• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prosedur / Tajuk: KOD ETIKA. Pemilik dokumen: Jabatan Integriti Dan Tadbir Urus Sabah Electricity Sdn Bhd SABAH ELECTRICITY SDN BHD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Prosedur / Tajuk: KOD ETIKA. Pemilik dokumen: Jabatan Integriti Dan Tadbir Urus Sabah Electricity Sdn Bhd SABAH ELECTRICITY SDN BHD"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

Halaman 1 daripada 21 Jenis Dokumen: POLISI Prosedur / Tajuk: KOD ETIKA Nombor Dokumen: SIGMa System-006 Pemilik dokumen:

Jabatan Integriti Dan Tadbir Urus Sabah Electricity Sdn Bhd Semakan: 0 Tarikh diterbitkan: 2 Februari 2021 SABAH ELECTRICITY SDN BHD Sabah Electricity Sdn Bhd Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman 88673 Kota Kinabalu, Sabah

TAJUK:

POLISI KOD ETIKA

Nombor Dokumen: SIGMa System-006

Nombor Semakan

Perkara Oleh Disahkan

oleh

Diluluskan oleh Tiada Penyediaan Polisi Jabatan Integriti

Dan Tadbir Urus

(2)

Halaman 2 daripada 21 Kandungan 1. Objektif ………...3 2. Latar belakang ……...……….….3 3. Skop ……….……...3 4. Rujukan ……….……..3 5. Takrifan ……….…..4 6. Pemilik kod ……….9

7. Nilai teras dan budaya………...….…..9

8. Hukuman ke atas ketidakpatuhan ………..…....21

9. Penepian ………....21

(3)

Halaman 3 daripada 21

1. OBJEKTIF

Kod Etika ini bertujuan untuk dipatuhi oleh semua Kakitangan SESB bagi mencapai objektif berikut: -

a. Mengurangkan dan menghapuskan gejala Rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa di SESB.

b. Meningkatkan tahap kualiti kerja. c. Meningkatkan kepuasan Pelanggan.

d. Meningkatkan tahap integriti semua Kakitangan SESB.

e. Meningkatkan usaha pengukuhan asas moral semua Kakitangan SESB.

2. LATAR BELAKANG

SESB sebagai sebuah utiliti tenaga yang boleh dipercayai, berdaya tahan dan berdaya maju, Kakitangan SESB perlu menjalankan tugas-tugas harian dengan mengamalkan budaya kerja unggul serta ciri-ciri moral dan etika yang kukuh. Oleh itu, Kod Etika ini terpakai kepada semua Kakitangan SESB di setiap peringkat dan hendaklah digunakan sebagai rujukan dan panduan yang akan membantu Kakitangan SESB melaksanakan kerja dengan penuh integriti dan akauntabiliti.

3. SKOP

Polisi ini terpakai kepada SESB, BOD dan Kakitangan SESB serta Organisasi Kawalannya, juga BOD dan kakitangan Sekutu Perniagaan apabila mereka bertindak bagi pihak SESB.

4. RUJUKAN

(a) Kod Etika SESB

(b) Prosedur Tatatertib SESB yang berkuatkuasa

(c) Buku Peraturan Keselamatan Elektrik SESB Edisi Kedua 2019

(4)

Halaman 4 daripada 21

(e) Pekeliling Bahagian Komunikasi Korporat Bil.1/2018 Garis Panduan Penerimaan

Dan Pemberian Hadiah Oleh Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) (f) Pindaan Ke Atas Pekeliling Bahagian Komunikasi Korporat Bil.1/2018 Garis

Panduan Penerimaan Dan Pemberian Hadiah Oleh Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)

(g) Surat Arahan Pengarah Urusan Bil.01/2020 Larangan Berpolitik Dan Membuat Sebarang Penyebaran Maklumat Berunsurkan Politik Dalam Syarikat

5. TAKRIFAN

Takrif yang berikut terdapat dalam polisi ini. Bagi takrif tambahan, lihat Glosari SIGMa System.

Akta SPRM 2009 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Aktiviti Tidak Bermoral Sebarang perbuatan atau aktiviti-aktiviti yang

bertentangan dengan nilai, adat dan budaya.

