• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2020"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

Pendaftaran Pelajar

Tarikh : 1 MAC 2021 (ISNIN)

Masa : DAM 8.30 pagi – 10.00 pagi DKM 10.00 pagi – 11.30 pagi

DTP 11.30 pagi – 1.00 ptg Tempat : Kafeteria MAS,

Kolej Kediaman Politeknik Banting Selangor

BUKU PANDUAN

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

SESI DISEMBER 2020

(2)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan Politeknik Banting Selangor 1 2.0 Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Dis 2020 (Pasca Covid-19) 2

3.0 Proses Sebelum Pendaftaran 4

3.1 Penyediaan dokumen 5

3.2 Pembayaran 6

3.3 Bayaran Yuran 7

3.4 Kaedah Pembayaran Yuran 8

3.5 Pendaftaran on-line (SPMP) 13

3.6 Kemudahan tempat tinggal 13

3.7 Bantuan kewangan 13

4.0 Hari Pendaftaran 14

4.1 Rupa diri pelajar semasa pendaftaran 14 4.2 Pakaian dan rupa diri pelajar lelaki 14 4.3 Pakaian dan rupa diri pelajar perempuan 15

4.4 Rupa Diri Menghadiri Kuliah 16

4.5 Takwim Pendaftaran Kolej Kediaman dan Pelaksanaan PdP 18 4.6 Proses pendaftaran Kolej Kediaman 19

4.7 Pendaftaran politeknik 20

5.0 Minggu Transformasi Siswa (MTS) 21

6.0 Hal-hal Lain 22

Lampiran A Senarai Semak Perkara Yang Perlu Dibawa Dan

Diserahkan Semasa Pendaftaran 23

Lampiran B Pelan lalulintas bagi Proses Pendaftaran di PBS 24

Lampiran C Pas kenderaan pelajar 25

(3)

1.0 PENGENALAN KEPADA POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Politeknik Banting Selangor (PBS) ditubuhkan pada tahun 2008 dan beroperasi di kampus tetap di Banting sejak 2012. Program pengajian yang ditawarkan di PBS adalah Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat, Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). PBS merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan program pengajian Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat.

PBS juga telah memperolehi persijilan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS Int. Sdn. Bhd. mulai 23 Mac 2017 dengan nombor persijilan QMS 03108. Pengiktirafan ini membuktikan kemantapan dan kecekapan Sistem Pengurusan Kualiti PBS agar proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dilaksanakan dengan lebih baik.

Untuk memastikan PBS sentiasa berada di hadapan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan di dalam bidang Penyenggaraan Pesawat, PBS telah mendapat pengiktirafan sebagai Maintenance Training Organization pada 20 April 2018 oleh

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM). Di samping itu juga, Diploma Kejuruteraan

Penyenggaraan Pesawat dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di PBS telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi tempoh 6 tahun. Ini juga didokong oleh tenaga pengajar yang kompeten dan berpengalaman luas dalam industri. PBS juga telah membuat jaringan kolaborasi yang aktif dengan industri seperti Malaysia Airlines Berhad (MAB), Air Asia Berhad dan Cresent Gear Solution Sdn. Bhd.

Selain itu, PBS komited memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan warga PBS sentiasa menjadi keutamaan. PBS juga telah menerima pengiktirafan ISO 45001:2018 dalam bidang pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(4)

2.0 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DIS 2020 (Pasca COVID-19)

Pada sesi Disember 2020 proses pendaftaran Kolej Kediaman dan Proses

Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) adalah amat berbeza daripada norma asal kerana dunia mengalami musibah yang luar biasa iaitu serangan penyakit COVID-19 amnya dan negara Malaysia khususnya mengalami musibah yang sama. Oleh itu, bagi menghadapi kehidupan kampus dan proses PdP dengan norma baharu (new Norms) maka semua pelajar hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Politeknik Banting Selangor (PBS) yang telah ditetapkan agar semua warga PBS di dalam keadaan selamat dan harmoni. Untuk memastikan proses PdP pelajar senior berjalan dengan lancar dan sempurna terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh pelajar iaitu mematuhi semua peraturan institusi serta membuat bayaran yuran pengajian dan membuat bayaran yuran Kolej Kediaman. Selain itu, pelajar juga dikehendaki mendaftar Kolej Kediaman, mendaftar politeknik dan mendaftar kursus bagi sesi Disember 2020.

