• Tidak ada hasil yang ditemukan

bab6.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "bab6.pdf"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

6. Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya

Kerajaan Khulafah al-Rasyidin

Konsep Khalifah Syarat Tugas

 Khalifah berasal daripada Bahasa Arab bermaksud pengganti.

 Gelaran yang disandang oleh ketua negera Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w.

 Calon lelaki Merdeka dan beragama Islam.

 Mengetahui pengetahuan tentang Islam, mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil dan akhlak yang baik.

 Tubuh yang sempurna, sihat, berfikiran cerdas, warak dan pandai mentadbir.

 Melaksanakan tanggungjawab memelihara

kedudukan agama Islam berasaskan syariat Islam.

 Dalam politik bertanggungjawab melicinkan pentadbiran negara mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh.

 Dalam konteks agama bertanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan

meneruskan ajaran Allah s.w.t yang disampaikan oleh Nabi s.aw

 Bertanggungjawab mengekalkan keharmonian dan mempertahankan kesucian agama Islam.

 Dalam bidang ekonomi, bertanggungjawab

menguruskan perbendaharaan negara dan baitulmal serta mengurus kutipan kharaj, jizyah dan zakat.

(2)

Kaedah Pemilihan Cara Perlantikan

1. Musyawarah atau Syura

 Semasa perlantikan Khalifah Abu Bakar.

 Di Safiqah, bani Saadah hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka.

 Saidina Umar mencadangkan Abu Bakar dan akhirnya dengan persetujuan ramai Abu Bakar dilantik sebagai Khalifah

2. Cadangan Nama.

 Cadangan daripada satu nama oleh khalifah yang terdahulu.

 Contoh perlantikan Saidina Umar telah dicadangkan oleh Abu Bakar sebelum kewafatannya.

3. Pemilihan daripada beberapa calon

 Contoh semasa perlantikan Kahlifah Uthman.

 Seramai enam calon telah dicadangkan dan akhirnya Uthman bin Affan telah dilantik menjadi khalifah. 4. Sekelompok Masyarakat

 Contoh semasa perlantikan Saidina Ali bin Abu Talib.

 Kesemua kaedah tersebut melalui proses syura atau musyawarah di kalangan umat Islam.

 Satu upacara mengangkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah diadakan semasa calon dilantik sebagai khalifah.

 Baiah bermaksud taat setia setia dan kerelaan antara orang yang memerintah dengan orang yang diperintah.

 Perlantikan secara musyawarah atau persetujuan umum setelah dirundingkan pada peringkat tertinggi yang terdiri daripada ahli bijak pandai Islam yang dikenali sebagai ahli syura.

 Proses Syura dan Baiah menjamin perlantikan pemimpin yang berkaliber, berkelayakan dan berhemah tinggi.

 Syura bermaksud permuafakatan atau konsensus.

 Setiap pemimpin yang dipilih mestilah berusaha membawa kecemerlangan dan kebahagian dunia dan akhirat kepada orang yang diperintah.

(3)

SUMBANGAN ABU BAKAR LATAR BELAKANG

 Nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah.

 Dikenali sebagai al-Siddiq (yang membenarkan), kerana beliau sentiasa meyakini kebenaran kata-kata Nabi s.a.w.

 Selepas kewafatan Nabi s.a.w, orang Ansar bercadang melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin menggantikan baginda.

 Atas cadangan Saidina Umar, Abu Bakar dipilih menjadi khalifah kerajaan Islam yang pertama.

ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Menyatukan umat Islam

 Berjaya mengatasi

masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w

 Perpecahan berpunca daripada kewujudan golongan golongan al-Riddah (yang enggan membayar zakat) dan golongan murtad.

 Tindakan tegas beliau telah berjaya

menyatupadukan umat Islam.

Mengatasi ancaman Luar

 Berjaya mengatasi ancaman tentera Rom Timur. dan Parsi.

 Beliau telah menghantar panglima perang , Khalid bin al-Walid menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.

 Kedua-dua ekspedisi ketenteraan ini berjaya mengalahkan musuh Islam.

Melicinkan Urusan Pentadbiran

 Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Jarsh, Bharin, Zabid, Nijran dan Hadhramaut.

 Seorang ketua dilantik mentadbir wilayah ini.

 Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang, undang-undang tanah dan hak mawali.