Aset Harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah

bidang kawalan SESB yang dibeli atau disewa beli dengan wang SESB yang diterima melalui sumbangan

atau hadiah atau diperolehi melalui proses

perundangan.

BIC Jawatankuasa Lembaga Integriti/Board Integrity

Committee

JITU Jabatan Integriti Dan Tadbir Urus

Kakitangan SESB Semua individu yang mempunyai ikatan kontrak secara

langsung dengan SESB dan Organisasi Kawalannya atas dasar pekerjaan termasuklah pekerja dan pengarah sama ada tetap dan kontrak.

Kawasan Berbahaya Kawasan yang mempunyai risiko kehilangan nyawa

(5)

Halaman 5 daripada 21

Keluarga Termasuk suami/isteri-isteri dan anak-anak, termasuk

anak-anak tiri dan anak-anak angkat dan suami/isteri anak-anak/anak-anak angkat/tiri, ibu bapa dan adik-beradik termasuk suami/isteri dan anak-anak kepada adik-beradik.

Konflik Kepentingan Apabila kepentingan seseorang boleh mempengaruhi,

berpotensi mempengaruhi atau dianggap boleh mempengaruhi keputusan mereka di SESB.

KTW Kelakuan tidak wajar yang bermaksud apa-apa salah

laku atau kesalahan jenayah sama ada cubaan, disyaki atau telah berlaku, termasuk tetapi tidak terhad seperti berikut:-

a. Rasuah

b. Fraud

c. Kecurian atau penggelapan wang syarikat d. Konflik kepentingan

e. Rasuah (salah guna kuasa) f. Kesalahan jenayah

g. Kegagalan mematuhi polisi dan prosedur, Kod Etika, peraturan dan arahan SESB

h. Kegagalan mematuhi obligasi undang-undang atau kawal selia

i. Salah guna aset/harta SESB

j. Salah laksana keadilan (Miscarriage of

justice)

k. Membahayakan kesihatan dan keselamatan individu

(6)

Halaman 6 daripada 21

m. Gangguan dan/atau ugutan n. Lain-lain salah laku tatatertib

o. Menyembunyikan apa-apa perbuatan di atas

MIC Jawatankuasa Integriti Pengurusan/Management

Integrity Committee

Pakar

Perubatan/Pengamal Perubatan Berdaftar

Semua pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971.

Pelanggan Pengguna yang berdaftar dengan SESB atau

menggunakan perkhidmatan SESB.

Pihak Ketiga Individu atau syarikat yang tidak diambil bekerja secara

lansung oleh SESB tetapi bertindak bagi pihak SESB seperti perunding atau ejen.

Rahsia Dokumen, maklumat dan bahan yang jika didedahkan

tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan imej syarikat atau memberi keuntungan besar kepada pihak lain.

Rasuah (i) Rasuah ditakrifkan sebagai apa-apa tindakan yang

boleh dianggap sebagai kesalahan memberikan atau menerima ‘suapan’ di bawah Akta SPRM 2009.

Dari segi amalannya, rasuah bermaksud menawarkan, memberikan, menerima atau meminta sesuatu yang bernilai dalam cubaan untuk mempengaruhi, secara tidak jujur, keputusan atau tindakan seseorang yang memegang jawatan beramanah dalam organisasi. ‘Suapan’ ditakrifkan dalam Akta SPRM 2009 dengan maksud yang berikut:

(7)

Halaman 7 daripada 21

(a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

(b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; (c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau

penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

(d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

(e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada

menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

(f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

(g) apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat untuk memberikan

suapan mengikut pengertian mana-mana

(8)

Halaman 8 daripada 21

(ii) Rasuah ditakrifkan oleh The Transparency

International sebagai ‘Penyalahgunaan kuasa yang

diamanahkan untuk kepentingan peribadi’.

Rasuah boleh bersifat ‘ke luar (outbound)’, apabila seseorang yang bertindak bagi pihak SESB cuba mempengaruhi tindakan seseorang di pihak luar seperti pegawai kerajaan atau pembuat keputusan di pihak klien.

Rasuah juga boleh bersifat ‘ke dalam (inbound)’, apabila pihak luar cuba mempengaruhi seseorang dalam kumpulan SESB seperti pembuat keputusan kanan atau seseorang yang mempunyai akses kepada maklumat sulit.

