• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSOALAN TENTANG KHATAMUN NUBUWWAH, NUR MUHAMMAD SAW DAN AYAT RUQYAH. Mohd. Khafidz Soroni

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERSOALAN TENTANG KHATAMUN NUBUWWAH, NUR MUHAMMAD SAW DAN AYAT RUQYAH. Mohd. Khafidz Soroni"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

PERSOALAN TENTANG

KHATAMUN NUBUWWAH,

NUR MUHAMMAD SAW

DAN AYAT RUQYAH

Mohd. Khafidz Soroni

ﻪﻨﻋ ﷲا ﺎﻔﻋ

(2)

$ # " !

ﻦﻴﻌﺘﺴﻧ ﻪﺑو

J I H G F E D

K

Khatamun Nubuwwah

Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Soalan 1. Khatamun Nubuwwah, yang berbentuk tiga segi sering ditonjolkan dalam tareqat2. Panel Kajian Aqidah Jakim dah keluarkan kenyataan (ia sbg bidaah dan membawa syirik), ...

Jawapan:

Tiada khilaf di kalangan ulama tentang kewujudan Khatamun Nubuwwah (cap kenabian) pada jasad Nabi SAW. Terdapat banyak riwayat hadis yang menyebutkan dari segi kedudukan, bentuk dan saiznya. Kata al-Qurtubi: “Hadis-hadis yang sabit menunjukkan bahawa Khatamun Nubuwwah adalah sesuatu yang jelas menonjol kemerahan terdapat pada belakang bahu kiri Nabi SAW. Apabila sedikit, kadar bentuknya adalah sebesar telur burung merpati dan apabila banyak adalah besar sebuku tangan”.

Namun, kita tidak akan membincangkan kesemua riwayat tersebut kerana yang akan dibincangkan di sini ialah persoalan tentang tulisan yang terkandung padanya serta khasiatnya sebagaimana yang banyak tersebar dalam kalangan masyarakat Islam. Apakah ia mempunyai sandaran dan dalilnya?

Khatamun Nubuwwah yang popular di Nusantara berbentuk tiga segi. Namun di belahan Timur Tengah, Khatamun Nubuwwah yang popular berbentuk bulat seperti telur. Ini

(3)

bertepatan dengan gambaran dalam hadis-hadis yang sahih. Kemungkinan bentuk tiga segi adalah isyarat kepada saiz ukuran genggaman tangan sepertimana yang tersebut dalam satu riwayat, bukannya betul-betul bentuk tiga segi sama sebagaimana yang banyak tersebar. Kerana tiada satu riwayat pun yang menyebut ianya berbentuk tiga segi.

Manakala mengenai tulisan yang terkandung padanya serta khasiatnya sudah tentu memerlukan dalil yang dapat dijadikan sandaran. Justeru, perbincangan akan dibahagi kepada dua bahagian; pertama, mengenai tulisan yang terkandung padanya dan kedua, mengenai khasiatnya.

Pertama: Tulisan Yang Terkandung Pada Khatamun Nubuwwah Teks tulisan yang popular pada Khatamun Nubuwwah ialah;

ﻩﺪﺣو ﷲا

ُ َْ َ ُ

،

ﻪﻟ ﻚﻳﺮـﺷ ﻻ

ُ ْ

َ َ ِ َ َ

،

ﻪﻟﻮـﺳرو ﻩﺪﺒﻋ ﺪﻤﳏ

ُ

ُُْ ََ ُ َ ٌ

ُ ْ

،

ﻪﺟﻮـﺗ

ﱠ ََ

ﺖﺌـﺷ ﺚﻴﺣ

َ ْ ِ ُ َْ

،

رﻮـﺼﻨﻣ ﻚﻧﺈﻓ

ُُْ َْ َ ﱠَِ

.

Maksudnya: “Allah jua yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya. Hadaplah ke mana sahaja yang engkau kehendaki, maka sesungguhnya engkau pasti dibantu”.

Perbincangan mengenai riwayat tulisan yang terdapat pada Khatamun Nubuwwah ini adalah seperti berikut;

i. Riwayat 1:

Abu Saad ‘Abdul Malik bin Muhammad al-Kharkusyi (m. 407H) menyebut dalam kitabnya

Syaraf al-Mustafa tanpa menyandarkannya kepada sebarang sumber:

٣٢٢

-ﻪﻴﻠﻋ بﻮﺘﻜﻣ ﺔﻀﻴﺒﻟا ﻞﺜﻣ ﻢﻠﺳو -ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﻪﻴﻔﺘﻛ ﲔﺑ نﺎﻛ يﺬﻟا ﰎﺎﳋا نأ يور

:

ﻩﺪﺣو ﷲا ﻻإ ﻪﻟإ ﻻ

ّ

ﺖﺌﺷ ﺚﻴﺣ ﻪﺟﻮﺗ ،ﻪﻟ ﻚﻳﺮﺷ ﻻ

،

رﻮﺼﻨﻣ ﻚﻧﺈﻓ

.

Terjemahan: “Diriwayatkan bahawa khatam yang berada di antara belikat baginda SAW adalah seperti telur burung, tertulis di atasnya: “Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Hadaplah ke mana sahaja yang engkau mahu, maka sesungguhnya engkau pasti dibantu”.

Al-Hafiz Mughultay (m. 762H) dalam kitab az-Zahr al-Basim menukilkan - sepertimana disebut dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah oleh al-‘Allamah Syihabuddin al-Qastallani (w. 923H) -:

Terjemahan: “Dan dalam kitab at-Tirmizi al-Hakim (m. 295H): (Ia) seperti telur burung merpati, tertulis di sebelah dalamnya: “Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya”. Dan di sebelah luarnya: “Hadaplah ke mana sahaja engkau mahu, sesungguhnya engkau pasti dibantu”.

(4)

Al-‘Allamah al-Zarqani (m. 1122H) dalam Syarh ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah

menjelaskan ianya di dalam kitab Nawadir al-Usul karangan al-Hakim at-Tirmizi. Namun, saya masih belum dapat menemukannya di dalam kitab berkenaan.

Sumber paling lama yang menisbahkannya kepada al-Hakim at-Tirmizi yang saya temukan setakat ini ialah sumber al-Hafiz Abu al-Khattab Ibn Dihyah al-Kalbi, pengarang al-Tanwir min Mawlid al-Siraj al-Munir (w. 633 H) – sepertimana yang dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir (w. 774H) dalam al-Bidayah wan Nihayah, al-‘Allamah Badruddin al-‘Ayni (m. 855H) dalam ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari dan al-‘Allamah Muhammad bin Yusuf al-Salihi (w. 942H) dalam Subul al-Huda wa al-Rasyad.

Ibn Dihyah al-Kalbi telah menukilkan daripada al-Hakim at-Tirmizi (m. 295H) katanya: “Khatam yang berada di antara belikat Rasulullah SAW adalah seolah-olah seperti telur burung merpati, tertulis di sebelah dalamnya: “Allah yang Esa”. Dan di sebelah luarnya: “Hadaplah ke mana sahaja engkau mahu, sesungguhnya engkau dibantu”. Kata Ibn Dihyah: Ini gharib, dan dilihat munkar”.

Bagaimanapun, Ibn Dihyah juga tidak menyebut judul kitab al-Hakim at-Tirmizi itu. Namun, beliau menyatakan bahawa orang di zamannya sudah mengingkari riwayat berkenaan.

Al-Hakim at-Tirmizi sebenarnya tidak berseorangan dalam mencatatkannya. al-Hafiz ‘Abdullah ibn Yusuf al-Zayla‘i (m. 762H) dalam Nasb Rayah fi Takhrij Ahadith al-Hidayah dan al-Hafiz as-Suyuti (m. 911H) dalam al-Khasa’is al-Kubra telah menyebut satu riwayat panjang tentang kisah Salman RA memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Abu Nu‘aim dalam Dala’il an-Nubuwwah daripada Salman RA:

لﺎﻗ

أ

ﻢﻴﻌﻧ ﻮﺑ

ﺮﺸﻋ ﻊﺳﺎﺘﻟا بﺎﺒﻟا ﰲ ةﻮﺒﻨﻟا ﻞﺋﻻد ﰲ

:

ﺎﻨﺛﺪﺣ

ﺮﻔﻌﺟ ﻦﺑ ﺪﻤﳏ ﻦﺑ ﷲا ﺪﺒﻋ

ﺎﻨﺛ

كرﻮﻓ ﻦﺑ ﻢﺳﺎﻘﻟا

ﺎﻨﺛ

دﺎﻳز ﻲﺧأ ﻦﺑا ﷲا ﺪﺒﻋ

ﺎﻨﺛ

ﰎﺎﺣ ﻦﺑ رﺎﻴﺳ

ﺎﻨﺛ

ذﺎﻌﻣ ﻮﺑأ ﱯﺳاﺮﻟا ﺪﻴﻌﺳ ﻦﺑ ﻰﺳﻮﻣ

ﻦﻋ

ﻦﲪﺮﻟا ﺪﺒﻋ ﻦﺑ ﺔﻤﻠﺳ ﰊأ

ﻦﻋ

ﻲﺳرﺎﻔﻟا نﺎﻤﻠﺳ

لﺎﻗ

:

"

...

،نﺎﻜﻣ ﻩﺪﻨﻋ ﺎﻴﻧﺪﻠﻟ ﺲﻴﻟ ،ءاﻮﺳ ﻩﺪﻨﻋ ﺪﺒﻌﻟاو ﺮﳊا نﻮﻜﻳ

ﻛ ،ةﻮﺒﻨﻟا ﰎﺎﺧ ﻪﻴﻔﺘﻛ ﲔﺑ

ﺔﻀﻴﺒ

ﻪﻨﻃﺎﺑ ﰲ بﻮﺘﻜﻣ ،ﺔﻣﺎﻤﳊا

:

"

ﻩﺪﺣو ﷲا

،

ﻪﻟ ﻚﻳﺮﺷ ﻻ

"

ﻩﺮﻫﺎﻇ ﰲو ،

:

"

رﻮﺼﻨﻣ ﻚﻧﺈﻓ ،ﺖﺌﺷ ﺚﻴﺣ ﻪﺟﻮﺗ

"

ﻞﻛﺄﻳ ،

،اﺮﻓﺎﻛ ﻻو ﺎﻨﻣﺆﻣ ﻢﻠﻈﻳ ﻻ ،دﻮﺴﺣ ﻻو دﻮﻘﲝ ﺲﻴﻟ ،ﺔﻗﺪﺼﻟا ﻞﻛﺄﻳ ﻻو ،ﺔﻳﺪﳍا

."...

Inilah riwayat-riwayat yang menyebut tentang tulisan yang terdapat pada Khatamun Nubuwwah secara lengkap. Kebanyakan ulama pengkritik hadis mendaifkannya sebagaimana yang akan diterangkan kemudian.

ii. Riwayat 2:

Riwayat kedua ini lebih ringkas berbanding riwayat yang pertama. Menurut al-Hafiz Mughultay lagi dalam kitab az-Zahr al-Basim:

Terjemahan: “Dan dalam Tarikh Naisabur (oleh al-Hakim): Ia seumpama gumpalan daripada daging, tertulis padanya dengan daging: Muhammad Rasulullah”.

