• Tidak ada hasil yang ditemukan

hikayat hang tuah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "hikayat hang tuah"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

KUPASAN FALSAFAH DALAM

HIKAYAT HANG TUAH

PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

TUTOR:CIK HADIJAH ABDUL RAHMAN

MUHAMAAD HAZANI BIN SUKRI JEA 080051

SEMESTER 1 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

(2)

1.0 PENGENALAN

Pengertian falsafah

Pengertian falsafah dari sudut bahasa bermaksud cinta akan hikmah dan kebijaksanaan. Manakala falsafah dari segi pengertian praktis bermaksud alam berfikir atau fikiran yang mendalam tentang hakikat tentang sesuatu perkara. Terdapat perbezaan dari ilmu lain iaitu falsafah memandang alam sebagai suatu kesatuan.

Asal usul falsafah

Falsafah berasal daripada perkataan Yunani @ Greek purba dan pertama kali digunakan oleh Pythagoras (570-504 S.M).Perkataan falsafah berasal daripada dua gabungan perkataan Yunani “Philos” yang bererti “cinta” dan “Sophia” yang bererti “hikmah”. Hal ini boleh dimaksudkan sebagai cinta akan kebijaksanaan. Munurut Plato (428-347 S.M) falsafah ialah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebabkan sifat luarannya. Falsafah ditakrifkan juga sebagai penyelidikan dan pengajian ilmu yang berasaskan renungan (relatif) dan penaalukan (reasoning) untuk merumuskan sifat hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta sebagai satu kesatuan.

(3)

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Di dalam Tuhfat al-Nafis (Sejarah Melayu dan Bugis) karangan Raja 'Ali-al-Haji Riau (JMBRAS Vol. X Part II. Aug. 1932), tatkala meriwayatkan kisah Kerajaan Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, ada menyebut demikian:

“Pada masa kerajaan Sultan Mansur Shah inilah mengutus ke Bugis kepada Raja Goa, dengan membawa beberapa bingkisan dan hadiah perkiriman; maka dibalas oleh Raja Goa dengan se-orang anak raja-raja pada negeri kecil bernama Daeng Mempawah, iaitu akhirnya jadi Laksamana Hang Tuah. ialah mashhor dibdalam Melaka hulubalang yang perkasa, dan ialah yang membunuh Hang Jebat yang menderhaka mengambil gundik raja dilawannya bermukah. Kemudian. mengamukIah ia di dalam istana, maka raja pun keluarlah dari dalam istananya.” ”Maka tiada sa-orang daripada menteri dan hulubalang raja itu menaiki Hang Jebat itu, hanyalah Hang Tuah jua berani menaiki. Maka lalu dibunuhnya Hang Jebat itu, dan berpanjanganlah hikayatnya di dalam siarah panjang-panjang. Shahadan baginda Sultan Mansur Shah inilah yang berangkat beristeri ketanah Jawa akan anak Ratu Majapahit, maka lalu di bawanya balik ke Melaka, dan Pulau Tujuh pun di berikan oleh Ratu Majapahit kapada menantunya Raja Melaka itu. ”

Keterangan ini bolehlah juga dijadikan sebagai suatu alasan tentang adanya seorang hulubalang bernama Hang Tuah pada zaman Melaka dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah tetapi keterangan yang mengatakan bahawa Hang Tuah asalnya seorang anak raja negeri kecil di tanah Bugis, dan nama asalnya Daeng Mempawah itu, sukar hendak diakui. Menurut keterangan Raja Ali al Haji di dalam pendahuluan katanya, bahawa ia mulai mengarang buku itu ialah pada tiga haribulan Sha'ban T.M. 1282 (T.M.1865), padahal menurut keterangan daftar buku-buku lama Melayu catitan Werndly, Hang Tuah telah ada sebelum T.M. 1736. Demikian juga seperti yang telah dimakalum bahawa zaman terciptanya buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang ada

(4)

mengandungi sedikit-sedikit riwayat Hang Tuah, kira-kira lebih dua ratus tahun terdahulu daripada buku Tuhfat al-Nafis itu.

Pengarang buku Tuhfat al-Nafis itu telah mendengar riwayat berkenaan gagah berani dan taat setia Hang Tuah itu daripada cerita-cerita mulut yang telah berkembang turun-temurun di kalangan masyarakat orang Melayu. Dalam pada itu pula, menurut seperti yang difahamkan bahawa pengarang Tuhfat al-Nafis itu ialah dari keturunan Raja Bugis, maka haruslah kerana itu telah menimbulkan sesuatu perasaan kapadanya hingga ia mengatakan bahawa darah Raja Bugis ada mengalir dalam tubuh Hang Tuah.

