• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN DALAM PENGUR (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN DALAM PENGUR (1)"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN DALAM PENGURUSAN WARISAN BINA BANDAR: SATU KAJIAN KE ATAS BANDARAYA KOTA KINABALU

Zainuddin Baco dan Bilcher Bala

Zainuddinbaco@gmail.com dan Bilcher@ums.my

ABSTRAK

Warisan bina merupakan sebahagian daripada bentuk warisan budaya yang amat bernilai dan berharga bagi sesebuah tamadun masyarakat manusia dan negara amnya. Peranannya dilihat sebagai satu kekuatan komitmen yang menyatukan pegangan masyarakat untuk mengekalkan dan memelihara warisan yang menjadi bukti kepada perkembangan sesuatu tamadun ataupun negara. Justeru, satu usaha pemuliharaan dan pemeliharaan berterusan perlu dilaksanakan berlandaskan prinsip atau garis panduan pemuliharaan. Namun dasar pembangunan di Malaysia yang dilaksanakan untuk mengejar status negara maju menjelang tahun 2020 acap kali mengabaikan faktor pengurusan warisan bina bandar. Dengan menfokus kepada kawasan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai kawasan tumpuan, kajian ini cuba menghurai isu pengurusan warisan bina bandar berdasarkan kes pembangunan dua tapak warisan bina yang berkaitan. Perbincangan kertas kerja ini akan terlebih dahulu memberikan takrifan pengurusan warisan bina bandar dan warisan bina, dan seterusnya memperincikan isu pembangunan dan pengurusan warisan bina bandar di Bandaraya Kota kinabalu serta memberi tiga cadangan panduan umum mengenai pelaksanaan pengurusan bina bandar yang berkesan.

Katakunci: Pengurusan Warisan, Warisan Bina, Pemuliharaan, Pemeliharaan, pembangunan Kota Kinabalu.

PENGENALAN

(2)

budaya bina bandar sekali gus sebuah bandar yang ideal dan sempurna dapat diwujudkan (Yazid Saleh, 2010:4). Pada masa yang sama warisan bandar tidak terkecuali daripada ketidakselarasan birokrasi khususnya dalam aspek perundangan yang melibatkan bidang kuasa dan penguatkuasaan.

Bandar lama yang ideal dan sempurna seperti ini yang mengamalkan pengurusan warisan bina bandar sebagai salah satu elemen penting dalam proses pembangunan fizikal dapat dilihat di dapat dilihat di negara maju seperti Itali, England, Francis, Sepanyol, Jerman dan China. Maka, tidak hairanlah negara ini bukan sahaja terkenal dari segi pembangunan ekonomi dan fizikalnya, tetapi juga menjadi negara contoh dalam pengekalan fizikal warisan budaya bina bandarnya. Walau bagaimanapun, perkara ini kurang direalisasikan dalam konteks pembangunan di negara membangun seperti Malaysia. Matlamat negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 acap kali mengabaikan aspek pengurusan warisan bina bandar di kebanyakan wilayah dan perkara ini amat ketara di negeri Sabah. Keadaan ini jelas diperlihatkan apabila kebanyakan bandar utama misalnya Kota Kinabalu yang suatu ketika dahulu kaya dengan tinggalan infrastruktur kini sedang berdepan dengan pelbagai ancaman kemusnahan.

Takrifan Pengurusan Warisan Bina Bandar

Sebelum ini, tidak wujud satu konsep yang khusus yang digunakan untuk mentakrifkan pengurusan warisan bina Bandar. Justeru, konsep lazim yang digunakan adalah pelbagai seperti pemuliharaan bandar, pengurusan bandar dan lain-lain lagi. Ternyata konsep yang sedia ada itu agak kabur dan kurang terperinci. Menurut satu definisi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar pada tahun 2000, menyatakan segala proses yang terlibat untuk menjaga sesuatu tempat untuk tujuan memelihara1 kepentingan budaya (Jabatan Perancangan Bandar, 2000). Manakala menurut Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah pula mendefinisikan pemuliharaan bandar sebagai satu tindakan menyeluruh, iaitu satu proses yang terlibat untuk menjaga sesuatu tempat bagi tujuan memelihara kepentingan budaya (Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, 2002:5). Seorang pakar tempatan, A Ghafar Ahmad pula mendefinisikannya sebagai satu penjagaan dan pengekalan warisan bandar daripada

(3)

dimusnahkan atau diubah tanpa pengawalan dan pengurusan yang sistematik (http://www.hbp.usm.my/conservation/.)

Paul Box pula mendefinisikan pemuliharaan bandar sebagai semua proses yang merangkumi pengiktirafan, penghuraian, pemeliharaan, keselamatan dan keseluruhan pengurusan ke atas warisan budaya bina (Paul Box, 1999: 5). Tambah beliau, matlamat utama pemuliharaan bandar adalah untuk memastikan wujudnya perlindungan berterusan ke atas kepentingan warisan, ketelusan dan keaslian sumber warisan budaya bina untuk diwarisi oleh generasi kini dan akan datang melalui pemeliharaan dan pengekalan sumber warisan yang sedia ada. Manakala Jabatan Alam Sekitar dan Warisan Kerajaan Australia pula mentafsirkan, pengurusan warisan bina bandar merupakan satu proses yang mengurus sumber warisan berbentuk fizikal bagi mengekalkan nilai warisan budaya sedia ada (Zalissa Zaini, 2006:34). Sumber warisan berbentuk fizikal ini terdiri daripada benda, bangunan warisan, monumen, landskap, taman, jalan, dan tapak bersejarah. Pengurusan warisan yang dibuat lazimnya akan mengambil kira kitaran yang dibuat ke atas sesuatu sumber warisan dari segi pemeliharaan, pengurusan, penggunaan, kos pemeliharaan dan pelupusan.