(5)

Ini sama seperti riwayat Sahih Ibn Hibban:

٦٣٠٢

ﺎﻧﱪﺧأ

ﺪﺑﺎﻌﻟا ﻲﻌﺑﺮﳌا ﱂﺎﺳ ﻦﺑ ﺢﺘﻔﻟا ﻦﺑ ﺮﺼﻧ

ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺪﻨﻗﺮﻤﺴﺑ

ﻆﻓﺎﳊا ﻰﺟﺮﻣ ﻦﺑ ءﺎﺟر

ﺎﻨﺛﺪﺣ

قﺎﺤﺳإ

ﻢﻴﻫاﺮﺑإ ﻦﺑ

ﺎﻨﺛﺪﺣ ﺪﻨﻗﺮﲰ ﻲﺿﺎﻗ

ا

ﺞﻳﺮﺟ ﻦﺑ

ﻦﻋ

ءﺎﻄﻋ

ﻦﻋ

ﺮﻤﻋ ﻦﺑا

لﺎﻗ

:

ﷲا لﻮﺳر ﺮﻬﻇ ﻲﻓ ةﻮﺒﻨﻟا ﻢﺗﺎﺧ نﺎﻛ

بﻮﺘﻜﻣ ﻪﻴﻠﻋ ﻢﺤﻟ ﻦﻣ ﺔﻗﺪﻨﺒﻟا ﻞﺜﻣ ﻢﻠﺳ و ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ

"

ﷲا لﻮﺳر ﺪﻤﺤﻣ

".

Kata al-Hafiz Nuruddin al-Haythami (m. 807H) dalam (نﺎﺒﺣ ﻦﺑا ﺪﺋاوز ﱃإ نﺂﻤﻈﻟا دراﻮﻣ): “Telah terkeliru dan tercampur aduk pada sebahagian perawinya antara Khatamun Nubuwwah dengan cincin yang baginda gunakan untuk mengecop surat-surat”.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, perawi keliru tersebut ialah Ishaq bin Ibrahim, dan beliau mengkategorikannya sebagai daif. Hadis ini juga daif kerana sifat tadlis Ibn Juraij. Kata al-Hafiz Ibn Nasir ad-Din ad-Dimasyqi (m. 842H) dalam (رﺎﺘﺨﳌا ﺪﻟﻮﻣو ﲑﺴﻟا ﰲ رﺎﺛﻵا ﻊﻣﺎﺟ): “Ini juga batil, tidak sah. Dan yang aneh ialah pada Ibn Hibban kerana menjadikannya sahih, sedangkan orang yang dikecam ialah gurunya Nasr bin al-Fath, wallahu a‘lam. Maka, sanadnya adalah baik, kalaulah bukan kerana Nasr ini. Kata az-Zahabi: Aku duga dialah yang memalsukan hadis ini”.

Namun, jika diamati dan diteliti lebih dalam, hadis ini mungkin belum lagi dapat dikategorikan sebagai palsu.

Pandangan Ulama Hadis:

al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (m. 852H) menyebut dalam Fath al-Bari:

أ ﻦﻣ درو ﺎﻣ ﺎﻣأو

َ

ْ

ِ َََ َﱠ

َ

َ

ﻢﺠﳏ ﺮﺛﺄﻛ ﺖﻧﺎﻛ ﺎﻬـﻧ

َ ِْ ََِ َ

ْ َ َﱠ

َ

،

ﻣﺎﺸﻟﺎﻛ وأ

َ

ﱠ َ َ

ْ

ءاﺮﻀﳋا وأ ءادﻮﺴﻟا ﺔ

َْ َْ َْ َْﱠ ِ

،

ﺎﻬـﻴﻠﻋ بﻮﺘﻜﻣ وأ

َََْ ُْ َ َْ

"

ﻪﻠﻟا لﻮﺳر ﺪﻤﳏ

ﱠ ُ َ ﱠَُ

"

وأَْ

"

ﺖﻧﺄﻓ ﺮﺳ

َ ََْ ِْ

رﻮﺼﻨﻤﻟا

ُ َْْ

"

ﻚﻟذ ﻮﳓ وأ

َ َِ َْ َْ

،

ءﻲﺷ ﺎﻬـﻨﻣ ﺖﺒﺜـﻳ ﻢﻠـﻓ

ْ َ َْ

ِ َُْ ََْ

،

ﻗ ﻆﻓﺎﳊا ﺐﻨﻃأ ﺪﻗو

ﻦﻳﺪﻟا ﺐﻄ

]

ﺪﺒﻋ ﻦﺑ ﱘﺮﻜﻟا ﺪﺒﻋ

ﱯﻠﳊا ﲑﻨﻣ ﻦﺑ رﻮﻨﻟا

[

ةﲑﺴﻟا حﺮﺷ ﰲ ﺎ ﺎﻌﻴﺘﺳا ﰲ

]

ﲏﻐﻟا ﺪﺒﻋ ﻆﻓﺎﺤﻠﻟ

يﺎﻄﻠﻐﻣ ﻪﻌﺒﺗو

]

ﺞﻴﻠﻗ ﻦﺑ

[

ﺮﻫﺰﻟا ﰲ

ﻢﺳﺎﺒﻟا

]

ﰊأ ةﲑﺳ ﰲ

ﻢﺳﺎﻘﻟا

[

ﺎﺌﻴﺷ ﲔﺒﻳ ﱂو

ً

ﺎﳍﺎﺣ ﻦﻣ

.

ﻖﳊاو

ّ

ﻪﺗﺮﻛذ ﺎﻣ

،

ﻦﺑا ﺢﻴﺤﺻ ﰲ ﺎﻬـﻨﻣ ﻊﻗو ﺎﲟ ﺮـﺘﻐـﺗ ﻻو

ِْ ِ

َ

ِ ْ

َ

ِ

َََ

َِ َّ َ

ْ

َ

ﺒﺣﱠِ

نﺎَ

،

ﻚﻟذ ﺢﺤﺻ ﺚﻴﺣ ﻞﻔﻏ ﻪﻧﺈﻓ

َ َِ

َ ﱠ َ ُ ْ

َ َ َ ﱠَِ

َ

ُ

،

ﻢﻠﻋأ ﻪﻠﻟاو

ُ ََْ ُﱠ َ

.

ـﻫا

ـ

Terjemahan: “Adapun apa yang warid bahawa ia (Khatamun Nubuwwah) seperti kesan berbekam, atau seperti tahi lalat hitam, atau hijau, atau termaktub di atasnya “Muhammad Rasulullah” atau “berjalanlah sesungguhnya engkau dibantu” atau sebagainya, maka tiada satu pun yang sabit daripadanya. Al-Hafiz Qutbuddin (m. 735H) telah begitu panjang lebar merekodkannya di dalam Syarh as-Sirah, serta diikuti oleh Mughultay (m. 762H) dalam kitab az-Zahr al-Basim, namun beliau tidak menjelaskan sedikit pun tentang hal keadaannya. Yang hak adalah apa yang telah saya sebutkan, dan janganlah anda terkesan dengan apa yang terdapat mengenainya dalam Sahih Ibn Hibban, kerana beliau telah terlalai semasa mensahihkannya. Wallahu a‘lam”.

(6)

1. al-Hafiz as-Suyuti (m. 911H) dalam Zahr al-Khama’il ‘ala as-Syama’il.

2. Al-‘Allamah Syihabuddin al-Qastallani (w. 923H) dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah.

3. Al-‘Allamah Muhammad bin Yusuf al-Salihi (w. 942H) dalam Subul Huda wa al-Rasyad. Beliau menambah: “Kata al-Qutb dalam kitab al-Mawrid dan al-Muhib bin as-Syihab bin al-Ha’im dalam kitab al-Ghurar: Ianya hadis batil”.

4. Al-‘Allamah Ibn Hajar al-Haitami (w. 974H) dalam Asyraf al-Wasa’il ila Fahm as-Syama’il.

5. al-Mulla ‘Ali bin Sultan al-Harawi al-Qari (m. 1014H) dalam (ﻞﺋﺎﻤﺸﻟا حﺮﺷ ﰲ ﻞﺋﺎﺳﻮﻟا ﻊﲨ). 6. Al-‘Allamah ‘Abdur Ra’uf al-Munawi (w. 1031H) dalam Faidh al-Qadir.

7. Al-‘Allamah al-Zarqani (m. 1122H) dalam Syarh ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah. Katanya: “... bahkan sesetengahnya batil dan sesetengahnya daif, maka tidak ada makna untuk menyebutnya serta mendiamkannya”.

8. Syeikh ‘Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar (Fatawa al-Azhar: 8/125). 9. ‘Allamah Tanta Sayyidi al-‘Arif billah Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib (m. 1406H)

dalam Syarhas-Syama’il al-Muhammadiyyah.

10. Syeikh ‘Abdullah bin Sa‘id al-Lahji al-Hadhrami al-Makki (m. 1410H) dalam ( لﺆﺴﻟا ﻰﻬﺘﻨﻣ

ﻢﻠﺳو ﻪﻟآو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ لﻮﺳﺮﻟا ﻞﺋﺎﴰ ﱃإ لﻮﺻﻮﻟا ﻞﺋﺎﺳو ﻰﻠﻋ). 11. dan lain-lain.

Sebagaimana yang dapat dilihat, ramai ulama hadis sufi seperti yang tertera di atas menerima dan berpegang dengan kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar.

Kedua: Mengenai Khasiat Khatamun Nubuwwah

Antara sumber popular yang menyebut tentang khasiatnya ialah sumber Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi (w. 1315H) yang menyebut dalam kitab Madarij as-Su‘ud ila Iktisa’ al-Burud (hlm. 52)1:

(7)

Maksudnya: Berkata az-Zarqani: Tertulis pada sebelah dalamnya “Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, Muhammad hamba-Nya dan Rasul-Nya”. Dan di atas belakangnya pada sebelah kanan: “Hadaplah ke mana sahaja engkau mahu” dan pada sebelah kiri pula: “Sesungguhnya engkau pasti dibantu”. Dan inilah misalnya; … (iaitu seperti di atas). Ianya mempunyai beberapa khasiat, sepertimana yang dinukilkan daripada at-Tirmizi r.a. katanya: “Sesiapa yang berwuduk dan melihat kepadanya pada waktu Subuh, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke petang. Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada waktu Maghrib, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke waktu pagi. Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada awal bulan, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke akhir bulan tersebut. Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada awal tahun, Allah Taala akan memeliharanya hingga ke akhir tahun tersebut dari bala bencana dan kebinasaan. Dan sesiapa yang melihat kepadanya pada waktu bermusafir, maka perjalanannya itu akan diberkati. Dan sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka Allah akan mematikannya dengan iman. Bahkan aku berharap kepada Allah Taala, sesiapa yang melihat kepadanya dengan benar-benar rasa kasih dan keimanan dalam seumur hidupnya sekali, Allah Taala akan memeliharanya dari semua perkara yang ia benci sehinggalah ia bertemu Allah Taala”.

Dalam petikan itu, Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani tidak pun menyebutkannya sebagai ‘hadis’ sebagaimana yang tersebar di kalangan segelintir masyarakat. Beliau hanya merujukkannya sebagai kata-kata at-Tirmizi sahaja. Dan sebaiknya juga beliau sebut sebagai ‘al-Hakim at-Tirmizi’ agar orang tidak terkeliru dengan Imam Abu ‘Isa at-Tirmizi, pengarang kitab Sunan. Namun, sehingga kini saya masih belum dapat menemukan kedudukan asal kata-kata al-Hakim at-Tirmizi tersebut sepertimana yang dipetik oleh Syeikh Muhammad Nawawi.

Maka menisbahkannya sebagai hadis Nabi SAW adalah satu kesalahan besar yang perlu diperbetulkan. Oleh kerana belum dapat dipastikan sumber asal kata-kata tersebut sama ada daripada kata-kata al-Hakim at-Tirmizi atau lain-lain, maka ada baiknya ditawaqqufkan (ditangguhkan keputusannya) dahulu dan tidak terus disebarkan.

Dua Hadis Aneh

Tersebar di internet dua buah hadis palsu yang menyebut tentang khasiat Khatamun Nubuwwah yang disandarkan kepada sebuah sumber yang sangat aneh dan pelik bagi saya. Iaitu pertama, kononnya sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah/Mahamataniah (?), yang bermaksud: "Sesiapa yang menjadikan lukisan Khatamun-Nubuwwah aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Kedua, dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: "Bermula rumah yang ada lukisan Khatamun-Nubuwwah aku di dalamnya, maka dipelihara oleh Allah baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dan tidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh Allah kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

(8)

Kedua-duanya jelas merupakan hadis palsu dan haram menyebarkannya. Jika tidak sudah tentu ia turut dibincangkan oleh semua ulama hadis handalan yang telah saya sebutkan nama-nama mereka sebelum ini, lengkap dengan tahun-tahun kewafatan mereka supaya kita memahami isu yang berlaku bukan di dalam zaman kita sahaja.