Garis panduan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Dis 2020 PBS (Pasca Covid-19) adalah seperti berikut:

1. Semua pelajar diminta hadir ke kampus pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk memastikan proses pendaftaran Kolej Kediaman adalah terkawal pada satu-satu masa.

2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Borang Pengisyhtiharan Kesihatan Pelajar

Politeknik Banting Selangor (PBS) dengan jujur sejujurnya bagi membasmi

penularan wabak pandemik COVID-19 di Kolej Kediaman PBS.

3. Proses Pendaftaran Kolej Kediaman akan dilaksanakan mengikut norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, sanitasi kelengkapan dan beg pelajar, penggunaan pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan pengamalan penjarakan fizikal haruslah dipatuhi sepanjang masa.

4. Pelajar yang berstatus Person Under Investigation (PUI) atau Person Under

Surveillance (PUS) atau telah tersenarai dalam kategori Kontak Rapat Pesakit

COVID-19 oleh KKM TIDAK DIBENARKAN mendaftar sehinggalah pelajar tersebut kembali sembuh / selesai menjalani arahan kuarantin. (Sila kemukakan Surat Pelepasan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) kepada Penasihat Akademik (PA)/KJHEP).

(5)

5. Pelajar yang bergejala COVID-19, mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak, sukar bernafas dan suhu badan melebihi 37.5°C TIDAK DIBENARKAN mendaftar di Politeknik Banting Selangor sehingga pelajar sembuh.

6. Hanya dua (2) orang waris sahaja yang dibenarkan untuk mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran di kampus PBS dan waris TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan Kolej Kediaman PBS.

7. Semasa pendaftaran Kolej Kediaman, kenderaan ibu bapa/penjaga hanya

DIBENARKAN berhenti untuk menurunkan barangan keperluan pelajar dan diminta

untuk meninggalkan kampus PBS dengan segera.

8. Pelajar dikehendaki memuat turun aplikasi MySejahtera di telefon bimbit masing-masing bagi merekodkan pergerakan setiap masa pada setiap lokasi yang telah dikunjungi.

9. Bagi mencegah penularan wabak virus COVID-19 semua pelajar dinasihatkan membawa sendiri pelitup muka dan pensanitasi tangan (hand sanitizer) sepanjang berada di Politeknik Banting Selangor.

10. Pelajar diminta memaklumkan dengan segera kepada PA/Felo/JHEP sekiranya terdapat maklumat terkini berkaitan COVID-19 dikalangan ahli keluarga pelajar dalam tempoh pengasingan.

11. Semua pelajar DIWAJIBKAN menginap di Kolej Kediaman dan pelajar diminta agar

BERADA DI BILIK MASING-MASING sepanjang tempoh pengasingan iaitu selama sepuluh (10) hari bermula dari tarikh melapor diri.

12. Pelajar yang membawa kenderaan diminta mendaftarkan kenderaan dengan pihak PBS.

13. Sepanjang tempoh pengajian, ibu bapa / penjaga adalah dipohon untuk TIDAK

MELAWAT PELAJAR di Kolej Kediaman PBS dan pelajar juga TIDAK DIBENARKAN KELUAR dari Kolej Kediaman PBS di sepanjang tempoh pengajian bagi mengelakkan

risiko jangkitan COVID-19.

14. Pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan Kolej Kediaman untuk sebarang urusan pulang atau keluar dari Kolej Kediaman PBS.

15. Pelajar diminta untuk akur dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian

(6)

Kesihatan Malaysia (KKM) dan peraturan institusi yang dikemaskini dari semasa ke semasa.