(4)

Basrah Bee & Bilcher Bala, 2008:42-65, Yazid Saleh, 2010:10). Takrifan yang luas ini bermakna pengurusan warisan sebagai induk kepada bidang ilmu lain seperti sejarah, geografi, konservasi, mahupun bidang pengurusan yang lain. Ianya hanya bersifat platform kepada integrasi antara bidang dengan tinggalan warisan budaya khususnya warisan budaya bina dengan pendekatan berbeza-beza. Disiplin ilmu ini mula terbentuk sebagai perkhidmatan kerajaan untuk melindungi tapak warisan budaya bina. Dilaksanakan oleh institusi permuziuman, untuk melindungi, konservasi dan pemeliharaan menerusi pelaksanaan dasar kerajaan. Kemudian, segala praktis yang diamalkan oleh pihak muzium telah dikaji oleh institusi akademik untuk membantu proses penambahbaikan kerja perlindungan, konservasi dan pemeliharaan ke landasan yang betul dengan berpandukan kepada teori, prinsip dan etika pengurusan warisan bina bandar yang betul dan bersesuaian. Sama ada ilmu ini terbentuk menerusi sistem pentadbiran kerajaan ataupun di Universiti, tetapi matlamatnya adalah sama iaitu melindungi, konservasi dan pemeliharaan warisan budaya bina.

Warisan Bina

Dalam konteks Malaysia, istilah lazim bagi merujuk kepada warisan bina dilihat secara berasingan dan bersifat umum. Misalnya, takrifan berdasarkan peruntukan undang-undang seperti Akta Warisan Kebangsaan 2005, Enakmen Warisan Budaya 1997, Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977 dan takrifan berdasarkan pandangan sarjana bagi mentafsirkan warisan budaya, bangunan dan monumen. Hal ini berbeza dengan tafsiran dalam konteks akademik di negara Barat. Lazimnya mereka menggunakan istilah seperti Urban Heritage (warisan bandar), Built Heritage (warisan bina) dan Culture Heritage (warisan budaya) bagi memberikan satu definisi atau konsep yang menyeluruh berkaitan dengan konsep warisan bina.

(5)

pingat, lencana-lencana, lambang, tanda kebesaran, bendera, perisai, kenderaan, kapal dan pokok yang mempunyai kepentingan dan keistimewaan seni bina estetika, sejarah, kebudayaan, saintifik, ekonomi, alam sekitar atau lain-lain kepentingan atau nilai dan telah diisytiharkan tertakluk kepada pemuliharaan dan pemugaran di bawah seksyen 4(1). Dalam konteks Dalam konteks Jabatan Warisan Negara (JWN) menerusi Akta Warisan kebangsaan telah membahagikan warisan budaya telah dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama warisan ketara iaitu sesuatu yang kekal dilihat dan dipegang, sama ada warisan statik2 atau warisan mudah alih.3 Kedua Warisan tak Ketara iaitu warisan tidak nyata atau ilmu atau kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan.

Takrifan “Bangunan” pula merujuk suatu bangunan atau kumpulan bangunan yang berasingan atau bersambung, yang disebabkan oleh seni binanya, kehomogenannya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains. B.M, Fielden, mendefinisikan bangunan bersejarah sebagai sesebuah bangunan yang dapat memberikan perasaan kagum dan menjadikan masyarakat ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya (B.M., Fielden, 2000:6-7). Beliau turut menambah bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu telah bertahan sehingga 100 tahun usia penggunaannya, sewajarnya ia patut digelar bangunan bersejarah. Dalam erti kata yang lain, sesebuah bangunan itu bolehlah digelar sebagai bangunan bersejarah sekiranya ianya mempunyai nilai seperti seni bina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial, politik, rohani dan simbolik. Terdapat dua jenis bangunan warisan yang dipulihara di Malaysia, iaitu Bangunan Tradisional4 Melayu dan Bangunan Kolonial.5

2 Bentuk warisan statik merujuk kepada tapak tanah bersejarah, monumen, bangunan atau sesuatu yang tidak boleh dipindahkan.

3 Bentuk warisan mudah alih merujuk kepada bentuk warisan yang boleh dialihkan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti batu nisan, ukiran kayu, manik dan manuskrip.

4 Bangunan tradisional di Malaysia umumnya merujuk kepada rumah tradisional Melayu serta peribumi Sabah dan Sarawak serta Orang Asli. Ia juga merangkumi lain-lain bangunan tradisi Melayu, Siam, Cina dan India seperti istana, masjid, madrasah, tokong, kuil serta rumah tradisional kaum Cina dan India. Kebanyakan bangunan tradisional khususnya rumah tradisional Melayu dan Siam di Semenanjung serta rumah tradisional peribumi di Sabah dan Sarawak dibina keseluruhannya dari kayu serta gabungan lain-lain bahan organik seperti nibung, buluh dan atap rumbia, bertam atau genting tanah liat. Ini merupakan bahan yang mudah luluhawa.

(6)

Takrifan “monumen” pula didefinisikan sebagai kerja seni bina, kerja membuat arca dan mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains. Monumen juga dapat ditafsirkan sebagai segala hasil buatan manusia yang tidak mudah alih seperti; bangunan dan tapak bangunan, runtuhan bangunan dan struktur, tugu atau kubu, kubur dan batas kubur, tapak arkeologi dan sebagainya (Siti Nor Fatimah Binti Zuraidi, et., al, 2010:4). Manakala, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah menghalusi konsep monumen kepada kategori. Kategori pertama adalah dinamakan Dead Monuments iaitu merujuk tinggalan monumen dari tamadun mahupun kerajaan lepas yang fungsi asalnya tidak digunakan lagi. Kategori kedua pula adalah dinamakan Living Monuments yang merujuk adalah tinggalan monumen lepas yang masih digunakan atau masih menjalankan fungsi asalnya ( UNESCO, Convention for the Protection of Cultural Property in The event of Armed Conflict, The Hague, 14 Mei 1954).

