• Tidak ada hasil yang ditemukan

kemahiran kefahaman pkp3107

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kemahiran kefahaman pkp3107"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

KEMAHIRAN KEFAHAMAN 2.1 Definisi Kefahaman

Lamberg & Lamb (1980) mendefinisikan kefahaman sebagai kebolehan menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasi idea, kesan, dan akibat.

Seseorang yang boleh membaca perlu memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan kematangannya untuk faedah diri sendiri atau untuk orang lain sama ada untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan atau hiburan.

Kefahaman tentang isi-isi bacaan itu akan lebih bermakna sekiranya dapat dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada bagi memudahkan seseorang membuat telahan, taakulan, dan kesimpulan.

Kefahaman dalam konteks ini dapat diberi pengertian sebagai kebolehan membuat penghuraian atau menginterpretasi idea dan makna kepada bahan yang dibaca.

Kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif. Proses kognitif adalah asas utama dalam bacaan dan kefahaman. Jika seseorang kanak-kanak itu menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa dengan intonasi yang betul tetapi masih gagal untuk memahami idea, mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau kesimpulan maka kanak-kanak tersebut jelas mempunyai masalah dalam pemikiran khususnya kefahaman dalam bacaan.

Proses kognitif dalam konteks kefahaman melibatkan perkara-perkara yang berikut: i. keupayaan membuat perkaitan,

ii. mengetahui perkaitan atau perhubungan, iii. pemindahan pembelajaran,

iv. membuat telahan atau inferensss serta v. menilai dan menghayati

2.2 Tahap Kefahaman

Kefahaman adalah matlamat terakhir dalam membaca. Oleh sebab membaca merupakan proses penguasaan bahasa dan bahasa pula sebagai alat komunikasi maka bacaan itu tidak akan lengkap tanpa kefahaman.

Sejauh mana kefahaman seseorang murid terhadap apa yang dibaca akan dapat diketahui atau dikesan melalui ujian-ujian seperti menjawab soalan aneka pilihan, mengisi tempat kosong, betul-salah, suaikan, dan sebagainya. Kefahaman seseorang murid akan terserlah berdasarkan hasil keputusan ujian tersebut.

Proses kefahaman dalam bacaan terbahagi kepada beberapa tahap seperti yang berikut: 2.2.1 Memahami Maksud Perkataan dan Ayat

Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman literal. Seperti mana yang telah dibincangkan, bacaan dan kefahaman melibatkan proses kognitif. Proses kognitif yang paling rendah ialah mengingat kembali. Kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan.

Bagi kanak-kanak pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai daya ingatan yang lemah, latihan ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan mestilah diberi penekanan.

Bahan bacaan yang disediakan untuk memahami maksud perkataan dan ayat hendaklah bermula dengan jumlah bilangan perkataan yang kecil pada satu-satu masa. Soalan-soalan yang diajukan juga haruslah disediakan dalam bentuk objektif manakala jawapan kepada soalan-soalan itu boleh didapati terus daripada teks bacaan berkenaan.

Contoh teks bacaan:

Ini buku. Ini buku Abu. Buku Abu biru. Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong:

(2)

i. Ini ______________. ii. Ini buku __________. iii. Buku Abu _________. iv. Ini ______ Abu. v. Buku _______ biru.

2.2.2 Membuat Urutan Idea

Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman inferens. Tahap ini memerlukan murid menginterpretasi, membuat perkaitan atau perhubungan, menaakul, dan membuat telahan.

Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif tersebut akan mempengaruhi keupayaannya membuat urutan idea dari bahan yang dibaca.

Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, guru pemulihan perlu membiasakan murid-murid dengan latihan-latihan kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman inferens secara bacaan dilaksanakan.

Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi berkaitan agar mereka dapat menginterpretasi maklumat yang dibaca.

Contoh teks bacaan:

Ini Abu. Abu ada adik. Abu ada kakak. Ali adik Abu. Ani kakak Abu. Siti adik Ali.

Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong: i. Adik beradik Abu ada _______ orang. ii. _______ kakak Ali.

iii. Ani ada ______ orang adik.

2.2.3 Hubungan Sebab dan Akibat

Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis. Tahap kefahaman yang agak tinggi ini memerlukan murid membuat hubungan sebab dan akibat serta mampu membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah.

(3)

Kefahaman pada peringkat ini juga perlu dilatih dan diperkembangkan secara lisan dahulu. Murid-murid memerlukan bantuan dalam menentukan perkara-perkara yang mereka baca sama ada benar atau tidak. Murid-murid juga perlu dibantu supaya mereka dapat membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat.

Oleh sebab keupayaan proses kognitif yang terhad, murid-murid pemulihan mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan proses kognitif ini. Namun, guru-guru pemulihan masih boleh membantu mereka untuk maju dengan membiasakan mereka dengan soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang mereka baca.

2.2.4 Membuat Tafsiran/Andaian

Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kreatif. Tahap kefahaman kreatif merupakan tahap kefahaman tertinggi.

