• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh assignment Matematik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh assignment Matematik"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER /SEMESTER : SEPTEMBER 2014 SEMESTER

KOD KURSUS/COURSE CODE : HBMT3203

TAJUK KURSUS/COURSE TITLE : PENGAJARAN MATEMATIK

SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN IV

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : UNIVERSITI TERBUKA

(2)

NO

NO PERKARA PERKARA MUKA SURAT MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 3-4 2.0 3.0 4.0

Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah.

5-12 5-12 Maklumat Carian Internet: Artikel-artikel Penggunaan

Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah.

16-27 16-27 Aktiviti Pengajaran Bentuk Dan Ruang Dengan

menggabungkan Teknologi Terkini.

13-15 5.0 Kesimpulan. 28 6.o Lampiran. 7.0 Bibliografi. 29-3029-30 31

(3)

1.0 Pengenalan

Kanak-kanak sekolah sekarang sentiasa dikelilingi dan dipenuhi dengan teknologi, penggunaan komputer, telefon pintar, melayari laman web di internet telah menjadi sesuatu kebiasaan dan telah dapat dikuasai sejak mereka kecil lagi. Sebagai warga pendidik Matematik di sekolah kita perlu meningkatkan keprofesionalisme sendiri dalam tahap penguasaan penggunaan pelbagai perisian dan alat teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik untuk memenuhi keperluan dan permintaan kanak-kanak di sekolah rendah lagi.

Menurut Fatimah&Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989, kurikulum matematik tidak dapat lari daripada arus perkembangan teknologi. Cockcroft(1982) juga menyarankan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran matematik dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik dan merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Multimedia yang membenarkan integrasi dan manulasi video, audio, teks, grafik dan animasi dapat memudahkan dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik dan menjadikan aktiviti pembelajaran matematik lebih menarik dan menyeronokan.

Dalam tugasan ini, saya akan melaksanakan carian di internet untuk artikel-artikel mengenai penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Seterusnya cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam penggunaan komputer, telefon pintar, perisian pendidikan, laman web di internet, pakej pembelajaran dan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik rendah di Malaysia akan dibincangkankan secara terperinci. Selain daripada itu, saya juga akan mencadangkan bagaimana saya boleh menggabungkan teknologi terkini untuk merekabentuk satu aktiviti pengajaran bagi satu topik dalam matematik sekolah rendah, saya akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid tahun 5 dalam topik Bentuk dan Ruang. Saya akan menggunakan teknologi Komputer dan Perisian Matematik dalam aktiviti pengajaran tersebut.

(4)

2.0 Maklumat Carian Internet: Artikel-artikel Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah.

2.1 Artikel Pertama- Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Matematik.(Link:http://www.geocities.ws/pluto_stewart/ARTIKEL_ILMIAL_3.htm) Artikel ini telah menyatakan teknologi elektronik seperti kalkulator dan komputer telah mengubahsuai dan sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Teknologi elektronik ini termasuk kalkulator grafik dan program komputer seperti (The Geometer's Sketchpad ) GSP , MS-EXCEL , The World Wide Web (WWW ) dan program- program yang lain. Kemudahan teknologi elektronik ini dapat mengambarkan idea matematik secara visual, menganalisis data dan mengira dengan cekap dan tepat. Sehubungan itu ia dapat membantu murid-murid dalam membuat pengiraan matematik dalam geometri, stastik, algebra, pengukuran dan nombor. Selain daripada itu, teknologi elektronik ini menolong murid-murid semasa membuat keputusan, membuat refleksi, penaakulan dan menyelesaikan masalah yang melibatkan dalam perkara matematik.

Sebagai guru matematik kita perlu bijak menggunakan alat teknologi untuk membantu murid-murid mempelajari idea-idea matematik dengan tahap keberkesanan yang maksimum. Guru perlu memperkayakan pembelajaran matematik dengan memilh alat teknologi yang sesuai. Contohnya kalkulator dan komputer boleh mengkaji dan mempersembahkan pelbagai bentuk contoh-contoh penyelesaian masalah jika dibandingkan dengan kemampuan asas tangan kita. Teknologi grafik secara visual dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran grafik. Dengan adanya bantuan teknologi maka murid-murid dapat mengkaji dan membuat konjektur dengan lebih tepat dan mudah. Proses pengiraan dan penyelesaian masalah dalam metamatik akan menjadi lebih mudah, ringkas dan tepat, masalah matematik yang tiada penyelesaian dahulu dapat diselesaikan dengan penggunaan alat teknologi yang dicipta sekarang seperti kalkulator dan komputer.