Mengumpul ayat al-Quran

 Usaha mengumpul ayat al-Quran kerana kematian ramai golongan hafiz semasa menentang golongan al-Riddah.

 Zaid bin Thabit telah diarah mengumpul tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang.

 Sebagai pengiktirafan kejayaan dan sumbangan beliau, Abu Bakar telah digelar “Penyelamat Umat Islam”.

(4)

SUMBANGAN UMAR AL-KATTAB LATAR BELAKANG

 Nama sebenar Umar bin al-Kattab bin Naufal.

 Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang.

 Perlantikannya dicadangkan oleh Abu Bakar ketika Abu Bakar sakit.

 Cadangan telah dipersetujui oleh orang ramai.

 Zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak melakukan pembaharuan dan perubahan

UMAR BIN AL-KATTAB

Politik

 Memperkenalkan dasar perlantikan pegawai.

 Menubuhkan majlis syura dianggotai oleh wakil Ansar dan Muhajirin.

 Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan

melantik gabenor bertindak sebagai pentadbir dan panglima tentera.

 Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.

 Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain, untuk

mengelak salah laku dan dibayar gaji yang tiinggi

Sosial

 Dalam bidang pendidikan, pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat

pembelajaran di Masjid dan menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.

 Contohnya Abu Sufyan dihantar ke kawasan pedalaman untuk mengajar orang Badwi.

 Memperkenalkan Kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun dalam Islam.

Ekonomi

 Membina terusan dan tali air untuk

menambah lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir.

 Rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian.  Menggalakkan rakyat mengusahakan tanah terbiar. . Cukai  Memperkenalkan cukai jizyah terhadap golongan zimmi.

 Mengenakan cukai Kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.

 Baitulmal dibina bertujuan untuk mengurus aliran masuk pendapatan negara melalui system jizyah dan kharaj.

 Kejayaan dan sumbangan Umar, Khalifah Umar telah digelar Amirul Mukminin (Panglima Agung Mukmin)

(5)

SUMBANGAN UTHMAN BIN AFFAN LATAR BELAKANG

 Nama sebenar Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah.

 Berasal daripada keturunan Bani Umaiyah.

 Beliau seorang hartawan yang dermawan, bersifat lemah lembut, bertolak ansur dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukan.

 Digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi s.a.w setelah salah seorang meninggal dunia.

UTHMAN BIN AFFAN

Politik  Berajaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkhand, Cyprus dan Tripoli. . Menyusun al-Quran  Untuk menyelaras

pembacaan al-Quran yang pelbagaidipelbagai

wilayah, Saidina Uthman telah mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

Menyediakan kemudahan

 Khalifah Uthman telah menyediakan

kemudahan awam seperti membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara. Ekonomi  Mempertingkatkan ekonomi dengan memperkukuhkan peranan baitulmal.

 Hasil baitulmal digunakan untuk membiayai pembangunan negara dan memperkuatkan tentera laut seperti membeli kapal dan senjata.

 Cukai jizyah dikekalkan dan merupkan sumber pendapatan baitulmal. CARA PERLANTIKAN

 Cara perlantikan berdasarkan majlis Syura.

 Enam orang dicadangkan termasuk Saidina Uthman dan Saidina Ali bin Abu Talib.

 Selepas kewafatan Umar, undian yang dijalankan menunjukkan kedua-dua calon mendapat undi sama banyak.

 Abd. Rahman bin Auf yang menjadi pengerusi dan dengan persetujuan ramai, Uthman telah dilantik.

(6)

SUMBANGAN ALI BIN ABU TALIB LATAR BELAKANG

 Nama sebenar Ali bin Abu Talib.

 Berasal daripada Bani Hasyim berketurunan Quraisy.

 Merupakan sepupu kepada Nabi s.a.w

 Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanan serta berwatak tegas dan berpengetahuan luas dalam perundangan Islam

ALI BIN ABU TALIB

Sosial

 Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

 Misalnya semasa peperangan Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan, namun apabila pihak lawan telah mengangkat al-Quran, beliau sanggup menghentikan

peperangan dan sedia berunding.

Ekonomi

 Cukai jizyah diteruskan untuk mengembangkan ekonomi

 Ini berdasarkan surat Saidina Ali kepada al-Asytar (gabenor Mausil dan Bandar-bandar lain di Iraq dan Syria)

 Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.

