• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Karangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Karangan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Julai 18, 2007 — mindabahasa

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk

mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak

dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah

membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.

Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam

kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini

sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk

membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras

negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini.

Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru

tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media.

Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok.

Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi

kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui

pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan

kadar perokok dapat dikurangkan.

Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu

di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk

membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan

buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok.

Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk

berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

▸ Baca selengkapnya: contoh karangan pengambilan raport

(2)

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji.

Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan

mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk

menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan

intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

(3)

Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah

Jun 4, 2007 — mindabahasa

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang

mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau

nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya,

ungkapan itu merujuk kepada e

nam jenis dadah yang harus diberi perhatian

serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy,

kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”,

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu

dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan

mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah

merupakan musuh nombor satu negara.

Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang

fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang

mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan

khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang

berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan

negara.

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah

dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar

Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua

pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara.

Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda-

pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam

alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada

masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah,

kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan

mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah

undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran

dadah nampaknya tidak

(4)

boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah

Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang

sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Oleh itu, kerajaan telah

melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun

demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul

bersama.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan

penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda

lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih

mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat

dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka

menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali

mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan

buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis,

benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai

nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan

pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah

matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan

bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan

satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri

daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama

mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu,

pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi

disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa

atau kerana kemewahan. Hal i

ni menunjukkan, sekolah boleh memainkan

(5)

peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini,

Agensi

Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan

penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap

golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha

terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut

laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659

penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak

15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu

bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan

dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan

mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan

dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat

ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok

tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga

tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin

dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi

najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan

dadah.

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah.

Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya

yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis,

penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah

pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal

pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa

keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan

(6)

kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang

amat digeruni.

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk

memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah

sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang

“menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada

pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu

“Perangi Dadah Habis-Habisan”.

KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke

semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta,

lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara

kita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya

yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca

daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.

(7)

Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan

mengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak

menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu

dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya

berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi

tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu

melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalan

lalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati

tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang

berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasa

dilakukan oleh golongan remaja.

Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkah

yang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus

bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai

jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis, dan Jabatan Kerja Raya harus

membuat pemantauan dari semua aspek untuk mendisiplinkan para pemandu dan

menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaan

undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan

jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan

raya. Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini

dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya

yang lain.

Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Mereka

tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna

jalan raya yang lain. Peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk memastikan

keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian

menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam.

Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Kesimpulannya, keselamatan di atas jalan raya merupakan tanggungjawab

pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku dan

hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak.

Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang

dapat menyebabkan nyawa orang lain juga turut melayang haruslah dielakkan demi

kesejahteraan bersama.

(8)

Isi Penting Esei Pelancongan

Jun 30, 2008 — mindabahasa

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion,

(9)

termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.

* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

· Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

· Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

· Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia.

Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

(10)

· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

·

Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

(11)

· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan

kekuatan ekonomi industri itu.

· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata

dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat

Mei 15, 2007 — mindabahasa

Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda

(12)

diminta memberikan ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era ‘dotcom’ ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk

memajukan bidang multi media (pelbagai media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah

dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang ‘e-niaga’ atau ‘e-commerce,’ cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat

(13)

laman web mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini ‘www.sesuatu.com.my’ bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di suratkhabar yang

mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel! Justeru, jelas bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media membolehkan Malaysia “berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah” dengan negara-negara maju yang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan

(14)

jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum. Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di

Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di sanubari anak-anak.

(15)

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Sekian, terima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

(4) Dalam hal Warga Negara Indonesia yang menjadi Korban tindak pidana terorisme di luar wilayah negara Republik Indonesia, Keluarga, atau ahli warisnya menunjuk kuasa, permohonan

* Borang ini perlu diisi untuk pegawai yang sering berulang alik ke luar negara jiran yang bersempadanan dengan Malaysia kerana urusan persendirian bersama-sama dengan

Pendaftaran saintis dan jurutera dalam bidang R&D di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara akan diperluaskan untuk meliputi kepakaran baru dan usahawan

Sosok, Pokoky dan Tokoh Mahhim 33.. lain yang berhubungan dengan keputusan MBIM yang ditulis oleh ahli-ahli bahasa dan pakar-pakar bidang ilmu dari kedua negara Indonesia dan

Pengalaman selama berada di negara Jepun akan saya kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan supaya dapat difikirkan bersama cara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang

Tidak seperti rakyat Malaysia di luar negara yang lain, mereka yang tinggal di kawasan ini tidak boleh mengundi melalui pos kerana jaraknya dekat dengan negara ini.. Pada PRU13 dan

4 Dalam hal Warga Negara Indonesia yang menjadi Korban tindak pidana terorisme di luar wilayah negara Republik Indonesia, Keluarga, atau ahli warisnya menunjuk kuasa, permohonan