• Tidak ada hasil yang ditemukan

POTENSI BISNES KUIH RAYA DAN SATU RESIPI LENGKAP KUIH RAYA POPULAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "POTENSI BISNES KUIH RAYA DAN SATU RESIPI LENGKAP KUIH RAYA POPULAR"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

POTENSI BISNES KUIH RAYA 

 

 DAN  

 

SATU RESIPI LENGKAP KUIH 

RAYA POPULAR

 

 

 

 

 

 

Hjh Nor Azlina Sidek

www.RahsiaKuihRaya.com 

(2)

 

 

[Anda TIDAK BOLEH] mengeluar ulang mana-mana bahagian

rencana, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau apa cara sekalipun sebelum mendapat keizinan

secara bertulis daripada penerbit www.RahsiaKuihRaya.com

[Anda TIDAK BOLEH] mengedar ebook ini secara spam atau

apa-apa cara yang tidak beretika dan salah disisi undang-undang.

[Anda TIDAK BOLEH] mengubahsuai mana-mana kandungan dalam

ebook ini.

[Anda BOLEH] memberi secara percuma kepada sesiapa sahaja.

[Anda BOLEH] mencetak e-book ini untuk kegunaan sendiri bagi

(3)

                                                             

Ebook ini hanyalah bertujuan bagi menyediakan maklumat berkenaan dengan potensi perniagaan kuih raya. Penulis dan penerbit tidak terlibat dengan sebarang khidmat professional yang terkandung di dalam ebook ini.

Penulis dan penerbit juga tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau risiko yang ditanggung pembaca akibat dari perlaksanaan mana-mana isi kandungan ebook ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Oleh itu, anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar rujuk perniagaan terlebih dahulu bagi mendapat khidmat nasihat yang professional.

(4)

PRAKATA... - 5 -

RAHSIA USAHAWAN KUIH RAYA... - 6 -

SIAPAKAH SAYA?... - 10 -

PELUANG UNTUK ANDA!... -12-

RESEPI LENGKAP KUIH RAYA PALING LARIS... 14

-PENUTUP... - 17 -

(5)

PRAKATA 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya jua Ebook ini telah siap ditulis. Besar harapan kami agar penulisan yang ringkas ini dapat menyedarkan para pembaca tentang peluang dan potensi perniagaan kuih raya dalam menjana pendapatan yang lumayan.

Suasana hari raya di Malaysia tidak seperti di negara-negara lain. Tanyalah sesiapa yang pernah tinggal di luar negara. Kemeriahan hari raya, khususnya dari segi kepelbagaian kuih muih yang dihidangkan sudah menjadi identity Malaysia. Baik kuih tradisional mahupun kuih raya moden.

Suatu ketika dahulu, kuih muih ini disediakan sendiri di dapur oleh ibu-ibu dan nenek-nenek kita. Tetapi sekarang, zaman sudah berubah. Kuih raya sudah menjadi satu sumber pendapatan bagi sesetengah orang.

Penulisan ringkas ini akan cuba memberikan sedikit gambaran tentang peluang dan potensi pendapatan lumayan yang tersembunyi di sebalik kepelbagaian kuih raya.

Semoga hari raya tahun ini lebih ceria dan kesedapan kuih raya buatan anda menambahkan kemeriahan hari raya pelanggan-pelanggan anda.

Selamat mencuba.. Ikhlas Daripada,

(6)

RAHSIA USAHAWAN KUIH RAYA 

Pernahkah anda dengar ’Sindrom Kering Selepas Raya’?

Mungkin juga anda adalah salah seorang yang pernah mengalami sindrom ini iaitu POKAI SELEPAS RAYA. Bagaimana nak atasi masalah ini?

Oh...anda silap, kami bukan ingin berkongsi tips pengurusan kewangan bagaimana nak elakkan pokai selepas raya. Tetapi apa yang kami bakal kongsikan bukan sahaja dapat menyelamatkan anda dari pokai selepas raya, tetapi mungkin akan menyelamatkan anda dari masalah pokai sepanjang tahun.

(7)

Ketika musim raya, ramai yang pokai. Tahukah anda apa puncanya?

Baju raya anak, tukar langsir baru, duit raya, cat rumah dan macam-macam lagi.

Selain itu, salah satu punca mereka (mungkin anda sendiri) pokai adalah kerana terpaksa memenuhi keperluan menjamu tetamu dengan kuih raya.

Kini, kuih raya adalah satu keperluan yang mesti ada dalam setiap isi rumah setiap kali tiba musim perayaan khususnya Hari Raya Puasa.