SESB Sabah Electricity Sdn. Bhd. (462872-W)

SIGMa System Sistem Pengurusan Integriti Dan Tadbir Urus

SESB/SESB Integrity And Governance Management

System

SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Sulit Dokumen, maklumat dan bahan yang jika didedahkan

tanpa kebenaran boleh memudaratkan kepentingan SESB atau orang perseorangan atau akan menyebabkan

keadaan memalukan atau kesusahan kepada

pentadbiran SESB atau akan menguntungkan pihak lain.

Terhad Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi

selain daripada yang diperingkatkan rahsia atau Sulit tetapi berkehendakkan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan

(9)

Halaman 9 daripada 21

6. PEMILIK KOD

Pemilik Kod Etika ini adalah JITU.

7. NILAI TERAS DAN BUDAYA

Kakitangan SESB hendaklah menghayati nilai teras dan budaya syarikat dan menunjukkan satu budaya yang cemerlang dalam menjalankan tugas. Nilai teras dan budaya tersebut adalah seperti berikut:-

INTEGRITI

• Kami mendukung etika yang tertinggi, dan melakukan apa yang betul pada setiap

masa

• Kami bersikap adil, jujur dan telus dalam segala urusan

• Kami sentiasa berusaha mencapai manfaat bersama bagi negara, syarikat dan pelanggan

MENGUTAMAKAN PELANGGAN

• Kami akan sentiasa memahami pelanggan dan mendahului kehendak mereka

• Kami berterusan meningkatkan kepercayaan dengan menepati janji

• Kami sentiasa mencari kelainan untuk menggembirakan pelanggan kami

KERJASAMA

• Kami saling mempercayai dan mengamalkan semangat kerja berpasukan demi

kejayaan bersama. Kami proakrif dalam bantu-membantu, berkomunikasi dengan jelas dan memberikan maklumbalas yang membina

• Kami mengamalkan kepelbagaian dan keterangkuman, serta kami menghargai

(10)

Halaman 10 daripada 21

BERWAWASAN

• Kami berani berubah, mencabar kebiasaan, dan menggalakkan ketangkasan serta

inovasi

• Kami komited untuk memastikan kemampanan SESB dalam semua aspek

• Kami membuat keputusan bersandarkan maklumat tepat dan belajar daripada kesilapan

PROFESIONALISME

• Kami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap tindakan kami

• Kami sentiasa mempamerkan prestasi cemerlang dan produktiviti yang tinggi

• Kami fokus kepada pencapaian dan melaksanakan tugas dengan berdisiplin

PRIHATIN

• Kami tahu siapa kami, dan kami berpegang teguh pada nilai-nilai kami

• Kami memahami, menghormati dan prihatin terhadap orang lain dan persekitaran

• Kami memelihara keselamatan dan kesejahteraan warga kerja dan orang awam

7.1 PERILAKU PEKERJA

Kakitangan SESB hendaklah menggunakan piawaian berikut sebagai garis panduan supaya ketidakpatuhan Prosedur Tatatertib syarikat dapat dielakkan.

7.1.1 Menghormati Individu

Kakitangan SESB hendaklah menghormati semua orang dengan mengiktiraf peranan setiap individu, melayani setiap individu dengan mulia, mendengar idea-idea dan pendapat-pendapat orang lain serta mengiktiraf sumbangan setiap individu kepada syarikat.

(11)

Halaman 11 daripada 21

7.1.2 Kesihatan Badan dan Kehadiran

Kakitangan SESB hendaklah memastikan mereka secara fizikal sihat supaya dapat bekerja dan sentiasa menepati masa. Kehadiran dan kecerdasan dapat memastikan produktiviti syarikat.

7.1.3 Keterampilan Diri

Keterampilan diri mencerminkan imej syarikat. Oleh itu, Kakitangan SESB mestilah sentiasa bersih, kemas dan berpakaian sopan sepanjang masa.

7.1.4 Penipuan

Penipuan adalah perbuatan memperdaya dengan niat untuk memperolehi sesuatu, mengelak kewajipan atau menyebabkan kerugian ke atas pihak lain. Perbuatan melibatkan diri dalam aktiviti- aktiviti penipuan adalah satu jenayah dan melanggar Kenyataan Dasar Integriti serta Kod Etika SESB.

