kepada orang-orang-orang-orang Islam, berdasarkan ajaran Islam sendiri yang menentang gejala murtad secara tegas, dan berdasarkan semangat Perlembagaan Persekutuan secara tidak langsung, yang menghalang penyebaran agama-agama lain kepada orang-orang Islam.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu-Islam di Malaysia

Jika kita lihat juga, di sebalik semangat ketuanan Melayu (Siyadah al-Malayuwiyyah) yang diamalkan dalam masyarakat di Malaysia melalui kontrak sosial, ianya juga memberi kelebihan tersendiri kepada agama Islam untuk terus dipertahankan melalui perlembagaan dan amalan dalam masyarakat setempat. Bahkan, ia juga melibatkan kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong sebagai yang tertinggi dalam negara, yang termaktub dalam perlembagaan.

Hal ini jelas ketika mana disebutkan bahawa, ketua yang tertinggi dalam Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dilantik oleh Majlis Raja-raja. Disebut dalam Perlembagaan Persekutuan:-

Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan,

digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala

orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 32(3): Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja.6

Berdasarkan Fiqh al-Siyasah dan Fiqh al-Daulah, kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan [Perkara 32(1)] dan kedudukan baginda dalam masa yang sama sebagai ketua agama bagi Persekutuan, menunjukkan baginda adalah al-Imam atau al-Amir (pempimpin tertinggi) dalam sesebuah negara Islam (al-Daulah al-Islamiyyah). Ini menunjukkan secara asasnya, kepimpinan politik (qiyadah siasiyyah) dan kepimpinan agama di peringkat tertinggi adalah bersepadu iaitu merujuk kepada kedudukan Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah konsep Ulil Amri yang jelas sebagaimana dibahaskan dalam kitab-kitab ulama’ Islam tentang kenegaraan dalam Islam.

6 Perlembagaan Persekutuan, Bahagian IV, Bab 1: Ketua Utama Negara, Perkara 32: Ketua Utama Negara dan

(5)

5 Dari sudut sejarah sendiri, Majlis Raja-raja mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam tamadun Islam yang lebih luas. Kedaulatan sultan-sultan di Malaysia yang merupakan anggota-anggota kepada Majlis Raja-raja pada masa sekarang berkait rapat dengan kedaulatan Khilafah Islamiyyah iaitu pada zaman Kerajaan Uthmaniyyah di Turki. Berdasarkan sejarah, kesultanan Melayu secara jelas merupakan cabang daripada Khilafah Uthmaniyyah sebelum kejatuhannya, yang mana kerajaan-kerajaan Islam di tanah Melayu duduk bernaung di bawah kerajaan Islam terbesar pada ketika itu. Justeru, kedudukan institusi Beraja di Malaysia adalah identiti kedaulatan empayar Islam tanah Melayu di sisi tamadun Islam secara umum dan di sisi khilafah Islamiyyah pada zaman Uthmaniyyah.

Mungkin dalam keadaan sekarang, di mana Malaysia mengamalkan dasar Demokrasi Berparlimen (atau Raja Berpelembagaan) yang membataskan raja-raja atau Yang di-Pertuan Agong dari sudut politik dan pemerintahan, namun tidak dinafikan kedudukan tertinggi mereka dari sudut kepimpinan keagamaan (iaitu Islam). Mungkin, agenda sekularisasi terhadap negara-negara Islam yang dilancarkan oleh dunia Barat turut memberi kesan kepada politik di Malaysia sehingga membenihkan dasar Raja Berpelembagaan ini, namun dalam konteks politik Islam yang sebenar dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang asas, Yang di-Pertuan Agong tetap mempunyai kedudukan sebagai Ulil Amri yang tertinggi di negara ini.