16. Pelajar diminta sentiasa memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, sentiasa mengekalkan penjaran fizikal dan elakkan berkumpul di kawasan sempit, sesak dan sembang dekat sepanjang masa.

3.0 PROSES SEBELUM PENDAFTARAN

Rajah 1: Carta Alir Proses Sebelum Pendaftaran

SEMAK PENAWARAN DAN LAKSANAKAN PROSES SETUJU TERIMA DI LAMAN WEB ambilan.mypolycc.edu.my

CETAK DAN HANTAR BORANG JAWAPAN TAWARAN (BJT) DAN DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI KE:

PENGARAH,

POLITEKNIK BANTING SELANGOR, PERSIARAN ILMU,

JALAN SULTAN ABDUL SAMAD 42700 BANTING, SELANGOR

(u/p: KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR) *Hanya pelajar rayuan di Web ambilan.mypolycc.edu.my sahaja. Pelajar yang mendapat tawaran melalui sistem UPU tidak perlu menghantar BJT

SEMAK SEMULA STATUS PENERIMAAN BJT DI LAMAN WEB ambilan.mypolycc.edu.my dan cetak borang

HEP1-HEP6

Mula

JIKA STATUS PENERIMAAN TELAH DI LULUSKAN SILA KE LAMAN WEB https://pbs.mypolycc.edu.my UNTUK MELIHAT

i. Surat Pendaftaran

ii. Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu iii. Pendaftaran secara dalam talian (pendaftaran

online)

(7)

3.1 PENYEDIAAN DOKUMEN

Semua calon pelajar dikehendaki melaksanakan perkara berikut:

a) Pelajar hendaklah mencetak dokumen Lampiran A untuk memastikan perkara yang perlu dibawa dan diserahkan semasa proses pendaftaran Politeknik dan Kolej Kediaman.

b) Mengisi SEMUA borang dengan lengkap ( Borang HEP1 – HEP6 ). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dibawa pada hari pendaftaran.

c) Membuka Akaun Bank Islam (BIMB) atas nama pelajar dan membuat satu salinan penyata akaun bank tersebut.

d) Membawa gambar berwarna terbaharu sebanyak 2 keping berukuran pasport. (Sila catatkan nama, no. kad pengenalan dan kod program anda di belakang setiap gambar).

e) Pengarah PBS juga berhak menarik balik tawaran belajar sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Politeknik tentang perkara berikut:

i. Status kewarganegaraan

ii. Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan Peperiksaan Semester Akhir

iii. Maklumat tentang penglibatan saudara/sauri di dalam aktiviti seperti penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah maka anda tidak layak untuk mendaftar di politeknik.

f) Untuk pelajar yang mendapat tawaran program Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat, dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Banting Selangor dengan SEGERA sekiranya didapati Rabun Warna setelah membuat Pemeriksaan Doktor kerana syarat UTAMA bagi program ini adalah calon tidak rabun warna.

g) Pelajar dikehendaki merujuk pelan lalu lintas Politeknik Banting Selangor bagi melancarkan proses pendaftaran yang akan berlangsung pada 1 Mac 2021 seperti Lampiran B.

h) Sila cetak dan pamerkan Pas Kenderaan ibu bapa pelajar di atas dashboard kereta seperti di Lampiran C bagi melancarkan proses pendaftaran di PBS.

(8)

3.2 PEMBAYARAN PERINGATAN :

Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran yuran pengajian , yuran kolej kediaman dan bayaran pelbagai di Bank Islam (M) Berhad (BIMB). Pihak Politeknik KPT tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran semua yuran.

a. Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Kolej Kediaman PERLU DIJELASKAN sebelum hari pendaftaran iaitu pada 25 Februari 2021 (Khamis).

b. Bagi pembayaran kelengkapan pelajar, pelajar hendaklah menyediakan wang secukupnya untuk di bayar semasa hari pendaftaran di PBS.

c. Semua pembayaran yang dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda menarik diri atau berhenti daripada Politeknik Banting Selangor.

d. Calon yang memohon penajaan dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta juga di kehendaki membuat bayaran seperti pelajar lain sebelum dan semasa pendaftraran. Sebarang tuntutan selepas selesai proses permohonan penajaan, pelajar perlu mengemukakan salinan asal kelulusan penajaan ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar PBS bagi proses pemulangan wang bayaran yuran. e. Bayaran yuran pengajian dan yuran kolej kediaman melalui cek peribadi

atau Money Order, Postal Order dan tunai adalah tidak diterima.