Pertahanan

 Khalifah Ali tidak mengabaikan pertahanan negara dengan membina markas tentera di Parsi dan

di sempadan Syria. CARA PERLANTIKAN

 Dilantik menjadi khalifah selepas Saidina Uthman meninggal dunia.

 Perlantikan Khalifah Ali mendapat suara terbanyak.

 Kepakaran dalam selok belok hukum, telah banyak membantu menyelesaikan masalah.

 Merupakan system pemerintahan selepas kewafatan Nabi.

 Kepimpinan keempat-empat khalifah menitikberatkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara.

 Perpaduan yang kukuh, membolehkan kerajaan Islam Madinah berkembang pesat.

 Kerajaan Islam Madinah berjaya menyaingi empayar Rom dan Parsi.

 keempat-empat khalifah telah menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.

 Mereka berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan dan kebahagaian rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri.

(7)

KERAJAAN BANI UMAIYAH

Pembentukan Kerajaan

 Pentadbiran kerajaan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dilaksanakan oleh kerajaan Bani Umaiyah.

 Perlantikan pemerintah kerajaan Islam mengikut system syura, digantikan dengan system warisan.

 Nama kerajaan ini bersempena keturunan Bani Umaiyah, iaitu Umaiyah bin Abdu Shams bin Abdul Manaf.

PENGASAS

 Muawiyah Bin Abu Abu Sufyan.

 Hassan bin Ali menyerahkan kuasa kepada Muawiyah untuk mengelakkan umat Islam berpecah belah.

Tahap Pertama Tahap Kedua

 Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan.

 Pemerintahan bermula dari tahun 661 M hingga tahun 750 M.

 Pusat pemerintahan berpusat di Damsyik.

 Pada tahap ini pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran khalifah.

 Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil.

 Pemerintahan bermula dari tahun 756 M hingga 1031 M.

 Pusat pemerintahan di Cordova dengan Andalusia menjadi ibu kotanya.

 Pada tahap ini pemimpin Bani Umaiyah menggunakan gelaran amir.

Khalifah Masyhur Bani Umaiyah tahap I

 Muawiyah bin Abu Sufyan 661-680M

 Abdul Malik bin Marwan 685-705 M

 Umar bin Abdul Aziz 717-720 M

 Hisyam bin Abdul Malik 724-743 M

Khalifah Masyhur Bani Umaiyah tahap II

 Abdul Rahman I 756-788 M

 Abdul Rahman II 822-825 M

 Abdul Rahman III 912-961 M

(8)

Politik

 Dalam system pemerintahan dan pentadbiran terdapat empat aspek utama:- i. Perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintahan bagi menggantikan nabi s.a.w

ii. Sistem wazarah, perlantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran negara di peringkat pusat dan gabenor mengetuai sistem pentadbiran wilayah.

iii. Sistem urus setia, iaitu beberapa beberapa orang pegawai dilantik bagi mengumpul rekod dan mengurus surat menyurat.

iv. Sistem hijabah. Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang ingin menemui khalifah.

 Pengurusan dikemaskan lagi dengan penubuhan jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cop mohor Pemerintah.

Sistem Ketenteraan  Tahap pertama pemerintahan, system ketenteraan telah diperkemaskan.

 Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jundi) dibentuk untuk mempertahankan negara.

 Kemudian penubuhan angkatan tentera darat dan laut. Ilmu Pengetahuan

 Ilmu pengetahuan berkembang pesat.

 Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu pengetahuan.

 Lahir ilmuan seperti:-

a. Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) b. Sibawayhi (ahli nahu Arab)

c. Al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabi’ah dan Jamil al-Uzri (Sasterawan)

 Perkembangan ilmu agama seperti:-

a. Urwah bin Zubayr dan Zihat al-Zuhri (hadis) b. Ibn Jarih (tafsir al-Quran)

c. Hassan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin)

(9)

Taraf Kesihatan

 Pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.

 Hospital penyakit Kusta telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.

 Buku rujukan dalam pelbagai bidang ilmu telah diterjemah ke bahasa Arab.

Ibn Nafis, pakar bedah termasyur di Damsyik telah menghasilkan buku al-Shamil fis Sina’ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion kedoktoran) membincangkan teknik pembedahan dan rawatan selepas

pembendahan.

Perundangan  Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunnah atau ijmak Ulamak.

 Hakim mestilah adil dan tidak memihak kepada mana-mana aliran politik atau latar belakang orang yang diadili.

