• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMALI 4 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (SCES 3033 )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "AMALI 4 BUMI DAN ANGKASA LEPAS (SCES 3033 )"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,

Besut, Terengganu Darul Iman.

AMALI 4

BUMI DAN ANGKASA LEPAS

(SCES 3033 )

NAMA GURU PELATIH: MINDY LIM MIM ANGKA GILIRAN:

(2)

KUMPULAN/UNIT: 2 PISMP - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH (SJKC)

KOD DAN MATAPELAJARAN KURSUS:SCES 3033– BUMI DAN ANGKASA LEPAS NAMA PENSYARAH KURSUS : ENCIK ROSDI BIN OMAR

(3)

AMALI 4: BULAN Tajuk:

Terbit dan Terbenam Bulan Tujuan:

Mengkaji Fasa-fasa Bulan Serta Waktu Terbit dan Terbenamnya Bulan Pengenalan:

Bulan adalah satelit semulajadi yang paling hampir dengan bumi. Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri. Hal ini demikian kerana bulan memantulkan cahaya matahari kepada bumi. Satelit semulajadi ini juga mempunyai garis pusat 3480km, iaitu satu perempat saiz bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dari jarak kejauhan 384 000km atas paksi yang condong sedikit berbanding Dataran Ekliptik.

Sambil mengelilingi bumi, bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjah dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi. Bulan memantulkan cahaya matahari pada setiap masa sama ada waktu malam atau siang.

Fasa-fasa bulan adalah bentuk bulan yang berlainan yang dapat dilihat dari bumi. Fasa bulan dipengaruhi oleh kedudukannya di antara bumi dan matahari. Cahaya matahari yang terkena pada bulan akan dipantulkan bulan. Orang yang berada di bumi akan dapat melibat bentuk atau fasa bulan yang berbagai ini mengikut tempat dan keadaan tertentu. Fasa bulan boleh dibahagikan kepada 8 fasa, iaitu: Anak bulan, bulan sabit, bulan separa, bulan hampir purnama, bulan purnama, bulan purnama lama, bulan separa lama dan bulan sabit lama.

(4)

Dalam mengkaji fasa-fasa bulan, perkara yang penting adalah dengan mengetahui waktu terbit dan terbenam bulan. Ini adalah supaya kita dapat menganggarkan waktu yang sesuai untuk merekodkan gambar bulan. Waktu bulan terbit adalah apabila bahagian atas bulan melepasi garisan ufuk manakala waktu bulan terbenam adalah apabila bahagian bawah bulan menghilang di bawah garisan ufuk.

Menentukan terbit dan terbenam matahari, nilai azimuth juga perlu ditentukan. Azimut adalah jarak garisan mendatar ketika bulan terbit dan bulan terbenam. Azimut biasanya diukur menggunakan kompas. Dalam 360

°

, dan dikira mengikut arah jam, utara memberikan azimuth 0 ° , timur memberikan azimut 90 ° , selatan memberikan 180

°

dan barat memberikan 270

°

. Anak panah kecil pula menunjukkan arah matahari terbit berdasarkan peta yang menunjukkan utara ke atas.

Altitud bulan pula dikenalpasti semasa merekod gambar bula. Altitud merujuk kepada jarak pusat bulan kepada garisan horizon. Selain itu, dalam fasa yang berbeza akan memberikan kecerahan yang berbeza.

(5)

Hipotesis:

Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan Alat dan radas:

1. Kamera

2. Kertas cacatan 3. Pensel

Prosedur:

1. Maklumat mengenai fasa-fasa bulan serta waktu terbit dan terbenamnya bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet dicari.

2. Lokasi yang sesuai dipilih serta arah timur dan barat langit dikenal pasti. 3. Pemerhatian dijalankan setiap hari.

4. Masa pemerhatian yang sesuai dipilih mengikut waktu terbit dan terbenamnya bulan. 5. Bulan diperhatikan setiap hari selama seminggu (7 hari).