Di samping itu, terdapat satu takrifan yang lebih terperinci dikemukakan oleh Andrew Ballantyne bahawa warisan bina pula dapatlah dirujuk kepada sebarang warisan budaya dalam bentuk statik yang meliputi sebarang tinggalan struktur yang dibina sama ada monumen, bangunan, kumpulan bangunan, tugu peringatan, rumah individu, deretan rumah kedai dan landskap yang diwartakan sebagai warisan budaya atau bangunan bersejarah yang disebabkan oleh faktor usia, seni bina, teknologi pembinaan, kehomogenannya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, sains dan seni yang dapat memberikan perasaan kagum seterunya menyebabkan masyarakat ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa dan budaya yang menghasilkannya (Andrew, Ballantyne, 2002: 7).

(7)

Ketidakseimbangan dasar pembangunan sesebuah negara lazimnya menjadikan kepentingan sesuatu warisan budaya khususnya warisan bina yang sememangnya penting terpaksa dikorbankan demi mengejar pembangunan dan keuntungan (Baszley Bee Bin Basrah Bee, 2009:57). Malah, walaupun sesuatu warisan bina telah diwartakan dan diisytiharkan sebagai warisan budaya, bangunan bersejarah mahupun tempat bersejarah namun masih berdepan dengan pelbagai ancaman khususnya pembangunan ataupun bentuk ancaman ekonomi. Hal yang sama turut berlaku di kawasan kajian apabila dua isu pembangunan di tapak dan sekitar warisan bina yang telah diwartakan sebagai warisan budaya dan bangunan bersejarah berdasarkan peruntukan perundangan warisan negeri Sabah tetapi masih berdepan dengan isu ancaman ekonomi. Isu ini dapat dilihat menerusi dua kes berbeza yang melibatkan Tinggalan Bangunan Pejabat Kebajikan dan Menara Jam Atkinson di Kota Kinabalu.

Tinggalan Bangunan Pejabat Kebajikan Menara Jam Atkinson

Sumber: Koleksi Penyelidik.

(8)

dan Sukan Sabah telah mengisytiharkan bangunan ini sebagai Tapak dan bangunan Bersejarah di bawah Seksyen 19(1) Enakmen Barang-barang kuno dan Harta karun 1977 (Warta Warta Kerajaan Negeri Sabah G. N. No. 489, 26 Ogos 1988: 519). Terletak di Jalan Tun Fuad Stephens dan berhadapan dengan pusat membeli belah iaitu Suria Sabah.

Dari segi sejarah, bangunan ini telah dibina pada tahun 1913 bagi menempatkan beberapa jabatan penting seperti Lands And Survey Department, Public Work Department dan Inlands Revenue Department. Pasca Perang Dunia kedua, bangunan ini mengalami sedikit kerosakan kecil, tetapi telah dibaikpulih oleh British Military Administration (BMA) dengan menggunakan separuh konkrit dan separuh kayu serta beratapkan zing untuk digunakan oleh BMA sebagai pusat pentadbiran. Bangunan ini juga digunakan oleh BMA dalam memeterai perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British Crown Colony pada tahun 1945 (Laporan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Warisan Budaya, 2011:1-9). Malah, pada tahun 1962, bangunan ini pernah digunakan oleh Inter Government Committee atau Cobbolt Commission bagi mengerakkan penubuhan Malaysia.6 kemudian, pada tahun 1975, bangunan ini telah digunakan sebagai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada tahun 1990, separuh tingkat bawah bangunan ini digunakan sebagai Pusat Penilaian Kanak-kanak Cacat. Manakala separuh lagi digunakan sebagai Jabatan Kebajikan Orang-orang Buta oleh Sabah Society. Pada tahun 1992, kerajaan negeri Sabah telah bersetuju untuk menyerahkan bangunan ini kepada Galeri Seni Sabah untuk dijadikan pusat pentadbiran dan pusat pameran hasil seni (Daily Express 26 September 1992). Walau bagaimanapun, pada 31 Disember 1992, bangunan ini telah mengalami kebakaran disebabkan masalah litar pintas yang berlaku di tingkat dua. Kebakaran ini secara tidak langsung bangunan ini musnah bersama-sama dengan dokumen penting berkaitan dengan era pentadbiran BNBCC dan BMA.

(9)

Kes ini bermula pada 29 Januari 1993 apabila satu cadangan usaha sama melibatkan syarikat Best Properties Development Sdn. Bhd. dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah (KKBS). Cadangan ini seterusnya telah diusulkan kepada Ketua Menteri ketika itu iaitu Y.A.B. Datuk Joseph Pairin Kitingan dan beliau seterusnya telah meluluskan cadangan tersebut. walau bagaimanapun, oleh sebab Tinggalan Pejabat Kebajikan merupakan salah satu bangunan bersejarah negeri Sabah yang diwartakan menerusi perundangan Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977, maka Ketua Menteri telah mengarahkan Pengarah JMNS iaitu Patricia Regis untuk mengemukakan satu warta kerajaan berkaitan pembatalan tapak tanah tersebut sebagai Bangunan Bersejarah supaya cadangan pembinaan projek tersebut dapat.

Walau bagaimanapun, sebelum Pengarah JMNS mengeluarkan sebarang warta, beliau telah memohon pandangan daripada Peguam Besar Negeri Sabah kerana pembatalan tapak tanah tersebut sebagai Bangunan Bersejarah adalah melibatkan pewartaan yang dibuat menerusi Seksyen 19 Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977. Setelah mendengar pandangan daripada Peguam Besar Negeri Sabah, maka pihak JMNS tidak dapat mengeluarkan sebarang warta berkaitan dengan penarikan pewartaan Tinggalan Pejabat Kebajikan sebagai Bangunan Bersejarah.

(10)

antara pihak terlibat, pihak kerajaan telah mencadangkan untuk menamatkan perjanjian dengan syarikat Best Properties Development Sdn. Bhd. Sebaliknya, pihak syarikat meminta agar digantikan dengan satu cadangan baru iaitu penukaran lokasi pembangunan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan khususnya KKBS menolak cadangan tersebut (Minit Mesyuarat Khas mengenai Bangunan Lama berhampiran dengan Standard Chartered Bank Art Gallery, 13 Oktober 1999). Sehingga kini, keputusan akhir mengenai status Tinggalan Pejabat Kebajikan masih belum dapat diketahui sepenuhnya.