Oleh sebab itu juga, sewajarnya bagi para penentang Sekular di kalangan aktivis Islam secara khusus, perlu terus setia kepada Ulil Amri yang asal ini (institusi beraja) berbanding `kesetiaan’ yang keterlaluan terhadap politik kepartian yang sekadar menentukan pemilihan wizarah al-tafwidh (kementerian yang menerima tugas memerintah negara) yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Disebabkan ini jugalah, politik kepartian tidak wajar mempengaruhi atau mengatasi kedudukan institusi raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan semangat Daulah Islamiyyah sendiri, dan semangat Perlembagaan Persekutuan [Perkara 159 dan 161 E].

Kedudukan ini bukan sekadar memberi keistimewaan kepada institusi beraja di Malaysia, tetapi di sebalik itu semua, terletaknya tanggungjawab untuk mempertahankan kesucian agama Islam di Malaysia. Bahkan, kedudukan institusi beraja sebagai yang tertinggi terutamanya dari sudut kepimpinan agama Islam yang merupakan agama Persekutuan, menjadikan ianya sebuah benteng terutama dan terakhir terhadap agama Islam, terutamanya jika suasana politik kepartian sudah tidak memihak kepada Islam lagi.

(6)

6 Ketuanan Bangsa dan Fitrah

Walaupun ajaran Islam mengajar tentang keluasan ajarannya yang menjangkau perbezaan bangsa dan sempadan daerah, namun dalam masa yang sama tidak menafikan hikmah di sebalik perbezaan bangsa yang menghuni di sesuatu tempat tersebut. Ketika Allah s.w.t. menyebut tiada beza di sisi Allah s.w.t. antara mana-mana kaum melainkan dengan takwa, dalam masa yang sama, Allah s.w.t. juga menjelaskan wujudnya fungsi perbezaan kaum tersebut yang perlu dihayati. Dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami

jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13)

Ayat ini menjelaskan sebahagian fungsi perbezaan antara jantina dan bangsa adalah untuk saling mengenali dengan ciri-ciri keistimewaan mereka yang tersendiri. Antara ciri-ciri keistimewaan masing-masing adalah tanah asal mereka itu sendiri yang akhirnya akan disentuh secara lebih terperinci selepas ini. Jadi, seseorang tidak dapat menolak kepentingan ciri-ciri keistimewaan dalam kelainan antara sesama bangsa yang berbeza dalam pada menetapkan keluasan ajaran Islam. Ia adalah dua perbahasan yang berbeza tetapi tidak terpisah.

Mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di tempat mereka adalah fitrah manusia itu sendiri yang lahir dari mencintai bangsa sendiri secara tabi'e. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditanya:

؟هموق لجرلا بحي نأ ةيبصعلا نما ها وسر اي

Maksudnya:

Wahai! Rasulullah, adakah dari kalangan Asabiyyah, seseorang itu sayang kaumnya sendiri?"

Rasulullah s.a.w. menjawab:

نأ ةيبصعلا نم ن لو ا ملظلا ىلع هموق لجرلا رصني

(7)

7 "Tidak... Akan tetapi Asabiyyah adalah seseorang itu membela kaumnya ke atas kezaliman..."7

Dari hadis ini, ianya menjadi panduan kepada kita bahasawanya, asal kecintaan kepada bangsa dan tanah air adalah suatu perkara yang diraikan di dalam syarak, kerana ianya adalah fitrah manusia. Cinta kepada tanah air dan bangsa inilah yang mendasari konsep ketuanan Melayu, jika ianya difahami secara adil.