Anda ingat tak dulu betapa seronoknya kita semasa zaman kanak-kanak di mana kita turut membantu ibu bapa, makcik-makcik, nenek membuat kuih raya, menganyam ketupat, membakar lemang, manakala kakak-kakak kita pula sibuk mencuba resepi-resepi terkini kuih raya moden?

(8)

Wanita-wanita yang dahulunya akan sibuk di dapur setiap kali menjelang musim raya, kini sudah berkerja di syarikat-syarikat korporat, kilang-kilang, pasaraya-pasaraya sekurang-kurangnya 8-9 jam setiap hari. Komitmen di tempat kerja menyebabkan mereka tidak dapat lagi menyediakan sendiri kuih raya.

Oleh kerana mereka berkerja, maka mereka ada kuasa beli yang agak tinggi. Oleh itu, sebagai alternatifnya, mereka akan membeli kuih raya dari mana-mana pembuat kuih raya bagi memenuhi keperluan di hari lebaran. Senang, cepat dan mungkin lebih sedap berbanding kuih raya buatan mereka sendiri ☺ ....

Tahukah anda bahawa 1/3 daripada tenaga buruh di Malaysia adalah wanita. Menurut banci pada 1995, 47.1% wanita (lingkungan umur 18-50 tahun) di Malaysia adalah pekerja iaitu sebanyak 2.9 juta orang. Itu pada tahun 1995, bayangkan situasi sekarang. Sudah pasti jumlah tersebut semakin bertambah.

Jumlah wanita bekerja yang semakin bertambah dan kekurangan kemahiran serta kekangan masa untuk membuat kuih raya di kalangan wanita berkerjaya juga amat menyumbang kepada permintaan kuih raya ‘ready made’.

Jika suatu ketika dulu, istilah ‘kuih tunjuk’ menjadi suatu ejekan kepada mereka yang menghidangkan kuih raya ready made kepada tetamu di hari raya. Namun sekarang ini, kuih raya ready made telah jadi suatu trend dalam masyarakat kita ini. Kadang-kadang oleh kerana sedapnya kuih raya tersebut, tanpa segan silu, tetamu kita akan tanya ‘order kat mana ni’?

(9)

Maka sebab itulah, perniagaan kuih raya ini sentiasa berkembang setiap tahun kerana peningkatan permintaan. Tahukah anda bahawa masalah utama yang di hadapi oleh usahawan kuih raya ini adalah tak cukup tangan untuk memenuhi tempahan. Bukankah ini satu petanda yang menunjukkan betapa ‘best’nya bisnes kuih raya ini?

Sebab itulah setiap tahun ketika bulan Ramadan, terdapat segelintir rakan-rakan kita yang sanggup mengharungi keletihan berpuasa di siang hari dan berjaga sepanjang malam semata-mata untuk memenuhi tempahan pelanggan terhadap juadah-juadah kuih raya yang mesti dibekalkan sebelum 1 syawal.

Bahkan ada diantara mereka yang sanggup ambil cuti untuk memastikan tempahan-tempahan pelanggan dipenuhi. Anak-anak dan anak saudara yang bercuti sekolah ’dikerah’ sebagai pembantu bagi memasikan setiap tempahan dapat dipenuhi.

Cuba bayangkan, kenapakah mereka sanggup bersusah payah sampai macam tu sekali? Cuba tanya mereka. Mungkin dengan rendah dirinya mereka akan jawab ’Saje je nak cari duit lebih sikit nak cover kos belanja musim raya, boleh la beli baju raya cantik-cantik sikit untuk anak-anak, tukar langsir baru’.

Hmm... betul ke tu? Sebenarnya mereka ini sebenarnya pandai menyimpan rahsia. Seperti kami juga dulu.

(10)

Tahukah anda bahawa dengan strategi yang betul, anda boleh menjana pendapatan terkumpul selama sebulan bisnes kuih raya menyamai gaji anda setahun. Kalaulah anda seorang pemalas (contoh je...), cukup hanya kerja sebulan dan berehat selama setahun menunggu musim raya seterusnya seperti beruang polar tidur lena dalam kesejukan menunggu ketibaan musim panas. Ketahuilah bahawa musim raya ini adalah ibarat ’musim panas’ bagi usahawan-usahawan kuih raya.

Tidakkah anda ingin turut sama merasai ’kehangatan’ musim raya tahun ini?

(11)

SIAPAKAH SAYA? 

Saya adalah Nor Azlina Sidek, seorang suri rumah sepenuh masa, telah terlibat dalam bisnes kuih raya sejak 10 tahun lalu. Bermula hanya dengan niat ’suka-suka’ bagi memenuhi hobi, sehingga menjadi semakin serius setiap tahun apabila keseronokan melihat akaun bank kami bertambah setiap kali tiba musim raya. Dengan bantuan suami, kami telah merasai bagaimana lumayannya bisnes kuih raya ini. Ia adalah satu bidang yang menguntungkan.