(10)

S U M B A N G A N B A N I U M A I Y A H T A H A P K E D U A Pendidikan

 Pusat pengajian tinggi telah diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah.

 Sebuah perpustakaan telah diasaskan oleh al-Hakam II.

 Pada zaman kedua-dua tokoh ini telah wujud 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia.

 Cordova merupakan pusat kegemilangan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah.

 Selain Cordova. Pusat ilmu telah berkembang di Seville, Toledo dan Granada.

 Pusat penterjemahan dibina untuk menterjemah karya tokoh Yunani ke bahasa Arab di Toledo.

Seni bina

 Terserlah seperti Masjid Cordova yang mempunyai menara setinggi 36 meter.

 Masjid beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293 tiang yang diperbuat daripada marmar.

 Waktu malam masjid ini diterangi oleh 4700 buah lampu dan menggunakan 11 tan minyak setahun untuk tujuan itu.

Baitulmal

 Diwujudkan untuk mengimbangi sumber pendapatan dan perbelanjaan negara.

 Sumber pendapatan kerajaan daripada cukai kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (cukai 1/10 daripada hasil pertanian yang didapati oleh tuan tanah) dan ghanimah (harta rampasan perang)

Ekonomi

 Cordova merupakan pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

 Kemahiran pembuatan tembikar serta perhiasan daripada emas dan perak telah berkembang ekoran daripada perkembangan kegiatan ekonomi.

 Di cordova juga terdapat kegiatan memproses kulit dan membuat senjata.

Pertanian

 Sektor pertanian telah mencapai kemajuan dengan pembinaan system saliran untuk menyuburkan dan memajukan tanah pertanian.

(11)

Sebab kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah Diskriminasi  Diskriminasi terhadap golongan yang bukan berketurunan Arab (mawali) seperti Parsi dan Barbar.

 Mereka tidak mendapat jawatan yang dianggap layak dipegang oleh mereka.

Cukai

 Cukai yang dikenakan tinggi berbanding dengan golongan Arab.  Puak mawali menyokong dan menyertai gerakan menentang pemerintahan Bani Umaiyah

Mengabaikan ajaran Islam

 Akhir zaman kerajaan Bani Umaiyah, para khalifah telah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat, di samping mengabaikan ajaran Islam.

 Sikap mereka telah membangkitkan kemarahan rakyat.

Pemilihan khalifah

 Pemilihan khalifah mengikut system warisan ditentang oleh sebilangan orang Islam.

 Puak Syiah dan Khawarij turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.

(12)

Pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah

 Diasaskan pada tahun 750 M.

 Kerajaan Bani Umaiyah dijatuhkan melalui satu Revolusi.

 Gerakan ini pada awal dilakukan secara sulit dan ditaja oleh Ali bin Abdullah.

 Pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz ia dijalankan secara terbuka.

 Menggunakan keluarga Nabi Muhammad s.a.w (ahlul Bait) untuk mendapat sokongan.

 Khurasan, Kufah dan Humaimah telah dijadikan sebagai pusat operasi.

 Revolusi ini berjaya kerana diperkukuhkan oleh dua orang pahlawan besar iaitu Abu Salamah al-Khallal mengetuai gerakan di Kufah dan Abu Muslim Al-Khurasani menjadi ketua di Khurasan.

 Kerajaan Abbasiyah mengambil sempena nama al-Abbas, iaitu nama bapa saudara Nabi s.a.w

 Pemilihan khalifah berdasarkan kepada system warisan atau system monarki.

 Pada zaman Abu Jaafar al-Mansur pemerintahan berpindah dari Damsyik ke Baghdad.

 Kerajaan Bani Abbasiyah berakhir pada tahun 1258.

 Tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu telah berjaya menawan ibu kota kerajaan Abbasiyah.

(13)

S U M B A N G A N B A N I A B B A S I Y A H Pendidikan

 Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun kota Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu pengetahuan.

 Dianggap sebagai zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.

 Perekembangan ilmu berlaku melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam Bahasa Arab.

 Baitul Hikmah telah dibina di Baghdad. Diasaskan oleh Khalifah Harun berkembang pada zaman al-Makmun.

 Kegiatan utama baitul Hikmah ialah menterjemah karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani.

Penulisan

 Kegiatan penulisan dilakukan secara tiga tahap i. mencatat segala idea atau percakapan

ii. mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi s.a.w ke dalam buku.

iii. Mengarang, dilakukan dengan lebih teliti kerana segala yang dicatat diatur ke dalam bahagian dan bab yang tertentu, serta berbeza antara satu sama lain.

