1.0 PENGENALAN
BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihan raya di Malaysia. Perhimpunan bersih yang pertama adalah pada 10 November, 2007.
Perhimpunan Bersih 4.0 adalah satu siri perhimpunan yang dirancang dilaksanakan pada 29-30 Ogos 2015 di bandar-bandar utama di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. Terdapat perhimpunan berikutnya di lebih 70 bandar raya di seluruh dunia untuk menyokong perhimpunan utama di Malaysia termasuk negara-negara jiran seperti Singapura dan Brunei, Thailand, Indonesia, dan Filipina. Beribu-ribu peserta perhimpunan telah dilihat berkumpul di lebih daripada 70 bandar raya di seluruh dunia dalam perpaduan dengan Bersih perhimpunan. Perhimpunan mengambil diletakkan di dalam bandar-bandar seperti Bali, Canberra, Auckland, Bejing, London, Abu Dhabi, Bangkok, New York City, Shanghai, Tokyo, Zurich dan sebagainya. Acara di Federation Square di Melbourne, Australia menarik lebih 5,000 orang untuk menyokong perhimpunan tersebut.
Perhimpunan telah dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil iaitu gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan untuk reformasi sistem pilihan raya semasa di Malaysia untuk memastikan percuma, pilihan raya yang bersih dan adil. Kumpulan Global Bersih, yang berpangkalan di Geneva mewakili diaspora Malaysia di seluruh dunia akan menganjurkan aktiviti perpaduan di 50 bandar raya di seluruh dunia untuk menyokong Bersih 4 perhimpunan di Malaysia. Ancaman Global Bersih telah melaporkan dan ugutan terhadap bakal peserta di seluruh dunia, termasuk laporan pelajar biasiswa Malaysia di luar negara menerima ancaman biasiswa mereka dibatalkan jika mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan perpaduan.
2.0 IMPAK POSITIF
3.0 IMAPAK NEGATIF 3.1 ASPEK EKONOMI
Kita juga seharusnya memberikan perhatian kepada kesan perhimpunan dan demonstrasi jalanan kepada pemandu teksi, peniaga, pembeli dan orang awam. Terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa perhimpunan ini akan menyebabkan impak yang negatif terutama dilakukan di bandar-bandar besar mahupun di negara sendiri atau luar negara. Peniaga dan pemandu teksi di kawasan-kawasan yang terlibat akan kehilangan pendapatan. Mereka tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi dengan lancar kerana perhimpunan haram atau demonstrasi menyebabkan aktiviti harian terjejas. Contohnya, jalan raya disekat untuk mengadakan perhimpunan. Mungkin terdapat sebilangan orang akan mengambil kesempatan untuk melakukan ap-apa sahaja untuk menunjukkan perasaan ketidakpuas hati mereka. Misalnya, melontarkan bom asap ke arah orang ramai berhimpun. Hal ini akan menjejaskan ekonomi negara kita dan memberi persepsi yang buruk terhadap luar negara.
Pesakit luar negara yang ingin mendapatkan rawatan di dalam negara juga boleh menjadi takut dan bimbang hal keadaan mereka di sini. Ini sudah tentu menyebabkan hospital dan pusat rawatan ternama kelas pertama negara kita akan kehilangan pelanggan sekiranya perkara ini tidak dibendung segera. Pihak berkuasa tidak boleh berkompromi dalam hal ini dan individu yang terbabit dan masih terlepas perlu dibawa ke muka pengadilan.
Lebih-lebih lagi pelancong di dalam dan luar negara yang telah membuat tempahan dan merancang bertandang ke negara kita sejak awal lagi turut terpengaruh dengan situasi yang berlaku di negara kita. Situasi yang berlaku dan kontroversi yang direka oleh pihak-pihak yang berniat jahat boleh menghilangkan perasaan mereka untuk datang ke negara kita. Seperti mana yang kita sedia maklum, industri pelancongan adalah industri ketiga terpenting di negara kita selepas petroleum dan perkilangan dengan anggaran pendapatan pada tahun 2014 sebanyak RM 89 bilion dan mencapai sasaran penerimaan ketibaan pelancong seramai 29.4 juta. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jika industri pelancongan merosot, hal ini akan membawa kemerosotan dan penyelesetan ekonomi negara kita.
menggambarkan masyarakat majmuknya hidup aman damai dan bersatu padu. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya dan akibatnya ramai pelancong yang sudah membatalkan tempahan dan mula tawar hati melancong ke Malaysia.
