• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 7: EKONOMI KEYNES BARU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 7: EKONOMI KEYNES BARU"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 7: EKONOMI KEYNES BARU 7.1 PENDAHULUAN

Teori Keynes lama dibentuk:

bagi menjelaskan mengapa wujud UN terpaksa secara besar-besaran. AD berperanan dalam menentukan tingkat y dan N.

Ciri utama model ini adalah – ketegaran upah wang

o Kejatuhan AD -> P jatuh ->DD buruh oleh firma berkurangan. Disebabkan

upah wang rigid (kontrak buruh) dan jangkaan harga adapif oleh buruh dan upah rigid menyebabkan gunatenaga dan output jatuh dan UN meningkat (Rujuk: Bab ketegaran upah).

Kritikan utama ke atas Ekonomi Keynes Lama - ekonomi Keynes mempunyai teori yang tidak mencukupi (theoretically inadequate) kerana pembinaan teori makroekonomi perlu berlandaskan mikroekonomi (microeconomic foundation) yang mantap.

Pendokong Ekonomi Keynes baru menjelaskan:

UN terpaksa wujud kerana ketegaran P (selain ketegaran W seperti Ekonomi Keynes lama)

Rigidity (ketegaran) upah wang (W) dan P disebabkan gelagat pengoptimuman oleh ejen ekonomi (menggunakan asas mikroekonomi). Iaitu terdapat beberapa ciri dalam proses peletakan harga dan upah yang mewujudkan ketegaran-ketegaran tersebut.

Ciri-ciri Utama Ekonomi Keynes Baru

Pasaran persaingan tak sempurna bagi pasaran keluaran. Ini bertentangan dengan model Keynes lama yang mengandaikan PPS.

Model Keynes baru mengandaikan ketegaran P keluaran.

Di samping faktor-faktor yang menyebabkan pembolehubah nominal (seperti W) tegar, model Keynes baru juga memperkenalkan ketegaran benar (real rigidities), iaitu faktor-faktor yang menyebabkan upah benar atau harga relatif firma tegar bila berlaku perubahanAD.

3 model Keynesian baru

a. Model Harga Tegar (Sticky Price Models) atau model kos menu (Menu Cost Models)

b. Model Upah Cekap (Efficiency Wage Models)

c. Model Orang Dalam-Orang Luar dan Histerisis (Insider-Outsider Model and Hysteresis)

7.2 MODEL HARGA TEGAR/KOS MENU – STICKY PRICE (MENU COST) MODEL Model Keynes lama

andaikan PPS – firma penerima P. Harga ditentukan oleh DD dan SS pasaran. Jadi keluk DD firma adalah horizontal (anjal sempurna)

Ketegaran W (gagal menyelaras apabila berlaku perubahan AD) menyebabkan wujud UN terpaksa.

Model Keynes baru andaikan persaingan tak sempurna (monopolistik /oligopolistik), iaitu firma boleh pengaruhi harga. Ketegaran harga

(2)

menyebabkan wujud UN terpaksa. Jika satu firma (e.g: restoren) tidak menurunkan harga apabila berlaku kejatuhan DD makanan restoren, ia akan kehilangan sebahagian daripada pelanggannya (bukan semua). Begitu juga ketika berlaku kemelesetan ekonomi, apabila DD kereta jatuh, Syarikat Ford Motor masih mampu menjual keretanya walaupun tanpa mengubah tingkat harganya. Ini kerana firma monopolistic atau oligopolistik mempunyai kuasa mengawal harga. Tiada insentif bagi firma untuk mengurangkan harga kerana masih dapat mengekalkan jualan yang agak tinggi pada harga asal. Ini bermakna tiada firma akan menurunkan harga.

Sticky price model (menu cost model) – menjelaskan wujud kos yang menghalang harga untuk menyelaras apabila berlaku perubahan DD. Akibatnya, output akan jatuh apabila berlaku penurunan DD.

Sebab-sebab harga tegar:

1. Kos Menu – merujuk kepada sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh firma jika ia mengubah harga keluarannya. Firma tidak menurunkan P walaupun AD jatuh kerana terdapat kos untuk mengubah P yang mungkin melebihi faedah daripada penurunan P. Bila firma mengubah P, senarai atau pamplet harga baru mesti dicetak dan diedarkan kepada pelanggan.

2. Kos pengurusan – kos untuk mengumpul maklumat bagi menentukan tingkat harga optimum yang baru. E.g: berkomunikasi dengan pelanggan (menjelaskan logiknya mengubah harga).

3. Menjaga hubungan baik dengan pelanggan: Jika DD meningkat (ekonomi baik) tindakbalas pasaran menyebabkan P meningkat. Tetapi hubungan muhibah dengan pelanggan (consumer goodwill) akan terjejas bila P dinaikkan. Semasa ekonomi meleset (DD jatuh) tindakbalas pasaran menyebabkan Pa perlu jatuh. Tetapi jika P diturunkan dalam masa meleset, maka P mesti dinaikkan kembali selepas ekonomi pulih, iaitu bila DD meningkat kembali. Hubungan baik dengan pelanggan mungkin terjejas. Firma mendapati adalah lebih optimal jika P diubah bila kos berubah kerana pelanggan lebih memahami sebabnya.