Penglibatan Ulama

 Pada zaman Bani Abbasiyah, ulama terlibat dalam bidang penulisan.

 Ramai ulama menyusun hadis menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir sejarah dan lain-lain lagi.

 Antara ulama tersebut Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta’), Ibn Ishaq (penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’I, dan Imam Ahmad bin Abn Hanbal.

Perkembangan Intelektual

 Berlaku penterjemahan yang dibuat daripada bahasa Sanskrit, Yunani dan Suriani.

 Orang Islam bukan sahaja menterjemah tetapi juga mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah.

 Memeilhara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan pada zaman gelap (kurang menghargai ilmu pengetahuan)

 Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi telah mempertingkatkan kegiatan penyelidikan hingga terdapat hasil karya sarjana Islam sampai ke Eropah.

(14)

Pembentukan

Kerajaan Turki Uthmaniyah

Pengasas

 Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah

 Uthman ialah gabenor Saljuk di barat Anatolia yang bersempadan dengan Byzantine (Rom Timur).

 Pada tahun 1301, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine.

 Kemenangan ini menyebabkan ramai pahlawan tentera dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman memperluaskan kuasa.

Perluasan Kuasa

 Uthman Menakluki kawasan Anatolia dan menjadikan Bursa sebagai ibu negeri.

 Orhan I berjaya menguasai kawasan Marmara dan Pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli.

 Pada zaman pemerintahan Murad I dan Bayezid I, berjaya menguasai kawasan Balkan selatan dan Utara Bulgaria, Sofia, Philippopolis, Salonica, Kosovo, utara Albania dan Wallachia.

 Semasa pemerintahan Mehmed II, berjaya menakluk Istanbul (Constantinople) ibu negeri Rom Timur pada tahun 1453.

 Pengukuhan Empayar Uthmaniyah bermula daripada zaman Mehmed II 1453, hinggalah ketarikh kematian Suleiman I pada tahun 1566.

Kemerosotan

 Empayar Turki Uthmaniyah berlanjutan hingga ke awal abad ke-20.

 Penguasaan ekonomi dan politik tidak sekuat abad ke-16.

 Antara sebab kemerosotannya ialah pemimpin yang lemah, keruntuhan system pungutan cukai, pemberontakan dan pertambahan penduduk yang pesat sehingga sukar dikawal.

(15)

S U M B A N G A N K E R A J A A N U T H M A N I Y A H Perundangan

 Suleiman I memperkenalkan system perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengenal bangsa dan agama.

Ilmu Pengetahuan

 Sistem pendidikan Uthmaniyah yang sangat berpengaruh ialah system Madrasah.

 Sistem pendidikan lain yang berpengaruh ialah sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

 Golongan intelektual zaman Uthmaniyah menyumbang kepada penulisan ensiklopedia.

 Kerajaan Uthmaniyah telah menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.

 Sumbangan Uthmaniyah yang berkekalan sehingga hari ini ialah seni bina masjid. Susun Lapis Masyarakat

 Golongan atasan Eropah mengamalkan susun lapis masyarakat berasaskan keturunan.

 Setelah Uthmaniyah menakluk Balkan, Uthmaniyah menggalakkan kecemerlangan individu.

 Oleh itu, susun lapis masyarakat berasaskan kepada usaha setiap individu (mobility social yang lebih luas) Pentadbiran Undang-undang

 Memberi sumbangan besar dalam system organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.

 Jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebagai sebahagian organisasi pentadbiran Islam.

 Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam (ketua ulama) untuk mengeluarkan fatwa.

 Koleksi fatwa Sheik-ul-Islam pada zaman Uthmaniyah merupakan sumbangan utama kepada agama dan sains undang-undang.

Ekonomi

 Kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan jalinan perdagangan antara Timur dan Barat serta antara dunia Islam dengan dunia Barat.

 Jalinan perdagangan meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Lautan Hindi dan Laut Maditeranean.

 Jalinan pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan Uthmaniyah telah membentuk Jalinan Perdagangan dunia Islam berpusat di Istanbul.

(16)

Faktor Huraian Kejatuhan

Constantinople

 Islam tersebar secara meluas dan menjadi kukuh terutama di Sicily dan Selatan Sepanyol.