6. Tarikh, masa, fasa bulan serta darjah kedudukan bulan dari ufuk timur direkodkan pada setiap kali setiap pemerhatian.

7. Kamera yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar. Dapatan:

Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian terhadap kedudukan bukan terbit dan benam selama 1 minggu

Tarikh Mula : 24 Mac 2016

Tarikh Akhir : 30 Mac 2016

Lokasi : Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (Kawasan Kediaman)

(6)

Lokasi Tarikh Fasa bulan

IPG Kampus Sultan Mizan 24 Mac 2016 Bulan Sabit

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

11.05 a.m. 11.35 p.m. 83 ° 279 ° 86.8 ° 25.8%

Pemerhatian 2:

Lokasi Tarikh Fasa bulan

IPG Kampus Sultan Mizan 25 Mac 2016 Bulan Separa

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

(7)

Pemerhatian 3:

Lokasi Tarikh Fasa bulan

IPG Kampus Sultan Mizan 26 Mac 2016 Bulan Separa Purnama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

4.41 p.m. 4.31 a.m. 71

°

289

°

76.9

°

89.9%

Pemerhatian 4:

Lokasi Tarikh Fasa bulan

IPG Kampus Sultan Mizan 27 Mac 2016 Bulan Purnama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

(8)

Pemerhatian 5:

Lokasi Tarikh Fasa bulan

IPG Kampus Sultan Mizan 28 Mac 2016 Bulan Purnama Lama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

10.50 p.m. 10.19 a.m. 100

°

262

°

77

°

86.4%

Pemerhatian 6:

Lokasi Tarikh Fasa bulan

IPG Kampus Sultan Mizan 29 Mac 2016 Bulan Separa Lama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

1.27 a.m. 1.39 p.m. 108 ° 251 ° 65.1 ° 47.3%

(9)

Lokasi Tarikh Fasa bulan

IPG Kampus Sultan Mizan 30 Mac 2016 Bulan Sabit Lama

Masa Terbit Masa Terbenam

Azimut Altitud Kecerahan

Terbit Terbenam

5.19 a.m. 5.35 p.m. 104 ° 257 ° 70.2 ° 7.2%

Perbincangan:

Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa yang tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Kita Cuma melihat sebahagian sahaja permukaan bulan dari bumi kerana ia berputar mengelilingi bumi.

Pemerhatian terhadap fasa-fasa telah dibuat dari tarikh 24 Mac 2016 hingga 30 Mac 2016. Semua gambar telah diambil di kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Bermula daripada 24 Mac 2016 sehingga 30 Mac 2016, fasa-fasa bulan adalah terdiri daripada bulan sabit, bulan separa, bulan separa purnama, bulan purnama, bulan sabit, bulan separa lama dan bulan sabit lama.

Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, ada bahagian bulan yang menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat bahagian bulan yang menerima cahaya. Bahagian bulan ini yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal awal bulan. Keadaan ini terjadi pada 24 Mac 2016.

Semakin jauh bulan meninggalkan ijtimak, semakin besar cahaya bulan yang nampak daripada bumi dan ini memperlihatkan fasa bulan separa. Conth fasa ini yang dapat dilihat melalui pemerhatian adalah 25 Mac 2016.

(10)

Fasa purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian bulan yang menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan kelihatan seperti purnama. Keadaan ini dapat dilihat pada 27 Mac 2016.

Setelah itu, bulan mengalami fasa purnama lama dan kemudian sabit lama dan berulang semula sehinggalah memasuki fasa anak bulan baru semula.

Bulan mempunyai waktu terbit dan terbenam. Oleh itu walaupun langit bersiih tanpa awan, kita tetap tidak boleh melihat bulan setiap malam. Sebenarnya bulan setiap hari selalu terbit dan terbenam secara teratur namun jika kita melihat bulan pada waktu yang salah pada malam hari, maka kita tidak akan dapat melihat bulan di langit pada malam tersebut. Hal ini adalah kerana setiap malam atau setiap hari bbulan terbit dan terbenam pada waktunya yang tersendiri. Contohnya, jika bulan baru muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut pada malam hari kerana terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan terbenam matahari.