Jabatan

Yuran Pengajian Yuran Kolej Kediman Bayaran Pelbagai Nilai

Bayaran Cara Bayaran

Nilai Bayaran

Cara

Bayaran Nilai Bayaran Cara Bayaran Jabatan Penyenggaraan Pesawat (DAM) Sem 1 RM 200.00 BIMB POLITEKNIK KPT (Bayar melalui Perbankan Internet/ Mesin ATM/ Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB. Tarikh bayaran sebelum 23 Februari 2021) RM 3.50 sehari x 70 hari = RM 245.00 (Bayaran secara Tunai di Kaunter Kewangan PBS selepas minggu pengasingan) RM300.00 BIMB 12074010066261 Koperasi Politeknik Banting Selangor Bhd Bayaran secara online / Tunai / Touch n GO sahaja (Sila letakkan No.

Kad Pengenalan pelajar pada bahagian maklumat bayaran online bagi memudahkan pengesanan bayaran). Tarikh bayaran sebelum atau pada 1 Mac

2021) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (DKM & DTP) Sem 1 RM630.00 (Bayar melalui Perbankan Internet/ Mesin ATM/ Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB. Tarikh bayaran sebelum 23 Februari 2021)

(9)

Nota :

1) Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan

2) Patuhi arahan ketika membuat bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Kolej Kediaman di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

3) Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.

4) Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu sebelum melapor di Politeknik.

5) Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai bukti pembayaran.

3.3 BAYARAN YURAN

Pada setiap awal pengajian semester bermula, semua pelajar hendaklah menjelaskan Yuran Pengajian dan Yuran Kolej Kediaman di pusat pengajian masing-masing agar proses PdP berjalan dengan sempurna. Oleh itu, untuk menjelaskan bayaran tersebut maka pelajar hendaklah mengikuti beberapa langkah yang telah ditunjukkan di dalam buku ini secara terperinci bagi mengelakkan berlaku kesilapan semasa pembayaran dilakukan.

MAKLUMAT PENTING

1. Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan.

2. Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian/ Yuran Kolej Kediaman di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

3. Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.

4. Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu sebelum melapor diri di Politeknik.

5. Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai bukti pembayaran.

(10)

3.4 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN

Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:

a. Mesin ATM BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Kolej Kediaman)

b. Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Kolej Kediaman) c. Kaedah Menggunakan Perbankan Internet

A. PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN YURAN KAMSIS MELALUI MESIN ATM BIMB

Pembayar perlu mempunyai akaun BIMB. PILIHAN MENU:

1. Pilih butang: LAIN-LAIN

2. Pilih butang : PEMBAYARAN BIL & YURAN IPT

(11)

4. Pilih butang : PENGESAHAN NO AKAUN OLEH PEMILIK AKAUN

5. MASUKKAN NO KP PELAJAR (contoh : 970412105393)

6. Paparan Yuran : PILIH JENIS BAYARAN

7. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis bayaran

8. Sahkan Jumlah kemasukan wang dan ambil resit

9. Bagi pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman ulangi langkah 1 hingga 8 untuk Yuran Kolej Kediaman RM630. Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan.

YURAN PENGAJIAN RM 200

YURAN KOLEJ KEDIAMAN RM630

(12)

B. PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN YURAN KAMSIS MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BIMB

1. Pilih Menu Yuran IPT

2. Masukkan No Kad Pengenalan

3. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran Pengajian RM200

4. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis bayaran

YURAN KOLEJ KEDIAMAN RM630

(13)

5. Sahkan jumlah kemasukan wang dan ambil resit

6. Bagi pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman ulangi langkah 1 hingga 6 untuk Yuran Kolej Kediaman RM630. Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan.