7.1.5 Alkohol, Dadah atau Bahan Menyalahi Undang-Undang

Perbuatan memiliki, mengedar, memberi, menjual atau mengambil alkohol, dadah yang menyalahi undang-undang atau bahan-bahan kawalan lain oleh Kakitangan SESB dalam premis atau harta syarikat adalah dilarang kecuali dalam kes keperluan individu sebagaimana yang dipreskripsikan oleh Pakar Perubatan.

7.1.6 Aktiviti Tidak Bermoral

Bagi memastikan imej syarikat tidak tercemar, kesemua Kakitangan SESB tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang tingkah laku/Aktiviti Tidak Bermoral. Aktiviti Tidak Bermoral termasuklah pengiriman bahan-bahan lucah dengan menggunakan (apa jua bentuk saluran sama ada media cetak, elektronik ataupun media baru, teknologi maklumat dan Komunikasi ICT), media elektronik atau sistem pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbit.

7.1.7 Gangguan di Tempat Kerja

Tindakan yang berbentuk penderaan, penghinaan, kekasaran atau gangguan seksual semasa bekerja atau sewaktu melaksanakan sebarang bentuk urusan perniagaan adalah tidak dibenarkan, baik secara lisan, fizikal mahupun yang

(12)

Halaman 12 daripada 21

berbentuk visual. Tindakan mengganggu termasuklah komen-komen yang menghina berdasarkan jantina, agama, kaum atau ciri-ciri etnik dan gangguan seksual.

7.1.8 Aktiviti-aktiviti Jenayah

Kakitangan SESB tidak dibenarkan melibatkan diri dalam apa jua bentuk perbuatan jenayah seperti perjudian haram, penggunaan senjata dan keganasan di tempat kerja. Harta, kemudahan-kemudahan, sumber-sumber dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan syarikat tidak boleh digunakan oleh pekerja-pekerja bagi tujuan membiayai atau menyokong aktiviti-aktiviti jenayah.

7.1.9 Mengemukakan Bukti Di Mahkamah Dan Tribunal

Sekiranya dikehendaki untuk mengemukakan bukti di mahkamah atau tribunal untuk mana-mana kes undang-undang berkaitan perniagaan SESB, Kakitangan SESB hendaklah memaklumkan terus kepada ketua jabatan sebelum berurusan dengan Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang atau bagi kes berkaitan Kakitangan SESB kepada Bahagian Sumber Manusia. Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas Kakitangan SESB tersebut.

7.1.10 Berhenti Kerja

Kakitangan SESB yang berhenti kerja atas apa-apa sebab termasuk persaraan hendaklah memulangkan semua Aset milik SESB termasuklah sebarang maklumat proprietari dan harta intelektual. Sebarang pendedahan atau penggunaan maklumat proprietari tidak dibenarkan.

7.1.11 Kaitan Dengan Kelab, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan

SESB menggalakkan penyertaan secara aktif Kakitangan SESB dalam badan bukan kerajaan, organisasi kebajikan serta kelab dan persatuan profesional dalam/luar SESB. Walaupun aktiviti di luar waktu bekerja adalah dibenarkan, namun Kakitangan SESB harus memastikan reputasi, imej dan kepentingan SESB terjaga dan tidak dikompromi.

(13)

Halaman 13 daripada 21

7.2 KONFLIK KEPENTINGAN

Kakitangan SESB hendaklah bertindak demi kepentingan syarikat. Konflik Kepentingan wujud apabila seseorang pekerja yang berhadapan dalam membuat pilihan antara sesuatu perkara yang mempunyai kepentingan peribadinya dan/atau kepentingan politik berbanding dengan kepentingan syarikat.

