• Tidak ada hasil yang ditemukan

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

(Baca Lembaran Maklumat Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i. Sila pastikan juga untuk membaca terma di dalam surat tawaran. Dapatkan penerangan daripada institusi kewangan anda sekiranya anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma-terma umum).

Bank Islam Malaysia Berhad Aliran Tunai Peribadi-i

1. Apakah kemudahan Aliran Tunai Peribadi-i Bank Islam?

 Kemudahan Aliran Tunai Peribadi-i Bank Islam adalah satu pembiayaan berputar bercagar/tidak bercagar bagi memenuhi keperluan kewangan individu yang dikira berdasarkan Kadar Asas (KA) + agihan setahun. 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai?

 Konsep Syariah yang digunakan adalah Tawarruq.

 Ilustrasi struktur produk adalah seperti gambarajah dibawah:

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

Bank

Islam Klien

Broker 1

Pelanggan menyelesaikan jumlah yang perlu dibayar kepada Bank (Pokok + Untung) dengan kaedah ansuran yang telah dipersetujui

Bank menjual komoditi kepada pelanggan pada Harga Jualan Bank (Pokok + Untung) atas syarat

tangguh Broker 2 Bank membeli komoditi dari Broker 1 Bertindak sebagai agen yang telah dilantik pelanggan, Bank menjual komoditi kepada broker 2

Bank mengkreditkan akaun pelanggan dengan hasil jualan komoditi

Bank mendapatkan dokumen transaksi Tawarruq dari pelanggan Pelanggan meminta Bank sebagai Agen

Jualannya untuk menjual komoditi di pasaran

3 5 4 6 2 7 1

3. Apakah yang saya peroleh dari produk ini?

 Jumlah Amaun Pembiayaan Jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM 10,000 dan maksimum sebanyak RM200,000 atau lebih jika dilindungi oleh cagaran. Jumlah pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit Bank.

 Tempoh Dari 1 tahun (12 bulan) sehingga 5 tahun (60 bulan).

 Kadar Keuntungan Dari Kadar Asas (KA) + 0.00% sehingga 3.95%. Kadar keuntungan akhir adalah berdasarkan kepada penilaian kredit Bank.

(2)

 Kadar keuntungan efektif Dari 6.85% sehingga 15% bergantung kepada tempoh pembiayaan.

4. Apakah tanggungjawab saya?

 Sepanjang tempoh kemudahan pembiayaan Pembayaran ansuran bulanan adalah tertakluk kepada jumlah penggunaan yang dikira berdasarkan kadar efektif semasa Bank.

 Semasa tempoh matang Membayar Harga Jualan Bank belum selesai.

 Anda hendaklah membayar keuntungan bulanan dan semasa tempoh matang kemudahan anda perlu membayar harga jualan Bank yang masih belum selesai sehingga pembiayaan selesai. Sekiranya tempoh pembiayaan dianjakkan melangkaui umur persaraan, anda masih lagi dimestikan untuk membayar keuntungan bulanan dan harga jualan Bank belum selesai. Walaubagaimana pun, anda mempunyai pilihan untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan pada bila-bila masa.

5. Apakah jenis-jenis yuran dan caj yang perlu saya bayar?

 Duti setem (sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Duti Setem 1949 (Semakan semula 1989)).  Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM 50.00.

 Fi Lebihan Sementara sebanyak RM 50.00 sekiranya lebihan sementara dibenarkan.  6% GST termasuk dalam yuran/caj di mana berkenaan.

Pembatalan kemudahan yang diberikan

Anda perlu membuat bayaran kos kepada Bank (jika ada) untuk penyediaan dan pendaftaran dokumen sekuriti yang telah ditanggung oleh Bank berkenaan dengan kemudahan pembiayaan ini termasuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa proses tuntutan jika kemudahan ini dibatalkan. 6. Adakah Bank Islam memerlukan bayaran pendahuluan?

 Tidak. Bank Islam tidak memerlukan dua bulan ansuran bulanan sebagai bayaran pendahuluan. 7. Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?

 Jika anda gagal untuk memenuhi tanggungjawab anda tepat pada masanya:-

1. Caj Pembayaran Lewat

Bank akan mengenakan Ta’widh (ganti rugi ke atas caj pembayaran lewat) kepada anda seperti berikut:-

• Sebelum tarikh matang kemudahan pembiayaan Jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh;

Formula:

Bayaran tertunggak x 1% x Jumlah hari tertunggak / 365 • Selepas tarikh matang kemudahan

Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra' (jika ada); Formula:

Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365

(3)

penyelesaian penuh. Formula:

Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365

Nota: Pengenaan Ta'widh hendaklah mengikut cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

2. Sekiranya berlaku kemungkiran

• Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran, Bank boleh melalui notis bertulis kepada anda, meminta pembayaran segera terhadap jumlah tertunggak sama ada daripada anda dan/atau penjamin.

• Bank berhak untuk menolak sebarang baki kredit dalam deposit dan/atau akaun pelaburan anda yang diuruskan oleh Bank terhadap sebarang bayaran tertunggak di bawah pembiayaan ini. • Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya anda gagal untuk memberi maklum balas

terhadap notis peringatan. Sebarang sekuriti (cagaran) yang dicagarkan kepada Bank (seperti hartanah, jentera dan lain-lain (aset) boleh dirampas/ditarik dan anda perlu menanggung semua kos yang berkaitan dalam penjualan aset tersebut. Anda juga bertanggungjawab untuk

menyelesaikan sebarang kekurangan jumlah pembayaran selepas aset tersebut dijual.