3.0 PETIKAN DARI HIKAYAT HANG TUAH

“Setelah dilihat oleh Taming Sari Tun Tuah melompat menghunus keris itu, maka Taming Sari pun terkejut serta menghunus kerisnya lalu ditikamnya di dada Hang Tuah; dipertubi-tubinya tikam. Maka Tun Tuah pun melompat ke kiri ke kanan menyalahkan tikam perajurit itu. Maka orang yang lari itu pun temasya melihat Tun Tuah bertikam engan Taming Sari itu. Maka Taming Sari pun lelah. Sudah itu maka taming Sari pun menghunus pula seraya menyapu peluhnya; maka ditikamnya dengan bersungguh-sungguh hatinya. Maka Tun Tuah pun tersangkut pada birai paseban itu lalu tertelut. Maka segera ditikamnya oleh Taming Sari. ”

”Maka oleh Tun Tuah dielaknya sambil bertelut menyalahkan tikam Taming Sari itu; maka kena papan khambi dinding paseban itu. Maka keris Tameng Sari pun lekat. Maka Tun Tuah pun segera berbangkit lalu berdiri tertitar-titar di hadapan Taming Sari. Maka dihunus kerisnya. Maka oleh Taming Sari ditendangnya; papan khambi itu roboh. Maka keris pun tercabut pada khambi itu maka diusirnya akan Tun Tuah, dipertubi-tubi tikam. Maka Tun Tuah pun melompat ke kanan dan ke kiri menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tiada berjejak di bumi lakunya. Maka Tun Tuah pun lelah ternganga-nganga seperti anjing lelah. Maka Tun Tuah pun melompat serta ditikamkannya dada Taming Sari, serta katanya, ”ceh, mati penjurit Taming Sari olehku! Maka ditikamnya, kena dadanya terus terbayang-bayang ke belakangnya.”

(5)

Daripada semua cerita-cerita dan tulisan mengenai Hang Tuah, dapat disimpulkan bahawa Laksamana Hang Tuah ialah seorang yang berhati waja, berani, gagah, taat dan bijaksana. Walaupun berbeza-beza corak penceritaan, kepahlawanan Hang Tuah tetap ada dan sering menjadi simbol kekuatan masyarakat Melayu. Dari sudut falsafah pula, Hang Tuah diibaratkan sebagai nadi kekuatan yang menjadi pujaan masyarakat terutamanya Melayu kerana keberanian dan budi pekerti yang ditunjukkan. Sepertimana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, penonjolan Hang Tuah sebagai seorang yang kuat, gagah serta berani merupakan satu makna falsafah yang sengaja ditonjolkan oleh penulis sebagai salah satu lambang kekuatan kepada masyarakat Melayu itu sendiri. Sebenarnya, dalam Hikayat Hang Tuah, perlambangan Hang Tuah itu sendiri merupakan satu falsafah yang telah digerakkan dengan pelbagai keistimewaan yang tersendiri dan memiliki pelbagai kelebihan. Segala tindak tanduk Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah memiliki makna yang tersendiri serta yang tersirat.

Kita sebenarnya dapat melihat kekuatan Hang Tuah itu terlalu luarbiasa seperti petikan berikut

”Maka oleh Tun Tuah dielaknya sambil bertelut menyalahkan tikam Taming Sari itu; maka kena papan khambi dinding paseban itu. Maka keris Tameng Sari pun lekat. Maka Tun Tuah pun segera berbangkit lalu berdiri tertitar-titar di hadapan Taming Sari. Maka dihunus kerisnya. Maka oleh Taming Sari

ditendangnya; papan khambi itu roboh. Maka keris pun tercabut pada khambi itu maka diusirnya akan Tun Tuah, dipertubi-tubi tikam. Maka Tun Tuah pun melompat ke kanan dan ke kiri menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tiada berjejak di bumi lakunya. Maka Tun Tuah pun lelah ternganga-nganga seperti anjing lelah. Maka Tun Tuah

pun melompat serta ditikamkannya dada Taming Sari, serta katanya, ”ceh, mati penjurit Taming Sari olehku! Maka ditikamnya, kena dadanya terus terbayang-bayang ke belakangnya.”