Tambahan pula media massa barat yang sentiasa bersikap prejudis kepada Malaysia telah menceritakan negara kita berada dalam keadaan tidak terkawal, wujudnya huru hara, konflik kaum, berada dalam kemelesetan ekonomi dan sebagainya, lebih memburukkan lagi imej dan nama baik negara di mata dunia. Keadaan menjadi lebih serius apabila ada rakyat Malaysia sendiri yang terhegeh-hegeh ke luar negara dan memburuk-buruk negara mereka sendiri serta memohon bantuan luar untuk campur tangan di sini.
Keadaan yang berlaku dan semakin kronik ini sudah tentu boleh memberi kesan besar kepada industri pelancongan negara, yang secara tidak langsung turut mengancam sektor peruncitan, perhotelan, percutian, industri kecil dan sederhana (IKS), industri desa, pengusaha homestay, kraftangan dan sebagainya. Jika keadaan dibiarkan terus berlaku serta tidak dijawab segala tohmahan pengkhianat negara ini, maka orang ramai yang terlibat secara langsung di dalam industri ini akan menjadi mangsanya.
Lebih malang lagi ialah situasi yang berlaku dan gambaran negatif media barat turut menyebabkan para pelabur yang berpotensi untuk menanam modal di Malaysia menangguhkan hasrat mereka. Ini adalah kerana mereka lebih rela mencari destinasi pelaburan dan perdagangan yang lebih selamat, aman dan tanpa sebarang gangguan dari dalam dan luar negara. Buktinya negeri maju pertama negara, Selangor turut mengalami kesan buruk daripada aktiviti tidak sihat ini di mana banyak peluang pelaburan luar negara terlepas tangan dan gagal di bawa masuk ke dalam negeri. Para pelabur akan memindahkan kilangnya ke negara jiran di mana keadaan politiknya lebih stabil.
3.2 ASPEK POLITIK
Demontrasi jalanan, mogok atau apa sahaja bentuk perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu adalah sesuatu tindakan primitif, mundur ke belakang, tidak bijak, merupakan sesuatu yang tidak ingin dilihat berlaku di negara kita. Ini adalah kerana tindakan ini adalah aktiviti perhimpunan haram yang sangat tidak sihat dan memberi kesan negatif kepada negara dan seluruh rakyat Malaysia dan mengubah pandangan luar negara terhadap negara kita.
Walaupun perkara sedemikian kerap berlaku di negara maju lain dan mendapat sambutan hebat bukanlah bermakna ianya wajar dipraktikkan di negara kita, tambahan pula ianya turut membelakangkan etika dan budaya timur serta menyalahi aspirasi agama. Lagipun demonstrasi di luar negara berlaku dalam keadaan aman, teratur dan mendapat permit dari kerajaan serta jarang berlaku rusuhan dan keganasan. Sedangkan, perhimpunan beramai-ramai dan demonstrasi tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan.
Banyak lagi kaedah dan cara untuk menarik perhatian kerajaan serta menyampaikan sesuatu hasrat di mana demonstrasi, mogok dan perhimpunan haram bukanlah satu langkah penyelesaian yang baik. Di samping itu, tindakan ini dilihat tidak beretika dan primitif, di mana ianya juga turut memberi kesan dalam semua aspek. Imej dan integriti kerajaan akan menjadi topik hangat masyarakat dunia jika perhimpunan seperti ini dibiarkan terus berleluasa di peringkat global terutamanya perhimpunan Bersih 4.0.
Perhimpunan dan demonstrasi jalanan yang dijalankan di negara kita telah membuktikan bahawa politik di negara kita tidak stabil sehingga mengabaikan perkara yang sedang berlaku di negara kita. Ahli-ahli politik juga mengambil kesempatan ini menimbulkan dan mengkaitkan isu-isu sensitif seperti isu-isu perkauman, isu-isu agama dan banyak lagi. Tujuan mereka adalah mendapat sokongan mereka daripada rakyat sehingga menimbulkan isu-isu negatif. Hal ini telah mengugat kestabilan politik negara serta mengugat keamanan dan keharmonian kaum antara satu sama lain.
3.3 ASPEK SOSIAL
Masyarakat tempatan juga turut menjadi bimbang, takut dan rasa tidak selamat melihat kepada perkembangan terbaru yang berlaku sejak kebelakangan ini. Pelbagai spekulasi, kontroversi, tribulasi dan andaian dibuat yang boleh memburukkan lagi perpaduan dan ketenteraman awam di dalam negara. Bibit-bibit perpecahan, perkauman dan prejudis dikhuatiri mula berputik jika golongan pelampau ini terus berdegil dengan agenda misteri mereka.