Rumusan:

Setelah dijelaskan kedudukan tulisan Khatamun Nubuwwah dan khasiatnya, maka saya berpendapat pengamalannya yang sebenar adalah merujuk kepada ilmu hikmah, bukan merujuk kepada sumber hadis atau wahyu. Pengamalan ilmu-ilmu hikmah ini banyak berdasarkan kepada mujarrabat (pengalaman rohani yang terbukti). Hal ini menjadi perselisihan di kalangan para alim ulama antara yang mengharuskannya dan yang melarangnya.

Mereka yang mengharuskan mungkin kerana mengambil pandangan bahawa hadisnya tidak palsu dan kerana berpendapat ruqyah, azimat atau wafaq yang mengandungi ayat-ayat yang boleh difahami dan tidak bercanggah dengan syarak adalah dibolehkan. Justeru, ada yang menggantung rajah Khatamun Nubuwwah ini di rumah sebagai wafaq dan tawasul kepada Allah SWT. Dan ada yang menjadikannya wirid dan zikir dalam amalan tertentu, malah juga dalam rawatan. Ia termasuk dalam bab doa, usaha dan ikhtiar, bukannya dalam bab kepercayaan akidah dan iman.

Manakala mereka yang melarangnya pula kerana mengambil pandangan bahawa hadisnya palsu dan kerana berpendapat ruqyah, azimat atau wafaq yang bertulis walaupun difahami adalah dilarang dan tidak dibolehkan oleh syarak. Ia termasuk dalam bab kepercayaan akidah dan iman, bukan sekadar bab doa, usaha dan ikhtiar. Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-45/2012 telah memutuskan bahawa kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" dengan gambar rajah tertentu, tulisan tertentu dan khasiat tertentu adalah tidak mempunyai sebarang asas daripada al-Qur'an dan al-Sunnah. Kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" seperti yang dinyatakan adalah perbuatan khurafat dan bid'ah munkarah serta boleh membawa kepada syirik.

Saya yakin, kesemuanya sepakat percaya bahawa tiada yang dapat memberi manfaat atau mudarat melainkan hanya Allah SWT semata-mata. Justeru, saya memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak secara umum rata dan perlu melihat setiap kes secara khusus. Maksudnya sebagai contoh, mereka yang percaya dengan khasiat "Khatamun Nubuwwah" tersebut seolah-olah ianya sah daripada Nabi SAW dan yakin betul ia dapat memberi perlindungan serta jahil tentang isi kandungannya, maka hal sebegini memang boleh membawa kepada syirik. Adapun mereka yang sekadar berharap dengan keberkatan "Khatamun Nubuwwah" tersebut dan tidak menganggapnya benar-benar sah daripada Nabi SAW serta faham tentang isi kandungannya, maka hal sebegini belum lagi membawa kepada syirik. Bagaimana boleh jadi syirik? Sedangkan isi kandungannya menyeru supaya mentauhid dan mengesakan Allah SWT.

Wallahu a‘lam.

(9)

Hadis Nur Muhammad SAW

Soalan 2. Adakah 'ulama' hadith yang tidak memawdhu'kan hadith nur Muhammad itu, kata seorang guru, Syaikh Soleh Ja'fari mendha'ifkannya.

Jawapan:

Saya kongsikan sahaja apa yang telah saya tulis sebelum ini dan agak panjang lebar.

Topik Nur Muhammad SAW ini telah menjadi perbincangan penting di kalangan sebahagian ulama mutaakhirin dalam membincangkan kemuliaan dan keunggulan baginda Nabi SAW. Ia bersumberkan kepada sebuah riwayat hadis yang disandarkan kepada Nabi SAW sendiri. Ramai ulama yang menisbahkan hadis nur Muhammad SAW kepada riwayat al-Hafiz Abu Bakr 'Abdur Razzaq bin Humam bin Nafi' as-San`ani di dalam kitab Musannafnya daripada Jabir RA. Namun, benarkah begitu?

Teks popularnya berbunyi:

وأّ

لُ

ﻚﻴﺒﻧ رﻮﻧ ﷲا ﻖﻠﺧ ﺎﻣ

،

ﺮﺑﺎﺟ ﺎﻳ

.

“Makhluk pertama yang diciptakan oleh Allah adalah nur (cahaya) Nabimu, wahai Jabir.” Berikut adalah teks penuhnya serta perbahasan lanjut mengenainya.

ﺪﻨﺴﺑ ﻪﻔﻨﺼﻣ ﰲ قازﺮﻟا ﺪﺒﻋ ىور

ﷲا ﻲﺿر يرﺎﺼﻧﻷا ﷲا ﺪﺒﻋ ﻦﺑ ﺮﺑﺎﺟ ﻦﻋ

لﺎﻗ ﺎﻤﻬﻨﻋ

:

ﺖﻠﻗ

:

،ﷲا لﻮﺳر ﺎﻳ

ﻞﺒﻗ ﷲا ﻪﻘﻠﺧ ﺊﺷ لوأ ﻦﻋ ﱐﱪﺧأ ،ﻲﻣأو ﺖﻧأ ﰊﺄﺑ

ا

لﺎﻗ ؟ءﺎﻴﺷﻷ

:

رﻮﻧ ءﺎﻴﺷﻷا ﻞﺒﻗ ﻖﻠﺧ ﻰﻟﺎﻌﺗ ﷲا نإ ،ﺮﺑﺎﺟ ﺎﻳ

ﺔﻨﺟ ﻻو ﻢﻠﻗ ﻻو حﻮﻟ ﺖﻗﻮﻟا ﻚﻟذ ﻲﻓ ﻦﻜﻳ ﻢﻟو ،ﷲا ءﺎﺷ ﺎﻣ ةرﺪﻘﻟﺎﺑ روﺪﻳ رﻮﻨﻟا ﻚﻟذ ﻞﻌﺠﻓ ،ﻩرﻮﻧ ﻦﻣ ﻚﻴﺒﻧ

ﻤﺳ ﻻو ﻚﻠﻣ ﻻو ،رﺎﻧ ﻻو

نأ ﻰﻟﺎﻌﺗ ﷲا دارأ ﺎﻤﻠﻓ ،ﻲﺴﻧإ ﻻو ﻲﻨﺟ ﻻو ،ﺮﻤﻗ ﻻو ﺲﻤﺷ ﻻو ،ضرأ ﻻو ءﺎ

ﺚﻟﺎﺜﻟا ﻦﻣو ،حﻮﻠﻟا ﻲﻧﺎﺜﻟا ﻦﻣو ،ﻢﻠﻘﻟا لوﻷا ءﺰﺠﻟا ﻦﻣ ﻖﻠﺨﻓ ،ءاﺰﺟأ ﺔﻌﺑرأ رﻮﻨﻟا ﻚﻟذ ﻢﺴﻗ ﻖﻠﺨﻟا ﻖﻠﺨﻳ

ﻦﻣو ،ﻲﺳﺮﻜﻟا ﻲﻧﺎﺜﻟا ﻦﻣو ،شﺮﻌﻟا ﺔﻠﻤﺣ لوﻷا ﻦﻣ ﻖﻠﺨﻓ ،ءاﺰﺟأ ﺔﻌﺑرأ ﻊﺑاﺮﻟا ءﺰﺠﻟا ﻢﺴﻗ ﻢﺛ ،شﺮﻌﻟا

ﻟا

ﻲﻧﺎﺜﻟا ﻦﻣو ،تاﻮﻤﺴﻟا لوﻷا ءﺰﺠﻟا ﻦﻣ ﻖﻠﺨﻓ ،ءاﺰﺟأ ﺔﻌﺑرأ ﻰﻟإ ﻊﺑاﺮﻟا ﻢﺴﻗ ﻢﺛ ،ﺔﻜﺋﻼﻤﻟا ﺔﻴﻘﺑ ﺚﻟﺎﺜ

رﺎﺼﺑأ رﻮﻧ لوﻷا ﻦﻣ ﻖﻠﺨﻓ ءاﺰﺟأ ﺔﻌﺑرأ ﻊﺑاﺮﻟا ءﺰﺠﻟا ﻢﺴﻗ ﻢﺛ ،رﺎﻨﻟاو ﺔﻨﺠﻟا ﺚﻟﺎﺜﻟا ﻦﻣو ،ﻦﻴﺿرﻷا

ﻰﻟﺎﻌﺗ ﷲﺎﺑ ﺔﻓﺮﻌﻤﻟا ﻲﻫو ،ﻢﻬﺑﻮﻠﻗ رﻮﻧ ﻲﻧﺎﺜﻟا ﻦﻣو ،ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟا

.

ﻟأ رﻮﻧ ﺚﻟﺎﺜﻟا ﻦﻣو

ﻪﻟإ ﻻ ،ﺪﻴﺣﻮﺘﻟا ﻮﻫو ﻢﻬﺘﻨﺴ

ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا لﻮﺳر ﺪﻤﺤﻣ ﷲا ﻻإ

.

ﺚﻳﺪﳊا

،

ﺚﻳﺪﳊا ﺪﻨﺳ ﺮﻛذ ﲑﻏ ﻦﻣ ﺔﻴﻧﺪﻠﻟا ﺐﻫاﻮﳌا ﰲ اﺬﻛ

.

Terjemahan:

Diriwayatkan oleh `Abd ar-Razzaq dengan sanadnya daripada Sayyidina Jabir bin `Abdullah al-Ansari RA yang berkata: "Wahai Rasulallah, demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusan bagimu, khabarkanlah kepadaku mengenai perkara pertama yang diciptakan Allah sebelum

(10)

segala sesuatu." Baginda s.a.w. menjawab: "Wahai Jabir, bahawasanya Allah Taala telah mencipta, sebelum segala sesuatu, akan nur nabimu daripada nurNya (yakni nur yang menjadi milikNya). Lalu nur tersebut berputar dengan kuasa kudrat menurut sekehendak Allah, dan belum ada pada waktu itu lauh, qalam, syurga, neraka, malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin mahu pun manusia.

Ketika Allah Ta`ala berkehendak untuk menciptakan makhluk, Dia membahagikan nur tersebut kepada empat bahagian, maka Dia menjadikan daripada bahagian pertama qalam, dan daripada bahagian kedua lauh, dan daripada bahagian ketiga ‘arsy. Kemudian Dia membahagikan bahagian keempat kepada empat bahagian lagi, lalu Dia menciptakan daripada bahagian pertama akan malaikat penanggung/pemikul ‘arsy, dan daripada bahagian kedua kursi, dan daripada bahagian ketiga malaikat-malaikat lain.

Kemudian Dia membahagikan pula bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu Dia menjadikan daripada bahagian pertama akan segala langit; dan daripada bahagian kedua akan segala bumi; dan daripada bahagian ketiga syurga dan neraka. Kemudian Dia membahagikan lagi bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu Dia menciptakan daripada bahagian pertama cahaya (nur) pandangan orang-orang mukmin; dan daripada bahagian kedua cahaya (nur) hati-hati mereka, iaitu ma'rifah billah ta`ala (yakni mengenal akan Allah Ta`ala); dan daripada bahagian ketiga cahaya (nur) ucapan mereka, iaitulah tauhid; La Ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah SAW."