Menurut artikel tersebut, teknologi juga dapat menolong murid-murid dengan memudahkan pemahaman idea-idea matematik yang abstrak dan membantu dalam

(5)

penyiasatan masalah matematik dan menunjukkan maklum balas perubahan bentuk objek atau ukuran secara spontan . Contohnya , pemindahan satu titik pada objek akan mengubah bentuk objek tersebut dalam GSP , perubahan nilai data akan mengubah nilai data berkaitan seterusnya secara spontan dalam MS-EXCEL. Kaedah pengajaran dan pembelajaran sebegini dapat menggalakan penglibatan murid-murid dan guru dalam kelas secara lebih aktif. Mereka akan saling berbincang tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada objek atau data di atas skrin. Perisian matematik yang dicipta kepelbagaian juga dapat menarik perhatian murid-murid dan mereka akan berasa lebih seronok dan mencabar semasa mengira dan menyelesaikan masalah metamatik dalam kelas.

Teknologi dapat membantu guru dalam menghubungkaitkan perkembangan kemahiran prosedur matematik kepada perkembangan pemahaman matematik secara menyeluruh. Murid-murid dapat memanipulasikan objek-objek atau logo pada skrin komputer yang sebelum ini cuma dapat dibayangkan sahaja. Teknologi geometri akan memudahkan pemahaman penjelmaan objek-objek seperti translasi , putaran , pantulan dan pembesaran. Walaubagaimana pun, menurut artikel teknologi tidak dapat menggantikan peranan guru matematk. Gurulah yang membuat keputusan untuk memilih kaedah teknologi yang paling sesuai dan berdasarkan situasi sekolah serta keperluan murid-murid. Satu konsep yang penting di sini ialah guru matematik bukan mengajar murid-murid menguasai ilmu penggunaan teknologi tetapi mengajar murid-murid memahami konsep-konsep matematik dan kaedah penyelesaian masalah metamatik dengan bantuan alat teknologi yang sesuai supaya hasil dapatan pengajaran dan pembelajaran matematik lebih berkesan dan lebih seronok.

Secara kesimpulannya, Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus beruasaha mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik mejelang abad ke-21 ini untuk merealisasikan wasawan 2020. Guru-guru sebagai pelaksana yang paling utama perlu mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan penguasaan kendiri dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik supaya murid-murid dapat mencapai tahap maksimum dalam mata pelajaran matematik.

(6)

2.2 Artikel Kedua-Penggunaan Internet Dan Komputer Dalam Pendidikan Matematik.

(Link:http://mujahid.tripod.com/penggunaan_internet.html)

Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

 Murid-murid yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih berkeyakinan terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

 Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu murid-murid memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan lebih berkesan.

 Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir telah menunjukkan peningkatan yang baik.

 Pengajaran dan pembelajaran matematik berbantukan komputer membantu murid-murid mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Teknologi yang merangkumi penggunaan internet merupakansalah satu sumber yang sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) membolehkan pelajar mencari maklumat matematik yang berguna dan pelbagai latihan online untuk memperkukuhkan penguasaan matematik di kalangan pelajar. Internet yang membekalkan pelbagai kemudahan seperti Mel Elektronik, Face Book, Laman Web(WWW), Internet Relay Chat(IRC), Telnet, File Transfer Protocal(FTP) dapat membantu guru-guru dan murid-murid mencari pelbagai

(7)

perisian matemetik dan beratus ribu latihan tubi matematik. Ini termasuk pelbagai jenis permainan matematik yang dapat merangsangkan kemahiran berfikir murid-murid serta meningkatkan keyakinan dan keseronokan semasa belajar matematik di kalangan murid. Antara contoh-contoh laman web yang dapat menjdi sebagai sumber dan membantu para guru dan murid semasa menyelesaikan masalah matematik ialah: http://www.col-ed.org/smcnws/studentdirections.html -Mathematics problem solving student directions dan http://Virtual chattanooga.net/math/article3.html.

Perisian matematik (mathematics software) adalah satu alat teknologi yang sangat berkesan dan membantu pengajaran dan pembelajaran sesuatu konsep matematik dan penguasaan kemahiran matematik. Perisian matematik ini digunakan sama ada secara online atau dimuat turun ke komputer peribadi. Ianya mudah digunakan dan merangkumi banyak topik metametik. Contohnya ialah Math Sofware :http:// forum. Swarthmore. Edu/ steve/ mathsoftware.html.