Rasulullah s.a.w. sendiri menzahirkan rasa kecintaan terhadap tanah air baginda s.a.w. yang tercinta, iaitu bumi Makkah, sebagaimana dalam sabda baginda s.a.w. ketika keluar berhijrah meninggalkan bumi Makkah tersebut:

كريغ تن س ام كنم ّنوجرخأ ّموق نأ اولو ، َّلإ كَبحأو ، دلب نم كبيطأ ام

Maksudnya:

Alangkah indahnya engkau (wahai Makkah) selaku tempat kediaman dan engkaulah yang paling ku cintai. Andai bukan kerana kaumku mengeluarkanku daripadamu, nescaya aku tidak akan mendiami di mana-mana tempat selainmu".8

Konsep "ketuanan Melayu" tidak wajar dilihat secara terasing (daripada konsep Islam) kerana sejak sekian lama, para ulama' Nusantara tidak memisahkan perjuangan bangsa dan agama kerana kepentingan bangsa Melayu untuk mempertahankan agama Islam dan tanah air mereka yang asal. Kepincangan dalam mempertahankan "ketuanan Melayu" oleh sesetengah pihak tidak boleh dijadikan satu-satunya hujah untuk menolak "ketuanan Melayu" tanpa memahami sejarah dan falsafahnya.

Kita dapat lihat betapa ramai para ulama' Nusantara mempertahankan "kecintaan bangsa Melayu" dalam semangat mengembangkan ilmu agama, sehingga mereka menetap di negara Arab sekalipun, namun masih mempertahankan "nisbah bangsa dan tanah air" mereka. Siapa tidak kenal dengan tokoh ulama’ Nusantara seperti Sheikh Nawawi Al-Bantani (dari Banten, Indonesia), Sheikh Mahfuz At-Tarmasi (dari Termas, Indonesia), Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani (dari Padang, Indonesia), Sheikh Abdul Karim Al-Banjari (dari Banjar, Indonesia), Sheikh Wan Ismail Al-Fathani (dari Pattani), Sheikh Shaleh Kalantani (dari Kelantan, Malaysia), Sheikh Shaleh Al-Filfilani (dari Pulau Pinang, Malaysia), dan sebagainya yang masyhur di negara-negara

7

(8)

8 Arab namun masih menisbahkan diri kepada tanah air masing-masing tanda kecintaan kepada tanah asal mereka (iaitu Nusantara).

Begitu juga para ulama' Nusantara yang menisbahkan diri mereka kepada tanah air masing-masing yang giat mengembangkan Islam di Nusantara seperti Sheikh Daud Al-Fattani (dari Pattani), Sheikh Abdul Shamad Al-Falambani (dari Palembang), Sheikh Arsyad Al-Banjari (dari Banjar), Sheikh Idris Al-Marbawi (dari Merbau, Perak) dan lain-lain.

Berdasarkan gambaran umum "minda" para ulama' Nusantara ini (termasuk Malaysia), kita dapati mereka sangat mencintai bangsa, tanah air dan ketuanan bangsa mereka di tanah air mereka, sehingga masih menisbahkan diri mereka kepada tempat-negara mereka. Setiap orang mempunyai kecintaan tersendiri terhadap tanah asal mereka. Perjuangan bangsa dan agama tidak terpisah terutamanya apabila Islam sudah menjadi sebahagian daripada “takrif” bagi bangsa Melayu itu sendiri.

Kita perlu faham juga, desakan untuk menolak "ketuanan Melayu" daripada orang-orang kafir adalah daripada minda mereka yang "Liberal" dan ingin menyamakan semua agama (setelah berjaya menyamakan semua bangsa) di Malaysia. Kita perlu berhati-hati dengan kelicikan orang-orang kafir ini dan berhati-hati juga dengan mereka yang dipergunakan oleh orang-orang kafir untuk menjatuhkan keutuhan Islam melalui kejatuhan bangsa utama yang menjaganya di Tanah Melayu ini.

Sebenarnya, mempertahankan ketuanan Melayu di "Tanah Melayu" bukanlah suatu agenda politik parti-parti "kebangsaan" tertentu kerana para ulama' Nusantara yang menyimpan semangat "ketuanan Melayu" (ketuanan Nusantara) tidak pernah mewakili mana-mana parti politik. Bahkan, semangat "Ketuanan Melayu" hanyalah suatu fitrah murni yang memahami asal-usul, sejarah dan kedudukan asal sesuatu bangsa di tanah air mereka. Ketuanan Melayu yang ditolak oleh Islam adalah yang terpisah daripada Islam itu sendiri. Kalau mempertahankan ketuanan Melayu di Tanah Melayu berteraskan semangat "mempertahankan agama dan sejarah tanah air" tidak salah kerana dalam banyak catatan hadith, Rasulullah s.a.w. sendiri mempertahankan ketuanan Quraisy (kepimpinan Quraisy) dalam urusan khilafah islamiyyah secara umum.