• Tindakan undang-undang terhadap anda boleh memberi kesan kepada penarafan kredit anda yang membawa kepada penilaian kredit masa depan yang lebih sukar atau mahal untuk anda.

Mencetuskan kemungkiran bersilang terhadap kemudahan lain dengan Bank.

8. Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan pembiayaan sebelum tempoh matang?  Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan, Bank berakujanji untuk memberi anda Ibra’ (rebat)

yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh semasa penyelesaian.

Formula Ibra’ (rebat): Ibra’/rebat ke atas penyelesaian awal = Keuntungan Tertangguh. Nota:

i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan dikontrakkan – Keuntungan Terakru.

ii. Jumlah Keuntungan dikontrakkan = Harga Jualan – Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan).

iii. Keuntungan Terakru di kira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif ke atas Harga Belian belum selesai (atau jumlah Pembiayaan) yang dikeluarkan (atau digunakan).

9. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

 Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin. /This facility does not need a guarantor.

 Cagaran adalah satu kemestian untuk Pembiayaan ini. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu cagaran adalah tidak diperlukan.

10. Adakah saya memerlukan perlindungan takaful?

 Ya. Pelan Takaful Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i (“PCLTP”) adalah disyaratkan bagi melindungi pelanggan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal. Perlindungan (“PCLTP”) ini boleh diperolehi dari Pengendali Takaful yang telah dilantik oleh pihak Bank. Walaubagaimanapun, pelanggan masih boleh memilih untuk melantik pengendali Takaful yang lain namun perlu diuruskan sendiri oleh pelanggan. /  Untuk kemudahan bercagar ianya tidak diwajibkan.

(4)

11. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan kepada butiran

perhubungan saya? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kami dengan segera sebarang perubahan kepada butiran

perhubungan bagi memastikan semua urusan surat menyurat sampai kepada anda dalam tempoh yang ditetapkan.

12. Di mana boleh saya dapatkan bantuan dan cara penyelesaian?

 Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam membuat pembayaran ansuran bulanan, anda sepatutnya menghubungi kami dengan segera untuk membincangkan pilihan pembayaran.

Anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Pusat Panggilan Bank Islam Malaysia Berhad 17th Floor, Menara Bank Islam,

No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-26 900 900

Email: contactcenter@bankislam.com.my

 Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan khidmat percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang seseorang. Anda boleh menghubungi AKPK di:

Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-22-2575

Email: enquiry@akpk.org.my

 Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di:

Jabatan Rangkaian & Pengagihan Maklum Balas Level 18, Menara Bank Islam

No 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-2782 1284 Fax: 03 2782 1337

Email: feedbackchannel@bankislam.com.my

 Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di:

Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn,

50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Fax: 03-2174 1515

Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

13. Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

 Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i, sila rujuk kepada buku kecil bankinginfo berkenaan pembiayaan aliran tunai-i, yang boleh didapati di semua

(5)

14. Pakej-pakej lain Aliran Tunai Peribadi-i yang ada?

 Tiada.

PERINGATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN DIAMBIL KE ATAS ANDA SEKIRANYA ANDA GAGAL MEMBAYAR ANSURAN BULANAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN ALIRAN TUNAI PERIBADI-i ANDA.

Maklumat yang dinyatakan dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai sehingga __________ (hh/bb/tttt).

Nota :

1. Maklumat di atas adalah untuk kegunaan ilustrasi sahaja. Keuntungan dan caj-caj mungkin akan berubah dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank.

2. Maklumat yang diberikan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai sehingga tarikh terkini.

Referensi

Dokumen terkait

a. Muhammadiyah adalah Gerakan Islam dan Dakwah Amar Ma'ruf Nahi Munkar, beraqidah Islam dan bersumber pada Al-Qur'an dan Sunnah, bercita-cita dan bekerja untuk

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 187B Kanun Tanah Negara, notis adalah dengan ini diberi bahawa adalah dicadangkan untuk menggantikan dokumen hakmilik

Tujuan dari penelitian ini adalah menganalisis penataan ulang dari proses bisnis platform ekspor dibidang subsektor kuliner dengan menggunakan pendekatan model Sistem Inovasi yang

Untuk menguji hipotesis mengenai perbedaan konsep diri antara remaja yang sejak masa akhir kanak-kanaknya dibesarkan dipanti asuhan dengan remaja yang sejak masa

Dihimbau kepada para Koordinator Sektor Pelayanan “NAZARETH”, “FILADELFIA” dan “MAKEDONIA”/Pengurus PelKat/Komisi, serta Warga Jemaat GPIB “CINERE” Depok

Dengan kata lain, model strategi coping yang dipilih mahasiswa psikologi yang sedang menyelesaikan skripsi dapat mempengaruhi stressor dan memiliki implikasi terhadap

Dengan demikian, indikator diferensiasi produk Durex berdasarkan bentuk berada pada tingkat baik, yang artinya bentuk dari kondom merek Durex sudah memenuhi kualitas

Kekurangan guru dalam pengembangan professional adalah adanya rasa malas dalam diri guru untuk mengadakan pengembangan diri. Meskipun sebenarnya guru itu tahu cara