Satu lagi versi yang dikatakan riwayat ‘Abd al-Razzaq berbunyi;

يور

ﺮﺑﺎﺟ ﻦﻋ

-ﻪﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر

لﺎﻗ

:

ﷲا لﻮﺳر ﺖﻟﺄﺳ

-ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ

لوأ ﻦﻋ

ﷲا ﻪﻘﻠﺧ ﺊﺷ

لﺎﻘﻓ ؟ﱃﺎﻌﺗ

)) :

ﻚﻴﺒﻧ رﻮﻧ ﻮﻫ

،

ﰒ ﷲا ﻪﻘﻠﺧ ؛ﺮﺑﺎﺟ ﺎﻳ

ﺊﺷ ﻞﻛ ﻩﺪﻌﺑ ﻖﻠﺧو ﲑﺧ ﻞﻛ ﻪﻴﻓ ﻖﻠﺧ

ﻪﻣﺎﻗأ ﻪﻘﻠﺧ ﲔﺣو ،

مﺎﺴﻗأ ﺔﻌﺑرأ ﻪﻠﻌﺟ ﰒ ،ﺔﻨﺳ ﻒﻟأ ﺮﺸﻋ ﲏﺛا بﺮﻘﻟا مﺎﻘﻣ ﻦﻣ ﻪﻣاﺪﻗ

:

،ﻢﺴﻗ ﻦﻣ ﻲﺳﺮﻜﻟاو ،ﻢﺴﻗ ﻦﻣ شﺮﻌﻟا ﻖﻠﺨﻓ

ﻢﺴﻗ ﻦﻣ ﻲﺳﺮﻜﻟا ﺔﻧﺰﺧو ،ﻢﺴﻗ ﻦﻣ شﺮﻌﻟا ﺔﻠﲪو

،

ﺴﻘﻟا مﺎﻗأو

ﰒ ، ﺔﻨﺳ ﻒﻟأ ﺮﺸﻋ ﲏﺛا ﺐﳊا مﺎﻘﻣ ﰲ ﻊﺑاﺮﻟا ﻢ

مﺎﺴﻗأ ﺔﻌﺑرأ ﻪﻠﻌﺟ

:

ﺨﻓ

ﻢﺴﻗ ﻦﻣ ﺔﻨﳉاو ،ﻢﺴﻗ ﻦﻣ حﻮﻠﻟاو ، ﻢﺴﻗ ﻦﻣ ﻢﻠﻘﻟا ﻖﻠ

فﻮﳋا مﺎﻘﻣ ﰲ ﻊﺑاﺮﻟا ﻢﺴﻘﻟا مﺎﻗأو ،

ﺸﻋ ﲏﺛا

ءاﺰﺟأ ﺔﻌﺑرأ ﻪﻠﻌﺟ ﰒ ،ﺔﻨﺳ ﻒﻟأ ﺮ

:

ﻜﺋﻼﳌا ﻖﻠﺧ

ءﺰﺟ ﻦﻣ ﺲﻤﺸﻟاو ،ءﺰﺟ ﻦﻣ ﺔ

ءﺰﺟ ﻦﻣ ﺐﻛاﻮﻜﻟاو ﺮﻤﻘﻟا ،

.

ا ءﺰﳉا مﺎﻗأو

ﺸﻋ ﲏﺛا ءﺎﺟﺮﻟا مﺎﻘﻣ ﰲ ﻊﺑاﺮﻟ

ءاﺰﺟأ ﺔﻌﺑرأ ﻪﻠﻌﺟ ﰒ ،ﺔﻨﺳ ﻒﻟأ ﺮ

:

ﻞﻘﻌﻟا ﻖﻠﺨﻓ

ﻢﻠﻌﻟاو ،ءﺰﺟ ﻦﻣ

ءﺰﺟ ﻦﻣ ﺔﻤﻜﳊاو

ءﺰﺟ ﻦﻣ ﻖﻴﻓﻮﺘﻟاو ﺔﻤﺼﻌﻟاو ،

،

ﻊﺑاﺮﻟا ءﺰﳉا مﺎﻗأو

ﺔﻨﺳ ﻒﻟأ ﺮﺸﻋ ﲏﺛا ءﺎﻴﳊا مﺎﻘﻣ ﰲ

ﷲا ﺮﻈﻧ ﰒ ،

-ﻞﺟو ﺰﻋ

-ﺎﻗﺮﻋ رﻮﻨﻟا ﺢﺷﱰﻓ ،ﻪﻴﻟإ

ً

ﺮﻄﻘﻓ ،

ت

ﻒﻟأ ﺔﺋﺎﻣ ﻪﻨﻣ

نوﺮﺸﻋو ﺔﻌﺑرأ

رﻮﻨﻟا ﻦﻣ ةﺮﻄﻗ ﻒﻟأ

ﻦﻣ ﷲا ﻖﻠﺨﻓ ،

حور وأ ﱯﻧ حور ةﺮﻄﻗ ﻞﻛ

ءﺎﻴﺒﻧﻷا حاورأ ﺖﺴﻔﻨﺗ ﰒ ،لﻮﺳر

ءﺎﻴﻟوﻷا ﻢﻬﺳﺎﻔﻧأ ﻦﻣ ﷲا ﻖﻠﺨﻓ ،

ﻟاو ءاﺪﻬﺸﻟاو

ءاﺪﻌﺴ

ﺔﻣﺎﻴﻘﻟا مﻮﻳ ﱃإ ﲔﻌﻴﻄﳌاو

،

]

داز

ﰊﺮﻋ ﻦﺑا

ﺎﻨﻫ

:

رﻮﻧ ﻦﻣ ﻲﺳﺮﻜﻟاو شﺮﻌﻟﺎﻓ

نﻮﻴﻧﺎﺣوﺮﻟاو ،يرﻮﻧ ﻦﻣ نﻮﻴﺑوﺮﻜﻟاو ،ي

يرﻮﻧ ﻦﻣ ﺔﻜﺋﻼﳌاو

،

او

يرﻮﻧ ﻦﻣ ﻊﺒﺴﻟا تاﻮﻤﺴﻟا ﺔﻜﺋﻼﻣو ،يرﻮﻧ ﻦﻣ ﻢﻴﻌﻨﻟا ﻦﻣ ﺎﻬﻴﻓ ﺎﻣو ﺔﻨﳉ

ﺮﻤﻘﻟاو ﺲﻤﺸﻟاو ،

ﻦﻣ ﺐﻛاﻮﻜﻟاو

يرﻮﻧ ﻦﻣ ﻖﻴﻓﻮﺘﻟاو ﻞﻘﻌﻟاو ،يرﻮﻧ

،

يرﻮﻧ ﻦﻣ ءﺎﻴﺒﻧﻷاو ﻞﺳﺮﻟا حاورأو

نﻮﳊﺎﺼﻟاو ءاﺪﻌﺴﻟاو ءاﺪﻬﺸﻟاو ،

(11)

يرﻮﻧ جﺎﺘﻧ ﻦﻣ

[

ﻮﻫو ،يرﻮﻧ ﷲا مﺎﻗﺄﻓ بﺎﺠﺣ ﻒﻟأ ﺮﺸﻋ ﲏﺛا ﷲا ﻖﻠﺧ ﰒ

ا ءﺰﳉا

ﺔﻨﺳ ﻒﻟأ بﺎﺠﺣ ﻞﻛ ﰲ ﻊﺑاﺮﻟ

،

ﺔﻳدﻮﺒﻌﻟا تﺎﻣﺎﻘﻣ ﻲﻫو

ﻲﻫو

:

،ﻢﻠﳊاو ،ﻢﻠﻌﻟاو ،ﺔﻓأﺮﻟاو ،ﺔﲪﺮﻟاو ،ﺔﺒﻴﳍاو ،ةدﺎﻌﺴﻟاو ،ﺔﻣاﺮﻜﻟا بﺎﺠﺣ

ﺔﻨﻴﻜﺴﻟاو

ﲔﻘﻴﻟاو قﺪﺼﻟاو ﱪﺼﻟاو

ﷲا ﺲﻤﻐﻓ ،

ﺔﻨﺳ ﻒﻟأ بﺎﺠﺣ ﻞﻛ ﰲ رﻮﻨﻟا ﻚﻟذ

ﻟا ﷲا جﺮﺧأ ﺎﻤﻠﻓ ،

ﻪﺒﻛر ﺐﺠﳊا ﻦﻣ رﻮﻨ

ضرﻷا ﰲ ﷲا

ﻣ ﺎﻬﻨﻣ ءﻲﻀﻳ نﺎﻜﻓ ،

ﻢﻠﻈﳌا ﻞﻴﻠﻟا ﰲ جاﺮﺴﻟﺎﻛ بﺮﻐﳌاو قﺮﺸﳌا ﲔﺑ ﺎ

،

ﻣ مدآ ﷲا ﻖﻠﺧ ﰒ

ضرﻷا ﻦ

ﻪﻨﻴﺒﺟ ﰲ رﻮﻨﻟا ﻪﻴﻓ ﺐﻛﺮﻓ

ﺷ ﱃإ ﻪﻨﻣ ﻞﻘﺘﻧا ﰒ ،

ﺐﻴﻃ ﱃإ ﺮﻫﺎﻃ ﻦﻣ ﻞﻘﺘﻨﻳ نﺎﻛو ،ﺚﻴ

نأ ﱃإ ﺮﻫﺎﻃ ﱃإ ﺐﻴﻃ ﻦﻣو ،

ﻪﻠﺻوأ

ﺐﻫو ﺖﻨﺑ ﺔﻨﻣآ ﻲﻣأ ﻢﺣر ﱃإ ﻪﻨﻣو ،ﺐﻠﻄﳌا ﺪﺒﻋ ﻦﺑ ﷲا ﺪﺒﻋ ﺐﻠﺻ ﷲا

ﻟا ﱃإ ﲏﺟﺮﺧأ ﰒ ،

ﲏﻠﻌﺠﻓ ﺎﻴﻧﺪ

ﲔﻠﺳﺮﳌا ﺪﻴﺳ

،

ﲔﻤﻠﻌﻠﻟ ﺔﲪرو ،ﲔﻴﺒﻨﻟا ﰎﺎﺧو

ﲔﻠﺠﶈا ﺮﻐﻟا ﺪﺋﺎﻗو ،

،

اﺬﻜﻫ

ﺮﺑﺎﺟ ﺎﻳ ﻚﻴﺒﻧ ﻖﻠﺧ ءﺪﺑ نﺎﻛ

((

.

Terjemahan:

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: Aku bertanya pada Rasulullah SAW tentang perkara pertama yang Allah Taala ciptakan? Maka baginda menjawab: "Ia adalah nur Nabimu, wahai Jabir. Allah menciptakannya, kemudian menciptakan padanya akan setiap kebaikan dan menciptakan sesudah nur itu segala sesuatu... – dan seterusnya...".

Ada lagi versi lain yang juga dinisbahkan kepada riwayat ‘Abd al-Razzaq daripada Jabir RA. Ada juga yang menisbahkannya kepada Sayidina Ali RA. Bagaimanapun, saya berpendapat versi-versi lain selain versi pertama di atas adalah jelas rekaan semata-mata berdasarkan isi kandungannya yang tidak menampakkan gaya dan roh hadis Nabi SAW.

Hadis Jabir RA ini menjadi isu besar di kalangan ulama di antara pro dan kontra terhadapnya. Terutama apabila tidak ditemukan sumber asalnya oleh ramai pengkaji hadis yang cuba untuk memastikan keasliannya. Bahkan kitab-kitab hadis palsu juga tidak merekodkan hadis ini. Namun, ramai ulama yang menisbahkan hadis ini kepada kitab al-Musannaf susunan ‘Abd Razzaq, terutama Imam Syihab Din Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr al-Qastallani (w. 923H) dalam (ﺔﻳﺪﻤﶈا ﺢﻨﳌﺎﺑ ﺔﻴﻧﺪﻠﻟا ﺐﻫاﻮﳌا).

Penisbahan ini kemudian diikuti oleh ramai ulama sesudahnya seperti;

1. Imam al-‘Allamah Ibn Hajar al-Haytami (w. 974H) dalam (ﺔﻴﺜﻳﺪﳊا ىوﺎﺘﻔﻟا) dan (ﺔﻳﺰﻤﳍا حﺮﺷ). 2. al-‘Allamah Mulla `Ali al-Qari (w. 1014H) dalam karya mawlid beliau al-Mawrid

ar-Rawi fi Mawlid an-Nabi SAW. Juga ada disentuh secara ringkas dalam kitabnya Syarh Misykah al-Masabih.