Islam Menjaga Konsep Ketuanan

Islam itu adalah agama yang mengajar cara hidup yang sempurna. Islam adalah pedoman, sedangkan "tuan" terhadap sesuatu tanah asal itu berkait rapat dengan sifat manusia. Islam mengajar seseorang untuk menjaga hak manusia sama ada secara individu atau berkelompok. Ketuanan "rumah" seseorang pun dijaga oleh Islam, apatah lagi ketuanan sesuatu bangsa bagi sesuatu tanah air. Ketika Pembukaan Kota Mekah

(9)

9 sesuatu bangsa, walaupun bangsa tersebut pernah mengusir Saidina Rasulullah s.a.w. Bahkan, setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang ke Madinah dan menyerahkan urusan politik tempatan kepada bangsa Quraisy semula di samping Baginda s.a.w. memimpin umat Islam sebagai suatu daulah islamiyyah yang lebih menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan.

Inilah ajaran Rasulullah s.a.w. yang sangat lapang dan tidak menyalahi fitrah. Dalam mana-mana negara Islam sejak zaman khilafah Islam pun ada konsep meraikan hak bangsa yang membangunkan ketamadunan di sesuatu tempat, untuk terus menguruskan tanah air sendiri. Kita janganlah bicara soal “syariah Islam” sehingga terlupa sudut maqasid syar'iyyah (tujuan pensyariatan)nya. Antaranya adalah menjaga "hak pemilikan", dan sebagainya. "Kita boleh lihat di sekitar khilafah Islamiyyah yang pernah wujud, mempunyai kerajaan-kerajaan tempatan yang menjadi cabang yang bernaung kepada khilafah Islamiyyah yang terbesar dalam zaman tersebut.

Bahkan, ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah, Kesultanan Melayu dianggap sebagai cabang kepada khilafah Islamiyyah pada ketika itu bahkan "politik tempatan" yang diamalkan di Tanah Melayu tidak pernah ditolak oleh Khilafah Islamiyyah yang terbesar pada ketika itu. Ini menunjukkan kedudukan konsep "ketuanan" sesuatu bangsa di tanah asal mereka tidak pernah bercanggah dengan Islam. Apa yang salah adalah

Asabiyyah, iaitu membela individu dalam bangsa sendiri yang melakukan kezaliman atas dasar sama bangsa. Hal ini jelas bagi sesiapa yang menguasai ajaran Islam yang menyeluruh dan konsep hadarah Islamiyyah yang luas.

Istilah ketuanan dan tuan itu sendiri perlu difahami melalui konteks ayat, bukan secara bebas, demi mengelakkan salah faham. Tuan dalam kalimah ketuanan Melayu bukan lawan bagi kalimah hamba, iaitu selain bangsa Melayu, mereka adalah hamba. Dalam Kamus Dewan Edisi Kedua, perkataan “tuan” mempunyai 5 pengertian. Sudah tentulah tuan yang dimaksudkan dalam ketuanan Melayu adalah dengan pengertian yang

keempat iaitu: “yang empunya; pemilik.” Seperti contoh: Siapa tuan kedai ini? Dan

sebagainya.

Keistimewaan Melayu-Islam di Malaysia

Konsep ketuanan Melayu bukanlah tiada mengandungi makna yang tersendiri dan peranan yang penting terutamanya terhadap agama Islam secara khusus. Apabila seseorang menyeru ke arah menolak konsep ketuanan Melayu dan semangatnya seumpama seseorang yang mengingkari konsep pemilikan kepada sesuatu ataupun jahil terhadap sejarah.