C. KAEDAH MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET

1. Layari www.bankislam.biz. Masukkan “USER ID” dan kata laluan. 2. Pilih “Bill Presentment”

3. Pilih New Ic Number. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar pada ruang Kad Pengenalan dan klik “Submit”.

(14)

4. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak dibayar dan klik “pay”. Klik menu Politeknik KPT untuk bayaran Yuran Pengajian RM200.00.

5. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “From account” yang hendak didebitkan. Sahkan jumlah amaun dan klik “pay”

6. Klik Request i-access code untuk dapatkan nombor kod transaksi melalui sms. Masukkan no i-access code. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran. 7. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Tekan

“print” setelah transaksi berjaya sebagai bukti bayaran.

8. Ulangi langkah 1 hingga 7 untuk bayaran Yuran Kolej Kediaman. Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan.

Jumlah bayaran: POLI – RM200 POLI – RM 630

(15)

3.5 PRA-PENDAFTARAN SECARA ON-LINE MELALUI SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar)

a) Semua pembayaran perlu dibuat sebelum 25 Februari 2021 bagi melancarkan proses pendaftaran. kegagalan membayar yuran sebelum pendaftaran akan menyebabkan urusan pendaftaran tidak dapat dilaksanakan dengan lancar pada hari pendaftran.

b) Selepas dua hari membayar yuran pengajian dan yuran kolej Kediaman mohon laksanakan Pra Pendaftaran secara online. ianya perlulah dibuat sebelum 26 Februari 2021 melalui laman web https://pbs.mypolycc.edu.my. Pelajar dinasihat agar hanya membuat pendaftaran melalui web rasmi PBS sahaja dan tidak perlu membuka sistem SPMP.

c) Semasa Pra-Pendaftaran online sila muatnaik gambar berukuran pasport. Pelajar lelaki dikehendaki memakai kemeja dan bertali leher gelap. Bagi pelajar perempuan hendaklah berambut kemas atau memakai tudung berwarna gelap

d) Cetakan pengesahan pendaftaran perlu dibawa pada hari pendaftaran.

3.6 KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

a) Politeknik Banting Selangor menawarkan kemudahan kolej kediaman kepada semua pelajar. Pelajar semester satu wajib tinggal di kolej kediaman.

b) Semua pelajar semester Satu (1) WAJIB menginap di kolej kediaman dan TIDAK dibenarkan membawa kenderaan.

c) Kadar Bayaran Kolej Kediaman boleh merujuk kepada Jadual 1: Senarai Bayaran Pelajar Baharu bagi Sesi Disember 2020

d) Pelajar perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan kediaman untuk sebarang urusan pulang atau keluar dari kolej kediaman

3.7 BANTUAN KEWANGAN

a) Pelajar boleh memohon pinjaman/ biasiswa/ dermasiswa/ zakat dari mana-mana institusi yang berkenaan dan perlu membuat permohonan sendiri ke institusi tersebut.

(16)

b) Pelajar juga boleh memohon Pinjaman Pendahuluan daripada PTPTN secara dalam talian setelah menerima tawaran untuk memasuki Politeknik bagi tujuan keperluan kewangan semasa hari pendaftaran.

4.0 HARI PENDAFTARAN

4.1 Rupa Diri Pelajar Semasa Pendaftaran

Semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174) dan semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan. Semua jenis pakaian yang “menjolok mata” dan tidak menepati peraturan Politeknik adalah dilarang sama sekali.

4.2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki

i. Baju

 Baju kemeja putih berlengan panjang atau pendek dan bertali leher

 Baju perlu sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in) dan semua butang dikenakan dengan sempurna.

ii. Seluar

 Seluar ‘slack’ panjang berwarna hitam  Seluar ‘jeans’ tidak dibenarkan.

iii. Kasut

 Pelajar hendaklah memakai kasut yang bertutup dan memakai sarung kaki dengan sempurna.