3. al-‘Allamah Mar‘i bin Yusuf al-Karami al-Hanbali (w. 1033H) dalam ( تﺎﻳآو ﻦﻳﺮﻇﺎﻨﻟا ﺔﺠ

ﲔﻟﺪﺘﺴﳌا).

4. al-‘Allamah ‘Ali bin Burhan al-Din al-Halabi (w. 1044H) dalam ( ﲔﻣﻷا ةﲑﺳ ﰲ ﺔﻴﺒﻠﳊا ةﲑﺴﻟا

نﻮﻣﺄﳌا).

5. al-‘Allamah Muhammad bin ‘Abd al-Baqi al-Zarqani (w. 1122H) dalam ( ﺐﻫاﻮﳌا حﺮﺷ ﺔﻳﺪﻤﶈا ﺢﻨﳌﺎﺑ ﺔﻴﻧﺪﻠﻟا).

(12)

6. al-‘Allamah Syeikh Isma‘il bin Muhammad al-'Ajluni (w. 1162H) dalam ( ءﺎﻔﳋا ﻒﺸﻛ

سﺎﻨﻟا ﺔﻨﺴﻟأ ﻲﻠﻋ ﺮﻬﺘﺷا ﺎﻤﻋ سﺎﺒﻟﻹا ﻞﻳﺰﻣو) dan 'Iqd al-Jawhar at-Thamin ( ﻦﻣ ﺎﺜﻳﺪﺣ ﲔﻌﺑرأ ﰲ ﲔﻤﺜﻟا ﺮﻫﻮﳉا ﺪﻘﻋ

ﲔﻠﺳﺮﳌا ﺪﻴﺳ ﺚﻳدﺎﺣأ).

7. al-‘Allamah ‘Abd al-Hayy al-Laknawi (w. 1304H) dalam (ﺔﻋﻮﺿﻮﳌا رﺎﺒﺧﻷا ﰲ ﺔﻋﻮﻓﺮﳌا رﺎﺛﻵا). Malah beliau turut memberi rumusan:

ﻠﺧ يﺪﻤﶈا رﻮﻨﻟا ﺔﻴﻟوأ قازﺮﻟا ﺪﺒﻋ ﺔﻳاور ﻦﻣ ﺖﺒﺛ ﺪﻗ

ﻘﺎً

،

ﺎﻘﺒﺳ تﺎﻗﻮﻠﺨﳌا ﻰﻠﻋ ﻪﺘﻘﺒﺳو

ً.

Terjemahan:

“Telah sabit daripada riwayat ‘Abd al-Razzaq akan keawalan kejadian Nur Muhammadi dan kedahuluannya ke atas semua makhluk”.

8. al-‘Allamah Muhammad bin Ja‘far al-Kattani (w. 1345H) dalam ( ﺔﻴﻨﻴﻐﻟا ءاﺪﺻﻷا ﻦﻣبﻮﻠﻘﻟا ءﻼﺟ

ﺔﻴﻧﻮﻜﻟا مﻮﻠﻌﻟﺎﺑ مﻼﺴﻟا ﻪﻴﻠﻋ ﻪﺘﻃﺎﺣإ نﺎﻴﺒﺑ).

Manakala al-Zarqani menambah, ia juga diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dengan sedikit perbezaan! Syeikh Muhammad al-Diyar bakri dalam (ﺲﻴﻔﻧ ﺲﻔﻧأ لاﻮﺣَ أ ﰲ ﺲﻴﻤﳋا ﺦﻳرﺎﺗ) juga menyandarkan sumbernya kepada al-Bayhaqi. Namun setakat ini, tiada ditemui hadis tersebut di dalam mana-mana kitab al-Bayhaqi sama ada (ةﻮﺒﻨﻟا ﻞﺋﻻد), (تﺎﻔﺼﻟاو ءﺎﲰﻷا), ( ﻲﻘﻬﻴﺒﻟا ﻦﻨﺳ

ىﱪﻜﻟا), (رﻮﺸﻨﻟاو ﺚﻌﺒﻟا بﺎﺘﻛ), (ﱪﻘﻟا باﺬﻋ بﺎﺘﻛ), (ﻦﻨﺴﻟا ﺔﻓﺮﻌﻣ بﺎﺘﻛ), (ﻲﻌﻓﺎﺸﻟا ﺐﻗﺎﻨﻣ) mahupun (بادﻵا بﺎﺘﻛ). Barangkali ia wujud dalam kitab al-Bayhaqi yang tidak sampai kepada kita...?

Imam Jalal Din as-Suyuti (w. 911H) yang sezaman dengan Imam Syihab Din al-Qastallani dalam al-Hawi lil Fatawa (1/223-225) pernah ditanya tentang hadis ini, lalu beliau menjawab : “Hadis yang dipertanyakan itu tidak mempunyai sebarang sanad yang dapat dipegang.”

Dan ternyata hadis ini tidak terdapat dalam Musannaf ‘Abd al-Razzaq yang dicetak pada hari ini. Walaupun dikatakan kitab yang dicetak itu masih tidak lengkap kerana ada juzuk yang masih hilang.

Sebuah manuskrip tunggal bagi juzuk Musannaf ‘Abd al-Razzaq yang hilang tersebut dikatakan telah ditemui lalu ditahkik dan diterbitkan kemudiannya oleh Dr. ‘Isa bin ‘Abdullah al-Himyari berdasarkan manuskrip tunggal itu. Juzuk tersebut diterbitkan dengan judul (قازﺮﻟا ﺪﺒﻋ ﻒﻨﺼﻣ ﻦﻣ دﻮﻘﻔﳌا ءﺰﳉا) pada tahun 2005 dan telah diberi kata pengantar oleh Dr. Syeikh Mahmud Sa‘id Mamduh. Terkandung di dalamnya hadis Jabir RA mengenai nur Muhammad SAW ini. Malangnya manuskrip tersebut kemudian ternyata tidak benar dan terbukti dipalsukan. Mereka telah menerima kecaman dan kritikan tajam dari pihak lawan sehingga ada yang menuduh mereka sebagai pemalsu hadis pula dan menulis kitab ( ﻰﺴﻴﻋ ﺆﻃاﻮﺗ

مﻮﻋﺰﳌا قازﺮﻟاﺪﺒﻋ ﻒﻨﺼﻣ ﱪﻋ ﺚﻳﺪﳊا ﻊﺿو ﻰﻠﻋ حوﺪﳑ ﺪﻴﻌﺳ دﻮﻤﳏو يﲑﻤﳊا). Meskipun mereka telah memohon maaf dan menarik balik penerbitan juzuk berkenaan. Inilah akhlak ulama yang terpuji.

Sekadar catatan, Mahmud ‘Ali al-Rifa‘i telah merekodkan sanad ‘Abd al-Razzaq ini secara lengkap kepada Jabir RA di dalam bukunya (لﻮﺳﺮﻟا ﺔﺒﳏ ﱄإ لﻮﺻﻮﻟا ﻢﻠﺳُّ) begini;

(13)

ﻩﺎـﻜﺣ

مﺎــﻤﻫ ﻦـﺑ قازﺮــﻟا ﺪــﺒﻋ مﺎـﻣﻹا

ﻦـﻋ ﻪﻔﻨﺼـﻣ ﰲ

ﺔـﻨﻴﻴﻋ ﻦــﺑ نﺎﻴﻔــﺳ

ﻦـﻋ

ﻢﻠـﺳأ ﻦــﺑ ﺪــﻳز

ﻦــﻋ ﺔـﻨﻳﺪﳌا مﻼــﻋأ ﺪـﺣأ

رﺪــﻜﻨﻤﻟا ﻦــﺑ ﺪـﻤﺤﻣ

يﺮــﻫﺰﻟا ﺦﻴـﺷ

ﺎــﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲـﺿر

ﻦـﻋ

ﺎــﺟ

يرﺎﺼــﻧﻷا ﷲا ﺪــﺒﻋ ﻦــﺑ ﺮﺑ

.

لﻮـﻘﻳو

:

ﻖــﳊاو

ﱯﻨﻟا ﻦﻋ ﺖﺑﺎﺛو ،ﻩﺎﻨﻌﻣو ﻪﻈﻔﻟ ﰲ ﺢﻴﺤﺻ ﺚﻳﺪﳊا اﺬﻫ نإ لﺎﻘﻳ

.

Tidak dapat dipastikan daripada mana beliau memetik sanad di atas. Sedangkan ia berbeza dengan sanad yang terdapat dalam (قازﺮﻟا ﺪﺒﻋ ﻒﻨﺼﻣ ﻦﻣ دﻮﻘﻔﳌا ءﺰﳉا) sepertimana berikut;

Dan juzuk (قازﺮﻟا ﺪﺒﻋ ﻒﻨﺼﻣ ﻦﻣ دﻮﻘﻔﳌا ءﺰﳉا) berkenaan diragui dan tidak dapat dijadikan sandaran hujah. Ini kerana tiada langsung sebarang tanda dan bukti yang dapat menyokong ketulenannya.

Sebahagian ulama mengatakan kitab Musannaf ‘Abd al-Razzaq itu telah ditemui secara lengkap yang ditahkik oleh Aiman Nasr al-Din al-Azhari dan diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut pada tahun 2000. Namun, tiada ditemukan di dalamnya hadis Jabir RA mengenai nur Muhammad SAW ini. Menurut Syeikh ‘Abdullah al-Ghumari: “Menisbahkan hadis ini kepada riwayat ‘Abd al-Razzaq adalah satu kesilapan kerana ia tidak terdapat di dalam kitab Musannaf beliau, kitab Jami‘nya mahupun kitab Tafsirnya”.

Jika diandaikan juzuk Musannaf ‘Abd al-Razzaq yang hilang tersebut masih wujud di zaman Imam Syihab al-Din al-Qastallani (w. 923H) dan beliau sempat memetik hadis berkenaan daripadanya. Tetapi yang membingungkan, beliau tidak pun menyentuh tentang nur Muhammad ini di dalam membahaskan perihal makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah SWT di dalam kitab syarah Sahih al-Bukharinya (يرﺎﺴﻟا دﺎﺷرإ). Malah beliau memilih pendapat, makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah SWT ialah air dan ia adalah asal kepada semua makhluk dengan dalil;

ﺖﻠﻗ لﺎﻗ ةﺮﻳﺮﻫ ﰊأ ﻦ

:

لﺎـﻗ ؟ﺊـﺷ ﻞـﻛ ﻦـﻋ ﲏـﺌﺒﻧأ ،ﲏـﻴﻋ تﺮـﻗ و ،ﻲﺴـﻔﻧ ﺖـﺑﺎﻃ ﻚـﺘﻳأر اذإ ﱐإ ﷲا لﻮـﺳر ﺎـﻳ

ّ

:

ﻞـﻛ

ءﺎﻣ ﻦﻣ ﻖﻠﺧ ﺊ

.

]

ﻪﺤﺤﺻو ﻢﻛﺎﳊاو ﻪﺤﻴﺤﺻ ﰲ نﺎﺒﺣ ﻦﺑاو ﺪﲪأ ﻩاور

[

Terjemahan:

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Aku bertanya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku apabila melihatmu jiwaku akan tenang dan mataku menjadi sejuk. Khabarkanlah kepadaku tentang segala sesuatu? Jawab baginda: “Segala sesuatu itu dicipta daripada air”.

Perlu diingatkan, kitab (ﺔــﻳﺪﻤﶈا ﺢﻨﳌﺎــﺑ ﺔــﻴﻧﺪﻠﻟا ﺐــﻫاﻮﳌا) selesai dikarang pada 15 Syaaban 899H. Manakala kitab (يرﺎﺴـــﻟا دﺎــﺷرإ) selesai dikarang pada 27 Rabiul akhir 916H. Apakah kemungkinan Imam Syihab al-Din al-Qastallani terlupa dengan apa yang ditulisnya dalam al-Mawahib al-Ladunniyyah?