(10)

10 Definisi Ketuanan Melayu selalunya sekitar "Bangsa Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu (Malaysia) selain bangsa pribumi yang lain".

Dr. Mohd Ridhuan Tee berkata:

"Ketuanan Melayu hanya satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu adalah bangsa asal negara ini, selain orang asli. Atas kefahaman ini, maka saya dapat menerima istilah ini tanpa prejudis..."9

Sepertimana di India, bangsa India mempertahankan ketuanan bangsanya, begitu juga di China, bangsa Cina mempertahankan ketuanan bangsanya, di Arab juga, bangsa Arab mempertahankan ketuanan Arabnya, selagimana bukan atas dasar membela bangsa sendiri dalam kezaliman, maka ianya tidak termasuk dalam asabiyyah yang ditolak oleh Islam. Selagimana ianya tidak ditolak oleh Islam, maka Islam meraikannya kerana ia adalah suatu fitrah manusia yang mencintakan tanah airnya sendiri.

Di Malaysia, konsep ketuanan Melayu seharusnya tidak dijadikan isu politik untuk dibahaskan demi meraih undi kerana ianya merupakan isu yang lebih luas dalam konteks negara Malaysia ini, iaitu melibatkan institusi beraja di Tanah Melayu (atau Malaysia) yang bertanggungjawab menjaga agama dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera yang merupakan penduduk asal di Malaysia, yang membina ketamadunan di Tanah Melayu ini sebelum menjadi Persekutuan Malaysia.

Kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang menetap di Tanah Melayu sejak sekian lama (beserta golongan pribumi yang lain) bahkan suatu bangsa yang mempertahankan Islam sejak sekian lama di Tanah Melayu ini, serta kesultanan Melayunya secara jelas merupakan cabang daripada Khilafah Uthmaniyyah sebelum kejatuhannya, menunjukkan betapa ketuanan Melayu perlu dipertahankan atas dasar sejarah dan kepentingannya dalam menjadi bangsa utama yang mempertahankan Islam di samping sebagai bangsa yang menduduki tanah Melayu ini. Ketuanan Melayu adalah identiti Tanah Melayu di sisi tamadun Islam secara umum dan di sisi khilafah Islamiyyah pada zaman Uthmaniyyah.

Nama asalnya iaitu "Tanah Melayu" sendiri sudah menunjukkan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal yang membangunkan tamadun di Malaysia. Konsep ketuanan sesuatu bangsa tidak pernah bercanggah dengan Islam malah diraikan dalam Islam selama ia dipertahankan atas kerangka agama Islam itu sendiri.

Maka, semangat kecintaan kepada tanah air adalah digalakkan dalam Islam, selagi ia tidak membawa kepada asabiyyah atau taksub kepada bangsa sehingga membela kezaliman yang dilakukan oleh bangsa sendiri.

9

(11)

11 Konsep ketuanan Melayu selain berkaitan dengan kedudukan raja-raja Melayu, ianya juga merupakan suatu konsep yang boleh digunakan untuk mempertahankan kemurnian Islam. Ini kerana, bangsa Melayu sendiri sudah diberi takrifan melalui Perlembagaan sebagai orang yang menganuti ajaran Islam.

Perkara 160: Tafsiran:-

Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu

dan:-(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;”10

Kedudukan yang istimewa bagi orang-orang Melayu-Islam ini selain bumiputera yang lain menjadikan agama Islam turut istimewa dalam amalan masyarakat kerana ianya adalah agama bagi sebahagian besar penduduk asal Tanah Melayu yang bertanggungjawab mempertahankan negaranya. Bahkan, keistimewaan itu juga dipelihara oleh Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong di bawah peruntukan perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan menyebut:-

Perkara 153(1): Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi

kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah

dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.11

Selain daripada ianya merupakan salah satu daripada nikmat Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada orang-orang Melayu-Islam di Malaysia yang perlu disyukuri, ianya juga mempunyai peranannya yang tersendiri terutamanya dalam menjaga bangsa Melayu-Islam bukan sekadar berasaskan cinta kepada bangsa semata-mata, tetapi asas cinta kepada agama. Maksudnya, hubungan kepada sesama bangsa bukan setakat didasari oleh asas darah dan warna kulit, tetapi didasari oleh agama itu sendiri.