 Kasut sukan dibenarkan.

 Pemakaian selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar berada dalam kampus.

iv. Rambut

 Rambut sentiasa pendek dan kemas. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.

 Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

(17)

Rajah 2: Potongan Rambut Pelajar Lelaki

v. Perhiasan

 Pelajar dilarang memakai sebarang bentuk perhiasan kecuali bagi keperluan agama.

4.3 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

i. Baju

 Baju kurung/ baju kemeja berwarna putih melepasi punggung dan kain/ skirt labuh berwarna hitam

 Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.

 Pakaian yang menjolok mata dilarang (contoh pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah,nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang).

 Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai kepergelangan tangan.  Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

 Pelajar bukan Islam dilarang memakai ‘skirt’ yang pendek dari paras lutut. Baju-T berkolar bulat dilarang.

ii. Seluar

 Pelajar perempuan boleh memakai seluar ‘slack’ panjang yang longgar dan tidak ketat serta tidak menjolok mata.

 Seluar ‘slack’ yang digalakkan adalah yang berwarna hitam  Seluar ‘jeans’ dilarang.

iii. Kasut

 Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup semasa menghadiri kuliah, berurusan di pejabat dan memakai sarung kaki dengan sempurna.

 Kasut sukan dibenarkan.

 Pemakaian selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang semasa pelajar berada dalam kampus.

iv. Rambut

 Pelajar Islam WAJIB berpakaian yang menutup aurat (contoh bertudung) seperti yang disyariatkan Islam.

(18)

 Rambut fesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor, diwarnakan atau seumpamanya adalah dilarang.

v. Perhiasan

 TIDAK digalakkan memakai barang kemas dan solekan yang berlebihan.

4.4 Rupa Diri Menghadiri Kuliah

Lelaki

1. Baju

i. Kemeja lengan panjang atau pendek ii. Baju T-shirt bekolar

iii. Baju kebangsaan 2. Seluar

i. Seluar slack

ii. Seluar slack kain tebal tidak berpoket tepi (bengkel) 3. Kasut

i. Kasut berstokin ii. Kasut Sukan 4. Rambut

Pendek, kemas dan tidak diwarnakan

(19)

Perempuan

1. Baju

i. Baju kebangsaan lengkap berlengan panjang, kemas dan bersopan ii. Baju T berkolar

iii. Pakaian labuh melepasi paras punggung 2. Seluar

i. Seluar slack

ii. Seluar kain tebal (bengkel) 3. Sarung/maxi

Labuh, longgar dan tidak jarang 4. Kasut

Kasut bertali yang sesuai atau kasut sukan 5. Rambut

Kemas dan tidak diwarnakan

(20)

4.5 Takwim Pendaftaran Kolej Kediaman dan Pelaksanaan PdP

Jadual di bawah menunjukkan tarikh lapor diri Kolej Kediaman, tempoh kuarantin, Minggu Kuliah, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Tarikh Peperiksaan Akhir secara bersemuka. Jabatan Tarikh Mendaftar Kolej Kediaman Tempoh

Kuarantin Minggu Kuliah

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Peperiksaan Akhir Semester (Bersemuka) Jabatan Penyenggaran Pesawat (JPP) Sem 1 1 Mac 2021 1-10 Mac 2021 Minggu 1- 9 (8 Mac-9 Mei 2021) Bersemuka (Face to face) 2-9 Mei 2020 Cuti Khas Perayaan (10-16 Mei 2021)

Pelajar berada di rumah Tiada Minggu 10-16 (17 Mei -2 Julai 2021) Atas Talian Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Sem 1 1 Mac 2021 1-10 Mac 2021 Minggu 1- 9 (8 Mac-9 Mei 2021) Bersemuka (Face to face) 28 Jun-16 Julai 2021 Cuti Khas Perayaan (10-16 Mei 2021)

17 Mei 2021 17-26 Mei 2021

Minggu10-14 (17 Mei -20 Jun

2021)