Rakyat di negara kita juga akan merasakan bahawa mereka terancam dan sentiasa hidup dalam ketakutan. Hubungan silahturahim antara kaum akan menjdai rengang dan mungkin putus kerana terdapat ahli politik yang menjelaskan bahawa perhimpunan haram yang disertai oleh kaum cina ingin menggulingkan kerajaan. Hal ini akan menyebabkan salah faham tentang konsep sebenar sekiranya kita tidak berfikiran rasional dan konflik juga mungkin berlaku bila-bila masa.
RUMUSAN
Di sini, kita dapat lihatlah bahawa perhimpunan dan demonstrasi jalanan sememangnya membawa banyak impak buruk atau negatif daripada impak positif. Semua pihak haruslah bekerjasama dan berganding bahu bagi menbincangkan perkara tersebut agar mempunyai jalan pemyelesaian yang baik. Kita hendaklah bersatu dengan mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama agar boleh membawa negara kita ke arah kemajuan dan kebaikan kepada generasi yang akan datang. Kerjasama dan budibicara pemimpin ini amatlah diharapkan dan rakyat juga dinasihatkan agar menghindari sebarang perhimpunan haram dan tidak sewenang-wenangnya mengikut sahaja telunjuk songsang pemimpin mereka. Jika rakyat bijak bertindak dan memilih untuk tidak menyertai perhimpunan haram ini, maka sudah tentu gejala tidak sihat ini dapat dihentikan segera. Oleh itu, rakyat mempunyai pilihan mutlak dan kuasa penuh dalam perkara ini.
Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10, Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan, bermaksud setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun secara aman dan berhak menubuhkan persatuan. Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di sisi undangundang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isuisu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum.
Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan dan keamanan awam.
keselamatan dan ketenteraman awam. Saya percaya perhimpunan haram yang akan diadakan akan menimbulkan kekacauan menganggu gugat keselamatan rakyat dan sekali gus mengancam keselamatan negara.
REFLEKSI
Segala pujian syukur kepada Tuhan kerana telah memberi rahmat dan peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya dan rakan sekelas saya telah menerima tugasan untuk kursus Cabaran Isu Semasa di bawah kod GCI 1022 oleh pensyarah pembimbing kami, Puan Afinah A. D. Matsud pada 3 Ogos 2015. Tugasan yang diberi adalah merupakan tugasan individu dan sudah tentu pelaksanaan tugasan ini memberi cabaran dan rintangan kepada saya.
Pertama sekali, ketika menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa dalam membuat satu hasil tugasan yang berkualiti memerlukan rujukan yang luas seperti yang telah digariskan dalam jadual spesifikasi tugasan bahawa setiap pelajar perlu merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan sumber yang berkaitan dengan isu global terhadap negara kita. Bagi memenuhi kehendak ini, saya telah bertungkus-lumus dan berusaha untuk mencari maklumat yang ada melalui internet, journal dan buku rujukan. Walaupun saya mengetahui bukannya senang sahaja untuk mencari maklumat, tetapi saya yakin bahawa jika kita gigih kita juga berjaya melaksanakannya.
RUJUKAN
Bernama, (2011). Perhimpunan Haram Akan Beri Kesan Pada Perdagangan, Pelaburan Malaysia, Kata Mukhriz
http://peraktoday.com.my/2011/07/perhimpunan-haram-akan-beri-kesan-pada-perdagangan-pelaburan-malaysia-kata-mukhriz
Channel NewAsia,(2015). In photos: Bersih 4.0 rallies around the world.
http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/in-photos-bersih-4-0/2084798.html
Jamilah Kamarudin, (2015). Cabaran Bersih 4 anjur perhimpunan 34 jam tanpa henti, desak Najib berundur.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cabaran-bersih-4-anjur-perhimpunan-34-jam-tanpa-henti-desak-najib-berundur
Muhammad Iskandar Zulkarnain, (2011). Kesan buruk himpunan bersih 2.0 kepada negara. http://putrarahman.blogspot.my/2011/06/kesan-buruk-himpunan-bersih-20-kepada.html Nurhafifah binti Mohd Ghazali, (2014) Kesan buruk perhimpunan haram di Malaysia. http://fajaranisha14.blogspot.my/2014/07/kesan-buruk-perhimpunan-haram-di.html Tinta Biru, (2011). Perhimpunan haram adalah salah disisi undang-undang.