Kesimpulannya, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik merupakan satu aliran yang semakin popular dan penting kerana keberkesanannya yang begitu ketara. Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia. Guru perlu memain peranan penting supaya berbijaksana memilih kaedah teknologi yang sesuai dengan situasi dan keperluan murid-murid semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik.

(8)

2.3 Artikel Ketiga-Pengajaran Pembelajaran Matematik Dan Teknologi.(Link

http://www.oocities.org/uranus_stewart/ilmiahyam.htm)

Perkembangan teknologi telah mengubahsuai corak hidup kita masa kini. Mengikut pengarang buku “Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum” (National Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah :

› pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan idea-idea baru yang canggih.

› ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru.

› perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif.

› pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisis dan menerokai penyelesaiaan masalah mereka.

Teknologi seperti kalkulator, komputer, internet, perisian dan sebagainya merupakan alatan penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam penyelesaian masalah matematik. Alatan ini membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik dan mempermudahkan cara prosedur pengiraan untuk mengatur dan menganalisa data. Selain daripada itu, alatan teknologi dapat menyokong penyiasatan dan penorekaan yang dijalankam oleh murid-murid dalam semua aspek matematik seperti aspek geometri, stastik, algebra dan nombor. Perlaksanaan kaedah teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu murid-murid lebih menumpu perhatian dan berasa seronok apabila membuat keputusan atai kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah metamatik.

(9)

Menurut Dunham dan Dick, 1994; sheetes 1993; Bores-van Oosterum 1990; Rojano 1996;Groves 1994, murid-murid dapat belajar lebih banyak dan lebih mendalam serta terperinci jika menggunakan teknologi yang sesuai. Sehubungan itu, teknologi memainkan peranan yang penting di dalam proses membuat, menilai serta memurnikan sesuatu konjektur bersama-sama dengan aspek pembelajaran dan penaakulan matematik yang lain memandangkan membuat dan menguji konjektur adalah asas kepada pembuktian dalam matematik.

Teknologi dapat membantu warga guru untuk memilih dan mengubahsuai tatacara proses pembelajaran mengikut pelbagai keperluan murid-murid. Kaedah perisian matematik dan alat teknologi mengajar matematik dapat menarik perhatian semula kepada murid-murid yang tidak suka matematik dan mudah diganggu penumpuan semasa di bilik darjah. Teknologi bukan hanya setakat mempengaruhi bagamanakah matematik diajar dan dibelajari tetapi juga, mempengaruhi apakah yang patut diajar serta bilakah topik itu diajar. Dengan kaedah teknologi yang sesuai, murid-murid boleh meneroka dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor-nombor besar, ataupun mereka dapat menyiasat ciri-ciri bagi bentuk-bentuk dengan menggunakan perisian dinamik geometri dan mengatur dan menganalisa set data yang besar.

Kesimpulannya, keberkesanan penggunaan teknologi mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik, guru perlu menggunakan teknologi untuk menarik perhatian murid-murid terhadap matematik dengan memilih dan membina tugasan-tugasan metametik yang bernas dan seterusnya memantau dan menilai perkembangan mereka dalam pembelajaran. Langkah menambahbaik dan mengubahsuai alat teknologi perlu dijalankan dari masa ke semasa supaya dapat memenuhi perkembangan dan keperluan sebenarnya di kalangan murid.

(10)

2.4Artikel Ke empat-Penggunaan Teknologi Dalam Matematik.

( Link-http://www.geocities.ws/pluto_stewart/tugasan_ilmiah2.htm)

Penggunaan teknologi merupakan salah satu komponen pengurusan Sekolah Bestari yang bertujuan mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran, ia adalah sebagai alat pemprosesan maklumat dan produktiviti serta meningkatkan produktiviti profesional dan merealisasikan wawasan 2020.Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran metamatik dapat menghasilkan golongan pelajar yang mampu bersaing dan menghadapi cabaran pada abad ke 21. Guru perlu memian peranan sebagai fasilitator untuk membimbing murid-murid bagaimana menggunakan teknologi secara optimum dan seterusnya untuk menyiasat, meneroka dan membina konsep matematik.