 Penaklukan Constantinople oleh Mehmed al-Fateh pada tahun 1453, menandakan penyebaran Islam di kawasan Eropah Timur (Balkan)

Akidah  Akidah yang kukuh dan tinggi di kalangan orang Islam merupakan tunjang utama penyebaran Islam ke Eropah.

 Tentera Islam mempunyai semangat Ghazi (semangat kepahlawanan yang tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran Islam)

Sistem Ketenteraan  Sistem ketenteraan yang tersusun dan penggunaan peralatan moden.

 Tentera berkuda dan unit infantry yang kuat serta unit Janissari (kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok belok peperangan)

 Mempunyai senjata moden dan meriam besar. Peralatan senjata moden ini sangat membantu dasar perluasan kuasa Uthmaniyah seperti penaklukan Constantinople.

 Kerajaan Uthmaniyah mempunyai angkatan laut yang kuat Semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni, armada kapal Uthmaniyah mempunyai 300 kapal digunakan untuk mengawal laut Mediteranean.

Politik Eropah  Keadaan Politik Eropah yang tidak stabil, akibat daripada pertelingkahan dan peperangan.

Kejatuhan Byzantine  Kelemahan dan kejatuhan Byzantine (Rom Timur) memudahkan penyebaran Islam ke Eropah.

 Institusi Gereja (Gereja Greek Ortodoks) tidak menjadi pelindung kepada masyarakat.

 Institusi Gereja hampir hancur kerana terdapatnya kepincangan seperti penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpin serta kekurangan kewangan untuk beroperasi.

(17)

Dasar diplomasi  Kerajaan Uthmaiyah menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi dari segi dasar politik dan hubungan keagamaan di Eropah.

 Masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk agama Islam.

 Kerajaan Uthmaniyah mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodoks, dan membenarkan gereja Ortodoks melindungi kepentingan masyarakat Kristian di Balkan.

Dasar Sosial Islam  Dasar social Islam yang berdasarkan kepada kecemerlangan individu dan bukannya keturunan.

 Setiap individu memperolehi imbuhan hasil daripada usaha mereka.

 Berbeza dengan system social sebelumnya yang menitikberatkan latar belakang keturunan.

 Kerajaan Uthmaniyah juga membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan untuk rakyat.

 Dasar social yang progresif ini telah menjadi tunjang kepada kejayaan pembentukan masayarakat Islam terutamanya masyarakat Bandar.

Penghijrahan Orang Turki

 Penghijrahan orang Turki dan usaha para pendakwah telah memainkan peranan penting kepada perkembangan Islam di Balkan dan di Eropah.

 Ramai orang Turki telah berhijrah ke kawasan Thrace, Lembah Maritsa, utara Bulgaria dan Albania.

 Orang Turki yang berhijrah ke Balkan telah membina pertempatan di kawasan yang didiami oleh kumpulan Mubaligh Islam (kumpulan Sufi).

 Ajaran kumpulan Sufi yang menekankan toleransi dan asimilasi telah menarik ramai orang Kristian memeluk agama Islam.

 Penyebaran Islam di Balkan yang dimulakan oleh kerajaan Uthmaniyah berterusan hinggalah abad ke-17 dan abad ke-18 sehingga ke kawasan Utara Albania, Montenegro dan Selatan-Barat Macedonia serta Crete.

(18)

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain di Dunia

Cara Pertembungan

Perdagangan dan Perniagaan

 Pertembungan melalui perdagangan dan perniagaan contoh Nabi s.a.w pernah terlibat dalam aktiviti

perniagaan, berniaga hingga ke Syria.

 Orang Islam terlibat dalam perdagangan jarak jauh dan telah mula menetap di Canton, China untuk berdagang.

 Berlaku pertembungan tamadun Islam dengan tamadun China.

Hubungan Diplomatik

 Hubungan diplomatic merupakan cara orang Islam mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir tamadun luar.

 Kerajaan Umaiyah pernah menghantar kumpulan peneroka ke utara Selat Gibraltar di Selatan Sepanyol.

 Mereka bertemu dengan orang bukan Islam seperti di Cordova, Valencia dan Rhonda.

 Hubungan diplomatic dengan kawasan-kawasan tersebut membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang Islam dengan orang bukan Islam tentang cara hidup, keagamaan, pandangan politik, ekonomi dan pentadbiran.