Kes kedua pula membabitkan cadangan projek pembangunan yang melibatkan usahasama antara Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) dengan syarikat Benteng Pulangan Sdn. Bhd. untuk pembinaan sebuah bangunan 16 tingkat di tapak bangunan pejabat LPPB untuk kegunaan pejabat, pusat membeli belah dan hotel. Walau bagaimanapun, di sekitar tapak pembangunan yang ingin dijalankan juga terdapat sebuah kawasan seluas 1215 kaki persegi iaitu Tanah Simpanan Kerajaan untuk JMNS iaitu tapak letaknya bangunan Menara Jam Atkinson. Warisan bina ini juga dikenali sebagai Menara Jam Kota Kinabalu merupakan sebuah menara yang dibina untuk memperingati kematian pegawai daerah Jesselton yang pertama iaitu Francis George Atkinson7 yang meninggal dunia pada 6 Disember 1902 akibat deman malaria (Borneo Fever) (Patricia Regis, 1983: 201-203). Terletak di Jalan Signal Hill (Jalan Bukit Bendera yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Atkinson Drive.

Dari segi sejarah pembinaan, selepas beberapa hari setelah Francis George Atkinson meninggal dunia, satu perjumpaan telah diadakan bagi mendirikan sesebuah tugu atau monumen yang berkaitan bagi mengenang jasa beliau terhadap pembangunan bandar Jesselton. Setelah perbincangan diadakan, satu persetujuan telah dicapai iaitu membina sebuah menara jam yang cantik. Dari segi kos untuk membina menara jam yang dicadangkan, satu pungutan derma awam telah dijalankan, malah ibu Francis George Atkinson iaitu Mrs. Mary Edith Atkinson turut memberi sumbangan khusus iaitu sebuah jam yang bermuka dua kepada pihak BNBCC yang

7 Francis George Atkinson mula berkhidmat dengan BNBCC pada Mac 1898 dan diberi tugas

(11)

bertanggungjawab membina tugu tersebut. Justeru pembinaan menara jam ini telah bermula pada tahun 1903 dan siap sepenuhnya pada tahun 20 April 1905 (Patricia Regis, 1983: 201-203).

Dari segi seni bina pula, Menara Jam Atkinson merupakan satu-satunya menara jam kayu yang masih kekal di Malaysia dan jam mekanikal di Sabah. Saiz menara jam ini berukuran tinggi 48 kaki (157 meter) dan ukuran lilit 6 kaki 4 inci dan dibina dengan menggunakan kayu merbau tetapi tanpa menggunakan sebarang paku. Sejak awal pembinaannya sehingga kini, menara jam ini telah mengalami beberapa perubahan kecil untuk tujuan membaiki sebarang kerosakan yang berlaku. Misalnya semasa Perang Dunia Kedua, menara jam ini telah mengalami kerosakan khususnya di bahagian permukaan dinding kayu, permukaan jam dan mekanisme dalaman jam akibat tembakan daripada Machine Gun (Lester Millip, 2012).

Manakala dari segi fungsi pula, Menara Jam Atkinson bukan sahaja berperanan untuk memperingati Francis George Atkinson sebagai Pegawai Daerah pertama Jesselton, malah ianya merupakan landmark bagi bandar Jesselton, ini diperlihatkan menerusi setem lama yang dihasilkan oleh BNBCC. Selain itu, ianya juga berperanan sebagai panduan untuk melihat waktu atau jam bagi masyarakat bandar Jesselton (Daily Express, 24 November 2010). Menurut Patricia Regis;

Sewaktu Mrs Mary Edith Atkinson mencadangkan agar dibina Menara Jam Atkinson, beliau menyatakan bahawa fungsi menara ini bukan sahaja sebagai peringatan kepada Francis George Atkinson tetapi ia juga memberi fungsi sebagai panduan masa kepada penduduk setempat (Patricia Regis, 1983: 201-204).

Di samping itu, Menara Jam Atkinson ini juga berperanan penting sebagai penanda kepada kapal terutamanya pada waktu malam. Kedudukan menara ini yang terletak di atas bukit akan diterangi dengan cahaya lampu pada waktu malam.8 Secara keseluruhannya, sebagai salah satu landmark kepada Bandaraya Kota Kinabalu dan peri penting dalam konteks sejarah Sabah, pihak JMNS dan MWB telah mewartakan Menara Jam Atkinson sebagai salah satu Warisan Budaya negeri Sabah.

8 Sekitar tahun 1950an, jarak pantai dengan kedudukan menara jam adalah dekat sebelum

(12)

Cadangan pembinaan bangunan 16 tingkat ini telah menimbulkan kontroversi dan konflik antara pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KPKAS), LPPB, DBKK, JMNS dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang menyebabkan isu pembangunan ini masih belum berjaya diselesaikan sehingga kini. Kes ini bermula pada 18 Februari 2010 apabila Benteng Pulangan Sdn. Bhd. dan LPPB telah menyerahkan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek pembinaan tersebut kepada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah. Walau bagaimanapun, Chemsain Consultant Sdn. Bhd. selaku jururunding bagi pihak JPAS telah menolak EIA yang dilakukan dan menyerahkan semula kepada pihak yang terlibat (Penilaian Alam Sekitar, http://www.sabah.gov.my/jpas, 2010). Menurut Datuk Masidi Manjun yang disiarkan menerusi kenyataan media;

Terdapat beberapa justifikasi teknikal yang perlu diambil kira terhadap penolakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh pihak pemaju. Antaranya adalah ia melibatkan peruntukan tertentu dalam dua enakmen negeri yang sepatutnya diambil kira dalam setiap pembangunan yang dibuat bersebelahan dengan tapak warisan sejarah. Peruntukan undang-undang itu melibatkan usaha menjamin dan memulihara bangunan-bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan sejarah (Utusan Malaysia, 22 September 2010).