Menurut kajian yang dilakukan ( Al Ghamdi, 1987; Mc Coy, 1991; Chazan,1988; Henderson and Landersman, 1992; Funkhouser, 1993 ) mendapati bahawa perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan efektif. Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan beberapa aplikasi seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Sehubungan itu, penggunaan perisian seperti microsoft-excell, microsoft-word, microsoft powerpoint juga dapat menarik minat pelajar terhadap matematik. komputer juga merupakan salah satu alat teknologi utama yang dapat menarik minat murid-murid serta mempelbagaikan teknik dan kaedah penyampaian guru matematik. Permainan matematik melalui komputer dan internet merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik yang paling digemari oleh murid-murid.

Spreadsheet digunakan untuk mengira masalah matematik yang kompleks, penjadualan, meneroka dan memplot fungsi, meneroka kebarangkalian dan statistik, menyelesaikan masalah melalui modeling dan meneroka penjelmaan geometri. Dengan adanya perisian spreadsheet, pelajar boleh mencari penyelesaian bagi sesuatu graf dengan mudah. Kalkulator grafik pula membantu guru dan murid mengira nombor perpuluhan, pecahan dan nombor-nombor yang kompleks. Kalkulator grafik juga mempunyai kemudahan manipulasi simbolik untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah

(11)

-masalah yang berkaitan dengan algebra seperti pengembangan, pemfaktoran, kebarangkalian , integrasi dan matriks. Selain daripada itu, Kalkulator grafik juga berfungsi untuk mempamerkan asas data dan asas formula bagi mempercepatkan proses semasa menyelesaiakan graf fungsi dan carta.

Perisian Geometer's Sketchpad pula digunakan untuk membantu guru matematik mengajar topik geometri supaya membantu pelajar menguasai tiga peringkat awal dalam pemahaman konsep geometri, iaitu membuat visualisasi, membuat penerokaan dan penyiasatan , membuat analisis dan membuat deduksi secara informal. GSP juga membantu pelajar melihat sendiri tentang cara dan bagaimana sesuatu bentuk geometri dibina dan seterusnya menentukan sifat-sifat geometri.

Kesimpulannya, semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran matematik, guru matematik perlu bijik memilih kaedah teknologi yang sesuai berdasarkan situasi seperti topik apa yang ingin diajar dan kemudahan yang ada di sekolah. Guru matematik juga perlu mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dengan kaedah berpusatkan murid di mana mementingkan penglibatan murid dalam aktiviti tersebut. Guru juga pelu sedar supaya mementingkan pedagogi tetapi bukan teknologi.

(12)

3.0 Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah.

Setiap orang guru mempunyai gaya, teknik serta kebolehan yang tersendiri, ianya bergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima (Shaharir, 1984), semasa menjalankan kaedah penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik pasti kita akan menghadapi cabaran-cabaran tertentu .

Cabaran yang paling utama ialah kekurangan kemahiran dan kurang keyakinan terhadap guru sendiri dalam penggunaan teknologi untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran matematik. Punca utama fenomenena sedemikian disebabkan kebanyakkan guru tidak menerima latihan dan peluang untuk mendedahkan diri dalam bidang penggunaan teknologi untuk perlakasaan kulikulum juga kurang. Mengikut Zoraini (2000), dalam proses perlaksanaan program berasaskan komputer di sekolah, guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya dilakukan dengan tergesa-gesa, guru tidak dapat menguasai kemahiran yang sepenuhnya semasa menggunakan program teknologi untuk mengajar matematik di bilik darjah. Selain daripada itu, proses memahirkan guru untuk menjayakan program penggunaan teknologi memerlukan kos dan memakan masa yang panjang.

Kemudahan komputer dan alat teknologi berkaitan yang tidak cukup juga menyebabkan guru tidak minat dan tidak dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik berpandukan teknologi. Ini berlaku khasnya di sekolah yang terletak di jauh luar bandar yang mengalami masalah kekurangan komputer dan juga masalah bekalan kuasa elektrik. Lagipun kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti LCD yang tidak berfungsi dan bilangan bilik multimedia yang terhad juga menjadi cabaran kepada guru matematik yang ingin mengajar dengan bantuan alat teknologi.