(14)

Oleh kerana hadis ini tidak ditemukan sumber asalnya, ramai ulama yang menghukumkannya sebagai palsu yang dianggap datang dari golongan yang berlebih-lebihan dalam memuliakan Baginda Nabi s.a.w. Antaranya:

1. al-Hafiz Sayyid Ahmad bin al-Siddiq al-Ghumari dalam ( ﻊﻣﺎﳉا ﰲ ﺔﻋﻮﺿﻮﳌا ﺚﻳدﺎﺣﻷا ﻰﻠﻋ ﲑﻐﳌا

ﲑﻐﺼﻟا).

2. al-‘Allamah Sayyid ‘Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari dalam ( ﺚﻳﺪﺣ ﻊﺿو نﺎﻴﺒﻟ ﺮﺋﺎﳊا ﺪﺷﺮﻣ

ﺮﺑﺎﺟ).

3. Syeikh Muhammad Ahmad ‘Abdul Qadir al-Syanqiti di dalam risalahnya ( ﻰﻠﻋ قاﺬﳊا ﻪﻴﺒﻨﺗ

ﺣ ﻦﻣ مﺎﻧﻷا ﲔﺑ عﺎﺷ ﺎﻣ نﻼﻄﺑ قازﺮﻟا ﺪﺒﻋ ﻒﻨﺼﳌ بﻮﺴﻨﳌا رﻮﻨﻟا ﺚﻳﺪ ).

4. Syeikh ‘Udab Mahmud al-Himsy dalam (ﲔﻟﺎﻐﻟا ﻮﻠﻏو ﲔﺒﳌا بﺎﺘﻜﻟا يﺪﻫ ﲔﺑ :يﺪﻤﶈا رﻮﻨﻟا). 5. Syeikh ‘Abdullah al-Habasyi al-Harari dalam (يﺪﻤﶈا رﻮﻨﻟا ﺔﻴﻟوأ ىﻮﻋد نﻼﻄﺑ ﰲ ﺔﻟﺎﺳر).

6. Sayyid Hasan bin ‘Ali al-Saqqaf dalam (ﷲا ﻖﻠﺧ ﺎﻣ لوأ ﺚﻳﺪﺣ ﻊﺿو ﱃإ ﺮﺛﺎﻌﻟا دﱠ ﺎﺷرإ ﺮﺑﺎﺟ ﺎﻳ ﻚﻴﺒﻧ رﻮﻧ). 7. Ahmad Murtadha dalam (لﺎﻴﳋاو ﺔﻘﻴﻘﳊا ﲔﺑ ﺮﺑﺎﺟ ﺎﻳ ﻚﻴﺒﻧ رﻮﻧ ﷲا ﻖﻠﺧ ﺎﻣ لوأ ﺚﻳﺪﺣ).

8. Syeikh Nasir al-Din al-Albani. 9. Dr. Yusuf al-Qaradhawi 10. dan lain-lain.

Sanad Hadis Ditemui

Rupa-rupanya ‘Abd al-Razzaq – jika wujud riwayatnya – tidak bersendirian dalam meriwayatkan hadis Jabir RA tentang nur Muhammad SAW ini kerana ia juga diriwayatkan secara bersanad oleh Abu ‘Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Tamimi al-Basri (wafat sekitar awal kurun ke-5 H) dalam kitabnya ( ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ لﻮﺳﺮﻟا ﻞﺋﺎﻀﻓ ﰲ لﻮﻘﻌﻟا ﺢﻴﻘﻠﺗ

ﻢﻠﺳو). Sumber ini tidak disebut oleh mana-mana ulama pengkritik hadis terdahulu. Bagaimanapun, sanadnya mengandungi perawi-perawi lemah sebagaimana yang telah dikaji oleh pentahkik manuskrip kitab tersebut dalam tesis Ph.D.nya.

Berikut adalah sanadnya, meskipun matannya kelihatan sedikit berlainan:

ﺎﻧﱪﺧأ

ﻲﻠﻋ ﻦﺑ ﻚﻠﻤﻟا ﺪﺒﻋ ﻢﺳﺎﻘﻟا ﻮﺑأ

لﺎﻗ

ﺎﻨ

نورﺎﻫ ﻦﺑ ﻲﻠﻋ

لﺎﻗ

ﺎﻨ

أ

نﺎﻤﻴﻠﺳ ﻦﺑ ﻦﺴﺤﻟا ﻦﺑ ﺪﻤﺤﻣ ﺮﻜﺑ ﻮﺑ

ﻲﻧاوﺰﻘﻟا

داﺪﻐﺒﺑ

لﺎﻗ

ﺎﻨ

ﻲﻧﺎﻏﺮﻔﻟا ﺮﻔﻌﺟ ﻦﺑ ﻲﻠﻋ

لﺎ

ﺎﻨ

ﻤﻟا ﻲﻠﻋ ﻦﺑ ﻢﻴﻫاﺮﺑإ

يﺮﻌ

لﺎﻗ

ﺎﻨ

ﷲا ﺪﺒﻋ ﻦﺑ ﺪﻤﺤﻣ

ﻦﻋ

ﺪﻤﺤﻣ ﻦﺑ ﺮﻔﻌﺟ

ﻦﻋ

ﻪﻴﺑأ

ﻦﻋ

ﷲا ﺪﺒﻋ ﻦﺑ ﺮﺑﺎﺟ

لﺎﻗ ﷲا ﻪﲪر

:

ﺖﻟﺄﺳ

ُ

لﻮﺳر

َ

ﷲا

ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ

ﺖﻠﻘﻓ

:

وأ ،ﷲا لﻮﺳر ﺎﻳ

ّ

لﺎﻗ ؟ﻖﻠﺧ ءﻲﺷ يأ ﷲا ﻖﻠﺧ ﺎﻣ ل

:

ﻲﻔﻟﺄﺑ ءﺎﻴﺒﻧﻷا ﻖﻠﺨﻳ نأ ﻞﺒﻗ ﻦﻣ ﻚﻴﺒﻧ رﻮﻧ ﻞﻌﺟ

ةرﺪﻘﻟﺎﺑ طﻮﺤﻳ رﻮﻨﻟا ﻚﻟذ نﺎﻛو ،مﺎﻋ

ﻓ ،

ﻢﺴﻘﻓ ،رﻮﻨﻟا ﻚﻟذ ﻦﻣ دﻮﺠﺴﻟا ﻞﺻﺄﻓ ،ﺪﺠﺳ ﺔﻤﻈﻌﻟا ﻰﻟإ ﻎﻠﺑ اذﺈ

ﻪﻟ لﺎﻗ ﻢﺛ ،ﻢﻠﻘﻟا رﻮﻧ ﻲﻧﺎﺜﻟا ﻦﻣ ﻞﻌﺟو ،شﺮﻌﻟا رﻮﻧ ﺎﻬﻨﻣ ءﺰﺟ لوأ ﻞﻌﺠﻓ ،ءاﺰﺟأ ﺔﻌﺑرأ ﻰﻠﻋ رﻮﻨﻟا ﻚﻟذ ﷲا

:

ﺊﻣوأو ،ﷲا لﻮﺳر اﺪﻤﺤﻣ نأو ﷲا ﻻإ ﻪﻟإ ﻻ نأ ةدﺎﻬﺷ ﺐﺘﻛ ﻰﺘﺣ مﺎﻋ فﻻآ ﺔﻌﺑرأ ﻢﻠﻘﻟا ىﺮﺠﻓ ،ﺮﺟا

ً

ِ ْ

إ ﺚﻟﺎﺜﻟﺎﺑ

ﺎﻬﻣﺮﻛأو ﺎﻫﺎﻬﺑأ ﺎﻬﻨﻣ ءﺰﺟ لوأ ﻦﻣ ﻞﻌﺠﻓ ،ءاﺰﺟأ ﺔﻌﺑرأ ﻰﻠﻋ ﻪﻤﺴﻘﻓ ،ﻊﺑاﺮﻟا ءﺰﺠﻟا ﻲﻘﺑو ،ﺔﻨﺠﻟا ﻰﻟ

(15)

ﺪﻤﺤﻣ ﻚﻴﺒﻧ رﻮﻧ ﺎﻫرﻮﻧأو ﺎﻬﻓﺮﺷأو

،ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟا سوؤر ﻲﻓ ﺚﻟﺎﺜﻟا ﻞﻌﺟو ،ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟا رﺎﺼﺑأ ﻲﻓ ﻲﻧﺎﺜﻟا ﻞﻌﺟو ،

ﺔﻓﺮﻌﻤﻟا ﻮﻫو ،ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟا بﻮﻠﻗ ﻲﻓ ﻊﺑاﺮﻟا ﻞﻌﺟو

.

ﻟا رﻮﻧو ،ﺪﻤﺤﻣ رﻮﻧ ﻦﻣ شﺮﻌﻟا رﻮﻧو

،ﺪﻤﺤﻣ رﻮﻧ ﻦﻣ ﻢﻠﻘ

و ،ﺪﻤﺤﻣ رﻮﻧ ﻦﻣ ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟا سوؤر رﻮﻧو ،ﺪﻤﺤﻣ رﻮﻧ ﻦﻣ ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟا رﺎﻴﺧأ رﻮﻧو

]

رﻮﻧ

[

رﻮﻧ ﻦﻣ ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟا لﻮﻘﻋ

ﺪﻤﺤﻣ ﻦﻣ ﻰﻟﺎﻌﺗ ﷲا ﻰﻠﻋ مﺮﻛأ ءﻲﺷ يﺄﻓ ،ﺪﻤﺤﻣ

؟

]

يﺮﺼﺒﻟا ﻲﻤﻴﻤﺘﻟا ﺪﻤﳏ ﻦﺑ ﺪﻤﳏ ﷲا ﺪﺒﻋ ﻮﺑأ ﻪﺟﺮﺧأ

لﻮﺳﺮﻟا ﻞﺋﺎﻀﻓ ﰲ لﻮﻘﻌﻟا ﺢﻴﻘﻠﺗ

[

Terjemahan: Dikhabarkan pada kami oleh Abu al-Qasim ‘Abd al-Malik bin ‘Ali katanya: Diberitakan pada kami oleh ‘Ali bin Harun katanya: Diberitakan pada kami oleh Abu Bakr Muhammad bin al-Hasan bin Sulaiman al-Qazwani katanya: Diberitakan pada kami oleh ‘Ali bin Ja‘far al-Farghani katanya: Diberitakan pada kami oleh Ibrahim bin ‘Ali al-Ma‘arri katanya: Diberitakan pada kami oleh Muhammad bin ‘Abdillah daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada Jabir bin ‘Abdullah RA yang berkata: Aku bertanya Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, yang pertama yang diciptakan Allah, apakah yang Dia ciptakan?

Baginda s.a.w. menjawab: "Dia menjadikan nur nabimu sebelum Dia menciptakan para nabi dalam tempoh 2,000 tahun. Dan nur tersebut pun berpusing keliling dengan kuasa kudrat, dan apabila ia sampai ke makam keagungan ia pun bersujud. Maka asal sujud adalah daripada nur

(16)

tersebut. Lalu Allah membahagikan nur tersebut kepada empat bahagian, maka Dia menjadikan bahagian pertama daripadanya akan nur ‘arsy, dan Dia menjadikan daripada bahagian kedua nur qalam, kemudian Dia berkata kepadanya: Tulislah, lalu qalam pun menulis selama 4,000 tahun sehingga ia menulis syahadah La Ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah SAW. Dan Dia mengisyaratkan bahagian ketiga supaya ke syurga. Dan tinggallah bahagian keempat.

Kemudian Dia membahagikannya pula kepada empat bahagian, lalu Dia menjadikan bahagian pertama daripadanya sesuatu yang paling indah, mulia, terhormat dan bersinar iaitu nur nabimu Muhammad SAW, dan Dia menjadikan bahagian kedua pada pandangan orang mukminin, dan Dia menjadikan bahagian ketiga pada kepala orang mukminin, dan Dia menjadikan bahagian keempat pada hati orang mukminin, dan itulah ma‘rifah.