Bulan boleh kelihatan hampir setiap hari pada waktu siang. Namun, ini bergantung pada cuaca pada hari tersebut dan sama ada matahari memancarkan cahaya yang terang ataupun tidak. Bulan tidak kelihatan pada waktu siang apabila bulan penuh, bulan baru dan juga beberapa hari sebelum dan selepas bulan baru.

Bulan juga boleh kelihatan pada waktu malam apabila bulan memasuki fasa bulan purnama iaitu pada pertengahan bulan. Bulan hanya tidak kelihatan pada waktu malam semasa kemunculan bulan bagi fasa bulan baru kerana terbitnya bulan hampir sama dengan terbitnya matahari dan begitu juga terbenam bulan hampir sama dengan terbenam matahari. Jadi, pada waktu malam setelah bulan baru, kita tidak akan dapat melihat bulan pada waktu malam, kecuali pada tarikh fasa bulan baru. Setiap hari, bulan akan terbit dan terbenam lewat 51 minit daripada malam sebelumnya. Jadi, bulan kelihatan pada waktu malam pada waktu yang tertentu. Bulan juga akan kelihatan jika langit cerah dan bersih tanpa awan.

Kita di bumi hanya dapat melihat bahagian permukaan bulan yang disinari matahari. Bahagian permukaan bulan yang dapat dilihat disebut fasa bulan. Ketika bulan beredar mengelilingi bumi, luas permukaan bulan yang berlainan dapat dilihat dari bumi. Jadi, kita melihat fasa bulan yang berlainan. Bulan tidak kelihatan apabila bulan berada di antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus. Ini kerana bahagian gelap bulan menghadap ke bumi. Fasa bulan ini disebut sebagai bulan muda atau anak bulan. Bulan purnama belaku apabila kita melihat permukaan bulan yang disinari matahari dengan penuh.

(11)

Kesimpulan:

Fasa-fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang kelihatan daripada fasa bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berlainan akan menyebabkan ia memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu sahaja

(12)

Rujukan

Atie Atira. (2015). Fasa-fasa Bulan. Dilayari pada 30 Mac daripada http://atieatira.blogspot.my/p/fasa-fasa-bulan.html

Mohd Nazrul Bin Ali Ahmad. (2012). Fasa-fasa Bulan. Dilayari pada 30 Mac daripada http://astronomi2012.blogspot.my/2012/05/fasa-fasa-bulan.html

Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. (2006). Longman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ruzita Karim. (2012). Fasa-fasa Bulan. Dilayari pada 30 Mac daripada http://itakarim.blogspot.my/2012/11/fasa-fasa-bulan.html

Referensi

Dokumen terkait

Pengguna data mengakui bahwa BPS tidak bertanggung jawab atas penggunaan data atau interpretasi atau kesimpulan berdasarkan penggunaan data apabila tidak diketahui atau

Artinya Fear of Missing Out memiliki pengaruh sebesar 12% terhsadap kecanduan media sosial, selebihnya kecanduan media sosial dapat dipengaruhi oleh faktor lain

In patients, deficits in executive and memory functions, but not visuospatial or motor functions, selectively predicted the rate of volume decline in prefrontal gray matter;

Penelitian ini dapat melengkapi kepustakaan mengenai strategi menjaga eksistensi komunitas pecinta grup band Rolling Stones (Stoners) melalui media sosial.. Secara

setelah menggunakan model pembelajaran berbasis masalah pada

Petugas Sosial Masyarakat adalah warga masyarakat yang aktif dalam kegiatan pembangunan kesejahteraan sosial dan telah ditetapkan sebagai pekerja sosial masyarakat oleh

Teknik pengambilan sampel menggunakan salah satu metode Non Probability Sampling , yaitu Convenience Sampling , di mana anggota populasi dapat dengan mudah dipilih

4 rancangan sistem secara konseptual, perancangan fisik- keluaran, masukan, antarmuka pemakai dan sistem, platform, basis data, modul, kontrol, dokumentasi, pengujian,