Terdapat pakar-pakar pengajaran bacaan menyatukan tahap kefahaman ini dengan tahap kefahaman kritis. Jika dilihat dan dikaji dengan teliti tahap ini merupakan hasil daripada pencapaian murid-murid dalam tahap-tahap sebelumnya.

Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu menghayati bahan-bahan yang dibacanya. Mereka juga membuat hubungan sebab dan akibat, membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah, dan membuat andaian serta tafsiran sehingga mampu membina situasi baharu berasaskan andaian dan tafsiran tersebut.

Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu bertindak balas terhadap bahan yang dibacanya dengan menunjukkan emosinya seperti gembira, sedih, marah, pilu, menangis, terharu, dan sebagainya.

Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu kreatif sehingga mereka berjaya menghasilkan bentuk-bentuk penulisan yang boleh dinikmati oleh orang lain pula.

Kesimpulannya, seseorang yang telah mencapai tahap kefahaman kreatif ini seharusnya telah dapat; i. bertindak balas dengan menunjukkan emosinya.

ii. menggunakan butir-butir yang diperoleh dari pembacaannya untuk menghasilkan daya kreatifnya. 3. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Kefahaman

Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how).

http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html

Alat-alat berfikir seperti pemetaan semantik dan pengurusan grafik membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Ia juga boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. Dengan itu, kefahaman kita tentang terhadap sesuatu dapat ditingkatkan.

http://ramlanhamzah.tripod.com/RM/id1.html 1. Pemetaan semantik

Proses pemahaman selain berkaitan dengan proses visual, juga berkaitan dengan proses non-visual. Bahagian terpenting dari informasi non-visual yang cukup berperanan dalam proses pemahaman adalah skemata. Dalam proses pemahaman, menurut teori skemata, dimainkan oleh skemata-skemata yang dimiliki oleh seorang pembaca, serta tingkat kedalaman pemahaman itu sangat dipengaruhi oleh latar belakang skemata isi. Menurut penulis, pengaktifan skemata isi dapat dilakukan dengan pemetaan semantik (semantic mapping).

http://journal.um.ac.id/index.php/bahasa-seni/article/view/2492 Kegunaan :

1. Mengambil nota. 2. Simpanan nota ringkas.

(4)

3. Memanggil maklumat. 4. Mengembangkan isi. 5. Menyelesaikan masalah.

 Disesuaikan/mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.

Digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar boleh membuat peta minda mengikut aktiviti yang dijalankan.

 Peta minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.

 Pemetaan semantik: membantu pelajar dalam proses mengarang Antara bentuk peta minda adalah :

1. Pengkelasan 2. Rantai urutan 3. Kitaran 4. Kitaran (berpusat) 5. Tangga hiraki 6. Pohon fikiran 7. Pengkelasan (berpusat) Panduan membuat peta minda Bahan :

1. Pen/pensel berwarna.

2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik). Persediaan :

a. Kenalpasti konsep/idea utama. b. Bina dengan pantas.

c. Bina dengan riang dan positif.

d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan. e. Dalam keadaan selesa & tenang.

f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri. Langkah-langkah dalam membina peta minda :

1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas.

2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai. 3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama. 4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang.

5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan. 6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran.

7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan maklumat tambahan. Strategi-strategi untuk menjadikan peta minda lebih bermakna dalam ingatan :

1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.

2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya. 3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita.

4. Gunakan anak panah/warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang. 5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.

http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm 2. Carta organisasi

 Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus. Namun demikian ianya bolehlah ditakrifkan atau diertikan sebagai :-

“ Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. ”

 Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu perlulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap

(5)

anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.

http://arifomar.blogspot.com/2008/12/organisasi-adalah-lebih-dari-apa-yang.html

 Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks untuk difahami . Bagi mengatasi masalah ini, carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesebuah organisasi .  Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-unit , atau individu-individu dan

bagaimana mereka berkait antara satu sama dengan lain.

 Unit –unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang berasingan. Kotak-kotak ini pula terus dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus . Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi.

 Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut: a) Pembahagian Kerja

b) Hubungan ketua-pekerja bawahan c) Jenis kerja yang dijalankan

d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja e) Tingkat pengurusan

Ini dapat membantu kefahaman struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah organisasi.

3. Carta aliran

 Alatan logik popular yang menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

 Dengan lain perkataan carta alir menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik.

 Carta alir selalunya dibina di peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan hendak diselesaikan.  Carta ini sangat berguna untuk memahami logik masalah yang hendak diselesaikan.