Maka nur ‘arsy adalah daripada nur Muhammad, nur qalam adalah daripada nur Muhammad, nur orang mukminin yang baik adalah daripada nur Muhammad, nur kepala orang mukminin adalah daripada nur Muhammad, dan nur akal orang mukminin adalah daripada nur Muhammad. Justeru, apakah ada yang paling mulia di sisi Allah Taala lebih daripada Muhammad SAW?”

Demikian sanad dan matan hadisnya.

Syeikh Ahmad ibn ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam (ﺔﻴﻠﺻﻷا ﺚﺣﺎﺒﳌا حﺮﺷ ﰲ ﺔﻴﳍﻹا تﺎﺣﻮﺘﻔﻟا) dan al-‘Allamah Muhammad bin Ja‘far al-Kattani (w. 1345H) dalam ( ﻪﺘﻃﺎﺣإ نﺎﻴﺒﺑ ﺔﻴﻨﻴﻐﻟا ءاﺪﺻﻷا ﻦﻣ بﻮﻠﻘﻟا ءﻼﺟ

ا ﻪﻴﻠﻋ

ﺔﻴﻧﻮﻜﻟا مﻮﻠﻌﻟﺎﺑ مﻼﺴﻟ ) pula merekod sebuah hadis riwayat Sayyiduna ‘Umar RA yang hampir semakna. Teksnya berbunyi;

لﺎﻗ ﻪﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر ﺮﻤﻋ ﺚﻳﺪﺣ

:

ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا لﻮﺳر ﱄ لﺎﻗ

:

ﻖﻠﺧ يﺬﻟا ﺎﻧأ ؟ﺎﻧأ ﻦﻣ يرﺪﺗأ ﺮﻤﻋ ﺎﻳ

ﻪﻟ ﺪﺠﺴﻓ يرﻮﻧ ءﻲﺷ ﻞﻛ لوأ ﻰﻟﺎﻌﺗ ﷲا

،

ﻲﻘﺒﻓ

مﺎﻋ ﺔﺋﺎﻣ ﻊﺒﺳ ﻩدﻮﺠﺳ ﻲﻓ

،

ﻻو يرﻮﻧ ﻪﻟ ﺪﺠﺳ ءﻲﺷ لوﺄﻓ

ﺮﺨﻓ

،

يرﻮﻧ ﻦﻣ شﺮﻌﻟا ﷲا ﻖﻠﺧ يﺬﻟا ﺎﻧأ ؟ﺎﻧأ ﻦﻣ يرﺪﺗأ ﺮﻤﻋ ﺎﻳ

،

يرﻮﻧ ﻦﻣ ﻲﺳﺮﻜﻟاو

،

ﻦﻣ ﻢﻠﻘﻟاو حﻮﻠﻟاو

يرﻮﻧ

،

يرﻮﻧ ﻦﻣ ﺮﻤﻘﻟاو ﺲﻤﺸﻟاو

،

يرﻮﻧ ﻦﻣ رﺎﺼﺑﻷا رﻮﻧو

،

يرﻮﻧ ﻦﻣ ﻖﻠﺨﻟا سوؤر ﻲﻓ يﺬﻟا ﻞﻘﻌﻟا رﻮﻧو

،

ﺆﻤﻟا بﻮﻠﻗ ﻲﻓ ﺔﻓﺮﻌﻤﻟا رﻮﻧو

ﺮﺨﻓ ﻻو يرﻮﻧ ﻦﻣ ﻦﻴﻨﻣ

.

Terjemahan:

Diriwayatkan ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Wahai ‘Umar, tahukah kamu siapa aku ini? Akulah yang Allah Taala ciptakan nurku sebagai yang terawal bagi segala makhluk, lalu ia pun bersujud kepada-Nya. Maka ia terus kekal bersujud selama 700 tahun. Maka makhluk pertama yang bersujud kepada-Nya adalah nurku, namun tiada kebanggaan. Wahai ‘Umar, tahukah kamu siapa aku ini? Akulah yang Allah ciptakan ‘arsy daripada nurku, kursi daripada nurku, lauh dan qalam daripada nurku, matahari dan bulan daripada nurku, cahaya penglihatan mata daripada nurku, cahaya akal yang berada di dalam kepala para makhluk daripada nurku, dan cahaya ma‘rifah yang berada di dalam hati orang mukminin daripada nurku, namun tiada kebanggaan”.

(17)

al-‘Allamah Muhammad bin Ja‘far al-Kattani menyandarkan sumbernya kepada Abu Marwan ‘Abd al-Malik bin Ziyadah Allah at-Tabni, seorang ahli hadis dari Andalus yang wafat dibunuh pada tahun 457H dalam kitab Fawa’idnya. Namun, penulis belum dapat memastikan bagaimana hal kitab tersebut dan sanad pengarangnya.

Oleh kerana sanad ‘Abd Razzaq tidak dapat ditemui asalnya dan sanad Muhammad al-Tamimi itu pula lemah, maka mereka yang mengatakan sanad hadis Jabir RA ini sahih sudah tentu tidak dapat diterima sepenuhnya. Manakala, jika riwayat Abu Marwan ‘Abd al-Malik at-Tabni daripada ‘Umar RA itu benar-benar tidak palsu, maka ia pasti dapat menyokong riwayat Muhammad al-Tamimi daripada Jabir RA di atas. Justeru, mereka yang mengatakan hadis tersebut palsu juga sudah tentu belum dapat diterima sepenuhnya..

Ramai ahli sufi mutaakhirin yang menerima konsep Nur Muhammad SAW berdasarkan hadis Jabir RA ini serta riwayat-riwayat lain yang dapat dijadikan sandaran.

Hadis Jabir RA ini atau maksudnya telah dipetik oleh mereka yang menerima konsep Nur Muhammad SAW. Antaranya;

1. Syeikhul Akbar Ibn al-‘Arabi al-Hatimi (w. 638H) dalam (نﺎﺴﻧﻹا ﺔﻓﺮﻌﻣ حﺎﺘﻔﻣو نﺎﻫذﻷا ﺢﻴﻘﻠﺗ). 2. al-Hafiz Abu Ya‘la al-Hamdani, seperti yang dipetik oleh al-Qastallani.

3. Syeikh ‘Abd al-Salam ibn Masyisy (w. 622H) dalam selawatnya yang terkenal menyebut;

ﻞﺻ ﻢﻬﻠﻟا

ّ

راﻮﻧﻷا ﺖﻘﻠﻔﻧاو راﺮﺳﻷا ﺖﻘﺸﻧا ﻪﻨﻣ ﻦﻣ ﻰﻠﻋ

.

..

،

طﻮﻨﻣ ﻪﺑ ﻮﻫو ﻻإ ءﻲﺷ ﻻو

،

ﻻﻮﻟ ذإ

طﻮﺳﻮﳌا ﻞﻴﻗ ﺎﻤﻛ ﺐﻫﺬﻟ ﺔﻄﺳاﻮﻟا

.

..

4. Syeikh Muhammad bin Sa‘id al-Busiri (w. 696H) dalam Qasidah Burdahnya yang masyhur menyebut;

ﻦﻣ ةروﺮﺿ ﺎﻴﻧﺪﻟا ﱃإ ﻮﻋﺪﺗ ﻒﻴﻛو

**

مﺪﻌﻟا ﻦﻣ ﺎﻴﻧﺪﻟا جﺮﲣ ﱂ ﻩﻻﻮﻟ

ﺎ ﺮﺿو ﺎﻴﻧﺪﻟا كدﻮﺟ ﻦﻣ نﺈﻓ

***

ﻢﻠﻘﻟاو حﻮﻠﻟا ﻢﻠﻋ ﻚﻣﻮﻠﻋ ﻦﻣو

5. al-‘Allamah Ibn al-Haj al-Maliki (w. 737H) dalam kitab al-Madkhal, yang memetiknya daripada kitab (روﺪﺼﻟا ءﺎﻔﺷ) oleh al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi‘.

6. al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi‘ [Ibn Sab‘] dalam kitab (روﺪﺼﻟا ءﺎﻔﺷ). 7. al-‘Allamah Sa‘d al-Din al-Taftazani (w. 793H) dalam (ﺢﻳﺪﻤﻟا ةدﺮـﺑ حﺮﺷِ ِْ َِ َُْ َْ). 8. Syeikh Safiyuddin Ahmad al-Qusyasyi dalam (ﺔﻨﻴﻤﺜﻟا ةرﺪﻟا).

9. Syeikh Abu al-Barakat Ahmad bin Muhammad al-Dardir al-‘Adawi dalam ( ﻚﻟﺎﺴﻤﻟا بﺮـﻗَأِ ِ َ َْ َ َْ

ﻚﻟﺎﻣ مﺎﻣﻹا ﺐﻫﺬﻣ ﱃإٍ ِ َ َِ ِْ ِ َ ْ ََ ).

10. Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Sawi (w. 1241H) dalam (ﻚﻟﺎﺴﻤﻟا بﺮـﻗَﻷ ﻚﻟﺎﺴﻟا ﺔﻐﻠـﺑِ َِ َ ْ ِ َْ ِ ِ ِﱠ ََُْ) dan (ﺮﻳدرﺪﻟا ﺦﻴﺸْ ِ َْ ﻟا تاﻮﻠﺻ ﻰﻠﻋِ ََ ََ َ حﺮﺷَْ).

11. Syeikh Sulaiman al-Jamal dalam (ﻞﺋﺎﻤﱠﺸﻟا ﻰﻠﻋ حﺮﺷِِ َ ََ َْ).

12. Sayyid Ja‘far bin Isma‘il al-Barzanji dalam Nuzhah an-Nazirin.

13. al-‘Allamah Yusuf bin Isma‘il an-Nahbani dalam al-Anwar al-Muhammadiyyah min al-Mawahib al-Ladunniyyah.

(18)

14. Imam Anwar Shah al-Kasymiri, meskipun beliau silap dalam menisbahkan hadis ini kepada al-Hakim dalam Mustadraknya.

15. Sayyid Sulaiman al-Nadwi dalam Sirah an-Nabi SAW. 16. Sayyidi ‘Abd al-‘Aziz al-Dabbagh dalam kitab al-Ibriz.

17. Sayyid ‘Abd al-Rahman al-‘Aidarus dalam (نﺎﻴﺘﻔﻟا ﰊأ ﺪﲪأ نﺎﻓﺮﻌﻟا ﺮﲝو نﺎﻣﺰﻟا ثﻮﻏ تاﻮﻠﺻ ﻲﻠﻋ حﺮﺷ). 18. Syeikh Ahmad bin Binnis dalam (ﺔﻳﺰﻤﳍا حﺮﺷ).

19. Syeikh Muhammad al-Diyar bakri dalam (ﺲﻴﻔﻧ ﺲﻔﻧأ لاﻮﺣأ ﰲ ﺲﻴﻤﳋا ﺦﻳرﺎﺗَ ). Beliau menyandarkan sumbernya kepada al-Bayhaqi, namun tiada ditemui hadis ini di dalam mana-mana kitab al-Bayhaqi.

20. Syeikh Ahmad bin Muhammad bin ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam ( ﰲ ﺔﻴﳍﻹا تﺎﺣﻮﺘﻔﻟا

ﺔﻴﻠﺻﻷا ﺚﺣﺎﺒﳌا حﺮﺷ).

21. Syeikh Isma‘il Haqqi dalam (نﺎﻴﺒﻟا حور).

22. al-‘Allamah Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Maliki yang terkenal dengan gelaran al-Amir al-Kabir (w. 1232H) telah memaparkan mafhum hadis Nur Muhammad di dalam kitabnya Sadd al-Arab min 'Ulum al-Isnad wal Adab.

23. Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam Bad’ Khalq as-Samawat wal Ardh. 24. al-‘Allamah Syeikh Daud al-Fatani dalam Muswaddah.