Penaklukan dan Ketenteraan

 Semasa menjalankan dasar perluasan kuasa dan penyebaran Islam, kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah telah membentuk ekspidisi ketenteraan.

 Apabila tentera Islam memasuki Iraq dan Iran, berlaku pertembungan tamadun Islam dan Parsi.

 Apabila tentera Islam menakluk Mesir dan Utara Afrika, berlaku pertembungan dengan tamadun Eropah (Rom).

 Tamadun ini saling mempengaruhi. Berlaku interaksi dan asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain..

Kebudayaan

 Pertembungan kebudayaan contoh kemasukan Islam ke Sepanyol membawa kepada kemunculan kebudayaan baru.

 Bahasa Arab menjadi bahasa utama di Sepanyol.

 Lahir golongan Mazarab (orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab).

Intelektual

 Pertembungan intelektual berlaku di antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.

 Ilmuan Islam telah berjaya mendalami ilmu dan keilmuan tamadun Eropah.

 Ilmuan Islam telah berjaya

memperkembangkan lagi keilmuan tersebut menurut perspektif Islam.

(19)

Kesan Huraian Sumbangan dari segi

keagamaan

 Islam mengubah system kehidupan penganutnya dan orang di bawah taklukannya.

 Islam membawa nilai akidah yang sangat penting iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t

 Islam menyediakan perundangannya berdasarkan al-Quran dan Hadis untuk panduan dan pedoman penganutnya.

 Islam yang berasaskan akidah dan syariah mudah diterima kerana bersifat sarwajagat tanpa batasan kaum dan geografi.

 Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat.

Perluasan kawasan penyebaran Islam

 Kesan utama pertembungan ialah perluasan kawasan penyebaran Islam dan wilayah yang diperintah oleh orang Islam.

Politik  Lahir pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dalam dunia Islam seperti Kesultanan Delhi di India.

 Di China wujud masyarakat Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini..

 Kerajaan Islam mengamalkan system kerajaan pusat yang kuat walaupun mempunyai perbezaan dari segi organisasi dan institusi.

 Walaupun terdapat perbezaan namun dari segi amalan politik sama kerana berasaskan akidah dan syariah.

Ekonomi  Perluasan kuasa dan wilayah membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutama dari segi perdagangan.

 Pemerintah Islam memastikan laluan perdagangan wilayah naungannya selamat, contohnya kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada laut untuk memastikan keselamatan kapal-kapal dagang.

 Pusat kegiatan ekonomi Islam meliputi kawasan seperti Aden, Siraf, Basra, Iskandariah dan Istanbul.

 Pedagang Islam menguasai perdagangan di seluruh dunia seprti laut Mediteranean, Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut China Selatan.

Kesan Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain

(20)

Proses Urbanisasi  Kesan perkembangan Islam di Eropah mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi social.

 Kearajaan Islam menyelaras undang-undang yang saksama di wilayah naungannya seperti di kawasan Balkan semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Kebudayaan  Kesan utama pertembungan tamadun dalam perkembangan social masyarakat dunia ialah dari segi kebudayaan dan intelektual.

 Dari segi kebudayaan, orang Islam mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum dengan menekankan pendidikan agama dan akademik merangkumi bidang sains,

matematik dan teknologi.

 Pada zaman Abbasiyah, pelajar di institusi pembelajaran Islam diwajibkan juga mempelajari ilmu mantic, matematik, geografi, sejarah, sains fizikal dan biologi.

 Pada zaman Umaiyah di Sepanyol, orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam ( selain bertutur bahasa Arab, mereka berpakaian seperti orang Islam).

 Tatasusila kehidupan orang Islam mempengaruhi kehidupan orang Eropah dan berterusan sehingga ke pertengahan Zaman Renaissance. Peranan ini dimainkan oleh golongan Mudejar.

penterjemahan  Perkembangan penterjemahan orang Islam dipertingkatkan lagi dengan penubuhan baitulhikmah pada zaman khalifah Harun al-Rasyid.

 Baitulhikmah menyimpan hasil penulisan tamadun lain dan membolehkan sarjana Islam membuat kajian.

 Pertejemahan hasil karya tamadun bukan Islam telah menghasilkan budaya ilmu dan intelektual yang sangat tinggi di kalangan orang Islam.

(21)

Ilmu Pengetahuan  Zaman kemuncak keilmuan Islam berlangsung kira-kira lima abad, melahirkan ramai golongan ilmuan Islam dan pelbagai bidang ilmu.