(6)

Disinilah sebenarnya kita melihat falsafah yang begitu banyak diselitkan oleh penulis semasa beliau menulis Hikayat Hang Tuah ini. Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang begitu hebat semasa pertarungan sehingga kadang-kadang penulisannya hampir bersifat hiperbola. Namun apapun, motif penulisan yang disampaikan melalui watak Hang Tuah ini hanyalah satu iaitu berkenaan kekuatan, kesetiaan dan pejuang bangsa dan melalui sifat-sifat itulah kita dapat melihat falsafah yang cuba diterapkan oleh penulis Hikayat Hang Tuah ini.

Selain dari itu, melalui petikan tadi juga, kita dapat melihat bahawa pemilihan frasa dalam penulisan Hikayat Hang Tuah juga sebenarnya melambangkan keunikan falsafah yang digunakan dalam bentuk penceritaan seperti frasa

Maka Tun Tuah pun melompat ke kanan dan ke kiri menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tiada berjejak di bumi lakunya. Maka Tun Tuah pun lelah ternganga-nganga seperti anjing lelah

Frasa ini ditonjolkan dalam bentuk falsafah yang bermaksud bahawa bangsa Melayu tidak akan mudah untuk menyerah kalah dan mampu berjuang berhabis-habisan walaupun kepenatan. Namun, ini hanyalah sebahagian daripada frasa yang melambangkan falsafah. Namun, apa yang ingin ditekankan ialah ketokohan Hang Tuah ataupun penulisan Hikayat Hang Tuah ini merupakan salah satu sumber kekuatan dan kemasyuran bangsa Melayu yang telah disampaikan dengan satu falsafah yang tersirat dan sehingga hari ini ia masih lagi digunapakai.

Namun. dalam zaman sains ini banyak orang membahaskan soal wujud atau tidaknya, dongeng atau sebenarnya Hang Tuah ini. Soalan sedemikian sebenarnya adalah soalan sejarah yang rumit yang tidak dapat dihuraikan selagi penyelidikan sejarah Tanah

(7)

Melayu belum dibuat dengan begitu mendalam. Sehingga kini sejarawan belum dapat mencari jawapan tentang kebenaran dan kuwujudan Hang Tuah dan menjadi lambang kekuatan sesebuah masyarakat. Walaupun tidak dikenalpasti, dan hanya disampaikan melalui pengucapan dan tulisan sahaja, pengaruh yang begitu kuat dapat diwujudkan kepada masyarakat umum. Masyarakat berpendapat Hang Tuah benar-benar wujud dan menjadikan dia sebagai tokoh yang patut dihormati dan dicontohi.

4.0 SUMBER RUJUKAN

1. Naskhah Hikayat Hang Tuah. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Diselenggara oleh Kassim Ahmad, M.A. (Malaya).

2. Characterisation in Hikayat Hang Tuah, halaman 1-6. Untuk keterangan tentang epik, rujuk H.M. Chadwick, The Growth of Literature, London 1952.

3. W.G. Shellabar, 4 jilid Jawi dan Rumi diterbitkan oleh Malaya Publishing House, 1908.

4. A History of Classical Malay Literature.

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur penulis panjatkan kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat, hidayah dan karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi ini dengan judul

Isu gengsterisme khususnya dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, keluarga, masyarakat dan negara..

Permaslahan yang diangkat dari penelitian ini adalah bagaimana pasangan Aminullah Usman dan Zainal Arifin pada masa Pilkada 2017 tingkat Walikota dan Wakil Walikota di

Berdasarkan data yang didapat setelah melakukan serangkaian pengujian produksi nano partikel arang bambu dengan menggunakan 2 juta siklus dan dengan menggunakan variasi

Untuk monitoring dan evaluasi yang sudah dilakukan oleh Puskesmas Bangetayu, dari bidan koordinator dengan membentuk kegiatan kelas ibu hamil di tiap kelurahan

Akhlak; Anak Usia Dini;.. anak di RA Miftahul Ulum Desa Ragang Kecamatan Waru Kabupaten Pamekasan. a) ketika anak kurang kasih sayag dari orang tua, guru

Dari hasil yang diperoleh berdasarkan pengamatan secara visual, dapat disimpulkan bahwa larutan analit Pb 2+ , Hg 2+ , Cu 2+ tidak dapat dideteksi menggunakan

 Lihat barang : dalam fitur ini terdapat laporan persedian barang yang terdapat pada gudang.  Laporan rekap : dalam fitur ini terdapat laporan tentang barang masuk dan