7.2.1 Rasuah Dan Bayaran-Bayaran Lain Yang Tidak Sah

Seperti yang digariskan di dalam Polisi Antirasuah dan Polisi Hadiah, Hospitaliti dan Manfaat Berkaitan, Kakitangan SESB tidak boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung menawarkan, memberi, meminta atau menerima sebarang hadiah termasuk wang, hak-hak istimewa, kemudahan-kemudahan khas, cenderahati atau barang-barang berharga atau bantuan atau menerima sebarang jenis layanan khas atau istimewa bagi tujuan mempengaruhi, memperolehi, mengekalkan atau mengarahkan sebarang urusan perniagaan kecuali dalam situasi berikut:-

a) Cenderahati seperti barangan atau produk-produk, perkhidmatan atau bantuan peribadi, tidak boleh diterima melainkan jenis dan jumlahnya yang dibenarkan di bawah Polisi Hadiah, Hospitaliti dan Manfaat Berkaitan dan menjadi kelaziman dalam keadaan-keadaan tertentu dan tidak mempunyai kesan mempengaruhi keputusan penerima.

b) Penglibatan dalam keraian-keraian seperti jamuan makan tengah hari, makan malam, teater, acara-acara sukan dan seumpamanya semasa bertugas adalah dibenarkan sekiranya keraian tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan urusan perniagaan, yang tidak menjadi satu kelaziman dan tidak keterlaluan serta tidak menyalahi Polisi Hadiah, Hospitaliti dan Manfaat Berkaitan.

7.2.2 Penglibatan Kakitangan SESB Dalam Urusan Perniagaan

Kakitangan SESB yang mempunyai kepentingan dalam perniagaan-perniagaan yang berhubung kait dengan syarikat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan/atau terlibat dalam apa jua proses membuat keputusan mengenai urusan-urusan tersebut semasa bertugas, hendaklah mengisytiharkan konflik tersebut dan mematuhi Polisi Konflik Kepentingan dan seterusnya

(14)

Halaman 14 daripada 21

mengecualikan diri daripada sebarang penglibatan dalam urusan bisnes berkenaan.

7.2.3 Penglibatan Keluarga Kakitangan SESB Dalam Urusan Perniagaan

Syarikat

Kakitangan SESB yang mana keluarga mereka mempunyai kepentingan dalam perniagaan-perniagaan yang berhubung kait dengan syarikat, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, hendaklah mengisytiharkan konflik tersebut dan mematuhi Polisi Konflik Kepentingan.

7.2.4 Pekerjaan-Pekerjaan Lain

Kakitangan SESB tidak dibenarkan bekerja dengan syarikat lain atau melakukan kerja-kerja lain secara bebas tanpa kelulusan bertulis daripada Bahagian Sumber Manusia.

7.2.5 Aktiviti Politik

Kakitangan SESB yang berhasrat untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik seperti kempen-kempen bagi tujuan politik mestilah mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan masing-masing dengan menggunakan masa tidak bertugas mereka ataupun cuti tahunan untuk tujuan tersebut.

Sebelum menerima sebarang jawatan atau portfolio dalam mana-mana parti politik, kelulusan hendaklah terlebih dahulu diperolehi daripada Pengarah Urusan. Kakitangan SESB yang ingin bertanding sebagai calon pilihanraya peringkat Negeri dan/atau Persekutuan dikehendaki meletakkan jawatan dalam syarikat.

Kakitangan SESB dilarang membuat sebarang penyebaran maklumat beunsurkan politik dalam saluran komunikasi SESB.

(15)

Halaman 15 daripada 21

7.3 PERHUBUNGAN PERNIAGAAN 7.3.1 Identiti Korporat

Kakitangan SESB yang mahu menggunakan nama, logo dan warna-warna syarikat semasa berkomunikasi dengan Pelanggan/pemegang saham/pihak yang berkepentingan dalam perniagaan SESB atau memberi taklimat kepada orang awam, mestilah mematuhi Garis Panduan Identiti Korporat yang dikeluarkan oleh SESB.

Kakitangan SESB tidak dibenarkan:

• Membuat sebarang perubahan ke atas logo SESB.

• Menggunakan logo-logo, simbol-simbol, rekabentuk atau

lambang-lambang lain untuk menggantikan logo SESB.

• Menggunakan logo SESB untuk sebarang tujuan lain kecuali untuk

perniagaan SESB.