Perubatan  Zakaria al-Razi menyumbangkan kepentingan perubatan klinikal.

 Menghasilkan 20 karya termasuk kitab al-Hawi sebuah ensiklopedia

 Menterjemah hasil karya Galen, ahli perubatan Greek.

 Al-Zahrawi sangat arif dalam kajian perubatan dan farmasi.

Matematik dan astronomi  Cendekiawan Islam yang terkemuka dalam bidanang matematik dan astronomi seperti al-Khawarizmi, al-Batani, Ibn Ishaq al-Biruji dan al-Bitruni.

Undang-undang dan pemikiran

 Cendekiawan Islam seperti al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardi telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang undang-undang dan dan pemikiran politik.

 Hasil karya mereka memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan pemikiran politik dan perundangan dalam sejarah orang Islam dan dunia Barat.

Falsafah dan mantic  Cendekiawan yang sangat disegani dalam bidang falsafah dan ilmu mantic termasuklah Ibn Sina al-Kindi, Fakhr al-Din, Al-Razi, Ibn-Arabi, Ibn Rushd dan Imam al-Ghazali.

 Mereka memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan pemikiran Usuluddin, falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran agama.

(22)

Seni bina  Keindahan seni ukir dan seni bina Islam terdapat di Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul dan Istana al-Hambra di Granada, melambangkan ketinggian martabat tamadun Islam.

 Kebanyakan tema nilai seni Islam memaparkan elemen-elemen yang terdapat di dalam kepercayaan tauhid dan akidah Islamiyah.

Kesusasteraan Islam  Penulis puisi dan novel yang agung dalam sejarah persuratan manusia ialah Omar Khayyam yang menulis Ruba’iyah dan al-Jahiz yang terkenal dengan kitab al-Bayan.

 Jalal ad-Din banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan.

 Rabi’ah al-Adawiah pemuisi wanita banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan Tuhan.

Pelayaran  Ibn Battuta mengembara ke China, India dan Afrika.

 Ibn Battuta mencatatkan penerokaan di kawasan yang dilawati dan hasil tulisannya menjadi rujukan sejarawan sehingga kini.

 Al-Mascudi mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika.

 Ibn-Fadhlan telah mengembara ke utara Eropah.

Keilmuan Islam  Keilmuan Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran, system politik dan social.

 Masyarakat Eropah memanfaatkan keilmuan Islam dan berjaya membawa mereka keluar daripada zaman kegelapan.

 Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam oleh ilmuan Islam berjaya membawa tamadun Islam ke puncak kecemerlangan dari abad ke-8 hingga ke13.

(23)

Referensi

Dokumen terkait

Lalu ganti baterai dengan sel surya yang dipapari dengan cahaya lampu untuk percobaan pertama dan sinar matahari untuk percobaan kedua, data yang dibutuhkan

menyampaikan misi dakwah, caranya kaku, menakutkan, emosional, terlalu banyak menyalahkan dan menebar ancaman. Kekerasan mengatasnamakan agama dapat disebut dengan

Berdasarkan hasil penelitian, maka dapat disimpulkan bahwa fear of success (ke - takutan akan kesuksesan pada perempuan yang bekerja dapat ditinjau dari konflik peran ganda

Hasil penelitian menunjukkan bahwa adsorpsi menggunakan karbon aktif yang dimodifikasi dapat menurunkan kadar CO 2 sebesar 67,5% sedangkan karbon aktif tanpa

Selama penghitungan fisik persediaan, auditor harus memastikan bahwa pengendalian atas prosedur pemasukan dan pengeluaran barang atau pergerakan intern barang selama

dari ketentuan pasal tersebut, dapat ditarik kesimpulan bahwa peran Dinas Perhubungan (DLLAJR) dalam menertibkan aturan lalu lintas angkutan umum adalah suatu

Dalam Direktorat Tenaga Kependidikan “Strategi pembelajaran ekspositori adalah strategi pembelajaran yang menekankan kepada proses penyampaian materi secara verbal

SOSIAL DALAM BERINTERAKSI SOSIAL SOSIAL DALAM BERINTERAKSI SOSIAL DENGAN ORANG LAIN YANG BERSIFAT DENGAN ORANG LAIN YANG BERSIFAT SOSIAL DALAM BERINTERAKSI SOSIAL SOSIAL