(21)

4.6 Proses Pendaftaran Kolej Kediaman

Rajah 5: Carta Alir Proses Pendaftaran Kolej Kediaman PBS

Semua pelajar akan mendaftar di Kafeteria MAS Kolej Kediaman PBS mengikut

program dan masa yang ditetapkan 8.30 pagi –1.00 petang

Saringan suhu badan. Semua pelajar dan pengiring wajib memakai pelitup muka

Mula

Serahan kunci Bilik Kediaman Bagi pelajar yang belum

membayar yuran dan melaksanakan pendaftaran secara online di minta terus

ke kaunter URUSETIA

Pengambilan gambar untuk kad pelajar KAUNTER

SEMAKAN

Pendaftaran Politeknik bersama Penasihat Akademik

Beredar ke bilik yang telah ditetapkan

Selesai

Lengkap Tidak

(22)

4.7 Pendaftaran Politeknik Bersama Penasihat Akademik (PA)

Rajah 6: Carta Alir Proses Pendaftaran Politeknik Bersama PA Sediakan dokumen berikut:

1. 2 Keping Gambar 2. Slip pendaftaran online

3. Dokumen asal Kad pengenalan, Keputusan SPM, Sijil-Sijil

4. Borang HEP01 – HEP06 5. Resit Bayaran Yuran

6. Salinan Penyata Akaun Pelajar

Semakan Dokumen oleh PA

MULA

Serahan Borang Soal Selidik Pendaftaran

(23)

5.0 MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) PELAJAR BAHARU ATAS TALIAN

5.1 Semua pelajar baharu diwajibkan mengikuti Program Minggu Transformasi Siswa (MTS) yang bermula 2 Mac 2021 secara atas talian (online).

5.2 Anda dikehendaki menyediakan dan membawa keperluan berikut untuk kegunaan harian di kampus PBS :-

Pelajar Lelaki

i. Seluar track (track bottom) berwarna gelap ii. Kasut sukan

iii. Kasut (kulit atau PVC) bersarung iv. Stokin

v. Baju kemeja (lengan panjang / lengan pendek) secukupnya

vi. Seluar panjang cotton atau slack berwarna hitam / gelap secukupnya. vii. Tali leher

viii. Pelitup muka dan pembasmi kuman yang mencukupi ix. Barangan cucian dan kebersihan diri

Pelajar Perempuan

i. Seluar track (track bottom) berwarna gelap ii. Kasut sukan

iii. Kasut (kulit atau PVC) bersarung iv. Baju kurung secukupnya

v. Kain berwarna hitam / gelap

vi. Kain tudung tanpa corak (pelajar Muslim)

vii. Pelitup muka dan pembasmi kuman yang mencukupi viii. Barangan Barangan cucian dan kebersihan diri

(24)

6.0 HAL-HAL LAIN

i. Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian yang mencukupi serta pakaian sukan atau lain yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat cara berpakaian.

ii. Pelajar perempuan dikehendaki membawa ‘skirt’ labuh berwarna hitam. iii. Pelajar lelaki muslim diminta membawa pakaian melayu lengkap, sampin dan

songkok.

iv. Pelajar Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran dan pakaian bersolat yang lengkap.

v. Pelajar dikehendaki membawa mesinkira (calculator) saintifik. Sekiranya memiliki mesin kira saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh diprogramkan.

vi. Pelajar yang tinggal di kamsis digalakkan membawa peralatan mandian yang cukup atau boleh didapati daripada kedai koperasi.

vii. Bantal, alas tilam, sarung bantal dan selimut tidak disediakan. Bagaimanapun segala kelengkapan ini boleh dibeli daripada Kedai Koperasi (warna adalah bebas).

viii. Pelajar dikehendaki memakai pelitup muka dan menggunakan hand sanitizer sebagai pembasmi kuman.

