• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penjelasan Problem Based Learning

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penjelasan Problem Based Learning"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PTV (MBE 1023)

TUGASAN : PROBLEM BASED-LEARNING

(PBL)

PENSYARAH : EN. KAMAROLZAMAN

BIN JIDI

KHUZAINEY BINTI ISMAIL

GB070117

(2)

GB070 117

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 Pengenalan 3

1.1 Perbandingan corak pembelajaran aktif 5

2.0 Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah penyelesaian masalah 6

2.1 kebaikan kaedah penyelesaian masalah 10

2.2 kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah 11

3.0 Model kurikulum PBL 12

4.0 Penilaian di dalam PBL 14

5.0 Kesimpulan 16

Rujukan 17

(3)

GB070 117

1.0 Pengenalan

Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) yang menjadi kaedah popular di banyak universiti di Eropah dikendalikan dengan memperkenalkan suatu masalah yang realistik. Masalah ini mestilah dipilih untuk menarik pelajar menyelesaikannya dalam pasukan masing-masing. Ianya telah diperkenalkan oleh Barrows and Tamblyn (1980). Mereka telah membuat kajian keatas pelajar perubatan di McMaster School di Canada. Semasa kajian dilakukan para pelajar secara individu dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberi oleh pengajar . Dapatan kajian adalah para pelajar akan terikat dengan pembelajaran mereka di dalam konsep penyelesaian masalah. Melalui PBL pelajar memperolehi real-world challenges, higher-order

thinking skills, problem-solving skills, interdisciplinary learning, independent learning, information-mining learning, teamwork dan kemahiran berkomunikasi

Keinginan menyelesaikan masalah tersebut mendorong pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan antara kumpulan. Melalui PBL, para pelajar dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. PBL menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan percambahan ilmu dan idea di kalangan pelajar, langsung menjurus kepada pembinaan komuniti pembelajaran dinamik. Proses pembelajaran PBL adalah seperti Rajah 1

Rajah 1 : Proses pembelajaran PBL

Pemasalahan diberi: membentuk pemikiran kognitif, peranan kerja

berkumpulan, brainstorming, persetujuan terhadap penyata masalah

Analisa masalah dan isu pembelajaran : brainstorming dan

analisa masalah, mengenalpasti isu pembelajaran dan objektif pembelajaran

Penemuan dan membuat laporan : Membuat kerja secara

berkumpulan dan di antara rakan sebaya

Pembentangan penyelesaian : Pelajar akan membentangkan hasil

perbincangan. Pembelajaran kontektual dan aplikasi ilmu dapat dijana. Gambaran keseluruhan, integrasi dan penilaian

Pembelajaran kendiri Pembelajaran kendiri Pembelajaran kendiri Pembelajaran kendiri

(4)

GB070 117

Gambar 1 : Pendekatan pembelajaran PBL

Pengajaran secara PBL, pengajar berfungsi sebagai fasilitator untuk memastikan pelajar tidak lari jauh daripada matlamat masalah, memberi motivasi dan panduan untuk mencari penyelesaian, dan memberi penutup (closure) selepas penyelesaian di bentangkan oleh pelajar untuk memperbetulkan konsep sekiranya terdapat kesilapan, dan memberi ulasan terhadap penyelesaian yang akan dibentangkan.

Rajah 2 : Peranan pengajar di dalam pembelajaran PBL

Boud (1985) telah mencadangkan Pembelajaran Berasaskan Masalah ini adalah merujuk kepada matlamat dan bidang sesuatu pengajaran. Beliau telah menggariskan lapan (8) ciri untuk pembelajaran PBL

:-i. Pelajar menghargai sesuatu pembelajaran melalui pengalaman. ii. Pelajar akan lebih bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.

iii. Pembelajaran ini boleh diapplikasikan bagi semua jenis bidang pengajaran. iv. Pembelajaran yang melibatkan teori dan amali.

v. Pembelajaran ini lebih memfokuskan kepada proses pembelajaran. vi. Pengajar berperanan sebagai fasilitator

pelajar

Proses, heuristics dan pengetahuan Facilitating, coaching

(5)

GB070 117

vii. Hasil daripada pembelajaran adalah ‘student self-assessment’ dan ‘peer assessment’

viii. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar.