Dalam erti kata yang lain, cinta seorang Melayu-Islam kepada bangsanya tidak lagi dibatasi oleh dasar hubungan darah seperti bangsa-bangsa lain, tetapi cintanya kepada bangsanya juga di atas dasar kesatuan aqidah dan agama. Oleh sebab itulah, ketika ada suara yang mengetengahkan idea “orang Melayu juga wajar diberi kebebasan

10

Perlembagaan Persekutuan, Bahagian XII: Am dan Pelbagai, Perkara 160: Tafsiran, “Orang Melayu”.

11 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan, BahagianXII: Am dan Pelbagai, Perkara 153:Perizaban

(12)

12

beragama” dan sebagainya, tindak balas spontan daripada orang-orang Melayu-Islam

di Malaysia adalah bersifat menolak kenyataan berikut. Ini kerana, asas kecintaan kepada bangsa Melayu-Islam bukan pada bangsanya, tetapi kepada agamanya. Sehinggakan, dalam suasana di Malaysia secara praktikalnya, siapa sahaja yang memeluk agama Islam, dianggap seperti bangsa Melayu oleh orang-orang Melayu-Islam di Malaysia, walaupun pada hakikatnya berbangsa lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa, banyak pihak melihat perkara ini dari sudut negatif iaitu seolah-olah masuk Islam adalah masuk Melayu, padahal sudut positifnya adalah lebih banyak iaitu semangat kecintaan kepada bangsa di sisi orang-orang Melayu sudah berkembang menjadi semangat cinta atas dasar agama. Bahkan, ia juga menyuntik semangat ingin membangunkan bangsa Melayu melalui agama kerana bangsa Melayu turut mewakili agama Islam di Malaysia, sebagaimana bangsa Arab mewakili agama Islam di peringkat Tanah Arab dan antarabangsa.

Konsep ketuanan Melayu-Islam ini secara tidak langsung mempunyai kepentingan dalam membantu usaha membendung gejala murtad dalam masyarakat kerana sensitifnya agama Islam yang sudah menjadi darah daging kepada bangsa Melayu itu sendiri. Usaha ke arah memisahkan bangsa Melayu daripada agama Islamnya adalah suatu usaha Liberalisasi yang bertujuan untuk menghalalkan gejala murtad atas dasar “kebebasan beragama”. Jika bangsa Melayu sudah tidak lagi dikaitkan dengan Islam, maka, diharapkan agar masyarakat Melayu di Malaysia tidak sensitif lagi terhadap orang Melayu yang murtad dan meninggalkan agama Islam sebagaimana yang berlaku di negara Indonesia yang mengamalkan Pluralisme Agama.

Konsep Melayu-Islam yang menjadi kesinambungan daripada tamadun Melayu-Islam silam merupakan antara nikmat Allah s.w.t. yang terbesar dalam masyarakat Islam di Malaysia. Segala doktrinisasi berteraskan Pluralisme dan Liberalisme yang cuba diketengahkan dalam masyarakat Islam di Malaysia wajar dibendung. Mereka yang terlibat dalam politik kepartian tidak wajar dipergunakan oleh pihak-pihak Liberalis yang cuba menjauhkan masyarakat Melayu-Islam daripada ciri-ciri keislaman mereka dengan memberi pelbagai gambaran negatif terhadap semangat cinta kebangsaan (Melayu) yang mana sasaran sebenar usaha ini adalah terhadap agama Islam yang menjadikan bangsa Melayu itu istimewa. Maka, sewajarnya isu melibatkan kecintaan kepada bangsa Melayu di Malaysia ini, isu kedudukan raja-raja Melayu, isu ketuanan Melayu dan sebagainya, tidak dipolitikkan kerana mempertahankannya lebih utama daripada mepertikaikannya.