Masalah perisian kursus juga menjadi salah satu cabaran dalm perbincangan ini. Perisian kursus matemetik yang memerlukan komputer berfikir sebelum bertindak sukar dibangunkan ( Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda alias,1996). Kebanyakan perisian kursus pada hari ini tidak mempunyai cirikep intaran. Lazimnya

(13)

perisian itu tidak mampu membezakan input pelajar yang hampir sama ataupun yang mempunyai maksud yang sama. Pembelajaran matematik melalui komputer pada masa kini lebih tertumbu kepada tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Fenomena sedemikian disebabkan perisian kursus matematik yang berkualiti sangat sukar untuk dihasilkan. Ia melibatkan beratus-ratus jam dengan tenaga yang cukup mahir. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir merupakan penghalang utama untuk menghasilkan perisian kursus yang berkualiti ( Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda alias,1996). Maka ini turut mempengaruhi kualiti kandungan matematik yang disampaikan di bilik darjah dengan menggunakan perisian kursus tersebut.

Masalah kos yang tinggi dan kesuntukkan sumber peruntukan dalam bekalan alat teknologi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi suatu halangan utama sepanjang masa. Ini termasuk telefon pintar yang berkualiti dan berfungsi baik tetapi mahal sukar dimiliki oleh setiap murid atau warga guru walaupun telefon pintar merupakan suatu alat teknologi yang begitu menarik perhatian murid. Telefon pintar boleh dipasang pelbagai aplikasi matematik yang canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, Ios atau Window Phone. Tetapi penggunaannya di kalangan warga pendidik masih terhad kerana kemahiran menggunakan aplikasi tersebut masih tidak cukup matang kerana kekurangan pendedahan dan latihan, lagipun telefon pintar yang berkualti melibatkan kos beribu-ribu ringgit dan tidak mampu dimiliki oleh setiap warga murid dan juga warga pendidik. Lagipun terdapat juga risiko apabila sebilangan pelajat yang menggunakan telefon pintar untuk mengakses laman pornografi di sekolah dan menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan pelajar dan seterusnya mendatangkan implikasi yang negatif kepada masyarakat umum.

Sikap warga guru yang tidak ingin membukakan fikiran sendiri supaya menerima cabaran teknologi terkini juga merupakan satu halangan dalam pelaksanaan corak pendidikan yang berpandukan teknologi. Masih terdapat golongan guru yang mengekalkan amalan pengajaran dan pembelajaran matematik dengan menggunakan‘ chalk and talk ’sahaja. Guru perlu sedar sebagai warga pendidik zaman yang disekelingi teknologi ini, guru

(14)

perlu berusaha menguasai kemahiran teknologi dan menjadikan alat teknologi sebagai alat membantu mengajar yang menarik semasa mengajar matematik. Menurut Zol (2001), ketiadaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) yang menarik merupakan punca pelajar selalu menghadapi masalah yang serius untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Maka guru perlu berubah sikap dan bersedia menerima cabaran yang perlu ditempuhi. Laman web di internet membantu guru matematik untuk menerbitkan rancangan mengajar serta tugasan matematik bernas, mencari bahan pengajaran atau sebarang penulisan yang boleh membantu guru matematik melaksanakan pengajaran matematik secara efektif dan inovatif. Namun terdapat juga cabaran dan halangan dalam pelaksanaan dan penggunaannya, walaupun terdapat beberapa laman web yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk rekreasi matematik yang meliputi pelbagai topik dan tahap pelajar tetapi ia tidak dapat dilayari kerana masalah kemampuan keupayaan komputer yang mampu mengakses internet .

Kesimpulannya, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh warga guru matematik dalam penggunaan pelbagai alat teknologi seperti mana yang dibincangkan di atas perlu ditempuhi dan diselesaikan dengan sikap warga guru sendiri yang positif dan bersedia menerima segala cabaran serta terus berusaha menambahbaik kaedah pengajaran sendiri untuk menghasilkan kandungan pembelajaran yang berkualiti.

(15)

4.0 Aktiviti Pengajaran Bentuk Dan Ruang Dengan menggabungkan Teknologi Terkini.

Kelas:5C

Tahap Pencapaian Akademik: Sederhana. Bilangan Murid:25 orang

1)Tajuk: Bentuk Dan Ruang: Perimeter Dan Luas. 2)Masa:8:20a.m.-9:20a.m.

3)Hasil Pengajaran dan Pembelajaran:

a) Murid-murid dapat mengenali jenis bentuk 2D dan menyatakan jenis bentuk 2D yang ditunjukkan dengan tepat iaitu: segiempat tepat sama, segiempat sama,segitiga dan bulatan.

b)Murid dapat mengira perimeter sesuatu bentuk 2D dengan tepat. c) Murid-murid dapat menyatakan cara mengira luas sesuatu bentuk 2D. d) Murid-murid dapat mengira luas sesuatu bentuk 2D dengan tepat.