Di samping itu, terdapat beberapa isu lain yang menyebabkan EIA pemaju telah ditolak oleh JPAS. Antaranya, mengenai kestabilan cerun, kerja perlindungan cerun, hakisan tanah dan sedimentasi, pencemaran udara, pencemaran bunyi, pengurusan sisa tumbuhan dan lain-lain (Penilaian Alam Sekitar, http://www.sabah.gov.my/jpas, 2010).

(13)

Manjun iaitu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang menegaskan bahawa projek pembangunan ini perlu diteliti semula dan dirujuk kepada Jawatankuasa Perancangan Lembaga Pusat (Daily Express, 21 September 2010). Malah, kes ini turut mendapat perhatian daripada Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Musa Aman yang mengarahkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan supaya pelan pembangunan tapak ini dikaji semula oleh Jawatankuasa Perancangan Lembaga Pusat (Daily Express, 22 September 2010). Selain itu, isu pembinaan bangunan 16 tingkat ini turut mendapat reaksi daripada pihak NGO iaitu Heritage Sabah yang diketuai oleh En. Richard Solkial;

Cadangan pembinaan pusat membeli belah akan merosakkan persekitaran semulajadi dan nilai warisan bangunan bersejarah Menara Atkinson tersebut. Malah, pihak Heritage Sabah mahu melihat pengakhiran projek tersebut dan memohon kepada pihak kerajaan negeri Sabah untuk mengambilalih kawasan di sekitar struktur peninggalan kolonial tersebut untuk dijadikan taman awam (Laporan EIA Menara Atkinson Ditolak,

http://bernama.com).

Seorang aktivis sosial lain iaitu Datuk Patrick Sindu yang menyatakan bahawa Menara Jam Atkinson merupakan salah satu tempat bersejarah yang patut dilindungi sepenuhnya. Komen beliau telah disiarkan dalam kenyataan akhbar;

Kelihatan seperti Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai pelan pembangunan “rojak” terutamanya di kawasan Signal Hill. Saya percaya kita masih ada tanah lain di Kota Kinabalu yang sesuai untuk projek yang dicadangkan itu. Kita perlu prihatin akan nilai sejarah menara jam ini. Ianya merupakan struktur tertua yang masih teguh berdiri di Sabah yang terselamat daripada serangan udara dan serangan Perang Dunia Kedua. Lagipun, tiada jaminan yang tidak akan berlaku tanah runtuh sebaik sahaja landskap asal diganggu. Oleh itu, satu-satunya tindakan yang paling baik bagi menjaga struktur muka bumi di kawasan tersebut daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini adalah dengan membatalkan projek tersebut bagi kebaikan rakyat dan negeri Sabah itu sendiri (Malaysia Kini 24 September 2010).

Walau bagaimanapun, kenyataan menteri, pihak JMNS dan NGO lain berhubung kes ini telah mendapat tentangan keras daripada pihak pemaju khususnya Pengerusi LPPB iaitu Datuk Rubin Balang. Beliau menyatakan bahawa;

(14)

merupakan projek usahasama antara LPPB sebagai pemilik tanah dan pemaju swasta untuk meningkatkan nilai estetika Menara Jam tersebut (Malaysia Kini 24 September 2010).

Pada masa yang sama juga, beliau telah menggesa Datuk Masidi Manjun untuk meletak jawatan kerana tidak konsisten dengan pendiriannya. Beliau menyatakan sedemikian selepas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Masidi Manjun yang menyatakan bahawa projek bangunan komersial tersebut tidak mendapat kelulusan EIA sedangkan Datuk Rubin Balang mendakwa projek tersebut telah diluluskan oleh Kabinet negeri Sabah, Datuk Rubin Balang juga menegaskan bahawa keputusan Datuk Masidi Manjun tersebut adalah seperti keputusan dua muka dan beliau tidak layak menjadi menteri (Malaysia Kini 24 September 2010).

Ini seperti keputusan dua muka, seorang menteri tidak boleh seperti itu. Ini menunjukkan ianya tidak mempunyai prinsip…. Beliau harus meletak jawatan (Malaysia Kini 24 September 2010).

Datuk Rubin Balang juga menyatakan bahawa pelan pembangunannya telah pun diluluskan oleh DBKK pada 27 Ogos 2009 (Minit Mesyuarat khas Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa pada 30 September 2010).

Sejurus kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Rubin Balang, Datuk Masidi Manjun telah mengeluarkan kenyataan dan membuat penjelasan lebih lanjut menerusi laman sosial Facebook. Menurut beliau;

Sebenarnya kabinet hanyalah endorser, secara prinsipnya setiap pelan pembangunan (DP) tertakluk kepada pematuhan kepada semua peraturan dan undang-undang. Pihak berkuasa yang meluluskan DP adalah DBKK. Pihak DBKK meluluskan DP tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pengarah JMNS seperti yang disyaratkan dalam Enakmen Warisan Budaya. Pengarah JMNS sebenarnya membantah projek ini. Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun pula melarang sebarang kerja mengorek, memasang cerucuk (pailing), dan lain-lain di sekitar Tapak Warisan Sejarah. Laporan EIA untuk projek ini belum diluluskan tetapi DBKK awal-awal meluluskan DPnya.

(15)

memastikan endorsement awal Kabinet negeri Sabah tidak dilihat sebagai membelakangkan peraturan dan undang-undang yang ada kaitan dengan DP projek ini, apatah lagi ia merupakan projek kerajaan yang dilaksanakan melalui LPPB.

Kabinet pada 8 September bersetuju dengan cadangan saya agar kelulusan projek ini dipertimbangkan semula oleh Central Board bagi memastikan pematuhan 100 peratus kepada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Adalah sesuatu yang malang sekiranya kerajaan negeri Sabah meneruskan projek yang jelas belum melepasi syarat-syarat pembangunan yang diwajibkan kepada setiap pemaju (Kes Menara Atkinson: Siapa yang Patut Meletak Jawatan, http://NEGARAKITA.COM).