25. al-‘Allamah Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Bughyah al-‘Awwam.

26. al-‘Allamah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dalam Badr al-Tamam. 27. Musnid al-Dunya Syeikh Yasin al-Fadani, seperti yang diriwayatkan Tuan Guru Haji

Abdullah Abdur Rahman Lubok Tapah (lihat: Mohd. Zaidi Abdullah dalam karyanya

Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jama`ah, hlm. 116).

28. Sayyid Muhammad bin Ja‘far al-Kattani di dalam (ﺮﺗاﻮﺘﳌا ﺚﻳﺪﳊا ﰲ ﺮﺛﺎﻨﺘﳌا ﻢﻈﻧ). 29. Sayyid ‘Abd al-‘Aziz al-Ghumari dalam (ةﺮﺗاﻮﺘﳌا ﺚﻳدﺎﺣﻷا ﰲ ةﺮﻬﺘﺸﳌا ﻞﺋﺎﻀﻔﻟا يوذ فﺎﲢإ).

30. al-‘Allamah Syihab al-Din Mahmud bin ‘Abdullah al-Alusi (w. 1270H) dalam ( حور

ﱐﺎﺜﳌا ﻊﺒﺴﻟاو ﻢﻴﻈﻌﻟا نآﺮﻘﻟا ﲑﺴﻔﺗ ﰲ ﱐﺎﻌﳌا) ketika mentafsir ayat ((١٠٧) ﲔﻤﻟﺎﻌﻠﻟ ﺔﲪر ﻻإ كﺎﻨﻠﺳرَأ ﺎﻣوَ َِ َِْ ً ْ ََ ﱠِ َ َ َْ ْ ََ).

31. Syeikh Muhammad al-Khidr al-Syanqiti (w. 1354H) dalam ( ﺎﻣو ﺔﻴﳍﻻا تاﺬﻟﺎﺑ ﺔﻴﻌﳌا ﺔﻟﺎﺤﺘﺳإ

تﺎﻔﺼﻟا ﻪﺑﺎﺸﺘﻣ ﻦﻣ ﺎﻬﻴﻫﺎﻀﻳ).

32. Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya‘rawi dalam Tafsirnya ketika mentafsir ayat ( ﺪﻗَْ

ﲔﺒﻣ بﺎﺘﻛو رﻮﻧ ﻪﻠﻟا ﻦﻣ ﻢﻛءﺎﺟٌ ُِ ٌ ََِ ٌُ ﱠ َ ُِ ِْ َ َ )

١٥

( ).

33. Syeikh ‘Abdullah bin Sa‘id al-Lahji al-Hadhrami (w. 1410H) dalam ( ﻞﺋﺎﺳو ﻰﻠﻋ لﺆﺴﻟا ﻰﻬﺘﻨﻣ

ﻢﻠﺳو ﻪﻟآو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ لﻮﺳﺮﻟا ﻞﺋﺎﴰ ﱃإ لﻮﺻﻮﻟا).

34. Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki dalam al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah. 35. Dr. ‘Isa bin ‘Abdullah al-Himyari dalam Nur al-Bidayat wa Khatm al-Nihayat. Mereka yang memegang konsep nur Muhammad SAW berpendapat hadis-hadis yang menunjukkan makhluk pertama yang dijadikan ialah qalam atau ‘arsy atau air atau lauh mahfuz ditafsirkan secara nisbi sebagai makhluk pertama pada jenisnya. Sedangkan kedahuluan kejadian nur Muhammad adalah secara hakiki. Ia adalah yang awal daripada jenis makhluk yang diberi taklif, sedangkan yang lain-lain itu tiada diberikan taklif.

(19)

Manakala yang menolak konsep nur Muhammad SAW pula kerana melihat kelemahan dalilnya dan kekuatan dalil-dalil yang lain. Dalam hadis berikut misalnya, tidak disebutkan tentang nur Muhammad SAW;

اﻮﻟﺎﻘﻓ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا لﻮﺳر اﻮﺗأ ﻦﻤﻴﻟا ﻞﻫأ نأ ﲔﺼﺣ ﻦﺑ ناﺮﻤﻋ ﻦﻋ

:

ﰲ ﻪﻘﻔﺘﻨﻟ كﺎﻨﺌﺟ ﷲا لﻮﺳر ﺎﻳ

ّ

لﺎﻗ ،نﺎﻛ ﺎﻣ ﺮﻣﻷا اﺬﻫ لوأ ﻦﻋ ﻚﻟﺄﺴﻨﻟو ﻦﻳﺪﻟا

:

ﻩﺮـﻴﻏ ءﻰﺷ ﻦﻜﻳ ﻢﻟو ﻪﻠﻟا نﺎﻛ

َُُْ

ٌ

ْ َ ُ ْ ََ ُﱠ َ

ْ َ

َ

.

نﺎﻛو

َ ََ

ءﺎﻤْﻟا ﻰﻠﻋ ﻪﺷﺮﻋ

ِ َ ََ َ

ُ ُ ْ

.

ءﻰﺷ ﻞﻛ ﺮﻛﺬﻟا ﻲﻓ ﺐﺘﻛو

ٍ ْ َ ﱠ ُ

ِ ْﱢ ِ َ َ َ

َ

.

ضرﻷاو تاﻮﻤﺴﻟا ﻖﻠﺧو

َ َْ َ ََ

ِ ﱠ َ ََ

َ

.

]

دورﺎﳉا ﻦﺑاو ﻲﻘﻬﻴﺒﻟاو يرﺎﺨﺒﻟا ﻩاور

[

Terjemahan:

Daripada ‘Imran bin Husain bahawa pernah ahli Yaman datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: Ya Rasulullah, kami datang kepadamu untuk bertafaqquh (mempelajari) tentang agama dan untuk bertanya kepadamu tentang awal kejadian ini dahulu? Jawab baginda: Allah wujud dan tiada suatu apa pun selain-Nya. Kedudukan ‘arsy-Nya di atas air, dan Dia pun menulis di dalam zikr (isyarat kepada qalam dan lauh mahfuz) segala sesuatu. Kemudian Dia menciptakan segala langit dan bumi”.

Syeikh Ahmad bin Muhammad bin ‘Ajibah al-Hasani (w. 1224H) dalam ( حﺮﺷ ﰲ ﺔﻴﳍﻹا تﺎﺣﻮﺘﻔﻟا

ﺔﻴﻠﺻﻷا ﺚﺣﺎﺒﳌا) menyebut: “Hadis (nur Muhammad) ini walaupun daif, namun ia mempunyai beberapa sokongan yang dapat mengukuhkannya”.

Antara riwayat-riwayat sokongan berkenaan yang boleh direnungkan walaupun martabat sebahagiannya daif ialah;

1- Hadis ;

ﻪﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر ةﺮﻳﺮﻫ ﰊأ ﻦﻋ

:

لﺎﻗ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﱯﻨﻟا ﻦﻋ

:

ﻠﺧ ﺎﳌ

مداء ﻞﺟو ﺰﻋ ﷲا

أ

ﻩار

ىﺮﻳ ﻞﻌﺠﻓ ،ﻪﻴﻨﺑ

لﺎﻘﻓ ،ﻢﻬﻠﻔﺳأ ﰲ ﺎﻌﻃﺎﺳ ارﻮﻧ ﱐآﺮﻓ ،ﺾﻌﺑ ﻰﻠﻋ ﻢﻬﻀﻌﺑ ﻞﺋﺎﻀﻓ

:

لﺎﻗ ؟اﺬﻫ ﻦﻣ بر ﺎﻳ

:

،ﺪﲪأ ﻚﻨﺑا اﺬﻫ

و

ﻮﻫ

لوأ

ﺮﺧآ ﻮﻫو

ﻊﻓﺎﺷ لوأ ﻮﻫو

.

]

ﺟﺮﺧأ

ﺮﻛﺎﺴﻋ ﻦﺑاو ةﻮﺒﻨﻟا ﻞﺋﻻد ﰲ ﻲﻘﻬﻴﺒﻟا

و

رﻮﺼﻨﻣ ﻦﺑ ﺪﻴﻌﺳ

ﻞﺋاوﻷا ﰲ ﻢﺻﺎﻋ ﰊأ ﻦﺑاو

ﻦﺴﺣ ﺪﻨﺴﺑ ﺪﺋاﻮﻔﻟا ﰲ ﺺﻠﺨﳌا ﺮﻫﺎﻃ ﻮﺑأو

[

Terjemahan:

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya: “Ketika Allah ‘azza wajalla

menjadikan Adam, Dia menunjukkan kepadanya keturunannya. Lalu ia melihat kelebihan sesetengah mereka ke atas setengah yang lain. Maka ia pun melihatku sebagai nur yang terpancar di bawah mereka semua. Lantas dia bertanya: Ya Tuhan, siapakah ini? Jawab-Nya: Ini adalah anakmu Ahmad. Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan dialah pemberi syafaat yang pertama”.

2- Hadis ;

سﺎــﺒﻋ ﻦــﺑا ﻦــﻋ

:

ﺢﺒﺴــﺗو رﻮــﻨﻟا ﻚــﻟذ ﺢﺒﺴــﻳ مﺎــﻋ ﻲﻔﻟﺄــﺑ مدآ ﻖــﻠﳜ نا ﻞــﺒﻗ ﱃﺎــﻌﺗ ﷲا يﺪــﻳ ﲔــﺑ ارﻮــﻧ ﺖــﻧﺎﻛ ﺎﺸــﻳﺮﻗ نإ

ﻢﻠـﺳو ﻪـﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠـﺻ ﷲا لﻮـﺳر لﺎـﻗ ﻪﺒﻠـﺻ ﰲ رﻮـﻨﻟا ﻚـﻟذ ﻰـﻘﻟأ مدآ ﷲا ﻖـﻠﺧ ﺎـﻤﻠﻓ ﻪﺤﻴﺒﺴـﺘﺑ ﺔﻜﺋﻼﳌا

:

ﷲا ﲏﻄﺒﻫﺄـﻓ

ﺐﻠـﺻ ﰲ ﰊ فﺬــﻗو حﻮــﻧ ﺐﻠـﺻ ﰲ ﲏــﻠﻌﺟو مدآ ﺐﻠـﺻ ﰲ ضرﻷا ﱃإ

بﻼــﺻﻷا ﻦــﻣ ﲏـﻠﻘﻨﻳ ﷲا لﺰــﻳ ﱂ ﰒ ﻢﻴﻫاﺮــﺑإ

Referensi

Dokumen terkait

Adapun program individu utama adalah Pembuatan Video Profil untuk Departemen Elektronika dengan tujuan Untuk membuat video promosi Prodi Elektronika Pertahanan di

Data hasil penelitian gel ekstrak bunga cengkeh pada bakteri Staphylococcus aureus dianalisis menggunakan uji statistik untuk melihat apakah ada perbedaan efektivitas yang

Biaya rute dari suatu kendaraan adalah total dari waktu travel (proposional dengan jarak), waktu tunggu, dan waktu service, yang diperlukan untuk mengunjungi sekumpulan

2   Dalam menentukan dan menghitung besar kedip tegangan yang terjadi pada sistem distribusi tenaga listrik, terutama pada sistem distribusi PLN Bengkulu khususnya pada

Berdasarkan pengamatan mengenai andil masing-masing sektor ekonomi terhadap pembentukan laju pertumbuhan ekonomi Banten pada triwulan II tahun 2014 yang mencapai 5,28

coli H 3 S karena tidak adanya perubahan warna menjadi hitam pada bagian dasar Pada uji indol memberikan hasil positif dimana terlihat berupa cincin merah, bakteri E.coli

“Penggali kebenaran” dimaksudkan sebagai usaha yang serius dan berkelanjutan untuk mampu mengungkap Rencana Strategis Universitas Sanata Dharma 2018-2022:18 kebenaran

sebelumnya pada tahun 2012, sosialisasi GCG ini dilakukan secara offline, dengan mendatangkan pihak Compliance untuk membantu menerangkan cara pengisian boundary