Barrows (1986) telah memperkenalkan taksonomi kaedah pembelajaran PBL . Menurut beliau terdapat pelbagai gabungan variasi melalui kaedah PBL bagi mencapai objektif pembelajaran

seperti:-i. ‘Lecture Based Cases’ : Pelajar akan membentangkan maklumat dan membuat demostrasi berdasarkan soalan yang diberi oleh pengajar.

ii. ‘Cased – based lecturer’ : Pelajar perlu mencari maklumat pembelajarannya terlebih dahulu sebelum pengajar mengajar perkara tersebut.

iii. Kaedah berdasarkan kes : Pelajar dikehendaki membuat kajian bagi menyelesaikan masalah yang berasaskan kes dan ianya perlu dibentangkan di dalam sesi perbincangan pada keesokkan harinya.

iv. ‘Modified case-based’ : Pelajar diberi beberapa maklumat dan mereka dikehendaki untuk membuat keputusan dan tindakan berasaskan kepada maklumat tersebut. v. Kaedah penyelesaian masalah : Pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang

diberi oleh pengajar. Oleh yang demikian mereka perlu ada pemahaman yang tinggi terhadap masalah tersebut dan menentukan kriteria yang dianggap bagi menghasilkan penyelesaian.

vi. ‘Closed-loop problem based’ : Pelajar diminta untuk menyelesaikan masalah

berdasarkan beberapa kaedah dan pengajar akan menilai melalui kaedah-kaedah yang digunakan.

(6)

GB070 117

1.1 Perbandingan corak pembelajaran aktif

Kaedah Struktur pembelajaran

Peranan Pelajar Peranan pengajar Jenis-jenis aktiviti Problem Based-Learning Berasaskan masalah

Penglibatan aktif di kalangan pelajar kerana berlaku soal jawab berasaskan pandangan dan pengalaman pembelajaran mereka

Pemboleh pembelajaran

Bekerja di dalam kumpulan dan pembelajaran individu

Project Based-Learning

Pengajaran berstruktur

Melibatkan kerja berkumpulan untuk menyelesaikan masalah dan pembentukan strategi bagi mencari penyelesaian masalah

Penyelia projek

Kaedah penyelesaian masalah dan pengurusan masalah Problem-solving learning Pengajar akan mengajar secara langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah

Pengetahuan untuk menyelesaikan masalah Pembimbing untuk mendapatkan penyelesaian yang betul Menyelesaikan masalah berdasarkan pemasalahan yang diberi. Pembelajaran berasaskan tindakan Pembelajaran secara berkumpulan yang melibatkan perbincangan penyelesaian masalah

Pelajar akan mencapai matlamat pembelajaran mereka dan

membantu rakn sepasukan melalui tindakan dan ‘reflection’

Fasilitator Pencapaian kepada matlamat individu

2.0 Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah penyelesaian masalah

Strategi penyelesaian masalah merupakan cara pengajaran yang berdasarkan kepada penyiasatan saintifik. Tujuan penyelesaian masalah menyediakan peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari, menggalakkan pemikiran kritis, analitis, logis dan rasional, memperkukuhkan prinsip dan teori yang telah dipelajari, meningkat dan memperkukuhkan ingatan pelajar, memenuhi kehendak prinsip ‘ belajar melalui membuat, mendatangkan kepuasan kepada pelajar yang berjaya mencapai hasil yang dikehendaki, membina sifat yakin di kalangan pelajar dan memupuk perkembangan sifat berdikari. Menurut Prof. Khalid Mohamed Nor (2002) terdapat 3 fasa dalam menyelesaikan masalah

(7)

iaitu:-GB070 117

i. Fasa pemahaman masalah

- Fahamkan masalah dengan memastikan semua takrif dan makna berkaitan diketahui

- Tuliskan semula fakta dan maklumat yang berkaitan

- Senaraikan semua maklumat yang diberi dan buat senarai lain bagi maklumat yang tidak diketahui