7.3.2 Media dan Penyiaran Maklumat Kepada Orang Awam

Kakitangan SESB hendaklah dengan serta-merta menyalurkan pertanyaan-pertanyaan daripada media kepada pihak-pihak yang diberi kuasa seperti dalam senarai yang dikeluarkan oleh SESB.

Kakitangan SESB juga adalah dilarang untuk berurusan secara terus atau menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan SESB kepada pihak media dan orang awam kecuali mana-mana kakitangan yang diberi kuasa oleh SESB.

7.3.3 Perhubungan Pelanggan

SESB memberikan komitmen sepenuhnya kepada Pelanggan.

a. Komitmen kepada Pelanggan

Semua Kakitangan SESB hendaklah memberi perkhidmatan Pelanggan yang bermutu dan melayan para Pelanggan secara profesional, penuh hormat, berlaku adil, bersopan santun dan bertindak segera untuk memenuhi keperluan mereka.

(16)

Halaman 16 daripada 21

b. Keselamatan dan kualiti perkhidmatan

Pematuhan kepada proses yang berkualiti dan keperluan keselamatan adalah sangat penting dalam memastikan imej SESB terpelihara. Nama dan reputasi SESB boleh terjejas sekiranya SESB gagal memberikan perkhidmatan yang bermutu berdasarkan piawaian kualiti yang ditetapkan.

c. Perlindungan maklumat Pelanggan

Semua Kakitangan SESB hendaklah mematuhi polisi, peraturan dan undang-undang berkaitan perlindungan data peribadi Pelanggan seperti yang termaktub di dalam Polisi Perlindungan Data Peribadi SESB.

7.3.4 Perhubungan Saingan

Kakitangan SESB tidak dibenarkan membincangkan perkara-perkara berikut dengan syarikat pesaing termasuk orang yang berkepentingan bagi pihak pesaing:

a. Harga/kos projek.

b. Bida.

c. Terma dan syarat-syarat perjanjian. d. Pengeluaran, kapasiti atau jumlah jualan.

e. Kos, keuntungan atau jumlah keuntungan.

f. Pegangan pasaran.

g. Tawaran perkhidmatan atau projek.

h. Klasifikasi Pelanggan atau pembekal.

i. Kaedah pengedaran.

(17)

Halaman 17 daripada 21

7.3.5 Urusan Luar Negara

Kakitangan SESB yang ditugaskan di luar negara hendaklah: a. Sensitif dan patuh kepada adat dan budaya tempatan.

b. Menghormati kerajaan yang sedia ada.

c. Mematuhi undang-undang negara berkenaan.

d. Mengikuti perkembangan politik dan persekitaran perniagaan.

e. Membuat pertimbangan baik dalam urusan-urusan perniagaan.

f. Melaporkan perkembangan perniagaan SESB dari semasa ke semasa.

g. Melaporkan keadaan yang mungkin membahayakan nyawa, perniagaan,

Aset dan kemudahan- kemudahan syarikat.

h. Tidak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk memboikot, Rasuah atau berpiket, aktiviti-aktiviti anti kerajaan dan perhubungan dan/atau tindakan-tindakan yang berpotensi mengakibatkan Kepentingan.

7.4 PEROLEHAN DAN PERHUBUNGAN VENDOR

Kakitangan SESB yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti perolehan syarikat hendaklah mematuhi Kod Tatacara Perolehan. Kod ini memberi garis panduan mengenai perilaku perniagaan yang boleh diterima dan satu saluran komunikasi yang selamat untuk melaporkan sebarang perilaku yang tidak beretika dan implikasi ketidakpatuhan kod tersebut.

7.5 DOKUMEN DAN REKOD SESB

Kakitangan SESB hendaklah memastikan dokumen-dokumen dan rekod-rekod syarikat dipelihara dan dikawal supaya ia tepat, terkini, mudah dibaca, senang dikenal pasti dan mudah dicari. Kawalan-kawalan sedemikian terdapat dalam Manual Kualiti SESB dan Prosedur Kualiti Operasi (PKO) bahagian masing-masing.

(18)

Halaman 18 daripada 21

7.6 MELINDUNGI ASET DAN KEMUDAHAN SESB

Kakitangan SESB hendaklah menggunakan Aset dan kemudahan syarikat dengan baik dan memastikan penyelenggaraan yang betul. Aset dan kemudahan syarikat adalah termasuk bahan-bahan, peralatan, perkakas, komputer, harta, maklumat proprietari dan dana-dana yang menjadi hak milik syarikat.