Suami saya pula adalah kenalan rapat kepada En. Hariri, pemilik www.PustakaSiber.com, penerbit kepada dua ebook Best Seller iaitu Rahsia Mudah Hamil dan Rahsia Anak Pintar. Pihak Pustaka Siber sudah sedia maklum dengan kesibukan kami setiap kali tiba musim raya, tapi entah macam mana pada Ramadhan tahun lepas, suami saya boleh terlepas cakap tentang potensi bisnes kuih raya dengan pihak Pustaka Siber.

Sebelum ini, kami tak pernah dedahkan kepada sesiapa betapa lumayannya pendapatan bisnes kuih raya ni. Pihak Pustaka Siber telah mengambil masa beberapa bulan untuk meminta kami mendedahkan rahsia-rahsia ini dalam suatu bentuk penulisan. Dengan ini kami akan mendedahkan potensi dan rahsia menjana pendapatan melalui bisnes kuih raya berdasarkan pengalaman kami dan pengalaman ahli keluarga kami yang lebih dahulu meneroka bidang ini.

(12)

PELUANG UNTUK ANDA! 

Ebook Rahsia Kuih Raya dikeluarkan bersama ebook 10 Resipi Kuih Raya. Bagi mereka yang belum pandai buat kuih raya, anda tetap berpeluang untuk buat duit dari bisnes kuih raya. Macam mana caranya? Kami akan tunjukkan caranya melalui e-book 10 Resipi Kuih Raya yang dikeluarkan bersama ebook Rahsia Kuih Raya.

10 resipi tersebut adalah jenis kuih raya yang mudah dihasilkan tetapi mempunyai permintaan yang tinggi pada musim perayaan. Senarai 10 resipi tersebut dibuat berdasarkan permintaan beberapa tahun terakhir dan pemerhatian di beberapa lokasi.

Disamping itu, kami juga telah buat sedikit pendedahan tentang satu fenomena terkini dalam bidang perniagaan kuih raya, iaitu potensi kaedah pemasaran kuih raya secara online.

Jika anda tak pandai tak sempat nak buat kuih raya tapi masih bercita-cita nak buat duit dengan kuih raya, kami akan dedahkan anda dengan satu teknik tanpa risiko. Dengan teknik ini, anda masih boleh buat duit melalui bisnes kuih raya dengan usaha yang sangat minima.

Maka, ini telah menjadikan e-book ini sebagai suatu rujukan yang cukup lengkap bagi semua kategori pembaca. Sama ada anda seorang yang baru mahu berjinak-jinak dengan bisnes ini, graduan yang belum dapat kerja ataupun mereka yang sudah berpengalaman, tetapi ingin mengembangkan lagi bisnes anda.

(13)

Di sini kami paparkan resipi lengkap sejenis kuih raya yang mendapat permintaan paling laris sejak beberapa tahun lalu berdasarkan pengalaman kami dan beberapa rakan serta ahli keluarga kami yang terlibat dengan bisnes kuih raya.

Resepi ini adalah rahsia kelazatan kuih raya buatan kami sendiri. Memang ada bersepah resepi Almond London ini di internet. Tetapi resepi yang kami berikan ini adalah sangat istimewa kerana melalui resepi inilah kami menjana pendapatan lumayan dengan kuih raya setiap tahun sehingga ada sebahagian pelanggan kami adalah merupakan pelanggan tetap sejak bertahun-tahun lamanya.

Dalam ebook ini, kami berikan resipi lengkap Almond London sepenuhnya kepada anda. Resepi ini sudah bertahun-tahun di pasaran dan terbukti ‘boleh dijual’. Sedikitpun tidak kami sembunyikan apa-apa ‘step’ dalam resipi ini. Sudah tentu anda tidak ingin memulakan perniagaan anda dengan sesuatu yang tak berkualiti bukan?

Oleh itu, ebook Rahsia Kuih Raya bukan sahaja panduan untuk berbisnes kuih raya, tetapi ia juga disertakan dengan resipi yang sudah teruji dimana anda boleh terus mula menjana pendapatan darinya.

(14)

Selamat mencuba….