- Rumuskan pertalian maklumat tersebut dalam bentuk sebutan matematik ataupun grafik seperti rajah, graf, gambarajah, carta dan lain-lain

ii. Fasa penentuan cara penyelesaian

- Gunakan pengalaman penyelesaian yang lepas untuk memerhatikan kesamaan masalah dari segi pertalian maklumat yang ada

- Jika tidak ada kesamaan, cuba selesaikan dengan menggunakan prinsip asas, hujah logik atau kaedah cuba dan salah

- Sekiranya langkah tersebut tidak menghasilkan jawapan, lihat semula maklumat tadi dengan tujuan untuk merumus semula masalah supaya boleh diselesaikan dengan pendekatan yang berlainan.

iii. Fasa perumusan masalah

- Selepas mendapat jawapan, rumuskan jalan penyelesaian supaya ia dapat dijadikan pengalaman dan contoh menyelesaikan soalan yang serupa pada masa yang akan dating.

(8)

:-GB070 117

i. Model Dewey

Menurut John Dewey, pembelajaran menyelesaikan masalah melibatkan lima peringkat penyelesaian.

ii. Model Polya

Mengikut Polya, terdapat empat peringkat di dalam menyelesaikan masalah dalam matematik

iaitu:- Memahami soalan bermasalah : pelajar akan dibimbing untuk memahami item-item yang terlibat di dalam masalah itu, perkaitan antara item-item-item-item yang dikenalpasti dan item-item yang hendak dicari atau dijawab.

 Merancang strategi penyelesaian: terdapat beberapa cara iaitu dengan memilih operasi-operasi yang sesuai, menggunakan cara gambarajah, menggunakan cara analogi dan menggunakan cara analogi

 Melaksanakan strategi penyelesaian: Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah telah dirancang, pelajar boleh melaksanakan strateginya untuk menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara sistematik untuk mendapatkan jawapan yang betul.

 Menyemak semula masalah dan penyelesaiannya: Pelajar boleh menyemak jawapan dengan mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau menggunakan cara ‘songsang’ seperti jawapan yang didapati daripada operasi bahagi boleh disemak dalam operasi darab, pembedaan dengan pengamilan.

iii. Model Lester. Mengenalpast i masalah Mencari maklumat rumusan Membentuk hipotesis Menguji hipotesi s Menilai dan membuat keputusan

(9)

GB070 117

Berdasarkan Model Polya, Lester pada tahun 1978 menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah yang dikenali sebagai Model Lester. Keenam-enam peringkat itu adalah :-• Kesedaran masalah • Kefahaman masalah • Analisis objektif • Perancangan strategi • Pelaksanaan strategi

• Prosedur dan penilaian penyelesaian

iv. Theory of Constraints (TOC)

Ianya digunakan untuk membantu para pelajar menyelesaikan masalah, masalah akademik dan peribadi. Ia membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan sistemaik, berlogik, tepat dan mudah dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat 3 langkah utama dalam TOC iaitu

:-• Kesedaran dan mengenalpasti situasi bermasalah: penyataan masalah dan menentukan apa yang perlu diubah, menentukan objektif penyelesaian. • Mengenalpasti cara menyelesaikan masalah iaitu dengan menentukan apa

perubahan yang berlaku

• Perlaksanaan cara penyelesaian masalah dengan mengendalikan proses perubahan.

Terdapat 3 teknik penyelesaian masalah yang digunapakai di dalam TOC

iaitu:-• Teknik umum : digunakan untuk menyelesaikan masalah konflik, atau memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea dan sebagainya. Banyak menggunakan

(10)

GB070 117

kaedah dan teknik mengajar seperti main peranan, perbincangan, sumbangasan dan pemudahcaraan.

• Teknik sebab dan akibat : Teknik ini digunakan untuk membimbing pelajar membuat keputusan selepas member pertimbangan tentang akibatnya dari sesuatu masalah yang timbul. Banyak menggunakan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan reflektif.