4)Alat Membantu Mengajar: Komputer, LCD Projector, Perisian Matematik Hak Cipta Syarikat Dynamik Miri, Roll Meter( meter kelos).

(16)

Langkah-langkah p&p:

Set Induksi

1) Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan diminta mengukur panjang dan lebar kelas dalam cm. Guru mengagihkan roll meter kepada setiap kumpulan untuk mengukur kepanjangan kelas dan mengisikan keputusan pengukuran dalam borang yang disediakan.

2) Guru membandingkan keputusan pengukuran kepanjangan kelas antara kumpulan. Selepas itu guru sendiri mengukur sekali lagi dengan bantuan ketua kelas dan

mengumumkan panjang dan lebar kelas sebenarnya. Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran:

(17)

2) Sebelum memulakan penerangan , guru menyuruh murid memberi pelbagai contoh bentuk objek yang terdapat di sekelilingi mereka: meja, tingkap, papan hitam, skrin komputer, kipas dan sebagainya.

3) Guru mengenali pelbagai jenis bentuk 2D dengan menggunakan perisian matematik yang disediakan:

(18)

4) Guru menerangkan maksud perimeter dan cara mengira perimeter sesuatu bentuk 2D dengan aktitiviti-aktiviti pengkukuhan melalui perisisian matematik :

(19)

-Guru akan menerangkan cara mencari perimeter bagi sesuatu bentuk 2D dengan teliti dengan bantuan alat teknologi iaitu komputer dan perisian matematik.

(20)

-Selepas itu, guru memulakan altiviti mengira perimeter bentuk 2D melalui perisian matematik yang bersuara dan menarik:

-Guru menyuruh murid datang ke hadapan untuk cuba menyelesaikan masalah yang terkandung dalam aktiviti perisian matematik, jika jawapan betul maka sebiji mentol yang bersinar akan wujud sebagai tanda pujian kepada murid tersebut.

(21)

-Selepas pelbagai aktiviti perisian matematik tersebut dijalankan, maka guru teruskan aktiviti mencari perimeter yang lebih mencabar melalui perisisan matematik:

(22)

5) Guru teruskan pengajaran berasaskan perisian matematik yang berkaitan dengan luas sesuatu bentuk 2D:

(23)

Guru menerangkan cara mengira luas bagi segiempat sama tersebut ialah : Luas= Panjang x Lebar

= 6cm x 6cm = 36 cm²

-Selepas itu guru menerangkan cara mengira luas bagi 2 bentuk 2D yang bergabung dengan bantuan perisian matematik yang mempunyai gambar warna dan suara bunyi yang menarik perhatian murid-murid:

(24)

-Guru seterusnya memulakan altiviti mengira luas bentuk 2D melalui perisian matematik yang bersuara dan menarik:

-Guru memimpin murid-murid mencari luas bag kedua-dua bentuk 2D di atas dengan darabkan panjang kepada lebar, selepas itu tambahkan kedua-kedua luas dan hasilkan jawapan 57 cm²

(25)

-Guru teruskan menyuruh murid tampil ke hadapan untuk menjawap soalan mengira luas yang dikemukan oleh perisian matematik.Komputer akan menghasilkan kata pujian jika murid tersebut memberi jawapan yang betul dan menyuruh murid cuba ekali lagi jika memberi jawapan salah.

6) Seterusnya guru memberi kesimpulan pengajaran dan pembelajaran tentang bentuk dan ruang dengan bantuan perisian matematik:

-Jenis Bentuk 2D -Perimeter Bentuk 2D

(26)

7) Aktiviti Pengkukuhan: (Soalan 1a dan 1b )

( Soalan 2a dan 2b )

-Guru menyuruh setiap murid mencari perimeter dan luas bagi setiap bentuk 2D yang dipaparkan melalui persisian matematik, ( Lampiran 1 ).

(27)

5.0 Kesimpulan

Kewujudan teknologi dalam pendidikan matematik bukan sahaja mengubah corak dan cara guru mengajar matematik tetapi turut mengubah kandungan matematik yang dipelajari oleh murid. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui. Kaedah tradisional tidak sesuai dilaksanakan di bilik darjah lagi kerana kanak-kanak sekarang telah dikelilingi oleh dunia teknologi.