Hala Tuju Negara Berkenaan Agama Islam

(13)

13 Malaysia berada di atas landasan yang mudah untuk merealisasikan pembentukan negara Islam yang sempurna. Mungkin, dalam beberapa aspek sahaja, agama Islam belum dijadikan perundangan utama untuk digunakan.

Namun, jika dilihat semula, sehingga hari ini Perlembagaan Persekutuan telah memberi kebenaran khusus kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membantu perkembangan ajaran Islam di Malaysia dengan perbelanjaan negara atau negeri. Walaupun ia tidak menafikan kepentingan menjaga agama lain, tetapi agama Islam disebut secara khusus dalam perlembagaan.

Perkara 12 (2): Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa

perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.12

Ia merupakan suatu peruntukan istimewa kepada perkembangan agama Islam di Malaysia dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat Islam dalam menjalani kehidupan beragama mereka. Negara Malaysia secara perlembagaannya sudah bersedia ke arah Negara Islam yang sempurna dan lebih baik.

Bahkan Mahkamah Syariah juga mempunyai kedudukan tertentu yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 121(1A): Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.13

Dalam banyak perkara-perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kita dapati struktur dan kerangka keislaman tanah air Malaysia ini sudah tersedia. Ia hanya perlu diperkuatkan lagi dengan pelaksanaan yang lebih menyeluruh, penjagaan terhadap peruntukan yang baik yang sedia ada dan menambah baik sudut kekurangan yang masih ada.

12 Perlembagaan Persekutuan, Bahagian II: Kebebasan Asasi, Perkara 12: Hak Berkenaan dengan pendidikan,

kurungan 2.

13

(14)

14

Jika kerangka keislaman sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan dari sudut sejarahnya, bahkan banyak institusi-institusi dan badan yang menjaga agama Islam diwujudkan seperti JAKIM, Lembaga Tabung Haji, Jabatan Agama Islam setiap negeri dan sebagainya, maka hampir tidak banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan keislaman negara Malaysia ini.

Referensi

Dokumen terkait

20 Riduan Syahrani, loc.cit.. perundang-undangan untuk melakukan suatu perbuatan hukum.65 Hal ini ditegaskan dalam pasal 1329 Kitab Undang-Undang Hukum Perdata yang

Dengan mengetahui gaya belajar menggunakan VARK Questionaire, siswa diharapkan lebih mengenal cara mereka mengolah informasi dan mampu mengoptimalkan segala potensi

Dan jika memang pasangan yang berpisah karena perceraian atau kematian ini memiliki anak dari perkawinan tersebut maka mau tidak mau akan terjadi pola asuh single parent entah

Diantara kontraksi, lakukan Pemeriksaan Dalam (PD), Jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan di masukkan kedalam jalan lahir sampai sedalam kanalis servikalis, sentuh ketuban

Flushing berbasis produk ketala po- hon pada kambing Kejobong mengakibatkan timbulnya birahi lebih awal dan birahi lebih lama; meningkatkan konsentrasi

1) Inspeksi Kesehatan Lingkungan dilaksanakan oleh Tenaga Kesehatan Lingkungan (sanitarian) yang membawa surat tugas dari Kepala Puskesmas dengan rincian tugas yang lengkap. 2)

Aspek Praktis: dapat menambah ilmu dan memperluas wawasan tentang seberapa besar pemahaman kognitif mahasiswa komunikasi penyiaran islam (KPI) angkatan 2013 UIN

Berdasarkan hasil penelitian di atas disarankan bagi UP4 Pontianak: meningkatkan aktivitas edukasi tidak hanya kepada pasien TB paru tetapi ke setiap pengunjung