 Apabila carta alir telah dibina, adalah mudah untuk menulis atur cara komputer dalam apa jua bahasa pengaturcaraan. http://books.google.com.my/books?id=eQ995zdkW0gC&pg=PA41&lpg=PA41&dq=definisi+carta+aliran&source=bl&ots=uNErbM

-KQK&sig=mhAS4Q1loYcymlX4VOVPps9FXfI&hl=en&ei=hZY5TODYC5G2rAeHuP35CA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnu m=2&ved=0CBkQ6AEwATgK#v=onepage&q=definisi%20carta%20aliran&f=false

 Carta aliran kerja bolehlah dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam aktiviti atau prosedur.

 Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam sesuatu aktiviti atau prosedur.

 Carta aliran kerja menggambarkan secara grafik atau gambarrajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam satu-satu aktiviti. Setiap langkah yang diambil hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat, iaitu dengan

menunjukkan secara jelas dan ringkas peringkat permulaan dan peringkat selesai. Dengan adanya carta aliran akan dapat: i. Memberikan kefahaman kakitangan mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.

ii. Menunjukkan dimana berlaku kelewatan, „bottle neck‟ dan kerja berulang-ulang. iii. Menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.

 Penggunaan simbol-simbol tertentu dalam carta aliran adalah perlu disediakan selepas penyediaan proses kerja. Langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran adalah seperti berikut:

i. Rujuk proses kerja akitiviti yang terlibat.

ii. Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti tersebut. iii. Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.

 Carta aliran kerja diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau tindakan yang perlu diambil mengikut urutan yang betul,iaitu menunjukkan peringkat permulaan dan peringkat selesai yang dijelaskan secara ringkas.

 Carta aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, carta aliran juga dapat menunjukkan di mana berlaku kelewatan, “bottleneck‟ dan kerja berulang-ulang. Ia juga dapat menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan.

 Simbol-simbol tertentu digunakan dalam carta aliran. Simbol-simbol itu termasuklah simbol tindakan, simbol aliran, simbol pilihan/keputusan,simbol tindakan serentak dan simbol penyambung.

http://gurubashid.com/blog/fail-meja-ketua-panitia-dan-manual-prosedur-kerja/carta-aliran-kerja.html Simbol-simbol yang digunakan:-

(6)

4. Pengurusan Grafik

 Menghasilkan tujuan yang jelas untuk belajar kandungan pelajaran

 Memperlihatkan apa yang sudah diketahui sebagai asas untuk belajar yang baru

 Secara aktif mencadang dan menilai kemungkinan perhubungan dalam kandungan yang dikaji  Mentadbir proses berfikir mereka sendiri

http://www.slideboom.com/presentations/145399/Pengajaran-Pembelajaran-KBAT  Memberi penjelasan untuk kefahaman pelajar.

http://www.scribd.com/doc/2882944/MAKSUD-ISTILAH-KONSEP-  Sejenis alat berfikir

 Membantu mengurus fikiran

 Tidak akan berfungsi tanpa kemahiran berfikir  Bentuk dan corak boleh diubahsuai

http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran-Berfikir?secret_password=&autodown=doc  Digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk

membantu menghurai masalah / situasi / kandungan  Antaranya adalah :

1. Membanding dan membeza. 2. Mengkelaskan.

3. Membuat urutan.

4. Menyusun mengikut keutamaan. 5. Membuat ramalan.

6. Menerangkan sebab. 7. Mengusul periksa andaian. 8. Membuat inferens. 9. Mentafsir maklumat. 10. Membuat gambaran mental. 11. Membuat analogi.

12. Membuat keputusan.

(7)

Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:

i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya,

ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu.” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok,

iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca, iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca,

v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca, vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca,

vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah.

Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how).

Referensi

Dokumen terkait

Pada hasil analisa kontribusi dari peranan Sektor Keuangan, Persewaan & Jasa Perusahaan pada masing-masing Kecamatan terhadap PDRB atas dasar harga konstan di

Adat, tradisi, pitutur, atau juga usaha penemuan kembali tradisi masyarakat adat yang telah “terkubur” sekian lama yang dilakukan oleh masyarakat adat yang tersebar di Indonesia

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas berkat dan anugerah yang telah dilimpahkan sehingga penulis dapat melaksanakan penelitian dan

Berdasrkan hasil penelitian yang telah dilakukan dapat ditarik kesimpulan sebagai berikut: 1.Penyebab remaja mengkonsumsi minuman keras di Jorong Batang

Dan dari hasil percobaan itu pula membuktikan bahwa objek kardus bisa di deteksi oleh radar, dan terlihat pula pada lingkaran biru menunjukan kesamaan hasil jarak dan

Sebagai seorang guru yang baik, disarankan agar dalam melaksanakan kegiatan pembelajaran harus sering memperbiasakan Peserta Didik untuk melakukan eksperimen/

1) Menendang dengan kaki bagian dalam artinya bola ditendang dengan menggunakan salah satu kaki bagian dalam untuk menghasilkan umpanan yang akurat ke sasaran

Regulasi yang sudah dibuat dan sudah digelontorkan oleh pemerintah di bidang perpajakan pada pertengahan tahun 2015 ini dapat berdampak baik jika dilihat dari sudut