• Teknik mencita-citakan kejayaan: Digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan cabaran. Teknik ini memerlukan teknik merancang serta koloboratif dan sistematik, serta kemahiran berfikir secara sistematik dan logical

v. Model Inkuiri Suchman

2.1 Kebaikan kaedah Penyelesaian Masalah

Pengukuhan ingatan dan kefahaman

Mengembangkan sikap tanggungjawab pelajar Pelajar berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain

Memilih

masalah Menerangkan proses

Mengumpul data dan membuat hipotesis Menguji hipotesis dan membuat teori Membincangka n peraturan-peraturan Menganalisis proses

(11)

GB070 117

Huraian Kebaikan Kaedah Penyelesaian Masalah

i. Pengukuhan ingatan dan kefahaman : Apabila seseorang pelajar membuat

analisis, menyelesaikan masalah yang diberi oleh pensyarah dan mencari kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut maka daya ingatan seseorang pelajar itu dapat dikembangkan. Ini membantu untuk pengukuhan ingatan dan kefahaman pelajar mengenai ilmu pengetahuan yang diperolehinya.

ii. Kemahiran berkomunikasi :Pelajar digalakkan untuk bekerja secara

berkumpulan dan berinteraksi di antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Pelajar juga diminta untuk membentangkan hasil kerja yang telah diperolehi. Kemahiran berkomunikasi ini secara tidak langsung dapat dibentuk di kalangan pelajar.

iii. Pelajar berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain : Perdebatan

dan sesi bercambahan fikiran di kalangan pelajar menyebabkan mereka lebih terbuka di dalam perbincangan dan menerima pendapat orang lain. Ini sedikit sebanyak membantu mereka semasa bekerja kelak kerana konsep bekerja secara berpasukan telah diterapkan semasa proses pembelajaran ini dijalankan.

iv. Pelajar berdikari dan berinisiatif : Setiap pelajar akan berusaha sendiri dan

berinisiatif untuk berjaya di dalam pembelajaran mereka. Pelajar akan mencari maklumat samada di dalam perpustakaan, buku rujukan, majalah, jurnal, artikel dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan yang diperlukan.

v. Mengembangkan sikap dan tanggungjawab pelajar : Setiap pelajar

bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Ini membantu mereka untuk lebih bersikap positif untuk mencapai kecemerlangan di dalam pembelajaran mereka.

vi. Kemahiran pengurusan : Pelajar berusaha untuk menguruskan masa dan

disiplin diri untuk menyiapkan tugasan mereka. Kebaikan kaedah PBL

Kemahiran bekerja di dalam kumpulan

Kemahiran pengurusan projek

Kemahiran berkomunikasi

(12)

GB070 117

2.2 Kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah

Huraian kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah

i. Penyelesaian mengambil masa

Setiap tugasan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana perlu membuat rujukan terlebih dahulu untuk mendapatkan isi kandungan yang diperlukan. Pelbagai rujukan perlu dirujuk seperti jurnal, buku, artikel dan sebagainya untuk memantapkan hujahan kelak.

ii. Penilaian Pembelajaran

Penilaian pembelajaran tidak tetap dan pelbagai kaedah penilaian diperlukan. Ini memerlukan pelajar untuk terus berusaha dan sentiasa berdaya saing sesama mereka untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

iii. Isu berbentuk konventional sukar

Sekiranya isu semasa yang cuba dihuraikan adalah lebih menyenangkan berbanding dengan isu konventional. Berkemungkinan para pelajar perlu merujuk kepada bahan bacaan yang lama yang sukar diperolehi.