Rentetan dari konflik ini YB Datuk Masidi Manjun telah mengemukakan isu ini dan dibincangkan semula dalam mesyuarat Kabinet pada 8 September 2010 (Daily Express, 27 September 2010). Dalam mesyuarat Kabinet tersebut, maka dipersetujui agar perkara itu perlu dirujuk semula kepada Jawatankuasa Pusat (Central Board) untuk menelitinya. Perkara ini juga dibincangkan lebih lanjut dalam satu mesyuarat khas telah diadakan pada 30 September 2010 bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) (Notis Mesyuarat Khas JPBW, 27 September 2010).

Walau bagaimanapun, pada 28 November 2010 Datuk Rubin Balang sekali lagi menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada pihak yang menentang projek pembangunan tersebut dan berpendapat bahawa pihak tersebut tidak memahami peranan sebenar pihak LPPB berbuat demikian. Beliau berkata;

pihak Heritage Sabah gagal melihat isu tersebut daripada kedua-dua perspektif menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan berat sebelah yang tidak memberi gambaran yang sebenar. LPPB tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Negeri untuk hidup, kerana kerajaan hanya membantu dalam pembangunan rumah kedai di bandar-bandar dan pekan serta pembinaan rumah kos rendah di seluruh Sabah. kita mahu menyediakan pejabat yang selesa dan lebih baik LPPB yang secara tidak langsung membantu meningkatkan motivasi kakitangan untuk bekerja lebih keras ke arah mencapai matlamat kami (Daily Express, 28 November 2010).

(16)

Pihak LPPB tidak pernah berniat untuk menghapuskan Menara Jam Atkinson tersebut dengan membina bangunan komersial di sekitar menara tersebut. Tambahan pula, dalam buku Datu Paduka Mat Salleh (Hero Of Sabah) 1894-1900, pernah ditulis bahawa Francis George Atkinson merupakan salah seorang daripada skuad tentera British yang telah meracun Sungai Pagalan dalam cubaan membunuh Paduka Mat Salleh yang berkhemah di hilir sungai tersebut pada 26 Januari 1900. Malah, kawasan di sekitar Menara Atkinson tidak mempunyai nilai sejarah langsung (Daily Express, 24 November 2010).

Malah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi LPPB turut disokong oleh pengarah Arkib Sabah iaitu Datu Tigabelas Zainal Abidin yang berkata;

Tidak dinafikan bahawa menara jam tersebut mempunyai nilai sejarah tetapi kawasan menara tersebut tidak mempunyai sebarang nilai sejarah kerana tempat tersebut bukanlah pejabat Atkinson mahupun tempat beliau mati. Menara tersebut didirikan di situ kerana ketika era kolonial British, hanya kawasan tersebut sahaja yang paling sesuai untuk mendirikan menara tersebut agar dapat dilihat oleh seluruh warga Jesselton. Tambahan lagi, tidak banyak orang mengetahui sejarah Atkinson melainkan sejarah mengenai beliau sebagai Pegawai Daerah Jesselton yang pertama dan mati akibat demam Borneo. Oleh itu, cara penyelesaian terbaik adalah dengan memindahkan menara jam tersebut ke tempat yang lebih baik dan dapat mengembalikan fungsinya semula (Daily Express, 24 November 2010).

(17)

Perancangan Bandar dan Wilayah sedangkan pihak DBKK yang memberi kelulusan projek tersebut pada masa dahulu (Borneo Post, 25 Disember 2011).

Berkaitan dengan isu kelulusan DP oleh DBKK, mantan Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim menegaskan bahawa walaupun DBKK telah meluluskan projek tersebut, kelulusan tersebut bergantung pada keupayaan pemaju memenuhi 35 syarat yang ditetapkan. Antaranya; pemaju perlu memastikan persekitaran jam tersebut dijaga dan tidak berlaku pencemaran sepanjang projek itu dilakukan. Malah, pemaju telah diberi tempoh sehingga 2 September 2011 untuk menghantar semula syarat yang ditetapkan oleh DBKK. Tambahan beliau;

Pelan DP projek tersebut tidak menghalang pandangan Menara Jam Atkinson tersebut. Malah pemaju hanya menggunakan tanah seluas 0.6 hektar dan tidak semua kawasan berkenaan akan dibina bangunan.

Sememangnya tapak warisan sejarah itu penting tetapi pembangunan juga tidak boleh ditolak. NGO perlu adil dan tidak membantah sembarangan. Jika tidak, bagaimana hendak membangunkan bandaraya ini (Utusan Malaysia, 28 September 2010).

Secara keseluruhannya, isu mengenai pembinaan bangunan 16 tingkat di sekitar Menara Jam Atkinson masih belum dapat diselesaikan kerana Kabinet Negeri belum membuat apa-apa keputusan lagi sehingga kini.

CADANGAN

(18)

mampu mengatasi isu dan cabaran yang berlaku di kawasan kajian, setidak-tidaknya, ia mampu meminimumkannya.

Pertama, pendekatan pembangunan dan pembandaran mapan perlulah dilaksanakan. Sememangnya pembangunan dan urbanisasi merupakan sesuatu yang lazim dan berlaku di semua kawasan bandar khususnya pusat bandar yang menjadi tumpuan pembangunan ekonomi dan sosial. Secara umumnya, pembangunan merupakan perubahan terhadap keseluruhan kehidupan dengan penggunaan sumber manusia, kewangan, sumber hidup dan sumber bukan hidup bagi menyokong kehidupan manusia. Bagi mewujudkan pembangunan yang menyokong kehidupan dalam jangka masa yang panjang, maka beberapa faktor ekonomi, ekologikal dan warisan perlu diambil kira. Alternatif untuk membawa kesan tertentu perlu diteliti sebelum melaksanakan pembangunan. Sebagaimana pembangunan, pengurusan warisan bina bandar juga merupakan satu usaha untuk manfaat manusia. Perbandingan antara pembangunan dengan pengurusan warisan bina bandar yang dapat dilihat adalah dari segi tujuan, pembangunan bertujuan untuk mencapai keselesaan hidup dengan sumber kehidupan yang lain. Manakala, pengurusan warisan bina bandar pula bertujuan memastikan penggunaannya secara berterusan.