Satu inventori Aset syarikat hendaklah diadakan, sentiasa dikemaskini dan disimpan dengan selamat.

Kakitangan SESB tidak boleh:

• Membuat salinan bahan-bahan yang dilindungi untuk kegunaan peribadi.

• Menggunakan Aset syarikat untuk kegunaan peribadi (termasuk komputer dan sumber-sumber pejabat, peralatan, perkakas dan kemudahan-kemudahan yang lain) yang mana menimbulkan kos tambahan kepada syarikat, mengganggu kerja-kerja atau tidak mematuhi polisi syarikat.

• Membenarkan harta syarikat digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.

• Menggunakan harta atau maklumat syarikat untuk kepentingan peribadi.

7.6.1 Sistem Maklumat

Setiap Kakitangan SESB ditegah daripada memasuki atau mengakses ke sistem maklumat syarikat tanpa kebenaran. Kakitangan SESB tidak dibenarkan mengubah, menempatkan semula, memasang atau mengkonfigurasi semula teknologi syarikat kecuali dengan bimbingan wakil ICT yang berkenaan dan adalah terikat kepada Dasar Keselamatan ICT (ICT Security Policy) dan Kod Amalan ICT (ICT Code of Practice).

7.6.2 Harta Intelektual

Adalah menjadi polisi SESB untuk tidak melanggar hak harta intelektual mana-mana pihak lain. Semasa menggunakan cap dagang, logo atau bahan cetak syarikat lain, Kakitangan SESB hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang terpakai.

(19)

Halaman 19 daripada 21

7.6.3 Maklumat Sulit dan Terhad

Kakitangan SESB hendaklah melindungi maklumat-maklumat Sulit dan Terhad syarikat daripada pendedahan yang menyalahi undang-undang dan memastikan pendedahan maklumat tersebut adalah dilarang. Sekiranya maklumat tersebut perlu diberi, maka perkara tersebut hendaklah dirujuk kepada orang yang diberi kuasa dalam SESB terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan daripadanya. Manakala, bagi maklumat sulit Pihak Ketiga, kebenaran perlu diperolehi terlebih dahulu daripada pihak berkenaan sebelum pendedahan maklumat dibuat.

Kakitangan SESB tidak dibenarkan menyalahguna maklumat Sulit atau terhad SESB atau apa jua bentuk maklumat berasaskan pengetahuan dalam kerja mereka, sama ada untuk keuntungan peribadi, Pihak Ketiga atau pihak lain.

7.7 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Kakitangan SESB berkongsi tanggungjawab dengan majikan bagi memastikan keselamatan. Kakitangan SESB digesa mewujudkan dan mengekalkan suasana kerja yang selamat untuk menghindarkan kecederaan di tempat kerja, dan hendaklah menggunakan peralatan yang disediakan untuk keselamatan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab semua Kakitangan SESB untuk memastikan supaya peralatan perlindungan tersebut berada dalam keadaan baik dan berfungsi dan hendaklah melaporkan peralatan dan perkakas yang tidak selamat, keadaan berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Setiap Kakitangan SESB bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri sendiri, keselamatan rakan sekerja dan orang awam, Aset SESB serta mematuhi akta dan peraturan yang berkaitan kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Jika terdapat kemusykilan, Kakitangan SESB hendaklah mendapatkan penjelasan daripada penyelia mereka atau Jabatan Kesihatan, Keselamatan Pekerja dan Alam Sekitar SESB sebelum memulakan kerja.

(20)

Halaman 20 daripada 21

7.7.1 Memasuki Dan/Atau Bekerja di Kawasan Berbahaya

Kakitangan SESB yang bekerja di Kawasan Berbahaya hendaklah mempunyai sijil kekompetenan yang berkaitan atau bersama penyelia yang mempunyai sijil kekompetenan. Hanya Kakitangan SESB yang mempunyai sijil kekompetenan atau bersama penyelia yang mempunyai sijil kekompetenan dan memperolehi permit menjalankan kerja dibenarkan masuk dan bekerja di dalam Kawasan Berbahaya berkenaan. Sebarang pencerobohan oleh orang yang tidak diberi kebenaran, termasuk orang awam hendaklah dilaporkan kepada pegawai keselamatan yang bertugas.