3.0 Model kurikulum PBL

Kurikulum di dalam PBL direkabentuk untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran, meransang pemikiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar, menggalakkan pemerhatian dan pengujian hipotesis, memperkembangkan keyakinan dan kepakaran melalui perbincangan, perbahasan, perdebatan dan melatih kemahiran terancang. Rekabentuk kurikulum PBL merangkumi objektif PBL, objektif pembelajaran, struktur kursus PBL, jadual waktu, panduan kepada pengajar, sumber pembelajaran dan kriteria penilaian. Kurikulum direkabentuk berdasarkan kepada pengetahuan, isi

Keburukan kaedah Isu berbentuk konventional sukar Penilaian pembelajaran

(13)

GB070 117

kandungan dan kaedah menyelesaikan masalah sesuatu subjek. Terdapat pelbagai kurikulum PBL yang direka mengikut kesesuaian organisasi. Terdapat pelbagai kaedah kurikulum di dalam Problem Based-Learning sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah :-

Kaedah Applikasi Kurikulum Jadual PBL

Single Module Approach

Direka dengan menggunakan model McMaster. Pelajar akan menyelesaikan masalah yang diberi oleh pengajar. Perjumpaan dan

perbincangan dengan pengajar dilakukan 2 atau 3 kali untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Problem-Based learning on a shoestring

Hanya melibatkan beberapa orang pengajar dan kos pembelajaran yang minima. Kekurangan :

Kebergantungan

pembelajaran sepenuhnya terhadap pengajar, pelajar menjadi kurang yakin terhadap kurikulum

Tahun1 PBL Mengajar Mengajar PBL Mengajar Tahun

2 Mengajar PBL Mengajar PBL Mengajar Tahun

3

Mengajar Mengajar Mengajar PBL PBL

The Funnel Approach

Pelajar didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali pada tahun pertama samada melalui kelas, bengkel dan seminar. Kurikulum ini dibina kerana pengajar mempercayai pelajar harus didedahkan kepada prinsip dan konsep sesuatu pembelajaran sebelum mereka melalui pembelajaran PBL dan memberi ruang dan peluang belajar kepada pengajar kurang

berpengalaman di dalam proses pembelajaran PBL

Tahun 1 Lecture-based learning Tahun 2 Problem based-learning Tahun 3 Problem based-learning

(14)

GB070 117

The two-strand approach

Kurikulum ini direka untuk seiringkan antara pengajaran PBL dan kaedah pembelajaran campuran. Ianya diaplikasikan di universiti dan kolej. Tahun 1 Tahun 2 The integrated approach PBL bukan sekadar prinsipal tetapi ia

merupakan falsafah dalam kurikulum seperti dalam model McMaster. Ia menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan yang dipantau oleh seorang pengajar. Pelajar digalakkan bekerja di dalam aktiviti

berkumpulan.

Tahun

1 Masalah1 Masalah2 Masalah3 Masalah4 Tahun

2

Masalah5 Masalah6 Masalah7 Masalah8 Tahun

3

Masalah9 Masalah1 0

Masalah11 Masalah13

Contoh garis panduan pengajaran berkonsepkan PBL di dalam kursus psikologi

pendidikan:-Minggu Kandungan kursus

Minggu pengenalan

Pengenalan kursus , persediaan PBL

1 Punca masalah – penyata masalah, analisa senario masalah

2 Isu pembelajaran dan analisis masalah – Kenalpasti objektif dan isu pembelajaran 3 Membuat laporan – penulisan laporan secara pembelajaran kendiri

4 Persediaan pembentangan masalah secara berkumpulan 5 Pembentangan untuk melihat hasil kajian/ penemuan 6. Pengajar membuat penilaian serta sesi soal jawab

Mixed approach modules Problem-based learning modules

Problem-based learning modules Mixed approach modules

(15)

GB070 117

4.0 Penilaian di dalam PBL

Penilaian dijalankan untuk menentukan samada segala aktiviti pengajaran dan

pembelajaran iaitu pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum yang telah dijalankan mencapai objektif atau tidak. Kegunaan penilaian adalah untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan. Proses perlaksanaan penilaian melibatkan proses pengukuran, proses penganalisaan, proses interpretasi dan melapor.