(19)

dilaksanakan, pendekatan pembangunan dan perbandaran mampan perlu dilaksanakan. Hal ini selaras dengan kenyataan Yazid Saleh (2010);

Selaras dengan keperluan untuk menghadapi urbanisasi, maka wujudlah pelbagai dasar yang disediakan dengan tujuan untuk meminimumkan kesan negatif akibat proses urbanisasi dan seterusnya mewujudkan keadaan atau kehidupan yang sempurna hasil proses urbanisasi tersebut. Dengan itu, muncullah konsep-konsep seperti Pembangunan Mapan, Bandar Mapan dan sebagainya (Yazid Saleh, 2010:162).

Pembangunan dan perbandaran mapan merujuk pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperluan generasi akan datang. Pembangunan bandar yang mapan perlu dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.

Kedua, mewujudkan kerjasama erat antara agensi pengurusan warisan di kesemua peringkat termasuk pihak yang terlibat dalam usaha pengurusan warisan bina bandar. Ini adalah kerana komitmen semua pihak merupakan antara faktor penting dalam menjamin survival bidang ini. Di pihak kerajaan, peranan harus tertumpu pada penggubalan dasar dan perundangan yang dapat memberi pendidikan kepada masyarakat. NGO pula harus berganding bahu dengan pihak kerajaan dan sekali gus menjadi pihak pemerhati dan pendesak kepada kerajaan sekiranya terdapat sebarang tindakan kerajaan yang dilihat mengancam warisan bina. Di peringkat masyarakat pula, haruslah ada inisiatif dalam memahami dasar dan prinsip sebenar pengurusan warisan bina bandar. Malah, masyarakat khususnya pemilik warisan bina tidak boleh menyalahkan kerajaan akibat pelaksanaan sesuatu dasar atau pendekatan kerja pengurusan warisan bina tanpa mengkaji terlebih dahulu sebarang kelemahan atau kebaikan tindakan tersebut dilaksanakan. Kerjasama erat dan keterlibatan semua pihak merupakan satu pendekatan yang dikenali sebagai pendekatan holistik.

(20)

penglibatan dan penghayatan berkaitan nilai warisan dan pendidikan awam untuk semua pihak berkepentingan secara berfokus dan berterusan. Kajian ini mencadangkan agar usaha kesedaran dan pendidikan warisan haruslah dilaksanakan secara holistik di peringkat nasional. Jika dari segi kempen dan program yang dilaksanakan sebelum ini hanya dijalankan secara kecil-kecilan yang dilakukan oleh agensi pengurusan warisan dan NGO, satu perubahan perlu dilaksanakan dengan melaksanakannya secara besar dan berterusan serta pendekatan lain seperti menggunakan medium media massa serta melibatkan semua pihak. Ini kerana, terdapat sesetengah program yang dilaksanakan oleh agensi pengurusan warisan atau NGO merupakan program yang tidak komprehensif dan tidak berfokus kepada pengurusan warisan bina bandar. Malah, kebanyakan program yang dilakukan melibatkan aktiviti seharian secara terasing tanpa sebarang tindakan susulan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, walaupun usaha pengurusan warisan bina bandar di Malaysia amnya dan Sabah khususnya masih berada di peringkat awal berbanding dengan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan lain-lain, namun segala usaha yang dilaksanakan oleh agensi pengurusan warisan di Malaysia perlulah menjadi satu usaha yang patut dibanggakan. Penjelasan tentang isu pembangunan dan cabaran pengurusan warisan bina bandar yang berlaku di Kota Kinabalu merupakan sandaran penting, yakni yang memperlihatkan tentang antara contoh cabaran dan masalah yang telah dan sedang dihadapi di Malaysia. Semoga pendapat dalam kertas kerja ini menyumbang kesedaran mengenai tanggungjawab bersama dalam usaha untuk memelihara dan memulihara warisan bina bandar akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

RUJUKAN

Andrew, Ballantyne. 2002. What is Architecture? London: Routlenge.

(21)

Basley Bee Basrah Bee dan Bilcher Bala. 2008. Pengurusan Warisan Kebudayaan Bawah Air Sabah: Satu Pengenalan. Jurnal Arkeologi Malaysia. Bil. 21:42-65.

Baszley Bee Bin Basrah Bee. 2011. Pengurusan Sumber Warisan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Fielden, B.M. 2000. Conservation of Historic Buildings. Oxford: Architectural Press.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2000. Kertas Dasar Perbandaran Negara. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Kertas kerja untuk taklimat berkaitan status tapak dan pelan pembangunan komersial secara usahasama oleh LPPB dan Benteng Pulangan Sdn. Bhd. Di Jalan Istana, Kota Kinabalu, dalam mesyuarat khas Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa pada 30 September 2010.

Kes Menara Atkinson: Siapa yang Patut Meletak Jawatan. http://NEGARAKITA.COM. Retrieved pada 5 Disember 2012.

Laporan EIA Menara Atkinson Ditolak. http://bernama.com. Retrieved pada 12 Disember 2012. Laporan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Warisan Budaya Negeri Sabah. 2011.

Jilid 12: Tapak Tanah Bekas Pejabat Tanah, Tidak Diterbitkan. Bil. 1.

Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah. 2002. Pelan Dan Tindakan Kawasan Pemeliharaan Majlis Perbandaran Melaka Bandar Raya Bersejarah. Melaka: Unit Konservasi Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah.

Malaysia Kini 24 September 2010.