Pengaplikasian teknologi dalam pendidikan matematik khususnya dan amnya dalam pendidikan sejagat sudah sampai masanya ke arah mewujudkan generasi berteknologi mengharungi era globalisasi yang berdaya saing dalam k-ekonomi selaras dengan wawasan 2020 negara. Institusi pendidikan memain peranan terpenting untuk melahirkan tenaga pendidik yang dapat menguasai kemahiran teknologi dan digunakan secara maksimun dalam pengajaran dan pembelajaran Matemetik di bilik darjah. Kementerian pendidikan sebagai pemangkin perlu terus berusaha untuk memperbaiki segala kemudahan asas teknologi di sekolah khsanya di sekolah luar bandar, pihak sekolah harus berkerjasama dan mengambil inisiatif untuk mengatasi segala cabaran penggunaan teknologi dalam pengajaran matematik, ini termasuk bergabung dengan agensi swasta supaya menjalankan pengajaran mtematik berdasarkan perisian matematik yang dicipta oleh agensi swasta yang berkualiti di bawah tajaan PIBG atau komuniti sekolah yang lain.

(28)

6.0 Bibliografi

Artikel-permainan-matematik.[Online].

Available:https://www.scribd.com/doc/89790993/Artikel-permainan-matematik-[15Oktober,2014].

Isu matematik: halangan guru terhadap penggunaan teknologi dalam matematik.[Online]. Available:https://www.scribd.com/doc/89790993/Artikel-permainan-matematik.

[16Oktober,2014].

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK.[Online].

Available:http://www.geocities.ws/pluto_stewart/ARTIKEL_ILMIAL_3.htm. [2 Oktober,2014].

Penggunaan Internet Dan Komputer Dalam Pendidikan Matematik .[Online]. Available:http://mujahid.tripod.com/penggunaan_internet.html.[5 Oktober,2014].

PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN TEKNOLOGI.[Online]. Available:http://www.oocities.org/uranus_stewart/ilmiahyam.html.[21Oktober,2014].

PENDIDIKAN-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN MATEMATIK. [Online].

Available:https://www.scribd.com/doc/24190595/PENGGUNAAN-ALAT-TEKNOLOGI-.[18Oktober,2014].

(29)

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMATEMATIK

.[Online].

Available:http://eprints.utm.my/10307/2/Noraziah_Binti_Kassim_@_Aziz.pdf. [7Oktober,2014].

Penggunaan alat teknologi dalam pengajaran matematik.[Online].

Available:https://www.scribd.com/doc/24190595/PENGGUNAAN-ALAT- TEKNOLOGI-PENDIDIKAN-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-MATEMATIK.[7Oktober,2014].

(30)

7.0) Lampiran 1

Nama Murid: ________________________________ Markah :_________________________________

Soalan Perimeter Luas

1a)

1b)

2a)

2b)

(31)
(32)
(33)

Referensi

Dokumen terkait

Predstavljeni su literaturni rezultati dobijeni primenom navedenih metoda koji se koriste za utvr đ ivanje ošte ć enja na DNK molekulu, odre đ ivanje mesta specifi č nog

Individu yang memiliki efikasi diri yang tinggi cenderung akan berusaha keras untuk mencapai hal yang dituju, sukses dan mampu melaksanakan suatu hal berdasarkan kemampuannya

Sebelum penelitian ini dilakukan, telah ada beberapa penelitian yang menjadikan metode pembelajaran Structured Dyadic Methods (SDM) sebagai fokus penelitiannya, antara

Berdasarkan kepada sandaran teori Human Resource Development HRD, model kurikulum TABA dan model latihan SIM telah berupaya menghasilkan model kurikulum latihan SkiVes yang

Atas berkat rahmat Allah SWT dan motivasi dari keluarga, pembimbing, kerabat, sahabat dan teman, serta didorong oleh keinginan yang kuat untuk segera menyandang gelar magister

Kuesioner memiliki tujuan untuk mendapatkan informasi yang sesuai dengan tujuan survei, dari hasil kegiatan pengisian pertanyaan pada kuesioner oleh responden

Jaminan Pemeliharaan adalah jaminan berupa Bank garansi yang dikeluarkan oleh Bank milik Pemerintah Indonesia sebesar 50% (lima puluh persen) dari nilai Jaminan Pelaksanaan