Pelajar perlu dinilai selepas mereka memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan. Soalan harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan pengetahuan lepas pelajar serta sesuai dengan pengalaman mereka. Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, pengajar harus membimbing pelajar memahami dan mengenalpasti masalah itu. Pengajar harus berbincang dengan pelajar berbagai cara yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah. Di dalam proses pengajaran, pengajar hanya sebagai fasilitator. Oleh yang demikian segala proses pemikiran dan penyelesaian masalah dijalankan sendiri oleh pelajar. Contoh kriteria penilaian secara PBL melalui kursus Psikologi Pendidikan :

Komponen Pembelajaran Proses Penilaian Markah

Isu pembelajaran dan masalah (10 markah) Merujuk kepada objektif dan pembangunan pembelajaran Penyata masalah Hipotesis Objektif pembelajaran Mengenalpasti masalah Idea dan hipotesis masalah

Mencapai objektif pembelajaran yang komprehensif 5 5 Kerja berkumpulan Membuat laporan, Persembahan secara

(16)

GB070 117 (20 markah) persembahan kumpulan dan pengajaran sesama rakan sebaya

berkumpulan Persembahan merangkumi kualiti kepada penyelesaian masalah melalui idea atau

kajian 15 Pembelajaran untuk belajar (30 markah) Penulisan esei melalui portfolio Penulisan esei individu melalui pembelajaran kendiri dan belajar dari rakan

sebaya (1500 – 2000 patah perkataan) Refleksi pembelajaran kepada pelajar

Integrasi antara kerja secara individu dan berkumpulan. Kualiti sistesis, pembelajaran

kendiri dan kualiti dapatan maklumat dan kerja secara

berkumpulan.

Kefahaman pembelajaran dan refleksi hasil pembelajaran.

Pandangan individu mengenai penyelesaian yang

diperolehi merangkumi pengetahuan, teori dan

kontektualisme

10

20

Jumlah keseluruhan 60

5.0 Kesimpulan

Proses pembelajaran dan pengajaran secara PBL adalah lebih realistik di dalam dunia pendidikan di mana pelajar dapat bekerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberi, pelajar dapat memperkembangkan pemikiran mereka kearah pemikiran yang lebih kreatif dan kritis juga kompleksiti masalah mendorong proses pembelajaran. Tiada lagi suapan daripada pengajar dan ini mendorong semangat dan motivasi pelajar untuk terus berjaya di dalam bidang mereka.

(17)

GB070 117

Proses pembelajaran sebegini hanya sesuai diimplimentasikan kepada pelajar yang dewasa dan matang sahaja. Pelajar sekolah rendah juga boleh diterapkan pembelajaran sebegini kerana ini lebih membantu mereka untuk lebih berjaya di dalam pembelajaran mereka. Kaedah pembelajaran ini banyak membantu pelajar untuk lebih berusaha di dalam pembelajaran, proses kendiri untuk berjaya dan tidak hanya bergantung kepada pensyarah semata-mata.

Rujukan :

Mok Son Sang (2006). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran: Mutimedia-ES Resources Sdn Bhd

Onn-Seng Tan, Ph.D. (2003) Problem-based Learning Usinf Problems to Power Learning in the 21th century:Thomson Asia Pte Ltd

Maggi Savin-Baden and Claire Howell Major (2004) Foundations of Problem-based Learning : Society for Research into Hagher Education & Open University Press

Dr. Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester 1): Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

(18)

GB070 117

Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Husin Jusoh (2007) Psikologi Pendidikan dalam PTV: Penerbit UTHM

(19)

GB070 117

UF3712

FALSAFAH PERBANDINGAN SINOPSIS

Kursus ini membincangkan pelbagai permasalahan kefalsafahan dari tradisi asia dan barat dengan menggunakan pendekatan sejarah dan analitikal. Pertamanya, kursus ini akan meninjau sejarah falsafah dengan memberi tumpuan kepada persoalan-persoalan dan tema-tema khusus yang berbangkit dalam falsafah Yunani Purba, Pertengahan (Islam dan Kristian), Asia Selatan dan Asia Timur. Kedua, kursus ini membincangkan dan menilaikan secara kritis beberapa permasalahan-permasalahan kefalsafahan mengenai metafizik, epistemologi, etika, politik dan erti kehidupan.