4. Mengelak Perang Harga: Penurunan P mungkin boleh mencetuskan pusingan persaingan menurunkan P di kalangan firma-firma (perang harga) sehingga pada akhirnya tidak siapa yang untung kerana harga mungkin jatuh terlalu rendah dan tidak dapat menampung kos pengeluaran – biasa berlaku di antara firma-firma oligopolistik.

Jika kos untuk mengubah harga adalah sangat tinggi, maka akan wujud ketegaran P. Kejatuhan dalam AD menyebabkan N dan y berkurangan tetapi P tetap.

7.3 MODEL UPAH KECEKAPAN (EFFICIENCY WAGE MODEL)

E.g senario: Syarikat Ford membayar pekerjanya $5 sehari berbanding firma-firma lain membayar $2-$3 sehari. Tujuan ia membayar upah melebihi upah pasaran adalah untuk mengurangkan ponteng kerja, masalah turnover pekerja dalam syarikatnya dan meningkatkan morale pekerja dan akhirnya dapat meningkatkan produktiviti L.

Model Upah Kecekapan – model di mana produktiviti L bergantung kepada upah benar yang dibayar kepada L. Kadar upah benar ditetapkan bagi

(3)

memaksimumkan unit kecekapan buruh bagi setiap ringgit yang dibelanjakan dan bukannya kadar upah benar pasaran.

Indeks kecekapan atau indeks daya pengeluaran buruh (e)

=

P

W

e

e

Kecekapan pekerja berfungsi positif kepada upah benar. Fungsi pengeluaran boleh ditulis sebagai:

[

]

=

=

K

N

P

W

e

F

y

K

eN

F

y

,

,

y (output) bergantung kepada

- K (tetap dalam jangka pendek)

- input buruh (N) @ unit kecekapan (efficiency units). Bilangan unit kecekapan buruh = bilangan unit fizikal (N) yang diukur dengan jam kerja (man-hours) dalam satu tempoh didarab (X) indeks kecekapan. Matlamat firma

o menentukan upah benar supaya kos unit kecekapan buruh diminimumkan o memaksimumkan unit kecekapan buruh yang dibayar bagi setiap ringgit

y meningkat jika N meningkat

kecekapan buruh (e) meningkat walaupun N tetap

Ini bermakna, dalam jangka pendek tingkat output atau keluaran dapat ditingkatkan dengan menambahkan guna tenaga (N) atau meningkatkan upah benar (kerana ia dapat meningkatkan kecekapan L).

Menurut pendokong teori upah kecekapan

o dalam kebanyakan industri, upah ditentukan berdasarkan kepada kecekapan.

Upah benar tidak bebas berubah untuk membersihkan (to clear) pasaran

o Kadar upah benar ditetapkan lebih tinggi daripada kadar upah benar

pembersihan (market-clearing real wage rate) pasaran.

Maka UN terpaksa wujud – Ketegaran upah benar (ketegaran benar) mewujudkan UN terpaksa.

Rajah

Model/alasan kenapa kadar upah benar ditetapkan melebihi kadar upah benar pembersihan pasaran

i. Model Mengelak Kerja (Shirking model): Firma memberi peluang kepada pekerja supaya tidak mengabaikan tugas. Jika L cuai dia mungkin dibuang kerja dan susah baginya untuk mendapat kerja lain dengan gaji sedemkian. Jika firma boleh mengawas perestasi kerja maka strategi menetapkan upah tinggi tersebut boleh menguntungkan.

ii. Model Pusing Ganti Kos (Turnover cost models): Firma boleh

(4)

boleh mengurangkan kos pengambilan (recruiting) dan latihan (training) pekerja baru. Juga menggalakkan L menambah pengalaman untuk menjadikan mereka tenaga kerja yang lebih produktif.

iii. Model Pertukaran Hadiah (Gift exchange models): Berkaitan dengan semangat (morale) pekerja. Pembayaran upah benar yg lebih tinggi daripada kadar upah benar pembersihan (clearing) pasaran meningkatkan semangat bekerja. Firma seolah-olah memberi hadiah kepada L supaya pekerja akan bekerja lebih rajin.

Jika upah benar ditetapkan lebih tinggi daripada upah benar keseimbangan dlm kebanyakan sektor, akan mewujudkan pengangguran terpaksa dalam ekonomi.

upah benar kecekapan ditetapkan berdasarkan kecekapan buruh, jadi wujud ketegaran benar.

Jika berlaku kejatuhan AD (e.g: Ms nominal jatuh) dan firma boleh menurunkan P output untuk mengekalkan jualannya dan mengurangkan W (dengan kadar yang sama) supaya upah benar kekal pada paras kecekapan(W/P)*.

Walau bagaimanapun, jika firma tidak menurunkan P disebabkan kos menu, maka bagi mengekalkan w kecekapan, W juga mesti tidak boleh jatuh. Ini bermakna kejatuhan AD menyebabkan N dan y jatuh dan wujud UN terpaksa.