Minit Mesyuarat Khas mengenai Bangunan Lama berhampiran dengan Standard Chartered Bank Art Gallery. 10 Ogos 1999. Rujukan KBS Sulit 2/213.

Minit Mesyuarat Khas mengenai Bangunan Lama berhampiran dengan Standard Chartered Bank Art Gallery. 13 Oktober 1999. Rujukan KBS Sulit 2/213.

Minit Mesyuarat Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK). 8 Februari 1996. Rujukan MPKK. No. :(03):432/2/vol. III/(5).

Notis Mesyuarat Khas JPBW. 27 September 2010. Rujukan JPBW:99/63 JLD.30/(27).

Patricia Regis. 1983. The Kota Kinabalu Clock Tower. Sabah Society Journal. Vol. VII. No. 3. Paul Box. 1999. GIS and Cultural Resource Management: A Manual for Heritage Manager.

Thailand: UNESCO.

Pengenalan Konservasi Bangunan. http://www.heritage.com.my. Retrieved pada 13 Oktober 2011.

Penilaian Alam Sekitar. http://www.sabah.gov.my/jpas. Retrieved pada 13 Disember 2012. Penilaian Terhadap EIA “For Proposed Multi-Storey Office Cum Commercial Complex and

Hotel Apartment For LPPB on CL.017547161 at Jalan Istana Kota Kinabalu, Sabah” JPAS.

(22)

Siti Nor Fatimah Binti Zuraidi, et., al. 2010. Cabaran Implimentasi Dalam Pemuliharaan Bangunan Warisan Di Malaysia. Kertas Seminar. Seminar Antarabangsa Sejarah dan Warisan. Empayar Johor- Riau. 5-7 November 2010. Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor.

Surat Chemsain Konsultant Sdn Bhd kepada Jabatan Muzium Negeri Sabah. 19 Ogos 2010. Rujukan CK/EV403-4077 Rev/0342/10.

Surat Madeleine Piper Melalui Kurator Muzium Sabah Kota Kinabalu kepada setiausaha USPG Tufton St. bertarikh 11 Januari 1979. Rujukan 05/04/30.

Surat Pengarah Best Properties Development kepada Menteri KKBS Y.B. Datuk Kadoh Agundong. 29 Januari 1993. Rujukan P67/93/001.

Surat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya. 7 Mei 1993. Rujukan C. 528/23.

Surat Setiausaha Tetap KKBS kepada Pengarah JMNS. 3 September 1993. Rujukan KKBS Sulit 2/213/(11).

Surat Y.B. Datuk Kadoh Agundong kepada Ketua Menteri Sabah. 30 Mac 1993. Rujukan KKBS/M/4/001(59).

Temu bual dengan En. Aldofus Lester John Millip. 42. Penolong Pengarah Muzium Negeri Sabah. 16 November 2012.

Urban Conservation. http://www.hbp.usm.my/conservation/. Retvieved 13 Oktober 2011. Utusan Malaysia 22 September 2010.

Utusan Malaysia 28 September 2010.

Warta Kerajaan Negeri Sabah. G. N. No. 489. 26 Ogos 1988.

Yazid Saleh. 2010. Pengenalan Pemuliharaan Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zalissa Binti Zaini. 2006. Sistem Maklumat Geografi Dalam Penentuan Pemeliharaan Kawasan Warisan Kajian Kes: Bandar Taiping, Perak. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Lampiran

(23)

Sumber: The history of the Atkinson Clock Tower, http://heritagesabah.blogspot.com, retrieved pada 11 Disember 2012.

Foto 2.0: Menara Ham Atkinson 2012

Sumber: Koleksi Penyelidik.

(24)

Sumber: Old Photo Of The Old Welfare Building Taken Possibly After 1985, http://sabahwarriors.blogspot.com, retrieved 13 November 2012.

Foto 4.0: Lukisan Graffiti Di Tinggalan Pejabat Kebajikan 2012

Sumber: Could Graffiti Art be The Answer to Preserving KK city's Heritage Site? http://sabahwarriors.blogspot.com, retrieved 13 November 2012.

(25)
(26)

Foto 6.0: Kedudukan Menara Atkinson Dengan Bangunan 16 Tingkat LPPB

Sumber: UPDATE: The Atkinson Clock Tower judicial review is tomorrow!,

http://sabahwarriors.blogspot.com, Retrieved pada 20 Disember 2012. Foto 7.0: Pelan Bangunan 16 Tingkat LPPB

Referensi

Dokumen terkait

Individualisme berpangkal dari konsep dasar bahwa manusia pada hakikatnya adalah makhluk individu yang bebas. Paham ini memandang manusia sebagai makhluk pribadi yang utuh dan

algoritma C4.5 Uji coba bertujuan membandingkan performa algoritma C4.5 dengan algoritma AHP- TOPSIS sebagai sistem pendukung keputusan proses seleksi penerima

Media tanam rockwool mengandung unsur hara penting seperti fosfor (P) dan kalium (K), selain itu media tanam rockwool juga memiliki daya simpan air lebih banyak

Pengkajian terhadap draft Standar Operasional Prosedur (SOP), draft Surat Keputusan Direksi dan Ketentuan Intern lainnya terhadap ketentuan-ketentuan yang berlaku untuk memastikan

Tetapi dalam prakteknya hakim PA Lumajang mengijinkan ikrar talak (ucapan talak oleh suami) ketika istri dalam keadaan haid, dimana sangat bertentangan dengan hukum Islam

Larutan hasil ekstraksi dibaca absorbansinya dengan menggunakan spektrofotometer UV-Vis pada panjang gelombang, kemudian konsentrasi asam benzoat dalam sampel

Lietuvos neotomistai, sekdami savo kolegomis europiečiais, nesuti­ ko su Kantu, kad žmogaus protas gali būti moralės normų reiškėjas, kad valia savaime gali

Daerah yang kedua yakni daerah yang Relatif tertinggal, kecamatan yang masuk dalam klasifikasi ini adalah kecamatan yang PDRB per kapita kecamatannya lebih kecil dari