OBJEKTIF

• Untuk memperkenalkan pelajar kepada ahli-ahli falsafah, penulisan-penulisan kefalsafahan serta permasalahan-permasalahan utama dari kedua-dua tradisi kefalsafahan Barat dan Asia.

• Untuk mendorongkan pelajar supaya berfikir secara kritis dengan menilai secara analitik penghujahan-penghujahan kefalsafahan.

• Untuk menggalakkan pelajar supaya mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan kelas.

RUJUKAN

Blocker, H. Gene (1999). World Philosophy: An East-West Comparative Introduction to

Philosophy. New Jersey: Prentice-Hall.

Koller, John M. & Patricia Joyce Koller (1998). Asian Philosophy. New Jersey: Prentice Hall. Lawhead, William. (2003). The Philosophical Journey: An Interactive Approach. 2nd ed. New

York: McGraw-Hill

Nagel, Thomas (1985). What Does It All Mean? A Very Short Introduction to Philosophy. Oxford: Oxford University Press.

Soccio, Douglas J. (1998). Archetypes of Wisdom. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.

Wall, Thomas F. (2001). Thinking Critically About Philosophical Problems. Belmont, California: Wardsworth Group.

(20)

GB070 117

FALSAFAH PRA-SKORATIK: APAKAH HAKIKAT KEJADIAN ALAM

Kuliah memperkenalkan kursus secara umum dengan mengupas pengertian dan ruang likup falsafah. Kuliah bermula dengan perbincangan mengenai, dan penilaian terhadap, pandangan ahli-ahli falsafah pra-Sokratik tentang hakikat kejadian alam. Antara ahli-ahli falsafah yang akan dibincangkan ialah Thales, Anaximender, Anaximenes, Pythagoras, Heraclitus, Parmenides, Empedocles, Democritus, dan Protagoras.

TOPIK PERBINCANGAN

Yakinkah anda dengan pandangan Protagoras bahawa kebenaran itu bersifat relatif?

RUJUKAN

Kolak, Daniel (1997). Lovers of Wisdom: A Historical Introduction to Philosophy. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.

Lawhead, William (1996). The Voyage of Discovery: A History of Western Philosophy. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.

Lawhead, William. (2003). The Philosophical Journey: An Interactive Approach. 2nd ed. New

York: McGraw-Hill

Russell, Bertrand (1993). Sejarah Falsafah Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Soccio, Douglas J. (1998). Archetypes of Wisdom. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company. Bab Pertama, pp. 2- 22.

Gambar

Gambar 1 : Pendekatan pembelajaran PBL

Referensi

Dokumen terkait

8) Menyusun rekomendasi peningkatan tata kelola tingkat kematangan. Berdasarkan observasi dan wawancara, Bisnis goals yang relevan dengan dengan standard framework COBIT 4.1.

Pada skenario pengujian ini, metode LPP dan LNMF dibandingkan berdasarkan jumlah database dengan arah objek yang berbeda yaitu depan, kanan, kiri dengan dua kondisi

Penelitian ini bertujuan untuk menguji pengaruh debt to equity ratio, current ratio dan total asset turnover terhadap pertumbuhan laba dengan ukuran perusahaan

Realizing that fact, Stella Duce 1 Senior High School and English Language Training International (ELTI) Yogyakarta then made an agreement to carry out a collaborative teaching

Puji syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas kasih dan anugrah-Nya yang telah diberikan kepada penulis sehingga penulis dapat menyelesaikan laporan skripsi yang berjudul

Bagi yayasan hasil penelitian ini dapat dijadikan sebagai bahan untuk menilai kebijakan dan merumuskan kembali kebijakan yang tepat terkait dengan pelaksanaan strategi

Rumusan masalah yang diajukan dalam penelitian ini adalah: Apakah penerapan model pembelajaran kooperatif tipe NHT dapat meningkatkan hasil belajar matematika siswa

Berdasarkan hasil penelitian, penulis menyimpulkan bahwa pengakuan, pengukuran dan pelaporan aktiva tetap pada PT Hasjrat Abadi secara umum telah sesuai dengan Pernyataan