Lawatan ke Kawasan Berbahaya di mana-mana premis SESB perlu mendapatkan permit kemasukan ke kawasan berkenaan dari pihak yang diberi kuasa.

7.8 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Kakitangan SESB hendaklah mematuhi segala peruntukan undang-undang, peraturan dan syarat yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan SESB. Sebarang ketidakpatuhan hendaklah dilaporkan segera kepada penyelia.

Kakitangan SESB hendaklah:

• Mengambil maklum, memahami dan mematuhi peruntukan undang-undang, peraturan dan syarat- syarat yang berkaitan dengan tugas mereka.

• Meminta penjelasan sekiranya kurang pasti dengan impak undang-undang, peraturan atau syarat-syarat yang mungkin timbul sebelum mengambil apa-apa jua tindakan.

7.9 PEMBERI MAKLUMAT

Pemberi Maklumat adalah seseorang yang memaklumkan pihak berkuasa di SESB mengenai kelakuan tidak wajar (“KTW”) yang berlaku di SESB.

SESB telah mewujudkan Polisi Pemberian Maklumat yang menyediakan saluran selamat dan sulit bertujuan untuk membolehkan Kakitangan SESB dan pihak luar menyuarakan kebimbangan mereka atau melaporkan berkaitan KTW membabitkan Kakitangan SESB.

(21)

Halaman 21 daripada 21

8. HUKUMAN KE ATAS KETIDAKPATUHAN

SESB menganggap etika kerja sebagai suatu perkara yang serius dan akan mengenakan hukuman jika berlaku pelanggaran terhadap Polisi ini. Bagi kakitangan SESB, ketidakpatuhan akan menyebabkan tindakan tatatertib diambil berdasarkan proses dan prosedur tatatertib yang berkuatkuasa. Tindakan undang-undang selanjutnya juga boleh diambil jika kepentingan SESB terjejas akibat ketidakpatuhan oleh individu dan organisasi.

9. PENEPIAN

Apa-apa penyimpangan daripada atau penepian terhadap Polisi ini mestilah diperakukan oleh MIC dan diluluskan oleh BIC.

10. SEMAKAN DAN PEMERIKSAAN

JITU akan menyemak kesesuaian Polisi ini dari semasa ke semasa menurut Prosedur Pemantauan dan Semakan SIGMa System.

Referensi

Dokumen terkait

Suatu tawaran hadiah bermaksud apa-apa tawaran untuk sesuatu yang mempunyai nilai, sama ada nilai wang atau lain-lain, yang datang daripada sumber luar

Hala tuju baharu universiti dalam aspek penambahbaikan tadbir urus, integriti dan antirasuah serta kelangsungan pelan ini pada masa hadapan bakal ditentukan oleh kejayaan pelaksanaan

Berita Harian Malaysia Borneo Post Sdn Bhd Borneo Post, Sabah Edition Borneo Post, Sarawak Edition Business Times. China Press Daily Express

Sayong Plantation Sdn Bhd Kilang Kelapa Sawit Sungei Kahang Sdn Bhd x. Kian Hoe Plantations Sdn Bhd KKS Coronation Sdn

1 Memberikan fasilitas pembiayaan dengan persyaratan ringan dan untuk pengembangan usaha adalah kegiatan yang bermanfaat dan perlu dilanjutkan oleh Bank BRI 2 Memberikan

Fasilitas umum dan perdagangan dilengkapi dengan area parkir Pintu masuk utama ke kawasan dari jalan.. 2) Pola kegiatan sehari-hari penduduk di atas rawa tidak ada

1) Untuk pelaku pre-marital sexual intercourse, penelitian ini memberikan informasi yang dapat dijadikan sebagai bahan refleksi diri untuk lebih memahami kondisi

Pada dasarnya banyak nilai yang dapat diperoleh dari sebuah kegiatan rekreasi, bukan hal yang mustahil saat ini masih ada sebagian orang yang beranggapan rekreasi merupakan