Kesimpulan – gabungan ketegaran nominal, kos menu, dan ketegaran upah benar (akibat upah kecekapan) dapat menjelaskan mengapa wujud UN terpaksa.

7.4 MODEL ORANG DALAM-ORANG LUAR DAN HISTERESIS UN tinggi dan berkekalan sejak tahun 1980 di Eropah.

Timbul hipotesis di mana UN sangt dipengaruhi oleh UN pada tempoh lepas. Iaitu ekonomi tersekat dalam ‘perangkap pengangguran’.

Histerisis - satu pembolehubah menggambarkan histeresis jika pembolehubah dikejutkan keluar (shocked away) daripada laluan (nilai) asalnya, ia tidak menunjukkan kecenderungan untuk kembali semula ke laluan asalnya, walaupun kejutan yang menyebabkan ia terkeluar dari laluan asalnya telah tiada lagi.

Kadar keseimbangan UN bergantung kepada sejarah sebenar atau laluan (path) sebenar UN - kadar keseimbangan UN adalah path-dependent.

Model histerisis cuba menjelaskan kenapa UN masih berterusan walaupun sebab asal kewujudannya sudah lama tiada. Ini dapat diterangkan oleh model orang dalam-orang luar (insider-outsider model).

Mengandaikan pertandingan tak sempurna dalam pasaran keluaran dan buruh 2 pihak yang bertindakbalas, iaitu kesatuan sekerja dan majikan.

Orang dalam

o Ahli-ahli kesatuan sekerja

o Mempunyai kuasa tawar menawar dengan pihak majikan

o Pemberhentian mereka dan menggantikan dengan oursiders (iaitu yang bukan ahli kesatuan) melibatkan kos yang besar (seperti kos pengambilan pekerja baru dan kos latihan).

o Mereka juga menyusahkan majikan melalui mogok

o Mereka boleh menuntut kadar upah benar > kadar upah benar pembersihan

pasaran (market clearing real wage rate) - menyebabkan berlaku UN di kalangan outsiders.

(5)

o Insiders akan menuntut kenaikan upah benar sehingga menyebabkan hanya

sedikit sahaja insiders diambil bekerja. Ini bermakna terdapat insiders yang menganggur kerana N ditentukan oleh DDL oleh firma, dan DDL oleh firma berhubung secara negatif dengan upah benar.

o Insiders berkepentingan untuk mengekalkan pekerjaan mereka dan mendapat upah benar yang tinggi – tidak berminat langsung dalam soal-soal penciptaan pekerjaan baru supaya orang yang sekarang sedang menganggur dapat bekerja.

Orang luar - pekerja-pekerja yang bukan ahli kesatuan sekerja dan penganggur – tidak ada kuasa tawar menawar dengan majikan.

BAGAIMANA KEMELESETAN EKONOMI MENERBITKAN HITERESIS / PERANGKAP PENGANGGURAN

Kemelesetan ekonomi menyebabkan majikan membuang pekerja – sebahagian drp insiders menjadi orang luar.

Upah benar jatuh lebih rendah drp sebelum kemelesetan.

Bila ekonomi pulih, insiders menuntut kenaikan upah benar, sekurang-kurangnya sama tinggi dengan tingkat sebelum kemesletan. Majikan patuh kerana kesatuan sekerja kuat.

Majikan tidak dapat mengambil kembali pekerja yang telah dibuang kerana orang dalam tidak bersedia untuk bertolak ansur dari segi upah benar ini.

Kadar pengangguran kekal tinggi walaupun ekonomi telah pulih – histeresis/ perangkap pengagguran.

Referensi

Dokumen terkait

Rahyono (2003) menyatakan intonasi sebuah bahasa memiliki keteraturan yang telah dihayati bersama oleh para penuturnya.Penutur sebuah bahasa tidak memiliki kebebasan yang

2. Kongres Pemuda Kedua adalah kongres pergerakan pemuda Indonesia yang melahirkan keputusan yang memuat ikrar untuk mewujudkan cita-cita berdirinya negara Indonesia, yang

Aplikasi yang dihasilkan pada penelitian ini sudah menerapkan perancangan yang telah dilakukan seperti: (1) aplikasi ini dapat mengidentifikasi kondisi anak dan remaja

Lingkungan internal yang menjadi kekuatan KRB adalah (1) pusat konservasi ex-situ , (2) panorama arsitektur lanskap yang bernuansa alami, (3) KRB memiliki aksesbilitas tinggi

Disahkan dalam rapat Pleno PPS tanggal 26 Februari 2013 PANITIA PEMUNGUTAN SUARA. Nama

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa: 1) upaya layanan bimbingan konseling Islam yang dilakukan guru konselor untuk menyadarkan perilaku merokok pada siswa di SMP Negeri 5

Simpulan penelitian pengembangan ini adalah (1) Dihasilkan modul pembelajaran fisika dengan strategi inkuiri terbimbing pada materi fluida statis yang tervalidasi; (2)

Hasil dari penelitian ini yaitu; (1) menghasilkan komik yang memiliki karakteristik berbasis desain grafis, dan berisi materi Besaran dan Satuan SMP kelas VII SMP, dan