 

RESEPI BISKUT ALMOND LONDON 

 

Bahan-bahan: • 250 gm butter • 125 gm gula halus

• 1 biji kuning telur

• 1 sudu teh esen vanilla

• 100 gm tepung jagung

• 250 gm tepung gandum

• 2 bungkus tepung Hunkwee @ boleh ganti dengan 150gm tepung beras

• 50 gm nestum Family (dikisar)

• 2 sudu makan susu tepung

• Kacang badam ( digoreng tanpa minyak / dipanggang)

• badam cincang yang telah di panggang (untuk hiasan) PENYEDIAAN BISKUT ALMOND LONDON

(15)

Bahan-bahan untuk topping

• +/-700 gm coklat masakan

• 1 sudu makan butter/shortening

Cara-Cara:

1. Campurkan 3 jenis tepung dan susu tepung digaul sebati. (tepung hendaklah diayak terlebih dahulu)

2. Putar butter, gula dan esen vanilla hingga kembang 3. Masukkan telur dan dipukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

5. Ambil sedikit adunan dan bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan badam di dalamnya. Bentuk semula mengikut bentuk badam (bujur)

6. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar (dulang hendaklah di lenserkan dengan sedikit margerin/mentega terlebih dahulu). Pastikan jarak antara biskut tersebut jangan terlalu rapat kerana biskut ini akan mengembang ketika dibakar.

7. Kemudian bakar selama lebih kurang 20 minit pada suhu 180°C. 8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika.

p/s: Pastikan biskut adalah rangup (bukan gebu). Tepung hunkwee atau tepung beras digunakan didalam resipi ini untuk memastikan biskut yang dihasilkan rangup.

(16)

Penyediaan Topping:

1. Campurkan cooking chocolate (coklat masakan) dan butter/shortening.

2. Cairkan campuran tersebut dengan menggunakan kaedah “double

Boil” .

3. Setelah campuran coklat tersebut cair, celupkan biskut tadi ke dalam coklat cair (guna penyepit kecil).

4. Kemudian masukkan biskut yang telah dicelup ke dalam paper cup/mangkuk kertas.

5. Akhir sekali, hiaskan biskut dengan taburkan badam cincang di atasnya (tabur ketika coklat masih panas/cair).

6. Biarkan salutan coklat beku.

7. Kemudian bolehlah dinikmati atau di simpan di dalam bekas kedap udara.

(17)

PENUTUP 

Akhir sekali kami ingin bertanya,

Adakah anda masih ragu-ragu dengan peluang buat duit dengan kuih raya? Kalau tak percaya, tanyalah sesiapa sahaja di sekitar anda yang pernah buat bisnes dengan kuih raya. Tapi ,mesti kena cara pujuk, baru mereka dedahkan rahsia.

Kami sendiri tak pernah dedahkan, tetapi khas buat anda, kami dedahkan segalanya dalam suatu bentuk penulisan lengkap berserta dengan segala teknik-teknik pemasaran yang terbukti berkesan.

Segera dapatkan ebook RAHSIA KUIH RAYA dan 10 RESEPI LENGKAP KUIH RAYA PALING POPULAR DAN PERMINTAAN TINGGI di…

(18)

Laman web : www.lubukresipi.blogspot.com

Nama : Hajjah Nor Azlina Sidek Tarikh Lahir : 10.12.1969

Tempat Lahir : Selangor, Malaysia. Pengalaman : Bisnes Kuih Raya .

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini berarti terdapat perbedaan yang signifikan antara rata-rata pengetahuan ibu hamil tentang imunisasi TT setelah diberikan pendidikan kesehatan pada kelompok

yang sama dan graph yang digunakan pada daun kincir adalah graph lengkap untuk graph kincir dengan pola K 1 +mK n , maka jarak dari. setiap vertexnya adalah 1, hal ini disebabkan

Hal ini berbeda pula dengan pendapat Inu Kencana dkk, yang mengemukakan bahwa Partai politik itu tidak hanya menekankan pada kumpulan orang-orang yang

Anemia yang timbul akibat kerusakan fisik pada eritrosit, baik pada permukaan yang abnormal atau sebagai anemia hemolitik mikroangiopatik yang disebabkan oleh eritrosit yang

Dalam konteks ini, dianggap sudah melakukan CSR ketika sudah terlihat memberikan tanggung jawab terhadap lingkungannya dalam laporan keuangannya dengan tujuan utama yaitu mendapat

Dari hasil sidik ragam dapat disimpulkan bahwa faktor pengaruh konsentrasi ekstrak kulit kayu akasia dan lama perendaman berpengaruh nyata terhadap nilai weight

Karena jumlah angka terkecil dari masing-masing bilangan (0) tidak sama dengan angka terkecil dari hasil perhitungan (-3), berarti jawaban di atas salah. Setelah dicoba lagi

Pusat Teknologi Bahan Galian Nuklir (PTBGN) merupakan salah satu unit kerja di Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) dimana salah satu tugasnya adalah memberikan