(25)

Lampiran A SENARAI SEMAK PERKARA YANG PERLU DIBAWA DAN DISERAHKAN SEMASA

PENDAFTARAN

BIL PERKARA Tandakan (√ )

1 2 keping gambar berukuran pasport 2 Kad Pengenalan yang Asal

*hanya warganegara sahaja

3 Keputusan SPM yang Asal

4 Surat Tawaran yang Asal

5 Salinan Sijil berhenti sekolah dan sijil Ko-kurikulum

6 Slip Bayaran (asal dan salinan): 1) Yuran Pengajian (RM200.00) – 1 salinan 2) Yuran Kolej Kediaman (ikut Jadual 1: Senarai Bayaran Pelajar

Baharu Sesi Dis 2020) – 1 salinan

3) Bayaran Pelbagai (RM300.00)

7

Borang-borang :

1) HEP 1 Borang Maklumat Peribadi Pelajar

2) HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor

3) HEP 3 Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan

4) HEP 4 Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung

5) HEP 5 Akuan Pelajar

6) HEP 6 Aku Janji Pelajar

8 Slip Pendaftaran Online (sila cetak)

9 Keperluan Kolej Kediaman (diserahkan semasa pendaftaran kolej

kediaman)

1) Salinan resit yuran Kolej Kediaman

2) Bantal, Cadar, Sarung bantal dan Selimut

3) Barang-barang keperluan harian

10 Salinan penyata akaun bank pelajar

Penting:

1. Borang HEP 2

( Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar Politeknik).

2. Pegawai yang layak menjadi saksi untuk mengesahkan Salinan sijil serta dokumen.

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A, (Sila pastikan cop pengesahan mesti mempunyai nama dan jawatan serta majikan)

(26)

Lampiran B

Pelan lalulintas bagi Proses Pendaftaran di PBS

Petunjuk:

Laluan Kenderaan Ibu Bapa/Waris

PINTU MASUK / KELUAR KOLEJ KEDIAMAN HEP BA NGUN AN P E NT A DB IR A N BILIK KULIAH BENGKEL MEKANIKAL TEMPAT LETAK KERETA IBU BAPA 3 T E M P A T L E T A K KE RE T A I B U BA P A 2 TEMPAT LETAK KERETA IBU BAPA 1 KOP E R A S I KANTIN DKU HANGAR AIRCRAFT PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN AKAN DI ADAKAN DI SINI

(27)
(28)

LAMPIRAN D

PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Kampus PBS terletak di dalam daerah Kuala Langat, Selangor di mana jaraknya 45 km dari Klang dan 60 km dari Kuala Lumpur.

Koordinat Politeknik Banting Selangor :- 2°49’31.3”N

Referensi

Dokumen terkait

Untuk kelompok suku kata berawalan konsonan /V/, data tingkat keberhasilan terdapat pada tabel 2, pembobotan yang terdapat dari konsonan tersebut dapat diketahui

Di dalam tubuh hewan-hewan ini (juga berlaku sebagai penjamu reservoir) leptospira hidup di ginjal dan air kemihnya. Manusia bisa terinfeksi bakteri leptospira karena kontak

Menurut Loya (1976) dalam Boli (1994), pengaruh sedimentasi yang terjadi pada terumbu karang telah disimpulkan oleh beberapa peneliti terdiri atas: 1) menyebabkan kematian

Yuran Asrama / Bayaran Pelbagai di Bank Islam (M) Berhad Pihak Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran

Tuntutan bagi Bayaran Yuran Pengajian dan Asrama boleh dibuat melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Merlimau dan akan dipanjangkan kepada Bahagian

22 Mekar Sari Jl.Kenjeran No.35 Surabaya Perdagangan eceran khusus komoditi makanan dari hasil pertanian di toko Usaha Yang Dilakukan Sudah Sesuai Izin. 23 Toko Hasan

Adapun tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui besarnya presentase (%) kredit produktif dari total kredit dan presentase (%) kredit konsumtif dari

“Pengaruh Reputasi Underwriter, Return On Asset (ROA) dan Earning Per Share (EPS) terhadap Underpricing Saham pada Initial Public Offering (IPO) di Bursa Efek